Sunday, January 10, 2010

My Feeling...Part 1


Setelah 26 hari berlalu namun masih ada lagi kawan-kawan tertanya-tanya dan masih terdapat ucapan Takziah dari kawan-kawan ku diatas kehilangan Raqib..Ternyata aku tidak keseorangan menghadapi dugaan mu Ya Allah..
Aku teramat bertuah memiliki  
  • suami yang penyabar ----> RedWan
  • anak yang cerdik, comey -----> Nur DarWisyah
  • ahli keluarga yang perihatin --> Tok & Tok Wan yang sudi menemaniku dalam pantang
  •  rakan-rakan opis JKM Penang,Perlis dan se JKM la..
  • rakan-rakan sekolah rendah, menengah dan kolej 
  • rakan-rakan di alam cyber ini..ym, friendster ada, facebook ada, ee mcm-macm ter aku join nampak nyer...    
  • sahabat yang sama-sama merasa kehilangan anak ketika bayi--> To Pelet, Gda, Kak Ilah, Abg Sham dan rakan-rakan di luar sana yang sama-sama pernah merasai kehilangan anak.. 
 Memandangkan aku kini dah ada blog sendiri (lantakler aku nak citer apa kan?)...bolehla aku luahkan apa perasaan aku ketika menghadapi saat-saat perit dalam idupku...so beginilah nasib diriku yang malang ooo Tuhan..gitu ker lagu dalam citer P.Ramlee tu?? Jiwa dan Perasaan ku pun dah mula tenang dan boleh bercerita maka ku coretkan kisah-kisah hidupku ketika menghadapi kehilangan anak lelaki keduaku yang kami namakan dia Muhammad Raqib (Penjaga,Pengawal)-Malaikat yang mencatit amalan baik..










----->>>kronologi kisah kehilangan <<<----

 Kisahnya bermula begini.......
Pada hari isnin - 14/12/2009 aku ada appoinment jumpa Pakar 1 Hospital Kulim jam 2.00 petang sebenarnya appoiment tu pada hari khamis 11/12/2009 tetapi aku ada Program di Penjara Sungai Petani 1 hari so aku call mintak date baru..So pagi tu aku rasa lain macam dah, anak tak rasa gerakan pun cuma rasa sekali-sekala perut tegang semacam ja may be dekat nak due rasa gitu kot, tapi pagi tu aku rasa mengah semacam ja,tak perlah petang jap g nak jumpa Doktor aku set dalam otak gitu dah..So aku siapkanlah keja-keja yang ada atas meja then g jumpa boss nak mintak ari ni nak 1/2 day nak g jumpa Pakar memandangkan appoinment petang dah kat Hospital Kulim lak tu, memang ramai gilerla dah nama pun hospital kan..So kul 1.30 petang aku drive la balik Kulim sambil tu singgah la beli air kelapa sebijik original nak bagi anak aktif balik..dapat petua dari member sebenarnya tu..dia kata kalau minum air kelapa anak aktif dan lahir bersih ja..So sambil drive sambil minum air kelapa tu..Tapi hati dok berdebar-debar ja nak jumpa Doktor sebenarnya ni, sempat gi mesej Kaunselor -Pn Yanti harap-harap la ada good news..nak redakan debaran di hati sebenarnya tu..Sebab tiap kali check up ada ja problem diaorg kata- hb darah low lah, anak kecik la, songsang la, berat naik banyak la,takut ada kencing manis,darah tinggi la...so dapat jumpa Pakar ni hopely ada good news..Aku gi sesorang ja check up sebab husband aku keja pagi...aku call dia tak berjawab pun may be sibuk la ngan mesin dalam kilang tu..
Dah sampai perkarangan hospital, cari parking lak susah giler...pusing-pusing nasib ada keta nak kuar..jenuh jugakla nak menapak g cari Klinik tu sebab ni 1st time aku g jumpa Pakar 1 Hospital ni..Wisya dulu Hospital Perlis..So dah jumpa Klinik tu, register dan ambik no..Ingat aku lah yang terawal tapi ada lagi yang awal dariku..dapat no 8 n tunggulah giliran..dalam pada tu hati dah tak sedap dah rasa..berdebar-debar ja rasa tak tau pasal pa..call husband pun tak berjawab..last2 bateri abis gitu ja..terpadam...Jam 3.00 petang nombor giliran aku dipanggil..Dup dap dup dap rasa jantung aku sebab dari pagi aku dah rasa anak tak gerak cuma rasa tegang ja..Doktor india perempuan yang check up aku..buka baju untuk scan..aku ingat g dia excited la nak tunjuk kat aku.." Ini kepala anak...pas tu dia kata Oh My God dengan nada terkejut..aku pun kata "Why??" dia kata I'm sorry i tak nampak jantung anak u...that means ur baby gone"...Aku terkejut giler wei..dia salah kot..aku tarik muka semcam ja dengan harapan dia salah....then dia kata tunggu jap saya panggil Doktor Pakar No 1 turun check awak...sementara nak menanti doktor tu mai air mata turun dah..tangan dah mengeletar semacam ni,...tak mungkin..aku pegang ja perut aku...tapi memang tak dak gerakan pun dari pagi.nak call husband pun bateri phone dah kong,padam..sementara tunggu Doktor Pakar 1  turun aku istigfar banyak-banyak..Dr Kamal pun sampai n soal aku bertubi-tubi...aku tak mampu nak jawab hanya air mata yang dok turun tak henti-henti dah ni...dia scan sekali lagi memang confirm aku dah kehilangan anak lelaki ku yang ku kandung selama 9 bulan tu...So Dr tu pujuk aku dan tanya mcm ner aku nak admit hospital bila sekarang ka pagi esok?..Aku tak boleh nak decide sebab tak dapat cakap ngan laki aku g...
Mata aku dah kelam ngan air mata sebenarnya ni, so nurse-nurse dan doktor yang ada dok mai pujuk aku sementara dr nak tulis mc dan surat untuk aku masuk hospital esok atau lusa dr bagi kat aku..Aku mintak doktor tolong call husband aku jap memandangkan bateri aku dah kong..Doktor tu pun wat  call then nasibla Wan (Laki aku la) jawab call tapi aku tak dapat cakap aku nangis ja,dia pelik..aku kata kat dia.."anak kita tak dak dah..dia pelik..dia tanya p mana...Aku jawab anak dah ninggal dalam perut...Dia suh tunggu kat hospital jangan drive balik g..Sementara tunggu dia sampai aku dok nangis kat depan klinik tu, ada mak cik tu lalu tanya.."mai scan ka? nampak anak apa?..anak mak cik keguguran la nak kena masuk wad cuci la..anak ok ka, dok reyau sorang2 pasal pa?...aku wat bodo ja kat dia..lantakla dia nak kata aku sombong ka pa...Wan sampai tanya mcm ner leh jadi gitu,..aku apalagi mengamuk giler babi kat depan hospital tu lah marah kat dia tak jawab tepon pasal pa...dia kata sibuk..dan dia tanya abis tu mcm ner..aku katalah tak leh nak decide masuk wad bila sebab banyak benda lagi aku nak kena settel ni,,..GL pun tak bawak..Baju-baju wisyah lagi so aku kata nak balik rumah dululah...Wan tanya boleh drive dak..Aku jawab boleh ja..Aku drive balik umah..air mata dok menitik giler2 dah ni..rasa mcm nak bawak laju2 then langgar kereta depan ja bawak mcm siput,...Sabar!! Ingat Wisya kecik g...

Sampai umah ja masuk bilik terpandang katil yang baru aku siapkan semalam(ahad)..baju-baju semua siap dah basuh lipat buh dalam bakul khas untuk baby..kali ni baju semua aku beli baru,Rompers yang cute2 ngan gambar pooh kat Butik baby Of World dan Anakku, aku shopping giler abis dalam RM500 lebih jugakla..sebab semua beli baru kelengkapan dia..kira semua dah lengkap tak dak yang kurang pun..sedih ooo...malam tu aku tak makan,tak minum dok reyau sampai meracau nak "adik".."adik pasal pa tinggal ibu, ibu beli siap dah..tgk romper pooh adik cute ni..aku macam dah hilang pertimbangan dah..aku nangis sambil peluk dan cium baju rompers biru yang aku xcited sangat nak sarungkan  kepada "Adik"..Wisya pun aku dah tak peduli..Wisya tgk aku..dia kata "ibu yau,...tak mau yau nah..."Laki aku dah tak terkata apa dah, dia biar  je aku layani perasaan dan menjaga Wisya...kawan-kawan,saudara mara mana-mana pun aku tak bgtau lagi..sebab kalau bgtau ja sure berlambak2 sms dan call akan masuk..So malam tu aku tenangkan diri dan nangis tak benti2 sampai ke pagi,cakap sorang ngan "adik" yang dah tiada,.so wan suh aku p hospital esok sebab lagi lama baby dalam perut lagi aku jadi macam-macam..Aku tengok laki aku ni macam tak rasa apa-apapun..macam tak dak perasaan ja, may be dia tak mau tunjuk kot sebab kalau dia tunjuk aku lagi rasa lemah kot..aku pk gitu jelah..aku? ibu yang dah kandung 9 bulan, dah sedia semua dari segi apapun..Bengkak dah mata ni melayani perasaan sorang-sorang..Sebenarnya dah beberapa malam dah aku bermimpi yang aku telah kehilangan "adik" dah 3 malam berturut aku termimpi "tetiba ja baby dalam perut jatuh dan aku dukung jer baby dah tiada..","aku tengah drive tetiba jer baby terkeluar dari perut pangku tgk dah tiada"..aku bangun ja air mata dah  meleleh..aku bermimpi dan menangis dalam tidur rupanya..Aku bagitau suami, dia kata mimpi jer jangan layan sangat..aku terfikir jugak kalau betoi-betoi terjadi mimpi tu jadi realiti, mcm ner?.Tak sanggup aku nak pk lagi dah...Rupa-rupanya "Adik" dah bagi petanda agar Ibu dia redha pemergiannya..

Barang-Barang "Adik"














Baju yang aku peluk cium..xcited nak sarung kat "Adik"
***************Barang-barang "Adik"*****************

Hari kedua setelah mengetahui Raqib dah tiada...

Pagi 15/12/2009 jam 6.00 pagi aku g mandi dan siap-siapkan barang wisyah untuk dihantar ke Taska dan beg baju,dokumen GL aku untuk masuk Wad pagi ini..aku pk lagi lama aku dok dalam keadaan ni lagi aku macam-macam rasa.. Jam 7 lebih kot kalau tak salah la dapat sms dari Kaunselor-Pn Yanti dia dah selamat bersalin dapat baby girl..so dia dah sepasang la anak..Aku?? air mata ja dok turun tak benti ooo..Gi hantar Wisya kat Taska n bgtau Pengasuh dia may be Wisya tak ambik malam ni sebab I masuk hospital, adik wisya dah tiada..Tgk riak muka pengasuh wisya terkejut n kata.."I'm sorry maam..Dont worry Wisya, she ok here..so bersabar aaa maam"...lagi aku rasa sebak giler, India pun faham perasaan aku..tak boleh nak cakap dah la...Sampai ja unit kecemasan suami aku lah urus semua sebab aku dah tak boleh nak cakap,sebak..gi daftar masuk wad 9 pada kul 9 sampai wad tgk lenggang so nurse suh aku pilih nak duduk mana, kalau leh nak duduk hujung2 tapi suami aku kata jauh sangat so aku pilih duduk tepi dinding bolehla aku tidoq ngadap dinding tanpa ngadap org2 sekeliling..mula-mula masuk wad tu tgk ada 2 pesakit ja, tapi tak sampai sejam tgk wad dah penuh katil da..semua sakit nak beranak..aku lak nangis air mata ja..Siap tukaq baju semua, ada pelatih ramai gak dalam wad tu, sorang dari depa dok mai tanya mcm2 nak isi borang katakan..ada pelatih tu mai nak pasang mesin rentak jantung baby kat aku tapi aku bgtau dia baby kak dah ninggal, kak nak bersalin kuaqkan baby ja...dia pun tak jadi pasang dan suh aku bersabar..tak sampai 10 min mai pulak nurse line purple atas kepala marah2 kat pelatih sebab tak pasang mesin rentak jantung kat aku..aku pk bengong ke nurse ni tak tgk fail kes ka nak marah serbu pelatih2 tu..ngan muka dok bebai2 dia pun pasang mesin tu kat perut aku..Aku wat bodo jer tgk dia pasang dulu mesin tu..pas tu dia wat cuak, muka terkejut sebab tak dak rentak jantung baby..aku pun bgtaula baby dah ninggal..aku dah bgtau pelatih tadi..dia ngan muka benggang pun tanggalkanlah mesin tu(malu ke apa tak tau la),..dalam otak aku ni tak tgk kes ka?..nak mampuih kot hilang sabar aku jammed jadinya!! Sabar Dee!..Baru aku sedar ari ni aku keja, so aku mintak laki aku call my boss n bgtau hal sebenar kat opis...so dia pun call bgtau boss n CC opis,sebab aku memang dah tak leh nak cakap,sebak..Dok lepas 10 minit ada kot handphone aku tak henti-henti ngan call masuk, mesej2 ucapan Takziah, mau tau la aku kan ada banyak kawan-kawan.. dari kawan-kawan opis siap ngan bos unit di komtar la semua ada, cepatnya berita tersebar..semua call aku tak jawab sebab aku memang tak leh cakap,sebak ooo, air mata tak benti ni..aku mampu jawab sms ja..Mesej demi mesej masuk tanpa henti dari rakan-rakanku, adik beradik dan macam-macam lagilah.. Setiap mesej yang masuk dibaca dengan air mata memenuhi kelopak mataku, syahdu nya diaorang hantar mesej.. Ramai la nurse dan doktor pelatih kat dalam wad ni, dalam kul 10 lebih kot ada doktor perempuan may be dia dah study kot kes aku datang,dia tengok aku dok lukis ngan jari ja di dinding then dia datang memujuk aku supaya aku jangan stress sangat sebab tekanan darah aku dah mula naik, ini tak baik untuk kesihatan akak, aku diam dan menitik air mata jer then dia mintak nak ambik darah aku untuk ujian darah, hmm nak tak nak kena bagi ler.. Pandai jugak dia cari urat kat pelipat tangan aku ni sikit pun tak sakit...So dia suh aku istigfar banyak-banyak jangan layani perasaan sangat tak baik untuk kesihatan...mulut aku yang kecoh ni ari ni tertutup rapat..tak terkuar sepatah perkataan pun la.
Katil sebelah aku dah ada orang duduk, aku mengadap dinding ja tak kalih ke mana dah sebab aku meluat tgk depa dan dengar bunyi rentak jantung baby depa hidup..Aku nangis lagi."Baby aku dah tiada, pasal pa "Adik" tinggal ibu,..masa aku dalam wad di isi ngan membalas mesej dan membaca setiap mesej yang masuk..fuyooo semua mesej syahdu beb!!.. kawan-kawan terdekat ku maklumkan sendiri, manakala call-call yang masuk aku reject sebab aku memang dah tak boleh cakap,sebak termasuk Bos unit aku (KOMTAR) sendiri...Aku harap diaorang faham situasi ku..Aku cuba pejamkan mata untuk tidoq tapi kedebup kedebap bunyi mesin rentak jantung baby dalam wad tu menekankan jiwa aku, sabar jangan dok ngamuk lak...kalau banyak duit leh la p private, rugi ja aku wat perangai malu sendiri tanggung..aku kuatkan semangat aku...Masa berlalu,sampai time melawat tengahari tgk ramai laki-laki depa  termasuk laki aku, dia hanya mampu suh aku kuatkan semangat, ingat Allah banyak-banyak dan dia serta Darwisyah ja..Tgk phone call masuk dari Bos Unit la, aku reject, tengok-tengok toing nampak Cik Siti Sharah dan Pn. Rokiah, Atun  dan Budak Praktikal dari PKMD Timut Laut masuk dalam wad tu...Eeee terharunya cepat sungguh berita malangku tersebar memenuhi ruang-ruang angkasa JKM Penang ni..Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata melihat diorang datang menziarahi ku di wad..Aku mohon maaf sebab tak jawab call, harap diaorang faham..Kata-kata nasihat,pujukan dan takziah dari Pengarah  disampaikan, memang tak sangka akan Bos Unit sendiri turun menziarah aku ni..Abis waktu melawat semua dah balik tinggal lah aku dengan perasaan hibaku, jiran kat sebelah dok senyum kambing dah tapi aku? wat bodo ja dari tadi ngadap dinding..dok melukis apa ku pun sendiri tak tau, dok layani amarah dan kecewa..Sian gak kat dia, sebab aku pun bukan jenis sombong tapi aku meluat mesin rentak jantung dekat sangat ngan aku..bisingla..
Nurse shift petang lak wat rutin check up tekanan darah dan pasang mesin rentak jantung kat perut sebelah aku tu, aku mesej ngan call masih dok masuk, aku dok menaip la mesej tetiba jer Nurse line purple sound direct kat aku.."Dik,jgn dok main handphone sangat,jiran sebelah baby dia hidup sat lagi kacau lak rentak jantung baby dia hidup,sat lagi jadi apa-apa lak.Saidi tak pa lah tak pakai mesin apa dah"..Bayangkan apa perasaan aku di kala ini??? Apalagi reyau sampai berbunyi-bunyik la, tak cover apa dah..semua dalam wad sure pelik kan tgk aku reyau..aku mesej laki aku.."Abg, sayang nak mati, nak p kat "Adik"..Laki aku reply, dia suh aku sabar..Aku bgtau kat dia nurse cakap mcn tu kat aku, dia suh sabar ja..Hu hu aku ja yang tau rasa hati ni. May be jiran sebelah rasa bersalah kot kat aku, dia panggil aku.."Dik jgn ikutkan hati sangat, kak dulu lagi teruk kak pun pernah merasa dah anak sulung akak pun ninggal dalam perut gak..anak sulung dah la susah nak lekat..yang pergi tu dah janji kebaikan untuk dia..kalau dia hidup pun may be dia cacat ka, tak sihat ka lagi haru".."kak anak dah 2 meninggal dalam perut, kak paham perasaan tu.." Fuyoo baiknya dia,pas aku wat bodo ja pun dia masih nak sembang ngan aku la..So aku pun mula memandang ke dia dan berborak tanya pengalaman dia, sakit dan sebab anak-anak dia ninggal dan aku tidak lagi melukis-lukis di dinding dan bercakap sorang2, borak2 ngan dia rupanya dia ngan aku sama umur cuma dia kawen umur muda dan sedang nak beranak anak ke 5, anak pertama dan ke4 dia simpan lelaki, anak ke 2 dan 3 perempuan,dalam perut tu perempuan, Aku baru tau  dalam wad tu ada lagi 1 kes anak ninggal dalam perut 7 bulan (tak rasa sangat kot sebab dia kata barang2 belum beli g)Sembang-sembang terus jadi kawan baik nama  dia Kak Shida,dok Padang Serai.. dia lagilah dah 6 hari dok dalam wad baby tak kuar sebab jalan belum buka,hmm aku tak keseorangan...aku pelik dah kul 4 petang  ni apsal la sapapun tak buh ubat lagipun, aku g tanya then nurse kata jap g kul 4.30 baru doktor akan nek buh...so tunggu jelah..Kul 4.30 petang nurse panggil aku nak masukkan ubat, Dr tu suh aku relaks ja then masukla sebiji ubat untuk memaksa ku sakit dan membuka jalan untuk baby kuar..Kepada sedara-mara semua aku warning jangan mai melawat aku, tak mau sebarang lawatan sosial ke apa..aku pesan kat laki aku dah..Dia ngan Wisya sorang ja aku nak jumpa..Suami aku jadi pelawat yang setia..ulang-alik dari rumah ke hospital, kesian dia sure penat dan Wisya lak kena tido kat Taska sebab Abah tak larat dah nak kejar dan jaga Wisyah waktu malam..Ubat dah masuk tapi tak rasa apapun la..Detik demi detik berlalu, dah malam di isi ngan istigfar banyak-banyak bila dengar bunyi rentak baby, bila tgk diaorg2 yang sakit di sorong ke Dewan bersalin, jiran sebelah pun dah boleh bersalin, aku cuba lelapkan mata dan tido tanpa rasa sakit apa lagipun......baru leh terlelap dan terjaga dan tertido sebab tak rasa sakit lagi...Fikiran mengenangkan kesian anakku, Nur Darwisyah  yang kena tidoq taska sebab abah tak larat nak jaga tengah malam bangun bancuh susu, abah penat sayang...Ibu harap wisya ok,sebab ibu tau Taska tempat Wisya duduk memang the best..Ibu akan berikan apa yang terbaik untuk anak-anak ibu tetapi apa daya ibu Allah nak "Adik" kembali ke sisi-Nya...

To be continued My Feeling Part 2....sebak lak nak teruskan citer.....belom abis lagi ni citer..





1 ulasan anda:

Ieja said...

Allah Hu Akhbar....hanya org yang terpilih & dipilih ja yang dapat menghadapi duggan & cabaran ni..moga Dd tabah mengharungi semua ni.....insyaallah ada hikmah disebalik kejadian.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink