terasa nak share satu perasaan syahdu ku ari ni... sayu hati dan sedih aaaaaa....
Ari ni Ahad- ada seliaan kes di Rumah Kanak-Kanak, hmm mcm biasa ler ari ahad adalah ari bekerja, nak selia pelatih-pelatih Khidmat Masyarakat yang bekerja dan hanya free ahad sahaja..sabar jelah dah memang itu tugas dan amanah ku..Kerja kan satu ibadat jugak...adoyaiii berkhidmat untuk negara.. chewah..."Berkat Berjasa"...
Bila dah berada di Rumah Kanak-Kanak tak sah kalau aku tak g memanja kan diri ngan baby-baby yang comey..sedihnya hati tgk wajah mulus setiap baby yang ada dalam baby wad tu..semua comey-comey belaka, tak dak pun yang tak chomey..geramm la ngan 1 baby ni yang diberi nama oleh mak-mak yang ada..Aidil Zakuan..wahaa mcm nama pemain bola sepak ja..sereyes cakap lu memang comey giler that boy.. aku dukung, agah dia siap senyum senyeh gelak terkik kik ler dibuatnya.geram la ngan baby ni, siap aku peluk geram-geram ngan aidil ni...Tengok wajah comey Aidil tetiba rasa rindu pada aqib, dah setahun anak ibu disana, besar mana dah ekk? Cik bidadari syurga tolong jaga anak ibuu sayang. Terpandang wajah baby-baby yang ada yang rasa kasihan, ada ler dalam 12 baby di wad baby tu..Oh Dunia ni..ada orang nak sangat timang anak sendiri tak dapat beranak, kehilangan anak dalam kandungan, ini manusia ka haiwan senang-senang beranak terus buang jer..bayi-bayi ini tidak bersalah, 1 baby ni kesian nangis jer nak mintak perhatian then aku angkat peluk,tepuk dan belai sampai dia tertidoo, then Nory masuk bgtau baby tu ada HIV positif, hmm remind diri sendiri bukan mudah kan nak dapat jangkitan hiv kalau setakat dukung peluk jer...adoyaiii sedihhh,sayu aaa hati ini.Tapi baby-baby disini semua pandai bawak diri, duduk jer bergolek main sorang diri dalam baby coat,menyapa sesama sendiri aiiii jer tgk, minum susu, tidoo pun sendiri, tak merap pun mcm baby yang ada ibu ni, semua respon baik bila diagah panggil,senyum comey ja.Baik betoii la...aduhai terasa nak respon ngan 1 kisah kehilangan baby inside yang baru ku temui..
Semalam Hati ini tersentuh kepada nasib bakal si ibu muda yang aku ternampak status sayu di facebook, dia baru kehilangan anak perempuan yang dikandung didalam perut kalau tak salah dah masuk 8 bulan n due pun dah dekat bulan Feb, dari sumber kakak angkatnya disebabkan komplikasi jantung baby lemah ekoran kemalangan langgar belakang kereta yang dipandu oleh si ibu, namun apakan daya dia ALLAH lebih menyayangi anak yang dikandung, actually bukan friends pun tapi adik angkat kepada friend list aku..rasa terpanggil untuk mesej si ibu dan suami nya, dengan harapan dapat berkongsi kesedihan itu bukan nak nyibok sedih tauuu, kehilangan anak mereka ialah anak sulong mungkin tamparan mereka ngan aku tak sama sebab aku still ada wisya one..diaorang lak dah excited segala ngan siap semua persiapan..Sempat view tgk pic kat fb masa si ibu preggy mom yang comey ngan perut yang semakin membesar pada setiap trimester malah bila terbaca status si ibu yang kerinduan dan still didalam pantang dan papa lak yang sedih melihat ratapan si isteri..memang sayu dan menyayat hati ler..aku hanya mampu share link kata-kata seorang sahabat dan "REDHA
ADALAH PENAWAR SEGALA KEDUKAAN" n mesej si suami kena kuat memberi sokongan sebab ibu yang berpantang tanpa baby di sisi ini emosi nya akan tidak stabil, mcm aku setahun yang dulu kerja nak bebai,marah serba tak kena jer. n tempoh berpantang pun tidak...gelong jugak walaupun anak kedua yelah dah 9 bulan mengandung..tetiba rasa kehilangan sekelip mata ja..teringat pada seorang sahabat ku Gieda..dia lagi tragik dari ku..Anak pertama meninggal dalam perut ketika usia kandungan 7 bulan,lemas,..anak kedua pulak meninggal setelah 3 hari dilahirkan disebabkan jangkitan kuman dalam paru-paru, kedua anak Gieda adalah lelaki, penghuni syurga Firdaus, lalu mengenangkan nasib gieda sahabatku ini, ada lagi insan yang lebih sedih.sampai sekarang dia rasa mcm fobia jer tak mau cakap bab-bab preggy n anak n kadang-kadang selalu dia selalu komen mesej daku jeles tgk pic aku di fb yang kini dah preggy back tak sampai 5 bulan ALLAH bagi penganti ..aku dulu pun masa kehilangan Aqib dok hunting minta nasihat dia jer macam ner dia sekuat itu menghadapi kehilangan anak yang dikandungnya..ramai lagi insan yang kehilangan baby inside antaranya kak ilah, pelet,kak dina,kak pinat, yang paling sedih bila blogwalking kisah DOA untuk ALANNA..so kini apa yang berlaku kita kena redha supaya jiwa kita akan lebih tenang dan bersedia menerima segala kemungkinan yang ada, pengalaman hidup yang mendewasakan aku sebagai ibu..
Anak-anak yang meninggal semasa bayi besar rahmat ALLAH bagi, hanya insan terpilih sahaja yang bertuah kerana ada insan suci menanti disana..Setiap ketentuan ALLAH pada hambanya ada hikmahnya..
Wallahualam...
0 ulasan anda:
Post a Comment