Tuesday, January 18, 2011

tingin nak share something..Kehilangan Cahaya mata, bagaimana menghadapinya

Ari ni keluar breakfast ngan kak Wan Rohaiza, my geng makan-makan kat sinar Indah, Bandar Perda jauh sikit meronda cari breakfast ari ni.....
lalu depan kantor buku maka terbeli majalah Pa & Ma Februari...
ada best jugak info bulan ni.. ada beberapa info yang memang  terkena jer kat batang idung ku yang macung ini..wahaa haa :)
so bila baca 1 info ni rasa macam nak share something la...
about topik "Kehilangan Cahaya mata, bagaimana menghadapinya??"
Hmm dah setahun berlalu tragedi itu dalam hidupku..16 Dis 2009..
kehilangan Arwah Muhamad Raqib semasa dia 37 minggu dalam kandungan ku..
bila baca majalah tu balik terus terewind dalam kapla otak ni..
Aku dulu??
Ingat-ingat balik rasa bodoh pulak.. menangis, wat perangai..sakitkan hati orang yang sayang kat aku..mcm-macam aku buat.. kesian kan diaorang especially My Hubby n Nur Darwisya One..orang yang paling dekat dalam hidup.
Biasalah kita masa dalam trauma, terkejut dan masih percaya atau tidak lagi that time.. 
so mcm-macm adoo rasa...kongsi sikitla;> 
  • after dapat tau baby gone, rasa bengong, runsing, tertanya-tanya naper, apa salah aku..mcm-macam timbul, terus marah-marah my hubby.. bawak keta laju-laju nak bagi xcident..tapi Wisya menjelma..aku masih ada wisya..kesian wisya
  • Semalaman dapat tahu baby dah tiada, tapi masih ada jasad dalam perut aku.. tak boleh tido, tak mau makan, tak mau bercakap ngan sesapa walaupun dengan wisya.. hanya menangis sambil memeluk baju-baju baby yang telah complete dalam beg..
  • 2nd day dapat tahu baby dah tiada, daftar masuk hospital Kulim, wat muka bengis,marah, tak mau cakap ngan orang..pilih katil ujung sekali tepi dinding then dok conteng dinding, cakap sorang diri ngan ngadap dinding..sedih dan  menangis bila dengar bunyi rentak jantung baby inside katil sebelah..sambil tutup muka ngan tower..
  • tak bagi sesapa datang melawat, tak sedia nak menerima lawatan..hanya nak hubby saja..even family pun tak mau jugak..siap warning aaaa.. :(
  • main handphone, reply mesej-mesej takziah, buka fb, then kena marah ngan nurse sebab main handphone ganggu mesin rentak jantung baby inside sebelah..bayangkan pada masa tu sms yang keluar hampir 5000 ooo mesej ..
  • kakak sebelah katil mula menegur dan menasihati serta mengkongsi pengalaman dia yang telah dua kali kehilangan anak dalam kandungan..pas tu baru aku mula nak bercakap dan mula bersemangat.. kakak tu lagi malang anak sulung dan kedua meninggal dalam kandungan sebab masalah tiroid, air ketuban kering tak perasan..kakak tu mengenalkan aku ngan kak shida yang sama-sama anak meninggal dalam kandungan..akak tu baby 7 bulan sebab demam panas,.
  • Pas borak-borak ngan kak tu..Dah jadi happy balik, so telah mula rasa lapar n request nak mkn macam-macam kat hubby, terkejut menerima kunjungan bos dari Komtar, Kak siti Sharah, Kak Kiah, aton dan budak praktikal dari usm.. Segala panggilan telefon tidak ada kekuatan untuk menjawab, dah berapa kali kak sharah call rupanya nak tahu wad mana aku duduk jer..sian depa.. terima kasih sudi wat lawatan terkejut..ahli keluarga pun semua tak berani oo datang melawat sebab kena warning tak leh mai melawat..
  • 1st ubat induce pada jam 4.00 petang tetap tak rasa apa-apa sampai ari kedua masuk lagi 2nd induce, haaa masa tu mau tauuu aaa sakit dikerodok-rodok mcm kena tusuk lembing ja..adoiii sakit woo,kejap tido merekot, kejap g toilet..sakit ya amat penangan ubat kedua ni.. nurse check tgk dah buka laluan 5cm n ready kena masuk labour room.. siap2 semua bekalan.. then nurse kata penuh so kena tunggu lagi kat katil dan pesan jangan dok teran pulak....adoii sakit aaa, hubby kesian tgk aku, mulalah rasa nak bebai nak teran jer kat atas katil tapi time tu time melawat ramai gilerss...tgh2 dok sakit, terima kunjungan terkejut lagi dari Nana, Nuriah, Kak As dan Fadlina..adoi korang mai masa aku sakit aaa.. soryy tak leh nak layan borak, kak as wat adegan sedih pulak so ada ler sikit adegan bermain air mata huk huk...
  • Pas time melawat attendan india datang mai ambik, n suruh aku siap-siap semua sebab tak kan masuk dah wad ni lagi.. attendan tu pelik naper bawak kain batek, kain puteh jer untuk baby, mana baju,pampers semua..aku bgtau baby dah ninggal..ooo muka terkejut maka ditolaknya aku masuk menunggu di ruangan menunggu dalam labour room tu...kesian  letak pun katil hujung sekali, depan ngan toilet..
  • adoiii sakitnyaaa.. tak tertahan rasa, tapi tak dak nurse pun nak mai check tgk aku ni..huk huk depa dok kalut ramai lagi patient dalam labour room tu, n ada 2 lagi yang menunggu dok sakit pakai mesin rentak jantung tu, mcm kes aku ni ook aa, baby tak dak dah tak rasa kot nak mai check tgk ka apa..Aku rasa macam nak terkencing maka turun ler dari katil sebab depan toilet ja aku duduk.. tetiba masa atas mangkuk toilet duduk kontraksi tetiba menyerang dengan kuat maka aku terteran then rasa something kat bawah n..raba-raba tgk kepala baby aa..maka aku gagahkan kepitkan punggung n merangkak keluar dari toilet n kebetulan nurse lalu depan toilet maka aku panggil la dia bgtau kepala baby dah kuar, hmm dia ingat perasaan aku jer, nah tgk kan betoi kepala baby dah kuar aaa.so dia tgk cakap terus push keluar jelah..sekali push terus keluar arwah Raqib, masa tu semua doktor datang berkumpul nak tgk kes aku ni aaa..ohh rupanya terbelit tali pusat 2 kali lilit aaa... so terjawab sudah persoalan yang timbul.. 
  • citer se seangkatan dengan nya ada dalam kronologi kehilangan aaa... klik label feeling, feeling 2 or Aqib kat bawah....
Semua rasa adaa..marah, nyesal, Sedih memang sedih tapi bila ingat Arwah Raqib dijaga ALLAH, duduk disamping yang Maha Esa, aku redha ngan ketentuan Allah padaku.. Dia berhak ke atas-Nya.. memberiku 37 minggu alam rahim bersama lalu mengambil balik hak-Nya..Setiap ketentuan ALLAH pada umatnya ada hikmah-Nya.. Allah Maha Mengetahui- Dia tahu tahun 2010 tu kami as ibu dan babah Raqib masih tidak bersedia dan mampu untuk memelihara Anugerah-Nya maka ALLAH mengambil alih tanggungjwab itu dan menyerahkan pada bidadari-bidadari syurga memelihara Raqib, sungguh indah dan nikmatnya pada bayi-bayi yang meninggal ketika bayi, sepanjang dalam tempoh berpantang aku isikan diri dengan membaca buku-buku islamiah, search dengan Mr google segala gambaran dan nikmat Allah pada Raqib.. ALLAH HUALLAM hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya, Aku amat rasa bersyukur kini aku ada anak lelaki yang menanti ku disana, tak ke semua ibu di dunia sebertuah aku. .... Mungkin ada besar hikmah-Nya Raqib menantiku disana,.. sebab aku pun masa muda-muda dulu hmmm hanya ALLAH jer tahu... he he..
Kini setahun telah berlalu, aku di gantikan dengan baby baru yang kini dah masuk 32 minggu maknanya dah 8 bulan dalam kandungan ku kini, insyaallah puteri pulak selepas ni.. Bersyukur dan redha dengan segala-galanya..semoga kelahiran kali ini jugak dipermudahkan segala-galanya.. Insyaallah.. 
Amin ya rabba alamin...
^_^



0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink