Friday, April 1, 2011

ngomel si hati ku

"Kemarahan hanya mengundang kesakitan pada hati sendiri"
so pas ni wat hati kering jer, tak mau lagi marah-marah boleh ker wahai si hati milik Didie ni ekk?? 
hmm April melabuh sauhnya pada tahun 2011 ini bermakna bulan ini  anniversary perkahwinanku genap 5 tahun  bersama-sama ngan insan bernama Redwan B. Mohd Alias yang kini bergelar seorang "suami & babah" pada puteri dan puteraku, Nur Darwisyah, Muhammad Raqib dan Dhia Nur Adawiyah...
Sepanjang 5 tahun ni dah macam-macam rasa ada.. macam citer P.Ramlee masam-masam manis laa.. apa yang "hati" ini tak rasa semua ada.sensitif, sayu hati,rasa bahagia, disayangi,dicintai, dibelai, dimanja kan, hati yang disakiti, kesetiaan yang dikhianati,dibenci,meluat,menyampah,geram, menyesal pendek kata la sebab nak karang fuhh apa yang tak rasa oleh perasaan semuaa adalah rencah alam rumah tangga. Cabaran, dugaan alam perkahwinan, pong pang sok sek reyau(nangis)  tengok dah genap 5 tahun melayari bahtera alam rumah tangga kami..Syukur pada ALLAH diberi peluang merasai semua nikmat yang dianugerahkan pada ku. Dari menjadi bayi perempuan,  seorang anak perempuan, remaja, dewasa,wanita, isteri dan kini ibu kepada 3 anak.. dan jika dipanjangkan umur jadi nenek pulak..Insyaallah... ^_^
Bila dah masuk 5 tahun kawen ni ari ni sayu hati mengenangkan sikapku sepanjang 5 tahun yang berlalu, teruk la jugak wahai si didie ni.. so tetiba tadi tengok drama apa tah sebab buka sepintas lalu ja tertarik akan kata-kata ini...
"KEMARAHAN HANYA MENGUNDANG KESAKITAN PADA HATI SENDIRI " 
Bila fikir-fikirkan memang pun, sakit hati pas tu reyau..nangis berlagu dan kadang-kadang tak berlagu..hmm sakit hati katakan. sakit yang amat luar biasa.. orang yang kita marah,sakit hati tu relaks aja, syiok ja leh dok gelak-gelak happy..yang boleh sakit diri sendiri, so ari ni dengan rasa sayu hati mula memikirkan nekad bahawa pas ni dah tak mau marah-marah lagi dah.. nak wat kering hati jer, lantakla apa pun boleh ker? so untuk memastikan aku boleh buat maka hati ini ingin sekali ngomel di halaman ini supaya leh jadi santapan sang hati bila nak marah-marah...
pas ni nak sentiasa tersenyum walaupun dalam keadaan yang tak bisa ku senyum, Insyaallah doaku semoga kesabaran, ketabahan, kesetiaan, yang selama ini ku pertahan masih berdamping denganku..

senyuman 5 tahun yang lalu...

senyuman terbaru....
Sentiasa kena rasa bersyukur,redha dengan apa yang ada, sentiasa memikirkan ada orang lagi,lebih susah, menderita lebih dari kita.. jangan hanya memandang orang yang lebih senang dari kita tu yang membuatkan kita rasa sakit hati.. hmm pas ni nak berubah..nekad selain nak kurus kan badan ^_^


0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink