Tuesday, February 26, 2013

Jangkitan kuman pada paru-paru

Kita sama-sama doakan yer kawan-kawan agar anak sahabat Dd Nur Farah Umaira Bt Norryhasmela kuat bertarung dan melepasi tahap-tahap kritikal..

pada 13 Feb 2013-rabu Farah di kejarkan ke PICU(Pediatrik Hospital Pulau Pinang) kerana hasil x-ray pada paru-paru didapati jangkitan kuman. Kini Farah masih lagi di PICU GH dan belum melepasi tahap kritikal..
Semalam Isnin, daku ambik cuti EL dan pergi menemani beliau di GH,hadir memberi sokongan moral. Daku sedih sangat-sangat tengok Farah dalam keadaan wayar yang berselirat, cucuk tebuk sana sini, Farah pun belom sedar sepenuhnya lagi. 

so ari ni ku saja google tengok bagaimana  dan punca jangkitan kuman ni terjadi..
antara yang boleh kita share simptom-simptom adalah:

Ok..nih serba sedikit info pasal Jangkitan Kuman di Paru-paru (Pneumonia) tu..kita kena ambik peduli sikit sebab penyakit nih bahaya...so amalkan budaya dan persekitaran yang sihat...




Pneumonia nih adalah jangkitan virus kepada sistem paru-paru kita dan senang berjangkit kepada baby, kanak-kanak dan orang tua..sebab time nih antibody diaorang lemah..

  • Tanda-tanda dan gejala
  1. Demam panas - selalunya akan lebih daripada 3-4 hari..lagi senang nak tengok time malam je demam dia akan tinggi adakalanya mencecah 40 c.
  2. Batuk - sama ada dengan kahak atau tanpa kahak (macam gatal2 kerongkong tu)
  3. Tiada selera makan
  4. Kalau baby- sering merengek
  5. Pernafasan laju atau susah nafas
  6. Muntah atau cirit birit
  • Adakah jangkitan kuman ini serius ?
Ya, jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi serius dalam masa yang singkat terutama dikalangan kanak-kanak kecil.
Ini desebabkan mereka boleh mengalami kekurangan air (dehirasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu segera ke hospital 
  1. Pernafasan laju
  2. Sukar untuk bernafas
  3. Bibir menjadi biru
  4. Batuk berdarah
  5. Tidak lalu makan atau minum
  • Rawatan untuk jangkitan paru-paru
Semuanya mengikut tahap jangkitan..

Tapi ada satu pagi tu, dalam segmen MHI (rancangan TV3) ada bercerita pasal topik nih jugak..dan baru paham bila doktor tu terangkan..semua nih berpunca daripada virus..sebab persekitaran kita nih kotor..udara kita tak bersih.. 


Apa-apa pun sebagai ibu bapa saya harap kalau anak-anak tu deman lebih dari 3 hari cepat-cepat ler bawak hospital..dan lagi jangan ingat anak kita tu besar dah boleh handle diri sendiri time diaorang demam..time tu kita pun kena prihatin pada diaorang..

Okey nih je yang dapat dikongsi..semoga kita semua berhati-hati..:)

Semua ciri-ciri di atas Norry bagitau update dalam status fb dia..Norry bgtau masa x-ray tu paru-paru Farah x nampak pun.. putih jer diserang kuman dan dijangkiti sehingga usus dan buah pinggang, nasib baik tak sempat menjalani dialisis lagi sebab Farah dah boleh kencing tanpa da masalah.

Hasil google lagi ni..... kita share as ibu dan bapa kena beringat yer..Anak-anak kalau demam melebihi 3 hari kena g check laaa.. tak boleh biaq kena beringat sebelum melarat ok???


Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :

* Demam panas
* Batuk dengan atau tanpa kahak
* Sakit dada
* Tiada selera makan, tidak mahu makan
* Rasa tidak sihat, sering merengek
* Pernafasan laju atau susah bernafas
* Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.
Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

* Pernafasan laju
* Sukar untuk bernafas
* Bibir menjadi biru
* Batuk berdarah
* Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

* Paracetamol
* Rehat yang secukupnya
* Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

* Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
* Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
* Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)


7 ulasan anda:

Unknown said...

Assalamualaikum..jika dia di tahap kritikal,adakah masih berpeluang utk sembuh?

kehidupan sihat said...

perkongsian yang baik :)

salam perkenalan kak & jemput ke blog nana

Unknown said...

Salam.. mereka yg mengidap peparu kronik masih berpeluang sembuh sehingga berumur 7thn.. itulah yg doc bagi tau kami.. kami juga berharap anak kami yg disahkn nengidap peparu kronik akibat adenovirus dpt sembuh dan menjalani kehidupan seperti kanak2 yg lain.. insyaAllah.. doa ibu dan ayah untuk anak tersayang kami, muhammad anas..

Unknown said...

Assamulaikum . Adakah keadaan kembali pulih seperti sedia kala selepas kritikal tersebut ? Saya ingin tahu sekali .

Unknown said...

Assalamualaikum, saya ada seorang kawan mengalami sakit yang sama. Baru2 ini dia telah pergi ke hospital untuk medical check up sekaligus appoinment dengan doktor. Doktor cakap 70% kuman telah merebak ke dalam paru2 dia. Dia sangat down dan sebagai seorang kawan saya pon turut sedih dengan keadaan dia. Apakah yang patut saya lakukan untuk buat dia kembali bersemangat ? Tak ada rawatan lain lagi ke untuk dia ? 😔😔

Unknown said...

Assalamualaikum, saya ada seorang kawan mengalami sakit yang sama. Baru2 ini dia telah pergi ke hospital untuk medical check up sekaligus appoinment dengan doktor. Doktor cakap 70% kuman telah merebak ke dalam paru2 dia. Dia sangat down dan sebagai seorang kawan saya pon turut sedih dengan keadaan dia. Apakah yang patut saya lakukan untuk buat dia kembali bersemangat ? Tak ada rawatan lain lagi ke untuk dia ? 😔😔

Unknown said...

Assalamualaikum. abg sy telah meninggal dunia 2 hari yang lepas disebabkan jangkitan kuman pada paru2 dan jantung. jantung beliau telah membengkak 2x ganda dari bentuk asal.sebelum meninggal,arwah telah diserang demam panas berulang..hidung dan mulut berdarah..semua tanda2 yang sis tulis 2 semua ada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink