Hai assalamualaikum..
rasa mcm dah lama sangat tak update ini laman kan..
Feel ari ni?
ohh ngah ngadap SPBK yang slow sangat aihh..ingat rini nak ler setel 2-3 kes yang ada ni..tetapi line mcm kena sindrom Monday Bluess jer pun..that why rini baru dapat update ini laman yorrr...
Daku rini ikut hatikan rasa sangat malas dan busy nak setel kan kerja sebab tak lama lagi dah start cuti panjang > 3 bulan gitu( panjang laa sangat kan.pejam celik pejam celik busy ngan life full housewife ..ibu pada 3D tengok-tengok kejap jer dah masuk Januari 2014, itupun kalau masih dipanjangkan umur la kan..)..
minggu ni baby dah masuk 37 minggu.. ritu last jumpa Doktor Pakar 1 Hospital Kulim nasihatkan bersalin pada minggu 38 sahaja..that means ada lagi 1 minggu sahaja buat daku..
hmmm esok g scan lagi sekali then terus doktor bagi tarikh untuk admit ward n induce laaa.. last ritu doktor cakap 2/10/2013.. kiter tengok esok apa kata Doktor Partibha back.. best jugak bila kita sentiasa mendapat perhatian doktor pakar ni.. part yang tak best kena tunggu sangat lama di Hospital Kulim n ramai ibu mengandung di refer atas sebab-sebab risiko yang tinggi..kat situ macam-macam kes kita dapat dengar.. yang terbaru ada berborak ngan ibu muda berusia 25 tahun, dier kena refer pakar sebab 1st baby inside dier tak der buah pinggang..dapat detect semasa 6 bulan inside..then doktor memutuskan nak bersalinkan awal.. si ibu tak nak sebab pkkan tak baik macam nak membunuh baby pulak.. then dier lahirkan baby tu cukup 9 bulan n dier sempat dengar baby tu nangis dalam masa 3 minit sahaja n pergi buat selamanya..baby tu perempuan.. semasa dalam kandungan baby tu aktif, bergerak mcam normal jer ikut citer si ibu..
Masya ALLAH, dugaan buat ibu muda ini.. now dier ngah preggy back 7 bulan setelah berehat selama 1 tahun.. dipantau setiap bulan oleh Pakar..Alhamdulillah baby inside baik-baik sahaja sekarang ni..
See??
macam-macam ada kisah baby syurga yang ALLAH bagi pinjaman sahaja..ditarik balik sama ada masih di dalam kandungan, lahir atau bila -bila masa sahaja ALLAH inginkan...
daku bersyukur sangat-sangat..dikala usia 31 tahun ni..dah bergelar ibu kepada 3 orang cahayamata dan di kala ini sedang membawa 1 lagi permata anugerah terindah dari ALLAH.. Pada Arwah Aqib, ibu tak pernah lupakan kewujudan mu sayang, tiap kali orang tanya anak baper dah, ibu sentiasa bagitau anak dah 3.. yang Lelaki ALLAH jagakan sebab ALLAH sentiasa tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya kan..
0 ulasan anda:
Post a Comment