Wednesday, March 23, 2011

21 hari...

Dah 21 hari dalam berpantang..
masih busy ngan anak-anak..
anak besar, kakak sayang ibu no 1...nak masuk 4 tahun ni..
anak kecik, adik sayang no 2.. baru 21 hari di dunia..
kat umah sekarang ni dah ada gelaran, sayang ibu no 1 dan no 2..
Adik Aqib tetap sayang ibu yang tak dak nombor, tetap segar dalam ingatan ibu...
sayang babah jugak..no tetap sama..
nak on notebook pun tak dan, tak sempat inikan pulak nak update entry kat page ni..
malam ni baby tido awal pas penat dan kekenyangan ngepam susu ibu dia, baby Dhia kena belajar isap direct sudaa, bahagia hati ibu melihat tatkala tangan kecil itu merayap, mencakar pada Cik B, mata bertentang mata..BAHAGIANYA.....
dah 21 hari, tak tau ler jaundice baby dah surut ke belom sebab tak g check up darah lagi ari ni..last 195, harap-harap hilang terus ler..semakin hari baby dibiasakan ngan direct terus bf ni.. penggunaan botol telah dikurangkan dan perlu pada masa yang sesuaiii jaa..
Baby Dhia Nur Adawiyah semakin sihat, aktif dan dalam proses nak dibotakkan kapla ler, tapi tak tau bila lagi ni, pusat baby luruh hari ke 8 lagii..disamping nak bolatkan pipi dan bam-bam kan adik sayang ibu no 2 ni..rasa hidup ini bermakna ler bila dapat menjaga,membesar anak-anak.. syiookjugak  kalau dapat jaga anak-anak sepenuh masa, ekonomi yang tidak mengizinkan lagi hu hu demi masa depan kami...
Bersyukur dapat cuti 90 hari kali ni, boleh ler lama sikit bf kan anak, jaga anak-anak.. Kali ni berpantang sejuk jer, petang, malam hujan jer..kurangla sikit dahaga sepanjang dalam pantang ni, layan tidoo pun cedap... best la...tak dapat nak digambarkan ler syioknya tidoo..
citer pasal berpantang sendiri ni, hanya ibu dan babah ja tahu macam ner rasanya.. ibu kena pk positif tiap kali rasa kesukaran, kesusahan, kesedihan dan kepayahan malah ibu kuatkan hati, fizikal dan mental, anak ibu, ibu jaga ler.. nak wat pa harapkan orang yang tak dak masa nak jaga kita kan..kan.. anak-anak ibu kena kuat..macam ibu..sedar tak sedar dah 21 hari ini, ada lagi 23 hari ja lagi tak lama dah ler..
Dulu masa ibu berpantang kedua Arwah Raqib tak ada ngan ibu, hari ke 12 ibu dah g penang, shopping handbag, kasut makan Mc D kat Henry Gurney..tapi pantang kali ni hari ke 18 babah ajak g shopping pun ibu tak nak..keluar rumah pun tidak kecuali g check up darah jer pagi-pagi..yang lain duduk rumah jer.. betapa semangatnya ibu bila ada baby Dhia ni..Babah ajak g jom heboh pun tak layan aaa..dulu siap bebai lagi tau kalau babah tak bawak ibu kuar umah..kali ni lebih cool, relaks di rumah sebab leh uli-uli si tecik Dhia ni..
Hanya ALLAH saja yang tahu bahagia nya aku jadi ibu kepada anak-anak ku semua.. mesti semua ibu-ibu di luar turut rasa sama seperti yang aku rasa... Tapi gerrr sangat bila kuar berita pasal buang-buang baby ni rasa geraamm ya amat pada manusia tapi sebenarnya "hewan" jaa.. sedangkan haiwan pun sayangkan anak-anak..
Sesungguhnya ibu sangat sayang pada anak-anak ibu..doa dan harapan ibu hanya yang terbaik jer buat merekaa..
  • Nur Darwisyah Bt Redwan- 18 Jun 2007 >sama ibu
  • Muhammad Raqib B. Redwan- 16 Dis 2009 
  • Dhia Nur Adawiyah Bt Redwan- 03 Mac 2011




2 ulasan anda:

mamaqaireen said...

saya yg baru sorng ni pun tak terkejar rasanya..mcmn lah kalau dah 2 atau 3??heheeee..

DiDie RedWan said...

hmm boleh punya.. syiok ada anak ramai..tapi bila keja yang tak best ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink