Monday, January 31, 2011

Antara dua tangisan

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini.  Namun setetes air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan.Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang.” (al- Hasr: 20)


Tangis adalah basahan hidup,justeru:Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah s.a.w. “Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”Nabi Muhammad bersabda lagi : “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali.”Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.
Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Nabi bersabda : “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad saw bersabda : “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Seorang Hukama pernah bersyair : “Aku heran dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.Lupakah kitaNabi pernah bersabda : “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun,Allah s.a.w. telah berfirman : ” Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: “Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala.”Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orangitu.
”Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : “Kenapa engkau menangis?” “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang,” jawabnya.Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan.
Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : “Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”Ibnu Masud r.a.berkata : “Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.
”Menangislah di sini, sebelum menangis di sana...."










.

Sunday, January 30, 2011

hati tersentuh

terasa nak share satu perasaan syahdu ku ari ni... sayu hati dan sedih aaaaaa....
Ari ni Ahad- ada seliaan kes di Rumah Kanak-Kanak, hmm mcm biasa ler  ari ahad adalah ari bekerja, nak selia pelatih-pelatih Khidmat Masyarakat yang bekerja dan hanya free ahad sahaja..sabar jelah dah memang itu tugas dan amanah ku..Kerja kan satu ibadat jugak...adoyaiii berkhidmat untuk negara.. chewah..."Berkat Berjasa"...
Bila dah berada di Rumah Kanak-Kanak tak sah kalau aku tak g memanja kan diri ngan baby-baby yang comey..sedihnya hati tgk wajah mulus setiap baby yang ada dalam baby wad tu..semua comey-comey belaka, tak dak pun yang tak chomey..geramm la ngan 1 baby ni yang diberi nama oleh mak-mak yang ada..Aidil Zakuan..wahaa mcm nama pemain bola sepak ja..sereyes cakap lu memang comey giler that boy.. aku dukung, agah dia siap senyum senyeh gelak terkik kik ler dibuatnya.geram la ngan baby ni, siap aku peluk geram-geram ngan aidil ni...Tengok wajah comey Aidil tetiba rasa rindu pada aqib, dah setahun anak ibu disana, besar mana dah ekk? Cik bidadari syurga tolong jaga anak ibuu sayang. Terpandang wajah baby-baby yang ada yang rasa kasihan, ada ler dalam 12 baby di wad baby tu..Oh Dunia ni..ada orang nak sangat timang anak sendiri tak dapat beranak, kehilangan anak dalam kandungan, ini manusia ka haiwan senang-senang beranak terus buang jer..bayi-bayi ini tidak bersalah, 1 baby ni kesian nangis jer nak mintak perhatian then aku angkat peluk,tepuk dan belai sampai dia tertidoo, then Nory masuk bgtau baby tu ada HIV positif, hmm remind diri sendiri bukan mudah kan nak dapat jangkitan hiv kalau setakat dukung peluk jer...adoyaiii sedihhh,sayu aaa hati ini.Tapi baby-baby disini semua pandai bawak diri, duduk jer bergolek main sorang diri dalam baby coat,menyapa sesama sendiri aiiii jer tgk, minum susu, tidoo pun sendiri, tak merap pun mcm baby yang ada ibu ni, semua respon baik bila diagah panggil,senyum comey ja.Baik betoii la...aduhai terasa nak respon ngan 1 kisah kehilangan baby inside yang baru ku temui..
Semalam Hati ini tersentuh kepada nasib bakal si ibu muda yang aku ternampak  status sayu di facebook, dia baru kehilangan anak perempuan yang dikandung didalam perut kalau tak salah dah masuk 8 bulan n due pun dah dekat bulan Feb, dari sumber kakak angkatnya disebabkan komplikasi jantung baby lemah ekoran kemalangan langgar belakang kereta yang dipandu oleh si ibu, namun apakan daya dia ALLAH lebih menyayangi anak yang dikandung, actually bukan friends pun tapi adik angkat kepada friend list aku..rasa terpanggil untuk mesej si ibu  dan suami nya, dengan harapan dapat berkongsi kesedihan itu bukan nak nyibok sedih tauuu, kehilangan anak mereka ialah  anak sulong mungkin tamparan mereka ngan aku tak sama sebab aku still ada wisya one..diaorang lak dah excited segala ngan siap semua persiapan..Sempat view tgk pic kat fb masa si ibu preggy mom yang comey ngan perut yang semakin membesar pada setiap trimester malah bila terbaca status si ibu yang kerinduan dan still didalam pantang  dan papa lak yang sedih melihat ratapan si isteri..memang sayu  dan menyayat hati ler..aku hanya mampu share link kata-kata seorang sahabat dan "REDHA 
ADALAH PENAWAR SEGALA KEDUKAAN" n mesej si suami kena kuat memberi sokongan sebab ibu yang berpantang tanpa baby di sisi ini emosi nya akan tidak stabil, mcm aku setahun yang dulu kerja nak bebai,marah serba tak kena jer. n tempoh berpantang pun tidak...gelong jugak walaupun anak kedua yelah dah 9 bulan mengandung..tetiba rasa kehilangan sekelip mata ja..teringat pada seorang sahabat ku Gieda..dia lagi tragik dari ku..Anak pertama meninggal dalam perut ketika usia kandungan 7 bulan,lemas,..anak kedua pulak meninggal setelah 3 hari dilahirkan disebabkan jangkitan kuman dalam paru-paru, kedua anak Gieda adalah lelaki, penghuni syurga Firdaus, lalu mengenangkan nasib gieda sahabatku ini, ada lagi insan yang lebih sedih.sampai sekarang dia rasa mcm fobia jer tak mau cakap bab-bab preggy n anak n kadang-kadang selalu dia selalu komen mesej daku jeles tgk pic aku di fb yang kini dah preggy back tak sampai 5 bulan ALLAH bagi penganti ..aku dulu pun masa kehilangan Aqib dok hunting minta nasihat dia jer macam ner dia sekuat itu menghadapi kehilangan anak yang dikandungnya..ramai lagi insan yang kehilangan baby inside  antaranya kak ilah, pelet,kak dina,kak pinat, yang paling sedih bila blogwalking kisah DOA untuk  ALANNA..so kini apa yang berlaku kita kena redha supaya jiwa kita akan lebih tenang dan bersedia menerima segala kemungkinan yang ada, pengalaman hidup yang mendewasakan aku sebagai ibu..
Anak-anak yang meninggal semasa bayi besar rahmat ALLAH bagi, hanya insan terpilih sahaja yang bertuah kerana ada insan suci menanti disana..Setiap ketentuan ALLAH pada hambanya  ada hikmahnya..


Wallahualam...



Saturday, January 29, 2011

34 week already...


Syukur.. membesar bagaikan juara...

ibu rocks...

Friday, January 28, 2011

Syukur

Tertarik pada 1 shout out di Facebook.suka blogwalking n fbwalking kah kah....hobby terbaru daku copy n paste wat pedoman diri sendiri yang tak baper nak betoi ni....
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.” 
 Tidak dinafikan bahawa kesabaran itu amatlah berat, namun terlalu besar ganjarannya jika mahu dibandingkan dengan ujian-ujian yang lain. Hal ini termasuklah kesabaran seseorang itu di atas kematian anak kecil mereka di mana pada hari akhirat kelak ia akan menjadi suatu syafaat (mudah mendapat keampunan Allah) buat mereka yang menjadi ibu bapanya..

Tuesday, January 25, 2011

Hanya Wanita Yang Memahami Wanita

Ari ni berblogwalking n hunting persediaan dalam pantang nanti.. Hasil dari blog walking yang telah dicopy n paste, untuk share for 44 day coming soon..
Bagi mereka yang mengamalkan berpantang lepas bersalin, tak semua sayur boleh di makan. Begitu juga dengan buah-buahan..
  • Ada sayur dan buah yang boleh menyebabkan ibu dalam pantang berasa sejuk, perut masuk angin , bisa dan boleh sebabkan bentan.
  • Antara sayur dan buah yang bersifat sejuk dan kurang elok di makan selepas bersalin ialah bayam, pucuk ubi kayu, pucuk paku, kubis, tembikai dan jambu batu, keladi, petola, kangkung dan timun.
  • Sayur dan buah-buahan yang bersifat bisa dan apabila di makan perut terasa seperti di cucuk-cucuk pula ialah nenas, jambu batu, belimbing, mangga, manggis, sengkuang.
  • Selain dari itu, minuman bergas, berais, air tebu, air cincau juga tidak di galakkan untuk mengelakkan sendi-sendi berasa sakit.
  • Akibat tidak berpantang makan selalunya berlaku selepas beberapa tempoh seperti badan selalu rasa sakit dan sengal, tapak kaki rasa menyucuk bila di pijak dan kepala sentiasa rasa pening.
Jadi jauhkan sayuran dan buah-buahan yang di sebutkan seperti di atas.

Pemakanan antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan.
* Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
* Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.

Amalkan
* Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
* Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
* Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
* Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Elakkan
* Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
* Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
* Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang.

Sayur-sayuran
* Sayur-sayuran yang digalakkan adalah sawi, lobak merah dan lobak putih.
* Ulaman juga elok diamalkan kerana khasiatnya disamping seetengahnya boleh mewangikan badan.
* Pegaga punyai pelbagai khasiat termasuk membanyakkan susu badan.
* Jantung pisang bagus untuk membanyakkan susu badan.
* Elakkan sayuran yang sejuk dan berangin seperti nangka, pucuk ubi, terung, labu, kangkung dan bayam.
* Sayur-sayuran elok dimakan untuk mengelakkan sembelit.

Buah-buahan
* Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
* Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.

Sumber Protein
* Ikan - ikan merah, ikan jenahak, ikan selar, ikan kerisi, ikan cencaru, ikan bawal dan ikan tenggiri.
* Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
* Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
* Ayam - seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.

Cara Memasak
* Dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
* Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.
* Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
* Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
* Perisa lain adalah seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.











ngomel kat tanah sendiri

Hobi daku sekarang suka ngomel ler, dulu masa study tak suka bab-bab karangan ni, bila dah bekerja suka pulak karang-mengarang ekk?? hmm ngomel kat page @ tanah @ blog @ ruangan sendiri.. sendiri rasa suka-suka hati nak pop shout out apa-apa toing dalam kapla kan.. tak kacau orang, tak kacau duit sesapa pun just nak luahkan rasa feeling sendiri, hmm tgk ada 25 follower tak kisah la semua follower ni nak rasa boring ker, nyampah ker or anggap  diri daku ini nak menunjuk-nunjuk pasal semua ngomelan di page ni kan. That call my page aka "DidieLife'S>> Coretan Suka-duka hidup yang bergelar Didie'S..sejak preggy 3rd ni suka ngomel ler, may be gegirl kot, banyak idea. Mula-mula terjebak berblogging ni sebab rasa nak ruangan sendiri lepaskan rasa sedih, rasa sunyi kehilangan Arwah Raqib dan isi masa pantang 44 hari dulu, NOW dah jadi hobby  favorite mesti kena on my page ni selain FB..mesti nak shout out something bila pop rasa nak shout out kan.. FB tak yah cakap ler memang WAJIB kena online sehari walaupun sempat pada sebelah malam sahaja kan..
Nak lepas rasa marah, geram, suka-suka hati.. share something yang rasa nak share.. rasa enjoy sesangat dan satu kepuasan untuk diri sendiri..
Nak respon topic hot fm baru-baru ni about blog & duit, mula-mula rasa mcam nak cari side income so register ler nuffnang tu.. tapi tak reti ler nak aktif mcm ner..income still dok RM 0.25 sen sahaja.. Bohsan ler nak aktif, just nak satu ruangan coretan pengisian harian..tak kisah ler about side income masuk ke tidak lagi.. yang penting rasa kepuasan diri bila dapat luah kan apa yang dok rasa..tak ke semua benda boleh kita share kan.. bila pop out nak share .. so kita share sesama..
"Sharing is Caring" kan.. "to much sharing is boring" ..ada ker pepatah tu???



Pc rosak

Adoiii tak syiokk hidup kalau tak dak Pc sendiri... Pc ku kat opis rosak dan lingkup..huk huk tak pasal-pasal terpaksa tumpang pc orang daa.. ari ni mcm pelarian kejap p pc En Dan.. kejap duduk p Pc reserved...adoyaiii FB pun tak leh nak online da...

Monday, January 24, 2011

mood ari ni..

Mood ari ni, memang tak dak mood, bengang my pc rosak terpaksa di formatkan, abis semua data dalam pc yang tidak dapat diselamatkan, bengong aaa awatla tak g save dalam disk yang besar kedabaq ni huk huk nyesalnya..bengang jugak ler sebab semua data CSO harian maa..mcm ner ni nak wat balik bukan senang..Komtar dok minta data dah ni. tak pasai-pasai kena key in balik data tahunan weiii...adoiii tensen betoila!!!..memang mood ari ni down gilersss...
memandangkan ari ni memang tak dak mood, so dok view tengok picasa kami ber"empat" g bercutii sebelum 44 day coming..hmm baby inside pun bukan main time bergambar mula la dia dok respon "kick" n crampkan peyot ibu dia mcm nak bergaya juga..so we call kami berempat ler..
layan picasa jer ari ni...
^_^

V
V

@ Cabel Car, Pulau Langkawi...








preggy mom ..



Hobby daku suka sangat berpossed lah..tengok view biru-biru baru rasa feeling well ler ..

picasa

mood ari ni.. masih lagi mood bercutii dok tengok-tengok gambar we all di Pulau Langkawi ja..
Syiok sendiri wahaaa.... ^ _^

Pic 21 Januari 2011>> Sabtu...
@Underwater World, Langkawi..






@ Pantai Chenang..







@ Dataran Lang

Lepak @Dataran Lang malam-malam...
Semua pic ada 175 pcs dah diupload di FB da..mood down pc lingkup...

Sunday, January 23, 2011

Unplanner Vacation to Langkawi

Daku suda pulang dari balik bercutiiiiii...rasa rajin nak update entry n share rasa happyku ngan UNPLANNER VACATION ni...
21 Januari 2011-Khamis>> Sebelum bertolak g perlis, singgah kejap rumah MIL..
then hubby drive slow-slow jer lalu jalan bawah jam 5.30 petang dari kulim..
mesej kak Tie bgtau nak g umah dia.. n plan nak g Padang Besar ler..
Sambil borak-borak teman hubby bawak kereta, sampai Alor Setar..
Hubby rasa mcm nak p Jetty Kuala Kedah, nak g tgk Feryy kononnya ler.. so bagi jelah instruction jalan ke Kuala Kedah, sesampai jer di jetty, hmm dah tutup aaa, ferry last dah berlepas ler..so tak dan ler nak tgk ferry ha haa :)
Rasa macam nak makan Laksa Telok Kechai ler..dah lama tak makan hmm sedap, sebab aku suka laksa beras aaa... Alang-alang lalu Kuala Kedah jom singgah jap.. hmm cedapnya dapat makan laksa teluk Kechai..
After makan terus drive ke Perlis, baru perasan susu wisya one dah abisss...
Mesej kak tie lewat sikit sampai sebab nak hunting susu dulu kat Aneka n makan-makan sebab tak mau susahkan Kak Tie sekeluarga..
Sampai umah kak tie.. tidoo sana ler..dah lama tak borak ngan kak tie..rinduuunya kat dia, peluk cium n kak tie tanya plan nak g ke mana untuk hari esoknya..
Wisya one & Kak Watie
hmmm Wan senyum-senyum ja.. Aku macam plan ingat nak g Padang Besaq jer n then balik sebab ahad Wisya one school...
Syioknya tidooo umah kak tie..rasa tenang, sunyi suasana kampung, sejuk tak panas macam di Kulim..
Pagi 22 Jan 2011-Sabtu>> Bangun tidoo pagi di rumah orang, sedapnya tidoo suasana kampung ..ha ha. siap-siap mandi kami 2 beranak..+ my hubby sekali..breakfast nasi lemak..borak-borak kejap sambil view  kaki bukit belakang umah kak tie..then
minta keizinan kak tie nak gerak awal pagi, nak g jalan-jalan meronda Perlis..
Perlis, here i come..Waaahaaa...syiok..
Minta plan kak tie nak g padang besar, tapi wan kata mcm nak p Langkawi jer ni..
Hmm abangku ni biaaq betoi..betoii la dia kata..ngan baju yang ready apa sangat..seriusss maa hubby kata..
Hmmm follow jelah dah hubby nak bawak, bab baju nanti pk lain..sib baik baju wisyah bawak bekal banyak.. baju ku yang tak bawak apapun..ha ha..
Pas keluar rumah Kak Tie, hubby terus jer belok jalan ke Kuala Perlis.. hmm dalam hati besttt jugak ni..tak plan tgk-tgk sampai  jugak...plan nak p together dah lama tapi tak jadi-jadi pun..tgk last tak plan pulak yang menjadi ni..
Syukur, dapat hubby yang suka berjalan-jalan g bercutiii mcm ni..
Sesampai jer di Jetty dah ditawan oleh agen-agen ma..siap parking, hotel, kereta sewa ler depa promote..hubbyku ni jenis senang jer pujuk, then terus agree ngan tawaran agen tu..wahaaa kira nek boat n settle semua hal nanti di Pulau..Pergi Langkawi dengan tak bawak beg baju sangat hanya bawak 2 beg galas sekolah ja, bekal susu wisyah..nek ferry pukul 11.30 pagi.. rasa macam sejam nek ferry, happynya wisya one ku dapat nek ferry..terujaaa...
Sesampai jer di Jetty Kuah, Langkawi..g kaunter agen n pick up kunci kereta, sewa kancil jelah save minyak n senang nak gerak hubby kata..tgk kereta manyak choice, ada vioss,sentra macam-macam ler...ikut jelah sebab save punya pasal..ada budget boleh shopping nanti..
Hubby tempah challet kat Pantai Chenang, hmm 1st kena check in tgk bilik dulu, hunting jalan n follow signboard jalan to Pantai Chenang ja...
Taraa sesampai jer Pantai Chenang, check in Challet Pantai Chenang n lorr tak sangka ler Underwater World dekat jer.."apalagi bang bawak Wisya one tgk ikan aaaaa", Tiket masuk dewasa RM25 under travel, kalau walk in RM28.00 sib baik pekerja challet bagitau....
Hmmm tangan ku dah lengoh ler nak citer amazing unplanner vacation ni..ringkas kan citer jer..
  • Lepas check in Challet >> masuk Underwater World, Wisya one sangat teruja tgk ikan-ikan..Ikan macam-mcm ada..besar dan kecil pelbagai jenis..paling syiok tgk peguin..
  • Underwater World>> g mandi Pantai Chenang ler, ibu pulak kena hunting seluar mandii sebab memang tak prepare pun bawak,  Wisya one dah tak sabar nak mandi lautt...sukanya dia dapat mandi.. mandi sampai tak ingat ibu dan babah..siap dapat kawan-kawan gitu.Kat Pantai Chenang punyalah ramai gilers mat-minah Salleh bersidai,dengan pakaian yang begitu XX.Wisya tanya ibu" naper depa pakai baju nenen ja?, tak pakai baju jalan-jalan??" kelakar rasanya nak jawab.Jawab jelah depa orang putih tak sama..Ibu yang preggy pun syiok berendam..babah pun mandi.. dapat tgk view senja di Pantai Chenang, meriah ada mcm-macam ler aktiviti, sib baik peyot dah besaq kalau tak confirm aku follow banana split tu kan...
  • Mandi Pantai Chenang>>balik challet siap-siap mandi, round nak g cari makan, meronda jalan-jalan di Langkawi..Then lepak-lepak rasa angin malam di Dataran Lang..snap pic pun tak baper clear..
  • Dekat pekan Kuah ada uptown,park keta, jalan-jalan cari makan dan beli sepasang baju leopard,tertawan dan cantik baju selamat boleh pakai masa preggy or tidak nanti..shopping coklat, baju..happy dapat sepasang baju baru.. :)..memandangkan bercuti yang tak plan so tak leh ler nak shopping apa-apa souvinier kat member2 opis..just beli yang untuk yang tingin nak makan jer..
sepasang baju baru ku....
Pagi 23 Januari 2011-Ahad >> bangun di awal pagi dengan penuh semangat sebab rasa rugii tidoo sebab ari ni dah nak balik Kulim.selalu daku bukan senang oo nak bangun awal kalau leh tido hotel ke mana pun di hari minggu..plan ari ni nak g naik cabel car di gunung Mat Cincang, rasa kesejukkan dan nyaman nya di waktu pagi...breakfast n drive thru to destinasi..Mesej cikgu Wisya maklum bagitau wisya skip school today..Jalan ari ni banyak dikawal oleh polis sebab ada Le tour De Langkawi ler..meriah jalan-jalan disana..Berpandukan signboard ja hubby drive hunting cabel car...
Sesampai jer di destinasi..Daku dan wisya one serta hobby yang 1 apalagi possed sakan ler zon Cabel Car itu, beli tiket n nek cabel car adoii rasa gayatnya, tinggi wooo..takut duduk dalam cabel car pun tak berani dah nak ubah posisi,statik ja..tgk pemandangan laut yang luas..nampak air terjun yang cantik..
Dalam Cabel car pun daku  sempat snap pic n sampai jer ke stesen pertama..hubby ajak turun dulu nikmati keindahan atas bukit di stesen tu.. Ya ALLAH Maha Besar, keindahan serta kebiruan laut ciptaan-Nya. Stesen kedua cabel car pulak kena jalan banyak jugakla...walaupun penat mendaki turun dan naik sepanjang di atas Gunung Mat Cincang tu.. Visitor luar senyum jer tgk aku ngan perut yang besar ni mendaki naik dan turun ke bukit sebab nak ke Jambatan panjang yang boleh view suasana yang maha cantik..adoiii penat jugak, syiok punya pasal redah jalan slow-slow exercise bagi senang bersalin jelah wahaa.hubby jaga wisya one ja.cian ibu kat belakang..sesampai jer atas jambatan tu possed tak terhingga, kesian hubby jadi tukang snap ja..pic bertiga minta minah salleh tolong snap kan..just say helloo, thank you..
Rasa mcm dah penat ler nak update story..hmmm jom kita layan gambar pulak yer, semua pic Bercutii sebelum 44 day coming sudah siap upload masuk dalam FB...layannnnn
V
V
V


minah salleh tolong snap..



Punyalah penat tapi possed ok jer..
Walaupun tak banyak tempat yang dapat kami g, namun aku tetap bersyukur sampai jugak di Pulau Langkawi bertiga..opss berempat ler..even plan dah lama nak g together, selalu tiap tahun aku g seorang diri jer sebab kena attend kursus CSO..pas ni plan nak datang lagi ke pulau-pulau lak ambik pakej..mcm-mcm pulau ada cuma masa jer yang tak dak sebenarnya ni...
Apa yang penting aku happyy, wisyah One happy..hubby puas hati.. siap cakap pas bersalim ni duduk rumah berpantang baik-baik, tak mau dah dok bebai-bebai hik hik...
^_^



Friday, January 21, 2011

off to jalan-jalan...

Ari ni jumaat, ari kedua cont cutiii after thaipusam...
semalam tak g ke mana-mana..dok umah jer tu yang bohsan sesangat..
mintak izin kat hubby nak drive g perlis ngan Wisya one, bercuti dan melawat Kak Watie..
tapi hubby tak izinkan, sebab hubby ku jenis tak harap ler lately sejak preggy ni  so.. rasa mcm abad mood n.. tak happy..tu yang ngomel kat blog jer..
Hubby kerja malam.. macam biasa, balik akan tidoo cover nak keja lagi malam ni..
After hubby bangun tido n makan kenyang-kenyang..dia suh siap-siap packing beg baju..dia cutiiii keja shift malam ni.. n SAY's  "jom abang temankan g Perlis, umah kak tie"...
YESSS HAPPYNYAAA DAKU..Apalagi cerdas ambik beg n pack baju..HOREYYY...
So Shout out kat FB n blog..
Off to jalan-jalan..daaaaa
^_^

lapaq Pulut

Bangun tidooo jer ari ni terus rasa lapar Durian aaaaa...terus shout out kat FB, n respon Pah kata dia nak makan pulut Durian..
Hmm pulut adalah my favorite, mengandung ke tak mengandung aku memang hantu makan durian n pulut...sama ja aku bedal..makan...alang-alang nanti tak leh makan daaa... 
Tak leh jadi, dah rasa tak sabar nak makan ni..siap2 mandi siap pakai baju semua ..
Hubby kerja malam, p bawak Tetona lak maknanya tak dak sayap ler nak g hunting bahan-bahan..
Tengok jam dah pukul 10 pagi.. tak balik-balik lagi..adoooiii dah tak sabar ni nak makan pulut ni.. hm selepas 10 minit sampai jugak hubby terus nek keta tak bg hubby masuk ler... 
jom hunting kat Market Kulim.. tak sabar dah ni..ada perangai cewwiii susah sikitlaa,,tak reti nak bersabar...
Beli beras pulut, kelapa, ikan-ikan kering n hunting durian..
Punya lah mahai durian sekarang ni, bukan musim kot..sekilo rm12 daa...
timbang-timbang dekat rm15 ler..hubby kata mahai ler sayang..jom p cari tempat lain..
tak dak ler..so aku wat muka kempunan, cuma tak leleh air liur jer ni..kalau tidak Tap..tap leleh he he..
Pejam mata beli jelah, tak larat nak cari daaa...jadi beli n bayooo rm 15 daa..
Sampai umah dengan penuh poyoo terus tuju dapur, basuh beras pulut n tanak jer.. ngan rice cooker mudah jer kalau nak tanak pulut ni.. kejap jer dah masak.. Nyoq @ kelapa bahagi 2 nak belender jadi santan n gaul garam untuk makan ngan ikan masin.. panas minyak n goreng ikan masin..
Taraaa kejap jer tak sampai sejam siap masak...
waaahaaa sekali gus dapat makan 2 menu ari ni...
PULUT DURIAN ++ PULUT NYOQ IKAN MASIN...

Puass rasanya dapat makan.. pluss Wisyah ler siap possed lagi makan pulut durian... ha ha.. siap load masuk pic dalam fb lagi .. ha haa... punyalah cewiii kan... sedap nya...dapat makan sebelum pas pantang ni, sebab nanti aku dah tak leh makan pulut wat jangka masa yang agak lama jugak.. haa ha kena ingat azam nak kurusss mesti kena kuaaat maa...
jom jemput makan...
V
V
Pulut Durian + Pulut Nyoq Ikan masin

Punya nikmat wisya one makan...

menikmati durian...

Thursday, January 20, 2011

ngomel si preggy mom

Ari ni 20/1/2011- Khamis..
Penang dapat cuti celebrate Thaipusam, Kedah pulak tak cuti maknanya Wisya One school ler today.Hubby lak keja malam..so kena jugak bangun awal pagi hantar Wisya g Tadika n ibu lak ada appoinment kat Pakar 1 Hospital Kulim, sampai hospital dah jam 8.30 pagi, tahu dah mestii ramai orang kat Pakar 1 tu, sib baik Penang cutii ari ni tu yang tak baper nak risau sangat terlewat suda..siap register, dapat no 16 pada jam 8.30 pagi mestii yang no 1-10 lagi awal sampai kan.. he he mcm biasa ikut flow test air kencing, tekanan darah dan timbang.. Bab timbang yang sangat-sangat mengerunkan hu hu.. dah boleh agak mestii naik lagi kg ibu.. huk huk...taraaa 86kg!! adoiii runsing-runsing aaaaa, mcm ner nak reduce sampai berat ideal ku ;65kg ni???? pk-pkkan ler.. Tengok jam belom lagi jam 9 pagi, perut n baby inside dok godek-godek lapaaq dah ni.. hmm kena makan dulu, sekarang pagi-pagi cepat rasa lapar ler.. mcm ner badan tak nek kg ni ha..dah jadi mcm kebiasaan ler sebelum jam 9 pagi mesti kena makan..breakfast ler sorang-sorang ngan baby inside kat kantin hospital kulim tu..siap-siap makan semua, tunggu giliran ler no 16 tu, huk huk punyalah lama weiii menunggu dari pukul 8.30 hingga pukul 10.20 baru ting ting nek no 16..bayangkan lengoh buntut dok menunggu, mau nya tak 
ramai patient tapi klinik buka 2 ja yang ada doktor, aaaaaaaahh rasa mcm nak wat aduan jer ni, gilerss ka apa wat mak-mak buyot tunggu lelama..Aku dah la g seorang diri, tgk yang lain semua nya datang berteman, ngan suami masing-masing.. hmm nak wat mcm ner kan hubby ku jenis tak leh tunggu lelama..dia tak suka prosedur hospital yang lama-lama ni so aku ni jenis redah jer seorang diri pun boleh blah ke mana pun.. lone ranger punya olang maa...
berbalik pasal check up ni, sib baik doktor perempuan rasa selesa sikitla.. so test mcm biasa, rupa-rupanya berat aku over may be kaki bengkak ketara jugakla..then g scan n dia ada tegur  naper nampak mcm perut kecil ja padahal dah masuk 8 bulan ni,dia tanya dia jawab sendiri,telahan dia may be mampat inside kot..hmm doktor pun godek-godek scan ukur kepala,perut,jantung,paru2, tulang belakang n kaki baby inside..semua kelihatan normal dan anggaran baby inside dah 1.7++ kg..semua nampak normal,sihat dan perkembangan ikut tempoh pregnancy, kepala baby pun duduk elok ja kat bawah, uri pun ok .. syukur Alhamdullillah..
Siap semua ngan ambik ubat jam 11.30 pagi..wahaaa dari 8.30 pagi hingga pukul 11.30 pagi ma abis masa di Pakar 1, sib baik penang cuti kalau tak confirm apply mc untuk ari ni sebab dah tired la nak drive p opis kat Bukit Mertajam tu..Wisya one balik jam 12.30 tengahari, ada sejam ja lagi ni malasnya kalau dah balik umah rasa mcm susah jer nak keluar balik n singgah kejap ler dok lepak kat kedai Mak Mertua ku Remaja Char Keow teow Kilang lama.Kat kedai ada myFIL n MIL, duduk borak-borak kejap ja ngan MIL about my pregnancy n macam ner dalam pantang nanti...pas tu MIL sibuk kat dapur n lantas mula terpk something..
Tadaaaa teka apa dia???
ha ha mcm ner nak reduce weight ler apa lagi dalam otak ni....
Ngah atuq strategi baik punya!! ha ha..
  • la ni selagi boleh makan, aku hantam akan makan...makan jer semua fastfood sebab after deliver NO ! No daaaa ^_^
  • Plan pas bersalin ni..Insyaallah aku memang akan duduk berpantang sendiri di rumah sendiri seperti sebelum-belum ni berpantang, walaupun rumah kami bertangga ka pelbagai.. MIL dah bagitau dia sibuk ngan kedai,tak leh la nak jengok-jengok jagakan,  aku memang dah biasa ler sebab masuk kali ketiga daa..aku dah tau mcm ner nak biasakan diri..mcm ner nak wat,apa leh wat..insyaallah semoga ALLAH memberiku kekuatan dan memudahkan seperti sebelumnya..
  • Apapun yang datang aku kena kuat menghadapi sendiri.. mcm ner pun kan..so memang aku tengah motivatekan diri ini daa...sebab hubby aku tak rajin tak reti berpk  mcm hubby orang lain yang ringan tangan bab-bab membantu isteri dalam pantang ..bab tu aku memang dah masak sangat ngan dia..kalau tak ketuk tak jalan la..semua kena suruh...tak suruh tak dakla dia nak wat...so aku dah set dalam kapla otak ni..Dd KUAT, TABAHKAN HATI..sebab aku yang suka sangat nak mengandung kan wahaaaa...ikut hubby wisya one sorang pun dah cukup bagi dia..sebab dia memang tak baper nak rajin jaga anak daa.alasan takut tengok lembik-lembik,kecik  ja. Aku pulak ?? tak mau la wisya jadi mcm aku, anak tunggal..tak dak kakak, tak dak adik...tak dak abang nak berkongsi apapun..semua harap kawan-kawan, adik-adik kakak orang ja aku menumpang kasih, berkongsi citer... Tak mau Wisya jadi macm aku..so aku nak jugak wisya ber"adik"beradik...
  • berbalik topik nak kurus ni.. pas bersalin memang aku kena berkerja keras untuk kembalikan berat badan ideal adalah 65kg..hmmm mesti kena BOLEH!! berat over sebab kaki yang tengah mebengkak dengan teruknya..dah mcm kaki bigfoot daa.. that y berat kat kaki dah baper kg, peha, bontot la,betis yang cekang jer ni..ada sauna dak yang boleh balut kaki bg slim ni ekk?? kalau ada nak beliiiiii !! sib baik duit manyak..ha haa semua nak beli demi nak kuuuussss...
  • Now berat 86kg, ada lagi 6 minggu yang akan datang maknanya boleh blah jadi 88 kg or 90 kg jugakla sebab 8 tu  nombor favorite,kah kah body pun nak 8 lagi..hmm bagi anggaran lah 88kg-65kg= 23 kg kena lost dalam tempoh cuti 90 hari tu beb!! Apamcm agak-agak boleh ke tak ni??? mesti BOLEH..kena BOLEH jugak walaupun tak boleh...sebab hubby tak suka bini dia gemukla..siap cakap lagi tu, nak mcm sebelum kawen mak aiii...jenuh aaaa...hubby pun cekeding,nak wat gena...
  • strategi nya..Insyallah nak breastfeed sepenuhnya kat baby inside nanti mcm kakak dia, Wisya one dulu  fully breastfeed, tgk pengalaman orang-orang yang bf ni badan, body semua mantap..mcm masa pas pantang wisya dululah, body aku tak lah seteruk yang kedua, yelah masa 2nd baby tak dak, tak leh nak menyusu, pantang pun tidak sebab asyik bebai jer.. so kali ni rasa nak pantang betoi-betoi punya.bab bertungku ja rasa mcm tak leh nak blah, sebab tak dak sapa nak tolong bakar tungku kat aku aaaa..bab berbengkung, insyaallah, siap order bengkung jenis korset gituu.. .tak mau ambik ais dah, tak mau junkfood dah, nak mkan sayur-sayur ja.Nasi?? mesti kena makan jugak..tapi mesti ambik dalam kuantiti yang sikit..Oat pulak minum pagi-pagi n malam haa ^_^.roti mesti yang breadthru mcm dalam bigger loser, ha ha keazaman yang  membara ni..
  • tip-tip nak kurus aku dah copy paste dalam blog ni dah.Sebab dalam pantang nanti nak search, baca blog,ngomel n update ker apa isi masa lapang konon...pas ni nak ikut ja schedule pemakanan baik punya..banyak ambik halia buang angin, lada itam, sayur-sayuran dalam tempoh pantang, confirm la aku kena masak sendiri simple-simple pun ok kan..demi nak fully breastfeed baby aku akan jaga jugak pemakanan aku ni , mana boleh pk nak kurus ja, susu pun mesti ada nutrisi yang terbaik ler..kena pk semua tu..sebab aku nak yang terbaik untuk diri dan anak-anak ku..n hubby ku, sebab tu yang nekad nak jaga badan, kesihatan luar dalam betoi-betoi kali ni..ada rezeki lebih nak mempunyai home sauna sendiri, senang nak burn lemak degil kat peha ni..
Doa ku semoga segala kelahiran kali ni jugak dipermudahkan seperti sebelum-belumnya.. Mudah mengandung, bersalin..Syukur nikmat ALLAH bagi kat aku, kadang-kadang duduk seorang diri bermuhasabah diri, ALLAH rencana kan hidup aku ni elok sangat-sangat dah..Dia tak bagi alahan teruk, sakit bersalin teruk sebab hubby aku jenis yang ambik mudah saja, susah nak bantu bini..semua lah ada kat dia ..so sepatutnya hubby ku pun kena bersyukur dan menghargai bini mudah mengandung,bersalin.. ada lagi kawan-kawan dia yang belom ada anak, bini alahan teruk sampai berbulan-bulan masuk hospital..mcm aku mengandung pun tak dak simptom, sedar-sedar period skip jer masuk 3 bulan hmm syukur  merasai nikmat mengandung, bab selera makan pulak tak yah cakap aa semua bantai makan..mabuk ke pening alahan orang mengandung  tak pernah pun rasa mcm ner walaupun dah 3 kali mengandung, apa2 check up monthly semua drive pergi sendiri..tak pernah harapkan hubby g teman walaupun anak sulung lagi aaa duduk berjauhan,kalau dia pergi temankan dok kondem lambat ler apa ke wat sakit hati ja..so better aku g sendirian, tunggulah mcm ner pun. Masa pregnant wisya lagi ler terasa dah la anak sulung dok kena check up kat Shah Alam n then perlis sampai la bersalin pergi jer seorang diri,  that y wisya kelihatan berdikari awal..jauh beza dan cepat matang..Syukur Ya ALLAH ku panjatkan atas kekuatan, ketabahan yang dikau kurniakan padaku.. 
Sesungguhnya aku redha ngan ketentuan Mu Ya ALLAH..

note mode:terlalu bohsan dan boring ari ni sebab hubby tak izinkan aku g bercuti ke perlis  ..maka ngomel la seorang diri..about diri...

bila preggy mom nak vouge...

Bila preggy mom rasa tingin nak "Vouge"...selalu nya preggy mom ni rasa rendah diri sebab rasa diri dia gemuk.. tapi bila mai rasa macam ner ekk "VOUGE" tu maka teringin ler nak rasa...
so ini jadinya bila Preggy mom ni dah vouge di malam dinner JKM...
V
VVV
preggy mom yang nak bergaya...


kenangan dalam seumur hidup nak bergaya....

ha ha kelakar kan.. tak sedoo diri...


bling-bling betoi aku malam tu..siap hidung pun bling

note mode:sangat-sangat rasa bohsan ler...so ari ni lepak santai kat blog sendiri jer, hubby tak izinkan aku g bercutii alone..huaaaaa ...


redha adalah penawar....

"Ya Allah, Dikau tidak akan menguji hambamu jika dugaan mu itu diluar kemampuan hambamu menanggungnya"...
Allah Maha Besar lagi mengetahui kemampuan hambamu menanggungnya...
Sesungguhnya ku bersyukur dan redha di atas apa jua yang telah berlaku...
Amin...


Wednesday, January 19, 2011

Standing In The Eyes Of The World

Salam all followerss..
hmm dulu tak minat sangat blog insert lagu..
tetiba rasa mcm best lak ada lagu, so hunting-hunting lagu yang sesuai nak load..then rasa bersemangat waja bila dengar lagu ni..suka sesangat..jom layan...


>  Standing In The Eyes Of The World  <

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
 Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
( korus )
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"


Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...


( ulang korus )
ulang selagi mau...

note: lagu yang sentiasa membakar semangat ku berjuang demi kehidupan bersama insan-insan tersayang...

Tuesday, January 18, 2011

tingin nak share something..Kehilangan Cahaya mata, bagaimana menghadapinya

Ari ni keluar breakfast ngan kak Wan Rohaiza, my geng makan-makan kat sinar Indah, Bandar Perda jauh sikit meronda cari breakfast ari ni.....
lalu depan kantor buku maka terbeli majalah Pa & Ma Februari...
ada best jugak info bulan ni.. ada beberapa info yang memang  terkena jer kat batang idung ku yang macung ini..wahaa haa :)
so bila baca 1 info ni rasa macam nak share something la...
about topik "Kehilangan Cahaya mata, bagaimana menghadapinya??"
Hmm dah setahun berlalu tragedi itu dalam hidupku..16 Dis 2009..
kehilangan Arwah Muhamad Raqib semasa dia 37 minggu dalam kandungan ku..
bila baca majalah tu balik terus terewind dalam kapla otak ni..
Aku dulu??
Ingat-ingat balik rasa bodoh pulak.. menangis, wat perangai..sakitkan hati orang yang sayang kat aku..mcm-macam aku buat.. kesian kan diaorang especially My Hubby n Nur Darwisya One..orang yang paling dekat dalam hidup.
Biasalah kita masa dalam trauma, terkejut dan masih percaya atau tidak lagi that time.. 
so mcm-macm adoo rasa...kongsi sikitla;> 
  • after dapat tau baby gone, rasa bengong, runsing, tertanya-tanya naper, apa salah aku..mcm-macam timbul, terus marah-marah my hubby.. bawak keta laju-laju nak bagi xcident..tapi Wisya menjelma..aku masih ada wisya..kesian wisya
  • Semalaman dapat tahu baby dah tiada, tapi masih ada jasad dalam perut aku.. tak boleh tido, tak mau makan, tak mau bercakap ngan sesapa walaupun dengan wisya.. hanya menangis sambil memeluk baju-baju baby yang telah complete dalam beg..
  • 2nd day dapat tahu baby dah tiada, daftar masuk hospital Kulim, wat muka bengis,marah, tak mau cakap ngan orang..pilih katil ujung sekali tepi dinding then dok conteng dinding, cakap sorang diri ngan ngadap dinding..sedih dan  menangis bila dengar bunyi rentak jantung baby inside katil sebelah..sambil tutup muka ngan tower..
  • tak bagi sesapa datang melawat, tak sedia nak menerima lawatan..hanya nak hubby saja..even family pun tak mau jugak..siap warning aaaa.. :(
  • main handphone, reply mesej-mesej takziah, buka fb, then kena marah ngan nurse sebab main handphone ganggu mesin rentak jantung baby inside sebelah..bayangkan pada masa tu sms yang keluar hampir 5000 ooo mesej ..
  • kakak sebelah katil mula menegur dan menasihati serta mengkongsi pengalaman dia yang telah dua kali kehilangan anak dalam kandungan..pas tu baru aku mula nak bercakap dan mula bersemangat.. kakak tu lagi malang anak sulung dan kedua meninggal dalam kandungan sebab masalah tiroid, air ketuban kering tak perasan..kakak tu mengenalkan aku ngan kak shida yang sama-sama anak meninggal dalam kandungan..akak tu baby 7 bulan sebab demam panas,.
  • Pas borak-borak ngan kak tu..Dah jadi happy balik, so telah mula rasa lapar n request nak mkn macam-macam kat hubby, terkejut menerima kunjungan bos dari Komtar, Kak siti Sharah, Kak Kiah, aton dan budak praktikal dari usm.. Segala panggilan telefon tidak ada kekuatan untuk menjawab, dah berapa kali kak sharah call rupanya nak tahu wad mana aku duduk jer..sian depa.. terima kasih sudi wat lawatan terkejut..ahli keluarga pun semua tak berani oo datang melawat sebab kena warning tak leh mai melawat..
  • 1st ubat induce pada jam 4.00 petang tetap tak rasa apa-apa sampai ari kedua masuk lagi 2nd induce, haaa masa tu mau tauuu aaa sakit dikerodok-rodok mcm kena tusuk lembing ja..adoiii sakit woo,kejap tido merekot, kejap g toilet..sakit ya amat penangan ubat kedua ni.. nurse check tgk dah buka laluan 5cm n ready kena masuk labour room.. siap2 semua bekalan.. then nurse kata penuh so kena tunggu lagi kat katil dan pesan jangan dok teran pulak....adoii sakit aaa, hubby kesian tgk aku, mulalah rasa nak bebai nak teran jer kat atas katil tapi time tu time melawat ramai gilerss...tgh2 dok sakit, terima kunjungan terkejut lagi dari Nana, Nuriah, Kak As dan Fadlina..adoi korang mai masa aku sakit aaa.. soryy tak leh nak layan borak, kak as wat adegan sedih pulak so ada ler sikit adegan bermain air mata huk huk...
  • Pas time melawat attendan india datang mai ambik, n suruh aku siap-siap semua sebab tak kan masuk dah wad ni lagi.. attendan tu pelik naper bawak kain batek, kain puteh jer untuk baby, mana baju,pampers semua..aku bgtau baby dah ninggal..ooo muka terkejut maka ditolaknya aku masuk menunggu di ruangan menunggu dalam labour room tu...kesian  letak pun katil hujung sekali, depan ngan toilet..
  • adoiii sakitnyaaa.. tak tertahan rasa, tapi tak dak nurse pun nak mai check tgk aku ni..huk huk depa dok kalut ramai lagi patient dalam labour room tu, n ada 2 lagi yang menunggu dok sakit pakai mesin rentak jantung tu, mcm kes aku ni ook aa, baby tak dak dah tak rasa kot nak mai check tgk ka apa..Aku rasa macam nak terkencing maka turun ler dari katil sebab depan toilet ja aku duduk.. tetiba masa atas mangkuk toilet duduk kontraksi tetiba menyerang dengan kuat maka aku terteran then rasa something kat bawah n..raba-raba tgk kepala baby aa..maka aku gagahkan kepitkan punggung n merangkak keluar dari toilet n kebetulan nurse lalu depan toilet maka aku panggil la dia bgtau kepala baby dah kuar, hmm dia ingat perasaan aku jer, nah tgk kan betoi kepala baby dah kuar aaa.so dia tgk cakap terus push keluar jelah..sekali push terus keluar arwah Raqib, masa tu semua doktor datang berkumpul nak tgk kes aku ni aaa..ohh rupanya terbelit tali pusat 2 kali lilit aaa... so terjawab sudah persoalan yang timbul.. 
  • citer se seangkatan dengan nya ada dalam kronologi kehilangan aaa... klik label feeling, feeling 2 or Aqib kat bawah....
Semua rasa adaa..marah, nyesal, Sedih memang sedih tapi bila ingat Arwah Raqib dijaga ALLAH, duduk disamping yang Maha Esa, aku redha ngan ketentuan Allah padaku.. Dia berhak ke atas-Nya.. memberiku 37 minggu alam rahim bersama lalu mengambil balik hak-Nya..Setiap ketentuan ALLAH pada umatnya ada hikmah-Nya.. Allah Maha Mengetahui- Dia tahu tahun 2010 tu kami as ibu dan babah Raqib masih tidak bersedia dan mampu untuk memelihara Anugerah-Nya maka ALLAH mengambil alih tanggungjwab itu dan menyerahkan pada bidadari-bidadari syurga memelihara Raqib, sungguh indah dan nikmatnya pada bayi-bayi yang meninggal ketika bayi, sepanjang dalam tempoh berpantang aku isikan diri dengan membaca buku-buku islamiah, search dengan Mr google segala gambaran dan nikmat Allah pada Raqib.. ALLAH HUALLAM hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya, Aku amat rasa bersyukur kini aku ada anak lelaki yang menanti ku disana, tak ke semua ibu di dunia sebertuah aku. .... Mungkin ada besar hikmah-Nya Raqib menantiku disana,.. sebab aku pun masa muda-muda dulu hmmm hanya ALLAH jer tahu... he he..
Kini setahun telah berlalu, aku di gantikan dengan baby baru yang kini dah masuk 32 minggu maknanya dah 8 bulan dalam kandungan ku kini, insyaallah puteri pulak selepas ni.. Bersyukur dan redha dengan segala-galanya..semoga kelahiran kali ini jugak dipermudahkan segala-galanya.. Insyaallah.. 
Amin ya rabba alamin...
^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink