Thursday, September 30, 2010

sedar tak sedar

Sedar tak sedar..dah masuk 4 bulan rupanya aku mengandung 3rd ni, Alhamdulillah...
Ramai yang dok bertanya, hmm nampak perut dah ni, baper bulan..hmmm mai pakai agak-agak jer cakap nak masuk 3 bulan..baru sedar yang tak buka buku apa lagi ni..huuaaaaa jenuhla kena leter dek misi nanti..
nekad  dah ni 28 September memang kena p register, so malam sebelum 28hb pergilah scan kat Wisma bersalin Chang, tengok-tengok dah complete janin.. nampak kepala, tulang belakang, jantung, kaki..hmm dah 15 weeks ++ gitu maknanya dah masuk 4 bulan ma...
Eeee risonya nak g register wat buku ni..mcm2 kena soal nanti...sebab dah ada kes kan, so mcm2 ler kena test, appoinment la..Adoyaiiii.....
hmm seperti yang disangka memang kena marah pun sib baik ada gambar scan semalam boleh depa refer..siap semua kat Klinik Desa Air Merah, kena g jumpa doktor pulak kat Klinik Kesihatan Taman Selaseh..huh lecehnya kena minum air gula maaa 4/10 nanti..memandangkan aku dah ada kes kematian dahulu, terpaksa ler ngadap pakar di Hospital Kulim nanti...

gambar scan baby 15++ weeks belom masuk Mr Notebook lagi..nanti baru nak upload..

Pesanan buat Anakku;  Mohamad Raqib B. Redwan...
Walaupun ibu dah ada baby baru dalam peyot ibu, namun Adik Aqib akan sentiasa ibu ingat, ibu kenangkan...dah 9 bulan Adik Aqib disana.. Berbahagia la anakku di sisi ALLAH.. ibu akan sentiasa ingat
ibu ada anak lelaki kedua ibu di Syurga yang indah..

Al-Fatihah..








Tuesday, September 28, 2010

Majlis Hari Raya JKMNPP 2010

26 Sept 2010- Ahad
hampir 3 tahun dok kerja di JKMPP ni baru lah 1st time dapat join majlis Hari Raya JKMPP di Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas tu pun sebab dapat tender menyediakan Koteow Kerang dan bahan-bahan untuk nak konon-konon nak goreng  Char Keow di sana.. Tetapi memandangkan dapur di konker goreng fries n nugget jer so cancel jelah..bahan-bahan bagi Norry balik goreng huaa huaa...

Tak rajin ler nak karang citer panjang-panjang..suka picasa yang menceritakan udah ler...










Thursday, September 23, 2010

:(







Wednesday, September 15, 2010

Sempat 1 hour jer....hang out with Eja Razak...

Sempat 1 jam jer 15 Sept 2010 jumpa Eja Razak, Kyra (anak dia) n husband eja.. Itupun sebab diaorang on the way nak balik Klang dari percutian mereka di Penang... Memandangkan balik nanti akan masuk hi way Juru maka minta Eja update kan perjalanan agar dapat jumpa walaupun sekejap maa..Semalam tak sempat nak g jumpa, my wisya demam pulak..

Eja..Kyra & Me...
Nasib baik husband Eja tahu jalan, cepat jer sampai di Jusco Bandar Perda, so hang out 1 hour kat KFC JJ.. Sempat snap 3 pcs picasa n nanti tunggu eja upload baru leh load masuk site ni :)... Thank n maafkan akak yer Eja tak dapat temankan Eja shopping at JJ.. sempat borak-borak kat KFC n layan karenah Kyra walaupun tidak lama..
Kredit to Eja for duit raya for My Wisya.. ..

With Kyraa.. cute girls...



Monday, September 13, 2010

REUNION X-TSP2 BATCH 1998-1999 AFTER 10 YEARS...


Setelah sekian lama meninggalkan bumi Sekolah Teknik Sungai Petani 2... Sejak 1998-1999 maknanya hampir 11 tahun wooo. Nasib baik ada FACEBOOK yang menyatukan kami kembali semua selaku batch 1998-1999 X-TSP2, organizer dilantik secara sukarela iaitu En Jerry KAT n the team yang menjayakan event malam tersebut.TAHNIAH !! U all..Akhirnya tanggal 12 Sept 2010 Ahad raya ketiga bertempat di Steambot Corner Cinta Sayang Resort Sungai Petani, berlangsungnya majlis gilang gemilang REUNION X-TSP 2 BATCH 1998-1999 AFTER 10 YEARS..Ramai jugakla yang hadir memeriahkan suasana majlis...masing-masing ngan gaya perubahan masing-masing, ada yang datang dengan family, anak-anak kecil, ada yang masih single mingle..ada yang makin cun meletop-letop. Ada yang lain sangat dah muka depa.disebabkan kawen n berisi mcm aku ler..Watie tegur dulu masa school aku kurus cekeding jer...Aku for sure with Wisya One..My hubby last min tak dapat temankan sebab ada hal yang tidak dapat di elakkan.. Nasib baik ada Needa, leh duduk makan semeja dengan dia..ada gak kawan-kawan nak borak-borak sambil makan steambot sebab ramai yang datang ada lah dikalangan geng PKE dan duduk bersama family masing-masing segan jugakla nak hu hu ha ha lagi dah.. Kredit to all of you friends yang kasi duit raya kat My daughter one WISYA  :) .. Dapat duit aya manyak.


with geng PPN3 98/99 Amy, Watie & Erin.Geng Single :) ....................


Antara tetamu jemputan yang hadir  adalah Cikgu Din, Cikgu Aspalela BAK, Cikgu Bala, Cikgu Majmin n suaminya Cikgu Zawawi, Cikgu Ahmad yang kini pengetua TSP2..

Kamera of course la manyak snap n possing cuma masih sabar menanti En Jerry n En JEt upload ke FB jer ni kalau tidak dah siap grab n masuk sini daaa :) .. yang ada hanya dari phone kamera jer ni...
nanti bila diaorang upload leh la ciplak masuk sini yer..
Antara Pic- pic yang ada wat tatapan geng bloggers............................




with needa.....




Ketua Warden @ Cikgu Sains yang best...En Din...












Antara yang hadir memeriahkan suasana gilang gemilang......................



Sunday, September 12, 2010

Picasa Raya Aidilfitri 2010

Tanggal 10 Sept 2010, Jumaat bersamaan 1 Syawal 1431 semua umat islam merayakan Aidilfitri dengan gembira.. Sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat illahi kerana masih dipanjangkan usia menyambut 28 tahun syawal.. Seperti kebiasaan nya pada pagi raya my hubby akan pergi sembahyang raya, aku n my Wisya akan siap-siap packing kuih raya, beg baju, sementara menantikan hubby untuk pulang ke kampung.. Tapi pada tahun ni, ada 1 agenda baru yang kami  lakukan iaitu menziarahi Pusara anakanda ku MOHD RAQIB di tanah perkuburan Masjid Keladi, Wisya tak sabar nak g tengok pusara adik...Sayu hati tetiba rasa bila menjejak kaki di tanah pusara Aqib, Ibu rindu Aqib. dah 8 bulan Aqib tinggalkan ibu, Babah, kakak... terus aku terkedu diam sejenak sepanjang perjalanan pulang ke kampung.... 

Bila dah sampai ke Felda Ijok, aku dah berubah ceria kembali.. Malas la pulak nak ceritakan keceriaan aku, wisya n hubby maka aku gantikan ngan picasa-picasa yang ada bagi menceritakan betapa meriahnya raya di kampung...yang best nya tahun ni hubby sangat sporting nak ambik pic raya bersama-sama... tu yang wat aku lagi tersenyum bahagia..wahhaaaa...

Layanzzzz...... :)














Seluruh ahli keluarga yang ada...bersama tok dan Tok Wan.. kenangan paling mahal ni...

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA..........

KAMI SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
 BUAT SEMUA ;
GENG SEKOLAH RENDAH DATO' WAN MOHD SAMAN
GENG SEKOLAH MENENGAH TANDOP...
GENG SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SG.PETANI 2, S.P,KEDAH
GENG KOLEJ SAL, K.L
GENG JPNIN, SELANGOR
GENG-GENG JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA..
GENG JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PULAU PINANG
GENG JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI PERLIS
AHLI-AHLI KELUARGA
GENG-GENG FB, BLOGGERS TEGAR
GENG-GENG BLOGGER'S...
& SESIAPA YANG MENGENALI DIRI INI....

AMPUN & MAAF DIPINTA SEKIRANYA ADA SALAH PENGGUNAAN KATA YANG TIDAK SENGAJA MENGURISKAN HATI DAN PERASAAN ANDA SEMUA SEPANJANG MENGENALI DIRI INI...



















INGATAN TULUS IKHLAS DARI KAMI...

SAIDI @ DIDIE....
REDWAN...
NUR DARWSYAH....


Possed Si Anak Dara One....

Agak-agaknya betoi la apa orang kata kan... " Tak kemana kuah kalau tidak ke nasi kan"... he he melihat gaya si anak dara One berpossing kat depan kamera baru-baru ni dengan bergaya kan baju korean dan cheongsam..terus terkenangkan zaman aku dolu-dolu..suka sangat possing..pantang jumpa kamera mesti nak possed, senyeh.. ha ha kini Darwisya One mewarisi nya pulak.. Aku?? dah hilang sedikit minat bergambar, bukan hilang terus maa... sedikit jer..kalau pakai cantek-cantek, g tempat cantek-cantek sure ler masih nak tergedik-gedik bergambar..nak simpan kenangan konon nya. padahal memang kaki possing waaahaaa....

Cakap pasal Si Anak Dara One... sejuk tengok gambar dia.. manis..comel.. setengah kawan aku kata sebijik aku.. suami lak protes...kata ikut kehandsomeman dia lak..huh perasan toi la.. Yang pasti lesung pipit wisya lagi dalam dari ibu dia la.. mulut, manis semua ikut ibu..huaaa huaaa :) ...abg jgn marah ekk..

hmm cakap jer tak best kan kalau tak dak penyegar mata....Saksikan lah gaya Nur Darwisya One bergaya dan berpossing....





bukan main bergaya ler dia possed..follow jer apa photographer arahkan..tak sangka dah cerdik dia sekarang ni..dulu masa dia setahun nak ambik gambar paspot kat studio nangis takut.. sekarang pantang tengok kamera ker phone kamera jer sure dia akan bergaya, berpossed mcm dalam tv...





PERMATI HATI IBU DAN BABAH..NUR DARWISYAH ONE....
IBU SAYANG WISYAH....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink