Pindah dan hijrah??
hmm perkataan yang sama jer maksud beza nya adalah ejaan dan bunyi jer kan
Rasa?? tetap sama jer.. gembira dan sedih telah bercampur aduk sampai tak tau nak gambarkan rasa apa dah ni..
Minggu ni adalah minggu yang sangat sibuk buat daku..minggu yang sangat memenatkan,
Minggu ni berpindah ke rumah milik sendiri
dan
minggu depan berhijrah ke pejabat baru..
Suasana serba baru , semoga daku dan keluarga bertambah semangat meneruskan hidup ini..
Seronok tinggal rumah sewa yang serabut sangat, bagai pecah tongkang dah di sana..barang-barang pun dok ada tak abis-abis lagi dok berkemas bagai ni..banyak giler nak kena kemas aa..
Sedih nak tinggal opis SPT ni..Hmm nak kena start kemas ni.. banyak suka dan duka kejayaan di rakam bersama di sini tapi biasa ler adat aaaar di JKM selalu jer ada rombakan di daerah-daerah mahupun institusi, so masa awal lapor diri dah sign bahawa "saya yang menurut perintah" kan..mahu tak mahu tetap kena travel ke sana ... daku harap daku ok jer di sana dan bermula anjakan paradigma yang baik buat diri dan organisasi jabatan..
selama seminggu menyepi ekoran faktor kesihatan yang tidak mengizinkan daku berkarya.. walaupun ada g-note di tangan..namun tetap tidak berkesempatan..
Buat kawan-kawan di PKMD SPT yang selama 4 tahun setengah lebih ni baik sangat dengan Dd.. ucapan terima kasih buat kalian..kenangan manis ketika kita bersama sentiasa terpahat di ingatan..ada masa free jemput datang berbeku di rumah baru yer..datang kulim rojer dulu kot tak dak kat rumah ker kan..
Berlinang air mata dd tau nak tulis dalam blog ni pun.. rasa-rasa macam tak mampu jer nak hadiri majlis perpisahan sendiri di SPT tau.. sedih wooo rasa kalau tak buat pun dd tak kisah sangat sebab dd tahu confirm banjir punya lah t ngan korang semua...malu dan segan aar kalau dok nangis bagai...seyes dd sedih tau 4 tahun lebih dah bertapa di cerok SPT ni, hilang di mata di hati buat rasa sedih aaaar..
0 ulasan anda:
Post a Comment