Thursday, March 17, 2011

15 hari berpantang

Ari ni dah masuk 15 hari berpantang..
Daku masih lagi sibuk dan curi-curi nak online blog or fb ngan Mr notebook ni..sebelum ni ngan wifi C7 ja sebab tak sebab nak hadap ler..ada jer kakak dan adik cari ibu..
15 hari berpantang sendiri..duduk di rumah sendiri.. so far rasa enjoy dan free nak wat apapun tak kisah..sendiri punya jaga kan...kali ni hubby dah banyak main peranan dalam penjagaan ibu berpantang, kalau hubby cutii dia akan masak bodo-bodo pun tak pa janji lapik perut ibu..kalau hubby keja pagi, ibu masak bodo-bodo jugak ler nak lapik perut ibu dan kakak..baby? no hal, rezeki Allah bagi kat dia, susu melimpah ruah..kelakar kan bila time nyusu jer macam hujan turun lak menitik kedua belah Cik B ibu.. Syukur banyak-banyak..
Baby dah 15 hari, tadi g check up lagi jaundice kat Klinik Komuniti Taman Selasih..masih maintain 197 bacaan jaundice baby Dhia ni.. adoyaii risoo hati ibu.. sebelum ni kakak Wisyah tak kena jaundice so cuak ler jugak ibu nak rawat, pesanan nurse hanya banyakkan nyusu jer ni, tanya jugak nurse memang tak dak ubat ker untuk jaundice ni..next ambik darah ari ahad pulak..sian baby kan asyik kena cucuk tumit kaki kiri atau kanan..bila ler nak nyah terus jaundice ni dari baby Dhia ni ekk?
Selama 15 hari ni, ibu belom amalkan apa-apa lagi untuk body ibu.. jamu dah ada, cuma nak makan masih risau efect ke susu ibu, sebab baby belom out lagi dari jaundice ni..so ibu postponed dulu sebarang jamu, petua-petua nak kuruskan badan ibu. Nak pakai bengkung pun malas sebab kena banyak gerak maa, baby Dhia kuat pooo poo penangan air sengkuang cina sama kot, bila berbengkung ni susah ler nak gerak banyak... tak tau la berat terkini dah baper, ikut tu makan tak baper nak selera sangat, hanya makan sebab nak lapik perut tak bagi angin badan dan susu baby jer ni.. yelah masak bodo-bodo jer mana nak ada selera nak makan..harap leh la lost 25 or 30 kg he he berangan ja ni... pagi-pagi makan 2 pack oat ja.. tengahari nasi lauk pun bodo-bodo gak.. menu harian rebus kucai bergilir ngan rebus sawi ja.. sampai tgk nasi jadi tak lalu da.. ngah hunting leh makan apa lagi selain nasi ja ni..pk nak full breastfeed baby tu yang makan nasi jugak ni.. masa berpantang tiada arwah Raqib langsung tak makan nasi tapi kena marah ngan tok la pulak, orang dalam pantang mana leh tak makan nasi, tu ler bila berpantang ngan orang tua-tua ni lain caranya.. so kali ni daku lebih prefer nak berpantang sendiri ja.. kami-kami aja.. ^-^



0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink