Thursday, January 20, 2011

ngomel si preggy mom

Ari ni 20/1/2011- Khamis..
Penang dapat cuti celebrate Thaipusam, Kedah pulak tak cuti maknanya Wisya One school ler today.Hubby lak keja malam..so kena jugak bangun awal pagi hantar Wisya g Tadika n ibu lak ada appoinment kat Pakar 1 Hospital Kulim, sampai hospital dah jam 8.30 pagi, tahu dah mestii ramai orang kat Pakar 1 tu, sib baik Penang cutii ari ni tu yang tak baper nak risau sangat terlewat suda..siap register, dapat no 16 pada jam 8.30 pagi mestii yang no 1-10 lagi awal sampai kan.. he he mcm biasa ikut flow test air kencing, tekanan darah dan timbang.. Bab timbang yang sangat-sangat mengerunkan hu hu.. dah boleh agak mestii naik lagi kg ibu.. huk huk...taraaa 86kg!! adoiii runsing-runsing aaaaa, mcm ner nak reduce sampai berat ideal ku ;65kg ni???? pk-pkkan ler.. Tengok jam belom lagi jam 9 pagi, perut n baby inside dok godek-godek lapaaq dah ni.. hmm kena makan dulu, sekarang pagi-pagi cepat rasa lapar ler.. mcm ner badan tak nek kg ni ha..dah jadi mcm kebiasaan ler sebelum jam 9 pagi mesti kena makan..breakfast ler sorang-sorang ngan baby inside kat kantin hospital kulim tu..siap-siap makan semua, tunggu giliran ler no 16 tu, huk huk punyalah lama weiii menunggu dari pukul 8.30 hingga pukul 10.20 baru ting ting nek no 16..bayangkan lengoh buntut dok menunggu, mau nya tak 
ramai patient tapi klinik buka 2 ja yang ada doktor, aaaaaaaahh rasa mcm nak wat aduan jer ni, gilerss ka apa wat mak-mak buyot tunggu lelama..Aku dah la g seorang diri, tgk yang lain semua nya datang berteman, ngan suami masing-masing.. hmm nak wat mcm ner kan hubby ku jenis tak leh tunggu lelama..dia tak suka prosedur hospital yang lama-lama ni so aku ni jenis redah jer seorang diri pun boleh blah ke mana pun.. lone ranger punya olang maa...
berbalik pasal check up ni, sib baik doktor perempuan rasa selesa sikitla.. so test mcm biasa, rupa-rupanya berat aku over may be kaki bengkak ketara jugakla..then g scan n dia ada tegur  naper nampak mcm perut kecil ja padahal dah masuk 8 bulan ni,dia tanya dia jawab sendiri,telahan dia may be mampat inside kot..hmm doktor pun godek-godek scan ukur kepala,perut,jantung,paru2, tulang belakang n kaki baby inside..semua kelihatan normal dan anggaran baby inside dah 1.7++ kg..semua nampak normal,sihat dan perkembangan ikut tempoh pregnancy, kepala baby pun duduk elok ja kat bawah, uri pun ok .. syukur Alhamdullillah..
Siap semua ngan ambik ubat jam 11.30 pagi..wahaaa dari 8.30 pagi hingga pukul 11.30 pagi ma abis masa di Pakar 1, sib baik penang cuti kalau tak confirm apply mc untuk ari ni sebab dah tired la nak drive p opis kat Bukit Mertajam tu..Wisya one balik jam 12.30 tengahari, ada sejam ja lagi ni malasnya kalau dah balik umah rasa mcm susah jer nak keluar balik n singgah kejap ler dok lepak kat kedai Mak Mertua ku Remaja Char Keow teow Kilang lama.Kat kedai ada myFIL n MIL, duduk borak-borak kejap ja ngan MIL about my pregnancy n macam ner dalam pantang nanti...pas tu MIL sibuk kat dapur n lantas mula terpk something..
Tadaaaa teka apa dia???
ha ha mcm ner nak reduce weight ler apa lagi dalam otak ni....
Ngah atuq strategi baik punya!! ha ha..
  • la ni selagi boleh makan, aku hantam akan makan...makan jer semua fastfood sebab after deliver NO ! No daaaa ^_^
  • Plan pas bersalin ni..Insyaallah aku memang akan duduk berpantang sendiri di rumah sendiri seperti sebelum-belum ni berpantang, walaupun rumah kami bertangga ka pelbagai.. MIL dah bagitau dia sibuk ngan kedai,tak leh la nak jengok-jengok jagakan,  aku memang dah biasa ler sebab masuk kali ketiga daa..aku dah tau mcm ner nak biasakan diri..mcm ner nak wat,apa leh wat..insyaallah semoga ALLAH memberiku kekuatan dan memudahkan seperti sebelumnya..
  • Apapun yang datang aku kena kuat menghadapi sendiri.. mcm ner pun kan..so memang aku tengah motivatekan diri ini daa...sebab hubby aku tak rajin tak reti berpk  mcm hubby orang lain yang ringan tangan bab-bab membantu isteri dalam pantang ..bab tu aku memang dah masak sangat ngan dia..kalau tak ketuk tak jalan la..semua kena suruh...tak suruh tak dakla dia nak wat...so aku dah set dalam kapla otak ni..Dd KUAT, TABAHKAN HATI..sebab aku yang suka sangat nak mengandung kan wahaaaa...ikut hubby wisya one sorang pun dah cukup bagi dia..sebab dia memang tak baper nak rajin jaga anak daa.alasan takut tengok lembik-lembik,kecik  ja. Aku pulak ?? tak mau la wisya jadi mcm aku, anak tunggal..tak dak kakak, tak dak adik...tak dak abang nak berkongsi apapun..semua harap kawan-kawan, adik-adik kakak orang ja aku menumpang kasih, berkongsi citer... Tak mau Wisya jadi macm aku..so aku nak jugak wisya ber"adik"beradik...
  • berbalik topik nak kurus ni.. pas bersalin memang aku kena berkerja keras untuk kembalikan berat badan ideal adalah 65kg..hmmm mesti kena BOLEH!! berat over sebab kaki yang tengah mebengkak dengan teruknya..dah mcm kaki bigfoot daa.. that y berat kat kaki dah baper kg, peha, bontot la,betis yang cekang jer ni..ada sauna dak yang boleh balut kaki bg slim ni ekk?? kalau ada nak beliiiiii !! sib baik duit manyak..ha haa semua nak beli demi nak kuuuussss...
  • Now berat 86kg, ada lagi 6 minggu yang akan datang maknanya boleh blah jadi 88 kg or 90 kg jugakla sebab 8 tu  nombor favorite,kah kah body pun nak 8 lagi..hmm bagi anggaran lah 88kg-65kg= 23 kg kena lost dalam tempoh cuti 90 hari tu beb!! Apamcm agak-agak boleh ke tak ni??? mesti BOLEH..kena BOLEH jugak walaupun tak boleh...sebab hubby tak suka bini dia gemukla..siap cakap lagi tu, nak mcm sebelum kawen mak aiii...jenuh aaaa...hubby pun cekeding,nak wat gena...
  • strategi nya..Insyallah nak breastfeed sepenuhnya kat baby inside nanti mcm kakak dia, Wisya one dulu  fully breastfeed, tgk pengalaman orang-orang yang bf ni badan, body semua mantap..mcm masa pas pantang wisya dululah, body aku tak lah seteruk yang kedua, yelah masa 2nd baby tak dak, tak leh nak menyusu, pantang pun tidak sebab asyik bebai jer.. so kali ni rasa nak pantang betoi-betoi punya.bab bertungku ja rasa mcm tak leh nak blah, sebab tak dak sapa nak tolong bakar tungku kat aku aaaa..bab berbengkung, insyaallah, siap order bengkung jenis korset gituu.. .tak mau ambik ais dah, tak mau junkfood dah, nak mkan sayur-sayur ja.Nasi?? mesti kena makan jugak..tapi mesti ambik dalam kuantiti yang sikit..Oat pulak minum pagi-pagi n malam haa ^_^.roti mesti yang breadthru mcm dalam bigger loser, ha ha keazaman yang  membara ni..
  • tip-tip nak kurus aku dah copy paste dalam blog ni dah.Sebab dalam pantang nanti nak search, baca blog,ngomel n update ker apa isi masa lapang konon...pas ni nak ikut ja schedule pemakanan baik punya..banyak ambik halia buang angin, lada itam, sayur-sayuran dalam tempoh pantang, confirm la aku kena masak sendiri simple-simple pun ok kan..demi nak fully breastfeed baby aku akan jaga jugak pemakanan aku ni , mana boleh pk nak kurus ja, susu pun mesti ada nutrisi yang terbaik ler..kena pk semua tu..sebab aku nak yang terbaik untuk diri dan anak-anak ku..n hubby ku, sebab tu yang nekad nak jaga badan, kesihatan luar dalam betoi-betoi kali ni..ada rezeki lebih nak mempunyai home sauna sendiri, senang nak burn lemak degil kat peha ni..
Doa ku semoga segala kelahiran kali ni jugak dipermudahkan seperti sebelum-belumnya.. Mudah mengandung, bersalin..Syukur nikmat ALLAH bagi kat aku, kadang-kadang duduk seorang diri bermuhasabah diri, ALLAH rencana kan hidup aku ni elok sangat-sangat dah..Dia tak bagi alahan teruk, sakit bersalin teruk sebab hubby aku jenis yang ambik mudah saja, susah nak bantu bini..semua lah ada kat dia ..so sepatutnya hubby ku pun kena bersyukur dan menghargai bini mudah mengandung,bersalin.. ada lagi kawan-kawan dia yang belom ada anak, bini alahan teruk sampai berbulan-bulan masuk hospital..mcm aku mengandung pun tak dak simptom, sedar-sedar period skip jer masuk 3 bulan hmm syukur  merasai nikmat mengandung, bab selera makan pulak tak yah cakap aa semua bantai makan..mabuk ke pening alahan orang mengandung  tak pernah pun rasa mcm ner walaupun dah 3 kali mengandung, apa2 check up monthly semua drive pergi sendiri..tak pernah harapkan hubby g teman walaupun anak sulung lagi aaa duduk berjauhan,kalau dia pergi temankan dok kondem lambat ler apa ke wat sakit hati ja..so better aku g sendirian, tunggulah mcm ner pun. Masa pregnant wisya lagi ler terasa dah la anak sulung dok kena check up kat Shah Alam n then perlis sampai la bersalin pergi jer seorang diri,  that y wisya kelihatan berdikari awal..jauh beza dan cepat matang..Syukur Ya ALLAH ku panjatkan atas kekuatan, ketabahan yang dikau kurniakan padaku.. 
Sesungguhnya aku redha ngan ketentuan Mu Ya ALLAH..

note mode:terlalu bohsan dan boring ari ni sebab hubby tak izinkan aku g bercuti ke perlis  ..maka ngomel la seorang diri..about diri...

0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink