Monday, February 28, 2011

Pengendalian susu ibu

Pengendalian Perahan Susu Ibu

Sebelum memerah susu, Ibu perlu memastikan:
  1. Basuh tangan sehingga bersih
  2. Bekas menyimpan susu mesti dibersihkan atau disterilkan
  3. Simpan susu didalam peti sejuk
  4. Simpan kuantiti yang mencukupi dalam 1 bekas untuk sekali penyusuan
  5. Labelkan bekas dengan nama bayi dan tarikh
  6. Jika susu dibekukan tinggalkan sedikit ruang udara
  7. Gunakan susu yang terdahulu

CARA PENYIMPANAN PERAHAN SUSU IBU
TEMPATBAYI NORMALBAYI  PRAMATANG
Suhu bilik4-8 jamTidak disyorkan
Peti sejuk48 – 72 jam24 jam
Pembeku (1 pintu)Tidak disyorkanTidak disyorkan
Pembeku (2 pintu)3 bulan3 bulan
Pembeku (-20c)1 tahun1 tahun


MENCAIRKAN SUSU IBU YANG DIBEKUKAN:
  1. Letakkan susu beku dibahagian rak bawah peti sejuk semalaman
  2. Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang diperlukan untuk 1 penyusuan sahaja)
  3. Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur
  4. Susu yang telah dicairkan mestilah digunakan dalam masa 1 jam (tidak boleh dibekukan semula)

-----------------------------------------------------------------------------------------------

38 week...

Alahaiii...
Dari minggu ke minggu sepanjang preggy ibu menghitung hari jer ni...
Masuk minggu ni dah 38 week baby inside ngan ibuu..


 tak lama dah kan sayang nak kuar main ngan ibu,kakak dan babah..Nebes tunggu tanda-tanda baby nak kuar sebenarnya ni..

Kawan-kawan ibu yang sama-sama mengandung dan due sekali dah pun selamat melahirkan, awalnya diaorang bersalin.. bila dengar khabar diaorang mesej dan fb, rasa syioknyaaa depa dah selamat ibu dan baby kan..ibu bila ekk? ikut tarikh scan baby nak kuaq 15/3..sabar jelah menanti baby...
Ibu dok nebes fikir mcm ner lah tanda dan sakit kali ni..apapun yang mendatang ibu akan tetap kuat hadapinya..demi baby inside tersayang.. 
Semalam ibu ada check up di klinik desa, sekarang dah jadi mingguan ibu kena g check up posisi baby.. Nurse tu kata baby dah kembali kepala di bawah tapi dia tak sure sebab ada ruang kosong mcm banyak lagi di bawah ni.. dia kata baby tak betoi-betoi sendat inside.. syiokla baby ada taman leh dok meronda kat inside yer..so apa yang ibu harap kan baby terus kekal kan posisi kepala baby di bawah seperti baby inside 38 week yer sayang, ibu nak bersalin normal..sakit normal mcm ner pun ibu boleh tahan.. kalau terpaksa cezer ibu redha jelah janji anak ibu lahir sihat dan selamat..dah lama hmm 4 tahun dah ibu tak pegang, peluk cium baby newborn.. ibu rindu sesangat, rasa tak sabar-sabar dah ni nak tengok wajah baby inside yang selalu dok kacau tido malam ibu.. nak cubit kaki tangan dia yang selalu usik cuit ibu kan..eeeee gerrramnyaaa ibu kat dia...
Kakak, ibu nampak macam sedikit jelous bila ibu cakap manja-manja ngan baby inside..then dia  merajuk minta pujuk..may be dia tak nampak baby lagi kan..nanti dia nampak baby tergolek depan dia confirm dia pun geramm nak cayang-cayang baby..ibu dah niat kalau boleh ibu nak bg baby fully breastfeed jer kali ni..tak mau jadi macam kakak kejap jer, itu pun sebab ibu terpaksa tinggal kakak ngan pengasuh yang tak mau handle susu ibu.. kesian kakak kan.. harap-harap baby kali ni ibu dapat pengasuh yang boleh handle susu ibu sepenuhnya kan..Insyaallah ada rezeki untuk adik nanti...
Apa yang ibu harapkan semoga baby inside lahir dengan sihat,selamat dan sempurna buat ibu, babah dan kakak..lagi 2 minggu jer kan.. tak lama dah..sabar menanti dirimu baby inside ibuu tersayang...



Friday, February 25, 2011

birthday pak cuuuu

Ari ni pas gerrram ngan rambut wisya one..
kitaorang g rumah Mother in law..celebrate Birthday Pak Cuu Rizal..
Kesian lak kat dia..selalu cakap tak pernah pun celebrate..
then kebetulan ibu pun lapar kek coklat ari ni..
So ibu sponsor kek Coklat kat Pak Cuu ekk untuk pertama kalinya dalam idup pak cuu 14 tahun ni...
Wisya paling xcited tengok kek sebab ada buah strawberry dan ladybird la la...
Siap g nyanyi kat Pak Cuu lagi...
"Happy Birthday Pak Cuu.."
Semoga Success selalu yer dik...

Kek untuk Pak Cuu

Pak cuu kata 1st dalam idup celebrate ni

ibu tumpang potong jer...

alor-lor birthday boy....












grrrrrrr

Adoiii cerita tensennya ibu ari niiii
Huk huk ari ni jumaat daa, Wisya cuti tadikaa.. so kena gilir ambik cuti ibu atau babah..so babah turn shift keja malam so terpaksa lah ibu masuk keja lewat ari ni 1/2 jam sebab nak tunggu babah balik kerjaa malam...
Pukul 8.30 babah sampai umah terus ibu pecut g kerja.. so tinggal ler 2 beranak ari ni dok umah..agak risau jugak ler sebab hubby balik kerja malam confirm tidoo tak sedaq diri..tapi apakan daya hubby tak nak hantar wisya ke taska transit jumaat ler pulak..kata babah kejap jer nanti ibu nak cutii panjang dah..ada adik nanti leh ler kakak temankan adik di taska tu..hmm ok ler kan dah babah sedia nak jaga kan..maka tinggal diaorang berdua di umah..
Ari ni kena duty kaunter ler ngan En Syed, so terlalu busy langsung tak ingat anak dan babah di umah..
Balik kerja jer di sambut oleh Darwisyah one, tgk dia lain macam jer ari ni..naper eekk.. babah lak dok baring tgk tv relaks jer..tanya babah anak lena dak..babah kata tak..babah jer lenaaa...so on note book macam biasa nak online kejap tetiba  rasa semak mata ler dan hmm tgk-tgk ada rambut di merata lantai..then terpandang sebelah notebook ada gunting n rambut halus manyak nyaa....Wisya masa tu nek atas g mandiii.. so tanya babah wisya potong rambut ka, babah kata yer..babah tidooo tak sedaaq aa masa mana dia wat .adoii nak marah pun kesian lak hubby letih kerja malam maa...
Wisya  turun pas mandi jer tengok-tengok daaa rambut henget benget dikerja kan nya... Adooiii panasnya hati kuuu...terus kena tampaq tangan dan ketam batu beberapa kali jugakla..apa lagiii meraung ler diaaa...hukk huk sakitnya mata ibuu tgk rambut panjang halus yang ibu belaa jadi gitu..terus ibuuu rasa geramm  n cutt terus jadi pendek..outer adjust bagi comey balik la.. tapi ada yang kureng jugak di mata ibuu sebab dia cut melebihi telinga daa...terus ibu shout out di Fb..lepasss gerrramm aaaa...
antara respon yang ibu terima;
Dari En Yusnaily yang sedang study di USM;
"biasalah dd, pada umur sebegini kanak-kanak akan bertinkahlaku sedemikian. Frued dalam teori psikoanalitiknya, telah mengkelaskan beberapa tahap psychosexual development. Bg kanak-kanak yg berumur 3-5 tahun (macam wisya 4 tahun...) ia berada pada tahap 'phallic'. Pada tahap ini, kanak-kanak akan memberikan fokur kepada tubuh badannya. ia akan mula untuk melakukan sesuatu bagi menarik minat jantinanya yang lain. Dia cuba untuk melawa sepertimana ibunya...kerana menurut frued, pada tahap ini ia akan bersaing dengan ibunya untuk mendapatkan perhatian daripada bapa atau disebut sebagai 'electra complex'"

ooo... so, wisya have a good development stage...jngn plak dd dok marah dia nk bersaing dgn dd..hehehe

klw umur dia dah 5-12 tahun pulak, dia akan berada pada tahap 'latency'. During latency, the child interacts with peers n imitates the be...havior of the parent n other adults of the same sex as the child...

hahhaa.. ur welcome..just sharre to all..

isshh3...kesian kat dia... tu la hangpa, xpasai2 dapat sakit budak tu disebabkan mak dia x belajar tahap perkembangan kanak-kanak..hehehe

buat kelas kat offis tuh..nanti saya p mengajar"

Alamak ku terkena balik daaa dek En Yuss ni aaaa....so rasa cool sikit ler then terpk tak perlah dia pun kecik lagi kan. Dia dalam proses dok nak cantek macam ibu daa. Betoi kata En yus "Wisyah selalu tanya ibu naper pakai make up?""Pasal pa ibu pakai cantek-cantek?" "pasai pa ibu pakai liptisk"so wisyah sedang memerhatikan ibu ler....esok kita try p kedai adjust lagi rambut yer sayang..huk huk rasa sedikit ralat jugak la...

tengokler apa  Nur Darwisya buat arii ni....
V
V

rambut yang dikerjaa kan oleh wisya...
selepas kena ketam batu ibuuuu... reyau aaa sakit....


rinduuu rambut dia yang panjang...sweet jer...


Laa ni nampak sedikit comot ler...nak wat cam ner kan..rasa nyesal pun ada sebab tak simpan gunting baik-baik..pas ni nak becarefull ler..sib bek dia potong rambut ja..kalau dok wat potong jari ker..tak ker haruuu biruuu jadinyaa ibu..
""Ya ALLAH lindungi lah anak kesayangan ku ini dari segala bala bencana.. tak sanggup daku nak hadapi sekiranya terjadi apa-apa padanya sebab aku terlalu sayang padanya....
Amin"


Thursday, February 24, 2011

Tip untuk meningkatkan susu ibuuu

Insyaallah niat ku kali ni nak fully breastfeed kat my 3rd baby inside.. so sebagai persediaan ibu dah mula join kelab-kelab ibu yang full breastfeed dan copy paste apa yang patut untuk persediaan ...

Tips untuk meningkatkan penghasilan susu;
  1. Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa
  2. Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang
  3. Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-p...umping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping
  4. Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri
  5. Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi
  6. Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan
  7. Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan
  8. Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu
  9. Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu
  10. Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama
  11. Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok
  12. Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang.
  13. Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.
  14. Ellakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit
  15. Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium. Galactagogues???..aper tu?..Di dalam bahasa yang mudah galactagogue ialah penggalak/penambah susu. Salah satu penggalak/penambah susu yang glemer ialah Alfalfa, fanugreek, soy protein dan sebagainya..

Penghuni jannah...

Macam biasa hobby ku dikala boring selalu akan blogwalking dan suka singgah pada blog-blog yang kehilangan anak semasa kecil...
Mesti nak copy dan paste kan...

Let us all know that our babies are happy and they are in good hands.



Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

Wednesday, February 23, 2011

kenduri & Diet

Ibu, Wisya one sangat suka pergi makan kenduri laa laa..
Ibu kan trade mark "Suka Makan-Makan" ni.. jangan dok heran ler ibu kelihatan "sihat" jer kalau ibu balik Perlis confirm kena tanya "awat ni cheq sihat noh?" haa..
so Nak update kenduri ler sepanjang bulan Mac yang akan datang ni..
semua bulan 3 makna nya time cuti sekolah ler ni kan? adakah sempat ibu dan baby inside nak merasa nasi kendurii ??




  • 12 Mac 2011>> Sabtu- Kenduri CIk Mashi  di Kepala Batas
  • 12 Mac 2011>> Sabtu-Kendurii En Amin jugak di Kepala Batas
  • 12 Mac 2011>> Sabtu-Kendurii Cik Syla Timur Laut di Kampung Mutiara, Batu Feringgi
  • 13 Mac 2011>> Ahad- Kenduri Adik En Ceploss di Kulim
  • 19 Mac 2011>> Sabtu- Kendurii Adik terangkatku Mila di Jitra...
  • 20 Mac 2011>> Ahad -Kendurii Adik terangkat Mila belah suaminya Nonon di Jitra..
hmm setakat ni rasa mcm baru 3 kad ada di workstation ibu ni.. yang lain tag event kat fb jer canggih dah la ni, tak perlu la kad manyak-manyak kan..save duitt..
Agak-agak sempat ke tidak ni merasa nasi kenduri kalian???
Kena tanya baby nak kuar bila ekk?? nak makan nasi kenduri ker atau nak Fully breastfeeding ibu jer baby ??
Diet??  ibu nekad nak start diet yang super duper extreme ni sebab nak capai target lost 30kg??? , kah kah ibu berangan dulu kan.. sekurang-kurangnya leh lost 20 kg pun udah ler tu pun rasa berat dah ni.. harap-harap ibu kuaatt aaaa tekad nak kuuusss!!
nak update berat ibu terkini 89 kg.. boleh p 90 kg lagi seminggu ni  .. berat BMI  ideal ibu 65kg.. so jom kita tgk
V
V
90-65= 25kg apa mcm boleh ke tidak ni ibu gumuk???


cara nak kira BMI ni senang ja..search carta BMI untuk kiraa..


Tinggi 163cm /100= 1.63 meter
Berat / Tinggi (meter)
so 89/1.63=33.5


 berat sihat BMI <25 sahaja..
lebih > 25 semua dikira "OverWeight"..


let say jer kan berat i 65kg  so BMI adalah 24.46 .. normal n sihat...


kalau berat lebih daripada 65 kg confirm over weight aaaaaaaaa..kena hengat itu...


33.50  is very-very bad weight aaa...so sib baik mengandung jer ni..kalau tak mengandung la ada jer sakit-sakit kronik yang berkenan so kena becarefull ngan berat badan anda...



Rewind pengalaman lost kg lalu semasa dalam tempoh berpantang..


taaaraaaa lost kg??

  • 1st preggy Nur Darwisyah last 80kg >> after tinggal 66 kg..so total lost = 14 kg jerr guna jamu Sendayu Tinggi..masa ni dah rasa slim giler jugakla ramai geng jkm Perlis tegur..sempat ler berangan ekk..tu pun kejap jer pas tu mengepam jadi 68-69kg aaa...
  • 2nd Arwah Aqib last 82 kg>> after tinggal 72 kg..so total lost= 10 kg jer sebab tak bf.. jamu Nona Roguy..tak rasa sangat sebab tak pantang betoi-betoi pun, dalam pantang hantam Mc D, KFC dan pelbagai..baby tak dak katakan..tak dak displin!! last sebelum ngandung 3rd ni 77kg.. naik 12kg sikalang ni.. 
  • 3rd ni kita tgk assume 90kg last >> ??????  rasa jamu pilihan kembali ke Sendayu Tinggi... hopelly not cezer aaaa, sebab bengkung semua dah siap tunggu nak lilit ja ni..tak sabar dah nak slim mlim balik la..
hmm nampaknya kena hunting lagi ngan Pak Google about teknik nak kurangkan berat  dalam tempoh berpantang ler jawabnya ni..

^-^

Tuesday, February 22, 2011

jun...

sama jer perwatakkan aku ngan Jun....
click to enlarge..


Ibu dan Anak..Wisya One berkongsi tarikh lahir.. 18 Jun ...
adakah ibu dan anak juga sama personalitinya ekk??

Tak dinafikan kebanyakkan rasa mcm sama jer semua tu then tertarik pada statement ni 
V
"Lambat untuk sembuh apabila terluka hati">> Betoi-betoi ingat sampai matii woooo
sebab dok set dalam kapla "easy to forgive n hard to forget" ler...
bab ni sangat sensitif la.. bila mai tanduk atas kapla mula ler nak pk yang tidak sepatutnyaa.. huk huk dah jumpa kaunselor daaaa...


Atas nasihat beliau as En Kaunselor >> Dia sarankan ubah sedikit personaliti..pas ni banyakkan pakai baju colour...

  • coklat
  • hijau
  • kuning 
  • peach 
  • krim

Sangat suka pada colour>> Ungu<< asal beli baju colour unggu.. keta pun dah colour purple..
Kalau warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah jenis yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai benar dalam mengikuti perkembangan zaman. seseorang yang punya keinginan kuat untuk menyenangkan diri dan orang lain. Walaupun umumnya disukai orang, ia tidak mudah bersikap terbuka dan suka menikmati suasana yang sedikit misteri. Dalam bercinta, hanya mereka yang kuat mental yang boleh mendekati dan menjadi kekasih kamu.

no more purple lagi sebab banyak sangat dah colour purple dalam almari.. kena ubah sikitlaaa...supaya dikelilingi aura mood yang baik-baik jer he he..
maknanya pas pantang nanti kena hunting kain ler colour seperti di atas untuk masuk kerja ngan azam, dikelilingi aura baru ekk after cutii 90 hari nanti.. semangat nya sayer..kik kik..


harap anak ibu tak ikut perangai ibu yang "tak baper nak betoi ni"  yer Darwisya sayang...


Pernah jugak hunting tip untuk berblogging ni.. salah satu tip dia jangan suka bold or masukkan  entry yang  colour molour mcm h****.. wahaa saya punya tanah sukaler nak colour apapun daa...kik kik jahatnyaaa...baik tak yah hunting kan kan..??
suka entry colour full sebab ceriaaaaaa..untuk kiter-kiter ajer....


^-^



normal back

Alhamdullillah..
Check up ari ni posisi baby dah kembali normal ler..
Ari ni 2 nurse check, 1 line purple  dan 1 line biru check up perut dan rasa kepala ada di bawah balik, dengar jantung pun jelas kata diaorang ler..ibu tak dengar la sebab depa guna jenis tak pakai mesin tu dah, stail tekap guna teropong tinga jer ..

cuma nurse kata perut ibu besar ada ruang banyak lagi maknanya ada chance besar lagi baby nak kodek main ler..Ibu Harap-harap baby kodek-kodek aktif tapi tak mau dok reverse kedudukan dah tau..Kalau la booolehh...ibu nak bersalin normal, Adik kuar kot pintuu tau.. jangan lompat kot tingkap lak..ibu takut la baby.. ibu nak pakai bengkung,korset nak bg slim balik.. berat ibu terkini dah 89 kg ler baby, kesian ibu dak sayang?? 
sereyes ibu cakap ibu takut sangat-sangat pk bab cezer ni sayang..
main ayaq mata ler ibu dalam pantang nanti kalau kena cezer jugak, huk huk.. baby tolong ibu tau..jaga ibu, ibu jaga baby.. Ibu sayang baby.So jangan noty yer baby..tak sabar nak announce nama baby.. tapi kena tunggu nanti tak suprise lak kan.. he he nama biasa-biasa jer tapi maknanya adalah "penawar"  bagi ibu selepas kehilangan arwah abang Aqib setahun yang lalu..
sapa teror dok hafal buku panduan nama baby confirm tahu dah kan..syyyyy diam dulu tau..


Monday, February 21, 2011

strawberry


Sedapnya pagi ni rezeki baby breakfast strawberry....
Thank u Pn Yanti & Pn Lela..
buah tangan dari Cameron Highland daaaa...
Sedapnya dapat makan buah yang basah dan kering...


doa dan usaha..


Laailahailla anta Subhanakka inni, kuntu minazzolimin....







walking-walking 



Thursday, February 17, 2011

hati ini

Rasa macam nak ngomel ler pulak pasal HATI ini..
Semua orang tengok aku happy jer..ceria..
Tapi dalam hati ni sapa pun tak tau kan..
Tingat Sha selalu cakap syiok la kak Dd ni mcm tak dak masalah pun..
Ceria, happy memanjang, tak tau masa mana dia sedih ka sakit ka...
Tapi memang aku mcm ni...
Dalam hati ini terlipat seribu satu masalah jer..
kadang-kadang rasa malas sangat nak pk, rewind balik...apa yang orang-orang sekeliling wat kat aku.. kan best kalau otak aku mcam komputer senang-senang jer nak format or delete jer benda yang tak suka nak pk..
Huh senang-senang ja nak pujuk aku "hmm lupa nah apa orang tua tu wat,. hish kalau leh lupa gitu jer ok aaaa..."
Tapi aku bukan komputer nak delete.. lambat laun benda-benda yang menyakitkan hati aku akan sentiasa refresh kan ingatan jahat ku ini..
aku Benci dengan keadaan ini, ...
Aku bukan komputer, senang nak suh LUPA!!

Wednesday, February 16, 2011

B6 Salindah

ha ha dekat due baru tergadah nak cari B6 Salindah..
tu pun pas dapat tahu baby reverse melintang pada minggu 36..
Padahal masa mula-mula minggu awal mengandung dah direkomenkan oleh Aida, adik FB di Perlis.. masa tu rasa macam ok jer lah, sebab masa Wisyah dulu pun tak ambik produk apa-apa..ok jer..
Hmm bila tahu kedudukan baby melintang minggu ke 36 ni baru rasa aduhaiii naluri seorang ibu meronta risau..takut tragedi lama berulang, masa mengandung Arwah Raqib aktif sangat kat dalam paerut.masa awal mengandung lagi kedudukan Aqib dah melintang dan songsang, masa tu wat bodo jer tak berusaha apapun sebab assume kata nanti baby akan pusing balik kedudukan dia,  hmm memang betoi tapi dah terlewat n terbelit tali pusat 2 kali lilit tuu...So this time punya lah nebes memikirkan hal ni n minta pandangan kawan-kawan di FB lalu ada yang mengesyorkan ambik B6 Salindah dan RTA for last trismester ni.. Apalagi mintak tolong Adik Aida ler belikan kejap guna harga ahli dia, RM25 jer n g ambik kat umah mak dia di Bertam..
Baru 2 pagi ni start kemam B6 tu, rasa tak sedap huaaaaaa... ubat apa ni tak der rasa aa.. kemam mcm nak muntah jer pagi-pagi ..ubat jenis homeopati, tak leh guna sudu besi,jari pun tak boleh, kena jauh dari elektrik, dah tak boleh minum kopi, nescafe yang ada kafein tinggi. .apakan daya demi baby inside tercinta ibu gagah jugak berusaha yang terbaek wat baby.. Pas hunting n blogwalking rupa-rupanya B6 ni banyak jugak manfaat di akhir-akhir kehamilan ni.. tak rugii beli last minit ni pun sebab ada kepentingan pas sakit bersalin..

GUNAKAN B6
KHASIAT :
Remedi ini menguatkan teranan,menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin. Bila sakit nak bersalin kena kemam 15 min sekali, lebih kurang mcm ubat tahan sakit jugak kot kan..


Dah dekat due baru nak makan ubat..harap belom terlewat untuk khasiat baby.. so pas ni baby kena dengar cakap ibu, pusing duduk kedudukan asal balik eekk... kepala di bawah, engaged senang ibu nak bersalin normal baby nanti.. ibu nebes ler pk cezer ni,baby. Taaakukuutnya ibu.. huk huk mcm tulah malam-malam ibu pujuk sembang ngan baby inside, bila cakap ngan dia rasa respon gerak kaki tangan jer tapi belom lagi mau berubah kedudukan.. masih rasa kaki nya terkodek-kodek di belah kiri perut ibu ni..harap-harap masuk minggu ke 37-38 hingga saat melahirkan baby kembali berpusing ke kedudukan yang sepatutnya..
Ya ALLAH, ku berdoa permudahkan lah proses kelahiran kali ni..
Hanya mampu berserah jer ni..harap ada lagi rezeki ku nak main ngan baby dah 4 tahun tak uli baby newborn ni, rasa tak sabar dah ni..syiok sangat bila baby inside aktif, respon kat ibu rasa habis kaki tangan siku dia bergesel inside..eeeeee menghitung hari detik demi detik nak main ngan baby inside ni.

Sunday, February 13, 2011

:(

check up ari ni ahad- 13 Feb 2011...
Nurse check posisi baby, alamak dah rasa lain macam dah sejak minggu pas lagi sebab sebelum tido mesti penyet-penyet peyot kat bawah ari-ari tetiba rasa kosong ja..
betoila, posisi baby reverse dok melintang kaki belah kiri pada minggu 36 week.. ini bermakna..
huk huk naper ler baby ni dancing sampai larii posisi yang sebelum ni elok dah duduk..patut lah lately ni rasa baby asyik kodek-kodek jer belah kiri, terasa kaki dia mcm nak tangkap jer, nooty betoi baby inside ibu..start esok kena g check up hari2 untuk pastikan posisi baby kembali ke asal n check tekanan darah sebab berat nek lebih padahal memang 88.9 kg daa...berat wooo
On the way mula lah rasa takut-takut jugak ni..nak kena pk mcm ner ekk...nak wat gena ekk..masuk 36 week dah ni..adoyaiii mula nebes memikirkan pisau cezer.. hu huk...
Ya ALLAH kau permudahkan kelahiran kali ni seperti sebelumnya ini...

Thursday, February 10, 2011

kisah panas hati ni...

Panasnya hati pagi ni... adoiii !!!!!
Bangun pagi rutin macam biasa siap Wisya one ke tadika..
then ari ni ada appoinment kat Pakar 1 Hospital Kulim, kena g awal ler sebab ari ni kerjaa maa, tak moo cuti nak habiskan sisa-sisa kerja sebelum nak cutii 90 hari itu dengan tenang..
Tepat jam 8.00 pagi dah sampai Hospital Kulim n register kat Klinik Pakar 1 then tengok ramai dah ibu-ibu senasib ngan aku ni haa (sakit buatan suami-kenyang 9 bulan wooo)..Depa lagi awal noh..hmm letak buku pink  then tunggu giliran dapat no 19 pulak ari ni.. ada 18 orang lagi awal dari ku..sempat tegur tanya akak tu dari Serdang jam 7.00 pagi dah tercegat di Unit Hasil, sib baik ler aku kerja gomen ada gl so tak kena ler beratur kat unit hasil tu bayar RM5, ramai wooo dok Q..
Dah dapat giliran, macam biasa rutin kena g test urine, timbang berat n tgk dah masuk 88 kg ler (alahai no ong tu!! ).. hmm check  tekanan darah pagi ni problem rendah sangat 88/49 , nurse suh relaks dulu 10 min then check semula baru ok sikit 108/69 may be terlalu rush pagi ni nak dapat no awal kot..next appoinment confirm kena apply leave ler kalau gini jawabnya...
Tengok jam dah nak masuk pukul 9 pagi, namun tak dak lagipun giliran nek.. perut dah lapar makan dululah tgk.. g cafe dulu..Nahh masuk-masuk cafe jer terpandang beberapa kumpulan doktor tengah makan dan berborak n sembang-sembang lagi.. aku dah mula kenal sekawan doktor dari unit sakit puan sebab sebulan sekali dok kena mai follow up ma..Patutla kat klinik tak start panggil lagipun, hmm pagi ni tak dak selera la pulak just lapik perut ngan kuih 3 jenis dan teh ais.. jam dah 9.25 pagi, hmm kena masuk klinik balik kot dah start panggil giliran.. hmm hampeh betoila.. dah pukul 9.35 pagi baru start panggil no 1, next 2.. huh aku no 19 oooo, jenuhla.. sib baik ada kawan-kawan kat fb.. shout out n reply fb ngan kak hana, sheila, . tunggu-tunggu punya tunggu tengok jam dah 10.30 pagi baru nek no 15, adoyaiii lengoh pinggang, bontot segala macam dah rasa ni.. hu hu sob sob.. hmm jam 10.45 pagi ting-ting nek my no 19.. apalagi meluru masuk ler bilik C, nah kena hadap Doktor india lelaki muda la pulak, tak bestt aaa.. nak tak nak kena jumpa jugak.. doktor tu just buka fail n baca result sample keputihan yang doktor ambik 2 minggu yang lepas n bagitau result ok, negative dari kulat or kuman. nothing to do for today, check perut or posisi baby ka apa pun tidak. just itu jer untuk penantian yang makan masa hampir 2 jam setengah ari ni...Panasnya hati dennn... baik tak payah, apsal tak leh call ker bagitau, jap g nak drive masuk kerja lagi ni kat Bukit Mertajam ma...tension nya aku!!
huh punyalah panas hati apakan daya kan dia doktor aku ni sapa ekk.. hmm dia bagi tarikh appoinment baru untuk scan pada 10/3/2011, then kena follow up kat kaunter balik.. pergi jer follow up tgk doktor tak sign buku la pulak n time slip pun tak sign.. tak pasal-pasal staff nurse baju biru tahan buku aku sebab doktor tak sign buku.. hmm kena masuk ngadap balik, pergi mana tak tau jenuh nurse dok call cari..adoyaiii jam dekat 11.00 pagi dah ni.. Bos tepon suh take over kes dia pulak jap g pukul 12.00 ma.. Panas!! Panass sungguhla.. nurse g jumpa Pakar 1 Dr Kamal yang pernah terima kes 2nd dulu n minta dia sign time slip jer..buku doktor kamal tak nak sign, hah jam 10.50 baru doktor india tu masuk balik selepas dapat call n meluatnyaaa aku nak tgk muka dia.. Adoiiiiii memang membara betoi la ari ni check up...
Dah la g check up sorang diri, tunggu sampai dekat 2 jam lebih last nak ambik result ja.. apapun tak check..huh sakit hati betoi.. Keja gomen check up or bersalin kat Hospital Kerajaan tak kena bayaq..Nasibla kalau mampu sesangat dah lama g check up kat private n bersalin sana.. namun apakan daya tak mampu lagi aaa, dok pk duit tu boleh save kot len or beli barang-barang baby sebab sakit sama ja cuma perhatian jer may be tak sama kan. tingat masa bersalin Wisya, beranak free tapi jahit kat Private chang terbang jugakla RM 480 jugak sebab jahitan hospital tak baper kemas or aku yang terlebih gasak kot kah kah. Time 2nd dah lebih berhati-hati ngan jahitan itu..  
Alhamdullillah selamat masuk pejabat jam 11.30 pagi ari ni.. kes nak datang interview pukul 12.00 so sempat cool sebentar ler ni..
Huh menyakitkan hati betoila, mula ler rasa gerram kat hubby aku ni yang langsung tak peduli bini g check up ke apa, lebih suka tidooq ja tgk pagi tadi dia cutii shift pun tak rasa nak temankan wife dier..hu hu tgk kat klinik tadi ramai suami yang datang menemankan bini mereka sampai tempat duduk untuk ibu ngandung full disebabkan depa dok duduk tak pk langsung ibu ngandung lain termasuk aku ler yang dok berdiri tunggu tempat kosong huk huk... mode sedih ler pulak..

mood ari ni: GRRRRRRRR!!!


Wednesday, February 9, 2011

Barang-barang baby

Baby inside dah masuk 35 week minggu ni..
hmm next week dah masuk 36 week n cukup 9 bulan ler..kena siap-siap beg ibu dan baby ler nampaknya ni..harap babah siapkan hmm tak der barang ler kiter nanti di wad huk huk..babah tak reti bab-bab ni semua..
Apa-apapun Kena tunggu arahan doktor ler macam ner nanti bersalin pulak sebab tiap kali check up doktor selalu mention tak mau ambik risiko lewatkan kelahiran.. tapi risiko yang mcm ner tu yang wat ibu pun tak faham...yelah baby inside mana nak nampak kan adik wat apa kat dalam..ibu tahu baby inside ibu kuat kan.. tak sabar nak gomoi ngan baby inside ni.. 
Ibu belom start shopping barang-barang baby lagi sebab semua baju, barang-barang baby lain dah complete milik arwah Abang baby setahun yang lalu.. semua biru dan serba baru.. dah setahun berlalu, maka sudah setahun jugak barang-barang tu berada di dalam bilik stor atas tidak pernah di usik ibu dan kakak.. Babah simpan jauh-jauh dulu sebab masa tu ibu tak kuat nak hadapi lagi.. kini dah setahun dah berlalu namun semua kelengkapan itu ibu belom usik.. Tok baby kata kena basuh semua baju-napkin semula walaupun tak pakai sebab berabuk dah setahun berlalu.. hmm agaknya bila ekk ibu nak start misi membasuh..lately ibu sangat malas nak membasuh baju ler.. adooiii mcm ner ni...baju-baju kakak yang cantek masa baby pun ibu masih simpan, kalau baby gegirl nanti pakai baju kakak jugakla plus baju arwah abang kan.. hmm kakak wisya jugak beruntung ekk semua pakai baru.. siap pesan kat ibu basikal kakak masa kecil bagi adik pulak..kakak dah dapat basikal besar yang baru..ewahhh syiok jugak jadi kakak sulong, pas habis manis semua passed kat adik lak..
Ibu dan babah malam ni kena wat check list semula untuk start shopping top up mana barang yang kurang sebab ada setengah barang abang, babah ada bagi kawan dia setahun yang lalu..macam tilam, bantal, bedsheet semua tu kakak ambik pakai dah.. so ibu kena beli baru jugakla..ibu ngah pk ni apa yang patut ibu beli ni ekkk, maknanya malam ni ibu kena masuk bilik stor keluarkan semua barang "abang" ler identify tengok apa yang babah ambik ari tu...
kena wat check list ler pulak malam ni ekk.. rasa-rasa list pendek ibu..
  • tilam + bedsheet + bantal confirm kena beli lain..kakak dah pakai n dah lunyai..
  • pampers newborn, babah kasi kawan babah..
  • bedak confirm kena beli sebab kakak suka main bedak..dah abis cuci umah
  • set shower, shampooo kakak dah abiskan..
  • tisu kering dan basah pun kakak main..
  • pelapik biji-biji tu wat baby sedap tido..kakak gunaa...
  • botol susu baru untuk air masak-kakak dah kidnap sebab ada pooh yang cute..
  • towel kecik dan besar pun ibu ambik guna ler...confirm beli baru...
  • minyak telon @ yuyi untuk sapu perut baby elakkan kembung ...
  • set nak full breastfeed untuk baby..dalam survey..bila dekat nak masuk kerja baru ibu nak beli...
untuk ibu berpantang kali ni nak guna set sendayu tinggi semula...Insyallah harap bersalin normal bolehla ibu recover body balik..dah usha tgk set corset dan home sauna.. tgk ada budget bulan 4 ni ibu rembasss beli...
rasa macam tak banyak kot yang perlu ibu beli top up ni..harap sempat ler gaji bulan 2 ni kan nak shopping tambah beli color pink pulak untuk new gegirl ibu ni.. confirm gegirl ekk..khamis 10/2/2011>  ibu kena teropong scan  tgk posisi baby lagi..sebab esok ibu ada appointment kat pakar 1 hospital Kulim..

Jom tengok pic barang-barang Arwah abang baby yang belom di usik lagipun..

baju baby






tilam,bedsheet kakak dah pakai..lunyai daaa...

sesajer ler pulak ari ni sambil-sambil hobi blogwalking ibu ada terjumpa checklist untuk bakal-bakal ibu for 1st baby...senang jer hunting ngan adanya Pak Google ni just search checklist barang baby..taraaa jom check it out...


barangan asas baby
  1. 5 pasang baju lengan panjang
  2. 5 pasang baju lengan pendek
  3. barut
  4. pampers (newborn size)
  5. kain lampin- untuk bedung
  6. 5 pasang sarung tgn n kaki
  7. tuala kecil
  8. topi kepala
  9. minyak telon baby @ minyak yuyi cap limau
  10. tilam,bantal kepala,bantal peluk
  11. selimut
  12. kelambu
  13. gunting kecil
  14. pemotong kuku
  15. bakul pakaian baby
  16. botol susu n extra puting
  17. berus botol
  18. puting
  19. set mandian baby
  20. baby lotion
  21. baby oil
  22. baby powder
  23. kapas
  24. krim lampin
  25. baby wipes
  26. tuala mandian
  27. sikat @berus rambut baby
  28. cotton bud
  29. tab mandian baby
  30. bakul kecil untuk barangan mandian
  31. baby car seat
  32. stroller
  33. baby cot
barangan asas mommy
  1. set selepas bersalin
  2. bengkung
  3. stokin
  4. baju sejuk
  5. tungku
  6. selipar
  7. kain batik
  8. maternity pad @ pad biasa (extra long)
  9. nursing bra
  10. breast pad
  11. minyak angin@urut
  12. set breastpump
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink