02 Januari 2011- Ahad..
Wisyah dah start bersekolah tadika.. Ahad- mula orentasi 2 jam semalam.. ok ja dia..senyum,selamba..ibu tak payah nak tunggu..hantar jer terus balik..biaq dia biasakan diri ngan suasana baru.. tadika baru, cikgu baru, sangat berbangga dengan anakku, Nur Darwisyah Bt. Redwan... kebanyakkan parent lain terpaksa tunggu tgk, ibu jer hantar terus balik umah..
Walaupun baru berusia 4 tahun, Wisya kelihatan macam budak berusia 5 tahun..Wisya kini dah mula alam persekolahan dengan tadika Fitrah Ehsan, Junjung, Kedah..
Pada awalnya ibu dan babah dah buntu tahun ni nak hantar Wisya dok mana, nak bagi tadika ker dok taska lama jugakla.. Cikgu-cikgi taska lama ari-ari dok push ibu, suh register Wisya di Tadika diaorang.. tapi bukan apa mahal sangat + semua cikgu, penjaga di taska India.. memangla 1 malaysia, tapi wisya tak diterapkan dengan unsur-unsur islamiah langsung..tu yang buat ibu mula berat hati tahun ni..
So dipendekkan citer, ibu dan babah ngah baca paper, then jatuh pamplet pasal tadika baru wisyah ni..
Terjatuh atas kaki, then ambik baca ler tgk, tertarik ngan tema tadika ni..
"Tadika Islam berteraskan English".. dan full timer pun ada pakej..umur 6 tahun dah boleh hafazan segala..ada karete do.. ada arab, jawi..english..complete 1 hari..
Mcm best ja bunyi nya..so terus call cikgu n ajak babah g tgk tadika tu petang dekat maghrib dah...
1st sampai dah rasa macam best dah, suasana yang tenang, semua complete..ada komputer, ada semua..
Lepas dengar semua penjelasan cikgu Zainab. waaahhh rasa teruja..ibu dan babah terus mcm setuju..tapiiii ada 1 hal lagi, tadika cuti jumaat dan sabtu lah..Jumaat ibu keja.. hmm cikgu bagi suggest suh hantar wisya ke Taska Ummi dekat jer dari tadika tu, then dapat no contact pengusaha taska..call n set wisyah boleh transit sana untuk jumaat sahaja..
Segala-galanya adalah ketentuan ALLAH, semua yang direncanakan ada hikmah-Nya kan.. Hal Wisyah dah settle..Ku panjatkan syukur Alhamdulillah Ya Allah ..
Wisyah; Biasalah Wisyah kan dah biasa di taska dulu, mandi disana..bab tu jenuh perangggg jugakla ibu 2 pagi ni.. Wisyah tak nak mandi kat umah, dia kata awal sangat la.. jenuh pujuk, masak air panas sebab kat umah air sejukk gedii.. hmm demi anak tersayang ibu sanggup tido awal, bangun awal demi anak ibu..padahal ibu ni baloq jugakla bab bangun-bangun tido ni..
Azam baru tahun 2011 >> ibu nak berubah..Jadi yang terbaik buat Babah, Anak.. so kena berubah perlahan-lahan kan..kan.. ibu tidooo awal, tak online fb selewat-lewatnya jam 9.00 malam jer..
03 Jan 2011- Ari ni Wisyah dah mula persekolahan baru di Tadika Fitrah Ehsan..
Hantar pagi tadi, ibu tak turun kereta pun, cikgu datang ambik kat kereta then ibu terus pecut masuk keja 8 pagi.. Wisyah langsung tak tunjuk riak takut, sedih malah bersemangat mengalas beg baru dia.. tapi jam 11 pagi tadi ibu ada call check out cikgu Zainab pasal Wisya One.. cikgu kata AAA ler wisya..senang sangat dia.. menjadi favorite cikgu nampak 1 st day dia di Tadika..
Bangganya ibu.. Anugerah ALLAH yang amat ternilai... Syukur Ya ALLAH..
0 ulasan anda:
Post a Comment