Monday, March 25, 2013

Rela apa saja

23 Mac 2013-Sabtu 
Karnival kesejahteraan Rakyat Parlimen Tasek Gelugor
ada buka pameran pelbagai agensi okay..
so sebagai menyuport setiap booth maka terregister kan diri sebagai Anggota Rela SPU laaa
so dapat la 1 set uniform RELA ini...Depa bagitau boleh isi dalam SKT Tahunan yer, ada gak sikit penglbatan kan..
saja syiok n suka-suka jer ngan Sis Fidah merayap di Pameran tu,
macam biasa ler kalau ada pameran yang bagi souvinier free tobat isi no ic punyalah kan..
So semalam teringin nak bergaya ala-ala badan beruniform..en hubby bukan polis or tentera tak der la chance nak melaram bagai so uniform RELA pun Rela jugaklaaa nak possing ngan baby bump 10 week ++ ni...
si Kakak Chik Dhia Nur Adawiyah kata ibu moncit dah laa...
sesaja muat nek pic dari Instagram ke Fb, respon mak yong dah buang tebiat kuii kuii..
yelah profesion yang ada pun dah cukuplaa RELA  ini gatal-gatal p dok register RELA pulak dah.. sesaja syiok-syiok dapat baju free gitu..
So now uniform RELA ni En hubby suda take over itu seluar sebab katanya syiok seluar ala-ala tentera banyak poket..
Panas weii pakai uniform ni, mcm ner lah anggota RELA dan badan beruniform lain dok wat keja di tengah panas pakai uniform bagai ni.. 
so bersyukurlah wahai Saidi, di anugerahkan Rezeki Kerjaya yang duduk depan PC dalam E-con yang sejuk...dok taip laporan jkm 18 dan jkm 19 sambil leh dok blogwalking jugak laa..  sambil menyelam la kan.. kan..




ibu moncittt...
Rela, muka baru lik keja 

rezeki...

Alhamdulillah..rezeki ari ni..
dapat makan laksa..cocktail special laaa..
Terima kasih kak Sal sudi masak macam-macam n jemput kiterorang g makan dan makan..
sangat puas hati dan kenyang laa..sengkak 2 mak yong ni tau..
kinyang tunjuk kat orang toii laa Kak Juwita n didie..

To kak Salbiah...
Tahniah dan Good Luck yer dari Didie..
Semoga penghijrahan baru ini membawa sinar kejayaan buat karier akak nanti..
Selamat melapor diri di PKMD baru 1-4-2013 nanti..
pertemuan perpisahan adat kan, dd tahun lepas tahun ni kak Sal lak tinggal SPT..
apapun kenangan bersama tetap manis bila kita kenang-kenangkan
Dd sayang kak Sal ketat-ketat ok..di mana berada jangan lupa tau mesej ka tepon la..
kalau dd diam tu makna nya note tak bayaq bil laa tu..



laksa ooo laksaaa

Senyum lagi pagi ni..
sebab da panggilan rezeki masyukkk..hmm today 25hb ari gaji 
 kak Sal jemput g makan laksa kat rumah dia ari ni..Laksa kak Sal memang sangat sedap dan buat daku tingat jerr..ngidam laksa dia la pulak..yelah dulu kalau masa di spt syioklaa boleh makan laksa kalau spt ada wat makan-makan, now daku dah di spu tak der lagi laksa kak Sal disini..memandangkan kak Sal cuti 2 ari ni  bolehlaa g lepak rumah dia lunch ari ni..
hmmm tak sabarnya nak tunggu jam 1.00 tengahari nii
rasa macam nak jerr g sekarang tapi ada kerja yang perlu dibereskan laaa..
so sabaq sat tunggu Sis Ft kita lik dari RKK jap g makan sesama..

My favorite laksa..forever n ever.. aduyaiii pas bulan 10 ni tak leh dah laaa nak melantak laksa dah la..sekurang -kurang pantang 6 bulan jer boleh tahan pun..



Friday, March 22, 2013

geng membabykan octo

Senyum sampai tingaa lagi ari ni..
sebab dapat tahu ada geng baru join bersalin bulan 10 ni...sebaya with my baby inside kan..
hmmm pandai cover noh..tak kasi tau Dd pun yerr..
its ok sebab Dd dah tahu yer..
So selamat yer nanti together push n berpantang in Oktober yer..


Panggilan kursus

Yehaaa target sebelum bulan 6 tahun ni dah cukup 7 ari  berkursus yerr...
sebab pas bulan 6 dah sarat dah tak larat usung beg g kursus lagi dah.ngan perut yang sedang memboyot ok?
due bulan 10 , cuti 3 bulan masuk kerja pun bulan Januari 2014  mana sempat dah nak ligan kursus bagai..
surat panggilan kursus dari ISM dah sampaiii di atas meja..dah 2 tahun tak jejak kaki di ISM..
"Kursus Remaja Dan Isu Seksual"
pada 16-18 April 2013- ISM, Sg. Besi 
hmm tajuk yang menarik, tengok tentatif pun semua slot menarik tertarik da bomb nii
soo memang nak kena attend laa ni sebab tak lama lagi anak-anak dara daku pun akan melalui peringkat Remaja dan akan dewasa..
yang tak best nya tengok senarai nama peserta semua daku tak kenai daa seluruh JKM Malaysia ma, kena pandai-pandai laa nak sesuaikan diri nanti ..adoii ngan perut 4 bulan nak menapak naik turun naik turun bukit bagai lagi..tapi oklah perut tak baper nak besaq lagi..
soo nak kena cari pengasuh malam-malam la kalau mcm ni gaya untuk adik dan kakak..
balik dari kursus ni cukuplaa yer syarat kursus 7 ari..pas tu selamat leh tolak pilih pilih port nah..

Anak-anak ibarat kain putih.. 


Thursday, March 21, 2013

on FB dah..

haaar haar gelak jahat sat aaa
baper ari sangat ku boleh tahan tanpa on fb kan..
so celita nya pagi ni  pas baca yassin kat opiss.. bos bgtau En Alias pkmd kuala muda meninggal..
hmm aku selalu gak borak chat ngan en Alias tu.. Innalillah.. kalau ku on fb sure daku tahu dulu kan.. terus pagi ni buka fb n ke fb arwah..Al-fatihah buat beliau..

so ari ni tak nak laa deactivated fb tu sebab ingat nak select kawan-kawan move on ke akaun baru..akaun yang lebih aman tanpa ada kawan yang dok berdengki..
rasa macam makan masa jugaklaa kan nak select semua kawan-kawan semua kan..perlu ker ek or ku remove jelah kan apa yang ada..tapi dok terpk perlu kot ada 1 akaun fb tanpa melibatkan jabatan yang ku kerja..1 akaun hanya kawan-kaawan alam maya gitu..
take time jugaklaaa nak move on kan..

so pada kawan-kawan yang ada request dari dyyany Rahman tu, me laa tu..


Wednesday, March 20, 2013

kerja ari cuti

"Berkat berjasa"
yehaaaaaaaaa maiii dah musim kerja ari cuti sabtu dan ahad..
"Karnival Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri Pulau Pinang di Tasek Gelugor
23-24 Mac 2013-sabtu & ahad
T-Shirt dah dapat..color merah gitu..semangat waja toi TEAM PKMD SPU ni..

"putih putih melati
merah merah delima
sapa yang baik hati
pasti lah diterimaa.."
ha haa atas ni lagu .. sapa pernah dengar lagu ini??

ngah mencari mood bekerja di ari cuti kembali...

Pelangi Cinta Buat Suami


Novel ke 5 Acik Lana..besst wooo jom order kat kakinovel yer..
Sinopsis:-

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.

Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap
semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”

Tuesday, March 19, 2013

luahan rasa tak dak part

Ari ni ari menyahut cabaran en hubby..
dia minta ku kurangkan fb sebab ada nya fb ku jadi BUSY BODY katernyerrrr laaaa..
so ari ni dengan lapang hati maka daku pun meng deactivatekan akaun fb yang satu satunya busy body tu kuiii kuiiii...
hish rasa dalam 2 ari ni ada gaklaaa gelisah tpk kawan-kawan lama ku mcm ner nak contact daku balik ni...
hmm dok terpk jugakla fb jelah tempat kawan-kawan lama nak berkomunikasi pun..kawan-kawan sekolah lama..kawan-kawan sekolej..kawan-kawan sekerja jkm..kawan-kawan se novel.. kawan-kawan se alam maya..kawan kawan se shoping online ni..
sooo rasa perlahan lahan nak move on ke akaun baru laaa..
akaun lama dah sangat tak privacy ekoran sikap sendiri ler..upload jer tak kira privacy sendiri or not..en hubby dah sound cuba kurangkan so nak jadi isteri yang solehah maka kena dengar cakap ok..
daku dah create akaun fb yang baru pun sebenornyaa ni...
akaun lama ada 1600 friends tapi kalau ikut tu rasa macam tak sampai pun 100 orang dok contact..
kali ni nak ada betoi-betoi kawan jerrr..yang betoi betoi dok tanya khabar beritaa..

Ku tengok life mr hubby simple..macam okey sangatlaaa tak dak kawan-kawan baik pun dia..
ku terpk sapa lah kawan kawan baik dia ..tak ramai pun tapi tengok macam ok jer tak der kawan nak busy body kan..dia selalu sound ada kawan-kawan ni banyak buang masa n duit jerr.. time kita susah ada ker kawan-kawan nak bantu betoi2.. ada ker??
daku rasa daku ADAAA..kawan yang sedia mendengar luahan rasa.. 
hishhhh ku rasa pelan-pelan nak jadi macam mr hubby la pulak..masalahnyaaa BOLEH KA daku transform kan diri jadi macam diaaa??? 

sejak-sejak akhir ini ku rasa konflik dengan personaliti diri laa..daku dah mula rasa malas nak bersosial macam dulu dah...malas sangat ...adakah itu positif?? or pembawakan budak ???
yess sejak preggy daku rasa macam malas sangat nak bercakap banyak..malas nak berjumpa orang ramai..kalau tak betoi-betoi arahan kerja memang tak kan turun padang ok.. ni pun dok terpk macam nerlah nak attend meeting MBJ selasa depan ni..adusss fenin den mooo pk 
may be sebab faktor daku dah gemuk dan muka yang naik biji2 sama ni...alahan jenis yang ke 4 okay..
sib baik laa ada belog ni boleh dok luahan rasa yang tak der part....










FB Deactivekan



my FB akaun telah DEACTIVEKAN okay...
so wat masa la niiii nooo FB anymore..
hanya ada belog ni jer..
atas sebab-sebab MELUAT!!!
hmm baru 2 hari tanpa fb soooo 
nak tengok mampu ker daku nak activekan balik or tidak..
kadang kadang rasa anoying ngan apa yang ada di fb.. 
so baru 2 hari okay??
kiter tengok mampu bertahan dak ni...
rasa-rasa korang mcm ner...




omg 23 mac keja...

This n3 dedicated to Adik Iryani..
soiii laling.. Kak Didie tak dapat nak hadirkan diri ke W-Day yani..
kak di arahkan bekerja pada 23 Mac 2013 ni dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang 
untuk Karnival Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri Pulau Pinang di Tasek Gelugor..
Sooo kak nak minta maaf yer dikk..
bukan sengaja tak moo p tetapi surat arahan telah dikeluarkan..
akak SAYA YANG MENURUT PERINTAH jer ni..
Fb akak diactivekan buat sementara waktu kerana.....

so kak dedicated kan n3 ni buat Iryani dan Ady..
"SELAMAT PENGANTIN BARU IRYANI DAN ADY..
AKAK DOAKAN SEMOGA PANJANG UMUR DAN BERBAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA.."
"PERKAHWINAN IBARAT SEBUAH BAHTERA YANG SEDIA BERLAYAR..UJIAN, DAN DUGAAN IBARAT OMBAK DAN BADAI MENGHEMPAS LAUTAN BERGELORA DAN BAHTERA KITA JUGA AKAN MERASA GELORA NYA..ADY IBARAT NAKHODA KAPAL DAN YANI KELASI NYA.. 
SOOO SELAMAT MELAYARI BAHTERA BERGELORA ASMARA DANA YER YANI N ADY...

P/S: nanti  DAH ADA DI KULIM NANTI, JEMPUT DATANG KE RUMAH AKAK YER..rumah kami sedia terbuka buat kalian pengantin baru...
wasap or mesej..t leh masak special kat pengantin baru kiter ni..


Friday, March 15, 2013

citer pasal kawan

terpk naper daku ni kategori selalu ingat kawan-kawan..
tapi kawan-kawan tak ingat daku pun..
kan dah kena marah ngan en hubby.. ingat sangat kawan-kawan dia..
adoii laa..pas ni nak wat x moo ingat kawan-kawan boleh??
sedih laa pk pk lik apa yang ku rasa sekarang ni..
ada ke depa ingat daku macam daku ingat depa-depa ni..
paling rasa bila mesej tak jawab..bila email pun tak reply..bila pm kat fb pun dipandang sepi..
tapi daku pk positif may be kredit tak dak nak reply.. may be busy sangatkan nak reply pm or email.. diaorang tak der note 24 jam leh online macam daku..
sereyesly rasa sunyi sangatlaa ni.. tak der perkhabaran berita kawan-kawan yang daku rinduu..
bila merungut kat hubby dia kata pikiaq kawan apa lagi dah.. buang masa jer..
hmmm ini luahan hati ku pada kawan-kawan yang selalu ku ingat selalu..
tiapkali free time selalu pk nak p rumah diaorang..tapi diaorang ada ker pk nak berkunjung ke rumah daku.. wohooo sunyi jugak ari-ariku tanpa kawan kan..dah laa kawasan rumah kejiranan yang tak baper nak ngam..rumah rasa jauh-jauh jer..

semalam balik awal..Wisyah tak sabar nak g cari kawan..wahh dia sejibik daku laa suka berkawan dan cari kawan..kesian tengok dia g kayuh basikal n p panggil kawan keluar rumah..sib baik selang 4 rumah ada rakan sebaya dia..ada jugak kawan pada Nur Darwisyah..
Balik sekolah citer pasal kawan-kawan.. tak sangka anak like ibu sebijik..then en hubby lak jenis tak suka berkawan..so kira pro n kontra la bila berborak kisah kawan-kawan ni...
wisyah suka tanya hal hal kawan ibu.. ya wisyah memang copy ibu busy body padahal kawan ibu x ingat pun dia dah. kesian anakku lebih lebih ingat.. daku rasa keciwa sangat2laa..
fikir fikir balik ini semua POYO..
POYO SEMATA MATA... 

citer my no 4


Wah dah masuk 9 minggu 2 ari..
Syukur Alhamdulillah masih sihat..bertenaga dan bertambah selera makan nya..
apa ada semua tibai sapu bersih laa..
masalah yang sedang difikirkan adalah "BERAT BADAN" laaa, yelah asyik makan itu ini..makan malam..tak control da..rasa dah gumuk ni..pipi pun chubby semacam..tulang kat tengkok dah tenggelam.. gara gara tak yah nak control sangat laaa.. 
buku merah belom  register lagi..seriyau nak kena minum ayaq gula jer ni..
Eeeeeeeeeeeeyerk ngeri pk terus rasa loya di tekak ni..
tak boleh kaa kalu x minum ayaq gula tu..seyes tak suka..
Plan masuk minggu ke 12  kot baru nak p klinik buka buku time tu dah masuk 3 bulan laa kan.. wat masa la ni just ambik suplement Obimin sahaja jer untuk perkembangan baby..
sejak preggy ni malasla nak update n3..rini sebab spbk e bantuan tak leh on..so bolehla kodek-kodek sat..
rasa macam ada beza la mengandung di kala usia 3++ ni, masa usia 2++ rasa tak lah mengah semcam jer.. kali ni rasa agak letih dan penat jugakla dengan kena ulang alik kulim-kepala batas makan masa 45-50 min kalau jalan tak jammed..
sib baik laa rezeki untuk anak baru tahun ni ada gak kenaikan gaji awal, yelah rumah dah start kena potong, duit minyak ulang alik ngan persona deras jgklaa..duit makan lagi.. 

Rezeki Anak-anak.. ALLAH swt dah tentukan, amanah ALLAH padaku.. 
Rezeki kan rahsia ALLAH..



Makan..makan

Syiok jadi Saidi.. mengandung tak alah..
yerr..daku sangat suka makan dan makan..pantang dengar dan sebut jer confirm daku akan dapatkan..syiok kat opis ni ada kak suriati yang rajin melayan nak makan apa..ari laksa..bihun sup..la ni nasi lauk..nasi lauk.. 
adoiii en hubby dah sound jangan dok online fb sangat laa..sebab kat situ banyak sangat gambar makanan yang di tag then daku akan mula sebut nak..sakit pala dan hati en hubby pulak..
Nak wat mcm ner laaa ni memang suka sangat makan..tak ngidam pun tapi dok rasaa nakkkkk sgt..tapi daku ni style berdikari nakkk jer cari sendiri laa..siap mr hubby tingin pun daku tolong belikan..
aduhaiii rini.. nak makan jejari oat..sib baik ada jual kat Damiral kepala batas ni..
hmm dok tingat laksa kak Sal.. ada rezeki t ada lah kan kan..tak sama laa yang ada di kedai-kedai..nak yang pedas pedas gitu..sendiri bikin tak reti n tak jadiii laa..mcam terlebih belacan laa bagai..

esok plan nak buat nasi daginglaa.. daging rebus nak cicah ayaq asam..jom cari resepi nasi daging yang simple2 sudahlaa..malam ni harusla g cari daging n bahan2 nyer sebab esok pagi-pagi nak start rebus.. 
sib baik ngandung kali ni rajin gaklaa nak memasak kan..kalu tidak jenuh atur kedai, risau laaa berat tak p timbang lagi..buku merah pun tak buka lagi, aduhaiii sure 90++kg la kali ni, yelah Dhia ritu last 88kg maaa...


jejari oat Damiral

Wednesday, March 13, 2013

Rindu dalam sepi

Cinta itu milikku

Kampung girl

Takdir itu milikku

Untuk semua dosaku

Suamiku ustaz

Tuesday, March 12, 2013

koson

Tingat lagu kosong kosong najwa latif..
tetiba rasa diri ini kosong kosong..
ke mana hilangnya rasa yang adaaa..
terasa jiwa ini kurang sesuatu..
ku harusss cari dimana rasa itu...

Hikmah

Hikmah yang Allah anugerah pada ku...
Allah pinjamkan Arwah Aqib selama 37 ++wks..
selama 37 ++ tu Aqib banyak tinggalkan kenangan yang tidak ibu boleh lupakan..
betapa seronoknya Arwah di dalam rahim ibu, bergodek n bergegaq perut ibu di buatnya..
setiap kali scan clear jer nampak walaupun ibu tak scan 4D bagai..scan yang biasa-biasa jer pun dah nampak kedudukan Aqib yang sihat, aktif..
Akhirnyaa siapa kita untuk melawan takdir dan rezeki Allah.. 16-12-2009 Aqib pergi jua dari alam rahim ku...
pada mulanya sukar jugak menerima tetapi yang pergi memang tidak akan kembali..bersedih hanya membuatkan insan-insan yang ada disekeliling kita susah hati jer..
Yang pasti Arwah Aqib berbahagia di sana bersama penghuni penghuni syurga dibawah jagaan Nabi Ibrahim A.s

Salam rindu 
Al-fatihah buatmu Anakku Muhamad Raqib..


Monday, March 4, 2013

3-3-2013

Selamat ulangtahun ke 2 my Dhia Nur Adawiyah bt Redwan... doa ibu anak k ibu sentiasa diberkati, dirahmati dan dipayungi kesejahteraan oleh Allah swt..
harapan ibu semoga Dhia Nur Adawiyah membesar sihat.. menjadi anak solehah dan berjaya di dunia dan akhirat..
ibu sayang adik.. sayang sangat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink