Pengendalian Perahan Susu Ibu
Sebelum memerah susu, Ibu perlu memastikan:
CARA PENYIMPANAN PERAHAN SUSU IBU
MENCAIRKAN SUSU IBU YANG DIBEKUKAN:
- Basuh tangan sehingga bersih
- Bekas menyimpan susu mesti dibersihkan atau disterilkan
- Simpan susu didalam peti sejuk
- Simpan kuantiti yang mencukupi dalam 1 bekas untuk sekali penyusuan
- Labelkan bekas dengan nama bayi dan tarikh
- Jika susu dibekukan tinggalkan sedikit ruang udara
- Gunakan susu yang terdahulu
CARA PENYIMPANAN PERAHAN SUSU IBU
TEMPAT | BAYI NORMAL | BAYI PRAMATANG |
Suhu bilik | 4-8 jam | Tidak disyorkan |
Peti sejuk | 48 – 72 jam | 24 jam |
Pembeku (1 pintu) | Tidak disyorkan | Tidak disyorkan |
Pembeku (2 pintu) | 3 bulan | 3 bulan |
Pembeku (-20c) | 1 tahun | 1 tahun |
MENCAIRKAN SUSU IBU YANG DIBEKUKAN:
- Letakkan susu beku dibahagian rak bawah peti sejuk semalaman
- Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang diperlukan untuk 1 penyusuan sahaja)
- Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur
- Susu yang telah dicairkan mestilah digunakan dalam masa 1 jam (tidak boleh dibekukan semula)
-----------------------------------------------------------------------------------------------
2 ulasan anda:
semoga didie berjaya berikan yg terbaik utk anak didie ^_^
thank dilla.. insyallah still belajar nak memberi yang terbaik ni.. harap dapat tunjuk ajar ku sifuu yer..
Post a Comment