Thursday, December 13, 2012

insaf

Hmm minggu ni rasa macam belom update apa-apa lagi kan..almaklumlah busy.. hmm busy ka?? 
tadi pagi g teman sis Susukahatiku g ziarah mayat ibu staff JAS  opis ni jer kat Rumah Mayat Hospital Kepala Batas.
1st time dalam hidup yang dah 30 tahun di dunia yang serba macam-macam ni menjejak kaki disana..
perasaan daku masa tu..macam-macam rasa..tak tau nak gambarkan rasa..

Aku terdiam tak mampu berkata..speechless..Aku jadi macam terbayang aku berada di situasi arwah. Semua nikmat dunia sudah tiada..Sudah pergi semuanya.seolah2 sekelip mata ia berlalu.Tiada lagi peluang untuk mengumpul bekalan akhirat.Cukup sekadar apa yang sudah diusahakan sepanjang riwayat hidup.
Aku jadi sangat takut..memang menjadi norma manusia takut pada kematian,cuma kali ini aku macam tersentak,dan terfikir jauh,bagaimana nanti?Sempat lagi kah aku bertaubat? Cukup ke amalan aku ketika itu?Adakah sudah sempurna diri aku untuk menghadapinya nanti? Ya Allah,ampunkanlah dosa2 hamba mu ini.

Sepanjang berada di rumah mayat terpandang wajah-wajah ahli keluarga yang sibuk menguruskan mayat..anak-anak perempuan yang memandikan jenazah..anak lelaki yang menguruskan keranda,kapan dan kenderaan..betapa berharganya nilai anak-anak..
Ya Anak-anak harta dunia akhirat kan..
Amanah ALLAH pada ku dan suami..

Ya ALLAH 16 Dis bakal menghampiri ku..
ini bermaknaa dah hampir 3 tahun Anak lelaki ku , Arwah Raqib di sana,di Tahfiz yang ALLAH tetapkan..
terkenang kembali niat ku dulu..kalau ada anak lelaki nak hantar p sekolah Agama biaq jadi Tahfiz sebab hanya doa anak-anak yang soleh saja salah satu bekalan yang daku ada untuk di sana..ya ALLAH telah makbulkan satu niatku.. terima kasih Ya ALLAH sesungguhnya setiap RAHSIA dan aturan ALLAH itu INDAH..



Al-Fatihah buatmu anakanda ku tercinta Mohd Raqib





2 ulasan anda:

Mimie said...

Anak akak jadi penghuni Syurga...Dia tunggu akak kat sana nanti...

Didie Redwan said...

Insyallah .. Terima kasih Mimie... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink