Friday, January 8, 2010

Kehilangan.......................



 Perginya Raqib mengadap Illahi.....

Tanggal 16 Disember 2009 jam 2.58 petang aku selamat melahirkan anak lelaki keduaku yang kami sama-sama namakan dia..Muhamad Raqib (Penjaga, Pengawal) ke dunia walaupun dunia bukan tempatnya..Dia ke satu tempat yang telah dijanjikan oleh Allah buat anak lelakiku..Betapa pilu dan sedihnya hati melihatkan Raqib yang tidak bernyawa, matanya terpejam rapat dan hidungnya mengalirkan darah.Pada masa itu di dalam bilik bersalin sempat jugak aku merakam beberapa potret untuk kenangan ibu yang terakhir.. Ya Allah berilah aku kekuatan menghadapi dugaan mu ni...Aku pasrah dan redha kerana ini adalah kehendakmu, Ya Allah..Maka ku kucup dahi anakku buat kali terakhir  sebagai tanda ibu lepaskan pemergianmu mengadap Illahi..Jam 3.30 petang Suamiku membawa Raqib pulang untuk menguruskan arwah dan jam 6.00 petang arwah selamat dikebumikan di Masjid Keladi,Kulim...


Aku pula di Wad 10 Hospital Kulim yang masih meratapi kehilangan anak lelaki yang ku kendong selama 37 week plus2,dah cukup 9 bulan la.. Sedih dan tertekan bila terdengar tangisan baby yang baru dilahirkan di Wad yang sama..Nasibku sungguh bertuah kerana tidak ditempatkan bersama pasangan ibu dan anak yang baru melahirkan, kalau tidak lagi aku tertekan macam nak bangun cekik baby tu pa..Isskk teruk betoi aku ni kan??. May be Doktor tgk darah aku naik then dia tempatkan aku di bilik Kelas 1, dok la sorang bertemankan air mata sampai bengkak then tak boleh buka mata, tiap 1 jam nurse akan datang check tekanan darah then kena makan ubat darah tinggi. Tgkla tak pasal dapat sakit cari sendiri.. Air mata tidak berhenti mengalir sedikit pun mengenangkan aku tidak sempat menyusukannya..Susu mulai menitik...teringat niatku nak menyusukan dia sedaya mana yang boleh ku susui..sebab Wisya dulu hanya sempat 4 bulan jer gara-gara kena tinggal g kursus jauh...Bukan rezeki mu yer sayang ku Raqib..

Perasaan ku bertambah pilu bila dah sampai ke rumah. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..kerana kehadirannya amat-amat ku nantikan dan teruja..Terpandang Semua kelengkapan baju-baju baru..semua baru dan biru di dalam bilik...mengenangkan itu lagi membuatkan aku sedih..Aku terfikir kenapalah aku lalai sangat...Hmm bila dah keluar dari perut aku terjawabla persoalan kenapa Raqib tiada..Dia lemas, terbelit tali pusat dia sendiri, 2 kali terlilit kuat, dia dilahirkan hanya 1.89kg sahaja walaupun dah 9 bulan usia kandungannya..hmm apa dayaku nak menolak takdirmu Ya Allah,sampaikan pelukan dan salam rinduku pada anakku Raqib, semoga di satu saat nanti kami akan dipertemukan jua...ku ingin memeluk dan mencium mu Raqib..




Kini Nur Darwisya sahaja yang menjadi kekuatan untuk aku meneruskan hidup dengan lebih tabah...senyuman dia pengubat lara hatiku...Kini katil, tilam, bantal Raqib, kakak dia yang take over...

Kakak tido tempat adik....

2 ulasan anda:

Arissa Adlina said...

kuatkan hati..kita kene tabah...ieda pernah laluinya cuma ..bb ieda lagi kecil dari arwah raqib...nnt bb kita jumpe kat sana jadi kawan

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

salam Didie..
sedih sgt baca entry Didie nie.. Ya, Allah..smoga Didie tabah m'hadapi dugaan Allah nie.. arwah pasti menanti ibu & ayah dia di pintu syurga..

al fatihah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink