'Dhia Nur Adawiyah"
-"Sinaran Cahaya Penawar Mustajab"- cahaya mata ku yang ketiga
Selamat dilahirkan pada 03 Mac 2011 di Hospital Kulim pada jam 6.03 petang kelahiran secara normal dengan berat 2.6 kg..
Syukur Alhamdullillah kelahiran yang dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi cuma selepas baby dilahirkan baby terus dibawa ke Unit Rawatan Rapi bayi, untuk saringan suspek kuman sebab air ketuban bocor 24 jam dan air telah kurang dari sepatutnya.. maka ibu dan baby dipisahkan selepas kelahiran adik, tak sempat ibu nak manja-manja dengan adik lagi, tak sempat ibu nak suapkan nenen dia.. Demi baby tercinta tak mengapa janji baby sihat.. 2 malam baby ditempatkan di unit sana untuk disuntik antibiotik dan saringan ujian darah.. Syukur Alhamdullillah baby selamat dan bebas dari suspek kuman dan G6PD, tapi biasalah baby non ibu 2 malam maka baby telah diberi susu formula secara mudah maka agak sukar baby nak terima nenen ibu pada hari ketiga..ibu tak give up, ibu tetap nak jugak beri susu ibu kat adik...walau terpaksa kena perah masuk dalam botol..
0 ulasan anda:
Post a Comment