Tuesday, March 1, 2011

1 Mac

Ari ni 1 Mac 2011 genap ler 4 tahun sudaaaa....
Anniversarry kerjaya ku as Pekerja Sosial di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia..
hmm baru 4 tahun berkhidmat di Sektor awam  dah 2 Negeri ku berhijrah..
1st posting kerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis...
2nd di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang dan ditempatkan di daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam atas permintaan pertukaran suka sama suka ngan Nik Mohd...
Macam-macam ada kenangan suka duka berkerja dengan orang awam ni..
Kena marah, kena maki, disayangi..di hormati ringkas kan citer macam-macam la karenah dihadapi selama ni dengan klien jabatan ni..
Sebelum ni daku bekerja kontrak di Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional di Hq Negeri Selangor dengan perjawatan yang sama, urus tabika Perpaduan..
Bila dah di offer tetap apalagi kan terus zass jelah balik kerjaa Perlis, that means kena PJJ jugak ngan hubby 1 tahun, sebab hubby kerja di Kulim.. Masa lapor diri di JKMPs tu daku sedang mengandungkan Nur Darwisyah kalau tak salah rasa macam 6 bulan laa..rezekii anak katakan..baru dapat keja gomen setelah berhempas pulas dok attend 5 kali interview ler dengan pelbagai perjawatan..nak jadi rezeki daku kerja as Pekerja Sosial jugak..
Alhamdullillah setakat sekarang ni dah macam-macam liku-liku kehidupan klien, masyarakat sekeliling ku hadapi.Kalau ikut tu dah boleh ambik iktibar dan dijadikan pedoman hidup la..Kena sentiasa bersyukur dengan apa yang daku ada kini, tapi biasalah nafsu yang mengawal segalanyaa..Kena muhasabah diri ni..Dok jumpa macam-macam cerita live dah ni..Manusia ni unik..macam-macam boleh kita klasifikasi kan lah..
Start dari lapor diri bekerja daku memang ditempatkan di Unit Perintah Khidmat Masyarakat iaitu Pesalah muda yang berusia 18-21 tahun yang melakukan jenayah tak kira ler besar atau kecil  namun tidak dijatuhkan hukuman penjara malah di jatuhkan jam agregat untuk melakukan khidmat masyarakat..maka itulah klien/pelatih dalam  unit daku.. Adooiii bukan senang oo nak handle remaja berusia 18-21 tahun ni ..kalau kerja kira ikut emosi ja confirm akan sentiasa akan stress dan tension.. bukannya apa kebanyakkannya pelatih ni degil, tak tepati masa dan salah satu teras perkhidmatan unit CSO ni adalah melucutkan masa lapang pelatih dan sama sekali penyelia nya yelah lain tak bukan dakuu ler.kena kerja ari minggu sabtu dan ahad huk huk...semua bergantung pada  personaliti pelatih tu ler..kiranya dah 4 tahun jugakla daku dalam unit ni..Dah pernah merasa kehidupan di Penjara Sungai Petani, hukuman Sebat depan mata..so semua ni 1 pengalaman yang menarik dan keuntungan buat daku dalam menjalani kehidupan ini... 
 Unit lain join jugak duty bila diperlukan sebab "SAYA YANG MENURUT PERINTAH " kan.. Semua unit pernah daku cover dan  hadapi kerenah klien .. Unit paling hard core dalam JKM ni adalah unit ekonomi bantuan, berdepan dengan masalah-masalah ekonomi klien jabatan yang macam-macam ler. Time bencana kena sedia  on call tak kira masa dan tikaa- Time Kebakaran pun sama naik dah ngan bomba, wat laporan bagi makanan kepada mangsa.. Time Banjir, ribut , buka pusat tidoo tinggal family, hubby dia tahu keja daku macam mana tapi kadangkala dia sendiri yang tak nak faham kan situasi kerjaya isteri as Pekerja Sosial ni kadang-kadang tension jugakla sampai timbul niat nak benti kerja daa. nak tukar jabatan daa. Tapi setakat terkini masih lagi terasa "BERKAT BERJASA" nyaa slogan JKMM ni..huh kalau ikut  nak citer semua pengalaman daku kat sini, adoii jenuh ler lengoh otak, jari nak mematuk dan karang aaa...Pendek citer jelah kat JKMM ni macam-macam adoooo serviss 
  • Kalau kes baby kena buang lagi aaa sedih, Kes akhlak remaja bawah 18 tahun, apa-apa berkaitan Kanak-Kanak serah kat  Unit Kanak-Kanak yang incharge..
  • Kes orang tua, Papa, keganasan Rumah tangga tu serah kat Unit Warga Tua dan keluarga
  • Kes Miskin, bantuan, Bencana serah kat Unit Ekonomi dan Bantuan
  • Kes Taska, Pusat Jagaan serah kat Unit Penguatkuasaan
  • Kes nak majukan klien bantuan serah kat Unit Komuniti
  • Kes juvana usia 18-21 tahun serah kat Unit Perintah Khidmat Masyarakat, unit daku ler tuu..
  • Kes Orang Kurang Upaya (OKU) apa berkaitan OKU serah kat Unit Orang Kurang Upaya...
  • Jika ada klien mengalami masalah untuk berbicara dengan seseorang  serah kat Unit Psikologii, ada kaunselor yang setia mendengar dan menantiii.. 

    JKMM macam  Jabatan Kerja Macam-macam ler.. selalu dok kena hantam, dok kena komplen, dok kena marah  macam-macam nak hadapi ngan kerenah birokrasi yang tak paham apa ertii KERJA SOSIAL???
    Hanya insan-insan yang terpilih sahaja dapat menjiwaii jiwa kebajikan dan menghayati nilai-nilai sosial kebajikan dalam dirinya..Insyaallah semoga daku jugak tergolong dalam insan terpilih ini..
    Doa dan harapanku semoga daku tabah dalam melalui saat-saat getir sepanjang kerjaya ku as "Perkerja Sosial di Jabatan Kebajikan Masyarakat " ini.. 
    Amin...




    2 ulasan anda:

    Aku insan biasa said...

    tahniah kak ...semoga kak terus berjaya...

    mamaqaireen said...

    bilalah sy nk dpt kerja gomen ye??
    dah 7kali interview, tapi tak dpt2 juga.
    suami sy sekali je, terus dapat..sob..sob..sob.. tak de rezekilah T_T

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink