Thursday, January 28, 2010

Senyuman Kembali Terukir

Senyuman kembali terukir...

Wah senyumanku kembali terukir..naper ekk??..Ye haaa..Semalam 28hb Januari 2009 bermakna pantang bersalin ku sudah melabuhkan tirai penutupnya end 44 day..Ini bermakna ari ni aku dah Merdeka!!.. Abis dahla tempoh itu..So kini aku dah bolehla nak wat apa yang aku suka tanpa segan dan silu sebab dah say bye bye to stokin hik hik...

Best aaaa last 44 day ni g manja kan diri kat Spa N Sauna D'Muslimah kat area Kulim jer.. Ambik pakej Manjakan Diri..Mula-mula tu 1st-masuk dalam kotak sauna tu, fuyooo punyalah berpeluh beb..panas ooo basah lencun kain batik yang aku pakai..2nd kena dek urutan 1 badan hmmm lega aaa...3rd wat lulur sental-sental 1 badan...4- hmm mandi krystal aaa..aku ingat kan apa rupa-rupanya berendam dalam tab ngan air garam yang berbentuk krystal, segarnya dapat berendam lama-lama gitu.. 5-wat facial muka...relaks aa kena urutan muka..n pas tanya sorang mak cik tu boleh dak nak potong rambut, dia kata kalau dah siap mandi bolehla...so apa lagi 6- say bye-bye to rambut yang belom sempat nak jadi mayang mengurai aaa,..rimas dah lama tangguh nak potong rambut ni..Fuhh ringan kepala beb potong pendek ala-ala masa muda dulu hik hik sukernya...so malam ni leh la celebrate sebab dah lepas pantang 44 hari ..hmm bolehla mula ngan misi untuk kuruskan badan pulak pas ni..dah lost 2kg aaa...ada lagi 10kg lagi untuk di lost kan...chayok!

Balik umah setelah selesai manjakan diri dengan rasa senang hati, ringan kepala, segar 1 badan apa lagi yang diperlukan untuk bibirku kembali tersenyum...Thank Abang sebab memahami, sabar dengan kerenah sayang dan yang paling penting menyediakan ongkosnya..Kredit to Wisya sebab leh tahan tunggu ibu g manjakan diri selama 4 jam...Ini bermakna hidup ibu mesti diteruskan dan ini juga tidak bermakna ibu sudah melupakan Raqib anak ibu kerna Raqib akan sentiasa di hati ibu sampai bila-bila...Al-Fatihah

Touchingla tgk pic ni...





Saturday, January 23, 2010

Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia

"Jangan Bersedih...Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia"....

Dah lama tak update n3 blog ni yer,idea banyak cuma tak dak masa lak nak karang, anak suka wat perangai lak skunk ni..dia jeles Ibu dia asyik ngan lappy jer so bila on jer lappy ni dia akan usahakan pojek supaya Ibu dia akan off balik n tak jadi nak karang n3 terbaru..Bila dia dah tido bolehla layan blog ni, elokla ngan time hubby keja malam lak ni leh la nak kongsi sesuatu yang boleh memanfaatkan kita sebagai kaum "Wanita" ni...

Actually pic kat atass ni ialah buku hadiah dari my hubby untuk
aku yang murung, bersedih dan meratapi nasib selepas Ujian Allah yang kawan-kawan semua sedia maklum kan?.My Hubby jenis tak banyak cakap dan memang dia ni jenis tak tunjuk perasaan dia yang sebenar maksud aku aku tak nampak langsung riak kesedihan dia bila "Raqib" tiada.. Bagi dia yang jenis tak reti dan tak banyak cakap so dia hadiahkan buku ini agar aku faham apa maksud dia..So time tu kita org g jalan-jalan (dalam tempoh pantang g ooo) kat Jusco Bandar Perda, masuk Popular n aku sibuk cari diari muslimah dan planner untuk ready nak masuk opis.. Selesai bayar  sambil jalan-jalan aku tengok ada buku ni dalam plastik popular bersama diari..So aku buka lah tgk hmmm boleh tahan la isi kandungan citer dalam buku ini...Hubby kata "sayang kena baca buku ni, baru sayang berhenti salahkan abang,seksa perasaan abang..kena terima lah apa yang ada sekarang ni.." mendalam kan maksud dia?..hmm sebenarnya walaupun orang tengok aku ni macam OK tapi hakikatnya aku K.O!! lagi dalam hal ehwal umahtangga lah..(kuat ngamuk, kuat bebai,pendek kata wat giler-giler dera perasaan suami).Bila aku mulai membaca isi kandungan buku ni..Fuhh sebijik sejiban kena atas batang idung aku daaaa.Memang bessst  aaa buku ni, bila baca jiwa hati jadi tenang dan memang aku ni bukan kategori Isteri yang mithali la selama ini....Mulai dari hari ini aku nak berubah...Jadi Wanita Yang Paling Bahagia.....

Antara yang aku nak kongsi adalah

V
V

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

  • Anda mungkin terluka kerana persoalan yang anda hadapi...

  • Perbaiki diri anda, maka ALLAH akan redha terhadap anda..

  • Redhalah atas pilihan ALLAH.....

  • Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan, sebagai pengeluar " manusia". Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
    Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?
    Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

    Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki..Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
    "Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him"...
 
Betapa hebatnya menjadi seorang "Wanita", betapa  agungnya darjat wanita itu diangkat..Maka aku tidak seharusnya merungut dan mengomel lagi kerana "Aku Seorang Wanita".. kepada Lelaki bernama Redwan dan ibu kepada Nur Darwisyah dan Muhammad Raqib...Ya Allah, bantu lah aku...kerna aku ingin menuju ke jalan-Mu Ya Allah.., jalan yang di redhai, jalan yang membawa ku kepada anak lelaki ku, Raqib..

Saudariku!
Ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkanlah kegelisahan, hindarkan lorong-lorong kesengsaraan, dan jauhkanlah dari keputus asaan dan kegagalan. Pada saat itu "Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah "wanita yang paling berbahagia di dunia ini"

"Jangan Bersedih..Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia"
>"Tersenyumlah untuk hidup".....





 

Saturday, January 16, 2010

Kelab DIET Mr Bam

*KELAB DIET MR BAM*






Memandangkan aku sekarang ni  hampir nak habis tempoh berpantang bersalin anak kedua, ada dalam 11 hari g tarikh ari ni. Namun aku masih susah hati, runsing dan tak tau nak wat apa kerana berat badan aku masih  diketegorikan "Overweight" beb selepas di uji di skala BMI..So dalam tempoh cuti da 20 hari gi, aku guna sepenuhnya membuat research berkenaan diet,cara-cara nak kurangkan berat badan secara sihat dan berkesan serta apa yang boleh aku wat untuk kurangkan kg aku yang masih di 7++ kg ni, maka aku terjumpa pada 1 blog ni, klik kat add atas untuk nak tau lebih lanjutla....pas baca-baca tgk then aku decide nak join contest ni lah agar aku ada guide line dan pembakar semangat aku nak slim balik bila tgk kg-kg diaorg ni loser. ala-ala "Biggest Loser Asia" lak...hu hu nak kuuusss punya pasal ni..harap-harapla tak jadi "hangat-hangat taik ayam" jelah..kalau leh nak target kg aku maintain 60 kg aaaarr, agak-agak leh dak ni?.(berat anak dara gitu hu..hu)kalau korang yang ada azam nak kuus ka, g ler tgk kat add di atas yer then kalau nak tau  "Are U Fat??" ada skala BMI kat gadget sebelah ni ekk, try ler tgk yer...


Nama: Didie
Umur: 28 tahun ni..
Berat: 77kg now
Tinggi:163cm
BMI: 29 kategori "Overweight"
Target Loser:60 kg
Start Join Contest: 16 Januari 2010

Kalau leh nak jadi macam ni balik....hu hu...
V
V
V


Time kawen dulu (2006), mcm tak caya jer leh kembang sampai 7++kg skunk ni..Paling buat rasa sedihla anak (Wisya) sendiri pun tak caya ni ibu dia huk huk....dia kata "ni" gambar cantek.."bu" gemuk..bila buka album kawen dulu-dulu ngan dia...hu hu lagi bakar semangat nak kuuus balik n tunjuk kat Wisya ni ...ibu mu lah..Suami lak? ayat power dia.."abg tak mau la bini abg gemuk sangat,badan tergolek-golek. Kalau leh nak macam pertama kali abang jumpa sayang dulu"..Cis bedebah! dia yang wat aku jadi mcm ni..huk huk nasibla jadi kaum wanita..Aku anggap jelah may be dia nak "burn" lagi semangat aku nak kuuus balik kot..Suamiku banyak bg semangat disamping kena kuaqkan modal nak bini dia kuuss balik tapi ada gak dok layoq aku ja ni ajak g makan Tom Yam ler,Mc D ler, KFC ler..Apa yang penting Azam mau Kuat!! Mcm Pn Yanti kata Chayok!! Chayok!!..

Wish me luck..Azam baru tahun ni nak maintain badan around 60kg aaaarrr...






Thursday, January 14, 2010

Selagi Ada Rindu

--> Selagi Ada Rindu <--


Selagi Ada Bulan Mentari

Selagi Ada Berkasihani
Selagi Ada Bulan Dan Bintang
Selagi Ada Berkasih Sayang




Selagi Ada Ombak Dan Laut

Selagi Hatiku Terpaut

Selagi Ada Turunnya Hujan

Selagi Ada Rahmat Tuhan



Selagi Ada Langit Dan Bumi            

Selagi Cintaku Bersemi


***corus***


Selagi Ada Waktu

Selagi Ada Rindu

Biar Beribu Batu

Ingin Aku Bertemu

Oh Kasih... (Oh Kasih)

Damailah... (Damailah)

Engkau Disana





Ku Berdoa... (Ku Berdoa)

Pada Tuhan ...(Pada Tuhan)

Agar Kau Bahagia...aaaaa..


Biar Beribu Batu

Ingin Aku Bertemu.....Ingin aku bertemu.......


Lagu dari nyanyian Pak Long ( tak kenal sangat pun)...



Aku suka sangat akan lirik dan lagu ini... Bila ku hayati dengan penuh syahdu ku rasa macam lagu ini ditujukan buat insan-insan yang jauh di sana...(wat buat paham sendiri lah...)Bila aku rindu pada anakku yang jauh disana, ku nyanyi lagu ni ngan penuh perasaan,kuat-kuat agar rasa rinduku terubat...(selain sedekahkan dia Al-Fatihah)...

 











Tuesday, January 12, 2010

The End My Story Of Feeling


The End Of My Feeling.........

Berakhir sudah kisah kehilanganku yang ingin ku kongsikan di blog ini...(mentang-mentangla dah ada tempat nak berkarya katakan)...Selagi nafas belum terhenti, selagi nyawa masih di badan, selagi mata belum terpejam, hidup mesti diteruskan walaupun suka dan duka mendatang  kerana aku masih ada RedWan, suamiku yang penyabar menghadapi kerenah giler-gilerku sepanjang tempoh berpantang ni, dan aku masih ada puteri kesayanganku yang pertama, Nur Darwisyah yang cerdik, comey dan sentiasa tersenyum, senyumannya memang penyejuk hatiku, pengubat segala laraku...

Buat "Adik" Raqib yang jauh di mata tapi dekat sangat di hati ibu, ibu tahu dikau berbahagia di sana, ibu rasa lega sangat bila tahu Raqib dijanjikan hidup yang sempurna,  mulia disisi ALLAH S.W.T  kerna ibu tidak tahu lagi  jika Raqib ada di dunia belum tentu lagi untung nasibmu di sini memandangkan keadaan dunia sekarang....Ibu redha pemergianmu kerana inilah ketentuan Illahi yang tidak mampu ibu tolak...Ibu juga harus bersih dan suci untuk berjumpa denganmu..

Ku rasa "kehilanganku ini" tidaklah seberat mana yang ditanggung oleh ibubapa Sharlinie yang sampai sekarang tidak tahu dimana kah anak mereka? apakah nasib anak mereka? Bahagia atau sengsaranya Sharlinie?
Selami hati ibu bapa Nurin,kehilangan anak dan setelah anak mereka dibunuh dengan kejam...
Hati ibu dan bapa kehilangan anak lemas dalam sekelip mata..
Ya Allah..Tak sanggup ku hadapi jika ini lah yang terjadi kepadaku......
Kalau anak kita demam, sakit dah gundah gulana dibuatnya.inikah hilang tanpa diketemui..
Ku harus bersyukur kerana kasih dan sayangku terhadap Raqib masih belum bercambah dan hanya sempat bercakap dan merasa gerakan di dalam rahimku sahaja..
Jika aku merasa diri ini amat malang, maka ramai lagi insan-insan di luar sana yang lebih hebat dugaan ditanggung oleh mereka...
Menjaga anak cacat,terlantar, wayar sana sini.(keja kebajikan katakan..)
Masya Allah..

"Ya Allah, Dikau tidak akan menguji hambamu jika dugaan mu itu diluar kemampuan hambamu menanggungnya"...
Allah Maha Besar lagi mengetahui kemampuan hambamu menanggungnya...
Sesungguhnya ku bersyukur dan redha di atas apa jua yang telah berlaku...Amin...

--->Hidup mesti diteruskan<-----

Berakhir sudah kesedihan..apa yang penting Bersihkan diri, sucikan diri seboleh-bolehnya dan didik anak-anak yang hidup di dunia agar dia selamat, terjamin di dunia dan akhirat..Amin



My Feeling.. Part 2


Jumpa kembali di "kronologi Kehilangan Part 2"..

Sure penat kan membaca My Feeling Part 1 sebab panjang bangat,... tapi itulah perasaan dan cerita sebenar yang bukan rekaan walaupun dikarang , sebab ingin ku kongsi bersama-sama teman-temanku serta buat Nur Darwisyah mengetahui  kisah adik dia tanpa ku cerita lagi..penatler kalau nak citer balik...dan dia tahu yang dia telah menjadi kakak namun masih tidak berkesempatan menjadi kakak...pas ni sesapa tanya ja pasal kehilangan ni baca jer even aku pun nak flashback balik  pengalaman perit ini kan? kan?....


Kronologi Kehilangan Part 2.....

Pada hari ketiga setelah mengetahui Raqib tiada.....

Pada 16/12/2009 jam 4.30 pagi, aku terjaga dan merasa kelainan, rasa macam basah-basah dan melekit di bawah, perut pun rasa memulas semacam dah..Aku ingat lagi, dulu masa Wisyah aku rasa macam ni lah,..so aku bangun g toilet, tengok-tengok dah turun darah la that mean's tak lama dahla kot nak beranak ni..Aku g tanya nurse nak tukar kain kat mana sebab cadar aku pun dah terkena darah tak perasanla...Aku kembali berbaring dan perasaan aku ari ini dah mula stabil,tenang sebab ada geng kes yang sama ngan aku dan baru perasan ada jiran baru lak dok katil sebelah ni...Dia pun rasa sakit nak bersalin gak la bila dah masuk wad pagi-pagi buta ni....Kul 7.00 pagi aku g toilet semula dan mandi,siap-siap sebab nurse bagitau Doktor nak masukkan ubat lagi sekali pagi ni, dia suh mandi. Dalam kul 7.45 pagi nurse datang panggil sebab doktor dah ada nak masuk lagi sekali ubat, sekali lagi aku disuruh relaks kan diri dan dimasukkan ubat untuk percepatkan bukaan pintu..Dia tgk dah turun darah dan lendir, so dia kata dah buka dalam 2cm la kira tak lama dah la ni...nurse pesan kat aku pas ni masuk ubat terus baring jgn g toilet, jgn wat apa-apa terus berbaring ja..So aku g dok senyap-senyap atas katil sambil dok sembang ngan kak yang sama kes ngan aku, dia pun pagi ni masuk lagi sekali ubat, dia kata pagi ni dah 6 kali masuk ubat namun masih tidak buka jalan..kesian kan kat dia, dia mintak nak operate ja tapi Doktor tak bagi..dia dah 6 hari dok dalam wad ni..aku bgtau dia aku dah turun darah buka dalam 2cm,dia kata aku mudahla..Dalam rasa sakit-sakit ni macam biasalah sebarang call semua masih lagi aku tak jawab sebab aku masih lagi rasa sebak dan tak kuat nak hadapinya, cuma aku layan sms dan mesej2 ja, mcm biasalah mesej semua bertemakan syahdu-syahdu belaka, menasihat dan menenangkan..Kira hampir 100 jugakla mesej yang masuk dan kuar..itu jer yang mampu aku layan, facebook,friendster,ym pun ada gak aku buka dan tengok..Aku tidak keseorangan rupanya menghadapi dugaan ni Ya Allah..Semua mesej membuatkan aku terharu, bertuahnya aku....Sakit semakin terasa dah ni, mencengkam-cengkam dah, semakin kerap dan sakit giler woooo...Tak tahan da rasa, Dr Kamal (Pakar 1 ) datang wat lawatan sempat g dia tanya ada gerakan anak dak, may be dia nak aku terima kenyataan kot then dia kata kalau tak tahan mintak diaorg cucuk ubat tahan sakit..tapi kak kat sebelah tu pesan jangan ambik ubat tu sebab dia nya jalan tutup balik.tu yang tak leh bersalin g...aku tak maula, kalau boleh aku nak cepat-cepat bersalin ari ni...biarlah rasa sakit sikit..

Sakit kembali menyerang detik demi detik dari pagi sampai ke tengahari dah ni, makan tak lalu tapi kak sebelah nasihatkan aku kena makan sebab aku perlu kan tenaga lebih kerana proses meneran anak yang ninggal teruk sebab baby dah tak gerak semua atas kita ja nak teran..Aku risau gagah jugak makan dalam sakit-sakit tu, waktu melawat mcm biasalah pelawat yang setia sapa lagi, laki aku ler..dia datang, aku nangis dah..sakit..tahan sakit ni..sakit giler..dulu time Wisyah aku suka sebab lagi sakit lagi bukaan cepat dan cepat aku dapat tengok anak aku...Tapi ini aku rasa sakit yang tidak berbaloi, anakku dah tiada lah...Suami aku risau tengok aku dah nangis tahan sakit, dia kata kalau leh pindah sakit tu dia nak tanggung semuanya, dia kesian tgk aku..Time ni lah rasa macam serik ja nak ngandung balik..Hu hu sakit betoi-betoi dah ni, suami g tanya kat kaunter leh bagi ubat tahan sakit tak, Nurse datang dan panggil aku masuk bilik rawatan untuk check bukaan dah baper, so dah buka dalam 5 cm lah so dia kata boleh balik tempat siap-siap dan kemas beg, aku pun jalan balik g ke katil aku, Suami aku tanya mcm ner, aku bgtau la nurse kata leh siap-siap kemas beg, suami tolong kemas dan dok tunggu jelah. Nurse tu datang balik bgtau aku dewan bersalin penuhla, pukul 2.30 jap g baru leh hantar p, ramai sangat patient la...kena tunggu lagi sakit dah ni...Jam baru nak masuk kul 1.00 petang ,kena tunggu lagi 1 jam setengah la...Aku dah mula nangis, sakit wooo mcm nak putus urat la, suami ku pujuk suh sabar..ingat Allah, ingat dia, ingat Chomey kami...Dalam masa sakit-sakit tu tetiba nampak rakan-rakan opis datangla,..Nana, Fadlina, Kak As dan Nuriah serta suami Fadhlina datang melawat aku kat wad tu, terharunya rasa..Diaorang datang time rehat dan memeluk aku, sebak dah rasa dan rasa sakit pun sama banyak ngan diaorg,..Diaorg datang tak bagitau pun tengok-tengok nampak muka ja, sembang-sembang citer tapi sebak la sebab baby masih di dalam..Memang suasana syahdu la sebab diaorg pun turut bersedih diatas kehilangan aku..diaorg peluk aku..Kak As, rakan yang sama-sama ngandung, sama-sama giler shopping baju baby yang ketara nampak..nak wat cam ner bukan rezeki aku, kata-kata Fadhlina amat menenangkan hati sebab dia ni bini ustaz dan bertemakan agama.." baby bahagia dah, elok disana, kak dd dah ada saham dah...Setiap baby yang dilahirkan dah buat perjanjian ngan Allah, baby kak nak tunggu kak disana dan akan membantu ibu dia..." Sejuk hati dengar, dalam muka dok tahan sakit-sakit tu..aku bgtau la dok tunggu nak masuk dewan bersalin penuh lak..Jam dah 2.00 petang diaorg pun dah nak balik so peluk-peluk cium, pujukan dan nasihat serta air mata la yang ada di kala itu,thank kalian sudi datang ziarah aku di sini, Na, terima kasih di atas mesej-mesej mu, ku mencari kekuatan dengan membaca mesej-mesej kalian...
Memandangkan aku teramat sakit giler dan dah tak tahan aku g tanya nurse lambat lagi ka.. then dia suh masuk bilik sebab nak check bukaan dah baper, hmm dah buka hampir 6cm la suh dia suh siap-siap n attendence pun datangla ngan wheel chair nak hantar g dewan bersalin, suami aku dah balik dan aku sempat call bgtau dia aku nak masuk dewan bersalin dah..dia pun kata jap g dia sampai..So semua barang aku dah kemas n letak tepi katil ja, dalam beg untuk masuk bilik bersalin aku bawak kain batek ja n pad,phone aku..jam 2.35 petang aku disorong masuk ke dewan bersalin namun tiada tempat lagi di dewan maka aku dibawa ke katil menunggu ja,..hmm macam ner ekk keadaan dewan bersalin hospital ni yer sebab aku tak pernah masuk g, dulu wisyah aku bersalin kat katil menunggu ja sebab wisya  dah tak sabar nak kuar...Aku tukar baju semua n nurse datang nak ambik beg aku dia tgk hanya ada kain batek dan pad ja, dia tanya mana baju baby,selimut ke apa tak der pun pakaian baby,..aku bagitau baby dah tiada..so dia terkejutla tengok aku tenang ja..Aku berbaring ditemani dengan sakit yang teramat dengan air mata jer di atas katil menunggu  ni, dr datang sekejap dan tanya lagi beberapa soalan kes aku ni,pas tu pi ke depan balik, bukan nak check ke apa dah sakit giler ni...tak tahan sangat dah aku tanya nurse yang lalu depan aku nak g toilet boleh ka, nak kencing then dia kata toilet ada depan katil aku jer, so aku pun gagah turun dari katil jugak g toilet sebab memang rasa nak kencing pun  n sakit datang menyerang lalu aku terteran la sebab memang dah tak tahan sakit  ni...Tetiba aku rasa macam kepala baby dah nak kuar,  aku tak mau baby aku jatuh dalam mangkuk toilet, kesian dia dah tiada biarlah dia lahir dengan sebaiknya jugak.. maka aku gagahkan diri keluar dari toilet tu sambil panggil nurse yang lalu depan toilet dan tanya "nurse lambat lagi ka, baby dah kuar ni rasa kepala dah, nurse tu ingat perasaan aku jer suh dia suh aku naik atas katil balik n tengok-tengok memang dah nampak kepala baby la..so dia panggil dr dan dia terus suruh aku teran kuar kan baby di atas katil tu jugak. Tak merasa lagilah aku masuk dewan bersalin ni....Hmm dengan lafaz Bismillah dan sepenuh tenaga yang ada terus sekali teran jer dengan linangan air mata, jam 2.58 petang baby  dilahirkan ke dunia walaupun dunia bukan tempat dia dan semua sakit hilang sekelip mata, dan aku dengar nurse kata pada Dr yang ada disitu menanti punca baby mati, hmm baby terbelit tali pusat " 2 round neck, nurse tu cakap"...Terjawab sudah segala pertanyaaanku kenapa baby ku pergi...Lalu Nurse (JM) angkat baby dan tanya aku dapat baby apa..Aku tengok ada bird so aku kata lah lelaki, nurse pun kata baby lelaki dah tiada, terbelit tali pusat., aku tak sempat tengok "Raqib" dengan jelas sebab baby terus di bawa ke bilik untuk ditimbang. .Kalau dulu lehla letak atas perut bagi tgk dan rasa kodekan kaki anak kan?..Ini baby dah kaku...nurse tu meneruskan proses mengeluarkan uri dari rahim ku dan menjahit luka serta mencuci darah dan sebagainya, confirm la luka sebab aku g teran dalam toilet tadi..sakitnya kena jahit tapi tak taula baper jahitan...Sorang Dr datang mengesahkan kematian Raqib disebabkan terbelit tali pusat dua kali lilit dan  tanya serta mintak keizinan aku untuk mereka mendapatkan uri untuk dihantar ke makmal ujian, aku kata kena tanya suami dulu..Sementara menanti apa tah lagi aku memegang perut dah lembik,kosong sekelip mata ja aku dah kehilangan "Raqib"..Nurse datang membawa ubat tahan sakit dan milo untukku.

Jam 3.30 petang aku ternampak kelibat suamiku menyorong baby coat membawa jenazah Raqib ke arahku,  muka suamiku kelihatan tenang jer..dia suh aku tenang serta sabar dan aku merayu  nak tengok baby , dia kata janganla,.may be dia takut aku jadi yang bukan-bukan lak. aku nak tengok jugak  anak aku walaupun dia dah tiada...so aku bukakan kain batek yang aku bekalkan untuk membalutnya..Ya ALLAH, berilah aku kekuatan untuk ku..Aku tengok Raqib dah sempurna semua anggota nya,tinggi dan panjang jer ku lihat dia, tapi beratnya hanya 1.89kg  sahaja walaupun dia cukup 9 bulan,mata terpejam rapat, muka dia setenang-tenangnya walaupun belum di cuci dan dimandikan sebab suami nak uruskan di rumah, aku tidak dapat menahan kesedihan bila melihat darah mengalir dari hidungnya, leher dia merah akibat terjerut, siksanya anakku pergi... aku ingin mendukung serta memeluknya namun nurse tidak benarkan sebab aku masih lagi tidak kuat dan baru lepas kena jahit, kena kurangkan pergerakkan, maka ku pinta untuk kucup dahinya buat kali terakhir, hmm sejuknya dahi dia... aku sempat merakam beberapa potret "Raqib" terakhir di bilik bersalin tu dengan menggunakan kamera phone jer yg ada padaku...Sebelum suamiku pulang ku pinta pada suamiku agar dia ambik gambar "Raqib" selepas dimandikan, dan suamiku membawa Raqib pulang ke rumah untuk di uruskan pemergiannya, Raqib telah pergi buat selama-lamanya......
Selepas selesai semua (settle la akunyer hal dalaman bawahan...) aku di hantar ke Wad 10...Di Wad 10  itulah bermulalah rasa kehilangan yang teramat sangat kerana baby dah tiada di dalam perut dengan sekelip mata setelah berada dengan ku 9 bulan lamanya dan telah selamat disemadikan di Masjid Keladi,Kulim...Aku ditempatkan di bilik seorang diri sambil menatap potret Raqib yang ada di dalam phone dan ditemani dengan air mata..Peritla pengalaman bersalin kedua ini ....Maka kisah ni kembali semula kepada kisah "Kehilangan............"

Aku rasa ralat jugak sebab tiada sesiapa  pun sempat merakam gambar terakhir Raqib untukku selepas dimandikan sebelum disemadikan, suamiku kata semua sibuk menguruskan jenazah sebab dah lewat petang,tak ingat dah nak ambik gambar ke apa janji Raqib dah selamat dikebumikan...Dia (lakiku) tak faham perasaanku,bagi dia itu semua tak penting tapi bagi aku itu lah kenangan terakhir yang ingin ku simpan, apa kan daya tak leh kuaq wad g....Nasibla Wisya sempat tengok adik dia sebelum disemadikan..Dan Wisya tahu adik dia dah tiada di dunia ini kalau tanya Wisya, adik mana,,.Dia akan jawab Adik tidoq kat atasss...cerdik kan dia dah tahu adik dok atass... Ku risik-risikkan cerita dari Tok aku ada bagitau Raqib comey,putih dan bersih jer muka dia..sayang aku tak dak,masih dalam wad..Aku redha inilah dugaan terbesar yang pernah ku hadapi..Kehilangan Anak lelaki yang ku kandung selama 9 bulan..tiada rezeki lagi nak dapat sepasang anak...ku cari kekuatan demi kekuatan yang ada..rakan-rakankku tak kiralah rakan opis, bos-bos, kawan internet, rakan sekolah juga tidak lupa memberi semangat padaku...menemani kesedihan ku dengan menghantar mesej bertemakan penyejuk hati...dan syahdu lagi.....so kini aku dah tenang, bila aku redha maka ku akan perolehi ketenangan..Raqib dah elok,bahagia sangat dia disana...Kalau hidup didunia ni belum tentu lagi untung nasib dia kan ngan keadaan sekarang ni..Setenang-tenang,sekuat dan setabah aku meleleh jugak la air mata ni bila dok rewind balik "sebuah kehilangan ini".....

Maka ku titipkan "kata-kata dari seorang sahabat yang sama-sama merasai sebuah kehilangan ketika bayi" di dalam blog ini agar insan-insan di luar sana yang sama nasibku mengetahui bahawa anak-anak kita sedang bahagia dan anak itu adalah "Saham" buat kita di akhirat kelak,.. (Raqib ramai kawan disana, anak-anak kawan ibu..Ada Iman, ada Mikail,ada Darwina, ada Shafiqah, ada Faizal,  ada Aisyah, dan ramai lagilah anak-anak rakan-rakanku(tak ingat da..)...

Tamatla kisah "kronologi kehilangan ini"..dah tak der dah part seterusnya...Hidup mesti diteruskan walau duka dan suka yang mendatang kerana aku masih mempunyai Nur Darwisyah & RedWan dalam hidupku..Walaupun Raqib jauh di mata dia tetap dalam kenanganku dan ku doakan agar nanti aku dipertemukan jua dengannya..Insya ALLAH....








Sunday, January 10, 2010

My Feeling...Part 1


Setelah 26 hari berlalu namun masih ada lagi kawan-kawan tertanya-tanya dan masih terdapat ucapan Takziah dari kawan-kawan ku diatas kehilangan Raqib..Ternyata aku tidak keseorangan menghadapi dugaan mu Ya Allah..
Aku teramat bertuah memiliki  
  • suami yang penyabar ----> RedWan
  • anak yang cerdik, comey -----> Nur DarWisyah
  • ahli keluarga yang perihatin --> Tok & Tok Wan yang sudi menemaniku dalam pantang
  •  rakan-rakan opis JKM Penang,Perlis dan se JKM la..
  • rakan-rakan sekolah rendah, menengah dan kolej 
  • rakan-rakan di alam cyber ini..ym, friendster ada, facebook ada, ee mcm-macm ter aku join nampak nyer...    
  • sahabat yang sama-sama merasa kehilangan anak ketika bayi--> To Pelet, Gda, Kak Ilah, Abg Sham dan rakan-rakan di luar sana yang sama-sama pernah merasai kehilangan anak.. 
 Memandangkan aku kini dah ada blog sendiri (lantakler aku nak citer apa kan?)...bolehla aku luahkan apa perasaan aku ketika menghadapi saat-saat perit dalam idupku...so beginilah nasib diriku yang malang ooo Tuhan..gitu ker lagu dalam citer P.Ramlee tu?? Jiwa dan Perasaan ku pun dah mula tenang dan boleh bercerita maka ku coretkan kisah-kisah hidupku ketika menghadapi kehilangan anak lelaki keduaku yang kami namakan dia Muhammad Raqib (Penjaga,Pengawal)-Malaikat yang mencatit amalan baik..










----->>>kronologi kisah kehilangan <<<----

 Kisahnya bermula begini.......
Pada hari isnin - 14/12/2009 aku ada appoinment jumpa Pakar 1 Hospital Kulim jam 2.00 petang sebenarnya appoiment tu pada hari khamis 11/12/2009 tetapi aku ada Program di Penjara Sungai Petani 1 hari so aku call mintak date baru..So pagi tu aku rasa lain macam dah, anak tak rasa gerakan pun cuma rasa sekali-sekala perut tegang semacam ja may be dekat nak due rasa gitu kot, tapi pagi tu aku rasa mengah semacam ja,tak perlah petang jap g nak jumpa Doktor aku set dalam otak gitu dah..So aku siapkanlah keja-keja yang ada atas meja then g jumpa boss nak mintak ari ni nak 1/2 day nak g jumpa Pakar memandangkan appoinment petang dah kat Hospital Kulim lak tu, memang ramai gilerla dah nama pun hospital kan..So kul 1.30 petang aku drive la balik Kulim sambil tu singgah la beli air kelapa sebijik original nak bagi anak aktif balik..dapat petua dari member sebenarnya tu..dia kata kalau minum air kelapa anak aktif dan lahir bersih ja..So sambil drive sambil minum air kelapa tu..Tapi hati dok berdebar-debar ja nak jumpa Doktor sebenarnya ni, sempat gi mesej Kaunselor -Pn Yanti harap-harap la ada good news..nak redakan debaran di hati sebenarnya tu..Sebab tiap kali check up ada ja problem diaorg kata- hb darah low lah, anak kecik la, songsang la, berat naik banyak la,takut ada kencing manis,darah tinggi la...so dapat jumpa Pakar ni hopely ada good news..Aku gi sesorang ja check up sebab husband aku keja pagi...aku call dia tak berjawab pun may be sibuk la ngan mesin dalam kilang tu..
Dah sampai perkarangan hospital, cari parking lak susah giler...pusing-pusing nasib ada keta nak kuar..jenuh jugakla nak menapak g cari Klinik tu sebab ni 1st time aku g jumpa Pakar 1 Hospital ni..Wisya dulu Hospital Perlis..So dah jumpa Klinik tu, register dan ambik no..Ingat aku lah yang terawal tapi ada lagi yang awal dariku..dapat no 8 n tunggulah giliran..dalam pada tu hati dah tak sedap dah rasa..berdebar-debar ja rasa tak tau pasal pa..call husband pun tak berjawab..last2 bateri abis gitu ja..terpadam...Jam 3.00 petang nombor giliran aku dipanggil..Dup dap dup dap rasa jantung aku sebab dari pagi aku dah rasa anak tak gerak cuma rasa tegang ja..Doktor india perempuan yang check up aku..buka baju untuk scan..aku ingat g dia excited la nak tunjuk kat aku.." Ini kepala anak...pas tu dia kata Oh My God dengan nada terkejut..aku pun kata "Why??" dia kata I'm sorry i tak nampak jantung anak u...that means ur baby gone"...Aku terkejut giler wei..dia salah kot..aku tarik muka semcam ja dengan harapan dia salah....then dia kata tunggu jap saya panggil Doktor Pakar No 1 turun check awak...sementara nak menanti doktor tu mai air mata turun dah..tangan dah mengeletar semacam ni,...tak mungkin..aku pegang ja perut aku...tapi memang tak dak gerakan pun dari pagi.nak call husband pun bateri phone dah kong,padam..sementara tunggu Doktor Pakar 1  turun aku istigfar banyak-banyak..Dr Kamal pun sampai n soal aku bertubi-tubi...aku tak mampu nak jawab hanya air mata yang dok turun tak henti-henti dah ni...dia scan sekali lagi memang confirm aku dah kehilangan anak lelaki ku yang ku kandung selama 9 bulan tu...So Dr tu pujuk aku dan tanya mcm ner aku nak admit hospital bila sekarang ka pagi esok?..Aku tak boleh nak decide sebab tak dapat cakap ngan laki aku g...
Mata aku dah kelam ngan air mata sebenarnya ni, so nurse-nurse dan doktor yang ada dok mai pujuk aku sementara dr nak tulis mc dan surat untuk aku masuk hospital esok atau lusa dr bagi kat aku..Aku mintak doktor tolong call husband aku jap memandangkan bateri aku dah kong..Doktor tu pun wat  call then nasibla Wan (Laki aku la) jawab call tapi aku tak dapat cakap aku nangis ja,dia pelik..aku kata kat dia.."anak kita tak dak dah..dia pelik..dia tanya p mana...Aku jawab anak dah ninggal dalam perut...Dia suh tunggu kat hospital jangan drive balik g..Sementara tunggu dia sampai aku dok nangis kat depan klinik tu, ada mak cik tu lalu tanya.."mai scan ka? nampak anak apa?..anak mak cik keguguran la nak kena masuk wad cuci la..anak ok ka, dok reyau sorang2 pasal pa?...aku wat bodo ja kat dia..lantakla dia nak kata aku sombong ka pa...Wan sampai tanya mcm ner leh jadi gitu,..aku apalagi mengamuk giler babi kat depan hospital tu lah marah kat dia tak jawab tepon pasal pa...dia kata sibuk..dan dia tanya abis tu mcm ner..aku katalah tak leh nak decide masuk wad bila sebab banyak benda lagi aku nak kena settel ni,,..GL pun tak bawak..Baju-baju wisyah lagi so aku kata nak balik rumah dululah...Wan tanya boleh drive dak..Aku jawab boleh ja..Aku drive balik umah..air mata dok menitik giler2 dah ni..rasa mcm nak bawak laju2 then langgar kereta depan ja bawak mcm siput,...Sabar!! Ingat Wisya kecik g...

Sampai umah ja masuk bilik terpandang katil yang baru aku siapkan semalam(ahad)..baju-baju semua siap dah basuh lipat buh dalam bakul khas untuk baby..kali ni baju semua aku beli baru,Rompers yang cute2 ngan gambar pooh kat Butik baby Of World dan Anakku, aku shopping giler abis dalam RM500 lebih jugakla..sebab semua beli baru kelengkapan dia..kira semua dah lengkap tak dak yang kurang pun..sedih ooo...malam tu aku tak makan,tak minum dok reyau sampai meracau nak "adik".."adik pasal pa tinggal ibu, ibu beli siap dah..tgk romper pooh adik cute ni..aku macam dah hilang pertimbangan dah..aku nangis sambil peluk dan cium baju rompers biru yang aku xcited sangat nak sarungkan  kepada "Adik"..Wisya pun aku dah tak peduli..Wisya tgk aku..dia kata "ibu yau,...tak mau yau nah..."Laki aku dah tak terkata apa dah, dia biar  je aku layani perasaan dan menjaga Wisya...kawan-kawan,saudara mara mana-mana pun aku tak bgtau lagi..sebab kalau bgtau ja sure berlambak2 sms dan call akan masuk..So malam tu aku tenangkan diri dan nangis tak benti2 sampai ke pagi,cakap sorang ngan "adik" yang dah tiada,.so wan suh aku p hospital esok sebab lagi lama baby dalam perut lagi aku jadi macam-macam..Aku tengok laki aku ni macam tak rasa apa-apapun..macam tak dak perasaan ja, may be dia tak mau tunjuk kot sebab kalau dia tunjuk aku lagi rasa lemah kot..aku pk gitu jelah..aku? ibu yang dah kandung 9 bulan, dah sedia semua dari segi apapun..Bengkak dah mata ni melayani perasaan sorang-sorang..Sebenarnya dah beberapa malam dah aku bermimpi yang aku telah kehilangan "adik" dah 3 malam berturut aku termimpi "tetiba ja baby dalam perut jatuh dan aku dukung jer baby dah tiada..","aku tengah drive tetiba jer baby terkeluar dari perut pangku tgk dah tiada"..aku bangun ja air mata dah  meleleh..aku bermimpi dan menangis dalam tidur rupanya..Aku bagitau suami, dia kata mimpi jer jangan layan sangat..aku terfikir jugak kalau betoi-betoi terjadi mimpi tu jadi realiti, mcm ner?.Tak sanggup aku nak pk lagi dah...Rupa-rupanya "Adik" dah bagi petanda agar Ibu dia redha pemergiannya..

Barang-Barang "Adik"














Baju yang aku peluk cium..xcited nak sarung kat "Adik"
***************Barang-barang "Adik"*****************

Hari kedua setelah mengetahui Raqib dah tiada...

Pagi 15/12/2009 jam 6.00 pagi aku g mandi dan siap-siapkan barang wisyah untuk dihantar ke Taska dan beg baju,dokumen GL aku untuk masuk Wad pagi ini..aku pk lagi lama aku dok dalam keadaan ni lagi aku macam-macam rasa.. Jam 7 lebih kot kalau tak salah la dapat sms dari Kaunselor-Pn Yanti dia dah selamat bersalin dapat baby girl..so dia dah sepasang la anak..Aku?? air mata ja dok turun tak benti ooo..Gi hantar Wisya kat Taska n bgtau Pengasuh dia may be Wisya tak ambik malam ni sebab I masuk hospital, adik wisya dah tiada..Tgk riak muka pengasuh wisya terkejut n kata.."I'm sorry maam..Dont worry Wisya, she ok here..so bersabar aaa maam"...lagi aku rasa sebak giler, India pun faham perasaan aku..tak boleh nak cakap dah la...Sampai ja unit kecemasan suami aku lah urus semua sebab aku dah tak boleh nak cakap,sebak..gi daftar masuk wad 9 pada kul 9 sampai wad tgk lenggang so nurse suh aku pilih nak duduk mana, kalau leh nak duduk hujung2 tapi suami aku kata jauh sangat so aku pilih duduk tepi dinding bolehla aku tidoq ngadap dinding tanpa ngadap org2 sekeliling..mula-mula masuk wad tu tgk ada 2 pesakit ja, tapi tak sampai sejam tgk wad dah penuh katil da..semua sakit nak beranak..aku lak nangis air mata ja..Siap tukaq baju semua, ada pelatih ramai gak dalam wad tu, sorang dari depa dok mai tanya mcm2 nak isi borang katakan..ada pelatih tu mai nak pasang mesin rentak jantung baby kat aku tapi aku bgtau dia baby kak dah ninggal, kak nak bersalin kuaqkan baby ja...dia pun tak jadi pasang dan suh aku bersabar..tak sampai 10 min mai pulak nurse line purple atas kepala marah2 kat pelatih sebab tak pasang mesin rentak jantung kat aku..aku pk bengong ke nurse ni tak tgk fail kes ka nak marah serbu pelatih2 tu..ngan muka dok bebai2 dia pun pasang mesin tu kat perut aku..Aku wat bodo jer tgk dia pasang dulu mesin tu..pas tu dia wat cuak, muka terkejut sebab tak dak rentak jantung baby..aku pun bgtaula baby dah ninggal..aku dah bgtau pelatih tadi..dia ngan muka benggang pun tanggalkanlah mesin tu(malu ke apa tak tau la),..dalam otak aku ni tak tgk kes ka?..nak mampuih kot hilang sabar aku jammed jadinya!! Sabar Dee!..Baru aku sedar ari ni aku keja, so aku mintak laki aku call my boss n bgtau hal sebenar kat opis...so dia pun call bgtau boss n CC opis,sebab aku memang dah tak leh nak cakap,sebak..Dok lepas 10 minit ada kot handphone aku tak henti-henti ngan call masuk, mesej2 ucapan Takziah, mau tau la aku kan ada banyak kawan-kawan.. dari kawan-kawan opis siap ngan bos unit di komtar la semua ada, cepatnya berita tersebar..semua call aku tak jawab sebab aku memang tak leh cakap,sebak ooo, air mata tak benti ni..aku mampu jawab sms ja..Mesej demi mesej masuk tanpa henti dari rakan-rakanku, adik beradik dan macam-macam lagilah.. Setiap mesej yang masuk dibaca dengan air mata memenuhi kelopak mataku, syahdu nya diaorang hantar mesej.. Ramai la nurse dan doktor pelatih kat dalam wad ni, dalam kul 10 lebih kot ada doktor perempuan may be dia dah study kot kes aku datang,dia tengok aku dok lukis ngan jari ja di dinding then dia datang memujuk aku supaya aku jangan stress sangat sebab tekanan darah aku dah mula naik, ini tak baik untuk kesihatan akak, aku diam dan menitik air mata jer then dia mintak nak ambik darah aku untuk ujian darah, hmm nak tak nak kena bagi ler.. Pandai jugak dia cari urat kat pelipat tangan aku ni sikit pun tak sakit...So dia suh aku istigfar banyak-banyak jangan layani perasaan sangat tak baik untuk kesihatan...mulut aku yang kecoh ni ari ni tertutup rapat..tak terkuar sepatah perkataan pun la.
Katil sebelah aku dah ada orang duduk, aku mengadap dinding ja tak kalih ke mana dah sebab aku meluat tgk depa dan dengar bunyi rentak jantung baby depa hidup..Aku nangis lagi."Baby aku dah tiada, pasal pa "Adik" tinggal ibu,..masa aku dalam wad di isi ngan membalas mesej dan membaca setiap mesej yang masuk..fuyooo semua mesej syahdu beb!!.. kawan-kawan terdekat ku maklumkan sendiri, manakala call-call yang masuk aku reject sebab aku memang dah tak boleh cakap,sebak termasuk Bos unit aku (KOMTAR) sendiri...Aku harap diaorang faham situasi ku..Aku cuba pejamkan mata untuk tidoq tapi kedebup kedebap bunyi mesin rentak jantung baby dalam wad tu menekankan jiwa aku, sabar jangan dok ngamuk lak...kalau banyak duit leh la p private, rugi ja aku wat perangai malu sendiri tanggung..aku kuatkan semangat aku...Masa berlalu,sampai time melawat tengahari tgk ramai laki-laki depa  termasuk laki aku, dia hanya mampu suh aku kuatkan semangat, ingat Allah banyak-banyak dan dia serta Darwisyah ja..Tgk phone call masuk dari Bos Unit la, aku reject, tengok-tengok toing nampak Cik Siti Sharah dan Pn. Rokiah, Atun  dan Budak Praktikal dari PKMD Timut Laut masuk dalam wad tu...Eeee terharunya cepat sungguh berita malangku tersebar memenuhi ruang-ruang angkasa JKM Penang ni..Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata melihat diorang datang menziarahi ku di wad..Aku mohon maaf sebab tak jawab call, harap diaorang faham..Kata-kata nasihat,pujukan dan takziah dari Pengarah  disampaikan, memang tak sangka akan Bos Unit sendiri turun menziarah aku ni..Abis waktu melawat semua dah balik tinggal lah aku dengan perasaan hibaku, jiran kat sebelah dok senyum kambing dah tapi aku? wat bodo ja dari tadi ngadap dinding..dok melukis apa ku pun sendiri tak tau, dok layani amarah dan kecewa..Sian gak kat dia, sebab aku pun bukan jenis sombong tapi aku meluat mesin rentak jantung dekat sangat ngan aku..bisingla..
Nurse shift petang lak wat rutin check up tekanan darah dan pasang mesin rentak jantung kat perut sebelah aku tu, aku mesej ngan call masih dok masuk, aku dok menaip la mesej tetiba jer Nurse line purple sound direct kat aku.."Dik,jgn dok main handphone sangat,jiran sebelah baby dia hidup sat lagi kacau lak rentak jantung baby dia hidup,sat lagi jadi apa-apa lak.Saidi tak pa lah tak pakai mesin apa dah"..Bayangkan apa perasaan aku di kala ini??? Apalagi reyau sampai berbunyi-bunyik la, tak cover apa dah..semua dalam wad sure pelik kan tgk aku reyau..aku mesej laki aku.."Abg, sayang nak mati, nak p kat "Adik"..Laki aku reply, dia suh aku sabar..Aku bgtau kat dia nurse cakap mcn tu kat aku, dia suh sabar ja..Hu hu aku ja yang tau rasa hati ni. May be jiran sebelah rasa bersalah kot kat aku, dia panggil aku.."Dik jgn ikutkan hati sangat, kak dulu lagi teruk kak pun pernah merasa dah anak sulung akak pun ninggal dalam perut gak..anak sulung dah la susah nak lekat..yang pergi tu dah janji kebaikan untuk dia..kalau dia hidup pun may be dia cacat ka, tak sihat ka lagi haru".."kak anak dah 2 meninggal dalam perut, kak paham perasaan tu.." Fuyoo baiknya dia,pas aku wat bodo ja pun dia masih nak sembang ngan aku la..So aku pun mula memandang ke dia dan berborak tanya pengalaman dia, sakit dan sebab anak-anak dia ninggal dan aku tidak lagi melukis-lukis di dinding dan bercakap sorang2, borak2 ngan dia rupanya dia ngan aku sama umur cuma dia kawen umur muda dan sedang nak beranak anak ke 5, anak pertama dan ke4 dia simpan lelaki, anak ke 2 dan 3 perempuan,dalam perut tu perempuan, Aku baru tau  dalam wad tu ada lagi 1 kes anak ninggal dalam perut 7 bulan (tak rasa sangat kot sebab dia kata barang2 belum beli g)Sembang-sembang terus jadi kawan baik nama  dia Kak Shida,dok Padang Serai.. dia lagilah dah 6 hari dok dalam wad baby tak kuar sebab jalan belum buka,hmm aku tak keseorangan...aku pelik dah kul 4 petang  ni apsal la sapapun tak buh ubat lagipun, aku g tanya then nurse kata jap g kul 4.30 baru doktor akan nek buh...so tunggu jelah..Kul 4.30 petang nurse panggil aku nak masukkan ubat, Dr tu suh aku relaks ja then masukla sebiji ubat untuk memaksa ku sakit dan membuka jalan untuk baby kuar..Kepada sedara-mara semua aku warning jangan mai melawat aku, tak mau sebarang lawatan sosial ke apa..aku pesan kat laki aku dah..Dia ngan Wisya sorang ja aku nak jumpa..Suami aku jadi pelawat yang setia..ulang-alik dari rumah ke hospital, kesian dia sure penat dan Wisya lak kena tido kat Taska sebab Abah tak larat dah nak kejar dan jaga Wisyah waktu malam..Ubat dah masuk tapi tak rasa apapun la..Detik demi detik berlalu, dah malam di isi ngan istigfar banyak-banyak bila dengar bunyi rentak baby, bila tgk diaorg2 yang sakit di sorong ke Dewan bersalin, jiran sebelah pun dah boleh bersalin, aku cuba lelapkan mata dan tido tanpa rasa sakit apa lagipun......baru leh terlelap dan terjaga dan tertido sebab tak rasa sakit lagi...Fikiran mengenangkan kesian anakku, Nur Darwisyah  yang kena tidoq taska sebab abah tak larat nak jaga tengah malam bangun bancuh susu, abah penat sayang...Ibu harap wisya ok,sebab ibu tau Taska tempat Wisya duduk memang the best..Ibu akan berikan apa yang terbaik untuk anak-anak ibu tetapi apa daya ibu Allah nak "Adik" kembali ke sisi-Nya...

To be continued My Feeling Part 2....sebak lak nak teruskan citer.....belom abis lagi ni citer..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink