Friday, November 30, 2012

My news bff



  Picasa di Malam Inovasi JKMM 2012
Bayview Resort Hotel, Batu Feringgi..
27 Nov 2012- 10.00 mlm
bersama my new bff kat Opis Baruku..PKMD SPU
diaorang la yang selalu cool kan daku. Baik hati dan menceriakan hari-hari ku di opis baru..
that My Sis Susukahatiku.. Sis Suriati n Sis Norihah...
seyes cakap malam tu memang daku tak dak mood nak bergambar bagai macam selalu-selalu..hanya ni jer yang ada pun.. note pun dok rehat santai jer dalam handbeg..
dua sis ni dapat menangkap riak rasa itu.. teror kan depa 2 ni..dapat tahu adik diaorang ni sedang bersentap hati with A few  person yang telah menyentapkan rasa ceria di hati ini..yelah daku pun sedoo diri sapa diri ini..

Thank Sis Suriati dan Sis Norihah kerna sudi memberi bahu buat adikmu bersandar duka..sudi menjadi pendengar yang setia..sudi memberi kata-kata semangat baru pada adik ini..

Love u all deep deep in my heart...























THANK MY SIS.. BEING MY BEST FRIENDS FOREVER...
SUDI ADA DENGAN DD..
SUDI MENCERIAKAN HARI-HARI DD..


Published with Blogger-droid v2.0.9

Last in november 2012

Waaaaaaa esok 1 Disember 2012 already..



cepat toiii masa berlalu...
ini bermakna dah sebulan daku yang sedang menyesuaikan diri di tempat kerja n rumah baru kan..
banyak rasa nak luah..tapi tak tau gaya lenggok bahasa yang sesuaiii nak luah..
dalam masa sebulan ni... hampir tiap-tiap hari daku lewat masuk ke pejabat..
yelah jarak perjalanan agak jauh dari kebiasaan nya.. sebab berbeza corak peel pemandu di daerah ni.. kat SPT dulu semua keta bergerak pantas.. tapi di SPU masuk jalan kampung semua keta bersantai jer nak pergi market...peenaaaaatttt sgt..
mana nak channel hantaq Dhia ke Taska lagi.. hantaq Kakak ke Tadika lagi..pas tu patah balik pula p channel ke Lunas ke Kepala Batas,..
Duit minyak memang laju aa Persona kederah.. nasiblaa kan sehari RM 20.00, memang tak masuk Tol hi way dah p.. t jadi jauh balik..RM 20.00 x 26 hari fuhh banyak gak kan kan..
Kulim pun dah jammed teruk sebab banyak traffic light..
Dulu pukul 8.00 pg kuaq masih sempat masuk opis.. sekarang ni pukul 7.30 pagi keluaq belom tentu jam 8.30 pagi boleh punch kad masuk tau.. ari-ari terbabas lewat 5 min, 10 min ada yang 25 min pun ada..
macam ari ni dugaan 2 jam 30 min lewat sebab Persona minta bateri baru, sib baik la ada duit kalau tidak tak leh p keja lerr ari ni dan ari mendatang..
kalau dulu pukul 6.00 dah boleh relaks kat rumah..sekarang ni pukul 7 petang pun belom tentu leh sampai rumah lagi...
aduhaaaiii sabarlah wahai hati.. kadang- kadang terpk jugak ada nya sistem pertukaran dalaman ini langsung tidak mengutamakan kebajikan pekerja..menyusahkan lagi, duit banyak habis atas jalan jer.. 
nasiblaa dd oiii...

Daku berharap semoga disember yang bakal datang membawa 1001 rasa kekuatan, keazaman, kejayaan buat diri ku dalam mengharungi dugaan dan ujian yang akan memantapkan keimanan dan kesabaran dalam diri ini..

Amin



kazebo

Ini lah namanya wanita kan..
nafsu 9 akal 1 ni..
pas satu..satu nak kan hias untuk rumah..
the latest...yang masih dok berangan la ni...
daku tingin sangat nak deco-deco halaman rumah macam ni....

V
V
V
V
V


cantek kan.. tak dapat buat..dapat cuci mata macam ni pun jadi ler kan..



daku selalu set dalam otak..nak apa-apa pun mesti kena berangan dulu..
berangan sampai jadi realiti ok...
cantek kan..kalau dapat buat macam di atas-atas tu..
dah survey pun, paling murah adalah RM 3 K okays..
fuhhh semakin kering la Mr Redwan daku mencari $$$$$



1 wajah 1001 rasa



 Tertarik dengan kata-kata Pegawai Psikologi JKMN P.P En. Muhammad Musa
"Banyaknya  wajah.. satu dalam berbagai wajah.."
"Banyak rasa tu ok la, tandanya minda aktif..Jgn tak dak rasa ,nanti kena baca yasin tuu"..
"Apa yang terjadi itu Rahsia Allah.. Dan Rahsia Allah itu terlalu indah"..
1 wajah dengan 1001 rasa boleh lak jadi 1001 rahsia..
Thank En. Muhammad..









ha haa kesian sapa yang singgah blog daku ari ni.. tengok ler wajah daku sambil muntoh purple kan...
sebenarnya banyak rasa yang nak diluah kan..tapi tak tau mcam ner gaya bahasa nak luah jer ni..




Published with Blogger-droid v2.0.9

manik koran part 2


Daku wat sendiri.....


Citer manik koran..
Haa haa bila maii rasa keciwiiii, sanggup lecet jari ooo
tadaaa hasilnyaa... puas hati walaupun tak sekemas depa punyaa kan..
cantek siot berkilau , makan kos jugak wat benda alah ini...
pas ni kalau ada masa..rajin nak wat lagi ler.. nak wat lagi bagi kemas..
biasa ler bila mai keciwi ku la la harus ada kan..
so ari ni bermanik koran ler batch pass acces daku..
yuhuuu Dd dah teror wat rantai manik..




ada yang berkenan nak order dak???
oohh tidak.. melecet jari kena api siot..
lengoh tengkok2 den dok natap manik ni..
sendiri punya sahaja der...


Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 29, 2012

manik koran part 1

kak Sue punyer..


Manik oo manik..cantek siot tgk Zila n sis sue pakai tali manik batch..
ari ni misi mencari manik 
so rasa keciwii lak nak cari manik..
daku ni bukan boleh, sakit keciwii kalau nakkkkk la la tu jgk..
dah order namun tetap rasa keciwi nak bermanik jgk...


Zilaa punyer...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 28, 2012

Inovasi 2012



Rasa lega dan berlapang dada sebab ceritera Inovasi 2012 Jabatan JKMM telah habis dengan jayanya semalam..
Berlangsung di Bayview Resort Batu Feringgi..
Fuhhh daku di arahkan menjadi Liason Officer (LO) bagi kontinjen Wilayah Kuala Lumpur..diaorang dah pun selamat balik ke Key Ell...

so bekas opis lamaku.PKMD SPT.berjaya no 3 untuk kategori AI3P (ANUGERAH INOVASI PENGURUSAN PERKHIDMATAN PELANGGAN)..
last jasa dalam teams AI3P for pkmd spt, Tahniah yer dari Teams Lembaga Pelawat SPT yang ke ...
mengantok, dan lemaunya daku ari ni sebab semalam balik rumah sampai jam 1.45 pagi, ari ni pagi-pagi lagi dah ke Holiday Inn Batu Feringgi  nak bawa teams KL g jalan2..


tahun ni pic tak baper banyak sebab tak dak mood nak bergambar..




Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 26, 2012

The Wedding Breaker





Yessss dah sampaiiii... 

Jom layan...
masih panas-panas lagi di pasaran Karya seni..
sayangnyer penulis dia tak dikenali wajahnyaa lagi..
just follow blog beliau before baby TWB ni kuar..

just click EVELYN ROSE ..





Nota admin: To Lulu maaf yer Dd layan ini dulu...





Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 24, 2012

Breaking dawn 2







Dah lama tunggu part 2 Bella nak bersalin n jd ponti.. Ku memang follow dr 1st twilight lg ni..
Syioknyaaa dah lama x msk wayang..last masuk tgk citer Battelship.. Dhia dok main sorok2 kasut tarik rambut org..
Mlm ni x tau la si Dhia nak wat gaya pe diaaa..


Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 22, 2012

rindu anak

Bila rasa semak-semak otak macam ni..serabutt
terapi nya adalah..
peluk n tengok wajah anak-anak ku...
yeaaahhh di kala ini rasa sangat semak otak pk kerja kerja ..
rindunya nak peluk-peluk gelak ngan Dhia dan Wisya..
adoiii laaa jam baru pukul 1.30 petang.. 
tak sabar nak balik ambik 2D kat tadika n taska tu..
Semak otak pk aduan tadi tu ler.. fuhh dah selesai faks jawab bagi pihak sendiri..
hmm gitulah teknologi sekarang ni kan.. tutup kes melompat cari orang atasan ..
yang bawahan ni, semak serabut masalah pun pelbagai jugak nak pk..


Ya ALLAH, andai ini dugaan dan ujian mu..
ku redha dan tawakal Ya ALLAH 



jawab jgn x jawab

22 Nov 2012
hmmm 1st dalam selama kerja kena jawab aduan email dari klien opis lamaa
yeahhh aduan is a gift..
apa lagi jawab ler telus dan tulus dari hati yer...

Tuesday, November 20, 2012

deco2



 hubby yang gantung2 kan... hmmm apa nak wat dah taste mr hubby mcm ni...
tengok jelah.. balik-balik rumah dah siap gantung, dah tak boleh cabut sebut cat pun terkuaq sekali daa cacat ler my dinding tu..
plan nak gantung pesyen lain..alih2 jarak mcm tu lak jadinyaa..
aduhaiiii...


Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 19, 2012

usai ku terima nikahnya


daku sangat-sangat suka dan  best citer ni...

Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga.
Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz, Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada Puteri Nur Aina pada pandangan pertama lagi, dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya' tersenyum bahagia semula.
Dia tidak berputus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya dengan sepenuh hati. Malangnya, apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya, Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri : "Hadirmu bagaikan seorang wira, menyelamatkan aku dari lembah sengsara, yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan. Namun, yang seorang lagi cukup sempurna, setia mengubati lukaku, sentiasa ada saat aku memerlukan. Tanpamu aku lelah..."
Abang Is : "Kau bukannya yang pertama di hati, namun kaulah perempuan pertama aku nikahi, sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain, menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku..."
Khalif : " Rasa cinta padamu tidak pernah pudar, walaupun nyawa bercerai dengan badan. Apa yang kuinginkan, hanyalah kebahagiaan dirimu, Puteriku...."
Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka? Temui jawapan akhirnya dalam Usai.... Aku Terima Nikahnya


Published with Blogger-droid v2.0.9

Sha n Shah


yohoooo..best citer ni..
cinta santai..senyum senyum gitu...

Sinopsis:-

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?  Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.



Published with Blogger-droid v2.0.9

Hikayat cinta si pematah hati


yehaaaaaa.. terapi versi perabis duit maiii dah...
antara koleksi terbaru daku...

Jom kita layan 

Hikayat Cinta Si Pematah Hati
WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…
RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!
“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”
“Sorry… saya dah ada kekasih.”
“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”
“Hah?”

Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.
Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?

“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”






Published with Blogger-droid v2.0.9

bosan

adoiiii
tak dak idea ler nak ber n3 ni,
sangat rasa lemau ari ni.. hanya di gmail n google saja dapat lepak ni
tapi seyes cakap ari ni daku sangat bosan sebab tak boleh print jkm 17 yang telah lama siap..sampai bila nak perap niii!!!
Tension jgk pk printer tak der..dulu semua everything complete kan..
terpaksa biasakan serba kekurangan ni..
JKM17 saya tak leh print, tak der printer..
huaaaaaaaaaa

Friday, November 16, 2012

setahun 8 bulan


Syukur alhamdulillah
sekurang-kurang nya Dhia Nur Adawiyah dah setahun lapan bulan 1 minggu dan 6 hari menyusu susu ibu..
Anugerah terindah buat anakku dhia
Legaaa, berlapang dada kerna susu ibu tetap menjadi ke utamaan buat Dhia
Dapat ASI macam dapat hadiah ler punya syiok dak dhia ni



Thursday, November 15, 2012

salam maal hijrah

Belom terlewat kot daku rasa nak ucapkan salam maal hijrah buat u all geng bloggers kan..
Semoga tahun baru ni membawa lakaran 1001 lebih baik dari tahun sebelum ni kan..
tahun baru ni..daku sudah berhijrah ke tempat kerja yang baru..
telah membawa keluarga tinggal berhijrah di rumah yang baru..
Syukur Alhamdulillah semua lengkap bagi ku..
dengan nikmat rezeki yang ada, semoga kita semua dan  daku adalah insan yang sentiasa bersyukur dengan rezeki mu Ya ALLAH..



Monday, November 12, 2012

soooiii yer kawan



 Jumaat yang lepas, geng-geng dari opis lama SPT ada datang jalan-jalan ke rumah baru daku..Alahaiii sangat-sangat rasa bersalah ya amat tau, yelah ari tu Ari graduasi Tadika Fitrah Ehsan, so abis semua jam 12.00 tengahari dah.. balik rumah tak sempat la nak masak bagai..so apa yang ada hanya buah-buahan, sosej dan sos salad ajer... Pn Yanti n kak Sal kata okey jer..yang lain-lain tak tau laa kan.. Dd minta maaf yer akak-akak n adik Yati yer...hanya dapat sajikan kerepek,  salad buah-buahan, salad sosej n cucuq jagung + ikan bilis yang agak keras laa sikit mak mertua ku komen.. huaaa seyes tak sempat nak pk nak sedia kan apa yang patut..yelah ngan Dhia yang merap nak bergayut jer tahu..al maklumla ibu cutii gumbira hati ler dapat gayutan si Dhia tu...
Next time kalau Dd ada cuti ari jumaat kita wat lunch kat rumah dd okay..Terima kasih dan minta maaf banyak -banyak yer Puan Yanti, Kak Ina, Kak As, Kak Sal dan Yatie sebab sudi singgah datang ke teratak kami ni.. tak der yang istimewa pun melainkan boleh pilih nak duduk lepak kat mana kan..yelah ruang santai boleh bersila di mana-mana jer, tak dak sofa kosiii perabot lagi noh..


Published with Blogger-droid v2.0.9

untuk kakak



   that my 1 D.. Nur Darwisyah..
Jumaat yang lepas ialah majlis graduasi tadika Fitrah Ehsan
Alhamdulillah si kakak dapat Anugerah Cepat Membaca bahasa Melayu jer kakak kata
hmm si babah dok tak percaya lagi tau..si ibu pun lagi aaa hampes sebab si kakak tak pernah tunjuk yang dia pandai membaca.. 
seronok dapat tengok si anak membuat persembahan..ibu lak yang lebih-lebih rasa touching okays..










si adik yang suka spoil kan gambar

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink