Thursday, June 7, 2012

Kisah 2 F


Kring... kring... kring....
alamak..dah pukul  7, habislah aku macam ni...” jerit Fira seraya mematikan jam loceng nya lantas bergegas ke bilik air..
Fira hanya bersiap ala kadar tetapi tetap tampak manis. Dia terus bergegas untuk ke dapur bertemu abahnya sebelum ke pejabat.
kenapa abah tak kejutkan Fira pagi tadi..? dah Fira bangun lambat...”
Abah ingat Fira tak mahu pergi kerja.. kan Fira tak sihat tadi malam...” bagitahu Pak Cik Fakrul
Ish tak boleh abah..hari ni, bos baru Fira masuk kerja...habisla Fira kalau lambat..lagipun Fira dah sehat dah... tak apalah abah..Fira pergi dulu yer.. Assalamualaikum..” bagitahu Fira sambil bersalaman dengan abahnya sambil terkocoh-kocoh  keluar dari rumah..
Fira sampai di pejabatnya lewat 15 minit.. ketika dia sampai semua orang sedang berkumpul..
Weyh Fira..apsal kau lambat...?” Tanya Sheqa kawan sepejabat Fira
Aku bangun lewat pagi tadi... mana bos baru tu...? Handsome tak dia?” tanya  Fira
Ish kau ni.... kau tu dah  lah sampai lambat, sempat lagi nak bertanya pasal die...dia ada kat dalam bilik datuk... kau jangan main-main tau fira...dengan datuk bolehlah, ni dengan anak dia..masak kau...muka aja handsome tapi  ketat...” terang Sheqa lagi
Ketat...???” tanya fira terpinga-pinga..
Apelah Lampi sangat kau ni...nama je P.A.. itupun tak tahu.. ketat tu maksudnya, muka serius memanjang..susah nak senyum... lepas tu diaorang kata dia ni jenis straight... cakap tak ade nya nak lawak-lawak macam datuk tu..kiranya beza sangatlah dengan datuk...” terang Sheqa lagi
Ye ke?? Habislah aku macamni... dah lah dia bos aku... “ keluh Fira
Sedang mereka asyik berbual.. Fikri dan Datuk Faizal keluar dari bilik beliau.. Datuk Faizal telah memperkenalkan semua staf kepada Fikri..
Assalamualaikum semua..ini anak saya Mohd Fikri Yazed . dia baru habis belajar dalam bidang Pengurusan Awam .. Hari ini dia akan menggantikan tempat en. Suhaimi  sebagai  Ketua Pembangunan Sumber Manusia. “ terang Datuk Faizal
Semua mata tertumpu pada Fikri, dan ada yang berbisik sesame  sendiri... Staf wanita pula terpesona melihat Fikri.. siapa yang tidak  terpegun melihat jejaka sekacak Fikri.. semuanya serba lengkap Cuma satu yang tidak mereka senangi. Sikap Fikri yang serius dan tidak menghiraukan orang lain.
Fira terkejut dan tergamam ketika melihat Fikri.. Sesuatu sedang bermain di mindanya.
macam pernah nampak mamat ni... kat mana ya...Erk...!! Alamak....’ gumam fira di dalam hati
Selesai sesi suai kenal..masing-masing kembali ke tempat duduk. Datuk Faizal meminta Fira untuk ke biliknya bersama Fikri.
Fira..masuk ke bilik saya...” arah Datuk faizal
Fira hanya mengikuti mereka dari belakang.
Fikri... ini Nurul Afira Aleya ...die p.a kamu sekarang... apa-apa urusan kerja kamu, dia akan uruskan..” terang Datuk Faizal
Fikri dan Fira hanya mengangguk tanda faham. Kemudian mereka melangkah keluar dari bilik tersebut.
Heyh... nanti dulu... masuk bilik aku kejap.. ada benda aku nak cakap ni..” arah Fikri dengan kasar
ulp... apalah yang tak kena ni..adeh....’ gumam Fira di dalam hati
Yer..encik Fikri..ada apa-apa yang boleh saya bantu...” Tanya Fira
bantu??? Forget it... tadi engkau sampai kerja pukul berapa?” Tanya Fikri dengan serius
Fira kelihatan tergagap-gagap untuk memberi jawapan. Belum sempat dia menjawab, Fikri telah pon memotong terlebih dahulu.
Kau datang lambat kan tadi... ? Kau ni kerja dah berapa lama?? P.a apa macam ni, datang lambat...“
baru 3 bulan ......” belum sempat Fira meneruskan kata-katanya.. fikri telah menyerangnya lagi dengan kata-kata .
aku tak suruh pun engkau jawab..dengar aja apa aku nak cakap.... “ tambah fikri lagi
Fira terkedu dan tergamam.. dia hanya diam membatukan diri sambil menunduk memandang lantai.. nasib baik dalam bilik dia, kalau kat luar.. malu aku...gumam Fira..
kau ingat aku tak cam engkau... engkau ni perempuan yang aku jumpa kat shopping Mall last week kan..? dan juga kat kedai makan kat simpang empat Taman Purnama tu kan?”
Fira hanya mengangguk tanpa berkata apa..
Oleh kerana aku ni bos kau, dan kau tu pembantu aku..dan juga sebagai membalas balik apa yang berlaku hari tu..... aku nak kau............”
Terang Fikri sambil mengusap-ngusap dagunya dan memberi pandangan sinis kepada Fira..
errr... En. Fikri nak saya buat apa?” jawab Fira tergagap-gagap
Aku nak kau ikut semua syarat yang akan aku berikan... kalau kau ingkar... aku akan buat hidup kau merana....” ugut Fikri kepada Fira
Fira hanya mengangguk..tak sanggup rasanya nak memandang wajah Fikri yang dirasakan sangat menyesakkan.  Lalu dia keluar dari bilik itu selepas diarahkan oleh Fikri.


Fira kembali duduk di tempatnya. Dia pusing memikirkan apa yang bakal direncanakan oleh bosnya itu. Sementelaah itu, fikirannya menerawang mengingati kejadian yang berlaku seminggu lalu.
-----------------
adeh.....sakit punggung aku...” keluh Fira kesakitan akibat dilanggar seseorang sehingga dia terjatuh. Fira bangun sambil mengusap-ngusap punggungnya.
Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di hadapannya. Fira terpegun seketika..
mak uih..hensemnya......” puji Fira di dalam hatinya
Lelaki tersebut hanya memandang tanpa berkata apa-apa. Apatah lagi untuk menolong Fira bangun semula.
tak apa  encik....  saya tak apa-apa..” jelas Fira sebelum lelaki itu berkata apa-apa...
bila masa aku tanya engkau ok ke tak ok ke , ada apa-apa ke tak ada apa-apa ke...” balas lelaki tu
Aikk... bengong ke apa mamat ni..gumam fira... belum sempat dia membalas kata-kata lelaki tersebut, lelaki itu terlebih dahulu memarahinya.
kau ni mata letak kat mana... jalan punya besar, boleh pula nak berdiri kat tengah jalan ni.. kau ni betul-betul  menyusahkan lah....” bebel lelaki itu kepada Fira
Fira terpinga-pinga apabila tiba-tiba dia dimarah begitu.. dia cuba menjawab untuk membela dirinya tetapi tidak berpeluang..
kau ni betul-betul membuang masa aku... gara-gara kau habis berderai barang aku.. kau ingat murah ke barang tu...huh... sekarang aku nak kau ganti balik....” tambah lelaki itu lagi
Fira merasa geram dengan tohmahan yang diterima.. sepatutnya dia yang memarahi lelaki tersebut, tapi ini lain pula jadinya.. Sudahlah malu kerana dimarah dikhalayak ramai, terasa seperti ingin menangis saja, tapi ditahankan juga air matanya... tanpa  berlengah, Fira terus membalas balik sebelum sempat lelaki itu berkata..
Hello encik ...? encik apa yer...? what so ever lah... setahu saya awak yang langgar saya..bukan saya yang langgar awak... yang awak nak marah-marah saya kenapa...tak logik sungguh... huh...!!! dah lah tak minta maaf, lagi diserang adalah... hey ....!!! kalau setakat muka saja yang  handsome tapi perangai macam penyangak, boleh bla lah..pakcik cleaner tu lagi baik tau...huh...!!! lagi satu saya tak akan ganti balik barang awak tu..peduli apa saya....!!!” balas Fira bertubi- tubi
Sebelum dia meninggalkan tempat itu,sempat dia berpaling semula dan mengambil barang tersebut dari tangan lelaki itu dan melemparkannya ke lantai. Bertambah berderailah barang yang sedia berderai itu. Kemudian dia meninggalkan lelaki itu tanpa berkata apa... Puas hatinya... Lelaki tersebut terpinga dan geram dengan tindakan Fira
-----------------------
woiiit....!! kau termenung apa..?” tegur Sheqa
hah...???” jawab Fira terpinga-pinga..
kau berangan  ea?? Mesti kau berangankan bos baru kau tu kan...hehee “ duga Sheqa sambil ketawa.
hah..? ish.. mana ada..pandai-pandai kau aja..” balas Fira kembali..
Belum sempat mereka meneruskan perbualan, Fikri memanggil Fira masuk ke biliknya lagi.
Fira... masuk bilik saya sekejap...” arah Fikri
weyh bos kau panggil tu.. aku rasa baru kejap tadi kau masuk bilik dia..ni dah panggil lagi..ish..nak apalah agaknya ye...” tanya Sheqa dengan penuh curiga.
entahlah ... aku pun tak tahu..dah lah aku masuk dulu..nanti ada kena bebel pula lambat masuk...” jelas Fira sambil bangun untuk ke bilik Fikri.
Fira meninggalkan Sheqa yang masih lagi curiga. Dia melangkah longlai menuju ke bilik Fikri.
Tok..tok..tok
masuk....” jawab Fikri
Hah...kau buat apa yang terhegeh-hegeh sangat ni...??? kau ngumpat aku ea....???” serang Fikri bertubi-tubi
err..... ..” jawab Fira tergagap-gagap
Sejak bila kau jadi gagap ni...?? hari tu kemain lagi , hari ni da gagap pula?? Hahahaaa” Fikri ketawa besar memerli Fira
Fira hanya menundukkan wajahnya. Tidak sanggup memandang Fikri.. dalam hati sebakul makian telah dihamburkan kepada bosnya itu.
dah...tak payah jawab apa-apa... aku nak kau dengar syarat-syarat yang akan aku berikan kepada kau ni...Sila dengar dengan baik dan kalau perlu catat, kau catat..biar tak lupa ...” tegas Fikri lagi
Fikri meneruskan kata-katanya.sedikit pun tidak mempersilakan Fira duduk. Dibiarkan sahaja Fira berdiri. Lantas dia membacakan tulisan di sekeping kertas yang berada di tangannya.
Nurul Afira Aleya binti Fakrul.... “ panggil Fikri
Sebagai Setiausaha merangkap orang suruhan aku.... Aku berhak memberikan syarat-syarat kepada kau ...dan syarat-syarat nya adalah.....”
Fira menanti dengan penuh debaran di dada.
1) kau WAJIB menurut segala arahan dan perintah aku sebagai bos kau...
 2) setiap pagi dan petang kau wajib buatkan aku air... air tu mesti sedap..tak sedap siap kau..
3) kau kena sampai 15 minit awal sebelum waktu kerja dan  sebelum aku sampai....dan kau kena tunggu aku depan pintu... bawakan beg aku sampai ke bilik...
4) selagi aku tak balik, kau pun tak boleh balik..walaupun dah tak ada urusan pejabat lagi...
5) aku nak pagi-pagi, meja aku, bilik aku kemas.... dan sebelum balik..harus kemas juga... .. faham??? Ada apa-apa  bantahan atau pertanyaan..?” tanya Fikri dengan senyuman sinis
errrr.... faham... “ jawab Fira tergagap-gagap
 “kalau kau langgar syarat-syarat ni.... siap kau..kau ingat tu..kat sini aku yang berkuasa.... jangan sampai kau tak makan nanti....” ugut Fikri
Fira hanya mengangguk tanda faham. Di dalam hatinya menyumpah setiap kata-kata Fikri.
Ya Allah....kenapalah aku dapat bos macam ni... ini bukan syarat..ini nak mendera namanya ni..hati kecil Fira berbicara sendiri
dah..tak payah nak termenung-menung lagi kat sini... kau boleh keluar sekarang... “ arah Fikri
Fira melangkah keluar dari bilik itu tanpa berkata sepatah. Bermacam-macam benda bermain difikirannya. Kenapa lah dia dapat bos yang sebegitu rupa...hati kecilnya merintih sedih mengenangkan hari-hari yang bakal dia lalui di situ.

BAB 3
Sudah sebulan Fira menjadi p.a kepada Fikri. Selama itu jugalah Fira telah memenuhi dan melaksanakan segala syarat Fikri tanpa banyak soal. Walaupun dihatinya tetap lahir rasa tidak puas hati dengan bosnya itu.

Suasana di rumah Datuk Faizal/
Hah.. Fik... Macam mana kerja? Ok? Dah sebulan Fik kerja di syarikat papa kan...??” tanya Datin Maria
ok bu.... so far so good...” jawab Fikri
Abang Fik..... Kak Fira p.a abang kan???” sampuk Faiz pula adik Fikri yang paling kecil.
Datuk Faizal dan Datin Maria hanya memiliki dua orang sahaja anak. Kedua-duanya lelaki iaitu Fikri dan Faiz. Datin Maria terlalu menginginkan anak perempuan tetapi rezeki tidak memihak kepadanya.
Yups.... kenapa??” tanya Fikri kepada adiknya
Belum sempat Faiz menjawab pertanyaan abangnya itu, ibunya, Datin Maria terlebih dahulu mengemukakan soalan sekali lagi.
Fira....?? ibu kenal tak agak-agaknya..?” tanya Datin Maria ingin tahu
Awak kenal kot... si Fira sekarang ni p.a nya si Fikri... sebelum ni die p.a Suhaimi... ala budak yang selalu saya cerita pada awak tu...” Terang Datuk Faizal kepada isterinya
Datin Maria hanya mengangguk tanda faham.
Kak Fira tu cantik tau ibu... baik pula tu..Faiz suka kalau dia jadi akak Faiz...” tambah Faiz pula sambil tersenyum
Ada-ada aja kamu ni Faiz... tapi betul ke?? Teringin juga ibu nak jumpa... selalu dengar papa cerita aja...” balas Datin Maria pula
kamu Fik.... jangan dibuli sangat budak Fira tu...dia tu lurus tapi rajindan baik budaknya...” Datuk Faizal member amaran kepada Fikri
Fikri hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Dia leka menonton televisyen di hadapannya.

Sementara itu, suasana di rumah Fira.
Fira... Abah tengok Fira selalu pulang lewat..banyak kerja ke?” tanya pak cik Fakrul kepada anaknya itu
emmm... haah abah... Fira banyak kerja..lagipon Fira kena tunggu bos balik dulu, baru Fira balik...” jawab Fira kepada abahnya
Hakikatnya, bukan kerana kerja yang banyak tetapi kerana Fikri... Fikri sengaja pulang lewat dan sengaja mahu mendera Fira. Sejak bekerja di bawah Fikri, makan Fira pon sudah tidak terjaga. Semuanya gara-gara Fikri. Apa sahaja yang Fira ingin lakukan harus mendapat keizinan Fikri termasuk untuk keluar makan pada waktu rehat. Jika diikutkan hati Fira, tidak mahu dia bekerja di bawah Fikri. Tapi apakan daya, dia hanya staf bawahan yang hanya mengikut arahan.
Sebenarnya di dalam hati kecil Fira terselit satu perasaan halus setiap kali dia melihat Fikri. Tapi dia sedar dia tidak mungkin dapat bersama dengan Fikri. Tambahan pula dengan sikap Fikri yang sebegitu.
Suatu hari tanpa diduga, Datin Maria telah datang ke syarikat milik suaminya itu.
selamat pagi puan.. boleh saya bantu..?” tanya Fira dengan sopan
Belum sempat Datin Maria menjawab. Fikri yang baru hendak memanggil Fira ternampak ibunya. lantas  dia mengajak Datin maria masuk ke biliknya. Datin Maria sempat melemparkan senyuman kepada Fira sebelum melangkah masuk ke bilik Fikri. Fira membalas senyuman itu dengan hati yang berbaur. Rasa bersalah meruntun jiwanya kerana tidak tahu bahawa itu adalah Datin Maria ibu kepada bosnya merangkap isteri Tuan punya syarikat tempat dia bekerja.
Fira.... bawakan dua cawan kopi ke bilik saya...” arah Fikri melalui intercom.
Fira melangkah masuk ke bilik Fikri dengan membawa dua cawan kopi yang diminta oleh bosnya sebentar tadi. Semasa menghidangkan kopi tersebut, datin Maria menegur Fira.
Oowh... inilah Fira ya? Cantik orangnya...” puji Datin Maria.
ya datin....” jawab Fira sambil melemparkan senyuman kepada Datin maria. Fira menahan perasaan kalutnya di dalam hati.
Fikri pula hanya menjeling Fira yang masuh berdiri disitu.
Fira... tengahari ni pergi makan di mana?? “ Tanya Datin maria tiba-tiba
Tengahari ini, mari makan dengan saya....” pelawa Datin Maria
Fira terkejut mendengar pelawaan itu. Fikri pula hanya diam sambil menjeling tajam kea rah Fira.
Kenapa Fira..? tak sudi kah?” tanya Datin Maria lagi
Belum sempat Fira menjawab datin Maria sudah member kata putus terlebih dahulu.
Fira takut dengah Fikri ya...?”duga Datin Maria.
Fira hanya tunduk memandang lantai.
Nanti kita keluar pukul satu ni ya Fira... boleh ya Fik, ibu pinjam p.a kamu ni rehat nanti...?” soal Datin maria kepada Fikri
Fikri hanya tersenyum lantas mengangguk. Kalu sudah bulat kata ibunya, bulatlah ia. Tiada siapa dapat membantah.
Fira hanya tersenyum kelat dan dia terus tertunduk apabila sekali lagi dia terpandang jelingan tajam Fikri.
ok..nanti rehat kita jumpa lagi ya Fira... Fik, ibu ke bilik papa dulu ya...” beritahu Datin maria
Fira juga ingin melangkah keluar dan membawa dulang]yang berisi cawan itu. Belum sempat dia memboloskan diri, Fikri telah memanggilnya.
Fira...!!” panggil Fikri
FIra menoleh ke arah Fikri. Fikri memandang Fira dengan tajam. Cuak Fira melihat pandangan Fikri itu.
kau jangan ingat, kalau ibu aku suka kau, aku pun akan suka kau..lagi satu, kalau kau cerita apa-apa pada ibu pasal aku buli kau atau apa-apa sekalipun, siap kau... “ tegas Fikri memberi peringatan kepada Fira.
Fira hanya mengangguk tanda faham. Cepat-cepat dia melangkah keluar dari bilik itu.
Suatu hari, Datin Maria datang ke pejabat untuk bertemu Fira tetapi gadis itu tiada.
Fik...Fira tak kerja ke hari ni?” tanya Datin maria
Entah...dah dua hari tak nampak dia...tak sihat kot...” jawab Fikri bersahaja
Eh Fik ni...p.a sendiri  cuti pon tak tahu ke?”tanya Datin Maria lagi
Dah.... mari teman ibu pergi rumah dia....” ajak Datin maria
tak bolehlah ibu... Fik kena jumpa client kejap lagi...” Fikri member alasan
Ish...ada-ada saja kamu ni.... kamu ada alamat dia..? Bagi pada ibu.... Biar Ibu pergi sendiri...” pinta Datin maria.
Fikri menuliskan alamat Fira yang dia dapatkan melalui sistem maklumat staf, lalu doberikan kepada ibunya. Di dalam hati Fikri menyumpah-nyumpah gadis itu.. entah apa yang istimewa sangat agaknya gadis itu, sampai ibunya begitu sayang kepada gadis itu.
.......................
Assalamualaikum...” Datin maria member salam
Waalaikummussalam...ya puan? Cari siapa..?” Tanya pakcik Fakrul ramah
Saya Datin maria.... Fira ada ...?” tanya Datin maria pula
OOwhhh ..Datinlah ye , yang Fira selalu cerita tu... Jemputlah masuk Datin......” pelawa Pakcik Fakrul
Setelah memeprsilakan Datin maria duduk, pakcik Fakrul  terus meminta diri ke tingkat atas, untuk memanggil Fira. Sementara meninggu, Datin Maria meninjau-ninjau keadaan sekeliling rumah itu.
Tiba-tiba, Datin maria terpandang  satu potret lama dan dia seperti melihat potret itu sebelum ini.” Tunggu sebentar ya datin..kejap lagi Fira turun,,saya nak ke dapur sebentar...” bagitahu Pakcik Fakrul yang baru turun dari tingkat atas.
Pakcik Fakrul kembali sambil membawa dulang berisi air.
boleh saya tanya sikit tak..?” tanya Datin maria.
Eh..boleh...nak tanya apa ya datin..?” Balas Pakcik Fakrul
siapa yang di  dalam potret ni ya ...?” tanya Datin maria
Pakcik fakrul menceritakan serba sedikit mengenai potret itu. Datin Maria hanya mengangguk tanda faham.
kenapa dengan potret ni datin...?” tanya pakcik Fakrul ingin tahu
oowh..tidak ada apa-apa...” balas datin maria
Di dalam hati Datin Maria pasti bahawa potret itu adalah potret yang sama yang terdapat di rumahnya, dan dia juga yakin bahawa pakcik fakrul adalah sahabat lama suaminya. Sahabat yangs erring diceritakan oleh datuk faizal kepadanya.
agak-agaknya kalau jumpa kembali dengan sahabat en. Fakrul tu, en fakrul masih kenal tak..?” tanya datin maria lagi
InsyaAllah..saya tidak pernah lupa dengan sahabat saya tu...” jawab pakcik Fakrul
Fira turun ke bawah, dan perbualan mereka terhenti disitu. Wajah Fira kelihatan pucat dan tidak bermaya. Datin Maria sedih melihat keadaan gadis kesayangannya itu.
Datin.....buat susah-suah aja kemari...” tegur Fira sambil bersalaman dengan datin maria
Fira...kan auntie dah kata, jangan panggil datin...panggil saja auntie...” tegur datin maria pula
kasihannya auntie tengok anak auntie ni...ni pasti Fik yang sebabkan kamu jadi macam ni kan...” duga datin maria
Fira hanya mampu tersenyum dengan telahan itu. Belum sempat dia menjawab, datin maria terlebih dahulu mencelah.
Fira...auntie ingat hujunga minggu ni auntie nak buat makan-makan sikit... Fira dengan en. Fakrul jemputlah datang ya...” pelawa datin maria
Fira dan pakcik fakrul hanya tersenyum dan mengagguk tanda setuju .
Setelah agak lama berada disitu, datin maria meminta diri untuk pulang. Dia juga mengingatkan mereka supaya tidak untu makan malam di rumahnya pada hujung minggu tersebut.
...............
Selepas makan malam, puan maria duduk di ruang tamu bersama suaminya.
bang..... tadi saya pergi melawat fira di rumahnya.... abang nak tahu apa yang saya jumpa...?” datin maria berteka teki dengan suaminya.
hah..apa dia..?” tanya datuk faizal
adalah...hujung minggu, abang tahulah...” bagitahu datin maria
kenapa pula hujung minggu ni....” tanya datuk faizal lagi
saya jemput fira dan abahnya makan malam disini... nanti masa tu baru abang dapat jawapannya...” jelas datin maria sambil tersenyum kea rah suaminya.
bang.... agak-agaknya kan...kalau kita jodohkan fik dengan fira, dia nak tak...” tanya datin maria
saya berkenan sungguh dengan budak fira tu..saya sayang sangat dengan dia...kalau boleh, saya nak dia sentiasa dekat dengan saya....” terang datin maria lagi.
Datuk faizal melipatkan suratkhabar yang dibacanya ;antas menoleh kearah isterinya.
saya pon berkenan dengan budak tu..tapi apa-apa hal kita kenalah tanya pada tuan punya badan dulu....” balas datuk faizal
Sedang mereka rancak berborak, fikri turun ke bawah bersama adiknya faiz. Mereka duduk bersama dengan ibu bapa mereka di ruang tamu itu.
hah fik.... hujung minggu ni, kamu jangan ke mana-mana.... mam ada tetamu istimewa...” bagitahu datin maria
Fikri menoleh ke arah ibunnya dan hanya menggaguk tanda faham.

,,,,,,,,,,,,,,,,,
Sejak pertemuan hari itu, hubungan Datin Maria dan Fira sangat baik. Datin Maria sangat menyukai Fira. Dalam diam wanita itu berhajat untuk menjodohkan Fikri dan Fira. Pelbagai cerita dan kesukaan yang mereka kongsikan bersama. datuk Faizal tumpang gembira melihat kebahagiaan isterinya itu. Dia tahu Datin Maria perlukan teman. Fikri pula tidak dapat menghalang ibunya dari terus-terusan member perhatian kepada Fira. Kadang kala terselit juga rasa cemburu melihat perhatian yang diberikan ibunya kepada Fira. Fira turut merasa bahagia kera asekurang-kurangnya, dia dapat merasa kasih sayang dari seorang ibu yang selama ini dia tidak pernah kecapi.
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Fira datang ke rumah Datuk Faizal bersama abahnya. Mereka terpegun dengan keindahan rumah itu. Kedatangan mereka telah disambut baik oleh Datin Maria dan Datuk Faizal. Ketika Datuk Faizal bersalaman dengan Pakcik Fakrul, ada riak terkejut di wajah mereka berdua.
Abang... abang kenal tak ini siapa...?” tanya Datin maria dengan nada gembira.
ini Fakrul  ke..?” Tanya Datuk Faizal
Faizal....???” tanya pakcik fakrul kembali
Ya Allah......tak sangka aku dapat jumpa lagi dengan kau setelah sekian lama...sudah lama aku cari kau....syukur Alhamdulilah....” jelas Datuk Faizal dengan wajah yang gembira
Mereka berdua berpelukan. Dalam pada itu. Mereka bersyukur kerana dapat bertemu semula. Datuk Faizal dan Datin Maria menjemput Fira dan Pakcik Fakrul ke ruang makan. Fikri yang baru turun ke ruang makan terkejut melihat kehadiran Fira. Dia menjeling tajam ke arah Fira. Fira hanya tunduk memandang meja. Faiz pula sangat gembira dengan kedatangan Fira. Datuk
Datuk Faizal dan Pakcik Fakrul mengucapkan terima kasih kepada Datin Maria kerana telah mempertemukan semula mereka berdua. Datuk Faizal tidak menyangka bahawa selama ini, anak sahabatnya itu bekerja dengannya. Mereka makan malam sambil berkongsi pelbagai cerita menarik.
Setelah selesai semuanya, pakcik Fakrul dan Fira meminta diri untuk pulang.
..............................
Di ruang tamu rumah Datuk Faizal.
Fik....ibu nak tanya sikit boleh..??” tanya Datin maria memulakan bicara
Fikri menoleh ke arah ibunya , menunngu pertanyaan yang keluar dari mulut ibunya itu.
Kamu bila nak kahwin..? unur pon dah semakin meningkat...” tanya Datin maria
Nantilah dulu bu... lagipon Fik tak ada calon....” jawab Fikri bersahaja.
macam mana nak ada calon.. asyik kerja aja...muka aja kacak tapi muka serius memanjang, kaki buli pula tu....perempuan mana yang nak dekat..” sampuk datuk Faizal dengan riak wajah bersahaja
Fikri yang sedang menghirup air tersedak mendenganr sindiran papanya itu. Datuk faizal pula tekun memandang televisyen dihadapannya.
ish abang ni...tak baik cakap macam tu...” bela datin maria pula
Betul ke kamu tak ada calon lagi ni Fik...?” tanya datin maria sekali lagi untuk mendapatkan kepastian
betul lah ibu.... ibu ajalah carikan calon untuk Fik....” gurau Fikri sambil tersenyum memandang ibunya
betul ni? Kalau macam tu nanti ibu carikan perempuan yang cantik, baik untuk Fik....” balas Datin maria gembira
Datuk Faizal hanya tersenyum melihat isterinya. Dia sudah dapat mengagak apa yang ada di fikiran isterinya itu.
suka hati ibulah..asal ibu senang hati....” balas fikri kembali
Datin maria tersenyum mendengar kata-kata Fikri. Tidak sabar rasanya dia ingin menjalankan apa yang direncanakan.
Sudah lebih 3 bulan Fira bekerja di bawah Fikri. Hari ini, Fira merasakan yang dia harus mengakhiri segalanya. Sudah tidak tertahan lagi rasanya diperlakukan sebegitu oleh Fikri. Pernah sekali, Fikri melemparkan air yang dibuat oleh Fira ke lantai, alasannya tidak sedap. Hakikatnya, dia hanya mahu mencari kesalahan Fira. Sejak akhir-akhir ini, Fikri sering kali menyakiti hatinya. Lebih-lebih lagi setelah diberitahu bahwa mereka berdua bakal dijodohkan dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.


Assalamualaikum...” Fira member salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Dia terkejut melihat kereta Datuk Faizal berada di luar rumahnya ketika dia pulang tadi. Dia lebih-lebih terkejut apabila melihat seisi keluarga Datuk Faizal berada di situ kecuali Fikri.
Waalaikummussalam...” jawab pakcik Fakrul dan semua yang ada disitu.
Hah..dah balik pon Fira,,,,” tegur pakcik Fakrul
Err.. Fira naik atas dulu ya semua,....” jawab Fira yang masih terpinga-pinga dengan tujuan kedatangan mereka sekeluarga. Mereka yang berada diditu mengangguk tanda faham.
bagaimana Fakrul..? kau setuju? Kau tahuka Maria ni, dah sayang benar dia dengan Fira tu.. lagipon kami semua berkenan sangat dengan Fira tu. Kami pon tak ada anak perempuan...” jelas Datuk Faizal
Aku tak ada masalah faizal.. Mana yang baik aku setuju aja... tapi macam mana pula dengan dua-dua tuan punya badan ni...??” tanya Pakcik Fakrul pula meminta kepastian.
Kalau si Fik tu, kau jangan risau.. dia memang dah serahkan bulat-bulat pada kami soal mencari jodoh untuknya...lagipon inilah masanya kita nak mengeratkan lagi hubungan kita...” tambah Datuik Faizal lagi.
Datin maria hanya mengangguk tanda setuju dengan pendapat suaminya itu.
Emm.. kalau dah begitu kata kamu..aku ikut sajalah... Aaku pon setuju... Tapi nanti aku tanyakan pada Fira duu ya....” Pakcik Fakrul meminta izin dari mereka untuk meminta persetujuan Fira
Pakcik Fakrul bertemu Fira di biliknya dan dia menerangkan tujuan kedatangan mereka.
Em... abah tak paksa Fira.. tapi macam yang abah kata tadilah...terpulang pada Fira sama ada nak terima atau tidak...” jelas pakcik fakrul.
Emm.. demi abah... demi hubungan keluarga kita dan Datuk, Fira setuju.. tapi Fira minta masa untuk kenal lebih dekat lagi dengan Fik tu...” jelas Fira.
Setelah mendapat persetujuan san kata sepakat . mereka bersetuju untuk menyatukan Fira dan Fikri dalam masa lebih kurang 6 bulan lagi.

Fira menerjah masuk ke bilik Fikri tanpa mengetuk terlebih dahulu seperti biasa yang dilakukannya. Fikri yang terkejut dengan perbuatan Fira itu, tidak dapat megawal perasaan geramnya.
Woooiitt.. sejak bila kau pandai masuk bilik aku tanpa izin ni..?!!!” tengking Fikri
Fira tidak menjawab, tetapi dia hanya diam membatukan diri sambil matanya tajam merenung ke arah Fikri.
Kau pekak ke...? kau nak apa hah?? “ tanya Fikri kasar
Saya tak nak apa-apa... saya Cuma nak tahu kenapa en. Fikri buat saya macam ni..? saya dah penat tahu tak layan karenah en. Fikri... selama ini saya sabar aja dengan semua syarat –sayarat yang en. Fikri kenakan pada saya. Tapi sejak akhir-akhir ni, en. Fikri dah melampau tahu tak...” balas Fira ebrtubi-tubi. Dia sudah peduli lagi dengan siapa dia berhadapan sekarang.
apa lagi..kalau dah tak tahan, berhenti ajalah...” balas Fikri
kau jangan ingat, semua family aku suka kau.. aku pon akan suka kau..sori beb...!!” tambah Fikri lagi sambil tersenyum sinis kea rah Fira.
kalu tak suka saya, kenapa setuju dengan cadangan Datin dan Datuk..??” Tanya FIra tidak berpuas hti.
Ahhh...!!! sekarang aku Cuma nak kau buat dia orang bencikan  kau..” balas Fikri kembali
Fira keluar dari bilik itu dengan perasaan sebak dan pilu. Dia tidak menyangka bahawa Fikri amat benci kepadanya. Dia berjumpa dengan Datuk Faizal untuk menghantar notis berhenti 24 jam tetapi Datuk Faizal melarang. Datuk Faizal mencadangkan agar Fira mengambil cuti selama seminggu. Fira bersetuju dengan cadangan itu.  Fira tidak menceritakan apa sebenarnya yang terjadi kepada abahnya mahupun Datuk dan Datin.
Sudah hamper seminggu Fira tidak datang ke pejabat. Fikri merasa rindu untuk menatap wajah gadis itu. Tetapi kerana egonya dia membuang jauh perasaan itu. Dalam tempoh seminggu itu, Fira telah membuat keputusan untuk memulangkan semula cincin yang diberikan oleh Datin Maria.
Abah... nanti tolong pulangkan semula cincin ni kepada auntie maria ya....” pinta Fira sambil menyerahkan cincin tersebut kepada abahnya
kenapa pula ni Fira..? kamu ada masalah dengan Fikri ke..?” tanya pakcik Fakrul
tak adalah .. Fira cuma belum bersedia..dan Fira rasa , Fira tak mampu nak jadi isteri yang baik untuk dia...” balas Fira
Pakcik fakrul tahu, ada sesuatu yang terjadi antara Fikri dan Fira. Tanpa Fikri dan Fira tahu, kedua-dua ibu bapa mereka telah merancang sesuatu untuk menyatukan mereka berdua. Mereka juga tahu apa yang terjadi di antara FIkri dan Fira. Walau apa yang terjadi, mereka bertiga akan berusaha untuk menyatukan Fira dan Fikri. Mereka yakin fikri dan fira akan bahagia satu hari nanti
.............................................
Setelah seminggu bercuti, fira bekerja seperti biasa. Dia tetap menjalankan tugas-tugas dan syarat yang telah ditetapkan oleh fikri seperti biasa. Sejak fira memutuskan untuk membatalkan perkahwinannya dengan Fikri, datin Maria sering bermuram dan sedih. Hatinya sebak memikirkan apa yang terjadi dan hajatnya untuk bermenantukan gadis itu lebur. Datuk faizal sedih melihat keadaan isterinya itu. Lantas dia berpakat dengan isterinya dan sahabatnya itu dalam usaha menyatukan Fira dan Fikri.
..................................................
Kring...kring.... kring......
Hello Fik....papa ni.. ibu kamu masuk hospital....” bagitahu Datuk Faizal cemas.
Fikri yang cemas menerima panggilan itu, terus bergegas ke hospital. Setibanya di hospital, kelihatan Fira, pakcik fakrul, Datuk Faizal dan faiz berada di situ. Kelihatan Datin Maria ceria dengan kehadiran Fira di situ.
ibu...ibu ok ke...? macam mana boleh jadi macam ni...?” tanya Fikri yang risau dengan keadaan ibunya.
doctor kata..ibu kamu mengalami masalah kemurungan yang teruk... kalau dibiarkan berpanjangan, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk...” jelas Datuk Faizal
macam mana boleh jadi macam ni auntie... auntie tak sayang fira ke..? kenapa auntie tak jaga kesihatan...?” balas Fira sedih
Fikri hanya mendiamkan diri sahaja.
Jangan cakap macam tu.. auntie sayang Fira macam anak auntie sendiri...tapi tu lah, hajat auntie tak kesampaian..” jawab Datin Maria pilu.
Fira dan Fikri tunduk mendiamkan diri,. Rasa bersalah menghuni jiwa mereka. Lebih-lebih lagi Fikri. Datuk Faizal, Datin Maria dan pakcik fakrul hanya menyembunyikan senyuman yang terukir di bibir mereka. Faiz yang berada di situ hanya mendiamkan diri. Tidak mahu menyampuk perihal orang dewasa.
ibu kamu jadi begini lepas kamu berdua batalkan perkahwinan kamu berdua.. kamu berdua jangan ingat kamu tak tahu apa yang terjadi antara kalian.. sebab sedih dan kecewalah ibu kamu jadi macam ni...” jelas Datuk Faizal lagi.
kalau Fik dengan Fira sayangkan ibu, dan tak mahu ibu sakit.. kamu berdua kahwin ye nak...” pinta datin maria
Datuk faizal dan pakcik fakrul hanya mengangguk setuju.
ermmm... isinkan kami berdua keluar untuk berbincang sebentar...” pinta Fikri
Mereka bertiga mengagguk tanda faham
Bang... agak-agak mereka berdua  setuju tak...?” tanya Datin Maria
Faiz terkejut melihat ibunya yang tiba-tiba sahaja sehat.
eh.... ibu bohong ea....? ibu pura-pura sakit ya...??” duga Faiz
kamu jangan pecahkan rahsia tau.... kamu nak kan kak fira jadi akak kamu...?” tanya datuk faizal
mestilah bak..ok-ok... faiza jafa rahsia ni baik-baik..” bals faiz sambil tersenyum
Beberapa minit kemudian, fikri dan fira masuk semula ke bilik tersebut.
Ibu,,,, papa  ... dan pakcik fakrul.. fik setuju untuk kahwin dengan fira...tapi.....” bagitahu fikri.
tapi fik tak mahu adakan majlis besar-besaran.. fik Cuma mahu adakan majlis akad nikah dan dihadiri oleh keluarga kita sahaja... fik tak mahu orang lain tahu yang kami dah berkahwin...” pinta fikri
Datin maria dan datuk faizal tercengang dengan jawapan yang diberikan oleh Fikri.
kamu setuju ke Fira...?” tanya datuk Faizal.
Fira hanya mengangguk menandakan dia bersetuju dengan cadangan itu.
kami lakukan ini demi ibu... itu saja syarat kami, kalau kalian setuju, kami akan berkahwin....” jelas Fikri lagi
baiklah...kami setuju...” jawab pakcik fakrul. Datin maria ingin membantah tapi apakah daya.
baiklah..kalau kamu ada syarat..kami pun ada syarat...” balas datuk Faizal pula.
untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku, kami akan adakan majlis pernikahan  kamu dalam tempoh sebulan... no kompromi..” tegas Datuk faizal
Datin maria dan Pakcik Fakrul bersetuju dengan cadangan tersebut. Fikri dan Fira  tidak mampu untuk membantah lagi.
Dua minggu sebelum majlis pernikahan Fira dan Fikri, Datin Maria telah bertemu dengan FIra.
Fira...auntie nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi menantu auntie...” ucap Datin Maria
Auntie harap FIra akan sayangkan Fikri sepenuh hati Fira dan bukan kerana auntie....” pinta Datin Maria
Auntie jangan risau... Fira janji Fira akan jadi isteri dan menantu yang baik.....” balas Fira
Terima kasih Fira... auntie nak tanya sikit... Fira sayangkan FIk...???” tanya Datin Maria
Fira hanya tersenyum malu, dan dia hanya membiarkan sahaja pertanyaan Datin Maria. Datin Maria dapat menangkap apa yang terbuku di hati gadis itu.
kalau macam tu, menangi hati Fik ya...” balas Datin Maria kembali sambil tersenyum.
Fira juga turut tersenyum
.........................................................................
Fikri merasakan sejak akhir-akhir  ini, Fira berkelakuan pelik, tidak seperti sebelumnya.  Apa yang diarahkan, Fira laksanakannya dengan patuh tanpa banyak bicara. Fikri juga dapat merasakan, sikap Fira yang lebih lemah lembut, manja dan menggoda berbanding sebelum ini.
kenapa aku rasa kau macam pelik aja sejak akhir-akhir ni...???” tanya Fikri penuh curiga
apa yang peliknya..? saya rasa biasa saja....” jawab Fira selamba
kenapa aku rasa kau macam cuba nak menggoda aku saja gayanya....” duga Fikri
tak ada apa yang peliknya... saya Cuma sedang belajar cara-cara nak menyayangi bakal suami saya... itu saja...” jawab Fira sambil tersenyum
Fikri terdiam.  Dia terkaku dengan jawapan dan juga senyuman Fira yang dirasakan cukup menawan itu.
Em.... boleh saya minta tolong sesuatu...?” tanya Fira lembut
Em... apa dia...?” tanya Fikri kembali
Tolong jangan guna aku kau dengan saya... gunalah apa sahaja panggilan yang baik, asalkan bukan  aku kau... boleh kan..??” pinta Fira kepada Fikri
Errr....... Ermmmm.... baiklah...” jawab Fikri sambil mengangguk tanda setuju
Lagi satu, aku nak ingatkan kau....upssss.... saya nak ingatkan awak, jangan ingat mentang-mentang awak dah jadi isteri saya, saya akan berlembut dengan awak. Syarat-syarat yang saya berikan pada awak tetap awak kena patuhi....” tegas Fikri member peringatan.
Membahasakan diri dengan panggilan ‘saya awak’bukanlah suatu perkara yang susah sangat bagi Fikri.walaupun pada mulanya tersasul. Selama ini pun, dia menggunakan panggilan itu di hadapan orang lain.
ok bos.... saya tak kisah..” balas Fira sambil tersenyum dan emlangkah keluar dari bilik Fikri.
BAB 10
Sehari sebelum majlis pernikahan.
Abah.... Abah rasakan, Fira dah buat keputusan yang tepat ke..?  Abah rasa Fira akan bahagia dengan Fik...?” tanya Fira kepada abahnya.
InsyaAllah... abah akan sentiasa doakan kebahagiaan Fira dan Fik...” jawab pakcik fakrul
Abah.. Fira sedihla... Fira tak nak tinggalkan abah sorang-sorang kat sini... kalau boleh , Fira nak sentiasa ada dengan abah...” jelas Fira dengan air mata yang dah mula menitis
Fira janganlah macam ni... kalau tak hari ni, akan datang pun Fira akan tinggalkan abah juga.. jangan sedih ya nak.. nanti kalau Fira rindu abah, Fira datanglah jenguk abah kat sini....” pujuk pakcik Fakrul
Fira... ingat pesan abah ni... bila dah jadi isteri Fik nanti, sayangi Fik sepenuh hati, jadi isteri dan menantu yang baik... dengar dan patuh cakap suami selagi ianya tak melanggar hokum syarak. Abah akan sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua..” pesan pakcik Fakrul kepada Fira. Fira menangis hiba di dalam pelukan abahnya.
.........................................................................
Majlis pernikah Fikri dan Fira diadakan di MAsjid Jamek berhampiran. Dengan sekali lafaz, Nurul Afira Aleya binti  Fakrul telah sah menjadi isteri kepada Mohd Fikri Yazed bin Datuk Faizal. Selepas majlis akad nikah selesai, mereka meraikannya dengan jamuan kecil yang diadakan di kediaman Datuk Faizal.
Selamat datang kakak iparku yang cantik....” ucap Faiz mengalu-alukan kedatangan Fira dalam keluarga mereka
Mereka kelihatan gembira menyambut orang baru di rumah itu.
Selepas makan dan berbual-bual, Pakcik Fakrul meminta diri untuk pulang. Sempat die menitipkan pesan kepada anak menantunya dan juga besannya.
Fik... jaga Fira baik-baik ya.. sekarang dia dah jadi tanggungjawab kamu..terima kasih sebab sudi memperisterikan dia...” pesan Pakcik Fakrul kepada Fikri
Baiklah abah... InsyaAllah Fik akan ingat pesanan abah itu... terima kasih juga kerana telah memberikan kepercayaan kepada Fik untuk menjaga Fira...” balas Fikri kembali
Cik Yah... Faizal...tolong tengok-tengokkan Fira ni ye... Dia ni manja sikit..kalau salah tolong ditegurkan..” pesan pakcik fakrul kepada besannya pula.
InsyaAllah..kau janganlah risau...kami akan jaga dia macam anak kami sendiri...” bals Datuk Faizal
Datin Maria hanya mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata suaminya itu.
Fira tidak dapat menahan sebak. Dia lantas memeluk abahnya sebelum abahnya meminta diri untuk pulang.
......................................
Saat itu, bermulalah kehidupan Fira sebagai isteri kepada Fikri.
Fira..pergilah naik ke atas... mandi, bersihkan diri..Fik pun dah naik tu...” arah Datin Maria
Fira hanya mengangguk dan lantas mendaki anak tangga menuju ke bilik Fikri. Begnya awal-awal lagi sudah dibawa naik ke atas oleh pembantu di rumah besar itu.
apa tercegat lagi depan pintu tu..masuklah..” tegur Fikri
Fira hanya tersengih lantas menutup daun pintu bilik itu.
Besarnya bilik awak ni...” kata Fira dengan kagum.
dah-dah...jangan banyak soal.. pergi bersihkan diri sana...” arah Fikri
Fira hanya tersenyum, lantas mengambil apa yang patut dan dia terus melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.
Sesudah memebrsihkan diri. Fira duduk di sudut di mana begnya diletakkan. Hajatnya untuk mengemaskan segala pakaian yang dibawanya. Fikri pula sudah berada di atas katil.
Errr... saya nak tidur mana malam ni...? “ tanya Fira
tidur dalam bilik nil ah... nak tidur mana lagi...” jawab Fikri
Bilik awak ni besar, boleh tak kalau tambah katil lagi satu...?” cadang Fira
Fikri tergelak dengan cadangan Fira yang dirasakan agak tidak masuk akal itu.
awak ingat ni asrama ke..? nak letak katil banyak-banyak.. katil saya ni dah cukup besar untuk kita berdua ok...” balas Fikri kembali dengan tawa yang masih bersisa
habis tu..saya nak tidur kat mana...” tanya Fira lagi
tidurlah kat mana-mana yang awak suka.. kat lantai ke, kat sofa ke..what everlah....” balas Fikri sambil membaringkan diri untuk tidur.
Fira pula meneruskan mengemas pakaian-pakaiannya. Tanpa diduga, Fira terlelap disitu sambil beralaskan beg pakaiannya.
Fikri terjaga dari tidur apabila dia merasakan suasana di biliknya masih terang lagi. Dia mencari kelibat isterinya. Dia tersenyum saat terpandang sesusuk tubuh yang sedang tidur di balik almari pakaian dengan beralaskan beg pakaian.
comel juga dia ni...” kata Fikri di dalam hati
Sempat juga Fikri mengambil gambar Fira sedang tidur, sebelum dia mengankatnya ke atas katil. Fikri membiarkan Fira tidur di atas katil miliknya, manakala dia pula tidur di atas sofa panjang yang terdapat di dalam bilik itu.
................................................
Fira tersedar ketika azan subuh berkumandang.. Dia terkejut apabila melihat dirinya berada di atas katil, dan Fikri tiada di situ. Dia terdengar bunyi percikan air di dalam bilik mandi. Dia pasti Fikri berada di dalamnya. Dia melihat-lihat keadaan dirinya. Bermaca-macam andaian berada di mindanya.
hah apa dok termenung lagi tu... pergi bangun, solat...” arah Fikri
Err...awak tak buat apa-apa kan kat saya malam tadi....” tanya Fira meminta kepastian.
Buat apa...? kenapa ..? nak ke..? kalau nak, lepas sibih saya boleh bagi...” balas Fikri sambil tersenyum nakal
Fira terus bangun menuju ke bilik air dan terus bersiap-siap untuk soalt subuh.
Selepas solat, Fira terus memboloskan dirinya ke tingkat bawah. Dia takut kalau-kalau Fikri akan melakukan apa yang dikatakannya itu. Sesungguhnya dia belum bersedia.
Sudah seminggu Fira menjadi isteri kepada Fikri. Dia melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di pejabat dengan sebaiknya. Datin Maria yang tidak tahu duduk perkara sebenar merasa curiga dengan tingkah laku anak dan menantunya itu.
Fira..ibu peliklah dengan kamu ni... kenapa tak pergi dan balik kerja saing-saing dengan Fik...? pagi kamu akan keluar dulu, dan pulang kamu akan pulang lewat. Ada apa-apa yang kamu rahsiakan daripada ibu ke...?” tanya datin maria meminta kepastian.
Errrr.. tak ada apa-apa lah ibu...” jawab Fira tergagap-gagap
Datin maria tidak berpuas hati dengan jawapan menantunya itu. Lalu, tanpa pengetahuan mereka berdua, Datin Maria telah menyelidiki sendiri apa yang terjadi. Setelah berhari-hari datin maria selidiki, dia telah menemui sesuatu. Dia pasti itulah puncanya.
................................
Satu malam, selesai memunaikan solat, Fikri mencari-cari salinan syarat-syarat yang telah dikenakan terhadap isterinya itu sewaktu baru bekerja dengannya dulu.
Fira... awak ada nampak tak salinan syarat-syarat kita dalam laci ni...?” tanya Fikri sambil menyelongkar laci di cabinet sebelah katilnya.
Fira yang sedang melipat pakaian menoleh ke arah Fikri dengan muka yang penuh tanda tanya.
hah..salinan syarat kita...? dalam bentuk apa? Disket ke? Kertas ke? Gambar ke?” seloroh Fira
aduhai.....dalam bentuk gamabr sayang oiii....” balas Fikri mengenakan isterinya
hah...?? dalam bentuk gambar? Ada gambar kita ke? Cop..cop... awak panggil apa tadi...??”tanya Fira yang seakan-akan blur.
tak ada panggil apa-apa pon... awak yang perasan kot..aish lurus sungguhlah...” kata Fikri bersahaja
apa awak kata...???” tanya Fira geram.
tak ada apa-apa, saya kata salinan syarat kita tu. Salinan kertas yang ada tanda tangan awak dan saya...” jelas Fikri
oowh...awak tak ada simpan dalam pendrive ke? Pc ke?” tanya Fira lagi
Tak ada..kan saya tulis tangan aja.... Fotostat pon saya tak sempat..” jawab Fikri
nak buat apa dengan salinan syarat-syarat tu..” tanya fira meminta kepastian
nak tokok tambah syarat....” jawab Fikri pendek
Belum sempat Fira membalas semula, pintu bilik mereka diketuk dari luar.
Tok..tok...tok..
Fira lantas membuka pintu bilik, terjengul wajah Faiz di depan piontu bilik itu.
hah.. faiz kenapa ni..” tanya Fikri
ibu suruh abang Fik dengan kak fira turun bawah.. ibu kata urgent...” jelas faiz
Beberapa ketika kemudian mereka menuju ke ruang tamu untuk bertemu datin maria. Fikri terkejut melihat salinan syart yang dibuatnya sebelum ini berada di atas meja.
hah..Fik, Fira... duduk... ibu nak cakap sikit...” arah datin maria
Fira yang tidak tahu apa-apa hanya menurut.
Err.. ibu nak cakap pasal apa ni..?” tanya Fikri tergagap-gagap
pasal benda ni.. kamu tahu kana pa benda ni Fik...” tanya datin maria sambil menunjukkan kertas di tangannya.
Fira hanya duduk diam tanda tidak mengerti. Dikri pula sudah menggelabah tidak ketahuan.
Er,,,,,” jawab Fikri tergagap-gagp
sudah...! ibu tak nak tahu apa-apa..yang ibu tahu, lepas ni tak ada lagi syarat apa-apa antara kalian berdua.. dan kamu Fik, kalau ibu tahu kamu cuba buli Fira lagi.. tahulah kamu...” jelas datin maria sambil mengoyakkan kertas tersebut
Fira yangmsih blur hanya mengangguk tanda faham. Begitu juga dengan FIkri, mahu tidak mahu dia terpaksa akur dengan kehendak ibunya.
......................................................
Di dalam bilik mereka..
sukalah awak, syarat antara kita dah terbatal...” bentak Fikri geram
tak faham betul saya... siapa anak ibu yang sebenarnya ni..? huh... ibu sayang awak lebih daris aya nampaknya....” protes Fikri tidak berpuas hati
errrrrr..... “ hanya itu yang mampu Fira ucap. Dalam hati dia gembira atas apa yang ibu mertuanya lakukan.
Fikri masih lagi meluahkan perasaan tidak puas hatinya. Fira pula hanya menajdi pendengar setia. Ketika Fikri ingin bersiap-siap untuk tidue, tanpa diduga Fira telah mengajaknya tidur bersama di atas katil tiu.
Fik...awak tak sakit ke tidur atas sofa tu...” tanya Fira lembut, seakan-akan cuba menggoda.
dah 2 minggu saya tidur sini, baru nak tanya ke..?” balas Fikri
Err.. awak tak nak tidur kat katil awak ni ke...” tanya Fira lagi
habis kalau saya tidur situ, awak nak tidur atas sofa ni  ke..” tanya Fikri kembali
Err..” Fira cuba merangka ayat yang sesuai
tak apalah.. kita tidur sama-sama...” jawab Fira dengan wajah yang malu-malu kucing
Fikri tersentak mendengar jawapan Fira itu.
boleh kan...?” tanya Fira kembali dengan malu-malu. Di dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa hebatnya degupan jantung Fira ketika menawarkan ajakan itu kepada Fikri
kalau jadi apa-apa nanti macam mana..? “ tanya Fikri menduga Fira dengan senyuman yang nakal
macam mana apa...?” tanya Fira tidak mengerti
‘‘ Ermm... tak ada apa-apalah... sudahlah..tidur aja...” arah Fikri lantas membaringkan diri di sofa
Belum sempat Fikri melelapkan mata, Fira sekali lagi memanggilnya.
Fik....” panggil Fira lembut
Emmmm...”sahut Fikri
awak tidurlah kat katil ni..kesian awak, nanti badan sakit-sakit...” ajak Fira dengan suara yang manja
Fikri hanya senyap , tidak mengendahkan Fira. Fira masih lagi memujuk Fikri. Akhirnya fikri merasa bosan dan dia mengalah.
dah..tepi sikit...” arah Fikri sambil membaringkan diri di sebelah Fira.
Fira tersenyum senang hati. Di dalam hatinya penuh debaran
awak jangan ingat saya dah kalah dengan pujuk rayu awak.... saya bosan dengar awak tak berhenti-henti bercakap...” tambah fikri lagi
Baru sahaja Fikri ingin melelapkan mata. Fira memanggilnya lagi
awak.....” panggil Fira
apa lagi ni..!!! apa lagi yang tak puas hatinya  ni..?” Fikri mula berang dengan karenah Fira
Lantas dia duduk di katil itu. Fira juga ikut duduk.
Awak nak apa lagi ni...” tanya Fikri dengan nada yang geram
Err.... macam mana kalau ajdi apa-apa nanti..?” tanya Fira tergagap-gagap
Fikri tidak terus menjawab eprtanyaan itu. Dia terus mengambil bantal peluk dan meletakkannya di tengah-tengah antara mereka.
kalu bantal ni beralih ke tempat awak, maknanya awak yang ambil kesempatan. Kalau kat tempat saya, maknanya saya yang ambil kesempatan..” jelas fikri
dah jangan kacau saya lagi..saya nak tidur.. siap awak kalau bangunkan saya sekali lagi...” ugut Fikri lantas membaringkan tubuhnya kembali.
Fikri tidur membelakangi Fira, manakla Fira mengadap Fikri dengan senyuman bermakna.
Buat Kali pertama mereka tidur sekatil selepas bergelar suami isteri.
Fikri tersedar dari tidur apabila mendengar bunyi deruan air di bilik mandi. Lantas dia mengerling ke tubuhnya, cuba mngingati apa yang berlaku. Seingatnya tiada apa yang berlaku. Lantas dia mengerling jam di meja , sudah menunjukkan 6.45 pasi. Waktu subuh hamper habis. Lantas dia bergegas menuju ke bilik air di tingkat bawah.
Ketika dia masuk semula ke bilik untuk bersolat dan bersiap-siap ke pejabat, dilihatnya Fira sudah siap dan ingin keluar dari bilik itu. Dia tidak mengendahkan Fira, lantas melaksanakan apa yang harus dilaksanakannya.
Setelah selesai semuanya, Fikri turun ke bawah untuk bersarapan pagi. Tetapi dilihatnya kelibat Fira tiada di situ.
Ketika Fikri bersarapan, datin maria bertanya kepadanya.
kamu masih guna pakai lagi syarat-syarat kamu tu ke Fik..?” tanya Datin maria serius
syarat..? bukan ibu dah koyakkan ke semalam.. so, mana ada syarat lagi...” balas fikri
dah tu... kenapa pagi-pagi lagi Fira dah keluar.. sepatutnya mulai hari ini, dia tak perlu lagi keluar awal macam selalu...” tanya datin maria meminta kepastian
‘’ermmmm.. patutlah tak ada..dia lupa agaknya tu bu.... tak apalah, nanti kat office fik ingatkan dia.....” balas fikri kembali
.....................................
Setibanya di pejabat, fira telah menunggu fikri seperti biasa di hadapan pintu masuk dan membawa briefcasenya menuju ke bilik fikri
emm...sah dia ni lupa..’ gumam Fikri di dalam hatinya
Ketika fira ingin keluar dari bilik itu, fikri telah menahannya.
Fira.....nanti kejap...”
yups....kenapa en. Fikri..??” tanya fira
awak dah lupa sesuatu ke...?” tanya Fikri mencari kepastian
lupa apa....?” tanya fira tidak mengerti
syarat antara kita...?? kan dah terbatal tadi malam... ibu dah koyakkan lagipun...” jelas fikri
err... ye ke..? alahai.. saya terlupa lah awak.. dah terbiasa...” balas fira bersahaja sambil tersengih
Hilang terus panggilan ‘en.fikri’ yang digunakan kepada suaminya itu selama ini.
ermmm... lepas ni jangan lupa.... nanti ibu marah saya...” balas Fikri kembali
Mulai hari itu, fira menjalankan tugasnya seperti biasa. Tiada lagi syarat-syarat di antara mereka. Tetapi dalam masa yang sama, fira masih lagi melaksanakan tugas-tugas dan arahan yang dirasakan wajar seperti  yang terdapat di dalam syarat tersebut.

Sudah sebulan Fira menjadi isteri Fikri. Selama itulah, dia melaksanakan tugasnya sebagai isteri dan p.a Fikri dengan sebaiknya. Dia tidak mahi Fikri merungut dengan tugas yang dilaksanakannya. Perubahan pada sikap fikri juga jelas kelihatan. Fikri sudah mula mahu senyum dan bertegur sapa dengan staf yang lain.
weyh fira... aku tengok en. Fikri macam dah lainlah sekarang ni...” beritahu sheqa
lain apanya.... tak ada lainnya pon...” balas fira bersahaja
lainlah..sejak kau baik dengan datin maria ni, en. Fikri dah nampak lainlah sikit sikap dia ...” tambah sheqa lagi
kau ada buat apa-apa pada dia ke..?” tanya sheqa curiga
buat apa pula kau ni...? macam-macamlah...’ balas fira pula
Sedang mereka rancak berbual, fikri masuk ke ruang pejabat bersama seorang wanita. Waniat tersebut kelihatan cukup seksi dan menggoda pada pandangan fira. Dalam diam fira cemburu melihat kemesraan wanita itu dengan fikri, suaminya.
okey semua..hari ni kita ada staf baru..namanya cik Elyana Safira..” boleh panggil cik ely.. mulai hari ini, dia akan bekerja di sini sebagai akauntan yang baru bagi menggantikan puan rafidah yang telah berhenti.” Jelas fikri memperkenalkan wanita itu kepada semua staf yang berada di bawah pantauannya.
Wanita yang dikenali sebagai ely itu bersalaman dengan semua staf. Tiba di hadapan fira, sempat ely mengerling dirinya.
Selesai sesi suai kenal, semua staf beredar ke tempat masing-masing bagi meneruskan kerja. Kemudian fikri dan ely berlalu ke bilik fikri.
fira..tolong bawakan 2 cawan teh...” pinta fikri melalui intercom
Fira masuk ke bilik fikri dengan membawa 2 cawan teh yang dipinta. Kelihatan ely dan fikri sedang berbual mesra
ely..ni fira, p.a i...” beritahu fikri kepada ely
Fira hanya tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ely.
p.a u..? uuh..budak kampong ke..? tak berpesonaliti menarik langsung.. old fesyen..” peril ely dengans enyuman yang sinis.
Langsung tidak menyambut salam yang dihulurkan oleh fira.
Wajah fira berubah mendengar kata-kata berbaur hinaan itu. Lagi sakit hatinya bila melihat fikri hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata untuk membela dirinya. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak. Lantas dia keluar dari bilik itu.

Hari itu, Fira meminta izin kepada Fikri untuk pulang awal. Dia tidak betah berada di pejabat itu. Sakit hatinya melihat sikap Ely yang tergedik-gedik dengan suaminya. Hatinya bukan kepalang sedih apabila Fikri juga seolah-olah seperti tidak mengendahkannya.
Tidak tahu ke mana hendak di tuju, Fira membuat keputusan untuk pulang saja ke rumah. Datin maria terkejut melihat Fira pulang awal pada hari tersebut.
awal Fira pulang hari ni.. ada apa-apa ke..?” tanya Datin Maria
tak ada apa-apalah bu.. Fira Cuma rasa macam tak ada semangat aja nak kerja .. tu minta pulang awal dari Fik..” balas Fira sambil berlalu ke biliknya.
Datin Maria tidak berpuas hati dengan jawapan menantunya itu. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang melanda hati menantunya itu.
Tok..tok..tok...
Fira..boleh ibu masuk..?” tanya Datin maria
err... ibu, masuklah...” jemput Fira
Fira..kenapa ni sayang...? ibu tengok wajah Fira suram saja...kenapa ni..? Cuba cerita pada ibu..” tanya datin maria lagi cuba memujuk Fira
Dalam mahu tidak mahu, akhirnya Fira menceritakan kejadian di pejabat kepada Datin Maria. Barulah Datin maria tahu apa yang sedang melanda jiwa menantu kesayangannya itu.
sudahla tu... Fira jangan bersedih lagi ya... hujung minggu ni kita kerluar berdua...” pujuk datin maria lagi
keluar ke mana bu,,,” tanya Fira ingin tahu
Fira nak cantik kan...?? nak nampak menarik pada pandangan Fik kan..?” tanya Datin maria pula
Fira hanya mengangguk
Hujung minggu ni, ibu nak bawa Fira pergi spa, shopping baju baru dan belajar berdandan.. nanti beritahu fikri, yang hujung minggu ni ibu nak bawa Fira keluar...” pujuk Datin Maria
Di bilik mereka, selepas makan malam.
Fira hanya mendiamkan diri tanpa menegur Fikri sepanjang Fikri pulang dari kerja petang tadi hingga pada waktu itu.
awak ni kenapa Fira..? senyap saja dari tadi...selalu asyik bercakap aja..” tanya Fikri memulakan bicara
Fira yang sedang membaca novel, menghadap seketika kepada Fikri sambil menjungkit bahu. Kemudian kembali semula menghadap novel di tangannya. Sikit pon tidak diendahkan Fikri.
Fikri merasa tidak puas hati. Lantas dia merampas novel yang berada di tangan Fira.
awak dengar tak saya tanya ni..? tanya Fikri geram
tanya apa..?” tanya Fira kembali dengan riak bersahaja
Errm... awak ni betullah..saya tanya awak ni kenapa senyap aja...” tanya Fikri sekali lagi. Kali ini dia cuba mengawal suaranya
emm... tak ada apa-apa.. mulut sakit tak boleh banyak cakap...” balas Fira bersahaja
betul ni...?” tanya Fikri lagi
Fira hanya mengangguk lantas mengambil semula novelnya dari tangan Fikri.
Kalau betul ..tak apalah..” jawab Fikri pendek
Di dalam hati Fira merasa sungguh kecil hati. Sikit pun Fikri tidak cuba memujuknya dan mencari tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Errmmm... awak...” panggil Fira dengan lembut
Emm...” jawab Fikri sambil matanya leka menonton televisyen yang terdapat di dalam bilik itu.
ely tu siapa dengan awak sebenarnya...?” tanya Fira kepada Fikri
Fikri menoleh kea rah Fira sambil tersenyum sinis.
oowh... saya tahu sekarang.. ni yang buat awak senyap sebenarnya kan..? hahahaa.. awak cemburu..?” Fikri berkata sambil ketawa
huh... tak ada masa saya nak cemburu dengan orang yang tak sayang saya....” dengus Fira
oowhh... ye ke..? dah tu..?” tanya fikri lagi dengan tawa yang masih bersisa
saya tak suka cara dia ... suka-suka hati saja kutuk orang... ingat dia cantik sangat ke... sudahlah pakai baju tak cukup kain..huh..” bals Fira melempiaskan rasa tidak puas hatinya.
hahahaa dah dia memang macam tu, nak macam mana..” balas Fikri kembali dengan bersahaja
Geram Fira dengan sikap Fikri yang seperti tidak mengendahkan luahannya itu. Bertambah geram bila Fikri terus merebahkan dirinya untuk tidur tanpa memikirkan perasaan Fira.
awak.....” panggil Fira sekali lagi
ya.... nak apa sayang...?” jawab Fikri dengan mata terpejam
Sayang..? jantung Fira seakan terhenti tatkala mendengar panggilan itu.
errr... hujung minggu ni, boleh tak saya keluar dengan ibu...?” tanya Fira tergagap-gagap
suka hati awaklah.... janji tak mengganggu dan tak menyusahkan saya...” balas Fikri kembali
Baru hati Fira hendak terubat dek kerana panggilan sayang yang keluar dari mulut Fikri, tiba-tiba hatinya menjadi pilu kerana mendengar ungkapan yang baru keluar dari mulut Fikri sebentar tadi. Apakah dirinya mengganggu dan menyusahkan hidup Fikri selama ini. Fira bermonolog sendiri.
Hujung minggu yang dinanti akhirnya tiba. Tanpa pengetahuan Fikri, Datin Maria sebenarnya membawa menantu kesayanganya itu ke spa dan membeli belah. Bermacam fesyen pakaian yang mereka beli, begitu juga kasut. Dari yang kasual, formal dan pakaian tidur.
Sedang mereka bersiar-siar di pusat membeli belah itu, Fira ternampak kelibat suaminya, Fikri dengan seorang wanita seksi. Dia cuba mengelak dari bertembung dengan Fikri tetapi tanpa diduga dia dan Datin Maria bertemu jua Fikri di sebuah kafe yang terdapat di situ. Datin maria lantas mendapatkan Fikri dan wanita itu.
Hai Fik... kamu buat apa kat sini..” tanya datin Maria sambil melirik ke arah wanita yang ada di sebelahnya.
Eh..ibu...” jawab Fikri yang agak terkejut dengan kehadiran ibunya itu. Lebih terkejut lagi apabila melihat perubahan pada isterinya.
ibu buat apa kat sini....?” tanya Fikri tergagap-gagap
buat apa lagi, nak makanlah... kamu buat apa kat sini...? ini siapa?” tanya Datin maria serius
Err... ini Ely bu... kawan Fik masa belajar dulu... sekarang dia kerja kat syarikat kita..” beritahu Fikri tergagap-gagap
oowh..ini ibu u ye Fik...? hai auntie..” tegur Ely cuba beramah mesra
eh..u pon ada juga..?” tanya Ely apabila terpandangkan Fira
U look different today...” tambah Ely lagi dengan sinis
Fira hanya tersenyum kelat. Tidak tahu ingin menjawab apa-apa. Hatinya gusar melihat pandangan tajam Fikri yang seakan ingin menelannya saat itu.
Datin Maria yang perasan akan situasi it uterus meminta diri untuk beredar.
okeylah Fik..ibu pergi dulu..kesian pula Fira ni..” kata Datin Maria sinis.
Fikri hanya mengangguk dan tersenyum kelat. Di dalam hatinya memuji kecantikan isterinya itu dan dia akui yang dia cukup terpegun melihat perubahan pada isterinya itu.
..............................
rapat betul ibu u dengan Fira tu kan.. ada apa-apa ke..?” tanya Ely memecahkan lamunan Fikri
hah...? errrr...” jawab Fikri tergagap-gagap
u ni kenapa..? dah angau ke?” tanya Ely geram
tak ada apa-apalah..apa u tanya tadi...?” tanya Fikri sekali lagi
i tengok ibu u dengan p.a u tu rapat semacam..ada apa-apa ke? Kemainlagi hari ni dia ya...” balas Ely pula
Emm... diaorang memang rapat.. Fira tu sebenarnya anak bestfriend papai...” jelas Fikri
oowh ye ke..? entah-entah ibu u nak jodohkan u all tak..?” tanya Ely ingin menduga
ish u ni..tak kanlah..” jawab Fikri
Hakikatnya memang mereka berdua telah dijodohkan.
kalau macam tu, bolehlah i jadi partner u..” balas Ely sambil meliuk manja tubuhnya ke Fikri
Fikri yang tidak selesa dengan perlakuannya itu segera mengajak Ely beredar dari situ.
jom kita pergi tempat lain..” ajak Fikri. Ely hanya menurut sahaja.
Ketika Fira pulang bersama Datin Maria. Fikri sudahpun berada di rumah.
Fira perlahan-lahan membuka pintu bilik mereka, dia berasa aman apabila melihat Fikri tiada di situ.
hah... baru nak balik ke..? ingatkan nak tidur terus kat sana...” sergah Fikri dengan sinis
Fira yang terkejut dengan sergahan itu, terus melepaskan segala beg plastic yang mengisi barang-barang yang dibelinya tadi.
Errr...” jawab Fira tergagap-gagap..
siapa yang bagi awak izin keluar shopping ni..?” tanya Fikri dengan kasar
Err... kan saya dah minta izin kat awak malam semalam...” jawab Fira takut-takut
awak kata nak keluar dengan ibu..tak ada pula kata nak shopping...” tambah Fikri lagi
tapi.....”
Belum sempat Fira menjawab, Fikri sudah memotong terlebih dahulu
tapi apa...?!!!” tanya Fikri kasar
Fira tersentak sekali lagi mendengar tengkingan Fikri. Dia sudah memandang lantai, air matanya sudah hamper menitis. Dia gagahkan juga dirinya untuk menjawab
tapi... awak juga yang kata...suka hati saya nak buat apa..asalkan tak mengganggu dan tak menyusahkan awak...” jawab Fia tersedu-sedu. Sebak hatinya bila mengulangi balik ayat tersebut.
Fikri terpinga-pinga. Dia bermonolog sendiri.
ada ke aku cakap macam tu..’
kalau awak marah sebab saya mengganggu awak sedang dating dengan Elytadi, saya minta maaf... saya tahu, saya ni tak ada maknanya pada awak....” tambah Fira lagi dengan sedu sedan yang sudah jelas kedengaran.
Fikri merasa kasihan dan bersalah melihat wajah cantik isterinya itu dibasahi dengan air mata.
emmm..sudahla, kemas semua ni..kemudian lepas bersihkan diri..siapkan makan malam untuk saya...” arah Fikri dan terus berlalu pergi meninggalkan Fira di situ. Sedikit pun tidak meminta maaf pada Fira.
Sedih hati Fira bila diperlakukan sebegitu oleh suaminya. Sejak bergelar isteri kepada Fikri, tidak pernah Fira mengingkari dan bercakap kasar dengan Fikri. Setiap yang dilakukan Fikri terhadapnya disimpan sahaja dalam hati.
Sudah seminggu perkara itu berlaku, Fira juga sudah melupakannya. Selepas peristiwa itu juga, Fikri tiada di rumah kerana bertugas di luar kawasan semenanjung selama selama seminggu. Selama itu jugalah Fira tidak bersua muka dengan suaminya itu. Sms dan panggilan telefon juga tidak diterimanya.
Ketika Fira pulang dari kerja, Fikri sudah pun berada di rumah. Sedikit pun Fikri tidak menergurnya. Fira merasa sedih dengan perlakuan Fikri itu, lantas die terus melangkah naik ke bilik. Kenetulan ketika itu, Datin Maria, Datuk Faizal dan Faiz tiada di rumah. Kalau tidak pasti mereka sudah ditegur oleh Datin Maria.
Fira terkejut ketika melihat satu set barangan kemas  yang diperbuat daripada mutiara berada di atas katil mereka beserta sekeping kad yang tertulis “untuk isteriku yang ciwek”. Fira tersenyum sendiri menerima hadiah itu. Sedang dia membelek-belek set barangan kemas itu, Fikri masuk ke bilik tersebut.
awak suka dengan hadiah tu...?” tanya Fikri.
Fira terkejut mendengar pertanyaan itu, lantas dia menoleh dan tersenyum kea rah Fikri.
saya tak tahu nak beli apa... apa yang aawak suka...saya rasa benda tu cantik, jadi saya ambil aja lah...” jelas Fikri lagi
Emm...saya suka..terima kasih awak...” balas Fira sambil menuju kea rah Fikri dan memeluknya.
Fikri terkejut dengan perlakuan Fira itu. Dalam tempoh lebih kurang 2 bulan mereka menjadi suami isteri, inilah kali pertama Fira memluknya. Fikri dapat merasakan jantungnya berdegup kencang. Fira yang seakan baru tersedar, terus melepaskan pelukannya itu.
Err... awak pergilah bersiap..kita makan kat luar kejap lagi...” arah Fikri kepada Fira . cuba menghilangkan debaran di dada.
Fira hanya mengangguk tanda patuh dengan arahan Fikri itu.
..............................................................
Selesai makan, mereka terus pulang ke rumah. Setiba di rumah, semua ahli keluarga mereka juga telah berada di rumah.
kamu berdua dari mana ni...?” tanya datuk faizal kepada anak menantunya itu.
kami keluar makan tadi... Fira ni, dia kata malas nak masak...” jawab Fikri seraya melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah papanya.
aish..bila masa pula aku malas masak..huh..’ Fira bermonolog sendiri sambil menjengilkan matanya kepada Fikri. Fikri pula hanya membuat muka selamba.
Datin maria yang baru turun, terus menyampuk.
alah.... apa salahnya kamu bawa Fira makan luar..sekali sekala...lagipun kamu baru balik, tak salah ambil masa berdating dengan isteri sendiri..” balas datin maria menyebelahi menantunya. Fira hanya tersenyum
Err..Fira naik atas dulu ye.. belum solat isyak lagi ni...” Fira meminta izin untuk ke biliknya
Fik pun nak naik dulu...” beritahu Fikri sambil bangun dan terus menuju ke tingkat atas
..........................................................................
"abang rasakan, ada harapan tak kita nak dapat cucu awal...?” tanya datin maria kepada suaminya
ish kamu ni..ke situ pula.. kenapa tiba-tiba tanya macam tu..?” soal datuk faizal kembali
cuba abang tengok budak berdua tu, dah nampak semakin serasi rasanya..lepas saya ubah sikit penampilan Fira tu...” tambah datin maria
awak ubah apa...? tak payah ubah pun taka pa.. dah memang cantik dah menantu kita tu, macam awak muda-muda dulu..”  balas datuk faizal
Datin maria hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya itu.
Selesai solat isyak berjemaah, mereka berdua hanya duduk di bilik. Fikri seibuk membaca manakala Fira pula mengemaskan beg pakaian Fikri.
suka-suka awak aja kata saya malas masak kan...” ucap Fira sambil tangannya ligat mengemas beg pakaian Fikri
tak betul ke..? sepanjang hampir 2 bulan kahwin ni, memang awak tak pernah masak pun...” balas Fikri bersahaja
awak tak pernah pun suruh saya masak....” balas Fira selamba
memanglah tak pernah, sebab saya tahu awak tak pandai masak...” balas Fikri sambil menutup buku di tangannya
huh..ok fine... nanti saya masak, jangan tak nak makan pula...suka-suka kata orang tak pandai masak... silap-silap dia yang makan tak cukup jari nanti...” balas Fira geram.
buktikan...” balas Fikri sambil tersenyum sinis dan bersiap-siap untuk keluar.
awak nak ke mana pula ni...?” tanya Fira ingin tahu
nak keluar ... pergi dating....” balas Fikri selamba
Ermmm...” hanya itu yang keluar dari mulut Fira
...................................................
Fira sudah tidur ketika Fikri pulang. Lantas Fikri menukat pakaian dan membersihkan diri sebelum tidur
Fira...Fira...” panggil Fikri
Emmmm....Arggghhh!!!!..” Fira membuka mata dan dia terjerit kecil melihat Fikri
ish.. awak ni buat terperanjat orang ajalah..” marah Fira kepada Fikri
Fikri hanya ketawa melihat Fira begitu
Apsal awak seksi sangat malam ni...awak nak goda saya ea,,,” duga Fikri
hah...mana ada seksi...huh.. siapa yang nak goda awak tu...” balas Fira kembali
tu....” tunjuk Fikri kea rah pakaian Fira yang sudah tersingkap hingga ke pangkal peha.
‘‘ hah...alamak...” Fira terus bangun dan mencari seluar panjangnya di dalam almari
Fikri hanya tergelak melihat telatah isterinya itu.
Selama seminggu ketiadaan Fikri, Fira sudah terbiasa tidur dengan memakai baju tidurnya yang atas lutut tanpa memaki seluar panjang. Hari itu dia terlupa yang suaminya sudah pulang.
Sekembalinya Fira ke katil, Fikri sidah pun merebahkan dirinya di atas katil itu. Fira meletakkan bantal peluk di tengah-tengah seperti kebiasannya sebelum ini.
awak... dah tidur ke..?” panggil Fira lembut
‘’emm.... “ jawab Fikri perlahan
Esok... boleh saing kan pergi kerja...?” tanya Fira lagi
Yer...mulai esok pergi kerja saing..tapi esok kena awal sikit..saya ada hal...” beritahu FIkri dengan mata yang masih terpejam.
ok bos...” balas Fira dengan senyuman yang terukir di bibir. Riang hatinya, usaha untuk mendekati suaminya semakain berhasil.
Pagi itu, FIra terlewat sedikit. Kerana itu, Fikri telah meninggalkannya untuk ke tempat kerja. Geram hati fira, sikit pun fikri tidak mahu menungunya. Fira sampai di pejabat lewat 15 minit berbanding selalu.
Fira.. kau baru sampai ke...?” tanya Sheqa seraya nampak kelibat Fira
haah....lemapa../ bos aku cari ke..? “ tanya Fira
haah... dah berapa kali dia tanya kau tadi...” beritahu sheqa
‘‘tak apalah... aku amsuk bilik dia dulu ya...” pinta Fira sambil berlalu ke bilik Fikri
Tok..tok...
masuk...” arah Fikri
FIra melangkah masuk ke bilik Fikri dengan wajah bersahaja.
Belum sempat Fikri bertanya, Fira sudah terlebih dahulu member jawapan.
sorry lah bos.. saya kena tinggal tadi...saya bukan sengaja nak lambat..kalau tak saya dah sampai awal sama dengan bos tadi.. tapi sebab kena tinggal, terpaksalah saya naik teksi..teksi pun tak banyak pula hari ni..jenuh juga saya nak tunggu teksi...” terang Fira bertubi-tubi. Belum sempat Fira menyambung , Fikri sudah memotong terlebih dahulu.
sudah..sudah... banyak betul alsan awak...kira awak nak salahkan saya lah ni, sebab tinggalkan awak tadi...” tanya Fikri sambil matanya memandang Fira dari atas ke bawah
ye lah...tak kan salah saya pula..” jawab Fira selamba
kenapa awak pandang saya macam tu...? saya tahulah saya cantik hari ni...” balas Fira selamba sambil tersenyum menggoda
emm..perasan...” balas Fikri pendek
apa awak kata...?” tanya Fira kembali
tak ada apa-apa... oowh..pasal nak bersiap macam divalah yang awak lambat tadi..” tanya Fikri pula
Fira hanya tersenyum
lambat tetap lambat..jangan nak salahkan saya atas kelambatan awak tu.. balik nanti balik sendiri...” balas Fikri serius
tapi..........” belum sempat Fira meneruskan kata-katanya. Ely sudahpun menerobos masuk ke dalam bilik Fikri’
Fikri dan Fira tergamam seketika dengan kemunculan Ely yang tiba-tiba itu.
ups...sorry..tak tahu pula ada orang lain dalam bilik u...” beritahu Ely
its ok... Fira, awak boleh keluar sekarang..” arah Fikri
Fira hanya mengangguk tanda faham. Berbeku hatinya dengan sikap Fikri itu.sebelum dia melangkah keluar, sempat Ely menegurnya.
Fira...? Fira ke...? wah.. bergaya sakan u ye semenjak Fikri balik ni....” ucap Ely dengan nada yang sinis
u nak goda Fikri ye Fira...” tamabh Ely lagi
Fikri hanya berdiam diri sahaja. Fira pula terus melangkah keluar meninggalkan mereka berdua. Malaa dia ingin melayan wanita itu. Dalam hatinya, geram dengan sikap Fikri yang bersahaja itu. Ditambah pula Fikri menyalahkannya kerana lambat.
weyh..apa kau buat lama-lama dalam bilik en. Fikri tu..?” tanya Sheqa ketika terlihat kelibat Fira
buat apa lagi... macam selalulah...” balas Fira bersahaja
hah..ye lah tu.. muka monyok aja ni... kena marah ke...?” duga Sheqa
Emm...” jawab Fira pendek
ish kau ni... kejap-kejap... aku rasa kau nampak lainlah hari ni..” balas Sheqa sambil matanya melilau-lilau melihat penampilan Fira pada hari itu.
apa yang lainnya...” tanya Fira kembali
kau nampak cantik dan bergaya hari ni,,,” puji Sheqa
erk...?? lain sikit aja kot.. lagipun dah seminggu aku ubah..takkan baru perasan kot...” bals Fira sambil tersenyum
perasan...tapi hari ni lagi cantik..lagi seksi...hahhaa” balas Sheqa sambil ketawa
hari ni aja ke..? sebelum ni aku tak cantik ke..?” seloroh Fira
cantik...kau tu dah memang cantik dari dulu..” bals Sheqa ikhlas
Sedang mereka asyik berbual, tiba-tiba mereka didatangi seseorang
hai Fira...u look beautiful today...” puji En. Hisyam, Pegawai Pemasaran mereka
Fira hanya ersenyum
Eh...E. Hisyam, tak pernahnya tegur Fira, tiba-tiba aja hari ni.. mentang-mentanglah Fira cun hari ni..” tegur Sheqa selamba
‘’emm..tak adalah...pandaipandai saja awak ni Sheqa..” jawab en.hisyam
emm..saya nak ajak keluar makan makan tengahari ni..sudi tak...?” pelawa en.hisyam kepada Fira
err... ermmmm..”  Fira tergagap-gagap. Dia menoleh kea rah Sheqa meminta bantuan
boleh..tapi dengan syarat...kena bawa saya sekali...sebab... Fira ni  , dia tak biasa keluar berdua dengan lelaki...’ jawab Sheqa mewakili Fira
Fira hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju dengan jawapan yang diberikan oleh Sheqa tadi.
En. Hisyam kelihatan seperti berat hati dengan tawaran itu.
macam mana en. Hisyam....?” tanya sheqa lagi
emm.. baiklah..saya setuju.. tengahari ni kita keluar... nanti saya ajak zul sekali..baru cukup korum...” jawab en. Hisyam sambil ketawa kecil
Fira dan Sheqa hanya mengangguk tanda setuju.
......................................................
Tengahari itu, fira keluar bersama sheqa, en.Hisyam dan Zul. Seperti kebiasaanya Fira akan memaklumkan kepada Fikri terlebih dahulu sebelum dia kelaur. Tetapi kerana geram dengan Fikri, dia pergi begitu sahaja. Bukan sahaja kerana ditinggalkan pagi tadi tetapi juga kerana kemesraan Fikri dan Ely. Sakit hatinya bila mengenangkan.
........................................................
Fikri keluar dari biliknya dan dilihat Fira tiada di tempatnya. Dia mengerling jam di pergelangannya, sudah masuk waktu rehat. Pasti Fira sedang berehat. Tetapi kenapa dia tidak memaklumkannya terlebih dahulu seperti hari-hari kebiasaannya. Tak kan seminggu Fikri tiada di pejabat, Fira sudah lupa kebiasaanya. Tanpa berlengah, Fikri terus menelefon Fira untuk mendapatkan kepastian.
hello..awak kat mana tu...?” tanya Fikri setelah panggilannya dijawab
kat mana-mana ajalah... yang aawk nak tahu kenapa...?” jawab Fira selamba
saya tanya ni....” jawab betul-betul boleh tak..?” tegas Fikri
Kecut perut Fira mendengar suara Fikri yang tegas itu.
Emm...saya keluar makan dengan Sheqa, en. Hisyam & Zul...” FIra kahirnya memberitahu perkara sebenar
En. Hisyam..?” tanya Fikri ingi kepastian
Yups..en. Hisyam..kenapa...?jeles ea..?” duga Fira
tak kuasa saya.. ni sejak bila dah tak reti nak maklum saya dulu ni...?” tanya Fikri lagi
ye ke...? maklum..? tak perlu kot... okeylah awak, dia orang dah tunggu..saya letak dulu ye.. selamat bersuka ria dengan Ely ye...” ucap Fira sinis seraya menamatkan perbualan mereka.
Fikri terkejut apabila Fira tiba-tiba menamatkan paerbualan mereka. Geram sungguh dengan tindakan Fira itu.
takkanlah sebab aku tinggalkan dia pagi tadi, dan sebab kejadian kat bilik aku pagi tadi, Fira jadi macam tu. Ini tak boleh jadi...tahulah macam mana nanti..’
Fikri bermonolog sendiri.
Fira terkejut melihat gambarnya ditampal di skrin komputernya. Bukan setakat di situ, malah di dinding patisyennya juga. Sheqa yang tidak tahu apa-apa pergi mendapatkan Fira.
mangkuk betullah...siapa punya kerja ni..?” marah Fira
Heii... kenapa kau ni...? Gambar siapa pula ni...?” tanya Sheqa
siapa punya kerjalah ni.. mana datang gambar ni pun aku tak tahu...” bebel Fira tanpa menjawab pertanyaan Sheqa
bak sini aku tengok.. uitt... ni gambar kau kan...? sweet gila muka kau time tidur yer...siap tidur dengan beg baju...hehehee “ Shewa tergelak kecil melihat gambar itu
siapa pula yang ambil gambar kau ni...?” tanya Sheqa lagi
entahlah....” jawab Fira pendek
Fira cuba mengingati siapa gerangan yang mengambil gambar tersebut. setelah puas diamati, baru dia teringat. Gambar itu pasti diambil oleh Fikri pada malam perkahwinan mereka dahulu. Sewaktu dia terlelap ketika mengemas pakaian.
bak sini gambar tu..aku tahu kerja siapa..” Fira merampas gambar itu dari Sheqa dan dia terus menerjah masuk ke dalam bilik Fikri.. Sheqa agak terkejut dengan perilaku kawannya itu.
...........................................
Fikri terkejut apabila Fira tiba-tiba sahaja masuk ke biliknya dengan wajah yang masam. Dia  lihat di tangan Fira memgang sesuatu dan dia pasti akan benda itu. Dia hanya tersenyum sinis, manakala Fira pula memberikan jelingan maut kepadanya.
Fikri bangun dari tempat duduknya dan berlalu ke pintu. Fira berfikiran bahawa Fikri ingin keluar meninggalkannya di dalam bilik itu. Tetapi ternyata sangkaannya silap. Rupa-rupanya Fikri mengunci pintu biliknya itu. Fira menjadi cuak tiba-tiba apabila Fikri mendekatinya.
Awak.... awak nak buat apa ni....?” tanya Fira tergagap-gagap. Perlahan-lahan dia berundur sehingga dirinya tersandar ke dinding.
tak ada buat apa-apa..sepatutnya saya yang tanya.... kenapa awak masuk bilik saya tiba-tiba...” tanya Fikri dengan suara yang cukup menggoda
saya cuma nak tanya pasal ni...” jawab Fira sambil menunjukkan gambar di tangannya
yes..kenapa dengan gambar tu...? cute kan..? hahahaa” balas fikri sambil ketawa
Belum sempat Fira menjawab, Fikri terlebih dahulu mencelah.
tu baru sikit....” balas Fikri sambil mendekatkan dirinya kepada Fira. Fira dapat merasai hembusan nafas hangat Fikri.wangian yang dipakai Fikri membelai nalurinya. Tapi cepat-cepat dia tersedar.
Fikri mengerling pada pakaian Fira. Fira yang merasakan dirinya diperhatikan, terus menolak Fikri dari terus menghimpit tubuhnya.
awak tengok apa....?” marah Fira sambil kedua tangan menyilangi dada
Fikri tidak terus menjawab, malah dia terus menolak Fira ke dinding dan meghimpitnya, sehingga Fira tidak mampu bergerak ke mana-mana lagi. Tangannya sudah digari kemas oleh Fikri
saya tak suka awak pakai macam ni ke tempat kerja...” jawab Fikri serius
kenapa pula...? bukan seksi sangat pon....” bals Fira bersahaja
saya tak suka...skirt atas lutut..baju dada terbuka luas... awak nak tayang pada lelaki kat office ni ke...???!” tegas Fikri
saya pakai untuk suami saya....” balas Fira perlahan
untuk suami awak...?” tanya Fikri sambil mukanya semakin hampir ke wajah Fira. Fira memejamkan mata kerana takut Fikri akan bertindak lebih ke atas dirinya.
Ternyata sangkaan Fira meleset sekali lagi. Fikri melepaskan tangan Fira dan dia berpusing ke belakang.
Fira terkejut dan geram dengan tindakan Fikri itu yang seperti mempermainkannya.
Ya.... untuk suami yang tak pernah nak menganggap saya sebagai isterinya....” jawab Fira berani
awak tahu kenapa saya tak bagitahu awak saya keluar rehat tengahari tadi...? sebabnya saya memang sengaja..saya nak balas dendam dengan awak...bla3...” fira terus meluahkan rasa tidak puas hatinya pada Fikri
Tanpa Fira sedar, Fikri berpusing semula kea rah Fira lantas mencium bibirnya. Fira yang terkejut dengan tindakan refleksFikri itu tidak sempat mengelak dan dia terkaku seketika. Sepanjang perkahwinan mereka, itulah kali pertama FIkri menciumnya.
Fira tersedar apabila terdengar suara Fikri member amaran kepadanya.
1)  saya tak nak awak buat perangai macam tadi lagi..ingat yang awak tu isteri saya.. setiap pergerakkan awak sila maklumkan pada saya..
    2)  saya tak suka awak pakai macam ni di office, seksi awak hanya untuk pandangan mata saya seorang sahaja.. tak salah bergaya, asal berpada-pada.
    3)   nanti balik sendiri.... sama ada naik teksi seperti selalu atau tumpang papa..kalau saya tahu awak balik dengan orang lain, siap... & lagi datu, bila saya balik awak mesti dah ada kat rumah....” jelas Fikri satu persatu
Fira hanya mendiamkan diri. Lantas dia segera bergegas meninggalkan bilik itu.mukanya sudah terasa bahang dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Antara percaya dengan tidak sahaja. Fikri tersenyum melihat wajah Fira yang sudah berubah rona itu.
weyh.. apa dah jadi..? yang muka kau tiba-tiba jadi merah ni kenapa..?” tanya Sheqa bertubi-tubi
hah..? tak ada apa-apalah.. aku pergi toilet kejap..” bagitahu Fira
Sheqa tidak berpuas hati dengan penjelasan Fira itu. Dia merasakan seperti ada sesuatu yang terjadi antara Bos dan rakannya itu.
aku mesti siasat benda ni… “ kata Sheqa di dalam hati
………………………………..
Fikri keluar dari biliknya dan berlalu ke meja Fira.
saya nak keluar dan mungkin tak akan masuk semula…” bagitahu Fikri
Fira hanya mengangguk tanda faham. Dia malu untuk memandang wajah Fikri selepas apa yang terjadi tadi. Fikri hanya tersenyum melihat Fira.
lagi satu… jangan lupa apa yang saya pesan tadi…” tegas Fikri member peringatan.
Fira hanya mengangguk tanpa berkata apa.
………………………………………
pelik..pelik…” Sheqa bersuara tiba-tiba setelah Fikri keluar
apa yang peliknya…” Tanya Fira pula
entahlah…. Aku rasa pelik..macam ada udang di sebalilk mee…” Sheqa cuba berkias
aish..tak fahamlah aku dengan engkau ni..macam-macam aja…” balas  fira pula
Sheqa hanya tersenyum. Di dalam kepalanya bermacam rencana telah dibuat untuk mengorek rahsia bos dan juga rakannya itu. Fira sedikit pun tidak curiga dengan ungkapan Sheqa itu.
………………………………………………
Petang itu Fira pulang menaiki teksi. Dia bernasib baik kerana ketika pulang, Fikri masih belum sampai lagi. Jika diikutkan hati, dia tidak mahu pulang ke rumah besar itu. Mahu saja dia bermalam di rumah abahnya. Tetapi apabila memikirkan amaran Fikri dan juga apa kata orang tua mereka nanti dia gagahkan juga diri untuk pulang ke rumah besar itu.

Fikri sampai di rumah setengah jam kemudian. Masuk sahaja di dalam rumah, dia terus mencari kelibat isterinya.
faiz..kak Fira dah balik..?” Tanya Fikri kepada adiknya yangs edang menonton televisyen di ruang tamu
dah…. Dia ada kat atas rasanya…” jawab faiz
tadi dia balik dengan siapa..?” Tanya Fikri lagi
entahlah…rasanya macam naik teksi…” jawab faiz
okey..thanks..” balas Fikri sambil melangkah untuk ke tingkat atas.
Fikri memulas perlahan tombol pintu biliknya. Suasana sepi menyelubungi bilik itu. Fikri tersenyum melihat sekujur tubuh sedang lena di atas katil. Fikri perlahan-lahan duduk di birai katil. Diamati wajah isterinya yang polos situ.
comel betul dia ni time tidur…’ desis hati kecil Fikri. Dalam diam , dia memuji isterinya itu.
lurus tapi nakal..’ tambah Fikri lagi di dalam hati bila mengenangkan sikap dan keletah isterinya itu.
Tanpa diduga, ketika Fikri ingin bangun, kakinya terpijak sesuatu dan dia tergelincir. Wajahnya tersembam ke tubuh Fira. Tepat pada bahagian dada Fira. Fira yang terkejut terus terbangun. Dia menjerit dengan sekuat hati kerana terkejut dengan apa yang terjadi.
Arghhhh……….!!!” Jerit Fira lantang
Seisi rumah itu terkejut mendengar jeritan Fira. Datuk Faizal dan Datin Maria lantas bergegas ke bilik mereka.
Fikri kalut apabila isterinya menjerit seperti orang hysteria. Dia cuba menenangkan Fira.
Tok..tok…tok..
Fikri membuka pintu apabila mendengar ketukan dari luar. Terpacul ibu dan papanya di luar  bilik mereka.
fik..fira..kenapa ni..?” Tanya Datuk Faizal
Datin maria sudah menerobos masuk mendapatkan menantunya.
kenapa ni fira…? Fik buat apa oada kamu…?” Tanya Datin maria pula
errr…ermmm..” fira tergagap-gagap ingin menjawab
em.. tak ada apa-apalah ibu… Fira ni terkejut sebab ada lipas terjatuh atas dia tadi…” jawab Fikri cuba menutup perkara sebenar
lipas…huh..lipas kepala hitam nama Mohd Fikri Yazed…’ gumam Fira di dalam hati
lipas..? ke kamu yang jadi lipas…?” balas datin maria dengan senyuman sinis di bibir
Fira hanya mendiamkan diri. Fikri hanya tersenyum kelat.
kalau yap on nak buat kerja, tunggulah tengah malam Fik..ini dah nak maghrib..” peril Datuk Faizal dengan senyuman di bibir
Datuk faizal dan Datin Maria berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.
awaklah ni..kalau awak tak menjerit, mesti ibu dengan papa tak kemari..” bebel Fikri sambil menutup pintu bilik mereka.
bukan salah saya…salah lipas besar tu…siapa suruh landing………………….” Fira tidak jafi ingin meneruskan kata-katanya. Dia hanya membuat wajah selamba
apa…?” Tanya Fikri geram, melihat wajah selamba isterinya itu.
Fira tidak mengendahkan pertanyaan Fikri. Dia terus berlalu menuju ke bilik air. Seketika itu dia terlupa apa yang terjadi di pejabat siang tadi dan apa yang berlaku sebentar tadi.
BAB 24
Selesai makan malam, fira terus naik ke bilik. Tidak betah  dia duduk lama-lama menghadap Fikri.  Dia fikir dia boleh melupakan dua kejadian tersebut tetapi ternyata silap. Apabila terpandang wajah Fikri, automatik fikirannya akan teringatkan dua kejadian tersebut.
Datin Maria yang sedar akan sikap menantunya itu, cuba merisik khabar dari anaknya.
Fik... kenapa ibu tengok Fira tu lain macam aja..?” tanya Datin Maria
Lain macam mana pula tu bu...?” tanya Fikri kembali
Lain macamlah..macam ada sesuatu aja yang tak kena..” terang Datin Maria
tak adalah bu..biasa aja Fik tengok...” balas Fikri pula
Biasa apanya.. makan pun ibu tengok tak lalu.. muka macam tak bersemangat..entah-entah...” Datin Maria mula mahu serkap jarang
entah-entah apa pula nib u...?” tanya Fikri ingin tahu
entah-entah.... dah ada isi kot....” teka Datin Maria
Fikri tersedak mendengar ungkapan ibunya itu. Di dalam hati, dia bermonolog sendiri.
nak ada isi apanya... buat isi pun tak pernah...’
Faiz  yang terdengar perbualan mereka, tiba-tiba menyampuk.
apa bu...?? faiz dah nak dapat anak buah ke..?” tanya Faiz ceria
ish kamu ni... orang tua-tua berbual jangan menyampuk.. jangan menyebok halo rang dewasa...” tegur Datin Maria
Cuba kamu bawa dia pergi klinik....” usul Datin Maria kepada Fikri
‘‘ish ibu ni..tak adalah... Fira tu rindu kat abah... kan dah lama tak pergi jenguk abah... lagipun Fira tengah lampu merah la bu.. mana ada isi...” balas Fikri membuat andaian sendiri
lambat lagilah ni ye ibu nak dapat cucu..? emm... kamu tu, pergilah bawa Fira jumpa abah dia minggu ni.. kesian ibu tengok...” arah Datin Maria
emm... Insya Allah..” jawab Fikri pendek
Fikri naik dululah ye bu, nak tengok Fira kejap...” ucap Fikri meminta diri seraya melangkah naik ke bilik.
..................................................................................
Fikri menuju ke bilik tidurnya. Fira yang sedang khusyuk membaca terus merebahkan diri, berpura-pura tidur saat terdengar tombol pintu dipulas dari luar.
tak payahlah awak nak pura-pura tidur....” tegur Fikri kepada Fira
Fira hanya membuat tak tahu sahaja dengan teguran itu dan dia masih lagi berpura-pura tidur. Fikri berhajat mengenakan Fira. Dia mengambil sesuatu di dalam laci dan membalingkan nya kea rah Fira.
lipas..lipas....” jerit Fikri
Fira yang terkejut, secara automatic bangun dari katil itu sambil terjerit. Fikri tergelak riang kerana dapat mengenakan isterinya itu.
hahahaha... takut lipas rupanya awak ni ya... hahaha “ ejek Fikri dengan ketawa yang masih kedengaran.
Fira hanya menjeling tajam ke arah Fikri. Kemudian dia terus duduk di birai katil. Fikri juga sama.
Hujung minggu ni kita balik rumah abah....” beritahu Fikri kepada Fira
Wajah Fira yang masam, berubah menjadi ceria mendengar ungkapan itu.
ye ke ni awak..? betul ke ni..?” tanya Fira seakan tidak percaya
ye lah...” jawab Fikri pendek
saya ingat awak dah tak nak cakap dengan saya dah... cakap aja nak pergi rumah abah terus berubah mood...” perli Fikri
emmm.. apa-apalah awak.. yang penting saya dapat jumpa abah..thanks awak....” balas Fira dengan senyuman yang terukir di bibir
kan elok macam tu..ini macam tapai busuk aja saya tengok...” perli Fikri
dah ibu ingat awak tu ada isi...” tambah Fikri lagi.
ada isi..???” tanya Fira tidak mengerti
Ada isilah... pregnant....” jawab Fikri seraya mengambil buku dari tangan Fira.
hah...? erk....” terkejut Fira mendengar kenyataan Fikri itu
pregnant...herm..entah bila agaknya atau mungkin tak kan pernah terjadi...” ucap Fira perlahan
‘’apa...?” tanya Fikri
ermm..? tak ada apa-apa...dah tu awak iyakan ke?” tanya Fira pula
taklah.... tak kan saya nak mengada-adakan benda yang tak ada..saya cakap kat ibu yang awak tengah lampu merah...” beritahu Fikri
pandai juga awak bagi alasan ya...tapi saya tak lampu merah...” balas Fira selamba
Fikri terus memandang Fira. Mendengar jawapan Fira itu membuatkan FIkri ingin mengenakannya sekali lagi.
KIranya green light la ni ya... kalau macam tu, bolehlah kita tunaikan hajat ibu tu kan...pap pon cakap tadi kan, nak buat kerja biar tengah malam...” balas Fikri sambil tersenyum nakal kepada Fira
hah..??” Fira yang terkejut mendengar kata-kata Fikri itu, terus merebahkan diri sambil menyelubungi seluruh tubuhnya dengan selimut. Fikri tidak dapat menahan ketawanya melihat keletah isterinya itu. Sesungguhnya Fira masih belum sedia untuk itu semua. Walaupun sudah dua bulan mereka berkahwin.
esok jangan lambat lagi... lambat saya tinggal... lagi satu..jangan nak pakai baju tak cukup kain macam siang tadi...” pesan Fikri kepada Fira.

BAB 25
Pagi itu Fira bangun lebih awal. Dia tidak mahu Fikri meninggalkannya seperti  semalam kerana lambat bersiap. Ketika Fikri turun, Fira sudah pun menunggunya di bawah. Hari itu, mereka ke pejabat memakai pakaian yang sedondon warnanya.
........................
Ketika di dalam kereta, Fira hanya mendiamkan diri.
cepat awak hari ni ya..? takut kena tinggal ke?” perli Fikri
Fira masih lagi mendiamkan diri tanpa mengendahkan kata-kata Fikri.
Ada pun baju yang cukup kain.. kalau tak ada, pakai aja baju kurung awak yang dulu-dulu tu..” perli Fikri lagi
Fira masih lagi mendiamkan diri. Buat muka selamba. Fikri bengang dengan sikap Fira yang selamba itu. Tiba-tiba Fikri membrek keretanya. Fira yang terkejut dengan tindakan reflex Fikri itu terus memarahi Fikri kerana tiba-tiba membrek keretanya tanpa sebab.
Awak....!! Gila ke brek kereta ni tiba-tiba...??huh..!!” marah Fira
Ada pun suara....ingat dah bisu tadi....” perli Fikri sambil memandu semula keretanya
Sekali lagi Fira senyap. Membuat muka selamba. Geram pula Fikri dengan sikap Fira.
Awak ni kenapa...? nak buat perangai lagi ke..?” berang Fikri
errr... saya tak tahu nak cakap apa...” jawab Fira perlahan. Takut dia bila suara Fikri sudah meninggi.
jawab apa yang saya tanya..itu pun susah ke..? kenapa mesti nak senyap...? ada emas ke dalam mulult awak tu...?” bebel Fikri kepada Fira
Fikri mengerling ke arah Fira. Fira hanya mendiamkan diri. Dia takut untuk memandang wajah Fikri.
jangan ngada-ngada nak buat perangai lagi...” tambah Fikri lagi
awak memang sengaja  kan, pakai baju sama dengan saya....?” TANYA Fikri dengan suara yang sudah mula mengendur
Errr... tak adalah...baju ni da siap iron...mana saya tahu awak pun pakai baju sama colour dengan saya....” jawab Fira tergagap-gagap.
Fikri hanya tersenyum sinis mendengar jawapan Fira itu. Selepas itu, suasana kembali senyap sehingga mereka sampai ke tempat kerja.
..................................................
Fikri dan Fira beriringan masuk ke pejabat. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata sedang merenung tajam kea rah mereka. Orang itu adalah Ely. Dalam diam rupanya Ely menaruh hati kepada Fikri. Bukan tidak pernah Ely member ‘hint’ kepada Fikri tentang perasaannya tetapi Fikri yang sengaja tidak mahu mengendahkannya. Fikri  dan Fira berpisah apabila FIkri masuk ke biliknya. Ketika Fira duduk di tempatnya, dia ditegur oleh Sheqa.
wah kau hari ni, datang dama tepat dengan bos... tak bising ke dia, engkau datang sama masa dengan dia..?” tanya Sheqa
alah...terkebetulanlah... bukannya saing pun.. ni aku nak cerita sikit ni...” balas FIra kembali
hah..apa  dia..? cepat cerita..” balas Sheqa tak sabar ingin tahu
Ish kau ni...bab gossip cepat aja kan...” belum sempat Fira meneruskan kata-katanya, Fikri sudahpun berada di hadapan mejanya. Tidak jadi dia ingin meneruskan ceritanya. Sheqa pula terus berpura-pura sedang membuat kerja,
Errr... ya En. Fikri, ada apa-apa  yang encik nak ke..?” tanya Fira tergagap-gagap
saya nak keluar kejap.. nanti pukul 11.00 pagi ikut saya pergi meeting di Syarikat En. Leong. Saya kena gantikan Datuk. Jangan lupa dapatkan segala maklumat dari Kak Yati..” jelas Fikri
Fira hanya mengangguk tanda faham. Sebelum keluar, Fikri sempat melemparkan senyuman kepada Sheqa.
weyh..weyh... bos kau senyum kat akulah..” beritahu Sheqa dengan nada percaya dan tidak.
sukalah kau ya... entah-entah dia suka kat kau tak...?” gurau Fira
banyaklah kau... dah tu laki dengan anak aku tu nak campak mana...?” balas Sheqa semula
aku rasakan macam ada sesuatu yang luar biasalah hari ni...” jelas Sheqa dengan penuh curiga
apa yang luar biasanya..?” tanya Fira kembali
kau dengan en. Fikri.... baru aku perasan, yang baju korang warna sedondon... dia pakai warna ungu, engkau pon sama..berjanji ke..? ataupun...?” balas FIra dengan penuh curiga
erkkk..?? ala...terkebetulan ajalah.. tak kuasa aku nak berjanji-janji dengan dia.. engkau pon tahu kan aku dengan bos aku tu amcam mana...” terang Fira pula
ye lah tu... banyak betul kebetulan korang ye hari ni...” balas Sheqa sambil tersenyum sinis
mana baju kau yang vogue macam semalam tu weyh...?” tanya Sheqa lagi
simpan..ada orang tak suka  aku pakai macam tu...” balas Fira bersahaja.
siapa..? En. Fikri..? En. Hisyam..?”tanya Sheqa ingin tahu.
siapa-siapa ajalah Sheqa oiii...yang penting aku tetap nampak cun kan...hahaha” seloroh Fira
yelah tu..cunla juga..kalau macam semalam lagi meletup beb...hahaha” balas Sheqa pula
macam-macamlah kau ni..dah lah weyh.. aku nak prepare untuk meeting nanti..karang kalau tak lengkap maklumat, aku juga yang kena dengan En. Fikri..”
Mereka menamatkan perbualan mereka setakat itu. Selepas itu, Fira terus melakukan tugas yang diarah oleh Fikri.
BAB 26
Hari-hari seterusnya, Fira dan Fikri ke tempat kerja bersama-sama. Suatu hari tanpa diduga, rupanya saat mereka tiba , Sheqa juga baru sampai . Mereka tidak perasan bahawa Sheqa nampak mereka berdua turun dari kereta yang sama. Tanpa mereka sedari, Sheqa telah mengambil gambar mereka berdua dan dia terus beredar dari tempat letak kenderaan itu.
Untuk mengelakkan staf di pejabat mencurigai mereka berdua datang bersama, Fikri meminta Fira masuk ke pejabat terlebih dahulu . rupa0rupanya selain Sheqa, ada sepasang mata lain yang mengintai gerak geri mereka berdua. Dan orang itu ailah Ely. Sejak peristiwa seminggu lalu, Ely rupanya telah mengintai mereka berdua  dalam diam.
................
Bos aku dah samapi...?” tanya Fira kepada Sheqa seraya melabuhkan punggung di kerusinya. Dia berpura-pura bertanya, sedangkan dia sendiri tahu hakikat sebenar.
belum... bukan dia datang dengan kau ke...?” duga Fira
datang dengan aku...? bila masa pula...?” jawab Fira seakan-akan tidak mengerti
eleh..sudahlah....macamlah aku tak tahu... kau nak aku tunjuk bukti ke..?” tanya Sheqa seakan mengugut
 Fira kecut perut mendengar jawapan Sheqa itu.
hah...tahu takut...hahaa “ balas Sheqa sambil ketawa
Beberapa minit kemudian , Fikri masuk ke pejabat beriringan dengan Ely. Jelas senyuman sinis Ely dilemparkan kepada FIra. Fira bermonolog sendiri di dalam hati.
patutlah suruh aku jalan dulu..rupanya dia tunggu si gedik ni..huh..’
Fira nanti masuk  ke bilik saya...” saya arah Fikri ketika dia melintasi meja Fira
Tok..tok..tok...
masuk...’’ arah Fikri
Fira melangkah masuk ke bilik Fikri setelah diarahkan. Fikri menyuruh Fira duduk.
Ada apa-apa ke yang En. Fikri nak..?” tanya Fira kepada bosnya merangkap suaminya itu
tak ada..Cuma saya nak beritahu awak, yang saya tak dapat nak bawa awak pergi rumah abah minggu ni... petang ni saya ada meeting dengan syarikat Bukit Mas. Saya akan pergi dengan Ely. Esok pula, Ely minta saya teman dia jumpa klien dari Taiwan... so, saya harap awak faham...” jelas Fikri
Seperti mahu menangis Fira mendengar penjelasan Fikri itu. Siapa sebenarnya dia di mata Fikri, dia ingin membantah tetapu dia sedar tak mungkin Fikri ingin mendengarnya. Sejurus itu, Fira terus melangkah keluar dari bilik Fikri.
...............................................
Hari itu, Fira merasa seperti tiada semangat untuk membuat kerja. Menjelang waktu rehat, Fira terus meluru ke bilik Fikri, sebelum lelaki itu keluar.
Yups.. Fira , kenapa..?” tanya Fikri yang sedang bersiap-siap untuk keluar.
ermmm... saya nak minta balik awal...” beritahu Fira
balik awal..? kenapa pula...?” tanya Fikri ingin tahu
entah... saya rasa macam tak sihat... tak ada mood nak kerja...” balas Fira
oowh... malas nak kerja rupanya...” balas Fikri kembali
awak  bagi ke tak ni...?” tanya Fira kembali
kalau saya tak nak bagi, awak nak buat apa..?” duga Fikri
jangan macam-macamlah.. saya tak ada mood ni...” balas Fira lagi
eh..saya bos ke awak bos ..? saya ada hak untuk bagi keizinan awak pulang awal atau tak...” tegas Fikri
ok..fine.. kalau awak tak nak bagi tak apa.. saya minta izin papa aja...” tukas Fira dengan riak wajah yang sudah berubah
yela-yela... sini boring tu, saya sign.. kalau ya pon, janganlah sampai nak menangis...” seloroh Fikri
Fira menyerahkan borang pulang awal kepada Fikri untuk ditanda tangani. Sesudah Fikri menanda tangani borang itu, Fira terus melangkah keluar tanpa berkata apa. Fikri terkedu dengan tindakan Fira.
BAB 27
Fira terus mengambil keputusan untuk pulang ke rumah abahnya. Sebelum itu, dia menghubungi  ibu mertuanya terlebih dahulu untuk memaklumkan keberadaannya. Pada Fikri, dia hanya mendiamkan diri.
eh, Fira.. sorang saja..? Fik mana..?” tanya Pakcik Fakrul
Fik sibuk....” jawab Fira pendek
Ni.. Fira ke mari, Fik tahu tak...?” tanya Pak cik Fakrul lagi
Fira dah bagitahu dah tadi kat office..” bohong Fira. Padahal dia  langsung tidak memberitahu ke mana arah tujunya kepada Fikri.
Fira naik dulu ya bah...letih...” balas Fira lagi
.........................................
Fikri pulang lewat malam setelah mesyuarat selesai. Dia terus menanyakan Fira kepada ibunya.
Fira mana bu...? dah tidur ke...?” tanya Fikri
Aik... Fira kan ke rumah abahnya... kamu tak tahu ke...?” jawab Datin Maria
Alamak... lupah bu... tadi Fira ada bagitahu..” bohong Fikri. Hakikatnya dia tidak tahu menahu langsung yang Fira ke rumah abahnya.
Apalah kamu ni..entah-entah dia merajuk agaknya.. kamu dah janji tapi tak tunaikan...” balas Datin Maria
Fik bukan sengaja.... Fik ada kerja... tak apalah bu, nanti Fik telefon dia....”balas Fikri kembali. Dia terus melangkah menuju ke tingkat atas.
Selepas membersihkan diri, Fikri cuba menghubungi Fira tetapi Fira tidak menjawabnya.
...............................................
Abah..... Fira nak keluar kejap ya... tengahari nanti Fira balik...”
Fira nak ke mana tu..? dah minta izin Fik...?” tanya Pak cik Fakrul
sudah.....” bohong Fira
Fira nak beli barang sikit...” tambah Fira lagi
ye lah... hati-hati ya...” pesan Pakcik Fakrul
.....................................................
Ketika sedang mencari barang yang dikehendaki, Fira terserempak dengan En. Hisyam, Pegawai Pemasaran di tempat kerjanya. En.Hisyam mempelawa Fira untuk makan tengahari bersama dengannya, tetapi Fira menolak. Berkali-kali dipujuk akhirnya Fira bersetuju. Tanpa diduga, Fira dan En. Hisyam bertembung dengan Fikri bersama Ely yang baru selesai makan di kedai makan yang sama mereka tuju.
hai, En. Fik... Ely... tak sangka jumpa u all kat sini...” tegur HIsyam
Fira di sebelah hanya membuat muka selamba.
Hey... u all pon makan dekat sini ke..? tak sangka i, rupanya dalam diam u dengan Fira  ye Hisyam..” balas Ely pula. Tangannya berpaut mesra pada lengan Fikri
Fikri merenung tajam ke arah Fira tetapi dia sedikit pun tidak menunjukkan riak takut seperti selalu. Panas hati Fikri melihat sikap selamba isterinya itu.
okeylah  Hisyam... kami pergi dulu , ada hal...” balas Fikri sambil mengatur langkah meninggalkan kedai makan itu bersama Ely.
Beberapa minit selepas Fikri meninggalkan kedai itu, Fira menerima panggilan dari Fikri.
Balik sekarag....!!!” arah Fikri dengan suara yang kedengaran begitu tegas.
Belum sempat Fira menjawab, Fikri telah pun mematikan talian terlebih dahulu.
Fira tidak mengendahkan arahan Fikri itu. Lebih kurang sejam lebih kemudian, dia mendapat panggilan dari abahnya yang menyuruhnya pulang segera.
En. Hisyam.. saya pulang dulu ya.. abah saya call bagitahu kawan saya datang...” beritahu Fira
kalau macam tu, marilah saya hantarkan...” pelawa En. Hisyam
Eh.. tak apalah..okeylah saya balik dulu ya...terima kasih...” balas Fira seraya meninggalkan tempat itu
................................................
kenapa Fira  lambat...? lama dah Fikri tunggu Fira...Fira tak tahu ke Fik nak datang...?” tanya Pakcik Fakrul
Fik mana bah...? “ tanya Fira tanpa menjawab pertanyaan abahnya. Dia meninggalkan semua barang yang dibelinya di atas meja makan
Dia ada kaat atas.. dalam bilik kamu...” beritahu Pakcik Fakrul
Fira terus melangkah naik menuju ke bilik tidurnya. Dilihatnya Fikri sedang berdiri di tepi tingkap sambil merenung tajam ke arahnya.
baru balik...?” tanya Fikri tegas
Awak dah mula nak buat perangai lagi ke..?”
Awak ke mana tadi...?” tanya Fikri lagi
Kenapa awak nak ahu...? awak keluar dengan Ely, saya tak ambil tahu pun...” balas Fira selamba
sqya tanya awak ke mana tadi..?!! “ tanya Fikri sekali lagi dengan tegas
saya keluar beli barang...” jawab Fira
beli barang atau pergi jumpa Hisyam..?” tanya Fikri lagi
suka hati awaklah nak fikir apa...” balas Fira kembali
kan saya dah kata.. jangan nak buat perangai.. jangan keluar dengan dia... lagi satu selagi awak tu isteri saya, maklumkan semua pergerakan awak pada saya terlebih dahulu...” jelas Fikri dengan suara yang masih meninggi
saya tunggu awak kat rumah ni dekat 3 jam, tapi awak tak balik-balik.. awak ingat saya apa...” berang Fikri
saya tak suruh pun awak ke mari... saya tak suruh pun awak tunggu saya... ada saya marah bila awak tak tunaikan janji awak? Ada saya melenting bila awak lebihkan orang lain dari saya...?” luah Fira dengan tangisan yang sudah mula kedengaran
Fikri rasa bersalah melihat Fira menangis. Dia ingin mendekati isterinya untuk memujuk tetapi Fira menolaknya. Ego lelakinya rasa tercabar diperlakukan begitu.
pergi...saya tak perlukan awak... ! awak tak payah datang sini lagi... pergi.... pergi dari sini...” Fira menghalau Fikri tanpa dia sedari.
Fikri terus berlalu pergi meninggalkan Fira sendirian. Rasa tercabar dirinya diperlakukan begitu.
Fik nak pergi mana ni...?” tanya Pakcik Fakrul saat melihat FIkri ingin bergegas keluar
Fik nak balik.. lagipun Fira tak suka Fik ada kat sini...” jawab Fikri sambil menyalami bapa mertuanya.
BAB 28
Pakcik Fakrul segera menuju ke bilik Fira. Dia melihat Fira sedang menangis teresak-esak di tepi katil.
Fira... kenapa ni sayang..?” tanya Pakcik Fakrul lembut
Fira benci Fik abah.... Fira benci...” balas Fira dengan suara yang tersedu sedan
Fik buat apa pada Fira...? Dia pukul Fira ke..?” tanya Pakcik Fakrul lagi
Fira hanya menggeleng.
Sudahlah tu... tak baik membenci suami Fira... Fik kan suami Fira...”
Cuba Fira cerita kat abah, apa yang berlaku sebenarnya....” pujuk Pakcik Fakrul
Fira menceritakan apa yang telah terjadi kepada abahnya.
sudahlah sayang.... Abah rasa Fik tak salah... Dia marah Fira pun bersebabkan..? itu maknanya dia sayangkan Fira... Fira kena faham kerja Fik, dia sibuk... tapi cuba Fira tengok tadi, dia nak juga kan datang...” pujuk Pakcik Fakrul lembut
kalau dia sayangkan Fira, kenapa dia tinggalkan Fira tadi..? kenapa dia tak pujuk Fira...?” tanya Fira pula
Mungkin dia kecil hati sebab Fira suruh dia pergi.....”
Fira sayang...... Fira dah lupa ke apa yang abah pesan dulu..? syurga isteri terletak bawah kaki suami apabila seorang perempuan itu berkahwin. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami.... pergilah balik, minta maaf pada Fik... tak baik macam ni.... tak salah Fira beralah nak....  “ nasihat Pakcik Fakrul kepada Fira
Fira berasa terkesan dengan kata-kata abahnya itu. Dia sedar dia telah bersikap kasar terhadap suaminya itu. Dia juga telah melakukan sesuatu yang Fikri tidak suka.
isteri yang mendatangkan kemarahan pada suami dan suami pula tidak memaafkannya sebelum tidur, isteri itu akan dilaknat malaikat sehingga subuh...” tambah Pak cik Fakrul lagi seraya meninggalkan Fira sendirian.
Fira memikirkan balik apa yang diperkatakan oleh abahnya itu.
...........................................................
Assalamualaikum...Cik Yah, saya ni Fakrul..” ucap Pakcik Fakrul sejurus panggilan dijawab
Waalaikummussalam.. ya Fakrul, nak cakap dengan Faizal ke..? dia tak ada..keluar sekejap dengan Faiz..” beritahu Datin Maria
tak mengapa... dengan Cik Yah pon boleh...”
saya nak tanya ni... Fik dah balik ke...?” tambah Pakcik Fakrul lagi
Dia baru aja balik... ada dalam bilik dia... kenapa Fakrul...?” tanya Datin Maria pula
Pakcik Fakrul menceritakan serba sedikit apa yang terjadi kepada Datin Maria.
Cubalah Cik Yah pujuk si Fik tu..tentang Fira jangan risau... nanti saya pujuk dia balik ke sana malam ni...” jelas Pakcik Fakrul
Baiklah kalau macam tu..” balas Datin Maria kembali

BAB 29
Malam itu, Pakcik Fakrul menghantar Fira pulang ke rumah mertuanya.
ibu.... maafkan Fira...” Fira mendapatkan ibu mertuanya yang berada di ruang tamu.
sudahlah tu sayang... kamu tak salah dengan ibu... pergilah naik atas, jumpa Fik...” balas Datin Maria
Fira terus melangkah naik menuju ke bilik tidurnya meninggalkan semua yang ada di ruang tamu. Ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik itu, dia lihat Fikri sedang membaca buku. Segera dia mendapatkan Fikri.
awak..... saya minta maaf...” pinta Fira kepada Fikri
Fikri pula hanya diam tidak mengendahkan Fira
awak... tolong maafkan saya... saya tak ada niat nak suruh awak pergi tadi...” ucap Fira. Bersungguh-sungguh dia meminta maaf tetapi Fikri tetap begitu.
Fikri terus menutup buku yang dibacanya. Lantas dia merebahkan dirinya di katil.
Fiar duduk di sisi katil sambil memegang tangan Fikri.
Awak... tolong lah maafkan saya... saya tahu saya salah.. Demi Allah, saya tak ada niat langsung jumpa dengan Hisyam. Kami terserempak masa saya beli barang tadi... tolong maafkan saya awak.. saya dah berkasar dengan awak tadi... saya tak nak malaikat laknat saya , sebab buat awak berasa hati dengan saya dan tak maafkan saya...” pinta Fira dengan sedu sedan yang jelas kedengaran.
Basah tangan Fikri dihujani air mata Fira. Sayu hatinya mendengar kesungguhan isterinya memohon maaf. Tersentuh juga hati lelakinya. Dalam hati Fikri mengakui yang dia telah memaafkan isterinya itu. Tetapi dia tetap masih begitu sehingga akhirnya kedua-dua terlelap.
Fikri tersedar sewaktu jam menunjukkan angka 3 pagi. Dilihat isterinya sudah terlena ditepinya dengan pipi yang dibasahi air mata. Fikri bangun dan mengucup dahi Fira. Kemudian dia mengangkat isterinya dan meletakkannya di atas katil.
........................................
Ketika Fira bangun, Fikri sudah tiada di dalam dilik itu. Setelah selesai membersihkan diri, dia terus bersiap-siap turun ke bawah.
ibu.... Fik mana?” tanya Fira kepada ibu mertuanya yang sedang bersarapan.
dia keluar pergi jogging dengan papa dan faiz..” beritahu datin Maria
Mari sini Fira.. sarapan dengan ibu....” pelawa Datin Maria
Fira segera melabuhkan punggung ke atas kerusi di sebelah ibu mertuanya.
Fira dah okey ke dengan Fik...?” tanya Datin Maria
Entahlah bu.. Fik senyap aja dari malam tadi... Pagi tadi pun Fira tak sempat jumpa dia... Marah sungguh Fik dengan Fira agaknya ya bu...” jawab Fira dengan suara yang pilu
sabarlah sayang... Fira jangan putus asa ya nak... teruskan usaha Fira pujuk Fik... lama-lama lembutlah hati dia tu nanti...” pujuk Datin Maria
Fira hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Datin maria.
Tidak lama selepas itu, Dikri pulang dari ebrjoging bersama papa dan adiknya. Fira terus menegur suaminya itu tetapi tidak diendahkan.
awak dah balik...? awak nak sarapan?” tanya Fira memancing perhatian Fikri
ibu... Fik naik dulu ya... nak mandi...” beritahu Fikri kepada ibunya dan terus berlalu ke tingkat atas.
sabar ya Fira....” pujuk Datuk Faizal pula
Sehingga ke petang Fikri masih lagi begitu. Sudah puas Fira meminta maaf kepadanya, tapi langsung tidak diendahkan.
Tiba-tiba Fira teringat akan pesan abahnya, “kalau mahu pikat hati suami, kena pikat perutnya dahulu..” seraya itu dia teringat akan janjinya pada Fikri untuk memasakkan sesuatu buat suaminya beberapa minggu lepas.
Selesai membuat ‘Fruit Cheese Tart’ kegemaran Fikri, Fira membawakan juadah itu ke bilik bacaan di mana Fikri sedang berada.
Tok..tok..
masuk...” arah Fikri
awak.... saya bawakan kuih kegemaran awak...” ucap Fira sambil tersenyum mesra
ermmm...” balas Fikri pendek
Awak...saya nak minta maaf..tolong maafkan saya ya..” uacap Fira kepad Fikri
Fikri masih lagi mendiamkan diri
awak..tolonglah..saya tahu saya bersalah..saya sungguh-sungguh menyesal.. saya janji tak buat lagi... tolong maafkan saya...awak......” rayu Fira dengan air mata yang sudah mula bergenang
Tersentuh juga hati lelaki Fikri melihat kesungguhan isterinya itu. Sesungguhnya dia kalah dengan air mata wanita itu.
sudahlah tu... jangan menangis lagi, tinggalkan aja kat situ... nanti saya makanlah...’’ ucap Fikri
awak....?” ucap Fira perlahan dengan air mata yang masih berlinang
ya... sudahlah... saya dah maafkan awak... dah jangan nangis lagi....buruk dah...” gurau Fikri
terima kasih awak...” ucap Fira gembira sehingga tanpa sedar dia mencium pipi Fikri. Fikri terkedu seketika. Fira pula malu tak menentu.
err... saya tinggal dulu ya.. jangan lupa makan.. saya buat khas untuk awak...” balas Fira tergagap-gagap menahan malu atas tindakkannya sebentar tadi.
tengoklah.... nanti saya komen.. kalau habis maknanya oekylah tu..kalau tak habis, faham-faham sendirilah....” ucap Fikri kepada Fira
Fira terus keluar dari bilik itu dengan senyuman terukir di bibir. Fikri pula tersenyum sendirian di bilik itu sambil menikmati juadah buatan isterinya.

BAB 30
ibu.. nampak Fira tak..?” tanya Fikri kepada ibunya yang sedang berehat di tepi kolam ikan bersama papa dan adiknya.
tak nampak pula ibu..kamu berdua dah berbaik ya Fik...?” tanya Datin Maria ceria
Fikri hanya melemparkan senyuman kepada ibunya. Kemudian dia meminta diri untuk mencari isterinya itu.
Fikri melangkah ke dapur, dia ternampak Fira sedang memanjat tangga untuk memetik buah mangga di belakang rumah itu. Segera dia menegur isterinya itu.
awak buat apa tu..?” tanya Fikri
Fira yang tersentak mendengar teguran Fikri secara tak sengaja talah terpijak kainnya. Belum sempat Fikri datang kepadanya, dia sudah jatuh terjelepuk ke atas tanah. Lantas Fikri segera mendapatkan isterinya itu.
awak tak apa-apa ke..?” tanya Fikri cemas
‘’okey kot...” jawab Fira sambil berusaha untuk bangun
aduh...” aduh Fira sambil terduduk semula menahan sakit
mari sini saya tengok...” pinta FIkri
awak terseliuh ni...” tambah Fikri lagi
tula... lain kali pakailah seluar... siapa suruh pakai kain... bla..bla..bla..” bebel Fikri kepada Fira
Air mata Fira sudah mula bergenang di tubir mata kerana menahan sakit. Ditambah pula dengan bebelan Fikri. Tetapi hatinya senang mendengar bebelan itu. Dia dapat merasakan keprihatinan Fikri terhadapnya.
dahlah ti..jangan nangis.. awak ni ciweklah...” gurau Fikri
Fira tersenyum mendengar perkataan itu. Fikri lantas mengangkat Fira dan membawanya masuk ke dalam rumah
hah Fik, kenapa ni...?” tegur Datuk Faizal
Fira jatuh kat belakang tadi...” jawab Fikri
macam mana boleh jatuh ni Fira..? “ tanya Datin Maria pula. Dia risau dengan keadaan menantu kesayangannya itu.
Errr... Fira nak ambil buah mangga tadi kat belakang, masa nak turun, Fira terpijak kain Fira.. lepas tu terjatuh..” jelas Fira
Laa... kenapa tak minta tolong Fikri...? kamu ni Fik, kenapa biar Fira buat semua tu sendiri...?” bebel Datin Maria
Fira hanya tersenyum kelat mendengar bebelanibu mertuanya itu. Dia menoleh ke arah Fikri. Rasa bersalah kerana membuat suaminya itu dibebelin ibunya. Baru sahaja ingin berbaik, sudah jadi begini.
err..ibu, Fik bawa Fira pergi klinik dululah ya...” beritahu Fikri seraya ingin melarikan diri dari mendengar leteran ibunya itu.
..............................................................
err.. awak, sorry susahkan awak.. sebab saya, ibu marah awak...” ucap Fira memecahkan kesunyian di dalam kereta
Fikri hanya mendiamkan diri, fokus pada pemanduannya.
awak....?” panggil Fira dengan air mata yang sudah bergenang.
Dia risau jika Fikri akan kembali seperti tadi. Tidak mahu bercakap dengannya.
awak ni..sudahlah tu... asyik menangis aja..tengok mata tu... da sembab...” bebel Fikri
lain kali jangan gatal-gatal panjat pokok ke tangga kea pa ke... tengok apa dah jadi.. apasal tak panggil saya...?” tambah Fikri lagi
saya tak nak susahkan awak...” jawab Fira perlahan
habis.. ni tak susahkan saya ke...?” tanya Fikri
Fira hanya tunduk. Sambil menahan sedu. Fikri yang merasakan dirinya sudah tersalah cakap, segera mendiamkan diri dan meneruskan pemanduannya sehingga ke klinik.
.............................................................
Setibanya di rumah.
macam mana dengan kaki Fira Fik....?” tanya Datin Maria sebaik sahaja Fikri dan Fira melangkah masuk ke dalam rumah
tak ada apa-apa , Cuma terseliu sikit.. doctor dah bagi ubat tahan sakit...” beritahu Fikri sambil memapah Fira masuk
nak kena urut juga ni, baru cepat baik...” tambah Datuk Faizal pula
Nanti ibu tolong urutkan kaki Fira ni ya bu... Ibu kan pandai mengurut...” pinta Fikri kepada ibunya
Ups... tak boleh.. malam ni, papa dah tempah ibu untuk urut papa..” ucap Datuk Faizal memberi alasan sambil mengenyitkan mata pada isterinya.
haah... minta maaflah ye Fik...” ucap Datin maria pula sambil tersenyum
Fik kan pandai mengurut juga... apa guna ada ilmu mengurut yang Fik belajar dari arwah opah dulu , kalau tak di praktikkan...” tambah Datuk Faizal lagi
Sesungguhnya ibu Datin Maria, arwah opah Fikri pandai mengurut . Datin Maria dan Fikri mempelajarinya dari arwah opahnya itu.
Fikri tidak mampu berkata apa lagi. Fira yang tidak mengerti apa-apa hanya diam.
Emm... Fik bawa Fira naik dululah...” beritahu Fikri
BAB 31
Di dalam bilik,
Mari sini kaki awak tu..saya urutkan.. biar cepat baik...” arah Fikri kepada Fira
Fira serba salah ingin menghulurkan kakinya . Lantas Fikri menarik kaki Fira dan segera menyapukan minyak. Perlahan-lahan dia mengurut kaki isterinya itu. Sesekali terdengar Fira mengaduh kesakitan.
slow sikitlah awak.... sakit...” ucap Fira dengan suara yang seperti nak menangis.
kalau slow-slow, macam mana nak baik... awak ni asyik nangis aja.. tak penah eah..?” bebel Fikri
Fira hanya mencebikkan mulutnya.
Buatlah macam tu..saya cium baru awak tahu... “ gertak Fikri
Fira yang agak kalut mendengar gertakan Fikri terus menarik kakinya.
ish awak ni.. duduk diam-diam boleh tak..?” ucap Fikri sambil menarik semula kaki Fira
Fikri meneruskan urutannya sehingga selesai. Selepas itu, dia menyuruh Fira berehat.
dah.. awak rehatlah dulu.. doctor dah bagi awak mc 3 hari..esok saya beritahu Sheqa.. kalau  nak apa-apa beritahu saya, kalau saya tak ada, minta tolong ibu atau sesiapa yang ada kat rumah ni...” pesan Fikri kepada Fira sambil bangun dari katil itu.
awak....” panggil Fira
yups.... kenapa? Awak ada nak apa-apa ke..?” tanya Fikri lembut.
terima kasih awak...” ucap Fira sambil memberikan senyuman manis kepada Fikri.
Fikri turut membalas senyuman itu.
....................................
Di ruang tamu,
senang hati saya tengok budak berdua tu dah berbaik bang...” ucap datin Maria
biasalah hidup berumah tangga ni..yang penting kena sabar, saling bertolak ansur...” balas Datuk Faizal
saya risau kalau dia orang tak bahagia bang... maklumlah, kahwinpun sebab kita yang suruh...” tambah Datin Maria lagi
kita doakan ajalah yang terbaik untuk mereka.. saya tengok dia orang ok aja... kita biarkanlah dia orang berdua sesuaikan diri masing-masing dulu...” balas Datuk Faizal
agaknya harapan saya nak dapat cucu awal pon makin cerahlah jawabnya...” ucap Datin Maria penuh berharap
yang itu, biarlah dulu... jangan kita paksa budak berdua tu.. ada rezeki adalah...” balas Fatuk Faizal pula.
Kita tak usahlah masuk campur hal rumah tangga mereka.. sebagai ibu bapa , kita Cuma boleh nasihat mana yang patut aja.. jangan dipaksa sangat mereka ikut kehendak kita.. cukuplah kita dah suruh mereka ikut kehendak kita untuk berkahwin. Jangan ditambah pula dengan desakan lain lagi...” tambah Datuk Faizal lagi mengingatkan isterinya.
ye lah bang.. saya harap apa yang kita buat ni betul...” balas Datin Maria kembali.
BAB 32
Selepas 3 hari bercuti, Fira pun kembali bekerja semula.
hay.. dah sihat kau?” tanya Sheqa sebaik sahaja nampak kelibat Fira
Alhamdulilah....” balas Fira pendek sambil tersenyum kepada Sheqa
weyh..kau datang dengan bos kesayangan kau ke tadi...?” tanya Sheqa ingin tahu
ish..sibok betullah kau ni... mana ada, terserempak sajalah tadi...” balas Fira
asyik terserempak aja tak sudah-sudah...” perli Sheqa
betullah... ni aku nak bagitahu kau.. aku dah tak payah datang awal macam dulu.. aku boleh buat kerja dengan normal sekarang...hehehe”  beritahu Fira kepada sheqa dengan riang
Kiranya, kau dah berbaik dengan bos kau lah ni ya..? patutlah kau mc hari tu, dia yang tahu dulu.. selalu kan aku yang tahu dulu...” balas Sheqa kembali
kitaorang memang baiklah...” ucap Fira
baiklah konon... macamlah aku tak tahu, kau dengan en. Fikri tu tak sehaluan.. sekarang ni aja kot baru ok... entah-entah korang ada apa-apa tak....?” perli Sheqa sambil mengerdip-ngerdipkan matanya pada FIra
Belum sempat Fira menjawab, Ely telah menegur mereka.
Eh... u all ni tak ada kerja ke...? bergosip tak sudah..” perli Ely sinis
Sheqa hanya mencebikkan bibir tanda meluat. Fira pula hanya buat tak tahu.
Bos u ada tak Fira...?! I nak jumpa dia...!” tanya Ely kasar
Aik...sejak bila Cik Ely pandai nak bertanya dulu ni...? selalu main terjah aja...” perli Fira sinis
Huh..”  Ely yang bengang dengan Fira terus melangkah masuk ke bilik Fikri.
Selepas Ely keluar, Fikri memanggil Fira masuk ke biliknya melalui intercom.
Yer en, Fikri, ada apa-apa yang Encik nak...?” tanya Fira lembut sambil tersenyum kepada Fikri
Er...”terpegun seketika Fikri melihat senyuman yang diberikan Fira.
Err... tak...saya Cuma nak beritahu, sekejao lagi saya ada meeting kat luar.. tak tahu sampai pukul berapa.. nanti apa-apa hal saya beritahu awak...” jelas Fikri
boleh saya tahu meeting dengan siapa? Dan En. Fikri akan pergi dengan siapa nanti ke sana..?” tanya Fira ingin tahu
saya pergi seorang.. meeting tu dekat Hotel Parlimen.. dengan wakil  dari syarikat-syarikat yang supplier bahan untuk projek kita nanti...” jelas Fikri lagi
Errmm..ok.. ada apa-apa lagi yang en.Fikri nak..?” tanya Fira minta kepastian sebelum keluar dari bilik itu
‘‘rasanya tak ada..itu saja..” balas FIkri
Fira melangkah keluar dari bilik itu.  Senang hatinya apabila mendapat tahu yang Fikri akan keluar seorang tanpa Ely.
...............................................................................
Waktu petang di pejabat,
Bosanlah.... lambat pula nak pukul 5 ni...” jerit Sheqa tiba-tiba
kau buat apa tu weyh...” tanya Sheqa kepada Fira
‘’ Aku tengah baca novel kat blog Penulisan2u ni.. sambil-sambil borak dengan user yang lain dekat chatbox ni....” jelas Fira. Matanya masih tekun menghadap skrin komputernya
patutlah tersenyum sorang-sorang... kau ni tak ada kerja ke..?” tanya Sheqa kembali
tak ada... semua dah siap... sebab tu aku layan novel  online ni...” balas Fira kembali
Fira, jom lepak kat pantry... sembang-sembang sambil minum petang...” ajak Sheqa seraya bangun dari tempat duduknya.
Fira turut mengekori Sheqa menuju ke pantry.
Sedang mereka menikmati minum petang sambil berbual-bual kosong. Tiba-tiba Sheqa mengutarakan satu soalan yang tidak diduga.
weyh Fira.. cuba kau bagitahu aku, apa hubungan kau dengan En. Fikri sebenarnya...?” pancing Sheqa
hubungan bos dengan p.a lah...” jawab Fira selamba
kau jangan tipu aku... korang bercinta ea...?” duga Sheqa
mana ada... merepek aja kau ni...” jawab Fira cuba menutup rahsia
alah..kalau bercinta pun, apa salahnya..lagipun aku dah banyak kali terserempak korang bersama...” ucap Sheqa pula
ada ke...?” balas Sheqa kecut
jangan kelepet lah.. aku ada bukti... kau nak tengok...?” gertak Sheqa
Tiba-tiba telefon bimbit Fira berbunyi. Tertera nama “MY HUBBY’ dan gambar Fikri di skrin telefon bimbitnya. Fira kelihatan teragak-agak. Dia membiarkan sahaja telefon itu berbunyi.
hah... apasal kau tak angkat..? siap berhubby-hubby lagi.. ni kau kata tak ada apa-apa..”  perli Sheqa lagi
Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi dan tertera nama pemanggil yang sama. Lantas Sheqa menekan butang ‘ANSWER” dan ‘LOUDSPEAKER’ pada telefon itu.
Hello awak...?” ucap Fikri setelah panggilannya di jawab.
emm.. hello....” jawab Fira tergagap-gagap
awak ni kenapa...? ok ke tak ? kenapa tadi saya call tak angkat...awak kat mana ..?” tanya FIkri bertubi-tubi
Sheqa hanya menjadi pendengar setia
Er.. sorry awak... saya kat pantry.. tak perasan tadi.. kenapa awak...?” tanya Fira tergagap-gagap
saya nak bagitahu yang saya mungkin tak balik office.. meetinga saya tak habis lagi ni... nanti awak balik tumpang papa ye....” beritahu Fikri kepada Fira
emm... ok...” jawab Fira pendek
awak ni ok ke tak...?” tanya Fira tak puas hati
Ermm..?? saya ok je.. ada apa-apa lagi ke..?” tanya Fira kembali
Emm... lagi satu, nanti fail kat atas meja saya tu, tolong bawa balik... saya nak buat kerja sikit nanti balik rumah...” pesan Fikri
Selepas menamatkan perbualan, bertubi-tubi pertanyaan yang keluar dari mulut Sheqa.
apa sebenarnya hubungan korang ni..? siap panggil Datuk Papa segala.. nak kata adik beradik ? aku rasa tak.. nak kata bercinta? Mungkin juga.. pasangan kekasih..? tak kanlah sampai duduk serumah.. Entah-entah korang ni....?” duga Sheqa sambil tersenyum sinis
entah-entah apa...? macam-macamlah kau ni..” balas Fira
kau orang ni dah kahwin senyap-senyao ke...?” duga Sheqa
Fira hanya membuat tidak faham sahaja dengan pertanyaan itu.
baik kau ngaku... ke kau nak aku tanya sendiri kat En. Fikri...?” ugut Sheqa
‘’ish kau ni..yela-yela, aku beritahu... tapi janji tau... ini rahsia kita berdua...” beritahu Fira
okey...im promise...hehehe...” balas Sheqa sambil tersengih kepada Fira
Fira menceritakan segalanya yangt erjadi kepada Sheqa. Bagaimana dia boleh berkahwin dengan Fikri dan bagaimana hubungannya dengan Fikri.
lama juga ye... dah 3 bulan.. baik betul korang simpan rahsia ..hehehe” balas Sheqa
Sedang mereka berdua berbual-bual, tiba-tiba Ely muncul.
u all berdua ni tak sudah-sudah bergosip kan.. tadi u all sebut-sebut nama Fikri  kenapa...?” tanya Ely ingin tahu
Mereka hanya buat tidak tahu sahaja dengan pertanyaan Ely itu.
Mentang-mentang Fik tak ada, seronok u curi tulang ue Fira...” tambah Ely lagi
yang u nak sibuk tu kenapa Cik Ely..? i susahkan u ke? Kalau u nak beritahu En. Fikri atau Datu pun i tak heranlah...” balas Sheqa berani
Sheqa hanya mengangguk tanda menyokong kata-kata temannya itu.
huh.. berlagak u sekarang ye FIra.. u ingat sekarang u dah pandai bergaya, u boleh dapat Fikri... Fikri tu i punya..jangan cuba-cuba nak dekati dia...” gertak Ely
ada i kisah.. i ni p.a dia, dah confirm-confirm i lagi dekat dengan dia...” balas Fira cuba menyemarakkan kemarahan Ely
betul tu Cik Ely.. cuba CIk Ely tengok, dorang berdua ni memang sepadan. FIra, FIkri... nama fun dah dekat-dekat..” tambah Sheqa pula sambil tersenyum mengejek
Huh...tak guna betul korang ni...” balas Ely yang sudah mula nak mengamuk. Tangannya ingin dilayangkan ke muka Fira tetapi sempat di tahan oleh Fira.
tangan u ni tak layak nak dilayangkan ke muka i yang suci bersih ni...” ucap Fira sinis sambil menepis tangan Ely
dah..jom Sheqa kita bla... biar perempuan senget ni sorang-sorang..” ucap FIra sambil menarik tangan Sheqa beredar dari situ
Sheqa hanya mengikut sahaja Fira. Tinggallah Ely seorang diri di situ menahan rasa amarah dan bengang.

BAB 33
Petang itu FIra menumpang bapa mertuanya, Datuk Faizal untuk pulang. Nasib baik Fikri telah memaklumkan papanya terlebih dahulu. Kalau tidak pastu Datuk Faizal curiga.
Ketika Fira pulang, Fikri masih lagi belum pulang. Setelah menyapa ibu mertuanya di halaman rumah, dia terus masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri.
..................................
Ketika Fira keluar dari bilik air, Fikri sudah pun pulang dan berada di dalam bilik itu. Nasib baik Fira sudah siap berpakaian dari dalam bilik air. Muka Fikri kelihatan sedikit tegang.
Err... bila awak balik...?” tegur Fira
Fikri tidak menjawab tetapi terus menyoal Fira kembali.
Awak buat apa kat Ely tadi...?” tanya Fikri serius
Boleh tak kalau awak tak cari pasal dengan dia..?” tambah Fikri lagi.
Er... dia mengadu dengan awak ke...?” tanya Fira pula
yang awak berani sangat cakap macam tu dekat dia kenapa..? awak memang nak sangat semua orang tahu rahsia kita kan...??” berang Fikri
tak..... saya cuma bela diri saya ja.... dah dia yang cari pasal dulu..saya balaslah balik....” jawab Fira membela diri
sudah..!! saya tak nak tahu apa-apa .... lepas ni jangan nak cari pasal dengan dia... jangan nak susahkan saya dengan benda-benda macam ni... saya rimas...!!” selepas itu Fikri terus berlalu ke bilik air
Macam-macam yang Fira rasakan waktu itu. Geram dengan Ely yang mengadu pada Fikri tentang hal itu. Sedih bila Fikri memarahinya kerana Ely. Baru hendak berbaik, begini pula jadinya. Sesungguhnya dia merasa sedih apabila mengenangkan yang Fikri terlalu menyebelahi Ely dari dirinya. Dia tidak tahu sampai bila mereka akan berkeadaan begini.
........................................................
Selepas makan malam, semua orang duduk berkumpul di ruang tamu. Fira pula meminta diri untuk ke bilik. Datin Maria merasa curiga.
Fik... Fira kenapa monyok aja...? kamu bergaduh lagi ke dengan dia..?” tanya Datin Maria
Mana ada ibu.... dia datang bulan kot...” teka Fikri
datang bulan...? berapa kali nak datang bulan? Bukan baru lepas ke..?” tanya Datin Maria lagi.
errr...ermm...” Fikri hilang kata-kata
kamu jangan macam-macam ya Fik...” tegas Datin Maria
Fik naik dululah bu, papa... tengok Fira kejap..” jawab Fikri ingin melarikan diri. Dia terus berlalu ke tingkat atas.
........................................
Fikri melangkah masuk ke biliknya. Dilihat Fira sedang berbaring di katil dengan keadaan mengerekot. Fikri yang tidak tahu kenapa dia berkeadaan begitu terus menyerangnya dengan kata-kata.
awak ni kenapa, asyik nak buat hal saja... boleh tak muka tu jangan nak monyok aja...sebab awak, saya kena leter dengan ibu.. tegur sikit nak buat perangai.. tak kan nak bergaduh lagi..? baru baik kan..?!” bebel Fikri
Fira masih lagi berkeadaan begitu. Fikri hairan dan merasa geram tiba-tiba. Lantas dia mendapatkan Fira.
Fira...!! awak dengar tak..?!” tanya Fikri geram sambil mendapatkan Fira
Dilihatnya muka Fira pucat, dia sedang menahan kesakitan. Air matanya laju saja mengalir.
Fira.....? awak kenapa ni...? awak ok...?” tanya Fikri lembut. Dia risau melihat keadaan Fira begitu
saya senggugut.....tolong awak....sakit sangat.....” jawab Fira tergagap-gagap. Tak pernah dia alami senggugut yang sebegitu teruk sekali.
err.. apa saya nak buat...?” tanya Fikri terpinga-pinga
awak.... tolong ambilkan pil warna pink dalam laci tu...dengan losyen mustajab tu sekali...” beritahu Fira dengan air mata yang masih mengalir.
Fikri lantas mengambil pil yang dimaksudkan dan juga losyen mustajab.
Dia membantu Fira bangun. Fira dibiarkan bersandar di kepala katil. Fira masih lagi menangis menahan kesakitan. FIkri memberikan pil dan air kepada Fira.
macam mana...dah ok..?” tanya Fikri
Fira hanya mengangguk. Tangisannya sudah mula reda.
err... tak apalah, awak keluarlah dulu.. nanti saya sapu sendiri losyen tummm” beritahu Fira
‘’ tak payah... malas saya nak turun..nanti ibu tanya macam-macam kat saya.. bak sini losyen tu.. saya tolong awak...dah baring... saya tolong...” arah FIkri
Fikri sudah ingin menyelak baju Fira untuk menyapu losyen dan mengurut perut Fira bagi meredakan kesakitan. Tetapi Fira melarang.
Err.... awak nak buat apa ni...?” tanya Fira sambil menghalang tangan Fikri dari menyelak bajunya.
nak urutlah...dah jangan banyak soal... “ ucap FIkri lantas menyelak baju Fira. Perlahan-lahan dia menyapu losyen mustajab dan mengurut perut Fira.
selalu ke awak senggugut macam ni...?” tanya Fikri yang masih lagi mengurut perut Fira.
Err.... ?” Fira yang terlalu asyik melayan perasaan, terkejut seketika.
berangan ke...?” tanya Fikri. Fira tidak menjawab. Malah dia mngucapkan terima kasih kepada Fikri
awak.... terima kasih ya... saya minta maaf asyik susahkan awak je...” ucap Fira dengan air mata yang sudah mula mengalir
Dia terharu dengan apa yang Fikri lakukan. Walaupun marah dan benci kepadanya, Fikri tetap mengambil berat akan dirinya.
awak ni nangis lagi...tak sudah-sudah nangis..murah betul air mata awak tu ya...” ucap Fikri pula
bagus juga macam ni..dapat saya tengok dan pegang perut awak yang gebu ni...hahaha” tambah Fikri lagi dengan ketawa yang kedengaran.
erk...” Fira malu dengan kata-kata Fikri itu. Kantas dia menundukkan wajahnya. Mukanya sudah merona merah.
kenapa..? malu ke...? hahaha..” ucap Fikri lagi
esok nak mc ke...?” tanya Fikri lagi menukar topic
tak payah kot...okeylah ni kejap lagi..takkan nak mc lagi..baru mc kan 3 hari lepas...” beritahu Fira
yelah...suka hati awaklah... dah lah, pergi tidur... tidur awal sikit.. lagi satu, jangan sampai ibu tahu yang awak tengah period..nanti kantoi pula...kena bebel lagi dengan ibu..” pesan Fikri.  Lantas menyudahkan apa yang patut.
Malam itu Fira tidur dengan hati yang riang. Kadangkala  dia tidak faham dengan sikap Fikri yang ada kalanya terlalu bengkeng dengannya dan adakalanya terlalu mengambil berat.

BAB 34
Hari ke hari hubungan Fira dan Fikri bertambah baik. Walaupun kadangkala sikap Fikri kasar kepada Fira. Fira sedaya upaya ingin menjadi isteri yang baik kepada Fikri. Dia tidak mahu Fikri marah kepadanya seperti yang terjadi sebelum ini.
Fira... Kak Yart ni.. Datuk nak jumpa Fira dengan En. Fikri sekarang...” beritahu Haryati, setiausaha Datuk Faizal  kepada Fira melalui intercom.
ok kak.. terima kasih..” ucap Fira
Fira melangkah ke bilik Fikri.
Tok..tok...tok..
Fira masuk setelah diarahkan oleh Fikri.
yups... kenapa..?” tanya Fikri
Papa nak jumpa awak dengan saya...” beritahu Fira kepada Fikri
ada apa papa nak jumpa...?” tanya Fikri ingin tahu
tak tahu...” jawab Fira pendek
Kemudian mereka beriringan menuju ke bilik Datuk Faizal
Tok..tok..tok..
Mereka melangkah masuk setelah diarahkan.
kunci pintu sekali..” arah Datuk Faizal
papa ada benda nak beritahu ni....” ucapa Datuk Faizal memulakan bicara
Fira dan Fikri hanya mendengar dengan teliti
Sebenarnya papa nak beritahu, yang Fik kena bertugas di luar selama sebulan... papa nak minta Fik pantau projek kita kat Kuching...” beritahu Datuk Faizal
Fik akan pergi seorang ke...?” tanya Fikri
tak..kamu akan pergi dengan Syafiq...” beritahu Datuk Faizal lagi.
tapi perlu ke Fik pergi sekali pa...? lagipun ni bukan tugas Fik....” tanya Fikri
sepatutnya papa..tapi oleh sebab Fik yang akan ambil alih syarikat ni, papa minta Fik pergi.. boleh kan..? atau sebenarnya Fik berat hati nak tinggalkan Fira...?” duga Datuk Faizal
baiklah Fik setuju... tapi apa kena mengena dengan Fira dalam hal ni...?” tanya Fikri lagi
Fira pula sedari tadi hanya mendiamkan diri
Fira kan isteri kamu.. Fik nak tinggalkan dia kat sini ke selama sebulan...?” tanya Datuk Faizal
Fira... kalau kamu nak ikut Fikri sekali, pergilah.. boleh honeymoon sekali...” ucap Datuk Faizal sambil tersenyum
Er... kalau Fik bagi, Fira tak ada hal...” jawab Fira tergagap-gagap
Tak payahlah... kalau Fira pergi, nanti apa kata staf lain..? lagipun Syafiq ada sekali.. nanti dia curiga pula.. lagipun perkahwinan kami kan masih lagi rahsia...” balas Fikri
Biar sajalah dia dekat sini.. nanti kalau ada orang cari senang...” tambah Fikri lagi
emm.. kamu ok ke Fira...?” tanya Datuk Faizal
ermm... ok je pa... betul juga kata Fik tu...” balas Fira, walaupun dalam hatinya sedih.
Bila Fik kena bertolak pa...?” tanya Fikri
Sabtu ni...” jawab Datuk Faizal
Maknanya ada lebih kurang 2 hari saja lagi sebelum Fikri bertolak ke Kuching.
................................................
Sehari sebelum bertolak ke Kuching
nanti awak tak ada, mesti saya rindu...” ucap Fira perlahan sambil mengemaskan pakaian Fikri untuk ke sana
apa...??” tanya Fikri seolah-olah tidak mendengar ungkapan Fira itu.
emmm...?? tak ada apa-apalah...” jawab Fira terkejut
‘‘baik cakap...!” desak Fikri
tak.... err... saya cakap, nanti awak tak ada macam mana saya nak pergi kerja...?” balas Fira
tumpanglah papa... naik teksi ke... tak pun bawa aja kereta saya tu...” balas Fikri kembali
saya mana ada lessen....” beritahu Fira
tak ada lessen pergilah ambil lessen...” balas Fikri bersahaja
ermm... awak... nanti dekat sana, jangan lupa telefon saya ya.... tak pun meseg ke...” balas Fira sambil tersenyum mesra kepada Fikri
tengoklah kalau saya rajin....” balas Fikri selamba sambil melangkah keluar dari bilik itu
Fira meneruskan tugasnya mengemas pakaian Fikri
BAB 35
Sudah seminggu Fikri berada di Kuching, tiada satu meseg dan panggilan pun yang diterima Fira dari Fikri. Tetapi Fikri ada pula menghubungi ibunya, sedangkan Fira dibiarkan sepi tanpa berita. Apabila ditanya, Fira berbohong kepada Datin Maria. Ingin dihubungi Fikri, dia takut Fikri marah, jadi dia juga senyap sahaja.
Malam itu, tanpa diduga Fira telah menerima panggilan telefon dari Fikri. Gembira hatinya tetapi dia berpura-pura merajuk dengan Fikri. Sengaja ingin diduganya.
Hello.. Assalamualaikum...” ucap Fikri apabila panggilannya dijawab
waalaikummussalam....” jawab Fira kembali
Awak sehat ke..? dah makan...?” tanya Fikri, rindu benar dia akan suara itu. Tetapi kerana ego , dia menyembunyikan perasaannya itu.
entah.. baru nak ingat saya ke..? buat apa telefon ....” balas Fira yang konon-kononnya merajuk
awak ni kenapa...? nak buat hal...?” tanya Fikri geram
merajuk.....” jawab Fira pendek
tak nak cakap dengan saya kan...? nak sangat merajuk.... silakan...”
Pap..!! Fikri mematikan talian. Bukan niat dia ingin buat begitu kepada Fira tetapi egonya yang mendorong dia buat begitu.
erk.... dia matikan telefon.. sampai hati betul.. nak merajuk sikit pun tak boleh...’ gumam Fira di dalam hati.
Lantas Fira menelefon Fikri kembali, tetapi Fikri tidak menjawabnya. Setelah puas menelefon beberapa kali, akhirnya Fira mengalah. Dia mengambil keputusan untuk menghantar meseg kepada Fikri.
“ awak... saya minta maaf ya.. janganlah marah dengan saya..saya cuma nak merajuk sikit-sikit aja.. tapi kalau awak tak suka tak apalah.. saya mengalah demi awak... i miss u so much.. please reply my message.. =)”
Fira menghantar meseg kepada Fikri
Fikri tersenyum membaca meseg daripada Fira. Ingin sahaja dia membalas semula meseg itu dan menyatakan yang dia juga merindui Fira, tetapi egonya menghalang semua itu.. dia membiarkan sahaja meseg itu tidak berbalas.
Fira menanti balasan meseg dari Fikri sehingga tertidur.
.........................
Keesokkan harinya, Fira menghantar lagi meseg kepada Fikri dengan ucapan “selamat pagi...=)”, begitu juga pada waktu tengahari dan malam. Tapi satu meseg pun tidak dibalas Fikri. Tiga hari berturut-turut Fira menghantar meseg yang sama, barulah Fikri membalasnya. Riang hati Fira menerima meseg dari Fikri.
tak penat ke hari-hari meseg? Bukan saya balas pun..”
tak... saya tahu awak mesti balas punya nanti..”
kalau saya tak balas..? awak nak buat apa?”
saya call lah awak..”
kalau saya tak angkat..?”
saya meseg lagi... sampai awak balas..”
suka hati awaklah... saya tak ada awak mengular ya..? dah-dah, pergi buat kerja...”
=p”
Fikri tersenyum menerima meseg terakhir Fira itu. Seronok juga bermeseg rupanya. Ucap Fikri di dalam hati.
Syafiq yang melihat Fikri tersenyum sendirian, lantas menegur.
Aik bos.. senyum sorang-sorang ni kenapa..? meseg dengan siapa tu..?” tegur Syafiq
BOS’ itulah panggilan yang digunakan oleh Syafiq kepada Fikri.
Hah... mana ada...” jawab Fikri
ye lah tu.. dari tadi aku tengok kau dengan handset tak sudah-sudah..dah berkenan dengan mana-mana awek kat sini ke..?” duga Syafiq
macam-macamlah kau ni..dahlah jom g lawat site...” balas Fikri mengubah topik
........................
wah... yang kau tersenyum sirang-sorang ni kenapa...” tanya Sheqa tiba-tiba
hah...! tak ada apa-apa.. Fikri balas meseg aku akhirnya...” jawab Fira riang
patutlah... macam orang bercinta pula dah aku tengok...hahaha” balas Sheqa
bercinta...? doa-doakanlah ye..hahaha “ balas Fira pula.
.................
Boleh dikatakan setiap hari Fira menghantar meseg kepada Fikri. Kadangkala Fikri membalasnya, kadangkala dia hanya senyap sahaja. Walaupun Fikri tidak menelefonnya, sekurang-kurangnya dengan bermeseg dapat juga mengubati kerinduannya pada Fikri.
Masuk hari ni sudah 3 hari Fikri tidak membalas meseg Fira. Tidak ketahuan juga Fira dibuatnya. Tiba-tiba dia menerima panggilan dari Fikri.
Awak....!” jawab Fira ceria
Assalamualaikum...” Fikri memberi salam
Err.. waalaikummussalam...” jawab Fira termalu sendiri
pandai pun..kot ya pun excited sangat, janganlah lupa nak beri salam...” perli Fikri
mana ada...” balas Fira pendek
kenapa tak balas meseg-meseg saya...?” tanya Fira pula
malas... penat nak taip meseg “ jawab Fikri selamba.
Emm...” itu sahaja yang keluar dari mulut Fira
‘’kenapa..? tak suka saya call ke..?” duga FIkri
emm..tak lah.. kalau meseg kan lagi jimat..” jawab Fira
suka hati sayalah... kredit saya...” balas Fikri selamba
ye lah....” jawab Fira pendek
jangan nak buat hal ya..” ucap Fikri apabila dia emrasakan intonasi suara Fira berubah
okeylah... nak tidur..saja je call.. saya tahu awak rindu nak dengar suara saya kan... okey night...” ucap Fikri sambil mematikan telefon.
Tak sempat Fira membalasnya. Tetapi terubat juga rindunya ketika mendengar suara Fikri. Begitu juga dengan Fikri.
............................................
Hari ini genap sebulan Fikri bertugas di Kuching. Dia telah memaklumkan kepada Fira yang dia akan pulang pada hari itu. Fikri telah meminta Fira memasakkan untuknya. Buat kali pertama Fira akan masak untuk Fikri. Dia sangat teruja. Fira telah menanyakan ibu mertuanya berkenaan makanan kegemaran Fikri. Datin Maria telah membantu Fira. Senang hatinya melihat anak dan menantu kesayangannya bahagia. Walaupun dia tidak tahu jelas tentang situasi mereka berdua.
BAB 36
Fira menyambut kepulangan Fikri dengan wajah yang ceria. Dia hanya menanti Fikri di rumah bersama dengan yang lainnya.
Assalamualaikum...” ucap Fikri sesampai saja di muka pintu. Dia terus menyalami kedua ibu bapanya. Kemudian Fira mendapatkan Fikri dan mencium tangannya.
Siti, tolong bawa beg  Fikri ke atas...” arah Datin Maria kepada pembantu rumah.
Fira ajak Fik makan... lepas makan baru naik berehat...” tambah Datin Maria lagi
Fira hanya menurut sahaja arahan ibu mertuanya itu.
ibu dan papa tak makan sekali ke..?” tanya Fikri
kamu makanlah dulu... taka pa kami bagi can...” balas Datuk Faizal sambil tersenyum
.....................
Di ruang makan,
awak.... ni saya dah masakkan makanan kesukaan awak....” ucap Fira sambil mencedokkan lauk yang dimasaknya ke dalam pinggan Fikri
sedap tak... ? kalau tak sedap saya tak nak...” balas Fikri selamba
cubalah dulu... baru tahu,,,” balas Fira kembali
Buat pertama kalinya, Fikri makan masakan Fira. Fira menanti penuh debarab komen-komen yang bakal keluar dari mulut Fikri. Sehingga selesai makan, Fikri masih lagi tidak memberikan sebarang komen. Akhirnya Fira sendiri yang bertanyakan kepada Fikri.
awak... macam mana? Sedap kan...?” tanya Fira sambil tersenyum
sedap....? entah.. saya rasa biasa aja...” balas Fikri bersahaja
ye lah tu... awak makan sampai licin, maknanya sedaplah kan... kan...?” duga Fira sambil tersenyum mengejek.
licin sebab saya tengah lapar..bukan sebab sedap....” ucap Fikri bersahaja sambil bangun dari tempat duduk. Kemudian dia melangkah ke bilik untuk membersihkan diri dan berehat.
Fira pula mengemaskan meja makan, kemudian dia juga menuruti Fikri ke bilik.
.............................
awak... betul ke tak sedap saya masak tadi...?” tanya Fira tidak berpuas hati, sambil tanganya ligat mengeluarkan pakaian dari beg pakaian yang dibawa Fikri.
entah.. tak tahu... dah lah nak tidur..penat....jangan lupa matikan lampu...” ucap Fikri kemudian dia merebahkan diri untuk tidur.
Selesai mengemaskan pakaian-pakaian Fikri, Fira mematikan lampu dan menuju ke tempat tidur.
awak...? dah tidur ke...?” panggil Fira perlahan
Tiada sebarang jawapan dari Fikri. Kemudian Fira merebahkan diri di sebelah Fikri dan meletakkan bantal peluk di tengah seperti biasa.
Baru Fira ingin melelapkan mata, tiba-tiba dia terasa ada orang mencampakkan bantal di sebelahnya. Kemudian dia merasakan ada tangan yang melingkari pinggangnya. Fira terjerit kecil lerana terkejut.
mak..!!” Fira terjerit kecil
Shhhh....!! jangan bising.. saya bukan mak... saya Fikri...” bisik Fikri perlahan.
Fikri menarik Fira ke dalam pelukannya. Fira cuba melepaskan pelukan Fikri.
Err... awak nak buat apa ni...? saya cuti.. awak jangan macam-macam...” ucap Fira tergagap-gagap sambil cuba melepaskan pelukan Fikri
saya tak kata pun nak buat apa-apa kat awak...” ucap Fikri pula. Pelukkannya semakin erat, sehingga mukanya berada setengah inci sahaja dari Fira.
Fira masih lagi cuba untuk membebaskan diri dari pelukan Fikri.
baik awak diam-diam sahaja... kalau tak, saya buat lebih dari ni...” ugut Fikri perlahan di telinga Fira
Fira akhirnya mengalah. Dia  membiarkan sahaja Fikri memeluknya.
saya rindu awak... thanks sebab masak untuk saya tadi... sedap..” ucap Fikri lembut.
Fira hanya terkaku mendengar ucapan itu. Akhirnya perlahan-lahan tangannya merangkul Fikri. Malam itu dia tidur dengan lena. Sememangnya kedua-duanya saling merindui. Tetapi Fikri yang ego, menyebabkan dia menolak perasaannya.
............................................................................................................................................................
Fikri tersedar apabila jam loceng berbunyi. Rangkulan Fira padanya menyukarkan dia untuk bangun. Mahu tidak mahu, terpaksa dia mengejut Fira.
Fira..!!” jerit Fikri di telinga Fira untuk membangkitkannya.
hah...! kenapa awak...? ucap Fira terkejut dan tangganya masih lagi memeluk Fikria.
bangunlah.... saya nak mandi nak solat...” ucap Fikri
bangun ajelah... kenapa pula dengan saya...” jawab Fira lugu
kalau awak masih macam ni.. macam mana saya nak bangun....” balas Fikri pula
hah... errr,,, sorry....” setelah menyedari yang dia masih lagi memeluk Fikri, Fira segera bangkit.
malulah tu.. awak ambil kesempaatn atas saya ye..?” ucap Fikri sambil tersenyum nakal
mana ada... awak yang...........” belums empat Fira meneruskan kata, Fikri telah memotong terlebih dahulu
saya apa....? cuba awak tengok bantal tu kat sebelah awak... maknanya awak yang ambil kesempatan... tengoklah tadi pun awak yang peluk saya kan...?” balas Fikri sambil tersenyum nakal. Suka dia melihat muka Fira yang sudah merona merah.
Fira hanya senyap menahan malu. Di dalam hati dia bermonolog sendiri
huh ..dia yang ambil kesempatan, aku pula yang kena... tak aci betul...’
Kemudian Fikri terus melangkah ke bilik air. Fira masih lagi termangu di atas katil

BAB 37
Selesai solat subuh, Fikri bermalas-malasan di bilik. Fira pula masih lagi termangu di situ. Kadangkala dia tersenyum sendiri.
mereng ke? Senyum sorang-sorang...” tegur Fikri selamba
hah.....errr....” jawab Fira tergagap-gagap sambil tersengih kepada Fikri
awak ni tak nak mandi ke...? nak sambung tidur lagi...?” tanya Fikri
kenapa..? awak nak joiont sekali ke..?” gurau Fira perlahan
tak nak lah saya... nanti awak ambil kesempatan dekat saya macam malam tadi....” ucap Fikri sambil tersenyum mengejek
Eyhhh..... mana ada.... awak yang ambil kesempatan pada saya.....” balas Fira pula malu-malu
ye ke...? ada bukti tak...? lainlah awak memang jelas buktinya...” ucap Fikri mengenakan Fira kembali
sudahlah pergi mandi..lepas tu turun bawah buatkan saya sarapan... buat apa duduk dalam bilik lama-lama.. bukan ada aktiviti pon... lainlah kalau awak tengah green light...” tambah Fikri lagi sambil tersenyum nakal kea rah Fira
Fira malu mendengar kata-kata Fikri. Mukanya berubah rona. Lantas dia terus bangun dan melangkah ke bilik air. Fikri pula hanya ketawa melihat Fira.
Ketika Fira keluar dari blik air, Fikri sudah tiada di dalam bilik itu. Dilihat katil sudah pun berkemas. Pasti Fikri yang mengemaskannya. Desis hati kecil Fira. Dia tersenyum sendiri.
.....................................
Fira turun ke dapur. Dia mencari-cari kelibat Fikri.
Hah..!! awak cari saya kan...?” sergah Fikri
Errr... mana ada... saya cari orang  dalam rumah ni... mana semua orang pergi...? sunyi sepi je...” ucap Fira mentutup malu.
Mak Jah dengan Siti kan cuti... ibu, papa dengan Faiz keluar kot....” beritahu Fikri
oowh....” itu sahaja yang keluar dari mulut Fira. Dalam hati dia berasa gementar juga, apabila berada berdua-duaan dalam rumah besar itu bersama Fikri.
Hah... apa lagi... cepatlah buat sarapan tu... saya dah lapar ni....” arah Fikri
Errr... awak pergilah duduk depan dulu...saya tak biasalah orang tengok saya masak....” balas Fira pula
saya nak duduk sini, tengok awak masak.... nak tengok betul ke tak awak yang masak..entah-entah semalam tu, ibu yang masak...” duga Fikri sambil tersenyum mengejek.
Fira tidak tahu ingin berkata apa lagi. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga membiarkan Fikri berada di situ. Tidak keruan Fira dibuatnya. Fikri hanya memerhatikan sahaja tingkah laku Fira. Sesekali ada juga dia bertanya.
awak nak masak apa pagi ni...?” tanya Fikri
Nasi lemak dengan sambal udang... boleh tak awak...?” tanya Fira meminta persetujuan Fikri
Padahal dia sudah pun menanak nasi dan merebus telur.
apa-apa sajalah...” jawab Fikri pendek
Fira sudah mula untuk menumis sambal, sementara menunggu sambal tersebut masak, dia memotong timun. Walaupun di dalam hati, Fira merasa tidak selesa dengan adanya Fikri di situ, dia tetap buat seperti biasa. Fikri yang perasan akan ketidak selesaan Fira, berhajat untuk mengenakannya. Perlahan-lahan dia pergi kepada Fira. Lantas dia memeluk Fira dari belakang dan mengucup bahu Fira. Fira yang terkejut terus melepaskan pisau di tangannya.
Kenapa berhenti...?” tanya Fikri seakan-akan ingin menggoda.
Errr....” Fira kaku tak terkata
Terasa peluh didahi ingin menitis. Fikri memusingkan FIra agar menghadapnya. Dia tersenyum melihat rona wajah Fira yang sudah berubah menjadi merah. Fikri membetulkan anak rambut yang jatuh di dahi Fira dan die mengelap peluh yang hampir menitis di dahi Fira. Fira yang seakan baru tersedar, meninggalkan Fikri di situ dan terus masuk ke dalam toilet di dapur itu. Malu menerpa ke wajahnya.
Awak buat apa dalam toilet tu...?” jerit Fikri dari luar
Errr... tak buat apa-apa...” jawab Fira tergagap-gagap
Dah tu.... ? keluarlah....” balas Fikri pula
Errr... saya malulah...  dah hilang malu nanti saya keluar....” balas Fira kembali
Fikri hanya ketawa mendengar jawapan Fira itu. Dan seraya itu, dia baru tersedar akan sambal yang dimasak Fira hampir hangus. Kemudian dia menyambung tugas-tugas Fira yang terbengkalai sebentar tadi.
berapa lama awak nak duduk dalam toilet tu...? takkan tak hilang-hilang lagi malunya kot...” ucap Fikri kepada Fira
Fira ingin keluar tapi perasaan malu yang menyelubunginya tidak dapat dibendung. Memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang berada di rumah itu.
Selesai memasak dan menghidangkan di atas meja, Fikri memanggil Fira keluar sekali lagi.
Dah dekat setengah jam awak duduk dalam toilet tu... takkan tak nak keluar kot...” ucap Fikri
‘’Fira....??” panggil Fikri sambil mengetuk pintu toilet,
ya... kejap lagi saya keluar.....” jawab Fira
takkan tak hilang-hilang lagi malu awak tu...?” tanya Fikri lagik
Tidak lama itu, Datuk Faizal dan Datin Maria pulang bersama Faiz.
Emm.. macam bau nasi lemak je....” ucap Datuk Faizal yang baru melangkah ke ruang makan.
papa dengan ibu pergi mana ...?” tanya Fikri
kami pergi jogging kat taman... Faiz pon ikut sama...” beritahu Datuk Faizal
Fikri hanya mengangguk tanda faham
Fira mana Fik...?” tanya Datin Maria pula
menantu kesayangan ibu ada dalam toilet tu.. entah apa yang dibuat agaknya, berejam dalam tu...ibu panggillah dia...lepas ni kita sarapan sama-sama...” ucap Fikri
Datin Maria segera mendapatkan menantunya itu.
Fira.....Fira...? kamu okey ke...? Mari keluar sarapan sama-sama...” panggil Datin Maria
Err... Fira okey bu.. kejap lagi Fira keluar...” beritahu Fira
baiklah, kami tunggu kat ruang makan ya....”
Beberapa minit kemudian, Fira menuju ke ruang makan sambil membawa minuman.
Fira tak sehat ke...?” tanya Datin Maria
Emmm.. Fira okey aja bu...” jawab Fira
Fikri hanya tersenyum sinis
Sudah-sudahlah tu soal selidiknya... mari sarapan dulu...” ucap Datuk Faizal
Ni, Fira yang masak ke semuanya....?” tanya Datuk Faizal
Fik yang masak... orang tu berejam dalam toilet....” ucap Fikri mengejek
Fira hanya mngerling Fikri
Ye ke Fira, Fik yang masak....? tak sangka pula ibu, anak ibu ni  pandai masak....” ucap Datin Maria sambil tersenyum mengejek.
Fira pula hanya tersenyum kelat.
See the leg la bu...” ucap FIkri sambil ketawa kecil.
Semua yang ada turut ketasa
Mereka menikmati sarapan sambil berbual-bual mesra. Turut terselit cerita Fikri ketika menjalankan tugas di Kuching.
BAB 38
Fira dapat merasakan sikap Fikri yang semakin mesra dengannya sejak  Fikri pulang dari Kuching. Fikri juga semakin gemar mengenakannya. Fira rasa bahagia dengan kehidupannya sekarang. Walaupun Fikri masih lagi mahu merahsiakan perkahwinan mereka, sekurang-kurangnya dengan layanan baik Fikri terhadapnya, dia gembira. Cuma satu hal yang Fira tidak dapat terima, Fikri lebih mementingkan Ely dari dirinya. Kadang-kadang terlintas juga di fikirannya, yang Fikri dan Ely mempunyai hubungan istimewa.
.................................
Panas yang disangkakan kepetang rupanya hujan di tengah jalan. Rupa-rupanya dalam diam Ely menyusun strategi untuk menyingkirkan Fira. Walaupun perkahwinan mereka masih rahsia, tetapi Ely tidak senang melihat kemesraan Fikri dan Fira. Dia tidak mahu kalah di tangan Fira. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah memburukkan Fira pada Fikri. Pada mulanya Fikri tidak mahu mempedulikan tapi lama-kelamaan dia termakan juga dengan kata-kata Ely.
i nak tanya sikit boleh tak Fik...?” tanya Ely memancinf perhatian Fikri yang tekun menghadap skrin komputernya.
ya..apa dia..?” jawab Fikri pendek
u dengan p.a u tu, ada apa-apa hubungan ke...? u all couple ke..?” tanya Ely lagi
hah..? ermmm... just bos and p.a... Why u asking me likes that...?” tanya Fikri seraya memandang wajah Ely
tak ada lah... i tak nak u rapat sangat dengan dia...” balas Ely pula
Why..?” tanya Fikri kembali
She’s playgirl... i tak nak dia main-mainkan u.. dia tu nampak aja baik kat depan, tapi kat belakang.. nauzubillah..” jelas Ely
i cakap ni, bukan sebab i tak suka dia, tapi sebab i dah banyak kali terserempak dia dengan lelaki lain kat luar sana.. u sendiri pun pernah nampak dia dengan Hisyam sebelum ni kan...”
u pon tahu, before ni dia rapat dengan Hisyam.. Then, after u balik dari Kuching, dia tetiba saja baik dengan u.. padahal semua orang tahu, u dengan dia memang tak berapa nak ngam walaupun u bos dia.. i Cuma tak nak dia ambil kesempatan pada u.. kesian i tengok Hisyam tu, macam tu saja Fira tinggalkan dia.. last week, i nampak dia dengan Danial kat Hotel Maniac...” tambah Ely lagi
Emm.. biarlah bukan urusan i pon.. but thanks for your concern...” ucap Fikri
Tetapi di dalam hatinya sedikit terkesan juga dengan kata-kata Ely itu.
....................................
Di rumah Datuk Faizal, selepas makan malam. Ketika Fira ssedang duduk santai di tepi kolam ikan.
Seronok senyum sorang-sorang.. teringatkan buah hati ke...?” tegur Fikri sinis
kus semangat... ish awak ni.. buat terkejut saya aja...” jawab Fira yang terkejut dengan teguran Fikri itu
terkejut ke...?” tanya Fikri sinis
Yelah... awak tiba-tiba je tegur macam tu... suka kan awak ni nak kenakan saya...” ucap Fira sambil tersenyum riang kepada Fikri
dah tak ada musim nak kenakan awak...” balas Fikri serius sambil melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Fira
Emm... kenapa ni awak...?” tanya Fira kepada Fikri
nothing....” jawab Fikri pendek
betul ni...? baik bagitahu.. macam ada sesuatu aja ni...” balas Fira sambil tangannya mencuit-cuit bahu Fikri ingin bergurau. Fikri menghalang tangan Fira dari buat begitu kepadanya.
enough..!!” berang Fikri tiba-tiba sambil memegang tangan Fira
Fira terkejut dengan reaksi Fikri. Sudah lama Fikri tidak begitu, kenapa tiba-tiba hari itu dia kembali ke sifat asalnya.
kalau saya dapat tahu awak melayan lelaki lain di belakang saya.. siap awak..!!” tegas Fikri sambil melepaskan tangan Fira dan berlalu meninggalkan Fira sendirian di situ.
Fira tergamam seketika. Dia tidak tahu mengapa tiba-tiba Fikri bersikap sebegitu. Apakah dia ada membuat salah. Dia sendiri tidak pasti.
.....................................................
Fira tidak tahu kenapa Fikri tiba-tiba sahaja berang dengannya. Semenjak pulang dari Kuching, Fikri tidak pernah meninggi suara dengannya. Tiba-tiba hari itu, Fikri kembali kepada sikap asalnya.
Sejak peristiwa lebih kurang dua bulan lalu, Fira berusaha untuk tidak menyakiti hati Fikri. Dia tidak mahu kejadian itu berulang lagi. Biarpun dia terpaksa mengalah dalam banyak hal. Dia terlalu sabar melayani Fikri, kerana baginya keredhaan Allah adalah terletak pada keredhaan suami setelah dirinya berkahwin.
Awak...?” panggil Fira lembut ketika mereka berdua berada di dalam bilik
saya ada buat salah ke...?” tanya Fira lagi
awak... tolonglah jangan macam ni.. kalau saya ada buat salah, awak bagitahulah....” tanya Fira lagi apabila dilihat Fikri masih lagi mendiamkan diri. Suaranya sudah berubah menjadi sayu.
Fikri memang kalah dengan suara Fira yang sayu. Lebih-lebih lagi melihat air mata isterinya itu tumpah.
Siapa Danial..? awak buat apa dengan dua kat Hotel Maniac last week..?” tanya Fikri tanpa menjawab pertanyaan Fira.
Danial....? awak marah saya sebab tu ke...?” tanya Fira kembali
jawab apa yang saya tanya...” tegas FIkri
Emm... dia kan Pegawai Tadbir Bahagian Rekod kat syarikat kita.. Minggu lepas tu kan kami pergi kursus kat Hotel Maniac... kan saya dah sedia maklum pada awak... awak lupa ya...?” jelas Fira
erkk... ada ke..? adus, kenapalah aku ni...’ gumam Fikri di dalam hati
ada orang buat cerita tak baik pasal saya ke dekat awak...?” tanya Fira lagi
tak ada apa-apalah... jangan mesra-mesra sangat dengan lelaki kat office tu.. sedar sikit status awak tu...” ucap Fikri sinis
ya... saya sedar status saya.. walaupun suami saya tak sedar status dia...” ucap Fira perlahan
awak jangan nak cari pasal ya....” balas Fikri tegas
mana ada... awak ni, asyik marah saya aja... awak cemburu ea...? atau awak dah mula sayang kat saya sebenarnya ...?” duga Fira sambil tersenyum mengejek
tak kuasa melayan awak ni.. sudahlah pergi tidur...” balas Fikri kembali
BAB 39
Walaupun Fira sudah menjelaskan perkara sebenar kepada FIkri, tetapi suaminya itu masih lagi menyimpan curiga terhadapnya. Setiap gerak gerinya dan perlakuannya diperhatikan Fikri dan disoal Fikri. Kadangkala rimas juga tetapi sebagai seorang isteri dia akur.
Fira... masuk bilik saya sekarang...!” panggil Fikri melalui intercom
Tidak lama kemudian, Fira masuk ke bilik Fikri.
Ya bos.... what can i do for u..?” tanya Fira sambil tersenyum
tolong kunci pintu tu...” arah Fikri
Fira hanya menurut . Dalam hatinya bermonolog sendiri.
apalah dia nak buat agaknya ni,,aish..!’
Fikirannya sudah terpesong entah ke mana.
Sit down here... I’ve something to talking with u...” ucap Fikri lagi
saya nak awak baca ni,,,” arah Fikri sambil menghulurkan sehelai kertas
Fira meneliti kertas tersebut, satu persatu ayat di dalam kertas itu dibaca.
Syarat-syarat sebagai isteri kepada Mohd Fikri Yazed di tempat kerja, di rumah atau di mana sahaja..
1)    1)  Jangan memakai pakaian menjolok mata (di tempat kerja/awam)
2)   2)   Jangan terlalu mesra atau melayani lelaki lain berlebihan
3)   3)   Jangan tunjukkan kemesraan yang berlebihan dengan bos (bagi mengelakkan kecurigaan staf lain di pejabat)
4)     4) Setiap pergerakkan sila beritahu
5)      5) Di depan family, tolong berlagak mesra dan romantic
6)     6)  Sila patuh setiap arahan...”
Ini sahaja ke...?” tanya Fira seakan-akan memerli
awak perli saya ke...?” balas Fikri
tak lah... saya tanya aja...” jawab Fira selamba
apa motif awak buat semua ni...?” tanya Fira. Terdengar keluhan kecil keluar dari mulutnya.
untuk memberi peringatan kepada awak supaya tak buat perangai dan sedar status awak...” jawab Fikri sinis
kalau saya buat...?” duga Fira
tunggu saja apa yang terjadi....” ucap Fikri
Hermmm..awak buat semua ni kenapa..? perlu ke..? atau sebenarnya awak memang dah mula sayangkan saya...?” duga Fira sambil tersenyum sinis
sayang....?? forget it...!!” balas Fikri sinis
saya tak fahamlah... saya penatlah macam ni.. awak ni kejap okey kejap macam ni... saya dah cuba jadi isteri yang terbaik untuk awak... tapi.............. entahlah.......” luah Fira
‘’kalau dah penat..... u can resign.....” jawab Fikri selamba tanpa menoleh wajah Fira
‘’awak.....!!” jerit Fira. Dia tidak menduga sampai macam tu sekali pemikiran Fikri.
Sebak hati Fira. Kerana geram, dia mengoyakkan kepingan kertas tersebut di hadapan Fikri. Lantas dia keluar meninggalkan Fikri.
Ya Allah... apa aku dah buat ni.. aku sayangkan dia..tapi kerana ego aku buat dia macam ni.. ‘ Fikri bermonolog sendiri sambil meraup muka. Berkali-kali dia beristighfar.
Fira berlalu ke tempat duduknya. Sheqa terkejut melihat raut wajah temannya yang suram.
Perasaan sebak di dalam dada Fira tidak dapat dibendung. Tanpa berkata apa, dia terus menuju ke tandas. Sheqa yang risau akan keadaan temannya itu menuruti Fira ke tandas.
Ely dari jauh tersenyum gembira.
...............................................
Fira melepaskan segala tangisannya di tandas. Kebetulan tiada sesiapa di situ. Sheqa yang baru masuk ke tanda itu, terus mendapatkan Fira.
Fira..kenapa ni...? Apa En. Fikri dah buat pada kau...?” tanya Sheqa bertubi-tubi.
Fira hanya menangis tidak berkata apa. Lantas dia segera memeluk Sheqa.
Tiba-tiba Ely masuk ke dalam tandas tersebut.
ooowhh... kasihan u kan...” ucap Ely sambil berpura-pura simpati.
Apa maksud Cik Ely..?” tanya Sheqa
Nothing... Itulah, dulu i dah ingatkan ... jangan mimpi yang u boleh dapat fik.. see now, what happened...”  ucap Ely angkuh
oowh...u lah yang buat semua ni...? u yang rosakkan hubungan kami.. tega u Ely...” ucap Fira dalam sedu sedan.
hahaha His mine.. So, please stay away from him...” balas Ely dan terus meninggalkan mereka di situ.
Aku tak sangka dia sanggup buat macam tu.. aku yakin dialah punca Fikri layan aku macam ni...” ucap Fira dengan tangisan yang masih bersisa
Aku rasa kau patut berbincang dari hati ke hatilah dengan En. Fikri... jangan biarkan benda ni melarat.. kalau kau sayangkan dia, sayangkan rumahtangga korang... buatlah sesuatu....” nasihat Sheqa
aku tak tahu... aku buntu.... aku tak tahu nak ngadu pada siapa.. kau pun tahu kan, parents kami tak ada kat sni... pergi umrah.. next week baru balik...” balas Fira
kau bincanglah berdua dengan dia... luahkan apa yang kau rasa tak puas hati..jangan  dipendam-pendam , tapi jangan pula sampai melampaui batas...” nasihat Sheqa lagi
entahlah... aku buntu... aku tak tahu....” balas Fira buntu
Emm.. apa kata kau gertak dia sikit... tengok dia mengalah tak...” cadang Sheqa
Emm.. tengoklah... aku rasa aku nak baliklah....” beritahu Fira
.............................................
Fira melangkah masuk ke bilik Fikri dengan wajah yang sembab. Fikri merasa bersalah melihat wajah sembab isterinya itu. Dia tahu isterinya itu menangis gara-garanya.
En. Fikri... this my resign letter...  from now, i resign my duty as your p.a and wife...” ucap Fira dengan air mata yang sedikit bertakung.
what u talking about..?” tanya Fikri seakan tidak percaya , tanpa langsung melihat isi kandungan surat tersebut.
saya Cuma nak orang yang saya sayang bahagia. Saya rela korbankan kebahagiaan saya demi orang yang saya sayang... saya nak En. Fikri tahu, sayang dan cinta saya hanya untuk En. Fikri sorang.. Hanya untuk suami saya.... Saya tahu En. Fikri berkahwin dengan saya kerna terpaksa... tapi saya redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan... saya terima En. Fikri apa adanya... semua yang saya lakukan hanya untuk suami yang saya sayangi dan saya cintai.. saya dah berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik buat En. Fikri... tapi saya tetap gagal untuk buat En. Fikri menyayangi saya... Mungkin kita hanya layak menjadi kawan sahaja....” jelas Fira panjang lebar dengan air mata yang sudah menitis. Kemudian dia  terus melangkah keluar dari bilik itu.
Fikri terpempan seketika mendengar luahan hati isterinya itu. Dia berfikir apa yang harus dijawab kepada orang tua mereka nanti, jika apa yang dinyatakan Fira itu benar.
BAB 40
Syafiq..please come to my room...” panggil Fikri melalui telefon
Tok..tok..tok..
masuk..” arah Fikri
yes bos....?”
Kau kenapa ni Fik..? ada masalah ke...?” tanya Syafiq sambil melabuhkan punggung di atas kerusi
Fira....” ucap Fikri
Kenapa dengan dia..? ada masalah apa...?” tanya Syafiq lagi
Fira............ sebenarnya dia isteri aku...” balas Fikri lemah
what..?! Datuk tahu tak pasal hal ni...?” tanya Syafiq terkejut
Tahu.... sebenarnya kami dah lama kahwin... family atur... tapi aku yang tak mahu dedahkan....” terang Fikri
So, sekarang apa masalahnya...?” tanya Syafiq lagi
Dia kata dia nak resign dari jd p.a and wife aku.... sebenarnya....” beritahu Fikri
Sebenarnya what..??” tanya Syafiq ingin tahu
Sebenarnya aku dah mula sayangkan dia....sebab ego, aku biarkan sahaja perasaan tu dan tak pernah nak mengaku pada dia.....”
Nah, kau tengoklah surat yang dia bagi ni....” Fikri menyerahkan surat tersebut kepada Fira
surat apa ni...? ni borang balik awal lah... dia cuma bagi borang balik awal.. bukan surat apa-apa pon...hahaha” balas Syafiq sambil ketawa
Hah..? ye ke?” balas Fikri terkejut
Fikri segera mendail nombor Sheqa di luar
Sheqa.... Fira mana...?” tanya Fikri setelah panggilan dijawab
dia tak ada... dia dah balik tadi... En. Fikri tak tahu ke...?” jawab Sheqa
Betul ni dia balik..? bukannya resign..?” tanya Fikri lagi meminta kepastian
setahu saya dia cuma kata nak balik saja... tak adalah pula kata nak resign...” jelas Sheqa lagi
ok..thanks..” balas Fikri kembali
Apa masalah korang sebenarnya ni...?” tanya Syafiq setelah Fikri menamatkan perbualan dengan Sheqa
ada selisih faham sikit tadi dengan dia... tolong aku Syafiq... aku risau kalau dia betul-betul nak tinggalkan aku.. apa aku nak jawab pada family kami nanti...” jelas Fikri
Aku pun tak tahu... mungkin kalau ada anak.. kau boleh gunakan alasan tu...” balas Syafiq kembali
Anak...?? macam mana nak ada anak? Kami tak pernah bersama pon...” Fikri memberitahu perkara sebenar.
Kental juga kau ya.. dah lama kahwin pun masih tak bersama lagi..hahaha..” ucap Syafiq sambil ketawa
Weyh... aku serius ni...” balas Fikri kembali
Ok-ok... make baby with her la....hehee  kau ikatlah dia dengan kuasa kau sebagai seorang suami....” saran Syafiq
ikat dia...? means?” tanya Fikri tidak mengerti
faham-faham sendiriah bro... tak kan nak kena ajar jot....” balas Syafiq pula
ok-ok.... habis kalau dia tak nak....? macam mana?” tanya Fikri lagi
Apalah kau ni....pujuklah elok-elok.. ayat power-power sikit.. gunakan kelembutan, belai dia elok-elok..gerenti cair punya.. lagipun malam ni malam jumaat kan...”balas Syafiq sambil tersenyum nakal
okey... I’ll try...” balas Fikri sambil tersenyum penuh makna.
............................................
Ketika Fikri sampai di rumah, Fira tiada di rumah. Puas Fikri menghubungi Fira tetapi tidak berjawab. Fikri gelisah tidak menentu.
Selepas Isyak, barulah Fira pulang ke rumah. Dia terus mendaki naik ke bilik. Fikri hanya menuruti dari belakang. Sedikit pun Fira tidak memperdulikannya.
Fikri geram melihat Fira begitu. Dia menarik tangan Fira dan menyoalnya.
Awak ke mana....?” tanya Fikri tegas
lepaslah.... ! saya ke mana, bukan urusan awak....” balas Fira selamba
kenapa awak tipu saya...?” tanya Fikri lagi
tipu...? bila masa saya tipu awak....?” tanya Fira tidak mengerti
kenapa awak kata borang pulang awal tu surat resign awak...? awak nak buat perangai ke...?” tanya Fikri geram
kenapa...? awak risau?? Awak takut saya betul tinggalkan awak...? sebab awak dah mula sayang saya atau sebab awak takut tak tahu nak jawab apa dengan parents kita nanti..?” tanya Fira sinis
Fikri hanya mendiamkan diri, mengumpul kesabaran untuk berhadapan dengan Fira.
dah lah.. saya nak mandi...” balas Fira seraya melepaskan tangannya dari Fikri dan terus berlalu ke bilik air.
......................................
Fikri tekad mala mini dia harus mengikat Fira dengan kuasanya sebagai seorang suami. Walau bagaimana cara sekalipun. Fira harus menjadi miliknya luar dan dalam. Dia harus bersabar dan membuang segala egonya saat itu.
Fira baru tersedar yang dia tidak membawa pakaian gentian masuk ke bilik mandi tadi.
Awak..?” panggil Fira dari dalam
kenapa...?” jawab Fikri lembut. Dia melupakan segala yang terjadi tadi
tolong saya..... tolong ambilkan baju tidur saya dalam almari...” jerit Fira dari dalam bilik mandi
Fira juga seakan terlupa tentang peristiwa tadi.
ambil sendirilah....” balas Fikri
huh...minta tolong pun tak boleh....saya nak keluar ni.. so, tolong beredarkan diri awak tu dari dalam bilik...” balas Fira sinis
yelah-yelah....” balas Fikri kembali
Hakikatnya dia tidak keluar.
awak...?” panggil Firalagi bagi memastikan yang Fikri benar-benar tiada di dalam bilik tersebut. setelah Fira pasti yang Fikri tiada di dalam bilik, dia pun melangkah keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala berkemban separas peha. Tanpa berfikir pangjang , Fira terus menuju ke almari pakaian untuk mengambil baju tidur.
Ketika Fira memusingkan tubuhnyam dia terkejut melihat Fikri sedang bersandar di sebelah almari.
mak....!!” jerit Fira terkejut. Hampir sahaja tualanya terlurut.
shhh..jangan jerit-jerit malam-malam macam ni... nanti orang dengar....” ucap Fikri sambil tersenyum nakal
Fira tidak menghiraukan Fikri. Dia ingin berlalu ke bilik air tetapi dihalang Fikri.
ish awak nak apa ni...? baju awak mana..? tak reti sejuk ke malam-malam macam ni...?” tanya Fira sedikit geram
saya nak awak....” ucap Fikri sambil melirik ke tibih Fira dari atas ke bawah
Dia sudahpun merapatkan dirinya kepada FIra. Fira pula berundur ke belakangdan akhirnya, dia tersekat antara dinding dan Fikri.
awak jangan macam-macamlah...” berang Fira
saya nak awak malam ni... awak sayang saya kan...? so, prove it..” ucap Fikri lembut di telinga Fira
bukti apa yang awak nak..? awak jangan nak gilalah...” bentak Fira sambil berusaha untuk melepaskan diri dari Fikri. Tubuhnya sudah kesejukan. FIkri pula, sudah tidak keruan melihat keadaan Fira begitu. Itulah adalah kali pertama dia melihat keadaan Fira begitu. Dia sudah mula mengucup leher Fira. Fira cuba melepaskan diri dari Fikri. Fikri pula semakin galak. Akhirnya FIra dapat melepaskan diri. Dia menangis kerana diperlakukan begitu.
sampai hati awak buat saya macam ni... awak ingat saya ni apa...??!” ucap Fira dengan air mata yang sudah mengalir
Fikri rasa bersalah tiba-tiba. Tetapi dia tekad dengan kemahuannya. Dia tidak mahu kalah dengan air mata wanita itu. Akan dia pujuk dengan lembut wanita itu. Akan dia belai dengan mesra  wanita itu agar hilang rajuk dihatinya.
shhh... jangan menangis sayang...” ucap Fikri lembut sambil mengelap air mata yang sudah membasahi pipi isterinya itu.
im sorry... saya tak ada niat nak buat awak macam ni...” ucap Fikri lagi. Itulah kali pertama die menuturkan kata maaf kepada Fira. Fira memalingkan wajahnya. Air matanya masih lagi mengalir.
sayang.....” panggil Fikri lebut, cuba memujuk hati isterinya itu.
Perlahan-lahan Fira memandangnya.
i hate u...!!” ucap Fira. Dia merenung wajah Fikri dengan air mata yang mengalir.
u love me right..?” duga Fikri
No..!!” balas Fira pula
Yes.. U are...” Fikri bermain kata dengan FIra
NO..!!”
Yes.....”
NO..!! no...!! no..!!”
okey..No.....” balas Fikri dan kemudian dia berpaling membiarkan Fira di situ. Hakikat sebenarnya, dia hanya ingin menduga Fira.
yes... I love u...” ucap Fira dengan air mata yang semakin deras
Fikri berpaling semula menghadap Fira.
shhh.... jangan menangis sayang.....” pujuk Fikri
kenapa awak buat saya macam ni...? kenapa...?” Sekali lagi Fira betanyakan hal yang sama
Shhh....” Fikri hanya membiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan. Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir Fira. Dia menyeka air mata Fira dengan jarinya. Dia mengucup lembut ubun-ubun FIra, kemudian turun ke bibir FIra. Fira terkaku seketika. Saat FIkri mengucup ubun-ubunnya, satu perasaan yang suka diramal hadir dalam jiwanya.Dia rasa selamt berada bersama lelaki itu. Dia dapat rasakan segala kesedihannya terhaous. Perasaan sayangnya untuk Fikri dirasakan mencurah-curah. Walaupun dia sendiri tidak pasti apakah perasaan Fikri padanya saat itu.
If u love me... prove it...” ucap Fikri lembut
Bila dirasakan Fira tidak lagi melawan. Perlahan-lahan Fikri mengangkat Fira dan merebahkannya di atas katil. Fikri mula memainkan peranannya. Tiba-tiba Fira menghalang Fikri dari meneruskannya.
awak..... maaf.... saya tal bersedia....” ucap Fira
berapa lama awak nak kata yang awak tak bersedia..? for this time, no excuses... malam ni malam jumaat... malam wajib.. tak baik ingkari permintaan suami...” balas Fikri tanpa memperdulikan kata-kata FIra. Dia sudah mula mencumbui lembut leher Fira.
Dalam terpaksa, fira merelakannya juga. Akhirnya dia  sendiri kalah. Dia lemas dalam belaian mesra FIkri. Dia dibuai mimpi indah dalam syurga ciptaan Fikri. Buat kali pertamanya Fira menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Fikri. Fikri berpuas hati kerana akhirnya dia Berjaya mengikat FIra untuk menjadi hak miliknya yang mutlak dari segi zahir dan batin. Fira berharap kebahagiaan yang dirasakannya saat itu bukan sekadar mimpi. Dia rela dan redha  melakukan apa sahaja demi insan yang dia sayangi.
...........................................
Fira tersadar ketika jam loceng disisinya berbunyi. Dikerlingnya jam disebelah, sudah pukul 6.00 pagi. Dia cuba mengingati kejadian yang berlaku malam tadi antara dia dengan Fikri. dia tersenyum sendiri.dia menoleh FIkri disebelahnya. Tangan Fikri masih lagi melingkar kemas di pinggangnya. Diam renung wajah itu dalam-dalam. Perasaan sayang dirasakan membuak-buak untuk lelaki itu. Perlahan-lahan dia kucup mesra bibir suaminya itu. Tiba-tiba Fikri tersedar. Fira terkedu dan dia ingin segera bangun. Dia malu kerana perbuatannya disedari Fikri. Fikri segera menarik Fira kembali dalam dakapannya.
nak ke mana...?” tanya Fikri seraya menarik Fira ke dalam dakapannya.
Err.. nak bangunlah... mandi ... solat... pergi kerja...” balas Fira
ye ke...? atau awak malu sebenarnya sebab tertangkap tengah..............” Fikri membiarkan ayatnya tergantung.
apa..? dahlah, saya nak bangun....” balas Fira malu-malu sambil berusaha untuk melepaskan diri dari dakapan Fikri.
nantilah dulu sayang..awal lagi... i miss u so much....” ucap Fikri romantis. Dia sudah mula mencumbui mesra bibir isterinya itu.
Fira menghalang Fikri dari bertindak lebih ke atasnya.
Err... awak lupa ke...? awak kena pergi seminar kat Johor... pukul 10.00 pagi ni kena daftar...” ucap FIra cuba mengingatkan Fikri
hah...?? Ya Allah, saya lupalah...” balas FIkri pula
Dia segera bangkit dari katil meninggalkan FIra dan bergegas ke bilik air. Fira hanya tersenyum melihat kekalutan suaminya itu.
......................................................
Awak tak nak sarapan dulu ke...?” tanya Fira saat dia lihat Fikri seperti tergesa-gesa
tak apalah, nanti saya singgahlag mana-mana.... saya tak sempat nak hantar awak hari ni.. nanti awak naik teksi atau minta Pak Man hantar ya...?” balas Fikri.
Nasib baik pakaiannya sempat dikemaskan Fira pagi tadi.
saya tak ada, jangan nakal-nakal... nak ke mana-mana, bagitahu..” pesan FIkri sambil mencium dahi Fira. Fira pula mencium tangannya.
Fira hanya mengangguk tanda faham. Dia mengiringi pemergian Fikri hingga ke muka pintu.
BAB  41
Lambat kau sampai..? bos a.k.a suami kesayangan kau mana...?” tanya Sheqa sambil tersenyum
Dia pergi seminat kat Johor 3 hari... Ahad nanti baru balik...” balas Fira
Dia segera ke tempatnya dan memulakan tugas.
Tiba-tiba Sheqa menegurnya lagi.
weyh..kejap-kejap... mari sini kejap....” panggil Sheqa
Apanya kau ni... nak bergosip lah tu...” duga Fira
bukanlah...sinilah kejap...aku nak tengok leher kau tu kenapa...” beritahu Sheqa
kenapa pula dengan leher aku...?” tanya Fira
tadi pagi masa kau bersiap, kau tak perasan ke leher kau ni merah-merah..?” tanya Sheqa pula
hah... merah..?” tanya Fira tidak mengerti
ye lah... ni bukan kesan kena gigit nyamuk... ni kesan................ “ ucap Sheqa sambil tersenyum nakal
kesan apa pula kau ni...” Fira masih lagi tidak mengerti
hah.. aku tau... patutlah lambat pagi ni... ni mesti malam tadi kau ehem-ehem ya dengan En. Fikri..hehehe..” tebak Sheqa sambil tersenyum nakal
ehem-ehem apa pula lah kau ni... tak fahamlah aku...” bals Fira lugu
kau ni betul lurusla.. malam tadi kan malam jumaat... kau ni baru 1st time ke apa..? itu pun susah sangat nak faham...” ucap Sheqa
Fira cuba memahami apa yang ingin Sheqa sampaikan. Tiba-tiba dia teringat akan kata-kata Fikri tentang malam jumaat.
ngeeee... maaflaj lambat loading..hehehe” balas Fira sambil tersengih
nampak sangat ke weyh...? Fik ni pun satu.. aish...” rungut Fira
baru 1st time ea...? hahaha” tanya Sheqa lagi sambil ketawa
sibuk ajala kau ni... orang tanya tak jawab...” balas Fira bengang
ye la tu... mesti 1st time kan...sebab selama berapa bulan ni, tak pernah pula aku nampak apa-apa kesan macam tu...” duga Sheqa
patutlah berseri-seri aja pagi ni.. senyum pun sampai ke telinga...” tambah Sheqa lagi
hah.. sudahlah... aku nak pergi tandas.. nak tacap apa-apa yang patut... karang orang lain nampak, dia ingat aku ni buat benda tak elok pula kat luar....” ucap Fira seraya meninggalkan Sheqa di situ.
..............................
Sheqa, nanti petang balik aku tumpang kau ya...?” beritahu Fira kepada Sheqa ketika mereka makan tengahari bersama.
takda hal lah... tapi apasal tak naik dengan suami kesayangan kau tu..?” tanya Sheqa
kau lupa ke buat-buat lupa..? suami kesayangan aku tu ka nada kat Johor..” balas Fira pula
alahai .. terlupalah.. sorry ua...hehee” ucap Sheqa sambil tersenyum
wah ... dah pandai nak mengaku suami kesayangan dah sekarang.... tahulah tengah bahagia...hahaa” tambah Sheqa lagi
memang aku sayang dia apa...? kalau tak, takkanlah free-free aja aku nak mengalah pada dia...” balas Fira sambil tersenyum simpul
hah ye lah... semalam kemain lagi menangis bagai nak rak.. hari ni dah ebrtukar wajah....” perli Sheqa
apalah yang En. Fikri dah buat kat kau ya, sampai kau cair macam ni...?” tanya Sheqa
entah.... kuasa seorang suami kot...” balas Fira bersahaja sambil tersenyum
...................................
Petang itu, Fira pulang dihantar oleh Sheqa. Sepanjang ketiadaan ibu bapa mereka, pembantu-pembantu rumah juga turut diberikan cuti. Kebetulan sekarang musim cuti sekolah, jadi Faiz juga dibawa bersama oleh Datuk Faizal dan Datin Maria. Hanya tinggal Fira dan Fikri sahaja berdua di rumah itu. Tetapi hari ni Fira terpaksa bersendirian di rumah sepanjang ketiadaan Fikri. Ingin minta Sheqa menemaninya, wanita itu sudah mempunyai suami. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia duduk sendirian di rumah itu. Ingin keluar sendiri, dia tidak mempunyai lesen.
.........................................
bosannya duduk rumah sorang-sorang.. Fik sudahlah tak ada... meseg dengan tepon pun tak ada..ermm... kalau ada anak kan best...ANAK..?!! hehehe”
Fira bermonolog sendiri sambil berangan-angan jika dia mempunyai anak, pasti hidupnya tidak akan sunyi kalau Fikri tiada di rumah.
Setelah 3 hari menghadiri seminar di Johor, Fikri akan pulang semula ke Kuala Lumpur. Pada petang itu Fikri telah menelefon Fira untuk memaklumkan kepulangannya hari itu.
Assalamualaikum.... petang ni saya gerak balik... maybe sampai malam..ada apa-apa nak kirim...?” ucap Fikri sebaik panggilan dijawab
waalaikummussalam.. baiklah..rasanya tak ada-apa kot nak kirim..awak nak saya masak ke malam ni...?” balas Fira pula
masaklah apa-apa.. betul ni tak ada nak kirim apa-apa..? saya tak ada beli apa-apa nanti..jangan tanya-tanya pula apa souvenir saya bawa...” balas Fira kembali
tak ada ap-apa rasanya.. cukuplah kalau awak pulang dengan selamat nanti...” ucap Fira ikhlas
Fikri terharu mendengar ungkapan Fira itu.
Emm.. okeylah..kalau tak ada apa-apa lagi, saya letak dulu...” balas Fikri
awak....” panggil FIra
ya ..kenapa...? ada apa-apa ke..?” tanya Fikri
Err.. tak ada apa-apa.. take care ya... miss u...” ucap Fira seraya menamatkan panggilan
Fikri tersenyum sendirian. Walaupun hatinya sudah mengakui yang dia memang benar-benar sayangkan Fira, tetapi dia tetap tidak mahu menunjukkannya di hadapan Fira. Dia tidak nahu Fira ambil kesempatan.



BAB 42
Fikri sampai di rumah jam 9.00 malam. Ketika itu Fira sedang menonton televisyen. Seraya mendengar bunyi kereta Fikri di halaman, Fira terus bergegas ke pintu utama untuk menyambut kepulangan Fikri.
Assalamualaikum awak....” ucap Fira sebaik sahaja Fikri tiba si muka pintu. Dia tersenyum mesra kepada Fikri. Segera dihulur tangan kepada Fikri untuk bersalaman.
Waalaikummussalam...” balas Fikri
Fira segera mengambil beg Fikri dan membawanya masuk ke dalam rumah.
Awak nak makan...?” tanya Fira kepada Fikri
Emm.... saya nak mandi dulu... awak pergilah siapkan makanan.. beg tu biar saya bawa naik atas...” arah Fikri kepada FIra
Fira hanya patuh pada arahan Fikri. Lantas dia segera ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk Fikri.
..............................
Fikri makan denganselera sekali. Suasana di meja makan sunyi tanpa suara mereka berdua.
Err...awak...?” panggil Fira memulakan bicara
Emmm... kenapa..?” tanya Fikri
Awak sihat..?” Tanya Fira. Dia tidak tahu ingin bertanya apa
awak tengok saya ok ke tak..?” balas Fikri selamba
Fira hanya tersengih sahaja mendengar jawapan Fikri. Tiba-tiba dia rasa gementar berada berdua sahaja dengan Fikri di rumah itu. Bermacam-macam benda bermain di fikirannya.
awak ni dah kenapa...?” tanya Fikri menghentikan lamunan Fira
hah...? errr... tak ada apa-apa...” jawab Fira
sudah...! cepar habiskan makan tu...” arah Fikri seraya meneruskan makannya
Selesai makan, fikri menemani Fira mencuci pinggan dan mengemas meja di dapur.
cepat kemas meja ni.. dan sudahkan basuh pinggan tu...” arah Fikri
kenapa? Awak nak tidur dah ke..? kalau awak nak berehat, pergiah naik atas dulu.. biar saya selesaikan semua ni..” balas Fira
tak apa... saya temankan awak... dah cepat siapkan...” balas Fikri kembali
ish dia ni.. sinikal betul.. ingat nak tolong aku tadi..emm...’ Fira bermonolog sendiri. Dia meneruskan kerja-kerjanya. Fikri hanya memerhati sahaja tanpa membantu.
Setelah siap, mereka berdua naik ke bilik tidur. Fira mengemaskan beg pakaian Fikri. Sedang dia mengemaskan pakaian-pakaian kotor Fikri, Fikri menghulurkan sesuatu kepadanya.
Nah...! untuk awak...” ucap Fikri sambil menghulurkan bungkusan kepada Fira
Fira mengambil bungkusan itu dari Fikri
terima kasih... buat susah-susah awak aja...” ucap Fira sambil tersenyum mesra
Lantas dia membuka bungkusan itu.
Ek...!!” Fira terkejut saat membuka bungkusan itu
kenapa...?” tanya Fikri
awak beli kat Johor ke..?” tanya Fira
tak lah... saya beli kat shopping mall sini aja...buat apa nak beli jauh-jauh kat Johor... kat sini melambak kot...macam mana...? awak suka...?” ucap Fikri sambil tersenyum nakal
Err... awak tak rasa cukup seksi ke baju tidur ni...?” balas Fira malu-malu sambil melihat baju tidur dari kain shifon yang jarang berwarna pink lembut itu.
seksi-seksilah bagus.... baru seronok..hahaha” balas Fikri sambil ketawa
Wajah Fira sudah berubah rona. Fikri hanya tersenyum melihat Fira berkeadaan begitu.
Err... bila awak nak saya pakai baju tidur ni...?” tanya Fira malu-malu sambil melipat semula baju tidur itu
Bila-bila masa yang saya rasa, saya perlukan awak...” ucap Fikri sambil merebahkan dirinya untuk tidur
Apa maksud kata-kata dia...? siapa aku ni pada diri dia sebenarnya... apa aku ni tak ubah seperti perempuan simpanan ke..?’ tanya Fira di dalam hati
Fikri sudah pun lena dibuai mimpi. Dia tidur sambil memeluk bantal peluk yang selama ini menjadi penghalang anara dia dan Fira. Fira pula termangu sendirian sambil memikirkan kata-kata Fikri tadi.
................................
Fira tersadar saat jam loceng disisinya berbunyi. Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi. Fikri masih lagi lena dibuai mimpi. Mungkin penatnya masih belum hilang. Kebetulan hari itu dia bercuti, jadi bolehlah dia berehat sepuasnya.
Usai mandi dan bersolat, Fira mengejutkan Fikri untuk menunaikan solat subuh.
Awak....” panggil Fira sambil mengusap lembut tubuh Fikri
Hanya itu cara untuk mengejut Fikri dari tidur. Mengusap tubuhnya dengan lembut.
Awak... bangun.... solat subuh...” kejut Fira lagi
Bagai terkena renjatan eletrik, Fikri terus bangun dari tidurnya.
Ermm... dah pukul 6.30..pergilah solat...” beritahu Fira lembut
Fikri terus bangun menuju ke bilik air. Manakala Fira pula ke dapur untuk menyediakan sarapan.
...................................................
Ketika Fira kembali semula ke bilik untuk bersiap-siap, dilihatnya Fikri sudah terlena semula di atas katil.
Selepas selesai bersiap, Fira mengejutkan Fikri untuk memintanya menghantarkan ke pejabat.
awak...” panggil Fira lembut
Emmm....” jawab Fikri dengan mata yang masih tertutup
Awak.... bangunlah... tolong hantarkan saya pergi office...” pinta Fira
saya penatlah... awak pergilah sendiri...” balas Fikri
Fira tidak mampu berkata apa lagi, dilihat jam sudah 7.30 pagi. Dia harus cepat. Setelah meninggalkan pesan kepada Fikri dia segera beredar.
Emmm... tak apalah macam tu.. saya pergi dulu..saya dah siapkan sarapan .. nanti makan ya...” pesan Fira
........................
Nasib Fira kurang baik hari itu, kerana tiada teksi yang lalu waktu itu. Hampir 20 minit dia menunggu tetapi hampa. Akhirnya dia ambil keputusan untuk pulang ke rumah dan meminta bantuan dari Fikri.
awak...!!” panggil Fira sambil menggoncangkan tubuh Fikri
Fikri yang terkejut segera bangkit.
awak ni tak pergi kerja lagi ke...?” tanya Fikri geram dengan tindakan Fira yang mengejutkannya.
awak... tolonglah hantarkan saya pergi kerja... teksi tak ada.. tolonglah awak.. dah nak pukul 8.00 pagi dah ni... tolonglah...” rayu Fira
apa saya dapat kalau saya tolong awak...?” duga Fikri
er... nanti saya fikir... sekarangtolonglah hantarkan saya...” rayu Fira lagi sambil memegang lengan Fikri
tak payah kerjalah... dah pukul 8 dah pun... baik awak temankan saya kat rumah ni... kesian saya tinggal sorang-sorang...” balas Fikri pula
mana boleh macam tu...” balas Fira kembali
kenapa pula...?” tanya Fikri
Fira terdiam. Dia tidak tahu ingin menjawab apa.
kalau awak nak pergi kerja, pergilah sendiri..saya tak nak hantar...saya nak tidur..saya penat...” ucap Fikri sambil merebahkan dirinya semula di atas katil
Fira duduk di birai katil di sebelah Fikri. Dia masih lagi berusaha untuk memujuk Fikri agar menghantarnya ke tempat kerja. Tetapi Fikri tetap tidak mengendahkannya. Akhirnya Fira berputus asa. Dilihat jam sudah menginjak ke 8.15 pagi. Dia berkira-kira sama ada mahu cuti atau pergi juga ke tempat kerja.
Fikri segera berpusing ke arah Fira yang duduk membelakanginya di birai katil itu.
dah pukul 8 lebih.. kalau awak nak masuk kerja pun dah lambat..cuti ajalah.....” ucap Fikri
mana boleh...takkan nak E.L (Emergency Leave) kot...” balas Fira
Apa salahnya... cuti awak tu kan saya yang luluskan.. saya bos awak kan.. awak kenalah dengar cakap saya...”balas Fikri pula
emmm...” Fira masih lagi berkira-kira untuk cuti atau tidak.
awak sayang kerja awak ke awak sayang suami awak..? suami awak penting  ke kerja awak lagi penting...?” duga Fikri
errr....” Fira tidak tahu ingin jawab apa
kalau awak tak sayang saya tak apalah..pergilah kerja tu... kalau awak nak buat saya kecil hati..awak pergilah....” ugut Fikri sambil memusingkan semula tubuhnya membelakangi Fira
Fira rasa serba salah. Masa sudah berlalu begitu sahaja.
Setelah puas berfikir. Akhirnya Fira mengambil keputusan untuk menuruti sahaja kemahuan Fikri. Kemahuan suami yang disayangi. Lantas Fira mengambil telefon di atas meja di sisi katil. Fira terus mendail nombor Sheqa.
Hello... Assalamualaikum Sheqa...” ucap Fira memulakan bicara
Waalaikummussalam... kau kat mana ni weyh...? apasal tak masuk-masuk office lagi...?” tanya Sheqa bertubi-tubi
ish kau ni.. sabarlah...” balas Fira pula
sebenarnya aku.......” sambung Fira
Fikri yang mendengar Fira bercakap di dalam telefon terus bangun dari pembaringan sam bil tersenyum nakal. Nampaknya , taktik dia Berjaya. Lantas dia memeluk pinggang Fira dari belakang dan mencium lembut bahu Fira.
Sebenarnya apa kau ni...” tanya Sheqa tidak sabar
janganlah.....” ucap Fira memarahi Fikri yang mengganggunya
Janganlah apa ni..? kau ni kenapa sebenarnya...?” tanya Sheqa lagi
Err... taka pa-apa.. sebenarnya aku nak bagi tahu yang aku E.L hari ni...” beritahu Fira akhirnya.
Emm... patutlah tak sampai-sampai lagi dah 8 lebih... hahaha apasal..? suami kesayangan kau ikat kau kat rumah ea...? hehee” duga Sheqa
ish..macam-macamlah kau ni.. dahlah tu aja yang aku nak bagitahu...” balas Fira kembali
Yelah...hahaha selamat melepaskan kerinduan masing-masing ya... hehehe “ balas Sheqa kembali sambil mematikan talian
hah... kan senang macam tu....” Fikri tiba-tiba sahaja bersuara
Fira hanya senyap. Fikri sudah mula ingin menjelajah  leher jinjang milik fira. Tiba-tiba dia menegur kesan-kesan yang terdapat pada leher Fira itu.
kenapa leher awak ni...? kena gigit nyamuk ke..?” tanya Fikri
haah nyamuk..nyamuk jantan yang besar sangat...” perli Fira
nyamuk jantan besar...?” fikri berfikir sejenak. Setelah dia mendapat tahu apa yang dimaksudkan Ira itu. Dia berhajat ingin mengenakan Fira.
oowh..nyamuk jantan besar ya.... meh saya nak jadi drakula pula hari ni... hehehe” ucap Fikri sambil mencium leher Fira
awak.....!! janganlah... nanti tinggal kesan... malulah orang nampak....” halang Fira
okey.. kalau kat sini nanti orang perasan... meh saya buat kesan kat tempat lain...” ucap Fikri sambil menolak tubuh Fira rebah ke katil.
Err... awak nak buat apa ni..?” tanya Fira tergagap-gagap
Buat apa lagi.... buat babylah....” balas Fikri sambil tersenyum nakal
hah....??”
Errr..takkan siang-siang macam ni kot...?” ucap Fira malu-malu
kenapa..? tak boleh ke buat baby siang-siang macam ni...?” tanya Fikri pula
Err... tak adalah.........” Belum sempat Fira menyambung, Fikri sudah menghalang terlebih dahulu
shhh..... tak baik tolak permintaan suami....” ucap Fikri sambil meletakkan jari telunjuknya di bibir Fira. Kemudian dia mencium bibir mulur milik isterinya itu. Fira terkaku seketika. Fira memang kalah dan akan terdiam setiap kali Fikri menciumnya. Pasti dia akan hilang kata-kata jika Fikri buat begitu padanya. Fikri sudah mula ingin memainkan peranannya.
TIba-tiba.................

BAB 43
Ting tong... ting tong...
Assalamualaikum...Fik ooh Fik..u ada kat rumah tak...?”
Terdengar bunyi loceng dan orang member salam bertalu-talu.
....................
Fira yang terdengar bunyi orang memberi  salam dan loceng terus menolak Fikri. Dia segera bangkit dari katil. Tidak sempat Fikri hendak bertindak lebih ke atasnya. Tanpa sengaja, rupanya Fikri telah terjatuh dari katil.
aduh...ish awak ni kenapa...?” tanya Fikri sambil mengaduh kesakitan
Errr...awak.. sorry tak sengaja....” balas Fira sambil membetulkan bajunya
saya dengar ada orang beri salam tadi,” tambah Fira lagi. Dia membantu Fikri bangun dan duduk di katil. Kemudian dia segera ke tepi tingkap untuk mengintai siapa yang datang.
Siapa yang datang tu...? kacan daun betullah...” rungut Fikri
Emm... buah hati awaklah...” balas Fira sinis
Buah hati saya..??” tanya Fikri kembali sambil melangkah ke tingkap
Ely.... apa dia buat kat sini..?” tanya Fikri lagi
mana saya tahu....” balas Fira bersahaja
Emmm... saya turun kejap..awak tunggu sini..jangan ke mana-mana...” beritahu Fikri
.........................
hai Ely... u buat apa kat sini...? u tak kerja ke? Mana u tahu alamat rumah i ni..?” tanya FIkri sesudah pintu rumah dibuka.
I ambil dari sistem.. i cuti hari ni... mestilah i datang sini nak jumpa u....” balas Ely sambil tersenyum menggoda
u tak nak jemput i masuk ke...?” tambah Ely lagi
Eh... tak apalah... kita borak dekat luar aja... lagipun tak manis kalau u masuk rumah i..sebab tak ada siapa-siapa...” balas Fikri cuba mengelak
kalau macam tu kita keluar nak..? jom teman i pergi genting...” ajak Ely
Err..tak apalah, i nak rehat dekat rumah aja...” ucap Fikri lagi cuba mengelak
alah u ni...jomlah teman i.... please... kalau u tak mahu temankan i, i duduk sini sampai petang....” ugut Ely
hah... errr... okeylah-okeylah.. u tunggu kejap, i pergi mandi dan bersiap...” balas Fikri yang akhirnya akur dengan kehendak Ely.
...............................................
buah hati awak tu nak apa datang sini...?” tanya Fira, saat FIkri masuk ke bilik.
ajak dating...” balas Fikri bersahaja
Emmm....” hanya itu yang mampu Fira balas
Fikri segera mendapatkan FIra. Dia memegang kedua-dua belah pipi Fira.
saya keluar kejap...nanti kita sambung lagi ya sayang....” ucap Fikri sambil tersenyum nakal. Kemudian dia mengucup dahi Fira.
Kemudian dia melangkah ke bilik air untuk mandi. Saat Fikri keluar dari blik mandi, Fira masih lagi termangu di tepi katil.
awak jangan ke mana-mana okey... tunggu sampai saya balik...” pesan Fikri kepada Fira
Selesai bersiap, dia terus keluar meninggalkan Fira sendirian. Fira tidak tahu mahu berkata apa. Menyesal pula rasanya cuti pada hari tersebut. kalau dia tahu begitu jadinya, baik dia ke tempat kerja walau lambat bagaimanapun.
.....................................
Fira merasa bosan tinggal sendirian di rumah. Ingin menelefon atau meseg Fikri supaya pulang segera, dia risau jika Fikri akan marah. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengemas rumah.
Selesai mengemas rumah dan masak makan tengahari, Fira tidak tahu lagi untuk buat apa. Akhirnya Fira memberanikan diri unruk menelefon Fikri.
.........................
Fik, kita makan kat kafe sini sajalah..ok?” cadang Ely
em.. ok, i follow ja..” beritahu Fikri sambil tersenyum mesra
Dia terlupa sebentar akan isterinya yang ditinggalkan. Tiba-tiba telefon bimbit Fikri berbunyi. Tertera perkataan “MY SOULMATE” .
siapa yang call u tu..?” tanya Ely ingin tahu.
Err... kawan i, sekejap ea u...” Fikri meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan itu
Hello.. hah awak, kenapa...?” tanya Fikri kasar
Assalamualaikum....” ucap Fira lembut
Ermm... waalaikummussalam...” balas Fikri
hah... kenapa awak telefon ni....?” tanya Fikri lagi
Errr... saya nak tanya awak kat mana...? awak balik makan tak tengahari ni...? saya dah masak...” beritahu Fira
Ya Allah... macam mana aku boleh lupa yang aku tinggalkan dia kat rumah sorang-sorang ni...?” Fikri bermonolog sendiri
Awak...??” panggil Fira
Emmm... awak maknlah dulu... saya ada kat genting ni... kenapa tak meseg saja...?” tanya Fikri
Err... saya takut awak tak balas meseg saya nanti...” beritahu Fira
“apa-apa ajalah... awak makan ajalah dulu.. nanti kejap lagi saya baliklaj. Ely dah tunggu saya tu..nanti lama-lama sangat dia curiga pula.. lagi satu, jangan pergi ke mana-mana.. tunggu aja saya kat rumah...” pesan Fikri kepada Fira. Kemudian dia menamatkan panggilan dan kembali semula ke tempat dia duduk bersama Ely sebentar tadi.
kenapa kawan u call...?” tanya Ely saat Fikri kembali semula
nothing... Cuma nak ajak i lepak-lepak malam ni...” bohong Fikri
owwh... kalau i joint boleh..?” tanya Ely mesra
u nak joint....?? err... i tak confirm lagi nak keluar ke tak...” beritahu Fikri cuba mengelak
‘‘lagipun, i penatlah.. ni pun dah hampir seharian keluar...ingat nak berehat saja malam ni...” tambah Fikri lagi
kalau macam tu, i teman u kat rumah ok... kita balik kejap lagi...” bals Ely sambil memaut mesra lengan Fikri
Fikri dapat merasakan yang ely semakin lama, semakin galak menggodanya. Ely semakin berani bertindak lebih dari jangkaannya. Nasib baik dia bukan jenis lelaki buaya darat dan mudah terlentok pada godaan wanita sebegitu. Baginya cinta dan sayangnya hanya untuk Fira seorang . isterinya satu-satunya. Walaupun dia tidak pernah mengakuinya di hadapan Fira. Tetapi hakikatnya dia sudah mula jatuh cinta dengan wanita itu. Kesabaran dan keletah Fira mencuri hatinya untuk terus mengasihi wanita itu.
hah...? tak apalah, kita lepak dekat sini aja... i teman u ok...” balas Fikri pula
ala u ni, apa salahnya... lagipun bukan ada siapa-siapa kat rumah u tu kan...?” pujuk Ely lagi
sebab tak ada siapa-siapalah yang tak boleh tu... tak eloklah macam tu... kesian parents i... mereka pergi buat ibadat, anak dia pula duduk berduaan dengan perempuan yang tak ada kena mengena...” ucap Fikri memerli Ely
erm..yelah-yelah... kalau macam tu kita balik lewat sikit ya...?” balas Ely cuba menutup malu ditegur begitu.
............................
Tiba-tiba Fira merasa sebak ditinggalkan sendirian begitu. Dia menangis sepuasnya seorang diri. Dia menjerit sekuat hatinya di dalam rumah besar itu. Nasib baik rumah mereka jauh dengan rumah jiran-jiran yang lain. Hampir sejam menangis barulah fira merasa lega sehingga sembab matanya. Dia baru teringat yang dia belum menunaikan kewajipan kepada ILAHI. Lantas dia segera menuju ke bilik.
Fira mengadu nasibnya kepada Allah yang Maha Esa. Dia berdoa agar diberi kekuatan dan kesabaran dalam melayani karenah suaminya. Dia memohon agar dia sentiasa tabah dalam  menjalani kehidupan berumahtangga bersama Fikri.
Setelah bermunajat kepada Yang Maha Esa. Barulah Fira merasa tenang. Untuk mengisi harinya dari terbuang begitu sahaja dan bercadang untuk membuat cupcake dan fruit cheese tart. Dua benda ini adalah kegemaran di masa lapangnya semasa bujang dahulu.
Setelah selesai, fira menelefon Sheqa.
Hello..Assalamualaikum...” ucap Fira
waalaikummussalam..hah kenapa ni..?” balas Sheqa
tak ada apa-apa..weyh nanti lepas kerja, singgah rumah aku kejap ya...” beritahu Fira
rumah kau...?” tanya Sheqa lugu
Rumah En. Fikri lah, Rumah Datuk Faizal...” balas Fira pula
oowh..hehee ada kenapa pula..? En. Fikri tak marah ke karang...?” tanya Sheqa lagi
Aku nak bagi kau cupcake dengan cheese tart sikit..En. Fikri tak adalah, dia keluar... kalau ada dia, takkan aku nak suruh kau datang pula...’ beritahu Fira.
‘’Dia tak ada kat rumah?” tanya Sheqa lagi
dahlah.... nanti aku cerita..jangan lupa singgah ye balik nanti..” pesan Fira lagi
hah yela...” balas Sheqa tanda mengerti
................................
Petang itu, Sheqa singgah ke rumah Datuk Faizal selepas pulang dari kerja.
rajin kau buat benda ni semua...” ucap Sheqa
habis dah tak tahu nak buat apa.... aku buat ajalah benda yang aku suka...” balas Fira
ingat juga kau kat aku ya...hehehe” tambah Sheqa lagi sambil tersengih
mestilah..sebab kau nak cuti esok, aku soh kau datang ambil... kalau tak, melepaslah kau....” gurau Fira
yelah..terima kasih...” balas Sheqa
laki kau pergi mana..? kenapa kau tak ikut dia sekali...?” tanya Sheqa tiba-tiba
keluar dengan Ely... dari pagi tadi sampai sekarang tak balik-balik... hairan betul aku, macam mana lah perempuan tu boleh pula datang sini ajak Fik keluar...” jelas Fira
patutlah dia tak kerja... pagi tadi dia datang kejap, tahu je En. Fikri cuti terus dia kata dia mc... ke sini rupanya dia..” beritahu Sheqa pula
Fira meluahkan serba sedikit masalahnya kepada Sheqa. Lega hatinya dapat meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati.
sabarlah Fira...dugaan berumahtangga... aku yakin satu hari nanti, kau akan peroleh kebahagiaan kau...’ nasihat Sheqa
harap-harapnya... terima kasih sebab sudi dengar luahan hati aku...” balas Fira pula
apa ada hal.. aku kan kawan kau...” balas Sheqa pula sambil tersenyum mesra.
okeylah... aku nak balik... dah lewat ni..anyway, thanks for the desserts... ‘‘ tambah Sheqa sambil menunjukkan bungkusan yang diberikan Fira
Fira menghantar Sheqa pulang hingga ke muka pintu.
...........................
Sehingga jam 8 malam, Fikri masih lagi belum pulang. Fira menunggu Fikri di ruang tamu sehingga akhirnya dia terlelap.
Jam 10.00 malam, barulah Fikri pulang. Ketika pulang, Fikri lihat suasana rumah suram. Dia mencari-cari kelibat Fira. Ketika dia ingin melangkah menaiki tangga menuju ke tingkat atas, dia terdengar bunyi suara di ruang tamu. Lantas dia bergegas ke ditu. Dilihat Fira sedang tidur, manakala televisyen terpasang. Dia segera mematikan televisyen dan mendapatkan Fira. Dia tenung wajah mulus itu.
Mata Fira yang sembab membuatkan Fikri rasa bersalah. Dia mengusap lembut pipi isterinya itu. Tiba-tiba Fira tersadar dari tidurnya.
awak dah balik...?” tanya Fira saat melihat Fikri
sudah... kenapa tidur dekat sini..?” tanya Fikri lembut
perlu ke awak tahu...? saya ingat awak dah tak jumpa jalan pulang bila dah bersama Ely...” ucap Fira sinis sambil memalingkan mukanya dari menghadap Fikri. Dalam dian, dia menangis sebenarnya.
Fikri terasa dengan kata-kata Fira itu, lantas dia  ingin meninggalkan Fira disitu. Tiba-tiba  Fira menarik tangan Fikri. Fikri menoleh kea rah Fira.
kenapa....?” tanya Fikri
Fira bangun dari pembaringannya dan melepaskan pegangannya pada tangan Fikri.
kenapa awak buat saya macam ni...?” kenapa awak selalu sahaja menduga saya dengan sikap dan layanan awak..? saya ni tak ada tempat langsung ke dalam hati awak...? bila awak perlukan saya , awak cari..  bila tak nak, awak biarkan aja macam tu...” luah Fira. Air matanya sudah  mula mengalir.
Fikri terpempam seketika. Kemudian dia melangkah pergi meninggalkan Fira sendirian di situ tanpa berkata apa.
Tanpa dipaksa, air mata Fira berjujuran sekali lagi diperlakukan begitu oleh Fikri.
........................
Ketika Fira melangkah masuk ke bilik, Fikri berada di dalam bilik air. Fira merasa penat dan lemah seluruh sendinya. Dia merebahkan dirinya di atas katil. Dia baring membelakangi tempat pembaringan Fikri. Bantal peluk diletakkan di tengah-tengah sebagai penghalang.
Fira masuh lagi menangis dalam senyap. Fikri juga sudah bersiap-siap untuk tidur. Dia duduk di katil. Dia memanggil Fira lembut.
Fira.....?” panggil Fikri lembut
Fira tidak menjawab. Dia mengesat air  mata yang jatuh ke pipinya. Kemudian dia berpaling menghadap Fikri. Terlihatkan wajah Fikri, membuatkan dia mengalirkan air mata sekali lagi.
Fikri rasa bersalah melihat Fira begitu. Lantas dia mengalihkan bantal yang diletakkan di tengah-tengah itu. Kemudian dia baring di sebelah  Fira.
Shh... jangan menangis lagi..” pujuk Fikri sambil mengesat air mata Fira yang berjujuran di pipi. Fira masih lagi begitu. Fikri menarik Fira kedalam pelukannya. Dia mencium ubun-ubun Fira untuk menenangkan wanita itu.
‘’sudah ya sayang.... jangan menangis lagi.. saya ada kat sini dengan awak...’’ucap Fikri lembut memujuk Fira
Perlahan-lahan Fira membalas pelukan Fikri. Pelukan yang sangat kejap, seakan dia tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi dari dalam hidupnya. Tiada kata yang lahir dari bibirnya saat itu. Hanya air mata yang mengalir. Malam itu Fira tidur dalam dakapan Fikri ditemani air mara.
BAB 44
Fira tersedar dari tidur apabila merasakan tekaknya mual dan perutnya sakit. Dia segera menuju ke bilik air.
Fikri yang sedang lena tidur terjaga saat terdengat bunyi orang muntah di bilik air. Dikerling jam di sisi, menunjukkan 5.30 pagi. Segera dia bangkit dari pembaringannya.
awak kenapa...?” tanya Fikri saat terlihat Fira keluar dari bilik air
tak tahulah... perut saya sakit, tekak pula rasa mual...” beritahu Fira
takkan pregnant kot...?” duga Fikri
pregnant...? takkanlah, baru beberapa hari kan...” balas Fira sambil baring semula di katil
ya tak ya juga...” balas Fikri pula
entah-entah perut awak masuk angin agaknya... awak makan tak semalam...?” tanya Fikri
Fira hanya menggelengkan kepala sahaja.
kenapa tak makan...? tengok apa dah jadi...” bebel Fikri
Dia bangun untuk mengambil minyak angin.
mari sini saya sapukan minyak angin, biar kurang sikit sakit tu...” baru Fikri ingin menyapukan minyak angin pada perut Fira, Fira sudah bangun semula menuju ke bilik air.
Lagi sekali dia muntah-muntah. Fikri mendapatkan Fira di bilik air.
awak okey tak ni...?” tanya Fikri cemas. Kemudian dia membantu Fira untuk ke katil. Fira merasakan kepalanya sangat pening saat itu.
badan awak panas ni.. awak demam rasanya ni...” ucap Fikri. Dia meletakkan belakang tangannya di dahi Fira.
Fira sudah tidak bermaya lagi.  Sudah terlalu banyak dia muntah.  Mukanya kelihatan pucat.Fikri kelihatan cemas.
saya nak baring kejap.. awak pergilah bersiap.. dah pukul berapa dah ni..” ucap Fikri lemah
Fikri mengambil sebesen kecil air fan tuala kecil. Dia menjelumkan kepala Fira dengan tuala kecil yang sudah dibasahkan.
Kemudian dia mandi dan menunaikan solat subuh.
Selepas itu dia meninggalkan Fira untuk menyiapkan sarapan buat Fira. Fikri membuatkan roti bakar buat Fira. Sungguh dia kaget waktu itu, sehingga tidak tahu untuk berbuat apa. Selama ini, waktu dia demam ibu yang merawatnya. Tetapi kali ini, dia pula yang harus merawat Fira deman.
Fikri meletakkan dulang yang berisi air susu dan roti bakar di atas meja sisi di sebelah katil. Dilihat Fira sedang tidur. Kemudian dia bersiap-siap pula untuk ke pejabat.
Fira...saya nak pergi kerja dah ni... nanti jangan lupa makan sarapan dan ubat... kalau ada apa-apa telefon saya okey..” beritahu Fikri. Dia mencium ubun-ubun Fira sebelum meninggalkan Fira. Fira hanya tersenyum lemah.
...................................
Di pejabat, Fikri merasa resah tidak menentu. Dia rasa bersalah pula membiarkan Fira yang tidak sihat itu bersendirian di rumah. Dia cuba menghubungi Fira. Tetapi tidak berjawab.
Tidak sampai sejam berada di pejabat, FIkri mengambil keputusan untuk pulang.
Hello, kak yart... nanti tolong ambil pesanan ya kalau ada apa-apa hal.. Fira mc tak sihat. Fik nak balik, ada hal...” beritahu Fikri kepada setiausaha papanya itu melalui intercom.
Baik En. Fikri...” balas Hayati, setiausaha Datuk Faizal
Tok..tok..tok...

masuk...” ucap Fikri yang sedang mengemaskan barang-barangnya untuk pulang.
u kenapa ni...? tergesa-gesa aja i tengok...” tanya Ely
i nak balik.. ada hal... ada apa-apa nanti kita cerita kemudian ya...” beritahu Fikri
i teman u boleh..?” tanya Ely lagi
no..thanks..i tak apa, bos.. u pekerja.. so, u kena stay...” ucap Fikri sinis dan terus melangkah keluar dari biliknya meninggalkan Ely.
Sebelum keluar, Fikri singgah sebentar ke bilik Syafiq.
Hah bos apsal macam kalut aje ni aku tengok..?” tanya Syafiq
aku nak balik ni.. Fira tak sihat.. risau aku dia tinggal rumah sorang-sorang.. aku nak mintak tolong sikit....” beritahu Fikri
tolong apa...?” tanya Syafiq
tolong tengokkan office ni, sementara aku tak ada ni... esok aku tak tahu kerja ke tak.. tengok pada keadaan Fira..” beritahu Fikri lagi.
okey.. beres bos... entah-entah demam nak dapat orang baru kot...” seloroh Syafiq sambil tersenyum nakal
merepek aja kau ni.. takkan baru 2-3 hari dah menjadi..hahaha” balas Fikri sambil ketawa
okeylah, aku berangkat dulu...” tambah Fikri lagi
okey... hati-hati bos, jangan kalut sangat...” pesan SYafiq kepada Fikri.
......................
Setibanya di rumah, Fikri terus menuju ke bilik. Dia lihat Fira tiada di atas katil. Dia segera meletakkan beg dan kotnya. TIba-tiba dia terpandang sesusuk tubuh di depan pintu bilik air. Dilihat muka Fira pucat sekali. Segera dia mengangkat Fira ke katil. Fikri semakin resah. Kemudian , dia terus menelefon bapa mertuanya yang turut mengerjakan umrah bersama keluarganya.
Hello... assalamualaikum abah.. maaf Fik mengganggu..” ucap Fikri memulakan bicara
waalaikummussalam... ya Fik, kenapa nak...? macam cemas aja bunyinya...” tanya Pak Cik Fakrul
Errr... Fira... dia demam... Fik tak tahu nak buat apa...” beritahu FIkri
dia muntah-muntah pagi tadi, ni sekarang tak sedarkan diri pula....” tambah Fikri lagi
sabar FIk.... jangan kalut-kalut sangat nak... Fira kalau demam memang macam tu.. muntah-muntah... lepas ni, Fik buatkan bubur kosong letak lobak asin.. lepas tu, bagi dia minum air kelapa.. lagi satu, cari daun jambu yang pucuk, rebus... air rebusan tu, guna wat jelum kepala Fira.. InsyaAllah akan kebah demam dia... biasanya , dulu kalau Fira demam, abah akan buat begitu...” beritahu Pakcik Fakrul
Baiklah bah.. Fik cuba... terima kasih ya baj..” ucap Fikri
yalah.... elok-elok ya nak... jaga diri kamu berdua baik-baik ...” pesan Pak Cik Fakrul
InsyaAllah  Bah... sampaikan salam pada ibu dengan papa ya bah...Assalamualaikum...” balas Fikri menamatkan perbualan.
Selepas itu, Fikri mendapatkan Fira.
Fira...!! Fira....” panggil Fikri lembut sambil menggoncang perlahan tubuh Fira
Fira membuka mata perlahan-lahan. Lemah dirasakan tubuhnya.
saya tolong mandikan awak dulu ya...?” ucap Fikri. Dia sudah mengangkat Fira untuk di bawa ke bilim air.
awak nak buat apa ni...?” tanya Fira dalam keadaan mamai-mamai saat Fikri ingin membukan bajunya.
janganlah... malulah...” ucap Fira perlahan
kenapa nak malu.. saya kan suami awak... lagipun dah tak ada apa lagi yang nak dirahsiakan....” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
Fira diam tidak terkata. Dalam keadaan dirinya yang sangat lemah itu, dia membiarkan sahaja Fikri melakukan apa sahaja.
Selesai memandikan dan menyipakan Fira, Fikri turun ke bawah.
aak jangan ke mana-mana... badan awak ni lemah sangat.. asyik muntah aja... nanti kalau rasa nak muntah, muntah dalam baldi ni saja... saya nak ke bawah sekejap...” pesan Fikri. Dia meletakkan baldi kecil disebelah katil, supaya kalau Fira mahu muntah dia tidak perlu ke tandas.
Fikri memasakkan bubur untuk Fira. Sementara itu, dia mencari daun jambu dan kelapa muda. Nasib baik rumah mereka dipenuhi dengan pelbagai pokok. Jadi tidak perlu dia bersusah payah keluar untuk mencari itu semua.
Setelah siap, Fikri membawakan bubur ke bilik. Dikejutkan Fira yang sudah terlena.
Fira... bangun sayang....” panggil Fikri lembut.
makan bubur ni, buat alas perut..” Fikri membantu Fira bangun dan menyandarkannya pada kepala katil.
makan sikit ya...” Fikri menyuapkan bubur ke mulut Fira
Perlahan-lahan Fira makan. Hampir setengah mangkuk Fira makan, akhirnya dia berhenti.
awak habiskanlah, lagi sikit aja ni...” pujuk Fikri
Fira hanya menggelengkan kepala tanda tidak mahu.
kalau macam tu, makan ubat ya...?” Fikri mengambil ubat dan memberikannya kepada Fira
awak tidur dulu ya... banyakkan rejat...” tambah Fikri lagi. Kemudian Fikri mengambil air rebusan pucuk daun jambu dan sehelai tuala kecil. Dia membasahkan tuala kecil itu dan menjelum kepala Fira.
Hampir setengah hari Fikri menjaga Fira, kerana kepenatan akhirnya dia tertidur di sisi Fira tanpa menukar pakaian kerjanya.
..............................
FIra terjaga dari tidurnya, dilihat jam sudah menginjak ke 2.30 petang. Demamnya sudah terasa kebah seikit. Direnung Fikri disebelahnya dengan penuh kasih sayang. Dia mengusap lembut pipi Fikri. Fikri tersedar dari tidurnya.
awak dah bangun...? awak dah okey..?” tanya Fikri
Fira hanya tersenyum. Fikri melihat jam di pergelangan tangannya.
Masya Allah.. dah nak pukul 3, saya tak solat zohor lagi...” Fikri terus bangkit dan mengambil tuala menuju ke bilik air.
Ketika Fikri sedang bersiap-siap untuk solat, Fira sedang bangun.
Awak nak ke mana ni...?” tanya Fikri tegas
Emm.. saya nak pergi ambil wudhu’.. saya nak solat...” beritahu Fira
sudah.. mari saya bantu..” berhati-hati Fikri membantu Fira, agar wudhu’nya juga tidak terbatal.
Mereka solat zohor berjamaah.
Petang itu, Fikri menemani Fira berehat di bilik.
minum air kelapa ni...” sua Fikri kepada Fira
Fira menyambut dan meminumnya. Selepas itu tanpa diduga Fira menitiskan air mata.
kenapa awak nangis ni...?” tanya Fikri. Dia kaget melihat Fira yang tiba-tiba sahaja menangis.
Terima kasih awak... saya selalu susahkan awak...” ucap Fira sambil mengenggam tangan Fikri
saya tak tahu apa perasaan awak yang sebenar pada saya... tapi saya hargai sangat apa yang awak buat pada saya.. walaupun awak tak pernah kata yang awak sayang saya, tapi awak selalu ambil berat pasal saya setiap kali saya sakit.. terima kasih awak..selagi saya isteri awak, sayang dan cinta saya hanya untuk awak, suami saya ...” ucap Fira ikhlas dengan tangisan yang semakin deras.
Shhh...sudahla tu.. dah awak sakit, takkan saya nak layan kasar-kasar pula....” balas Fikri sambil menarik Fira ke dalam pelukkannya.
..........................
Esok awak pergilah kerja..tak payah temankan saya lagi...saya dah okey dah ni...” beritahu Fira kepada Fikri.
betul ni...? nanti kalau kadi macam siang tadi macam mana...?” tanya Fikri
saya dah okey... cuba rasa ni... dah tak panas lagi kan macam siang tadi...” beritahu Fira lagi cuba meyakinkan Fikri.
Betul ni...? awak pasti atau awak tak suka saya temankan awak sebenarnya...?” duga Fikri
bukan.... tapi saya tak nak susahkan awak...” ucap Fira sayu
lagipun saya dah okey... esok pon mak Jah dengan Siti dah balik... awak tak perlu risau okey...” tambah Fira lagi sambil tersenyum mesra
oekylah kalau awak dah kata macam tu...” balas Fikri.
Tiba-tiba telefon bimbit Fikri berbunyi.
Kenapa awak tak jawab panggilan tu,,?” tanya Fira
tak ada apa-apa... biarlah...” balas Fikri
siapa yang telefon..? kenapa awak tak nak jawab...?” tanya Fira lagi
tak ada siapa-siapa..tak penting pun...” jawab Fikri
Kemudian terdengar bunyi loceng rumah dan suara orang member salam.
awak..ada orang datang tu...” beritahu Fira
Fikri segera menjengah ke tingkap.
Ely...apa dia nak ni datang malam-malam...’ desis hati kecil fikri. Seraya itu, telefon bimbitnya berbunyi sekali lagi.
FIkri menjawab panggilan tersebut sambil membuat isyarat pada Fira agar senyap. Fira hanya diam tanda faham.
Hello... ye Ely...” ucap Fikri saat menjawab panggilan.
Fira hanya mendengar sahaja perbualan itu.
sorry, i tak ada kat rumah...”
oowh... i keluar dengan member i, dia ambil tadi....”
okeylah.. see u tomorrow..”
Fikri menamatkan perbualannya.
Ely ke yang datang tu...?” tanya Fira
yups...” jawab Fikri pendek
dia nak apa..?” tanya Fira seperti tidak berpuas hati.
Ajak dating...” itu sahaja jawapan Fikri
emm...” balas Fira
Kenapa...?” tanya  Fikri pula
tak ada apa-apa...” jawab Fira
kenapa awak tak keluar saja dengan Fira... kenapa bohong dia..?” tanya Fira lagi
bohong...? biarlah...saya penatlah.... hari ni dah jaga awak seharian.... nak keluar lagi, nanti entah pukul berapa balik...” jelas Fikri
awak tidurlah..saya pun nak tidur dah ni...” tambah Fikri lagi.
Fikri mematikan lampu dan menuju ke katil.
awak....?” panggil Fira tiba-tiba
emm...kenapa? awak ada nak apa-apa ke..?” tanya Fikri
terima kasih sebab jaga saya....” ucap Fira ikhlas
Fikri tidak membalas apa-apa. Fira merapatkan tubuhnya pada Fikri, perlahan-lahan dia memeluk Fikri, seakan tidak mahu melepaskannya. Fikri hanya membiarkan sahaja tindakan Fira itu.
.....................
Ketika Fikri terjaga dari tidur, Fira masih lagi memeluk erat tubuhnya. Perlhan-lahan Fikri mengalihkan tangan Fira. Dia meraba dahi Fira dengan belakang tangannya, panas Fira sudah berkurang. Tiba-tiba Fira terjaga dari tidurnya.
Emmm... kenapa awak...? dah pukul berapa ni...? “ tanya Fira
dah pukul 6... awak macam mana hari ni...?” tanya Fikri pula
dah rasa ok sikit.. Cuma masih rasa tak sedap badan dan pening-pening sikit...” jawab Fira
tak apalah.. awak rehat dulu hari ni..esok kalau dah ok, baru pergi kerja...” balas Fikri
saya nak bangun dulu, nak mandi dan solat...” Fikri bangun dan terus menuju ke bilik air. Fira masih lagi di katil
.........................
awak nak solat sekali...?” tanya Fikri saat dia sedang bersiap-siap untuk solat subuh
Fira hanya mengangguk. Dia bangun dari katil. Tetapi dia hampir terjatuh kerana kepalanya masih pening.
awak ok...?” tanya Fikri
ok...” jawab Fira
Fikri tahu Fira tidak ok, lantas dia segera membantu fira.
....................
Selesai solat subuh berjamaah, Fira berehat semula di katil. Manakala Fikri turun ke dapur untuk membuat sarapan.
Selesai membuat sarapan, Fikri membawakan sarapan Fira ke bilik.
Ni saya dah siapkan sarapan untuk awak... awak dah  tak muntah-muntah lagi kan...? rasanya boleh kot makan apa yang saya masak ni....” beritahu Fira
Fira hanya mengangguk dan tersenyum.
Fira hanya mengangguk dan tersenyum.
hari ini mak Jah dengan Siti balik, kalau awak rasa belum ok lagi.. tak payah buat apa-apa...beritahu dia orang aja nanti, kalau awak nak apa-apa ok...”pesan Fikri
Kemudian dia, meninggalkan Fira untuk bersiap-siap ke pejabat.
saya pergi kerja dulu... kalau apa-apa hal , telefon saya...” pesan Fikri lagi
Fira hanya mengangguk. Dia menghulurkan tangan kepada Fikri untuk bersalaman.
terima kasih awak...” ucap Fira sambil tersenyum mesra dan mencium tangan Fikri
Fikri hanya tersenyum. Kemudian dia mencium ubun-ubun Fira.

BAB 45
Keesokan harinya FIra kembali bekerja seperti biasa.
kau dah sehat ke..?’ tanya Sheqa kepada Fira ketika mereka makan tengahari di pantry berdua.
Alhamdulilah...”jawab Fira sambil tersenyum
En.Fikri jaga kau ya..?” tanya Sheqa lagi sambil tersenyum
‘’ ya sayang.. dah tu siapa lagi...” jawab Fira
Emmm.. aku tak fahamlah dengan dia tu.. kejap okey kejap tak okey.. tapi tiap kali aku sakit, dia yang jaga aku... dia ambil berat sangat..tapi lepas tu buat tak tahu...” tambah Fira lagi sebelum sempat Sheqa bertanya.
tu maknanya dia sayang kat kaulah tu...” balas Sheqa pula
sayang..entahlah...” balas Fira
Emm..aku rasa nak bagi somethinglah pada dia tanda aku hargai apa yang dia buat untuk aku..” tambah Fira lagi sambil tersenyum
Emm.. tak payah fikir benda susah-susah.. kau bagi diri kau aja sudahlah...hehehee “ cadang Sheqa sambil ketawa nakal
hah..? bagi diri aku..? maksud kau..?” tanya Fira tidak mengerti
ish.. lampilah kau ni..malam ni kan malam jumaat... malam wajib.. takkan tak faham-faham lagi kot...” beritahu Sheqa
oowh... maaflah, budak baru belajar..hehehee”
alah... malulah, takkan aku yang nak mulakan dulu kot... lagipun hari ni parents kita orang balik dari umrahlah..takkan nak sibukkan benda tu pula...” tambah Fira lagi
apa salahnya... kau godalah dia... takkan nak tunggu dia aja yang mulakan.. apalah...lagi satu, kalau tak dan malam ni, next time bukan tak boleh.. asal kau tak lampu merah sudahlah...hehehe” beritahu Sheqa lagi smbil ketawa kecil
...................................
Malam itu, Fikri mengambil Datuk Faizal, Datin Maria, Pakcik Fakrul dan Faiz di airport. Fira pula hanya menanti sahaja di rumah.
Assalamualaikum...” Datuk Faizal serta yang lain member salam
waalaikummussalam....” jawab Fira yang sedia menanti di hadapan pintu
Alhamdulilah..selamat juga kami pulang semula ke sini...” ucap Datuk Faizal. Kemudian mereka masuk dan berlalu ke ruang tamu.
anak abah macam mana...? dah sihat..?” tanya Pakcik Fakrul saat Fira menyalaminya.
Alhamdulilah bah.. Fira dah sihat...” jawab Fira sambil tersenyum mesra
baguslah... nasib baik menantu abah ada tolong jagakan anak abah yang manja ni...” balas Pakcik Fakrul sambil tersenyum.
Fikri hanya tersenyum bangga dipuji abah mertuanya. Fira pula senyum mengejek.
entah-entah demam nak dapat orang baru tak...?” tambah Datin Maria pula sambil tersenyum
hah..? ish ibu ni ..takkanlah,. awal lagi kot..” balas Fikri pula.
apa yang awal lagi..” tanya Datin Maria
Errr... tak ada apa-apa la bu.. maksud Fik, masih awal ..lagipun kami masih nak honeymoon... kan sayang kan....” jawab Fikri sambil member isyarat pada FIra
sayang....? tiba-tiba pula nak berlagak romantic depan family...’ desis hati kecil Fira
Fira hanya mengangguk dan tersenyum kelat.
tak payahlah honeymoon lama-lama sangat.. ibu kami tu dah tak sabar nak timang cucu...” tambah Datuk Faizal pula
Ke masih belum lekat-lekat lagi...? atau kamu yang tak aktif ni Fik...hahaha” gurau Pakcik Fakrul pula
Wajah Fira sudah merona meraha kerana malu. Fikri pula hanya buat muka selamba.
Ni ibu ada bawakan buah zuriati dari sana.. Fira makanlah, mana tahu kalau-kalau lepas ni ada rezeki...” ucap Datin Maria sambil menghulurkan bungkusan yang berisi buah tersebut kepada Fira.
sudah-sudahlah tu bercerita pasal cucu ibunya... tengok anak menantu kita ni, dah tak sengan duduk saya tengok..” tegur Datuk Faizal pula sambil tersenyum
Ni Fik, Fira..kami bercadang esok ,malam lepas isyak, kami nak buat kenduri kesyukuran sikit..” beritahu Datuk Faizal menukar topik.
Selepas itu mereka berbual-bual dan berkongsi-kongsi cerita. Faiz awal-awal lagi sudah naik ke biliknya. Tidak mahu masuk campur cerita orang dewasa.
.......................
awak... apa pandangan awak tentang permintaan ibu tadi...?” tanya Fira saat mereka berdua berada di bilik
pandangan apa pula...?” tanya Fikri tidak mengerti
Emmm... pasal anak..? dah banyak kali ibu sebut pasal benda ni...” jelas Fira
Dah belum ada rezeki... tunggu ajalah, kalau cepat cepatlah... kalau lambat, lambatlah..nak macam mana... lagipun baru percubaan pertama kan..’ balas Fikri pula sambil membaringkan dirinya di katil.
Emmm... yelah...’’ jawab Fira pendek
kenapa...? awak nak ke malam ni...?” tanya Fikri tiba-tiba sambil tersenyum nakal menghadap Fira
Hah...? Errr..?” jawab Fira tergagap-gagap. Dia dapat menangkap apa yang dimaksudkan Fikri
lain kali sajalah.. saya penat malam ni...” balas Fikri sambil menarik bantal peluk dan memejamkan matanya.
Fira hanya diam. Malu juga dirasakan apabila Fikri seolah-olah dapat membaca fikirannya.
tolong matikan lampu.. saya nak tidur...” pesan Fikri
Fira mematikan lampu dan berbaring di sebelah Fikri. Dia masih belum dapat melelapkan mata . macam-macam yang difikirkan di dalam kepalanya.
awak...? dah tidur ke..?” panggil Fira tiba-tiba.
Her,,, baru terlelap kejap..kenapa...? awak tak boleh tidur ke..?” tanya Fikri
belum boleh tidur ladi.. sorry saya kacau awak tidur..” balas Fira
hah..tau tak apa.. awak nak apa...? jangan minta yang itu sudah.. saya penat ni..” sempat lagi Fikri berseloroh
Errr... bukanlah... saya nak minta izin awak, minggu ni saya nak balik rumah abah.. tidur sana..boleh tak..?” beritahu Fira
ingatkan apalah tadi... macamlah esok tak boleh nak bagitahu..” bebel Fikri
saya takut terlupa..boleh tak awak...?” tanya Fira lagi
emmm..boleh tu boleh..tapi saya tak dapat nk teman.. ada kerja hujung minggu ni..” balas Fikri
‘’tak apa... saya faham..thanks awak....” balas Fira kembali
Aii...macam tak kisah aja saya tak ada....” duga FIkri
err... tak adalah....” jawab Fira
ingat ...jangan nak macam-macam kat belakang saya... kalau awak macam-macam, siap awak..!!” pesan Fikri tegas
dahlah...saya nak tidur..jangan kacau saya lagi... kalau awak tak boleh tidur.. awak buatlah apa-apa pun, kira biri-biri kea pa ke, asal tak kacau saya...” tambah Fikri lagi member peringatan kepada Fira
ingat aku budak-budak ke nak suruh kira biri-biri...aish...’ gumam hati kecil Fira.

BAB 46
Sudah seminggu Datuk Faizal pulang dari menunaikan umrah. Sepanjang itu juga, Fikri sibuk dengan kerjanya, sehingga kurang masa bersama Fira.
Sheqa.... tengahari karang jom teman aku pergi shopping...” ajak Fira
no hal lah... tapi laki kesayangan kau tu bagi ke...?” tanya Sheqa pula.
Nanti aku tanya..lagipun dia kan solat jumaat, takkan nak teman pula...” balas FIra
kau nak shopping barang apa weyh...?” tanya Sheqa
tengoklah nanti, apa-apa yang berkenan..” balas Fira kembali
aku nak belikan present untuk dia.. seminggu ni dia sibuk sangat..sampai tak ada masa untuk aku...” tambah Fira lagi
masa untuk apa tu...?” duga Sheqa sambil tersenyum nakal.
ish...dah mula lah tu nak fikir bukan-bukan...” balas Fira
eleh..sudahlah weyh..macamlah aku tak tahu..aku pun pernah laluilah.. sekali dah dapat mesti nak lagi..hahaha lagi-lagi orang yang tengah mood honeymoon macam kau ni...” seloroh Sheqa
ish kau ni.. macam-macamlah..dah dia senyap, takkan aku nak mula kot.. malulah...” balas Fira pula
tak payah nak malu-malulah..laki kau, bukannya orang lain.. lagipun benda halal... jangan kata kau tak rindu nak dibelai mesra oleh suami sendiri...” bebe; Sheqa
Fira hanya tersenyum malu. Mungkin ada betul juga kata Sheqa itu.
.....................
Tok..tok..tok
masuk...” arah Fikri
yups..ada apa-apa  ke...?” tanya Fikri
Err... awak saya nak minta izin boleh...? saya nak keluar dengan Sheqa, waktu solat jumaat nanti..” beritahu Fira
nak ke mana..?” tanya Fikri lagi
nak keluar pergi shopping mall kejap, cari barang sikit...” beritahu Fira lagi
ok...” balas Fikri pendek
ok ja...? selalu kemain panjang berjela lagi amanat dia..’ Fira berbicara sendiri di dalam hati.
ada apa-apa lagi ke..?” tanya Fikri tiba-tiba.
Errr.. tak ada... saya keluar dululah ya...” jawab Fira
awak...? malam ni busy tak...?” tanya Fira sekali lagi sebelum melangkah keluar dari bilik FIkri
Emmm.. tak kot..kenapa..?” tanya Fikri kembali
nothing.....” balas Fira sambil tersenyum dan melangkah keluar dari bilik Fikri.


Emmm.. wanginya..awak pakai perfume apa ni...? saya rasa sebelum ni tak pernah bau pun...” tegur Fikri saat melangkah masuk ke bilik tidur mereka.
Fira yang sedang menghadap cermin terus pergi mendapatkan FIkri.
awak suka bau perfume ni...?”
awak cuba yang ni pula... perfume ni sepasang, satu lagi ni untuk awak...” beritahu Fira sambil menyemburkan sedikit pada Fikri.
boleh tahan juga baunya,, yang awak punya perfume tu, sexy sangat baunya... boleh menggetarkan naluri..jangan pakai time keluar rumah ya...” pesan Fikri. Walaupun bersahaja tapi ada nada tegas di situ.
saya pakai untuk awak saja....” bisik Fira . kemudian dia meletakkan perfume tersebut di meja solek. Dia melangkah menghampiri fikri. Fira cuba untuk menggoda Fikri. Dibuang perasaan malunya.  Dia membuka jubah tidur yang tersarung ditubuhnya. Di dalamnya pula, dia memakai baju tidur pemberian Fikri tempoh hari.
Emm... ni baju tidur yang saya bagi hari tu kan..?” tanya Fikri cuba mengawal getaran di hati. Mencium bau perfume Fira saja sudah mampu menggetarkan naluri lelakinya.  Ini pula melihat Fira berpakaian sebegitu.
FIra tidak menjawab, malah dia merapatkan lagi tubuhnya pada FIkri. cuba menggoda Fikri. tangannya, bermain-main di dada dan leher Fikri.
awak nak goda saya ke...?” tanya Fikri. dia menghalang tangan FIra dari terus memainkan peranannya.
Sorry... bukan malam ni.. kalau saya perlukan awak, saya sendiri akan cari awak.. tak perlu goda saya macam ni...” ucap Fikri
Fira bengang ditolak begitu oleh Fikri. terus dia menyarung semula jubah tidurnya dan berlalu ke bilik air.
Fikri beristighfar seketika. Hampir luruh juga imannya digoda Fira. Berpeluh juga dia menahan keinginan naluri lelakinya. Tetapi kerana ego, dia cekalkan juga. Dia tidak mahu kalah dengan godaan FIra. Kalau boleh dia mahu Fira yang terkulai dengan belaiannya.
Kemudian Fikri keluar dari bilik itu. Fira makan hati dengan sikap Fikri. dia malu kerana Fikri menolaknya. Setelah hampir 15 minit dia duduk di dalam bilik air, barulah dia keluar. Saat Fira keluar , FIkri tiada di dalam bilik.
Ketika FIkri masuk semula ke dalam bilik, dilihat Fira sudah tidur dan membelakangi tempat pembaringannya. Bantal peluk diletakkan di tengah-tengah.
Fikri tahu Fira merajuk dengannya. ‘tak apalah, biarkan dia merajuk, esok aku pujuklah..’ desis hati kecil FIkri. dia tersenyum melihat FIra. Kemudian dia baring di sebelah FIra dan bantal peluk dibiarkan di tengah-tengah.
Sebenanrya Fira masih belulm tidur. Dia berasa hati dengan FIkri. dia fikir FIkri akan memujuknya tetapi hampa. Dia tidak menyangka FIkri akan menolaknya dan berkata begitu kepadanya. Perasaan malu ditolak Fikri membuatkan Fira tekad untuk tidak mahu buat sebegitu lagi.
Beberapa ketika kemudian, Fira memusingkan tubuhnya menghadap FIkri. Dia tahu, berdosa isteri yang tidur membelakangi suaminya. Walau rajuk dan sedih macam mana pun hatinya, dia tetap tidak akan membelakangi FIkri ketika tidur.
....................................
Pagi itu Fira terlewat bangun. Fikri juga masih tidur. Jam sudah menunjukkan 6.40 pagi. Waktu subuh sufah hampir tamat,
Fira segera bangkit dan mengejutkan Fikri
awak.. bangun dah siang...” kejut Fira. FIkri masih lagi tidur, tidak mahu bangun. Fira mengejutkan Fikri sekali lagi.
awak..... bangunlah,!! Waktu subuh dah nak habis ni...” kejut Fira sambil mengusap lembut tubuh FIkri
Errmmm?? Dah pukul berapa ni..?” tanya Fikri dalam keadaan mamai.
dah 6.45 pagi..bangunlah, nanti terlepas subuh...” beritahu Fira
Fikri menggeliatkan tubuhnya. Fira sudah meninggalkannya dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’.
awak tunggu kejap, saya pergi ambil wudhu’... kita solat sama-sama...” beritahu FIkri
Mereka solat subuh berjamaah. Hampir sahaja mereka terlepas waktu subuh. Fira terlupa seketika akan rajuknya tadi malam. Selesai solat , Fira ingin menuju ke bilik air untuk mandi.
awak nak pergi mana tu...” tanya FIkri
nak pergi mandilah, lepas tu nak turun bawah... tak kan nak sambung tidur pula..” ucap Fira sinis
Fikri menarik FIra rapat kepadanya. Dia memluk Fira dari belakang. Fira tidak pula melawan.
tak payah mandi dululah..temankan saya dulu...” bisik FIkri romantis di telinga FIra
nak buat apa temankan awak..awak kan tak nak saya...” balas Fira
awak merajuk ya...?” tanya FIkri sambil mencium bahu FIra
Fira hanya mendiamkan diri. Mengiyakan tidak, menafikan pun tidak.
Perlahan-lahan Fikri membuka ikatan jubah tidur yang dipakai FIra. Kemudian dia memusingkan FIra menghadapnya. FIra diam sahaja tidak menghalang.
saya tak nak teman awak.. saya nak mandi, lepas tu turun bawah..” ucap Fira seolah-olah baru tersedar.
saya nak awak etmankan saya sekarang.. lepas ni boleh mandi..mandi dengan saya, ok sayang...?” ucap Fikri sambil tersenyum nakal.
saya tak nak...!!” balas Fira kembali
Shhh....” balas  FIkri lantas mencium bibir FIra. Fira terkaku seketika, tanpa sedar dia turut membalas ciuman tersebut.
Perlahan-lahan FIkri menanggalkan jubah tidur FIra. Melihat keadaan Fira yang begitu seksi dengan baju tidur pemberian, membuatkan FIkri jadi semakin tidak tentu arah. Fikri menolak Fira ke katil.
ish awak ni..main tolak-tolak pula...!! kalau tak nak saya, janganlah buat macam ni...” marah FIra. DIa geram dengan tindakan FIkri itu.
siapa kata saya tak nak..?” balas FIkri sambil tersenyum nakal. Dia sudah mula menindih FIra.
dah sianglah awak.. lagipun tak mandi lagi ni...” balas Fira pula.
alah..tak ada sesiapa yang nak marahlah kalau kita keluar lambat dari bilik.. lagipun hujung minggu.. tak payah nak mandi, masih wangi lagi ni...” ucap Fikri sambil tersenyum nakal pada FIra. Dia sudah mula mencumbui leher Fira
awak...!!” haling FIra tiba-tiba
kenapa...?” tanya FIkri
jangan tinggalkan apa-apa kesan okey kat leher saya...” ba;las Fira sambil tersenyum malu
Fira tidak membenarkan FIkri meninggalkan kesan tetapi sebaliknya tanpa sengaja dia yang telah meninggalkan kesan pada FIkri.
..............................
Faiz..pergi panggil abang dengan kak Fira kamu.. dah pukul berapa ni, tak turun-turun sarapan lagi...” suruh Datin Maria kepada Faiz.
Tok... tok..tok
abang.. kakak.... ibu panggil, suruh turun sarapan...” panggil Faiz sambil mengetuk pintu bilik mereka.
oouchhh...!! kenapa awak gigit saya..sakitlah...” tegur FIkri sambil mengaduh kesakitan.
sorry....hehehe geram..!! alah sikit aja tu...” balas Fira sambil tersenyum manja.
Tok..tok..tok..
abang oooo abang...” panggil Faiz sekali lagi
awak... ada orang ketuk pintu tu... pergilah tengok...” ucap Fira
ish..siapa pula ni.. kacau daun betullah... nasib sempat...” bebel Fikri
Fikri menuju ke pintu. Dia membuka sedikit pintu untuk melihat siapa diluar.
hah Faiz, kenapa...?” tanya FIkri kepada Faiz
abang baru bangun ke...?? ibu panggillah, suruh sarapan..” beritahu Faiz
emm... cakap ibu, kejap lagi abang turun dengan kak FIra...” balas Fikri
Fikri menutup pintu setelah Faiz beredar.
ibu dah panggil, suruh sarapan..” bertahu Fikri kepada Fira
kalau macam tu, biar saya mandi dulu okey..” Fira segera bangkit dari katil.
lambat...mandi sama-sama aja.... cepat sikit...” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
hah..? tak naklah saya.. awak dahlah gatal...” ucap Fira sambil bangun menuju ke bilik air.
Belum sempat dia menutup pintu bilik air, Fikri sudah menrjah masuk terlebih dahulu.
.................................
Setangah jam kemudian, barulah Fikri dan FIra turun ke ruang makan. Mereka jalan beriringan. Fikri memluk pinggang Fira, menunjukkan kemesraan. Dia tetap membuat selamba walaupun berulang kali Fira menegah.
amboii..lamanya.. kami dah nak sudah baru kamu berdua turun...” tegur Datin Maria saat melihat mereka berdua
kemain mesra lagi anak menantu kita ni ya bang sekarang.... dah ada kemajuan. Nampaknya, kita kena kerap tinggalkan mereka berdua ni...” tambah Datin Maria lagi sambil tersenyum
Fira sudah malu ditegur begitu oleh ibu mertuanya. FIkri hanya buat muka selamba.
sudahlah mengusik tu ibunya... dah Fik, FIra ... mari duduk sarapan..” arah Datuk Faizal
FIkri duduk berhadapan ibunya manakala Fira duduk di sebelah FIkri.
Tiba-tiba Fira terperasan yang leher Fikri ada kesan meah. Dia cuba menyatakannya kepada Fikri. dia malu jika orang lain terperasan akan hal itu. Rupa-rupanya Datin Maria sudah perasan terlebih dahulu.
Aii Fik.. kenapa leher kamu merah-merah..? nyamuk mana yang gigit..?” perli Datin Maria sambil tersenyum.
patutlah lambat....” tambah Datuk Faizal pula sambil tersenyum.
Aiii...kerja menantu kesayangan ibulah... kan ibu kata nak cucu cepat... ni tengah berusaha keraslah ni...” balas Fikri selamba sambil tersenyum nakal.
Wajah Fira di sebelah sudah merona merah menahan malu. Fikri pula buat tidak tahu sahaja.
kamu ni Fik... suka benar menyakat Fira.. tengok dah merah muka dia...”
tak payah malu-malu Fira... ibu pun dah pernah lalui...” tambah Datin Maria lagi
Nasib baik Faiz sudah beredar terlebih dahulu. Kalau tidak pasti FIra lebih malu.
Ibu rasa,  kalau Fira pregnant, ibu nak adakan majlis Fik dengan FIra... okey tak bang..? “ tanya Datin Maria kepada suaminya.
Fikri yang terdengat ungkapan itu tersedak. Dia belum bersedia sebenarnya untuk menghebahkan statusnya.
hah Fik, kamu ni kenapa..?” tanya Datuk Faizal.
err... tak ada apalah papa..”
Emm.. ibu seius ke ni...?” tanya Fikri
kenapa..? kamu tak suka ke..? sampai bila kamu nak rahsiakan perkahwinan kamu dengan Fira pada umum..?”
ibu dah buat keputusan..tak kiralah lambat atau cepat... kalau dapat tahu Fira pregnant, ibu akan adakan terus majlis terebut... tak mahu tangguh-tangguh lagi...” tambah  Datin Maria lagi.
betul kata ibu kamu tu Fik... papa pun setuju..” tambah Datuk Faizal pula.
Fira hanya diam tidak mencelah. Fikri meneruskan makannya. Kemudian Datin Maria dan Datuk Faizal meninggalkan mereka berdua di situ.
awak...? awak tak suka ke kalau saya pregnant...?” tanya Fira tiba-tiba
awak belum pregnant lagi kan...? so, tak payah tanya apa-apa..” jawab Fikri sinis. Hilang terus kemesraan nya kepada Fira.
tapi.....”
tak payah fikir apa-pa... lepas ni, pakai protection.. saya belum bersedia lagi nak hebahkan perkahwinan kita..” jelas Fikri lagi. Dia kemudian menyelesaikan makanannya dan meninggalkan Fira sendirian.
Tiba-tiba Fira merasa sebak mendengar kata-kata Fikri itu. Kadangkala dia merasakan dirinya tak ubah seperti perempuan simpanan kepada Fikri.
Hakikatnya, Fikri tidak kisah jika Fira hamil. Tetapi bila mendengar kata-kata ibunya, membuatkan dia tidak dapat menerima keputusan itu. Dia tidak menyangka bahawa ibunya akan membuat keputusan tanpa meminta pendapatnya dahulu.
BAB 47
Sejak kejadian hari itu, Fikri seperti tidak mengendahkan Fira. Hanya jika dihadapan ibu bapa mereka sahaja, Fikri akan melayan Fira dengan baik. Di belakang, Fikri hanya buat tidak tahu sahaja dengan Fira. Fira sendiri tidak faham kenapa Fikri begitu.
...........
Suatu hari, ketika ingin ke pejabat, tanpa diduga Fira tiba-tiba sahaja berubah tingkah, tidak seperti selalunya.
awak ni kenapa lambat sangat...??!! dah kematu saya tunggu tahu tak...!!!!” tiba-tiba sahaja Fira memarahi Fikri. Fikri yang baru keluar dari rumah terkejut dengan Fira yang tiba-tiba sahaja memarahinya.
yang awak ni kenapa pula...?? tiba-tiba nak hangin dengan saya... selalu waktu macam ni juga saya keluar... tak ada pula awak nak hangin tak tentu pasal... boleh aja tunggu.... hari ni nak cari pasal pula...??” bebel Fikri
kalau awak nak cepat sangat..... awak pergi sendiri lain kali...” tambah Fikri lagi yang sedikit bengang
okey....Fine..!!!” balas Fira, lantas dia keluar dari perut kereta FIkri
Fikri tidak menyangka yang FIra akan bertindak sebegitu. Dia sendiri tidak faham kenapa Fira tiba-tiba begitu. Lantas dia terus mendapatkanr isterinya itu.
awak ni kenapa...? tiba-tiba aja macam ni..sudah..! masuk dalam kereta, nanti lambat...” Fikri menarik tangan Fira dan menyuruhnya masuk ke dalam kereta semula..
Di dalam kereta , Fira hanya diam. Tidak langsung bercakap dengan Fikri seperti selalunya.
.....................
Tiba di pejabat, Fira terus masuk tanpa mengendahkan Fikri.
jangan tegur aku..!! aku tak ada mood..!” Fira member peringatan kepada Sheqa sebelum sempat rakannya itu menegur. Sheqa hanya menuruti walaupun dia pelik dengan sikap temannya itu.
Tiba-tiba Ely muncul di hadapan Fira.
hah kau Ely...! nak apa...?!” tanya Fira kasar
terkejut Ely mendengar pertanyaan yang kasar dari Fira . begitu juga dengan Sheqa.
u ni kenapa...? putus cinta ke...?” tanya Ely.
bukan urusan kau... tak payah nak sibuk...”
kau nak apa pagi-pagi ni...?” tanya Fira lagi.
i nak jumpa bos u.. boleh..?” tanya Ely dengan suara yang memualkan pendengaran telinga FIra.
kau carilah sendiri kat dalam bilik dia ada ke tak....” balas Fira selamba. Kemudian dia meninggalkan Ely dan pergi ke bilik fotostat.
Ely segera menuju ke bilik FIkri.
Tok..tok..tok..
masuk...” arah Fikri
Hey Fik... u busy ke..?” tanya Ely manja
boleh tahanlah... kenapa..?” balas Fikri yang masih tekun menghadapnya komputernya.
Ely mendapatkan Fikri di mejanya. Dia sudah mula ingin menggoda FIkri. Tiba-tiba dia terperasankan kesan-kesan yang terdapat pada leher FIkri.
Fik... u ni dalam diam nakal juga ya...” bisik Ely tiba-tiba
hah..? apa maksud u...?” tanya Fikri yang tiba-tiba terkejut mendengar suara Ely yang begitu hampir dengannya. Dia cuba menjarakkan sedikit kedudukannya dengan Ely.
u buat apa kat luar...? bersepah ‘love bite’..” balas Ely sinis  sambil tersenyum nakal.
love bite,,?” tanya Fikri kembali seakan tidak faham apa yang dimaksudkan pleh Ely.
Ya Allah... macam mana aku boleh lupa...tak pasal-pasal minah ni fikir yang bukan-bukan pasal aku.. dia ni bukan boleh percaya.. Fira ni pun satu.. sorok-soroklah sikit..haish..’ Fikri berbicara sendiri di dalam hatinya sambil meraba-raba lehernya.
kenapa....? apa u fikir...?” tanya Ely memecahkan lamunan Fikri.
u ni nakal kan, tapi dengan i kenapa u tak sudi...? i suka tau benda-benda macam ni... u tak payahlah cari perempuan lain kat luar tu, i pun boleh bagi kalau u nak....” akui Ely tiba-tiba sambil meliuk manja pada Fikri.
Errr... taklah.. ni bukan ‘love bite’.. ni kesan percikan minyak panas masa i masak kat rumah hari tu...” Fikri membuat helah untuk menutup perkara sebenar.
oowh ye ke...? i think love bite tadi... look alike lah... kalau u nak nakal-nakal, i ada ok...” balas Fikri sambil melentokkan mesra tubuhnya pada Fikri.
Errr... jom kita keluar minum....” ajak Fikri tiba-tiba. Dia tidak betah duduk lama-lama dengan Ely di dalam bilik itu. Sikap Ely merimaskannya.
ok..lets go...” balas Ely manja
Ketika keluar dari bilik Fikri, Ely memaut mesra lengan Fikri.
SHeqa, Fira mana...?” tanya Fikri saat melintasi meja Sheqa.
tadi dia ke bilik fotostat, tpi sampai sekarang belum balik ke tempat dia lagi...” beritahu Sheqa
okey... nanti bagitahu dia lepas minum, saya nak jumpa dia ok...?”pesan Fikri
baiklah en. FIkri..” balas Sheqa
...........................
Fira masih lagi belum kembali ke tempatnya sehingga Fikri pulang dari minum bersama Ely.
Err.. Ely, jumpa u nanti la ye.. i ada kerja...” beritahu Fikri kepada Ely, agar wanita itu tidak terus membuntutinya lagi.
ok darling...” balas Ely sambil tersenyum manja.
uh..dasar gedik..’ desis hati kecil Sheqa sambil memberikan pandangan yang meluat.
Sheqa... Fira masih tak sudah lagi ke..?” tanya Fikri
Belum lagi En. Fikri, saya pun tak tahu kenapa lama sangat...” jawab Sheqa
Fikri cuba menghubungi telefon bimbit Fira.
En. Fikri.. saya rasa dia tak bawa phone kot.. rasanya bunyi tu dari dalam laci tu....” Beritahu Sheqa sambil menuding kea rah laci meja Fira saat tersengar bunyi telefon.
Emm... ke mana dia ya... awak dah cari dia dekat bilik fotostat tu..?” tanya Fikri lagi. Dia sudah mula risau.
belum lagi...” jawab SHeqa pendek.
awak tolong sari dia kat sana, kalau adasuruh dia jumpa saya segera ok...” beritahu Fikri sambil berlalu ke biliknya.
Belum sempat Sheqa mencari Fira di bilik fotostat, dia terlihat Fira kembali ke tempatnya.
Fira kau pergi mana...? lama sangat..” tanya Sheqa
aku pergi berehat dekat surau sekejap..kepala aku peninglah..” beritahu Fira
kau kenapa...? tak sehat...?” tanya Sheqa lagi
entahlah..tak apa ni dah okey sikit...”balas Fira
Emm... En.Fikri cari kau tadi.. dia suruh kau jumpa dia...” beritahu Sheqa kepada FIra
Fira tidak membalas. Lantas dia menelefon Fikri.
Emm.. awak nak apa..?” tanya Fira kasar.
Sheqa terkejut mendengar Fira bercakap kasar dengan FIkri.
amboii kasarnya... kenapa tak datang jumpa saya...?” balas FIkri
ada benda penting sangat ke...? dalam telefon tak boleh cakap ke...?” balas Fira selamba.
Fikri meletakkan ganggang tanpa menjawab pertanyaan FIra. Kemudian dia keluar dari biliknya dan memanggil Fira.
Fira...masuk bilik saya kejap..!” panggil Fikri dari depan pintu biliknya.
Fira tidak dapat mengelak lagi, bila Fikri sendiri yang keluar dan memanggilnya.
ish apa hal lah dia ni..telefon dah main letak aja.. sibuk sangat panggil aku masuk bilik dia apahall.. macamlah tak boleh cakap dalam telefon je... ;eceh betul...” rungut Fira
Sheqa agak terkejut dengan sikap Fira yang dirasakan seperti lain hari tu. Moody tiba-tiba.
Fira menuju ke bilik Fikri dengan langkah yang longlai.
awak nak apa...???” tanya Fira sebaik sahaja memasuki bilik Fikri
aii ... macam tu ke cakap dengan suami..?” tegur Fikri
kat sini awak bos saya bukan suami...” balas Fira selamba
awak ni kenapa...? nak buat oerangai tiba-tiba...?” tanya Fikri. dia geram melihat sikap Fira yang sebegitu.
Lantas dia bangun dan mendapatkan Fira. Dia menarik tangan Fira untuk duduk di sofa yang terdapat di dalam biliknya itu.
duduk sini...” arah Fikri
awak nak apa....? saya letihlah... boleh tak jangan ganggu saya...?” tanya Fira lagi.
awak ke mana tadi...?” tanya Fikri kembali
Fira tidak menjawab, dia bangun dari sofa dan ingin keluar dari bilik itu.
awak nak ke mana tu...? saya tak sudah lagi ni...” ucap FIkri geram. Dia segera bangun dan menarik tangan Fira.
lepaslah.....!!! saya letih tahu tak...? letih..!!!” bentak Fira
TIba-tiba Fira merasakan kepalanya berpusing. Pandangannya menjadi kabur, dan akhirnya dia rebah tidak sedarkan diri.
Fikri panic melihat Fira yang tiba-tiba sahaja pengsan. Dia segera mengangkat Fira dan meletakkannya di atas sofa panjang. Dia tidak tahu ingin buat apa. Kemudian dia terus menelefon Sheqa.
Sheqa..masuk bilik saya kejap..” arah Fikri
Tok..tok..tok
masuk...” Fikri menyuruh Fira Sheqa masuk
ya En, Fikri kenapa...?” tanya Sheqa
tolong.. Fira tiba-tiba pengsan...” ebritahu Fikri sambil menunjuk kea rah Fira
Ya Allah.. kenapa pula dengan Fira ni...” tanya Sheqa sambil mendapatkan Fira
kenapa En. Fikri tak buka butang baju dia ni, bagi lega sikit..” tanya Sheqa sambil membuka sedikit butang baju Fira.
hah....?? errrrr..takkan saya nak buat macam tu kat dia...” jawab FIkri
apa salahnya... En.FIkri kan suami dia...” beritahu SHeqa
u know about it..?” tanya Fikri meminta kepastian.
haah..saya dah tahu.. tapi En.Fikri jangan risau, saya akan rahsiakan hal ni...” balas Sheqa kembali sambil tersenyum
ok thanks...” balas Fikri pula. Sedikit lega mendengar jawapan Sheqa.
Emm.. En. Fikri boleh tolong ambilkan air kosong..?” pinta Sheqa sambil mengipas-ngipas Fira
Fikri mengambilkan segelas air kosong dan memberikannya kepada Sheqa. Sheqa membacakan selawat dan merenjiskan sedikit air itu pada wajah Fira. Selepas itu FIra tersadar. Sheqa memberikan air itu kepada Fira untuk minum.
nah minum air ni...” aju Sheqa kepada Fira.
kenapa ni Fira...? kau tak sehat ke..?” tanya Sheqa
kenapa dnegan aku...? apa dah jadi tadi...?” tanya Fira pula tanpa menjwab pertanyaan Sheqa
awak pengsan tadi... awak ok ke...? awak nak balik..? saya hantarkan..?” beritahu Fikri
tak payah...!!! ni semua sebab awak..!!!” balas Fira. Kemudian dia bangun sambil menumbuk perut FIkri.
Walaupun perlahan, tetap jua terasa. Dia keluar dari bilik itu meninggalkan Fikri dan Sheqa.
Err... En. Fikri ok ke..?” tanya Sheqa
tak apa, saya ok... saya tak tahu kenapa hari ni dia hangin semacam aja.. selama ni tak pernah pun dia macam tu..” beritahu FIkri
Emm.. saya pun tak faham.. kenapa FIra tiba-tiba moody hari ni.. tak apalah En. Fikri, nanti saya tolong tengok-tengokkan dia..” balas SHeqa, lalu dia keluar dari bilik Fikri.
..............................
Fira...kau ok ke ni..?” tanya Sheqa
ok..jangan risau..” jawab Fira
muka kau pucat ni..kau okey ke...” tanya SHeqa lagi tidak berpuas hati.
aku ok..tak apa-apa...”jawab Fira
Beberapa minit kemudian.
jom teman aku pergi pantry, laparlah....” ajak Fira tiba-tiba.
lapar...?” tanya Sheqa kembali
tak naklah.. aku nak pergi kafe bawah, jom teman aku...” ajak Fira
hah..? sekarang kan waktu kerja...” balas Sheqa
aku laparlah... jomlah teman aku.....” pujuk Fira
kita tapau je... jomlah... please....!” pujuk Fira bersungguh-sungguh.
yela-yelah..tapi kau pergi bagitahu bos kau dulu..nanti dia cari pula karang.....” beritahu Sheqa
malas aku... dahlah jomlah cepat...” ucap Fira seraya menarik tangan Sheqa untuk ebredar.
.....................
teman aku makan jom....” PINTA Fira
tadi ajak teman pergi kafe, sekarang ajak teman makan pula....” bebel Sheqa
tak nak teman tak apalah...” balas Fira yang kononnya merajuk.
yelah-yelah..ish, manja betul...semua nak berteman..” nalas Sheqa sambil tersenyum. Lantas membuntuti Fira ke pantry.
Sheqa menemani Fira makan di pantry. Abru beberapa suap Fira makan, tiba-tiba tekaknya berasa mual. Dia segera menuju ke singki.
FIra kau kenapa ni..? tersedak ke..? tercekik tulang ke..?” tanya SHeqa bertubi-tubi. Dia segera mendapatkan Fira.
Baru ingin menjawab pertanyaan Sheqa, dia muntah sekali lagi.
Fira kau ok tak ni...?” tanya SHeqa
Fira kembali semula ke meja makan.
nah minum air ni...” Sheqa menyuakan segelas air suam kepada Fira.
Fira mengambil air tersebut dan meminumnya. Makanan yang baru dijamah tadi ditutup dan ditolak ke tepi.
kenapa ni weyh..? risau aku tengok.. kau nak aku panggilkan En. Fikri ke....?”tanya Sheqa
tak payahlah...aku rasa aku nak rehat kat surau kejap...nanti apa-apa cari aku kat sana ye...” beritahu Fira
Kemudian bangun dan menuju ke surau.
............................
Waktu rehat, Fira kembali semula ke tempat duduknya.
kau tak keluar rehat ke..?” Fira menegur Sheqa yang sedang khusyuk online.
hah..? tak..malas..” jawab Sheqa pendek
kau dah okey..? muka kau nampak pucatlah...” beritahu Sheqa
pening sikit..tadi kat surau... adalah muntah-muntah sikit...” jawab Fira
Tiba-tiba dia terasa mual lagi. Terus dia bergegas ke tandas.
Rupanya di dalam tandas itu terdapat Ely.
eh u ni kenapa FIra...? serabai aja i tengok...’ tegur Ely sambil menepis-nepis dan mencuit-cuit Fira.
Fira tidak kuasa ingin melayan Ely. Lagi sekali Fira muntah.
Eee...yulk...!! selekeh lh u ni....” tambah Ely lagi dengan riak wajah yang mengjengkelkan.
u ni kenapa...? oowh, maybe u frust kot...  u nak tahu tak..? ‘love bite’kat leher Fik ru, i lah yang buat...” bisik Ely di telinga Fira, cuba mencari pasal dengannya.
ada i kesah...??” balas Fira selamba. Malas ingin melayan Ely.
kau konon yang buat..boleh bla..aku yang buat ok.. laki aku, aku tahu lah...’ deis hati kecil Fira. Dalam diam, Fira tersenyum sinis.
Ely perasa seolah-olah Fira mengejeknya. Dia juga tidak berpuas hati kerana Fira tidak mengendahkan perbuatannya.
Ketika Fira ingin keluar dari tandas itu, secara tidak sengaja, dia telah terlanggar Ely. Hampir sahaja Ely terjatuh, tapi nasibnya baik kerana sempat berpaut pada pintu tandas.
sorry...” balas Fira selamba sambil tersenyumsinis. Kemudian Fira terus  keluar dan kembali ke tempat duduknya semula.
kau okey...?” tanya Sheqa
kau ni dah berapa kali dah tanya... aku okey ke tak.... aku okeylah...!” balas Fira bengang
aku tanya je....” balas Fira berpura-pura sedih.
janganlah sedih... aku tahu kau risau....” pujuk Fira.
Mestilah..kot-kot dah kenapa-kenapa ke...” balas Sheqa
tapi aku tengok kau ni lain macamlah hari ni... asyik nak marah-marah tak memasal...”
ye ke...? entahla . mood aku tak baik kot...” balas Fira selamba.
dah tu asyiklah pening, muntah-muntah segala.. tadi tu, siap pengsan pula.. entah-entah...?”Sheqa sudah mula mahu serkap jarang.
entah-entah apa...?” tanya Fira ingin tahu
kau dah berapa lama tak datang bulan....?” tanya Sheqa
kalau ikut kiraan, minggu depan baru datang.. kenapa....?” tanya Fira kembali
aku rasa kau pregnant kot...” duga Sheqa
takkanlah.... macam awal sangat aja lagi...” balas Fira
apa kata kau pergi klinik cek, takpun beli ‘pregnancy test’ kat farmasi... benda kalau nak jadi, tak kira cepat ke lambatlah....” jelas Sheqa
tengoklah nanti....” balas Fira kembali
Sedang mereka berbual-bual, tiba-tiba Ely lalu di depan mereka. Dia terus meluru masuk ke bilik Fikri.
weyh..apasal perempuan tu, laju je ,masuk bilik laki kau...”tanya Sheqa
entah... lantak dialah...” balas Fira selamba
Tidak lama kemudian, fikri menelefon Fira dan meminta Fira masuk ke biliknya.
apalah yang dia nak ni... waktu rehat pun nak kacau aku juga ke..” rungut Fira
pergi ajalah... laki kesayangan kau juga...” balas Sheqa sambil tersenyum mengejek.
Fira melangkah masuk ke bilik Fikri.
ya En. Fikri, ada apa...?”tanya Fira selamba
Fira menjeling Ely yang ada berhampiran dengan Fikri. Muka Ely seperti sedang meraih simpati.
awak buat apa pada Ely tadi...?” tanya Fikri tiba-tiba.
Buat apa pula...?” tanya Fira tidak mengerti.
kan saya dah kata.. jangan cari pasal dengan dia .. kenapa awak ni...?” tegur Fikri tegas, Ely yang ada di belakang Fira tersenyum sinis.
kau ngadu apa kat Fik...?” tanya Fira, dia terus mendapatkan Ely.
yang kau lebih sangat kenapa....? kau yang cari pasal dengan aku dulu...!!!” tengking Fira kepada Ely. Dia sudah menerpa kea rah Ely.
Ely cuak apabila diterpa Fira. FIkri juga terkejut melihat Fira begitu.
tu...!! love bite tu, ingat aku hairan...? kau jangan nak perasan kau yang buat... tu semua kerja aku lah..!!!! “ jelas Fira tersenyum sinis sambil menuding kea rah Fikri. Dia sudah tidak memikirkan apa yang akan berlaku, apa yang ada dalam dirinya cuma perasaan geram sahaja.
FIra.....!!!!” tengking Fikri. dia tidak mahu, Fira sampai membocorkan rahsia mereka. Ely tercengang seketika.
I rasa Fira ni dah tak siumanlah Fik...” balas Ely takut-takut sambil mendapatkan Fikri.
Fira..!! awak ni kenapa...? apa masalah awak ni sebenarnya...?? semua orang awak nak hanginkan...!!” tanya Fikri sedikit tegas.
sudahlah... awak pun sama...!!! tak sudah-sudah nak sebelahkan perempuan ni....!!” balas Fira
nak sangat tengok saya cari pasal kan...?!! ok fine..!!” Fira mengambil segelas air yang berada di atas meja Fikri, kemudian dia menyimbah ke muka Ely.
Fikri terkejut dengan tindakan Fira. Ely juga sama. Kemudian Fira keluar dari bilik Fikri. Tiba-tiba dia merasa sebak.
Fira...? kenapa kecoh-kecoh kat dalam tadi...?” tanya Sheqa. Nasih baik , waktu rehat. Tidak ada staf lain ketika itu. Kalau tidak pasti heboh.
aku nak balik...” balas Fira tanpa menjawab pertanyaan Sheqa
kau okey tak..?” tanya Sheqa
aku okey.. aku nak balik...” balas Fira sambil mengambil begnya untuk pulang.
kau nak aku hantarkan...?” tanya Sheqa lagi
tak apa... aku balik sendiri...” jawab Fira.
Ketika dalam perjalanan pulang. Fira singgah di farmasi untuk memberli alat uji kehamilan.
macam mana kalau betul aku pregnant...? Fikri akan terima ke..?” Fira bermonolog sendiri memikirkan sebarang kemungkinan yang berlaku.

BAB 48
Selepas memujuk Ely dan menyuruh Ely beredar, Fikri keluar dari biliknya untuk mencari Fira.
Sheqa, awak nampak Fira...?” tanya Fikri ketika lalu di hadapan meja Sheqa
Fira...? dia kata dia nak balik tadi...” beritahu Sheqa
balik...? dia tak bagitahu saya pun...” balas Fikri
dia tengah marah kot... sebab tu  tak bagitahu En. Fikri agaknya...” jelas Sheqa
kalau macam tu tak apalah....”jawab Fikri seraya ingin berlalu.
Err.... En. Fikri...” panggil Sheqa
Fikri segera menoleh dan kembali mendapatkan Sheqa.
kenapa Sheqa...? ada apa-apa ke...?” tanya Fikri curiga.
Err... saya rasa baik En. Fikri pergi cari Fira.. dia tak sihat rasanya tu.. asyik pening dan muntah-muntah je...saya rasa...... dia pregnant....” terang Sheqa kepada Fikri
pregnant....?” tanya Fikri seakan tidak percaya.
Sheqa hanya mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan Fikri itu..
Emm.. kalau macam tu tak apalah... thanks ya...” balas Fikri.
Dia kembali semula ke biliknya. Dia mendail nombor telefon Fira, tetapi Fira menutupnya.
Kemudian Fikri menelefon ibunya di rumah.
Assalamualaikum....” ucap Fikri memulakan bicara
waalaikummussalam...” jawab Datin Maria
ibu... Fira ada kat rumah tak...?’ tanya Fikri
tak ada... bukan dia pergi kerja dengan kamu ke tadi pagi...?” tanya Datin Maria pula
Err... dia dah balik dulu tadi...” jawab Fikri tergagap-gagap...”
kamu jangan macam-macam ya Fik...” ucap Datin Maria member peringatan.
Err... oekylah bu, nanti kalau Fira balik bagitahu ya...” balas Fikri menamatkan perbualan.
Fikri kaget , tidak tahu mana ingin mencari isterinya. Kemudian dia menghubungi abah mertuanya pula.
Assalamualaikum abah...” ucap Fikri memulakan bicara
Waalaikummussalam.. hah Fik, ada apa ni nak...?” tanya Pakcik Fakrul.
Err... Fira ada kat rumah abah tak..?” tanya Fikri tergagap-gagap.
kenapa..? kamu gaduh lagi ke...?”  tanya Pakcik Fakrul tanpa menjawab pertanyaan Fikri.
ada salah faham sikit.. Fira tiba-tiba naik hangin tadi, lepas tu dia terus balik, tak bagitahu Fik...” jelas Fikri
Dah kenapa pula Fira ni.. macam-macam aja... dia tak ada pula balik sini... tak apalah, nanti kalau dia ada balik, abah bagitahu ya...” balas Pakcik Fakrul.
terima kasih abah....” ucap Fikri sambil menamatkan panggilan.
..................................
Fikri mendail nombor Fira sekali lagi, tapi tetap tidak Berjaya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk keluar mencari Fira.
Sheqa, saya nak keluar terus ni... saya nak cari Fira, nanti apa-apa hal telefon nombor saya ya...”pesan Fikri kepada Sheqa.
Sheqa hanya mengangguk tanda faham.
Sudah hampir setengah jam Fikri memandu keretanya mencari Fira. Namun tetap tidak kelihatan susul Fira di mana-mana tempat yang ditujunya.
..........................................
Fira...? kamu dari mana...? Fik cari tadi....” beritahu Pakcik Fakrul saat Fira melangkah masuk ke dalam rumah.
Fira naik atas dululah abah.. letih nak mandi, nak rehat....” balas Fira tanpa menjawab pertanyaan abahnya.
Pakcik Fakrul hanya menggeleng kepala melihat sikap anak perempuan tunggalnya itu. Kemudian dia terus menghubungi Fikri memberitahu keberadaan Fira.
Hampir satu jam kemudian barulah Fikri sampai di rumah Pakcik Fakrul.
Assalamualaikum abah.. dah lama Fira balik?” tanya Fikri sesudah saja masuk ke dalam rumah.
Waalaikummussalam.. dah dekat sejam juga... pergilah naik, dia ada kat atas..” beritahu Pakcik Fakrul.
Fikri melangkah naik, menuju ke bilik tidur Fira. Dia lihat Fira sedang tidur di atas katil. Perlahan-lahan dia pergi mendapatkan Fira. Wajah Fira kelihatan pucat. Fikri membelai lembut rambut Fira. Dia mengusap wajah pucat isterinya itu. Lantas dia menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Fira. Tiba-tiba Fira tersadar dari lenanya.
Emmmm....” Fira terkejut melihat Fikri berada di sisinya.
awak buat apa kat sini...?” tanya Fira sedikit kasar.
saja....”balas Fikri selamba. Kemudian dia  menuju ke bilik air untuk mandi.
Di dalam bilik air, Fikri terperasankan alat ujian kehamilan yang diletakkan oleh Fira di tepi sinki. Alat tersebut menunjukkan tanda positif. Lantas Fikri keluar dan terus mendapatkan Fira.
kenapa awak tak cakap yang awak pregnant...?” tanya Fikri sedikit tegas.
pregnant...? bila masa saya pregnant...??!’ balas Fira yang sedikit bengan dengan Fikri
ni apa...??” tanya Fikri lagi sambil menunjukkan alat ujian kehamilan di tangannya.
mana saya tahu..!! saya tak tengok lagi pun..” balas Fira selamba,
sudah...!! lepas maghrib ni, kita pergi klinik..” uacap Fikri. kemudian dia masuk semula ke bilik air untuk mandi.
Selesai mandi dan menunaikan solat maghrib, Fikri bersiap-siap untuk membawa Fira ke klinik.
kenapa awak tak siap-siap lagi ni..?” tanya Fikri apabila dia lihat Fira masih tidak bersiap-siap lagi.
saya tak nak pergi...” jawab Fira selamba.
‘‘kenapa yang degil sangat ni...?” ucap Fikri yang sudah mula geram dengan sikap Fira yang degil itu.
Fira tidak mengendahkan Fikri. dia bangun dan ingin keluar dari bilik itu. Tetapi kepalanya pusing. Fikri menarik tangannya. Tiba-tiba Fira rebah tidak sedarkan diri. FIkri jadi panic.
Dia mencempung Fira turun ke bawah. Sebelum keluar dia memberitahu Pakciki Fakrul terlebih dahulu.
Abah... Fik nak keluar, bawa Fira pergi klinik...” beritahu Fikri kepada Pakcik Fakrul.
Ya Allah, kenapa pula dengan Fira ni Fik....?” tanya Pakcik Fakrul cemas.
‘‘Fira pengsan..kemungkinan dia pregnant.. Fik nak bawa dia pergi klinik...buat check up..” jelas Fikri
hah yelah... baik-baik ya Fik..” pesan Pakcik Fakrul
.........................
Selepas membuat pemeriksaan di klinik, barulah Fira sedar.
macam mana dengan isteri saya doctor..?” tanya Fikri kepada Dr. Harlina, doctor yang memeriksa Fira.
isteri encik taka pa-apa.. jangan risau.. dia Cuma lemah sikit.. apa-apa pun saya nak ucapkan tahniah, isteri encik hamil masuk minggu ke-3...” jelas Dr. Harlina.
Alhamdulilah..terima kasih doctor...”ucap Fikri sambil tersenyum riang.
nanti saya berikan vitamin dan supplement tambahan untuk wanita hamil..” tambah Dr. Harlina lagi.
Selepas selesai, Fikri dan Fira menunggu diluar untuk mengambil ubat.
..........................
Ketika di dalam kereta, Fira hanya senyap tidak berkata apa. Fikri sesekali menoleh Fira disebelahnya. Fikri tidak terus memandu pulang tetapi dia memandu menuju ke sebuah taman.
awak nak ke mana ni...?” Fira bersuara tiba-tiba apabila dilihat FIkri memandu kea rah yang berlainan dengan rumah abahnya.
Fikri senyap tidak menjawab pertanyaan Fira. Fira geram. Dia memeluk tubuhnya tanda protes.
Tiba di sebuag taman, Fikri memberhentikan keretanya. Dia keluar dari pertu keretanya dan membukakan pintu untuk Fira keluar.
keluarlah...takkan nak duduk dalam kereta aja...’’
Fira keluar dari kereta itu dan mengekori jejak langkah Fikri. Fikri duduk bersandar dihadapan keretanya dan dia menarik Fira agar duduk dekat dengannya.
awak ni kenapa...? asyik nak hangin saja...? pembawakan budak ya..?” tanya Fikri lembut sambil memegang tangan Fira.
Fira hanya diam. Tiba-tiba dia rasa sebak. Fikri kaget melihat Fira.
kenapa ni....? kenapa nangis..?” tanya Fikri cemas.
kalau awak tak suka saya pregnant, tak apalah..tapi saya tetap nak bayi ni..saya tahu awak belum sedia nak dedahkan rahsia perkahwinan kita.. taka pa, saya rela berhenti kerja , duduk rumah abah.. asal saya dapat teruskan kehamilan saya ni...’’ ucap Fira dengan sedu sedan yang sudah kedengaran.
“shhh....apa awak merepek ni...?” tanya Fikri tidak mengerti.
saya tahu, awak tak suka saya pregnant kan...? awak tak nak bayi ni kan...?” tanya Fira lagi
bila masa saya kata...? sudah-sudah... jangan menangis lagi.. ini kan zuriat saya, takkan saya nak buang pula.. siapa kata saya tak suka awak pregnant...?” duga Fikri
habis hari tu...?” ucap Fira cuba mengingati perbualan mereka tempoh hari.
hari tu hari tulah..ini hari ni..tak sama ok... sudah ya sayang jangan menangis...”pujuk Fikri sambil menarik Fira ke dalam dakapannya.
awak tipu....awak tak sayang saya...”ucap Fira tiba-tiba sambil menolak Fikri.
kenapa ni...?” tanya Fikri yang terkejut tiba-tiba.
awak tipu..!!! awak ak sayang saya... awak selalu buli perasaan saya... bla3.....” luah Fira pebuh emosi
Fikri tersenyum leihat Fira yang seperti tidak puas hati. Fikri tidak mahu menyemarakkan api kemarahan Fira. Lantas dia mencium bibir Fira. Fira yang sedang meluahkan rasa tidak puas hatinya, terdiam tiba-tiba. Fikri tahu, itu sahaja cara untuk membuat Fira diam. Fikri tersenyum leihat wajah Fira yang sudah merona  merah.
Fikri ketawa kecil melihat FIra. Lantas dia menarik Fira ke dalam dakapannya sekali lagi.
hahaha comellah awak ni..” puji Fikri sambil memeluk Fira. Dia mencium ubun-ubun Fira.
‘‘awak jahat..!! awak suka buli perasaan saya....”ucap Fira. Dia turut membalas pelukan Fikri
Jahat-jahat pun awak sayang juga kan...?” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
dah... jom balik... kesian abah tunggu lama.. mesti dia risau..” ucap Fikri seraya mengajak Fira pulang.
..............................
Assalamualaikum..”ucap Fikri setibanya di rumah Pakcik Fakrul.
Waalaikummussalam..”jawab Pakcik Fakrul dan semua yang ada
ibu dan papa pun ada kat sini juga..?” tanya Fikri saat terpandang  wajah kedua orang tuanya.
Fikri mengenggam erat tangan Fira ketika melangkah masuk ke dalam rumah.
mari duduk sini Fira....” arah Datin Maria sambil menunjukkan tempat kosong di sebelah kanannya.
Fira sorang je ke bu...? Fik nak duduk mana...?” tanya Fikri.
kamu duduklah kat mana-mana...” balas Datin Maria bergurau.
Fira duduk di sebelah ibu mertuanya, manakala Fikri duduk di tepi sofa bersebelahan Fira.
Hah..Fik, Fira..macam mana..?” apa kata doctor..?” tanya Pakcik Fakrul seakan tidak sabar.
Haah ... Fik , apa doctor cakap..? kami tak sabar ni nak tahu...” tambah Datuk Faizal pula.
Fira memandang Fikri di sebelahnya. Fikri turut membalas pandangan itu.
sebenarnya................” Fikri sengaja melengah-lengahkan untuk memberitahu perkara sebenar.
Sebenarnya apa...? kamu jangan macam-macam..kami datang sini sebab nak tahu berita gembira dari kamu berdua... boleh tak jangan nak main-main...”bebel Datin Maria
ala ibu..janganlah marah..sabar ya.....” gurau Fikri
kamu tu suka sangat main-main....” balas Datin Maria
‘’okey-okey..... Sebenarnya, kami bakal jadi mama dan papa tak lama lagi.. ibu pula akan jadi nenek.. papa dan abah pula akan jadi atok ..” beritahu Fikri gembira. Dia memegang bahu Fira. Fira turut tersenyum riang.
Faiz pula akan jadi paksu kan..?” sampuk Faiz tiba-tiba yang sedari tadi hanya senyap sahaja.
Mereka semua ketawa mendengar ungkapan Faiz.
ya, anak ibu yang sorang ni akan jadi paksu....” Datin Maria mengiyakan kata-kata Faiz sambil memeluk anak bongsunya itu.
Akhirnya tercapai juga hajat ibu...” ucap Datin Maria sambil memeluk menantu kesayangan itu.
terima kasih ya Fira...” tambah Datin maria lagi
kat Fira je ke bu...? Fik yang kerja keras ni macam mana pula..?” tanya Fikri sambil tersengih.
Wajah Fira sudah merona merah.
‘‘yelah..terima kasih juga kat anak ibu yang sorang ni...”ucap Datin Maria sambil menepuk bahu Fikri. Fikri hanya tersengih seperti kerang busuk sahaja.
dah berapa bulan usia kandungan kamu ni Fira...?”tanya Datin Maria kepada Fira yang sedari tadi hanya senyap.
nak masuk 3 minggu bu..” jawab Fira
oowh.. awal lagi..jaga baik-baik ua nak..kamu pun sama Fik..janganlah aktif sangat...” perli Datin Maria
kalau tak aktif, tak ada hasillah bu..hehehe lepas ni, ibu kena kerap tinggalkan kami berdua, baru ada hasil...hehehe” balas Fikri sambil tersenyum nakal
sudah-sudahla tu, kamu ni macam-macam aja Fik.. tengok Fira tu dah merah padam muka dia..” tegur Datuk Faizal sambil tersenyum.
Semua di situ turut tersenyum melihat wajah Fira yang sudah memerah.
‘’Hah...Fik, Fira kamu berdua jangan lupa pula apa yang ibu cakap hari tu...” ucap Datin Maria tiba-tiba
benda apa pula tub u...?” tanya Fikri
kalau Fira pregnant, ibu nak buat majlis kamu berdua terus, tak mahu tunggu-tunggu lagi.. papa dengan abah kami pun dah setuju...” jelas Datin Maria
Em....” terdengar keluhan dari mulut Fikri
Bila ibu nak adakan majlis tu...?” tanya FIkri pula
‘’sebulan dari sekarang...”jawab Datin Maria
hah...?? sempat ke bu...?” tanya Fikri
sempat..semua ibu dah prepare awal-awal lagi.. tinggal nak confirmkan tarikh saja...” beritahu Datin Maria sambil tersenyum penuh makna.
dalam minggu ni juga, kamu berdua kena pergi butik  yang ibu tempah untuk tengok baju pengantin...” tambah Datin Maria lagi
advance betul ibu ni..” balas Fikri
ibu kamu biasalah Fik..lebih cepat dan ekspress dari pos laju... hahahaha” sampuk Datuk  Faizal sambil ketawa
Semua yang berada di situ turut ketawa mendengar kata-kata Datuk Faizal itu.


BAB 49
Ketika berada di dalam bilik tidur Fira di rumah abahnya.
awak...” panggil Fira lembut. Saat itu, Fikri sedang duduk membaca majalah di meja tulisnya.
ye..kenapa sayang...??” jawab Fikri sambil menoleh ke arah Fira.
awak okey ke dengan cadangan ibu tadi...? kalau awak tak ok, saya boleh pujuk ibu...” tanya Fira
tak payah, lambat laun orang tahu juga.. perut awak tu pun makin lama makin membesar... nak suruh siapa tanggungjawab kalau tak saya...” balas Fikri sambil tersenyum. Dia kembali menumpukan pembacaannya.
terima kasih awak...” ucap Fira tiba-tiba. Lantas dia memeluk Fikri yang sedang membaca majalah di meja tulis.
Hey....kenapa ni...?’ tanya Fikri. Dia memusingkan tubuhnya untuk menghadap Fira.
tak ada apa-apa ... terima kasih ya....” ucap Fira sekali lagi seraya menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Fikri. kemudian dia berlalu ke bilik air. Fikri hanya tersenyum.
................................
Besarnya teddy bear awak ni... mengalahkan saya..” tegur Fikri saat terpandangkan teddy bear milik Fira yang diletakkan di atas katilnya.
kat sini, dialah peneman saya tidur...” balas Fira sambil tersenyum nakal.
siapa bagi..? boyfriend ke..?” tanya Fikri. ada nada cemburu di situ.
awak cemburu ea...? hehehe’ duga Fira.
tak kuasa... dah tu, malam ni takkan awak nak tidur dengan teddy bear awak tu...?” tanya Fikri lagi
boleh juga..lagipun dah lama tak tidur dengan dia...” balas Fira sambil tersenyum nakal.
tak payah..!! teddy bear ni, tidur dekat pintu sana..jaga pintu...” balas Fikri sambil meletakkan teddy bear milik Fira itu di tepi pintu.
awak cemburu ea..? saya mana pernah ada boyfriend... awaklah boyfriend saya satu-satunya merangkap suami kesayangan saya... teddy bear tu, abah yang hadiahkan masa hari lahir saya yang ke – 18 dulu..” jelas Fira sambil tersenyum
eak...? malam ni tidur peluk saya ok..jangan peluk teddy bear...” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
ish..gatal...” balas Fira pula.
awak tidur kat tepi dinding ya... saya tidur sebelah sini...” beritahu Fira
ish tak naklah saya...” balas Fikri
kalau tak nak, awak tidur kat bawah.. tak pun tidur dengan abah ke, ataupun kat ruang tamu...” cadang Fira
tegakan awak buat macam tu kat suami awak.. tak baik tau buli suami..” ucap Fikri seakan merajuk.
habis tu.... nak macam mana...?” tanya Fira.
kita dua-dua tidur kat bawah... macam mana..? seronok kot...” jawab Fikri sambil tersenyum nakal.
ish, nak menggatal lah tu.. tak mahulah... nanti badan sakit-sakit..awak tak kesiankan saya ke...? kan saya ibu hamil...” balas Fira sambil membuat muka sedih.
yelah-yelah...kita tidur atas katil... tapi awak tidur tepi dinding ya... saya tidur sebelah sini..” cadang Fikri pula
alah... awaklah tidur sana, biar saya tidur sini.. nanti  kalau saya rasa nak muntah kan senang nak bangun pergi toilet...” pujuk Fira
emm... yelah, nanti karang awak jatuh tergolek macam mana...? letak teddy bear awak tu kat bawah, buat alas.. kalau terjatuh nanti tak sakit sangat...hehehe”cadang Fikri sambil ketawa kecil
merepek aja awak ni lah.. saya tahulah katil saya tak sebesar katil awak.. bilik saya pun tak sebesar bilik awak..”ucap Fira sedih.
hah..nak nangislah tu..dah-dah eak..? jangan sedih, tak pe nanti saya peluk  awak kejap-kejap, biar tak terjatuh ya...” pujuk Fikri
dahlah tu..jom tidur sayang..esok nak kerja kan..? ke awak nak cuti esok...?” tanya Fikri sambil menarik Fira ke katil untuk tidur.
tengoklah kalau saya rasa tak nak kerja, saya bagitahu awak ea..” jawab  Fira
kalau awak tak nak kerja, saya pun tak nak kerja jugalah esok...”balas Fikri sambil tersenyum
saya kerjalah esok.. tak nak cuti, nanti duduk rumah, awak asyik nak menggatal aja.. tak mahulah saya..” balas Fira sambil tersenyum mengejek.
‘’tak apalah.. gatal dengan isteri sendiri.. karang menggatal dengan Ely, awak juga yang makan hati...” ucap Fikri selamba.
Huh...!!”protes Fira tiba-tiba
marahlah tu..dah ya sayang, jangan marah-marah... tak baik untuk baby kita...” pujuk Fikri seraya menarik Fira ke dalam pelukannya.
awak.... Ely macam mana...?” tanya Fira tiba-tiba
tentang Ely, awak jangan risau... pandailah saya nanti..lagipun saya bukannya bercinta dengan dia..” jawab Fikri
Fira hanya mengangguk tanda faham. Hari itu, Fira rasa sangat bahagia. Dia harap kebahagiaan yang dirasakan saat itu bukanlah untuk sementara waktu. Dia bersyukur kerana dengan rezeki yang Allah berikan, telah mengubah kehidupannya. Benarlah kata orang, kalau anak itu pengerat hubungan dalam keluarga.
BAB 50
Keesokkan harinya Fikri dan Fira pergi kerja seperti biasa. Mereka beriringan masuk ke pejabat. Kebetulan Ely masih belum sampai lagi.
Hay Sheqa...” tegur Fira ceria.
Hay... amboi, cerianya kau pagi ni... ada apa-apa ke..?” tanya Sheqa kembali.
Ermm.. ada kot..hehee” balas Fira
kau ni memang betullah, mood sentiasa berubah-rubah sejak akhir-akhir ni...” Balas Sheqa kembali
kau tak ada berita gembira ke nak beritahu aku...?’’ tanya Sheqa sambil tersenyum penuh makna.
Fira hanya tersenyum sahaja. Baru dia ingin menjawab pertanyaan Sheqa, telefon di mejanya berbunyi.
Hello sayang...” ucap Fikri
hah..? awak ni betul ke tak...?’ tanya Fira seperti tidak percaya
betullah ni, apa tak betulnya.....” balas Fikri
hah, kenapa ni...? kat office pun nak menggatal juga ke..? haish..” perli Fira
amboii.. garangnya..... pagi tadi elok aja...” tegur Fikri
lupa.. sorry...hehehee ya Encik bos, ada apa-apa yang boleh saya bantu...?” tanya Fira bergurau ceria
hah camtu kan elok sikit..ermmm, tak ada apa-apa... Cuma.... nak minta awak buatkan kopi.... dah lama awak tak buatkan saya kopi awak yang sedap tu....” pinta Fikri manja.
oowh...okey..... 5 minit lagi saya hantarkan..” balas Fira seraya menamatkan panggilan.
amboii..... kemain lagi mesranya dengan encik bos hari ni ya..” tegur Sheqa selepas Fira meletakkan telefon.
Fira hanya membalas dengan senyuman di bibir.
haish... memang betullah kau ni mood tak tetap...” ucap Sheqa lagi
hehehee kejap ea.. nak pergi buatkan bos kesayangan air..” beritahu Fira
bos kesayangan pula dah..? macam-macam” perli Sheqa sambil tersenyum mengejek.
...........................
Ketika Fira melangkah masuk ke bilik Fikri, Ely juga turut berada di dalam bilik itu.
Ermmm... sorry , saya tak tahu Cik Ely ada sekali..” ucap Fira. Kemudian dia meletakkan air minuman Fikri di atas meja.
Ely hanya tersenyum sinis. Raut wajah Fira sudah berubah bengang. Fikri menjadi serba salah melihat raut wajah isterinya itu. Fira ingin segera keluar dari situ.
saya keluar dulu..maaf mengganggu..” ucap Fira dengan riak wajah bengang.
Err... Fira, tunggu kejap..” haling Fikri. dia bangun dari tempat duduknya.
Fira tidak jadi untuk melangkah keluar. Dia terhenti di tepi pintu dan menekur lantai. Tidak mahu memandang wajah Ely ataupun Fikri.
Ely.. u keluar dulu ya... i ada hal sikit dengan Fira...” beritahu Fikri
Fira memandang seketika ke wajah FIkri dan tanpa sedar dia tersenyum. Ely pula agak bengang dan seperti tidak mahu berganjak.
Ely.... please...” ucap Fikri lagi seakan memujuk. Akhirnya Ely akur, dia terus meluru keluar dan melanggar Fira yang berada di tepi pintu. Hampir sahaja Fira terjatuh. Nasib baik Fikri sempat memautnya.
are you okay sayang..?” tanya Fikri
Fira hanya mengangguk dan tersenyum. Kemudian Fikri mengajak Fira duduk di sofa.
Ely buat apa dalam bilik awak tadi..? awak dah beritahu dia ke pasal kita..?” tanya Fira ingin tahu.
belum sempat bagitahu apa-apa lagi..” jawab Fikri
emmmm..” keluh Fira
kenapa ni..? merajuk ke..?” tanya Fikri sambil memegang bahu Fira. Fira hanya senyap sahaja.
jangan merajuk-merajuk ok... nanti kita keluar makan tengahari sama-sama ya... ajak Sheqa sekali, nanti saya ajak Syafiq..” pujuk Fikri
kenapa nak kena ajak dia orang pula..?” tanya Fira tidak puas hati
nak bagitahu pasal majlis kita, nak minta tolong dia orang apa yang patut. Sebab dia orang saja yang tagy pasal kita..” jelas Fikri. Fira akur dengan kata-kata Fikri. Fikri melepaskan Fira keluar dari biliknya apabila dia rasa mood Fira sudah okey.
.........................
lamanya kat dalam bilik bos kesayangan kau tu...? hantar air ke ada buat benda lain kat dalam tu..?” perli Sheqa sambil tersenyum nakal.
ish kau ni, macam-mcam aja.. takkan nak buat entah apa-apa pula kat office ni... macam kat rumah tak ada....” balas Fira sambil tersenyum
manalah tahu..hahaha”
apesal tadi , aku tengok minah senget tu muka masam aja keluar dari bilik bos kau...?” tanya Sheqa ingin tahu.
dia tak puas hati kot pasal bos kesayangan aku tu suruh dia keluar tadi masa aku masuk..” jelas Fira
owwh.. patutlah..” jawab Sheqa pendek
hah..sebelum aku lupa, tengahari ni, bos kesayangan aku tu ajak makan sama... Dia, aku, kau dan En. Syafiq..” beritahu Fira kepada Sheqa
hah...? betul ke ni..? kenapa pula tiba-tiba aja ni..? haish..” tanya Sheqa curiga
‘‘adalah hal sikit nak bincang dengan korang...” jawab Fira
Selepas itu, mereka membuat kerja masing-masing. Sheqa terlupa akan hal yang ditanyakan kepada Fira. Fira juga terlupa untuk memberitahu tentang berita gembira yang ingin disampaikannya pagi tadi.
......................................................
Tengahari itu, Fikri, FIra, Sheqa dan Syafiq keluar makan bersama-sama.
kami ada benda nak bagitahu ni...” ucap Fikri memulakan bicara
kalau nak bagitahu yang En. Fikri dan Fira adalah pasangan suami isteri, saya dah tahu dah...” beritahu Sheqa
haah... aku pun dah tahu juga...” tambah Syafiq pula
haish korang ni..sabarlah dulu... bagilah bos kesayangan aku ni habiskan cakap dulu....” seloroh Fira.
bos kesayangan ??” tanya Fikri sambil memandang Fira. Fira hanya tersengih saja.
dia ni memang senget sikit sejak akhir-akhir ni ...En . Fikri kena faham...hahahaa” seloroh Sheqa sambil ketawa
adalah sikit...” tambah Fikri pula. Fira sudah buat muka ingin merajuk.
hah nak merajuklah tu...” duga FIkri
dah-dah.. kita teruskan lagi oeky..’ sambung Fikri lagi
sebenarnya ada dua berita gembira yang kami nak bagitahu..” beritahu Fikri
apa dia...? cuba straight aja.. haish, lambat betul..” ucap Syafiq tidak sabar
ish En. Syafiq ni, kot ya pun sabarlah..” balas Fira.
tah kau ni pun..bagilah aku ambil nafas dulu..kami nak bagitahu yang sebenarnya... kami akan adakan majlis perkahwinan kami. Dalam masa sebulan dari sekarang... kami akan sebarkan berita perkahwinan kami kepada umum...” jelas FIkri
oowh..ye ke..? akhirnya..... tahniah-tahniah... penat juga simpan rahsia korang lama-lama ni.. hahahaa”ucap Syafiq
so, Syafiq kalau boleh aku nak minta kau dengan Sheqa jadi pengapit kami masa majlis nanti..” beritahu Fikri.
InsyaAllah tak ada hal punya...” balas Syafiq
itu baru satu En. Fikri..lagi satu..?” tanya Sheqa pula tidak sabar.
awak bagitahulah...”Fikri menyuruh Fira menyampaikan berita tersebut kepada Sheqa dan Syafiq.
Err... sebenarnya kami berdua akan jadi papa dengan mama  tak lama lagi..” beritahu Fira malu-malu.
serius ke bos..?” tanya Syafiq seakan tidak percaya.
Fikri hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan Syafiq itu.
kan aku dah cakap semalam.. mesti kau pregnant.. betul kan apa yang aku jangka.. dah berapa minggu...?” tanya Sheqa ingin tahu.
dah nak masuk 3 minggu... “jawab Fira sambil menunjukkan angan tiga dengan jarinya.
tahniah-tahniah...!! kira advance jugalah kau ya bos...hahaha” seloroh Syafiq
tahniah juga dari aku.. moga-moga dengan adanya zuriat ni, hubungan En, Fikri dan Fira akan bertambah baik..” tambah Sheqa pula
terima kasih... mudah-mudahan...’’ jawab Fikri
Mereka menyambung kembali perbincangan mereka mengenai Majlis tersebut sehingga waktu rehat habis.
.......................................
awak... bila nak tengok baju..?” tanya Fira kepada Fikri ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu kerja.
emm... nantilah, petang ni macam tak sempat aja...” jawab Fikri
boleh tak kalau saya nak pilih warna gold.. saya nak nak pilih baju yang macam Farah AF pakai masa majlis resepsi dia, cantik kan...??” beritahu Fira
gold...? tak naklah... silver lah  cantik...” balas Fikri pula.
tak nak lah... warna gold lah....” pujuk Fira
warna lainlah.... tak naklah gold, saya tak sukalah..” Fikri pula menolak.
Sepanjang perjalanan, mereka berbahas mengenai warna persalinan untuk majlis mereka nanti. Sampai di rumah, dan keluar dari kereta pun mereka masih membahaskan hal yang sama.
warna hitam ajalah.. susah sangat..” seloroh Fikri sambil melangkah keluar dari perut kereta.
ish... tak naklah.. macam berkabung aja...” ucap Fira
kamu berdua ni kenapa..?” tanya Datin Maria saat terdengar anak menantunya berbahas sedari tadi.
Fik nib u, pilih warna tema entah apa-apa aja...” adu Fira
dah Fik yak suka warna gold , nak macam mana...” balas Fikri pula
sudah-sudah...jangan nak bertekak..kamu ni Fik, cuba mengalah sikit dengan Fira..” bela Datin Maria
Fira tersenyum mengejek kepada Fikri kerana dibela ibu mertuanya. Fikri pula membalas kembali. Ingin saja digeletek isterinya itu.
kamu berdua dah pergi tengok baju ke..?” tanya Datin Maria.
belum lagi bu.. kami tak sempat...” jawab Fikri
saya nak warna gold tau...” ucap Fira tiba-tiba
tak nak...!!! saya nak silver...” balas Fikri pula
sudah-sudah jangan bergaduh... mcam budak-budak... ibu sendiri dah buat  keputusan.. kamu berdua ikut aja.. untuk majlis sanding warna gold.. dan untuk makan damai dan potong kek, warna silver.. esok pergi butik tu, untuk tengok baju dan fitting apa yang patut..” beritahu Datin Maria.
ada siapa-siapa yang nak membantah...” tambah Datin Maria lagi.
tak ada.. thanks ibu...’ ucap Fira sambil tersenyum. Dia memeluk ibu mertuanya itu.
jangan peluk ibu lama-lama.. nanti saya cemburu..” seloroh Fikri
sudahlah tu, pergi naik atas mandi...” arah Datin Maria
Fikri dan FIra beriringan menuju ke bilik mereka.


BAB 51
Tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi majlis perkahwinan Fikri dan Fira akan diadakan. Alahan Fira juga sudah berkurangan berbanding di awal-awal dia mendapat tahu tentang kehamilannya. Staf di pejabat juga masih belum tahu lagi tentang majlis tersebut termasuk Ely dan Hisyam.
awak...” panggil Fira ketika mereka makan tengahari bersama.
yups..kenapa..?” tanya Fikri
awak dah bagitahu Ely ke pasal kita ni..? saya rimaslah tengok dia tu asyik menempel aja..” beritahu Fira tidak berpuas hati.
nantilah saya bagitahu...” jawab Fikri selamba.
nanti tu bila..? majlis kita dah nak dekat...’'
awak ni macam payah sangat aja nak bagitahu dia.. kalau susah sangat, biar saya aja yang bagitahu..” tambah Fira lagi.
awak ni, saya tahulah.... janganlah desak-desak saya..rimaslah saya...” balas Fikri yang sudah mula bengang.
Herm.. awak ni sayang saya ke tak sebenarnya...? kalau tak suka nak buat majlis ni cakaplah.. kita batalkan aja terus.. tak payah sibuk-sibuk..” balas Fira. Dia sudah mula angin dengan sikap Fikri yang seperti tidak bersungguh-sungguh sahaja.
yang awak ni nak naik angin tiba-tiba kenapa...? ada saja yang tak puas hatinya... payah betullah awak ni...’’ Fikri juga sudah mulai angin dengan sikap Fira.
Fira tersentak mendengar ucapan Fikri yang agak kasar itu. Dia terus meniggalkan Fikri bersendirian di situ dan kembali ke pejabat. Nasib baik tempat mereka makan itu agak tersembunyi sedikit.
.....................
Ketika dalam perjalanan pulang, Fira hanya menyepikan diri di dalam kereta. Begitu juga dengan Fikri. setibanya di rumah, Fira terus keluar melulu dari kereta dan memasuki rumah. Sempat juga dia melemparkan senyuman pada ibu mertuanya yang berada di halaman.
Datin Maria berasa curiga melihat wajah Fikri yang masam.
kamu kenapa Fik..? bergaduh dengan Fira..?” tanya Datin Maria.
Menantu kesayangan ibu tu lah.. asyik nak naik angin saja...” luah Fikri
kalau Fik tahu macam ni lah gayanya, Fik tak akan setuju nak buat majlis tu..” tambah Fikri lagi
apa..?? kamu jangan nak macam-macam.. kamu dah buat Fira tu mengandung, kamu tak nak bertanggungjawab pula..?” bebel datin Maria.
'‘ish ibu ni.. cakap macamlah Fik dah buat benda tak elok kat Fira tu.. lagipun dia kan isteri Fik, tak kan Fik tak nak bertanggungjawab .. tak gentleman lah macam tu..” gurau Fikri
banyaklah kamu punya gentleman.. tadi kemain muka masam mencuka, ini nak bergurau pula dengan ibu..” bebel Datin Maria lagi.
alah ibu ni..gurau sikit pun dah tak boleh... yelah, dah ada menantu kesayangan..Fik pun dah tak peduli...” Fikri berpura-pura sedih.
dah-dah jangan nak macam-macam... semua ibu sayang tahu...?” ucap Datin maria.
cuba kamu beritahu , kenapa yang kamu masam aja ni...? yang sorang macam tu, yang sorang lagi macam ni.. risau ibu tengok...” tanya Datin Maria
tak ada apa-apalah bu.. Fik ok aja.. Fira tu asyik nak naik angin saja... ada aja benda yang tak kena.. kalau apa yang dia nak tak dituruti, mulalah nak merajuk.. letihlah Fik macam ni.. dulu tak ada pula dia macam ni..” luah Fikri
Emm.. sabarlah nak, perempuan mengandung memang macam tu... emosi tak stabil.. macam perempuan nak datang bulan juga.. lagi satu, perempuan mengandung memang cepat sensitive.. Fik kena banyak bersabar ya, lagipun anak yang dikandung tu kan anak Fik.. jadi nak tak nak, Fik kena tahan ajalah...” nasihat Datin Maria
Emm.. yelah bu.. Fik faham.. Fik cuba ok...” balas Fikri
‘‘sudahlah tu, pergi masuk.. dah nak maghrib dah ni.. pujuk Fira tu.. tak salah kita mengalah untuk orang yang kita sayang... untuk kebaikan juga..” tambah Datin Maria lagi.
Fikri hanya tersenyum dan mengangguk tanda faham. Kemudian dia masuk ke dalam rumah.
............
Fikri melangkah masuk ke bilik tidurnya.  Fira cepat-cepat mengatur langkahnya ke bilik air. Langsung tidak dihiraukan Fikri. Fikri pula hanya membiarkan. Tidak mahu memujuk.
Selesai mandi dan solat maghrib, Fikri terus turun ke bawah untuk makan malam. Sedikit pun dia tidak mengajak Fira bersama. pujuk Fira juga tidak. Fira bengang dengan sikap Fikri.
Fira mana Fik..?” tanya Datin Maria yang sedang menyediakan makan malam bersama pembantu rumah mereka.
kat bilik...” jawab Fikri pendek
kenapa tak diajak turun makan sekali...?” tanya Datin Maria lagi
Pandailah nanti dia turun sekali...” jawab Fikri bersahaja
kamu tak baik lagi ke dengan Fira...? sudah.. ! pergi panggil dia ajak turun makan.. ish kamu ni cuba jangan degil, cubalah beralah sikit...” bebel Datin Maria
Fikri malas mahu melawan cakap dengan ibunya. Lantas dia menuruti sahaja arahan ibunya itu.
Ketika FIkri masuk ke bilik. Fira sedang duduk termenung di depan cermin.
ada juga pecah cermin tu karang....” perli Fikri. dia mendapatkan Fira yang berada di meja solek. Fira hanya menjeling Fikri dari dalam cermin. Kemudian dia bangun dan beralih duduk di katil. Fikri hanya mengekori dan turut duduk disebelahnya.
Fira ingin bangun tetapi sempat dihalang Fikri.
nak ke mana lagi ni..?” tanya Fikri lembut
lepaslah..!!” bentak Fira seraya ingin melepaskan tangannya dari Fikri
cuba duduk kejap...” arah Fikri. Fira hanya menurut.
Herm... merajuk..?” tanya Fikri. Fira tidak menjawab tetapi mukanya sahaja yang cemberut menandakan dia sedang merajuk.
Fikri menarik Fira ke dalam dakapannya. Kemudiann dia mencium dahi , pipi dan bibir Fira. Fira terpaku seketika. Fikri pula hanya tersenyum. Fira menolak Fikri perlahan.
awak suka ambil kesempatan...!!” bentak Fira
ye ke..? bukan awak suka ke..?” perli Fikri dengan senyuman di bibir. Seronok dia melihat muka Fira yang sudah merah.
Huh...!” protes Fira sambil memeluk tubuh.
itu je kan cara nak pujuk awak kalau tengah merajuk dan marah...” balas Fikri
Fira hanya berdiam diri.
Emm... nak kena bagi kiss lagi ke baru ok ni..?” gurau Fikri. Fira memberi jelingan maut pada Fikri. Fikri hanya tersenyum. Kemudian tanpa disangka dia menggeletek pinggang Fira.
awak..!! janganlah... gelilah..!!” jerit Fira sambil ketawa kecil menahan geli
hahahaha...” Fikri turut ketrawa melihat Fira
nak merajuk lagi tak..?” tanya Fikri sambil tersenyum
Emm...” balas Fira
kenapalah isteri saya ni kuat merajuk agaknya ya... emm.. nanti baby lahir mesti kuat merajuk dan kuat nangis...” perli Fikri
Fira hanya memuncungkan mulut. Fikri geram. Dia mencium bibir itu sekali lagi dan tersenyum nakal pada Fira.
awak..!!!” bentak Fira. Dia memukul lembut lengan Fikri
awak ni suka tau ambil kesempatan...” ucap Fira
mana ada.. saya cuma bagi hadiah kat isteri saya yang kuat merajuk sekarang ni...” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
orang merajuk dia bukan nak pujuk betul-betul.. tak romantiklah awak ni..” balas Fira pula
nak pujuk macam mana..? nak romantik-romantik saya tak pandailah.. nak bagi bunga? Dalam bilik ni tak ada bunga...” ucap Fikri selamba
Huh...!!” Fira mencebikkan mulutnya.
buat lagi macam tu.. nanti saya cium baru tahu..!” ucap Fikri sambil cuba mencium Fira.
Eee...gatal!!” Fira mencubit lengan Fikri geram.
aduh.. sakitlah sayang...” Fikri pula yang berpura-pura merajuk. Fira kaget.
Err... awak.. sorry-sorry...sakit ke..?” tanya Fira
sakitlah....” balas Fikri sambil memalingkan badannya dari menghadap Fira. Dia berpura-pura merajuk.
awak...sorry tak sengaja.. mari saya tengok...” pinta Fira
tak payah...!” balas Fikri yang kononnya merajuk dengan Fira
awak... saya minta maaf ya...? jangan merajuk ya...?” pujuk Fira
Fikri hanya diam. Fira bangun dan pergi ke hadapan Fikri.
awak...!! Please...” pujuk Fira lagi sambil memegang tangan Fikri. Dia melihat muka Fikri dengan sayu.
Fikri tidak sanggup melihat wajah Fira yang sayu itu.
Emm.. baik.! Saya maafkan awak.. tapi dengan syarat....” ucap Fikri
apa syaratnya...?” tanya FIra
bagi saya kiss.. dekat sini dan sini..” pinta Fikri ambil menunjukkan kedua-dua belah pipi dan bibirnya.
ish... tak naklah..!” balas Fira malu-malu.
ok..tak nak tak apa...” jawab Fikri
Fira teragak-agak. Akhirnya dia buat juga seperti yang dipinta FIkri. dia mencium pipi Fikri kedua-dua belah dan kemudian turun ke bibir Fikri. Dia tertunduk malu.
thanks sayang... jangan merajuk lagi ya..saya pun nak minta maaf kat awak kalau tadi petang saya pun ada marah-marah awak..: ucap Fikri
Fira diam tidak berkutik. Dia masih lagi malu dengan perkara tadi. Fikri hanya tersenyum. Kemudian dia menarik Fira ke dalam pelukannya.
...............................
Fik dengan Fira tak turun lagi ke..?” tanya Datuk Faizal yang baru sahaja turun bersama Faiz
tadi Fik dah turun, tapi tak diajaknya Fira sekali.. saya suruh dia panggil Fira, tapi sampai sekarang tak turun-turun lagi..” balas Datin Maria
Faiz.. pergi panggil abang dengan kakak kamu tu.. entah apa lagi dibuat lama sangat agaknya..” arah Datin Maria.
Belum sempat Faiz memanggil FIkri dan Fira, mereka sudah turun terlebih dahulu.
kamu ni pergi panggil Fira ke pergi buat benda lain Fik..?” perli Datin Maria saat terpandangkan Fikri dan Fira.
sambil-sambillah bu...” jawab Fikri sambil tersenyum nakal. Fira yang geram mendengar jawapan Fikri itu mencubit pinggang Fikri. Fikri mengaduh kecil kerana terkejut.
Kena sepit dengan ketam ke abang Fik..hahaha” perli Faiz pula selamba
ketam...?” tanya Datin Maria tidak mengerti.
yelah ketam.. abang Fik tu kan miang bu... tu pasal kena sepit dengan ketam...”perli Faiz lagi sambil tersenyum mengejek pada Fikri.
pandailah kamu ya Faiz.. nanti abang tak nak tolong ajarkan matematik lagi...” ugut Fikri
tak apa... kak Fira ada... kan kakak kan...” ucap Faiz sambil tersengih pada Fira.
Fira hanya tersenyum dan mengangguk sahaja pada Faiz.
yelah.. mentang-mentang dah ada kak Fira.. abang sendiri pun dah tak pedulikan...” Fikri berpura-pura merajuk.
aik... merajuk ke anak teruna ibu ni..?” perli Datin Maria.
alah bu, kalau abang Fik merajuk... kak Fira kan ada tolong pujuk..” balas Faiz pula sambil tersenyum
Fira memandang seketika Fikri di sebelahnya untuk memastikan sama ada FIkri betul-betul merajuk atau tidak. Fikri hanya makan dengan selamba. Sedikit pun tidak mengendahkan pandangan FIra.
hai.... hati kering macam kamu pun reti merajuk ke Fik..hahaha” perli Datuk Faizal
Pembawakan budak la Pa.. sensitive..hehehe” balas Fikri tiba-tiba sambil tertawa kecil. Tidak jadi dia ingin berpura-pura merajuk. Datuk Faizal dan Datin maria hanya tersenyum.
awak perli saya ea..?” ucap Fira sambil mencubit peha Fikri. sekali lagi FIkri mengaduh kesakitan.
kena sepit ketam lagi ea abang Fik..?hahaha” perli Faiz sekali lagi.
tulah.. ketam mana entah yang sesat agaknya..” jawab Fikri
sejak-sejak ada baby ni, asyik nak menyepit aja kerjanya...” tambah Fikri lagi cuba bergurau.
Yang lain hanya ketawa kecil. Fira di sebelah FIk sudah tertunduk diam. Dia meneruskan makannya. Sedikitpun tidak bersuara.
kamu ni Fik...ada-ada saja.. tengok kan menantu ibu dah merajuk...” ucap Datin Maria
Fira okey ke ni..?” tanya Datuk Faizal
Fira ok je pa, Bu...” balas Fira sambil tersenyum pada keduanya.

BAB 52
Selesai makan dan membantu ibu mertuanya mengemas meja, Fira terus naik ke bilik untuk solat isyak. Fikri sudah terlebih dahulu masuk ke bilik untuk bersolat.
Awak merajuk ke..?” tanya Fikri saat Fira sedang melipat telekung usai solat Isyak.
Fira senyap sahaja tidak berkata apa.
tak baik tahu, suami tanya buat tak tahu saja...” ucap Fikri cuba memancing minat Fira untuk bercakap dengannya. Tetapi Fira masih lagi diam tidak mahu bercakap.
tak takut ke, kalau suami tidur dalam keadaan kecil hati, malaikat laknat sampai subuh..?” duga Fikri pula mencari reaksi Fira.
‘’Herm...” Fira mengeluh kecil. Fikri tersenyum melihat Fira.
awaklah...! suka-suka aja kata itulah inilah.. sensitive tahu,,!” akhirnya Fira bersuara.
Fikri hanya melemparkan senyuman kepada Fira.
tengoklah tu.. dah buat orang macam ni, boleh pula dia senyum-senyum...” Fira geram melihat Fikri tersenyum-senyum. Dia sudah muncung sedepa. Tiba-tiba dia rasa sebak. Dia sendiri tidak pasti kenapa.
laa.. kenapa ni...? takkan saya senyum macam ni awak sedih kot..” Fikri kaget melihat wajah Fira yang tiba-tiba berubah mendung.
Fira hanya diam. Dia seperti sudah hendak menangis.
Err... janganlah nangis.. saya minta maaf ok.. “pujuk Fikri sambil memegang bahu Fira. Fira menepis tanda protes.
janganlah merajuk... saya minta maaf ya...emm, nanti kita pergi shopping ya..? tengok wayang ke..?” cadang Fikri cuba untuk memujuk Fira.
tak nak..!!! “ bentak Fira.
habis tu nak apa..?” tanya Fikri  yang masih lagi memujuk.
saya boleh maafkan awak tapi dengan satu sayarat...” balas Fira dengan senyuman yang sudah terukir di bibir.
emm.. okey, apa syaratnya..?” tanya Fikri ingin tahu.
saya teringin nak makan bubur durian.....” beritahu Fira
ermm.. nanti saya suruh ibu atau Mak Jah masakkan ya esok..” balas Fikri sambil tersenyum
tak nak..!!! saya nak awak yang masakkan..” rengek Fira
saya mana pandai.. suruh ajalah Mak Jah yang masakkan..” jawab Fikri
tak nak..!! saya nak awak juga yang masakkan...please...!!” rayu Fira dengan wajah yang sayu.
saya tak pandailah sayang... nanti tak sedap macam mana..?” Fikri masih lagi member alasan. Memang dia tidak pandai masak bubur durian. Makan pernahlah.
Huh..alasan! bukannya tak boleh belakar...!” balas Fira. Dia terus merebahkan dirinya untuk tidur tanpa menghiraukan Fikri. dia mahu Fikri tahu yang dia sedang merajuk.
Fikri pening kepala melayan karenah Fira. Sensitive sungguh sejak mengandung ini. Asyik-asyik nak merajuk, nak marah.
......................................
Pagi tiu, Fira masih lagi merajuk dengan Fikri. sedikit pun tidak dihiraukan Fikri. Datin Maria yang perasan akan hal tersebut segera bertanya kepada FIkri.
kamu gaduh lagi dengan Fira ke Fik..? Ibu tengok FIra masam aja..” tanya Datin Maria kepada FIkri.
tak gaduh pun...”
Fira tu merajuk sebenarnya dari malam tadi..” tambah Fikri lagi
pasal hal yang kat meja makan semalam tu ke..?” tanya Datin Maria lag.
bukan... ni pasal hal lain..” belum sempat Fikri menjelaskan lebih lanjutkepada ibunya, sudah terdengar bunyi hon kereta dari luar.
tengoklah menantu ibu tu.. dah  mulalah tu nak buat perangai....” adu Fikri.
dahlah tu, pergi cepat.. kamu tu pun, beralah sikit dengan Fira tu..perempuan mengandung memang macam tu moodnya..” pesan Datin maria.
Seleps menyalami ibunya, Fikri terus keluar pergi mendapatkan Fira di dalam kereta.
awak ni kenapa...? cubalah sabar sikit..! nasib baik ibu faham..” bebel Fikri kepada Fira sebaik sahaja dia memasuki kereta.
Fira hanya diam.. langsung tidak memperdulikan Fikri. Fikri hanya menggeleng.
................................
Tiba di pejabat, Fira terus meluru masuk tanpa  mengendahkan Fikri.
Sheqa yang perasan akan wajah Fira yang masam tidak jadi menegur Fira yang baru duduk di tempatnya. Fikri melemparkan senyuman kepada Sheqa saat melintasi meja Sheqa. Sheqa memberikan bahasa isyarat kepada Fikri tentang Fira, tapi dapat dikesan Fira.
tak payah nak buat isyarat.. macam orang tak faham...” perli Fira. Sheqa hanya tersengih menghadap Fira. Fikri pula terus melangkah masuk ke biliknya.
Tidak lama kemudian, Syafiq melintasi meja Fia.
Fira , saya nak jumpa bos kesayangan awak boleh tak..?” gurau Syafiq
masuk ajalah..” jawab Fira malas.
kenapa dengan bestfriend awak ni Sheqa..?” saja Syafiq bertanya pada Sheqa.
Biasalah En. Syafiq, macam tak faham-faham pula...” balas Sheqa sambil tersengih.
Ni nak masuk ke tak nak..??” tanya Fira bengang. Syafiq hanya tersengih, kemudian dia melangkah masuk ke bilik Fikri.
Hah, Syafiq.. kenapa..? pagi-pagi dah menjengah bilik aku..” tegur Fikri saat Syafiq melangkah masuk ke biliknya.
nak apa bos tanya..? aku datang ni nak ajak bos pergi lawat sitelah.. lupa ke..?” beritahu Syafiq
MasyaAllah..!! macam manalah aku boleh luapa.. hai ni semua sebab FIralah ni..” balas Fikri sambul menepuk dahinya.
cakap pasal Fira, kenapa dengan dia tu..? moody semacam aja..” tanya Syafiq meminta kepastian Fikri.
Merajuk...” jawab FIkri pendek.
Merajuk..?” tanya Syafiq kembali
Haah.. Dia minta aku buatkan dia bubur durian.. manalah aku tahu.. perempuan mengandung memang macam tu ke..? banyak sangat karenahnya...?” jelas Fikri.
entahlah.. memang kot...” jawab Syafiq
alah... masak ajalah apa susahnya.. minta tolong dengan ibu bos ke bibik ke.. yang penting si Fira tu puas hati..” tambah Syafiq lagi
Emm.. tengoklah nanti...” jawab Fikri.
Eh.. Jomlah kita pergi sekarang..” ajak Fikri
Sebelum meinggalkan office, sempat Fikri memberitahu Fira terlebih dahulu.
Fira , saya nak keluar lawat site kejap dengan Syafiq..” beritahu Fikri
Fira hanya mengangguk sahaja. Langsung tidak dipandang muka Fikri. Fikri mengeluh kecil dan memandang kea rah Syafiq. Syafiq hanya tersenyum dan mengjungkit bahu. Kemudian mereka berdua keluar dari pejabat.
......................................
Fikri dan SYafiq pulang semula ke pejabat ketika waktu rehat. Fikri segera mencari Fira.
awak tak keluar makan ke Sheqa..?” tegur Fikri ketika ternampak kelibatSheqa.
baru sudah makan dekat pantry tadi..” jawab Sheqa sambil tersenyum
oowh.. nampak Fira tak..?” tanya Fikri lagi
tadi dia makan dengan saya dekat pantry .. lepas tu dia beredar dulu.. erm, cuba En. Fikri tengok dia kat ruang santai sana, dia  kata tadi dia nak ambil angin kejap..” beritahu Sheqa
okey.. thanks ya..” balas Fikri sambil berlalu meninggalkan Sheqa.
Fikri pergi mendapatkan Fira yang sedang duduk sendirian di ruang santai yang terdapat di pejabat itu. Dia menegur Fira.
Hai sayang..sorang aje ke..?” tanya Fikri cuba menarik perhatian Fira.
taklah berdua..tak nampak ke..?” jawab Fira sinis.
hermm...” keluh Fikri
awak merajuk lagi ke pasal bubur durian tu..?” sambung Fikri lagi.
awak tu..susah sangat ke nak penuhi permintaan saya..? bukannya saya suruh petik durian dari pokok.. suruh masakkan aja pun...” balas Fira. Dia sudah mula hendak menangis. Sensitif betul dia.
alahai, janganlah nangis .. lemah betullah saya macam ni..” pujuk Fikri
emm.. yelah-yelah saya masakkan, tapi kalau tak sedap jangan marah pula nanti..” tambah Fikri lagi.
Fira menoleh segera kea rah Fikri. meminta kepastian.
ye.. kenapa..? tak percaya..?” tanya Fikri
betul ni..? tak tipu..? “ tanya Fira minta kepastian. Dia mengelap air matanya dengan jari.
ya sayang.... tapi kalau tak sedap jangan marah pula..” jawab Fikri
taka pa.. yang penting dapat makan bubur durian yang awak masak..” balas Fira
erm.. yela.. nanti lepas kerja kita pergi cari durian dengan barang-barang lain , ok?” beritahu Fikri
ok.. thanks awak...sayang awak..!! “ ucap Fira sambil memaut lengan Fikri. hilang terus rajuknya,
habis selama ni, tak sayang ke..?” tanya Fikri sengaja ingin menduga.
sayang juga tapi hari ni lagi sayang..” jawab Fira sambil tersengih.
yalah tu... dah jom.. karang staff lain nampak, apa pula kata dia orang..” Fikri mengajak Fira kembali ke tampat. Rajuk Fira juga sudah hilang. Pening Fikri dengan sikap isterinya yang sorang itu. Kalau tidak sebabkan Fira sedang mengandungkan anaknya, tak mungkin dia akan melayani karenah Fira.


BAB 53
Selepas pulang dari kerja, Fikri terus membawa Fira ke pasar tani untuk mencari buah durian dan barang-barang lain untuk membuat bubur durian. Setelah mendapatkan semua barang yang dikehendaki, mereka terus pulang ke rumah.
......................
Banyak durian kamu beli..? Siap dengan kacang hijau lagi... nak buat bubur ke..?” tegur Datin Maria.
Ye ibu, menantu kesayangan ibu ni nak makan bubur durian...” jawab Fikri sambil memeluk bahu Fira.
Bubur durian yang Fik masak....” tambah Fira sambil tersenyum.
Pandai ke Fik...?” tanya Datin Maria sambil tersenyum kepada FIkri.
Entahlah bu... Ibu ajalah yang tolong masakkan..boleh..?” pinta FIkri kepada Ibunya.
Awak ni tipulah..! tadi kata nak masakkan... saya tak nak orang lain.. saya nak awak juga yang masakkan..!!” rengek Fira. Fira sudah memeluk tubuh tanda protes.
Datin Maria hanya tersenyum sahaja.
Masakkanlah Fik.... kesian menantu ibu tu... nanti Ibu ajarkan...” ucap Datin Maria
Hish..!! manja betul sekarang ni...! Ye lah sayang, kita naik atas dulu, mandi  dan solat ya... nanti turun balik masak bubur.. boleh..?” Pujuk Fikri. Dia mencuit hidung isterinya itu. Fira hanya mengangguk. Serta- merta wajahnya kembali ceria.
............................
Selepas mandi dan solat, mereka turun kembali ke dapur.
Awak pergi duduk kat depan tu dengan Faiz, nanti dah siap masak saya panggil...” beritahu Fikri
Tak nak..! saya nak duduk sini nak tengok sendiri betul tak awak masak..” balas Fira.
aik..macam pernah dengar aja ayt tu.. tu bukan ayat aku ke dulu...’ gumam Fikri di dalam hati.
Sekarang ini sejak Fira mengandung, banyak benda yang berubah. Kalau dulu Fikri selalu membuli Fira dan FIra selalu mengalah dengannya tapi sekarang sudak terbalik, Fikri yang terpaksa mengalah dengan Fira.
Yelah-yelah...” jawab Fikri pendek. Malas nak panjang-panjangkan cerita.
Datin Maria telah menunjukkan cara-cara memasak buur durian kepada Fikri.
Awak nak makan durian ni tak..?” tanya Fikri kepada Fira ketika dia mengopek buah durian untuk dibuat bubur.
Tak nak...!! nak makan bubur durian aja...” jawab Fira
Fikri hanya menggelengkan kepala dengan karenah isterinya itu.
Setelah siap masak bubur durian, Fikri segera menghidangkannya.
Malam ni, kita  makan bubur durian aja ye...” beritahu Datin Maria kepada suaminya.
Siapa yang masak..? Mak Jah ke..?” Tanya Datuk Faizal pula.
Bukanlah.. anak lelaki abanglah... menantu kita ni  teringin nak makan bubur durian buatan Fik..” Terang Datin Maria.
Owwh..Dah tu, dah siap ke belum ni..?” Tanya Datuk Faizal lagi.
DAh... Ni FIk nak bagi Fira cuba dulu..” beritahu Datin Maria lgi.
Fikri meletakkan semangkuk bubur durian di depan Fira.
cuba rasa.... kalau ak sedap jangan marah okey..!” arah Fikri
Fira yanga teruja dengan bubur durian it uterus menyudu dan menyuap ke dalam mulut.
Uhuk! Aduh... panas...!!” adu Fira sambil menjelirkan lidahnya yang sedikit melecur.
Itulah.. siapa suruh tak menyabar sangat.. kan dah melecur lidah tu...” bebel Fikri.
Kamu ni Fik, janganlah marah dia.. pergi ambilkan air untuk Fira..” Arah Datin Maria.
Fikri mengambilkan air untuk Fira.. Kemudian dia menyudu kembali bubur kacang itu dan ditiupnya perlahan sebelum disuapkan kepada Fira.
Emmm..!!”
Macam mana..? okey tak...? Tulah saya cakap, saya tak pandai..awak nak juga saya masak...” bebel Fikri lagi
Yang lain hanya menanti komen dari Fira.
Suapkan lagi awak..sedap..!!” pinta Fira dengan manja.
Ye ke..?” Fikri seperti tidak percaya, lantas dia mencuba sesudu.
Emm.. sedap juga saya masak ek..?” ucap Fikri memuji diri sendiri
Dah ibunya... cedok masuk mangkuk... kita makan kat depan... biarkan pasangan suami isteri ni kat dapur...” arah Datuk Faizal sambil tersenyum. Datin Maria hanya menurut sahaja.
Mereka meninggalkan Fikri dan Fira berdua-duaan di dapur.
Awak... tambah lagi... kita share aja..” pinta Fira kepada Fikri. Kemudian Fira meminta FIkri duduk di sebelahnya. Fikri hanya menurut sahaja.
Fira menarik kerusi yang diduduknya rapat dengan FIkri. Tangan kanan Fikri ditarik dan dilingkari di pinggangnya.
Aish lain macam aja iseri aku ni..’ desis hati kecil Fikri.
Fira menyuapkan bubur durian kepada FIkri. Fikri hanya menurut. Mereka menikmati bersama bubur durian itu.
Terima kasih awak...!!” ucao Fira sambil mencium pipi Fikri tiba-tiba. Fikri yang terkejut dengan tindakan Fira itu menoleh seketika ke arah  Fira. Fira hanya tersenyum menggoda. Dia memainkan jarinya di dada Fikri. Sejak hamil, perangai Fira semakin pelik. Lebih manja dan selamba berbanding selalu. Tidak lagi malu-malu dengan Fikri melainkan bila dihadapan keluarga mereka.
Ni kenapa ni..? Janganlah macam ni.. karang orang nampak..” tanya Fikri
saya rindu awak..!! rindu sangat....” Fira merengek manja seakan ingin menggoda Fikri.
lain macam aja awak ni... manja kemain..” perli Fikri
Nak manja dengan suami sendiri pun tak boleh...” Fira tiba-tiba terasa hati bila Fikri berkata begitu. Lantas dia bangun dari kerusi.
nak pergi mana..? Ni bubur tak habis lagi...”
Fira hanya buat tidak endah.
Fikri segera menarik Fira dan memeluknya dari belakang.
Jangan merajuk ya sayang...saya pun rindu awak..! Rindu sangat-sangat,,,” ucap Fikri sambil mencium bahu Fira.
Kemudian Fira berpusing menghadap Fikri. Tangan Fikri masih lagi merangkul pinggang FIra, manakala tangan Fira merangkul leher Fikri.
Jangan merajuk ya..?” pujuk Fikri. Fira hanya tersenyum manja.
Habiskan bubur ni dulu... nanti dah sudah kita naik atas ya..” ucap Fikri sambil mengenyitkan mata pada FIra.
Ehem- ehem.. tak habis lagi ke bercinta.... sambung kat biliklah... jaga-jaga sikit nanti adik kamu nampak.. dia kecil lagi...” perli Datuk Faizal yang baru masuk ke dapur bersama Datin Maria. Datin Maria yang sedang menatang dulang hanya tersenyum sahaja.
Err.. papa, ibu... sorry tak perasan..” ucap FIkri. Fira sudah pun merona merah menahan malu.
Kami naik dululah, nanti kami sambung makan..” ucap FIkri sambil menarik tangan Fira.Fira hanya tersenyum sahaja kepada mertuanya. Sebenarnya FIkri juga malu, kerana itu dia terus mengajak Fira naik ke bilik. Kalau sudah naik, masakan dia mahu turun lagi untuk menghabiskan bubur mereka.

BAB 54
Bila masa kau ambil gambar-gambar ni..?” Tanya Afiz, salah seorang staf di pejabat itu.
Semalam petang, masa aku pergi pasar tani lepas balik kerja...” jawab Fizi
Aku rasa dorang berdua tu memanga ada hubunganlah... kau tak perasan ke, dorang nampak rapat sejak ahir-akhir ni...” sampuk Mazni pula
Semalam rehat, aku pun ada perasan juga dorang berdua kat ruang santai tu... nampak macam mesra aja...” tambah Ayu pula
Kalau betullah dorang ada hubungan, macam mana dengan Cik Ely tu ya...?” Tanya Mazni tiba-tiba
Alah... entah-entah En. Fikri tu biasa-biasa aja dengan dia.. Dia aja agaknya yang perasan lebih.. kalau perempuan gedik macam tu, aku pun tak nak weyh..!” ucap Afiz
Lagipun Fira dengan En. Fikri tu memang sesuai, dua-dua pun sama bujang... so, tak ada masalah bagi aku kalau dia orang nak berhubungan pun..” jelas Ayu pula.
Sedang mereka berempat asyik berborak, tiba-tiba Ely muncul.
Apa yang you all berempat buat ni..? Tak ada kerja ke..? Hah Fizi, apa yang you nak tunjuk tu..? Bawa sini..!!” FIzi cuba menyembunyikan handsetnya, tapi tidak sempat. Ely sudah pun merampasnya terlebih dahulu. Wajahnya berubah serta merta saat melihat gambar-gambar yang terdapat pada handset Fizi.
Tanpa berkata apa, Ely terus berlalu meninggalkan mereka berempat. Ely terus mendapatkan Fira ditempatnya.
Hey perempuan..!! Kau memang tak faham bahasa kan..? Berapa kali aku cakap, jangan cuba nak dekat dengan Fikri... Yang kau degil sangat kenapa..???! Dasar perempuan murahan...!!” Serang Ely bertubi-tubi. Fira yang tidak tahu apa-apa, terkejut diserang begitu. Sheqa juga begitu. Staff yang lain turut terkejut dengan situasi tersebut.
Apa masalah awak ni Ely..? Tiba-tiba nak serang saya macam ni..? kalau ya pun, elok-eloklah sikit... malulah orang lain tengok..” Fira msih lagi berlembut dengan Ely. Sheqa pula risau melihat keadaan itu. Lantas dia menghubungi Fikri.
Ah..! Sudahlah..! Jangan nak berpura-pura baiklah..! Kau dah bagi ubat guna-guna apa pada Fikri hah..? Padahal, sebelum ni dia benci sangat dekat kau..!” Ely semakin menggila. Dia sudah mendekati Fira.
Apa yang awak merepek ni..? Tolonglah Ely... Istighfar banyak-banyak.. Awak tak malu ke, semua orang tengok kita bergaduh sebab lelaki..?” Fira cuba memujuk Ely tapi Ely masih lagi begitu.
Ah..! Aku peduli apa...!!” Ely geram melihatkan Fira yang sedikit pun tidak melawan.
Lantas dia menolak Fira ke belakang. Nasib baik Fikri datang tepat pada masanya. Dengan pantas dia menahan Fira dari terjatuh.
Ely..! u ni kenapa..? What’s your problem..?” tanya Fikri tegas.
You tak malu ke dengan staff lain..?” tambah Fikri lagi.
Sheqa, tolong tangokkan Fira... dan u Ely, masuk bilik I sekarang..!” arah Fikri tegas.
Yang lain, sambung buat kerja masing-masing...” jerit Fikri kepada semua staf di bawah pengawasannya.
..........................................
Fik..! Betul ke apa yang I dengar...?” Tanya Ely ketika berada di bilik Fikri.
Apa yang u dengar..?” tanya Fikri kembali.
U dengan Fira..? you all berdua ada special relationship , betul ke..?” Tanya Ely meminta kepastian.
Emm...” Keluh Fikri. Kemudian dia mengangguk perlahan.
majlis perkahwinan kami akan berlangsung  lebih kurang dua minggu sahaja lagi..” akhirnya Fikri memberitahu  perkara sebenar.
‘‘What..?!” tanya Ely seakan tidak percaya.
Sampai hati u buat i macam ni Fik..! u tahu kan i betul-betul cintakna u...!” Ely memukul-mukul dada Fik.
Fikri segera memegang tangan Ely dari terus-terusan memukulnya.
Ely..! please, stop it..!”
i minta maaf.. i tak boleh nak terima cinta u. I cuma anggap u kawan i, tak lebih dari tu..! lagipun i tak pernah cakap pun yang i suka u lebih dari kawan kan..? so, tolong faham...”tambah Fikri lagi. Lega hatinya dapat meluahkan segala yang tersimpan di dalam hati.
Habis selama ni..? setiap kali i ajak u keluar, tak pernah pun u tolak..” Ely masih lagi tidak berpuas hati.
I tahu... tu silap i sebab tak pernah menolak setiap kali u ajak i keluar.. i minta maaf sebab dah bagi u harapan...” balas Fikri dengan rasa bersalah
Ely tidak membalas apa-apa. Dia terus meluru keluar dari bilik Fikri.
............................
Argghh!! Aku mesti buat sesuatu..!” gumam Ely.
Ely mengambil handbagnya dan terus keluar dari pejabat.
Selepas ditinggalkan Ely, Fikri terus memanggil Fira masuk ke biliknya.
Are u okay sayang..?” tanya Fikri kepada Fira.
Okay.. awak...?” tanya Fira pula.
Fikri hanya mengangguk. Fira menarik Fira dekat dengannya. Dia memegang dan mengucup lembut tangn Fira.
Ely macam mana..?” tanya Fira tiba-tiba.
Dia dah tahu.. saya dah bagitahu dia tadi...” jawab Fikri mendatar
Dia dah tahu kita dah kahwin..?” tanya Fira lagi.
tak..! saya Cuma cakap yang kita akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni..” jawab Fikri
Emm.. tak apalah, sekurang-kurangnya awak dah bagitahu dia..” balas Fira pula dengan suara yang sedikit mendatar.
Fikri tersenyum kepada Fira. Fira turut membalasnya. Fikri menarik Fira ke dalam dakapannya.
...........................
Hello Hisyam, boleh tak i nak jumpa you lepas kerja nanti..?”
Kat mana tu Ely..?”
Kat Restoran Fruitary, boleh..?”
okey, kita jumpa nanti ya..”
Ely yang tidak berpuas hati, cuba merancang sesuatu bagi memastikan hubungan Fira dan Fikri berantakan. Dia telah mengatur pertemuan dengan Hisyam. Dia mahu Hisyam membantunya dalam usaha merosakkan hubungan Fira dab Fikri.
Hah, Ely ada apa y nak jumpa i ni..?” tanya Hisyam sebaik duduk di meja yang telah menempatkan Ely.
Jemput minum dulu, nanti i bagitahu” Ely memanggil pelayan untuk mengambil pesanan. Selepas memsan menu yang dipilih, Ely meneruskan kembali apa yang ingin disampaikan.
macam ni, i sebenarnya  nak minta bantuan u..” jelas Ely memulakan bicara.
bantuan apa tu..?” tanya Hisyam ingin tahu.
Ely menceritakan apa yang dia inginkan sebenarnya kepada Hisyam. Hisyam yang sememangnya menaruh hati kepada Fira bersetuju dengan rancangan Ely.
baiklah.. i setuju...! “ balas Hisyam sambil tersenyum.
BAB 55
Fira boleh saya jumpa awak sekejap..?” tanya Hisyam ketika Fira sedang membuat air di pantry.
Owwh, En, Hisyam rupanya... boleh, apa salahnya..!” jawab Fira dengan senyuman di bibir.
Fira, betul ke awak dengan En. Fikri ada hubungan..?” tanya Hisyam tanpa berselindung lagi.
Mana En. Hisyam tahu..?” soal Fira kembali tanpa menjawab pertanyaan Hisyam.
Jawablah... Betul ke..?” tanya Hisyam sekali lagi.
Fira hanya mengangguk.
Patutlah awak tolak cinta saya...! rupanya awak ada hubungan dengan bos awak.. Adakah sebab dia lebih kaya dari saya..? Sebab tu awak pilih dia..?” tanya Hisyam lagi dengan penuh emosi.
Apa En. Hisyam merepek ni..? Saya pilih dia bukan sebab tu...! Lagipun cinta tak boleh dipaksa En. Hisyam..!” balas Fira
Fira.. Please...! Tinggalkan dia, dan ikut saya..! Awak tahu kan, En. Fikri dah ada Ely...” pujuk Hisyam. Dia sudah meraih tangan Fira.
En. Hisyam! Apa ni..?” Fira tidak senang diperlakukan begitu. Dia cuba melepaskan tangannya dari genggaman Hisyam.
Rupa-rupanya tanpa FIra sedari, ada seseorang yang berada di balik pintu, dan orang itu adalah Ely. Ely telah mengambil beberapa keping gambar mereka berdua. Ely tersenyum sendiri mengenangkan apa yang bakal terjadi.
Fira akhirnya Berjaya melepaskan tangannya dari genggaman Hisyam. Lantas dia bangun dan meninggalkan Hisyam sendirian tanpa sepatah kata.
.....................
Petang itu, Fikri telah menerima sekeping sampul surat. Sampul surat itu dibuka dan dia terkejut melihat gambar-gambar Fira dan Hisyam di dalamnya.
Gambar Hisyam sedang menggenggam tangan Fira dan pelbagai lagi. Fikri tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi egonya memaksa dia untuk mempercayainya.
Fikri tidak terus memanggil Fira untuk bertanyakan hal itu. Dia tidak mahu bertindak terburu-buru kerana ini boleh merosakkan hubungan mereka yang baru sahaja ingin membaik.
Di dalam perjalanan pulang, Fikri hanya senyap sahaja. Hanya kedengaran suara Fira sahaja yang berceloteh sana sini. Tapi sikitpun tidak menarik minatnya.
Sehingga selepas waktu makan malam pun, Fikri masih lagi begitu. Fira tidak senang hati melihat Fikri yang senyap sahaja sedari tadi.
Awak..? kenapa ni..? Saya tengok awak asyik senyap aja dari petang tadi..!” Fira cuba mencari tahu kenapa Fikri begitu.
Tak ada apa-apa..” jawab Fikri malas
bagitahulah , kenapa ni..? awak ada masalah ke..?” tanya Fira lagi.
tak adalah.. awak jangan risau.. saya okey ja..” balas Fikri
betul ni...? kalau macam tu, tak apalah! Saya nak turun kejap.. ambil air, awak nak sekali..?” tanya Fira
boleh juga...” jawab Fikri pendek.
Fira kembali semula ke bilik dengan membawa dua cawan berisi minuman  coklat panas. Dia menghulurkan satu cawan kepada Fikri.
awak ada apa-apa nak bagitahu saya..?” tanya Fikri tiba-tiba.
Emm..? tak ada kot.. kenapa awak...?” tanya Fira tidak mengerti mengapa Fikri tiba-tiba berkata begitu dengannya.
Tak ada apa-apa..kalau rasa ada benda nak bagitahu saya, bagitahulah sekarang..!” balas Fikri sambil meletakkan mug di meja sisi. Kemudian dia terus berlalu ke bilik air.
Fira pelik dengan sikap Fikri yang tiba-tiba sahaja begitu. Fikri kembali semula ke katil dan terus merebahkan dirinya.
Awak...?” panggil Fira
Kenapa..? awak ada apa-apa nak beritahu saya ke..?” tanya Fikri sekali lagi.
tak ada..” Fira bingung kepa Fikri asyik mengulangi soalan yang sama saja.
kalau tak ada, tidur ajalah.. saya dah ngantuklah..” balas Fikri
Fira bangun dan menutup suiz lampu. Dia berbaring di sebelah Fikri. hatinya tidak tenang dengan pertanyaan Fikri itu. Seperti ada sesuatu yang sedang disembunyikan Fikri. Lantas dia mengambil keputusan untuk menceritakan  kejadian siang tadi kepada Fikri.
Awak..? dah tidur ke..?” tanya Fira
Emm..” jawab FIkri
Saya rasa, saya ada benda nak bagitahu awak..!” tanpa menunggu reaksi dari Fikri, Fira terus menceritakan apa yang terjadi.
Tadi pagi, En. Hisyam ada jumpa saya.. Dia bertanyakan pasal hubungan kita. Dia tak boleh terima bila saya mengakuinya. Macam-macam dia cakap. Bila saya menafikan, dia terus pegang tangan saya.. Bila saya Berjaya lepaskan, saya terus tinggalkan dia..” jelas Fira.
Tu je...? Dahlah tidurlah..!” balas Fikri. Mungkin itu belum cukup untuk membuktikan segalanya tapi Fikri malas mahu membahaskannya dengan lebih lanjut.
Kenapa awak kata macam tu..?” tanya Fira seakan tidak berpuas hati.
Untuk mengelakkan Fira curiga, Fikri menarik Fira ke dalam pelukannya. Dia mengucup ubun-ubun Fira. Sedangkan hatinya masih lagi curiga.
Dahlah.. Esok sambung cerita lagi, tidur dulu ya sayang..!!” pujuk Fikri. Akhirnya Fira lena dalam dakapan Fikri. Fikri pula tidak bisa tidur dengan tenang apabila memikirkan hal itu.
...........................
Keesokkan harinya, ketika Fira sedang mengemaskan meja Fikri di pejabatnya, dia terjumpa satu sampul surat yang mencurigakan. Lantas dia melihat isi kandungan yang terdapat di dalam sampul itu. Alangkah terkejutnya dia saat melihat gambarnya bersama Hisyam di pantry semalam. Patutla Fikri lain macam, rupanya ini yang menjadi punca.
Awak...? Kenapa awak tak cakap dengan saya pasal benda ni..?” tanya Fira sambil menunjukkan sampul surat di tangannya.
Fikri yang sedang membaca suratkhabar aterus memandang kea rah Fira.
Mana awak jumpa benda tu..?” tanya Fikri
kat atas meja ni...! pasal ni ke yang awak layan saya nak tak nak semalam..?” tanya Fira tidak berpuas hati.
Fikri tidak menafikan dan tidak pula mengiyakan.
Fira terus sahaja keluar dari bilik Fikri tanpa sempat Fikri berkata apa. Dia terus sahaja mencari Hisyam di biliknya.
En. HIsyam...! Awak mesti tolong saya..!” ucap Fira. Dia meredah pintu bilik HIsyam tanpa mengetuk terlebih dahulu.
Fira, kenapa ni..?” tanya HIsyam
En. Hisyam kena tolong saya jelaskan perkara sebenar kepada En. Fikri..” beritahu Fira
tolong jelaskan apa..? Awak nak saya bagitahu tentang hubungan kita ke..? Awak nak berpisah dengan dia..?” tanya Hisyam lagi sedikit ceria.
Bukan...! Saya nak En. Hisyam bagitahu En. Fikri yang kita tak ada apa-apa hubungan..! Tolonglah EN. Hisyam, saya tak mahu hubungan saya dengan dia rosak gara-gara salah faham...” rayu Fira.
Kenapa Fira..? Kalau dia tak nak awak, masih ada saya yang mahukan awak...” Hisyam masih lagi menaruh harapan pada Fira.
Tak boleh..! Saya Cuma nak dia sorang aja.. Bukan orang lain.. Tolonglah En. Hisyam, selamatkan rumahtangga kami...!” rayu Fira lagi.
What..?!” tanya Hisyam seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
Ya, En. Hisyam! Sebenarnya kami dah bernikah..!” akui Fira akhirnya.
Fira mengajak HIsyam untukbertemu Fikri di biliknya. Hisyam yang pada mula tidak mahu, akhirnya terpaksa akur juga.
Awakk.! Kita mesti selesaikan masalah ni sekarang juga..!” pinta  Fira kepada Fikri.
En. Hisyam, tolong bagitahu perkara sebenar pada En. Fikri..” rayu Fira kepada Hisyam.
nanti kejap..! saya rasa elok panggil Ely sekali..” pinta Hisyam
Fikri terus menghubungi Ely dan meminta Ely datang ke biliknya.
Yer ,Fik.. kenapa You panggil i..? Fira dengan Hisyam pun ada..?” tanya Ely yang sedikit terkejut.
Duduk dulu..! Ada benda yang nak diberitahu..” ucap Fikri tenang.
Hisyam.. Fira.. awak berdua ada apa-apa nak cakap ke pasal gambar ni..?” tanya Fikri sambil menunjukkan gambar yang diterimanya semalam.
Ely hanya tersenyum sinis kepada Fira. Fira yang tidak berpuas hati terus bersuara bagi membela dirinya.
Apa yang jadi dalam gambar tu semuanya salah faham.. Awak tahu kan Fik, saya cinta dan sayang awak sorang aja...Sya yakin mesti ada orang yang cuba nak rosakkan hubungan kita..!” tegas Fira membela dirinya.
Eh, Fira..! benda dah ada bukti, you nak berdalih pun tak funa lagi...!” Ely tiba-tiba mencelah.
Ely, i tahu you tak sukakan i.. i..tapi u kena terima hakikat yang Fik bukan untuk u..” balas Fira
En. Hisyam, Ely..! saya rasa tak perlu lagi nak dirahsiakan hal ini.. Untuk pengetahuan  korang, saya dengan FIk dah bernikah.. kami adalah pasangan suami isteri yang sah..!” akui Fira akhirnya. Fikri pula hanya senyap sedari tadi.
What..?! betul ke ni Fik..? atau u all sekadar nak menhindari kami..?” tanya Ely yang jelas terkejut dengan pengakuan Fira.
Hurm..!! Biarlah I berterus terang.. Sebenarnya I dengan Fira dah nikah 5 bulan yang lepas.. Dan sekarang , Fira dah mengandungkan anak I.. Dah tiba masanya kami war-warkan perkahwinan kami pada orang ramai...” jelas Fikri.
Maafkan saya En. Fikri, Fira..! saya tak tahu kalian dah lama berkahwin, kalau saya tahu, saya takkan setuju dengan rancangan Ely untuk merosakkan hubungan kalian.. Mengenai gambar semalam, itu semua adalah salah faham dan tak seperti apa yang En. Fikri fikirkan. Memang ianya dirancang, atpi Fira langsung tak bersalah.. lagi sekali saya minta maaf..” jelas Hisyam yang sedikit kesal dengan perbuatannya itu.
Kenapa u sampai hati buat macam ni Ely..? tega u rosakkan hubungan kami..?” tanya Fikri yang sedikit kesal.
I.... I sayangkan u, i tak nak u jatuh ke tangan orang lain...!!” Balas Ely. Rahsianya sudah terbongkar. Taida apa yang perlu diperkatakan lagi. Lantas dia keluar dari bilik Fikri.
Lagi sekali saya minta maaf.. saya keluar dulu..!” ucap Hisyam. Dia keluar dari bilik Fikri meninggalkan mereka berdua di situ.
Semuanya sudah diselesaikan. Fira juga ingin keluar dari bilik itu. Tapi sempat dihalang oleh Fikri.
Nak ke mana tu sayang..?” tanya Fikri.
Nak keluarlah, nak buat apa duduk sini lagi...! orang tu sendiri tak percayakan kita...” bals Fira. Fikri segera menarik Fira kepadanya. Dia tahu Fira marah dengannya kerana dia tidak berterus terang tentang hal itu.
saya minta maaf okey..? saya bukan tak percaya awak, saya cuma nak kepastian aja..” ucap FIkri
senanglah cakap.. yang tanggungnya saya.. cuba awak terus terang, kan senang..! tak adalah saya rasa tersisih sangat..!” luah Fira.
tapi saya cool je kan..? mana ada saya ngamuk-ngamuk.. tak ada kan...?” Fikri membela dirinya.
memanglah tak ada, tapi cara awak tu...” belum sempat Fira meneruskan kata, Fikri terlebih dahulu mengucup bibirnya. Kemudian dia tersengih menghadap Fira.
Dah eak..? awak sayang saya kan..? kita lupakan aja halt u ya..?” pujuk Fikri
kalau setakat saya aja yang sayang awak, tapi awak tak sayang saya, tak guna juga..” balas Fira selamba.
siapa kata saya tak sayang awak..tengok ni buktinya..!” ucap Fikri sambil mengusap perut Fira.
Malas Fira mahu melayan Fikri. Dia membiarkan sahaja Fikri begitu.

BAB  56
Hari yang dinantikan akhirnya tiba jua. Majlis resepsi Fira dan Fikri berlangsung dengan meriahnya di Hotel Grand Continental. Ramai kenalan yang hadir ke majlis resepsi mereka. Hisyam juga turut hadir. Hanya Ely sahaja yang tidak kelihatan.
Selepas kejadian itu, Ely telah menghantar notis letak jawatan selama 24 jam. Hisyam pula minta ditukar ke cawangan lain.
Fira sangat gembira kerana dia tidak perlu merahsiakan lagi hubungannya dengan Fikri. Fikri juga sudah melayaninya dengan baik sekarang ini. Ini adalah berkat anak yang dikandungnya.
...........................
Selepas selesai majlis tersebut, keesokkan harinya Fikri dan Fira terus bergerak ke Desaru Resort, Kota Tinggi, Johor untuk berbulan madu. Walaupun agak terlewat tapi Fira puas hati, asalkan dia dapat menghabiskan masanya berdua dengan Fikri. Pada asalnya, Datuk Faizal menyuruh mereka berbulan madu ni Bali, tetapi Fikri tidak mahu. Fira pula hanya mengikut sahaja kata suaminya itu.
Lepas ni, panggil abang okey..! Tak nak berawak saya ya sayang...!” ucap Fikri saat mereka berdua sedang melepaskan penat. Perjalanan yang makan masa hampir 5 jam itu, sungguh memenatkan.
Abang...? kalau tak nak tak boleh ke..?” tanya Fira kembali.
Kena juga..! lagi pun, saya kan tua 2 tahun dari awak..! kenalah panggil abang..” beritahu Fikri
tapi awak bukan abang saya... awak suami saya...” balas Fira pula sambil menjelirkan lidah.
panggil abang ya sayang..! sayang tak sayang abang ke..?” balas Fikri pula sambil membuat muka manja.
Ish.. ngada-ngadalah awak ni...!! Jom makan... laparlah...” rengek Fira. Langsung tidak mengendahkan apa yang diperkatakan Fikri. Fikri pula hanya membuat tidak tahu sahaja dengan ajakan Fira itu.
Abang..... Jom makan....! sayang laparlah...” rengek Fira manja. Cuba memujuk Fikri.
Abang nak makan sayang boleh..?” tanya Fikri. dia sudah tersengih-sengih mendengar Fira memanggilnya abang.
Ish..! Gatallah awak ni..” Fira mencubit Fikri tanda geram.
Tengok tu..? awak lagi.. ermmmm...”Fikri merajuk sekali lagi.
Merajuk pula dah..! Yelah abang , sayang, darling, bucuk, baby..! Jom pergi makan, sayang dah laparlah...” lagi sekali Fira memujuk Fikri.
Fikri sudah tersengih dipanggil begitu oleh Fira.
Mengada-ngada..! kalau abang tak nak makan dahlah.. biar sayang pergi sorang aja..! Baby dalam perut ni dah lapar..!” beritahu Fira. Malas mahu melayan Fikri.
Alah... merajuk pula sayang abang ni...! jom abang teman sayang pergi makan..lepas ni abang nak makan sayang pula ye..” ucap Fikri sambil mengenyitkan matanya kepada Fira.
Eeeee.. gatal..!!” Fira mencubit Fikri. Fikri hanya menyeringai kesakitan.
Mereka berdua beriringan menuju ke kafe untuk makan tengahari.
...............................
Malam itu Fikri telah membuat satu kejutan buat Fira. Fikri telah menyediakan candle light dinner buat Fira. Memandangkan bilik mereka berhampiran pantai, jadi suasana malam itu sangat romantis, ditambah pula dengan cahaya bulan yang menemani malam mereka.
sayang ikat mata dulu okey..!” arah Fikri.
Nak pergi makan pun kena ikat-ikat mata ke..?” balas Fira.
Alah sayang ni.. sportinglah sikit..” balas Fikri pula.
Yelah-yelah... cepat sikit okey..! dah lapar dah ni..” Akhirnya Fira akur. Dia sudah menggosok-gosokkan perutnya tanda lapar.
Sepanjang berjalan menuju ke tempat yang Fikri bawa, mulut Fira tidak henti-henti bertanya itu ini. Fikri hanya melayankan sahaja.
okey..! dah sampai..” beritahu Fikri. Fikri membukakan ikatan mata Fira. Fira terjeda seketika melihat apa yang ada di hadapan matanya.
Oh My God..! So sweet..! Thanks abang... Love u so much..!” ucap Fira sedikit teruja. Lantas dia mencium pipi Fikri.
Fikri menarikkan kerusi dan meminta Fira duduk. Kemudian dia duduk di kerusi berhadapan Fira.
sayang... Terima kasih sebab sudi jadi isteri abang, kerana banyak bersabar dengan perangai abang... Terima kasih sebab mengandungkan anak abang... terima kasih untuk semuanya...” ucap Fikri sambil menggenggam erat tangan Fira.
Fira terharu mendengan ucapan Fikri. Dia hanya tersenyum sahaja.
Thanks untuk semua ni.. Tak sangka sayang, suami sayang ni romantic juga rupanya..!” balas Fira
Mereka menikmati makan malam yang telah disajikan di bawah sinaran cahaya bulan dan cahaya lilin.
Selesai makan, Fikri mengajak Fira duduk di sebuah bangku yang menghadap ke pantai. Mereka menikmati keindahan oantai pada waktu malam diterangi cahaya bulan.
Fira melentokkan kepalanya di bahu Fikri sambil memeluk pinggang Fikri.
Abang... sayang sayang sangat kat abang... Sayang cintakan abang dunia akhirat..” ucap Fira
Fikri tersenyum melihat Fira.
Abang pun sama sayang..!” balas Fikri.
Abang.. sayang rak pernah pun dengar abang cakap yang abang sayang dan cinta sayang...” ucap Fira dengan sedikit curiga.
Sayang dan cinta tak semestinya diungkapkan dengan kata-kata.. melalui perbuatan pun boleh.. Kata-kata yang lahir kadangkala tidak ikhlas dari hati.. jadi, abang rasa tak perlu luah pun taka pa..! Yang penting sayang tahu...! Lagipun baby dalam perut ni da cukup untuk buktikan segalanya..” jelas Fikri sambil tersenyum kepada Fira. Fira sedikit terkesan dengan kata-kata Fikri. Dia turut membalas senyuman Fikri.
Fikri memeluk Fira erat. Mereka menikmati  angin bayu malam di tepi pantai itu. Kemudian Fira melepaskan pelukan Fikri. Fikri yang terkejut dengan tindakan Fira lantas menoleh ke arahnya.
kenapa..?” tanya Fikri curiga.
Fira tidak menjawab. Dia terus mencium dahi Fikri, kedua belah pipi Fikri dan kemudian turun ke bibir Fikri. Selepas itu dia hanya tersenyum. Fikri terkedu seketika dengan tindakan refleks Fira itu. Kemudian dia juga turut tersenyum.
Fikri mencium ubun-ubun Fira. Dia merenung tajam ke dalam anak mara Fira sehingga Fira merasa tak keruan. Bibir Fira yang merah bak delima sangat menggoda Fikri. Fikri mendekatkan bibirnya ke bibir Fira. Akhirnya, sekali lagi bibir mereka bercantum. Kali ini lebih lama. Fikri menjarakkan kembali dirinya dari Fira, dan dia tersenyum nakal kea rah Fira. Tanpa menunggu respon daripada Fira, Fikri terus mengangkat Fira . Fikri mengendong Fira menuju ke bilik mereka. Malam itu menjadi saksi kebahagiaan yang sedang mereka alami saat itu. Tanpa bayangan Ely atau siapa sahaja.
BAB 57
Fikri dan Fira berada di Desaru lebih kurang 5 hari. Kemudian mereka pulang semula ke Kuala Lumpur.
Assalamualaikum..!!” Fikri dan Fira serentak member salam kepada semua yang ada. Datuk Faizal, Datin Maria, Pakcik Fakrul dan juga Faiz.
Waalaikummussalam...!” jawab semua yang ada.
Dah balik dah pengantin baru kita ni..!” tambah Datin Maria pula.
Fikri dan Fira hanya tersenyum. Mereka membantu Fikri dan Fira membawa masuk beg dan barang-barang yang mereka bawa.
Siti, tolong bawa beg ni masuk bilik..” arah Fikri kepada pembantu rumah mereka.
Kemudian mereka semua duduk di ruang tamu. Fikri membawa beg-beg yang berisi buah tangan untuk keluarga mereka.
Macam mana honeymoon..? seronok..?” tanya Datuk Faizal
seronok sangat Pa..! tengok dah ada hasil dah pun..hahaha..” gurau Fikri sambil memegang perut Fira.
Fira menepuk tangan FIkri. Malu dia dengan ibu bapa mereka.
Apa nak malu Fira, bukan siapa-siapa pun..” tegur Datin maria pula sambil tersenyum.
Advance betul Fik dengan Fira ya, baru 5 hari pergi honeymoon dah ada hasil..hahaha “ pakcik Fakrul pula menyakat anak menantunya itu.
Ish abah ni.. sama aja dengan Fik tau..!” balas Fira. Dia sudah memuncungkan bibirnya.
Hai, nak abah ni dah tak boleh bergurau dah sekarang ni..?” balas Pak cik Fakrul sambil tersenyum.
Biasalah bah, pembawakan budak..sensitif..” ucap Fikri pula sambil tersengih kepada Fira.
Mereka yang ada turut ketawa.
Ni kami ada beli buah tangan sikit untuk papa, ibu, abah dengan Faiz.. Untuk Mak Jah, Pak Man dan Siti pun ada..” beritahu Fikri sambil memberikan bungkusan-bungkusan buah angan yang dibelinya kepada mereka semua.
Esok hari sabtu kan..? Jom kita pergik picnic... Lepas tu buat barbeque..!” Ajak Faiz tiba-tiba.
Ish kamu ni Faiz, abang dengan kakak kamu kan baru balik... Nantilah minggu depan ke kita buat..” ucap Datin Maria.
okey juga tu bbu, lagipun esok bukannya ada nak buat apa pun kan..?” ucap Fikri pula menyokong Faiz.
Fira tu mengandung, mestilah dia nak rehat..” balas Datin Maria.
Menantu ibu ni, tak payah cakaplah... Dia okey jer kalau berjalan ni.. Sejak mengandung ni, asyik nak berjalan aja.. lepas tu kuat merajuk pula tu..” jelas Fikri lagi
Fira di sebelah hanya tersenyum sahaja.
Kamu janganlah aktif sangat Fira, kamu tu mengandung.. kena banyak berehat..! Kamu pun sama FIk..! Jaga Fira tu elok-elok, jangan nak main redah aja..” pesan Datin Maria
Fik biasa aja bu.. Menantu ibu ni hah, yang asyik nak redah aja kerjanya..” balas Fikri selamba.
Fira yang geram mendengar jawapan Fikri it uterus mencubit peha Fikri.
Macam-macam aja kamu berdua ni, senang hati abah tengok kamu berdua gembira..” ucap Pakcik Fakrul sambil tersenyum.
Alhamdulilah abah... Semua ni berkat doa abah, ibu dan papa juga..!” balas Fikri sambil tersenyum
Kami harap , apa yang kami buat untuk kamu berdua ni tak salah...” tambah Datuk Faizal pula.
.........................................
Hari sabtu itu, mereka sekeluarga pergi berkelah di pantai. Mereka turut membawa peralatan dan bahan-bahan untuk membuat  barbeque .
Faiz dan Fikri seronok bermain bola di tepi pantai. Pakcik Fakrul dan Datuk Faizal pula sedang membakar makanan-makanan yang dibawa seperti sosej, ikan, sotong, udang, ayam dan ketam. Wanita-wanita disuruh duduk berehat sahaja. Langsung tidak diberi peluang membantu mereka.
Abang,,,!!” panggil Fira kepada Fikri
Datin Maria, Datuk Faizal dan Pakcik Fakrul memandang seketika ke arah Fira.
kenapa..?” tanya Fira pelik.
Tak ada apa-apa..” balas Datin Maria sambil tersenyum.
Ya sayang.. kenapa?” tanya Fikri yang sudah mendapatkan Fira.
Abang.. pergilah tolong papa dengan abah tu.. kesian dorang tau..!” arah Fira
Yelah-yelah..” Fikri hanya menurut sahaja.
Nampaknya sejak Fira mengandung, dah banyak kemajuan dalam hubungan korang berdua ibu tengok. Panggilan pun dah berubah. Baguslah macam tu..” tegur Datin Maria sambil tersenyum. Fira yang sedang memberikan pinggan polisterin kepada Fikri hanya tersenyum sahaja.
Dah nak jadi papa, ibunya.. kenalah berubah..! Takkan selamanya nak hati ekring ..hahaha” perli Datuk Faizal selamba.
Mereka yang lainnya turut ketawa mendengar kata-mata Datuk Faizal itu.
Dahlah hati kering, kaki buli pula tu..!” tokok Fira lagi sambil mengejek Fikri.
Eleh, kaki buli pun.. ada orang tu sayang juga..!” perli Fikri selamba sambil tersenyum.
Okey..! lepas ni dah tak nak sayang dah..!” balas Fira sambil membuat muka.
sudahlah tu, jangan merajuk-merajuk Fira.. Haish, anak abah ni.. asyik nak merajuk aja.. Nanti cepat tua tahu..?” pujuk Pakcik Fakrul.
Fikri hanya tersenyum sahaja melihat Fira yang sudah cemberut mukanya.
Sudahlah Fik.. Pujuklah isteri kamu tu..” arah Datuk Faizal.
Fikri segera mendapatkan Fira. Dia membawa pinggan yang berisi ayam, udang dan pelbagai lagi makanan lain yang telah dibakar untuk Fira.
Jangan merajuk ya sayang..! Nanti tak cantik.. Ni makan ni, mari saya suapkan..” ucap Fikri cuba memujuk.
Fira memandang ke arah FIkri, kemudian dia tersenyum.
Jom kia duduk kat situ..” Fira mengajak Fikri duduk di kerusi yang menghala ke laut, yang tidak jauh dari tempat mereka membuat barbeque.
Fikri memandang ke arah ibunya meminta kebenaran. Dia rasa tidak selesa pula ingin meninggalkan keluarga mereka di situ.
Pergi ajalah Fik, yang tengok-tengok ibu kenapa..?” tanya Datin Maria sambil tersenyum
Fikri hanya tersenyum. Kemudian dia dan Fira bangun dan menuju ke tempat yang dimaksudkan Fira. Datuk Faizal, Datin Maria dan pakcik Fakrul hanya memerhati mereka dari jauh. Mereka bersyukur melihat kebahagiaan Fikri dan Fira.

BAB 58
4 bulan kemudian.
Abang, baby bergeraklah...!” beritahu Fira kepada Fikri. Fikri yang sedikit teruja meletakkan tangannya di perut Fira. Dia dapat merasakan pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan Fira. Kini usia kandungan Fira sudah pun mengjangkau 6 bulan.
Tak sabar pula rasanya nak tunggu baby kita lahir..” ucap Fikri sambil mengusap perut Fira. Kemudian dia mencium pipi Fira.
Baby kita..?” tanya Fira ingin menguji.
Yelah.. baby kita. Yang ada dalam perut sayang ni..” sekali lagi Fikri mengusap perut Fira.
Ni baby sayanglah..! Bukan baby abang... Sayang yang mengandungkan dia...” balas Fira ingin menguji Fikri
Memanglah sayang yang mengandungkan dia.. tapi siapa yang buat sayang menagndung..? abang kan..? so, baby abang jugalah...” jawab Fikri sambil tersenyum nakal.
Elh..! Tu pun sebab takut kita tinggalkan dia, kalau tak... sampai hari ni pun tak jadi lagi agaknya...” perli Fira selamba.
sayang perli abang ea..?” balas Fikri
Fira hanya membuat muka selamba. Lantas dia mencapai buku disebelahnya. Fikri yang geram melihat keselambaan isterinya it uterus mengambil buku tersebut dari Fira.
Ish, apa abang ni..!” bentak Fira.
Abang anya tak nak jawab...” balas Fikri
Alah.. abaikanlah...” jawan Fira malas
tak nak..!!” Fikri sudah berpura-pura merajuk.
Fira hanya tersenyum sahaja melihat suaminya  itu. Kalau tak dia yang merajuk pasti Fikri yang merajuk. Lantas dia menarik wajah FIkri dekat kepadanya. Kemudian dia mencium dahi, kedua belah pipi dan turun pula ke bibir Fikri. Kemudian dia tersenyum kepada Fikri. Fikri turut membalas senyuman tersebut.
Tiba-tiba rasa rindulah kat sayang..” ucap Fikri manja. Fira yang faham dengan apa yang dimaksudkan oleh suaminya itu terus memotong.
Nak menggatallah tu...”balas Fira.
Siapa suruh sayang goda abang...” jawab Fikri sambil tersenyum nakal.
Sayang penatlah, lagipun kesian baby... lainkali ea..” pujuk Fira manja.
Sejak beberapa bulan ini, Fira sangat manja dengan Fikri. Fikri pula semakin hari semakin romantis melayan isterinya. Fikri yang kini sangat berbeza dengan Fikri yang dahulu. Lebih memahami dan selalu mengalah. Fira bersyukur kerana Fikri telah banyak berubah. Fira sangat bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Abang...” panggil Fira lembut.
Ye sayang, kenapa..?” tanya Fikri kembali.
Kita pergi bercuti jom..? sayang tengok abang asyik kerja aja.. sayang pun penat tau...! Jomlah kita pergi bercuti..” ajak Fira
Bila tu..?” tanya Fikri lagi.
Lepas abng bali kursus..? Macam mana..?” Tanya Fira member cadangan.
Hujung minggu ni..?” tanya Fikri kembali
Kita sambunglah cuti lepas tu dalam 2-3 hari ke seminggu ke.. boleh tak..?” tanya Fira pula meminta persetujuan.
tak bolehlah sayang, abang banyak kerja sekarang ni... kalau nak tunggu hujung tahun.. boleh ya,,?” balas Fikri sambil tersenyum.
Hujung tahun tak bolehlah, sayang dalam pantang...!” beritahu Fira.
Kalau macam tu, tunggu sayang habis pantanglah.. Kita pergi honeymoon second time.. Boleh buat baby lagi..”balas Fikri sambil tersenyum nakal.
Tak nak..!” bentak Fira
“”Habis tu nak minggu ni juga ke sayang..?” tanya Fikri lagi cuba memujuk
Nak minggu ni juga.. tak nak tangguh-tangguh..” jawab Fira
Kalau macam tu tak bolehlah sayang... abang tak dapat nak tunaikan..” balas Fikri
Betul tak boleh..?!” Fira masih lagi mencuba nasib.
Ye..tak boleh.. tapi kalau hujung tahun atau next year boleh..” jawab Fikri sambil tersenyum.
Ok..! Tak boleh tak apalah..!” bals Fira. Kemudian dia terus menutup suis lampu dan tidur. Fikri kelu seketika dengan tindakan Fira yang tiba-tiba sahaja itu. Dia memanggil Fira tetapi Fira senyap sahaja tanpa berkata apa. Seraya itu, dia juga membaringkan dirinya dan terus tidur di sebelah Fira.
...........................
Hari ini, Fikri akan berkursus di Pulau Pinang selama3 hari iaitu dari hari Rabu hingga Jumaat. Pagi itu, Fira melayani Fikri seperti biasa sebelum bertolak ke Pulau Pinang.
Tetpai apabila Fikri sudah tiba di sana, Fira melayaninya seperti nak tak nak. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab. Risau pula Fikri mengenangkan isterinya itu.
Fikri tidak tahu bahawa sebenarnya Fira merajuk dengannya kerana permintaannya tidak dituruti. Fira berasa kecil hati dengan Fikri kerana terlalu sibuk dengan kerjanya. Padahal bukan tidak boleh dia bercuti, papanya juga telah mengizinkannya. Tetapi Fikri sahaja yang banyak alasan.
Malam sebelum kursus di Pulau Pinang berakhir, Fikri ada menelefon isterinya.
Hello sayang.. Assalamualaikum...”
waalaikummussalam..”
sayang sihat..? abang rindulah kat sayang..”
Sihat Alhamdulilah..”
sayang kenapa ni..? Macam tak okey jer..?”
hah..? Tak adalah.. sayang okey jer..! abang balik esok ke..?”
Ni abang nak bagitahu, abang balik lusa.. tapi kursus habis esok.. kawan-kawan abang ajak jalan-jalan sini dulu.. sayang okey kan..?”
Emm.. okey.. sayang penatlah, nak tidur..”
Emm.. okeu, jaga diri dengan baby baik-baik ya..”
Okey..! Good Night..” Fira terus menamatkan panggilan.
Fikri berasa sedikit terkejut. Tapi dia buat seperti biasa sahaja dan fikir yang positif. Kebarangkalian memang benar isterinya itu penat.
Keesokkan harinya, Fira pula yang menelefon Fikri.
Hello.. Assalamualaikum abang..!”
Ye sayang.. waalaikummussalam...”
Abang free ke..?”
Abang free.. kursus pun dah selesai.. baru ingat nak telefon sayang, tapi sayang dah telefon dulu..”
Ye ke...? Fira ada benda nak bagitahu ni...”
Apa dia sayang..?”
Fira nak minta izin abang, pergi kampung Murni.. bestfriend Fira masa belajar dulu.. boleh tak..?”
Bila tu..? Berapa hari..?”
Esok.. sehari je.. dekat Port Dickson.. nanti dia ambil dan hantarkan.. boleh ya..?”
okey, tapi pastikan sayang balik sebelum abang sampai ya , esok..”
okey.. terima kasih...”
sayang ada nak kirim apa-apa tak..?”
Emm.. tak ada kot.. abang balik dengan selamat pun dah bersyukur..”
sayang doakan abang ya...okey sayang, abang nak berehat kejap ni..! kejap lagi nak keluar.. sayang jaga diri baik-baik ya.. Bye sayang, miss u..”
okey.. take care..” balas Fira mengakhiri perbualan.
Fira sebenarnya terkilan dengan Fikri. Permintaannya langsung tidak dituruti, tetapi boleh pula mengambil masa untuk berjalan-jalan dengan rakan-rakannya di Pulau Pinang. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengikut sahabatnya , Murni yang kebetulan datang ke Kuala Lumpur pulang ke kampungnya di Port Dickson. Dan dia juga berhajat untuk membawa diri ke sana selama beberapa hari.


BAB 59
Ketika Fikri pulang Sabtu itu, rumah Datuk Faizal sunyi sepi. Ini kerana Datuk faizal, Datin Maria dan Faiz pergi ke rumah saudara mereka di Pahang. Sepatutnua Fira yang menyambut kepulangan Fikri, tetapi Fira juga tiada. Yang ada hanyalah pembantu rumah mereka.
Mak Jah, Fira tak balik-balik lagi ke..?” tanya Fikri
Tak tahu pula Mak Jah. Fira tak tahu ke Fik balik hari ni..?” tanya Mak Jah pula.
Tahu.. tak apalah.. Nanti Fik call dia.. Fikri terus naik ke biliknya, dia risau memikirkan Fira yang tidak pulang-pulang lagi. Hari sudah jauh malam. Fikri cuba menghubungi telefon bimbit Fira, tapi tidak berjaya. Fikri menanti Fira hingga dia tertidur.
Ketika Fikri terjaga dari tidur keesokkan harinya, dia terus mencari kelibat Fira. Tetapi tiada. Risau dia memikirkan ke mana hilang iserinya itu. Selepas mandi dan bersarapan, Fikri terus menuju ke rumah bapa mertuanya.
............................................
Fira, kau okey ke stay kat Ilham ni sorang-sorang..?” Tanya Murni.
Okey jer.. tak apa, nanti suamo aku sampai.. aku aldah teman. Kau jangan risau okey..!” bohong FIra kepada Murni.
Kalau macam tu, aku balik dululah ye.. nanti apa-apa, telefon aku..!” beritahu Murni seraya meminta diri untuk pulang.
Okey.. thanks ya..!” balas Fira. Dia bersalaman dan berpelukan dengan Murni sebelum Murni meninggalkannya.
...........................
Assalamualaikum abah..!” ucap Fikri saat melihat bapa mertuanya. Dia bersalaman dengan Pakcik Fakrul.
Fira mana Fik..? Tak ikut sama ke..?” tanya Pakcik Fakrul. Dia pelik melihat Fira tiada bersama Fikri.
Fira tak ada balik sini ke bah..??” tanya FIkri kembali.
Tak ada.. kenapa..?” pakcik Fakrul pula bertanya.
Fira tak balik sini..? Habis ke mana dia pergi..? Fik ingat dia balik rumah abah.. semalaman Fik tunggu dia tak balik-balik..” beritahu Fikri
Mana pula perginya budak Fira ni..? Dahlah tengah memboyot....” jelas kerisauan di wajah Pakcik Fakrul.
Dia tak ada beritahu kamu ke yang dia ada nak ke mana-mana..?” tanya Pakcik Fakrul lagi
Semalam dia kata dia nak pergi PD, ikut kawan dia Murni balik kampung.. Tapi petang balik semula ke sini..” jelas Fikri
Ish, ke mana lah Fira ni... Fik risaulah bah kalau apa-apa jadi kat dia macam mana..?” Fikri sudah tidak senang duduk memikirkan isterinya itu.
Fik dah cuba telefon dia..?” tanya Pakcik fakrul lagi.
Dah cuba, tapi tak dapat.. dia off telefon bimbit..” jawab Fikri.
Apa tadi nama kawan dia..? Murni..? Jom kita tengok kat bilik dia, cari buku ke diari ke.. kalau-kalau ada jumpa nombor telefon atau alamat si Murni tu..” Pakcik Fakrul dan Fikri terus melangkah naik menuju ke bilik Fira.
Hampir sejam mereka menyelongkar bilik Fira. Akhirnya mereka menemukan nombor telefon dan alamat Murni.
Fikri terus menghubungi Murni. Dia memberitahu hajatnya pada Murni, dan Murni sedikit terkejut mendengar penjelasan Fikri. Murni tidak tahu kalau Fira berbohong dengannya. Murni memberitahu kepada Fikri tempat di mana FIra menginap. Fikri telah meminta Murni agar tidak memberitahu akan hal ini kepada Fira.
Petang itu, setelah memohon cuti dari papanya, FIkri terus bergerak ke Ilham Resort, Port Dickson.
.......................
Fira duduk sendirian di bangku yang terdapat di tepi pantai itu. Tiba-tiba hatinya dipagut rasa sunyi. Bukan niat dia untuk membohongi Fikri, tapi hatinya sedikit kecil hati dengan Fikri. lantas dia  membawa dirinya ke situ untuk menenangkan diri.
Setelah puas berjalan menghirup angin pantai, Fira kembali ke biliknya.
Alangkah terkejutnya Fira saat melihat baju seseorang di atas katilnya. Kemudian dia keluar balik untuk memastikan yang dia telah masuk ke bilik yang betul.
Betullah ni bilik aku.. Tapi baju siapa pula ni..?” tanya Fira sendirian. Dia melilau-lilau mencari siapa yang telah memasuki biliknya itu.
Hai..! sayang cari apa tu..?” berderau darah FIra ditegur seseorang. Dia terus menoleh ke belakang. Dilihat Fikri sedang tersenyum dengannya. Fikri hanya bertuala sahaja. Pasti baru selesai mandi.
Fikri terus mendapatkan Fira. Lantas dipeluk dan dicium Fira. Fira yang masih berkecil hari terus menolak Fikri jauh darinya.
Abang buat apa kat sini..? Macam mana abang boleh masuk bilik ni..? “ tanya Fira bertubi-tubi.
Abang cari sayanglah..! Abang telefon Murni.. dia yang bagitahu abang, sayang ada kat sini... Blik ni, abang suruh staf Resort ni bukakan pintu, abang bagitahu dorang yang abang suami sayang..! kunci tertinggal.. lepas tu dorang bukakanlah pintu ni..” jawab Fikri sambil tersenyum. Dia sudah menyarung kan pakaiannya ke tubuh.
takkan senang-senang aja dia orang nak buat macam tu..?” Fira masih lagi tidak puas hati,
Memanglah.. Mula-mula diaorang tak bagi, lepas tu abang tunjuklah kad kahwin kita sebagai bukti.. tu yang diaorang bagi..” jelas Fikri lagi.
Fira sudah pun beralih duduk di birai katil. Fikri  pun sama duduk di sebelah Fira.
Kenapa sayang buat macam ni..? kenapa sayang tinggalkan abang..? abang risau tahu tak..! sayang tak sayang abang ke..?” tanya Fikri. Dia sudah meraih tangan Fira. Fira hanya diam sahaja.
Sayang... Kenapa ni..? sayang dah tak sayangh abang ke..? kalau abang ada buat salah.. abang minta maaf ya... Janganlah senyap macam ni...” tambah Fikri lagi.
Jangan asyik nak tanya orang aja..! tanya diri awak tu..! Awak sayang saya ke..? Saya tak tahu awak ni sebenarnya sayang saya ke tak..? Awak tak pernah pun cakap yang awak tu sayang saya..! Saya ni sebenarnya kecil hati tahu tak dengan awak..! wak boleh luangkan masa dengan kawan-kawan awak jalan-jalan kat Pineng, tapi dengan saya..? banyak kerjalah apalah..! Padahal bukan tak boleh cuti, tapi awak tu aja yang tak nak.. Agaknya kalau saya tak adalah, awak lagi senang hati kan...! tak payah nak layan karenah saya..’’ luah Fira, tanpa diduga dia mengalirkan air mata.
Perasaan bersalah hadir dalam diri Fikri tatkala mendengar luahan hati Fira dan melihat air mata isterinya itu mengalir.
sayang.. abang minta maaf ...! Abang sayangkan sayang sepenuh hati abang... sejak dulu lagi.. Sejak hari pertama sayang jadi isteri abang.. Mungkin abang terlalu ego sebab tak mahu luahkannya.. Abang nak sayang tahu, baby yang bakal lahir ni adalah tanda sayang abang pada sayang..! bukan sebab nafsu.. Sehari sayang tinggalkan abang, dah cukup merana bagi abang.. Inikan pula selamanya...”luah Fikri pula. Dia memeluk Fira erat. Tidak mahu dilepaskan. Fira menangis tersedu sedan dalam pelukan Fikri. Itulah pertama kali dia mendengar luahan hati Fikri.
Tiada apa yang Fira ingin katakan. Dia tahu Fikri ikhlas meluahkan perasannya tadi. Dia sendiri tidak sanggup berjauhan dengan Fikri, mana mungkin dia kan meninggalkan lelaki itu.
Maafkan abang ya sayang...” ucap Fikri sambil mencium ubun-ubun Fira.
sayang pun nak minta maaf dengan abang sebab bohong abang dan tinggalkan abang...” ucap Fira dengan mata yang masih berkaca.
  “Sudahlah abang maafkan.. kalau sayang tak buat macam ni, mungkin kiat tak ada kat sini sekarang ni kan...?”
Dahlah... Jangan menangis ladi.. senyum sikit...” tambah Fikri lagi
Abang dah minta cuti dekat papa, cuti sayang pun abang dah applykan sampai jumaat. Hari ni kita stay kat sini sampai lusa. Kemudian hari Selasa kita check in kat Phillea Resort, Melaka.. sampai cuti kita habis..” beritahu Fikri sambil tersenyum kepada Fira.
 Fira hanya mengangguk dan tersenyum kepada Fikri.



BAB 60
Kini.. Jangan lari-lari, nanti jatuh sayang..!” jerit Fira kepada anak lelakinya itu.
Kini usia perkahwinan Fira dan Fikri telah menjangkau 4 tahun. Dia dan Fikri telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 3 tahun. Anak tersebut telah diberi nama Mohd Isy’ham Hakimi.
Alah sayang ni, biarlah Kimi tu main.. Nama pun budak-budak..” balas Fikri
Memanglah, nanti jatuh siapa susah..? nanti rengeknya kat siapa..? Kat mama dia juga kan..?” bebel Fira. Fikri hanya tersenyum sahaja.
sayang..” panggil Fikri
Ya, kenapa..?” tanya Fira yang sedang menuang air ke dalam cawan.
sayang tak rasa ke yang KImi tu dah patutu ada adik..?” tanya Fikri sambil tersenyum nakal.
Fira memandang suaminya dengan penuh curiga.
Kimi yang patut ada adik atau papa Kimi yang rasa nak tambah anak lagi..?” tanya Fira memerli Fikri
Dua-dua..” jawab Fikri selamba sambil tersengih kepada isterinya.
Sayang okey jer... Tapia bang tu sanggup ke nak layan karenah sayang time mengandung nanti..?” Duga Fira
Demi isteri abang ni, abang sanggup buat apa sahaja..” ucap Fikri sambil mengucup tangan Fira
sayang tahu kan, cinta dan sayang abang hanya untuk sayang sorang...” tambah Fikri lagi.
sayang tahu..! cinta dan sayang sayang pun hanya untuk abang sorang aja...!” balas Fira sambil mengucup pipi Fikri
Kimi yang sedang bermain terus mendapatkan mama dan papanya.
Kimi nak minum..? Mari sini dekat mama, sayang..” panggil Fira.
Kimi nak adik tak..?” tanya Fikri kepada anaknya itu.
Adik...? Nak.. nak..! Nanti Kimi ada kawan nak main..” ucap Kimi gembira.
Mintalah kat mama...!” ucap Fikri sambil mengenyit mata pada anaknya.
Apa pula...Abanglah...!” balas Fira
Kimi minta kat mama dengan papalah..! boleh..?” celah Kimi
Fira dan Fikri tergelak mendengar kata-kata Kimi itu. Sesungguhnya kehidupan mereka kini lebih bahagia berbanding dahulu.
Datuk Faizal pula telah menyerahkan segala urusan syarikat kepada Fikri. Dia lebih banyak menghabiskan masanya dengan Datin Maria melakukan ibadat dan bercuti. Fira pula selepas melahirkan Mohd Isy’ham Hakimi, dia terus berhenti kerja. Dia indin menumpukan perhatian kepada suami dan anaknya. Pakcik Fakrul pula telah berkahwin dengan seorang wanita yang ditemuinya ketika sama-sama mengerjakan haji setahun yang lalu. Kini Fira tidak perlu risau lagi tentang abahnya kerana abahnya sudah pun mempunyai teman baru. Faiz pula telah dihantar belajar ke luar negara. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang Arkitek terkenal.
...............................
Abang... sayang rasa, sayang nak makan ikan keli masak samballah..!” pinta Fira tiba-toba.
Nanti abang tolong masakkan ya..? tak nak beli, tak nak orang lain masak.. Naka bang juga yang masak..!” tambah Fira lagi sebelum sempat Fikri menjawab.
Hah..?” Fikri terkejut dengan permintaan isterinya yang tiba-tiba itu.
Kenapa...?” tanya Fira kembali.
sayang mengandung ke..? Dah berapa hari lewat ni..?” tanya Fikri meminta kepastian.
Mengandung..? Takkanlah.. Rasa belum lewat, ikut tarikh lagi beberapa hari......” belum sempat Fira meneruskan kata, dia sudah bangun menuju ke bilik air. Tekaknya terasa mual.
Fira memuntahkan segala isi perutnya. Selepas agak lega, baru dia keluar semula dari bilik air.
sayang....sayang okey ..?” tanya Fikri risau.
Pening.. pening...” jawab Fira pendek,
Abang yakin dan pasti yang sayang sayang mengandung..!” ucap Fikri dengan gembira sambil membanti Fira kembali ke katil.
Ye je abang ni... Belum pergi cek doktor lagi pun kan...? Lagipun macamlah abang yang rasa...”balas Fira.
Eh, abang tahulah...! abang yang buat..” balas Fikri sambil tersenyum nakal.
Gatal..!!” Fira mencubit perlahan pinggang suaminya itu.
Esok, kita pergi klinik ya..?” ajak Fikri
Okey....sayang peninglah...” balas Fira sambil tersenyum. Fikri memicitkan kepala isterinya itu.
Tiba-tiba pintu bilik mereka ditolak, terjengul wajah comel si kecil Kimi.
Kimi sayang... kenapa tak tidur lagi ni..?” tanya Fira kepada anaknya itu.
Kimi nak tidur dengan mama dan papa boleh..?” tanya Kimi meminta izin.
Fira memandang suaminya. Fikri hanya tersenyum dan mengangguk.
Mari sini sayang...” panggil Fira
Kimi berbaring di sebelah Fira. Kini Fira berada di tengah-tengah antara Kimi dan Fikri. Kimi memeluk erat mamanya.
Mama, tadi KImi mimpi Kimi dapat adik..”ucap Kimi
Fira hanya tersenyum sahaja.
Ye ke..? Kimi tidur dulu, nanti esok-esok KImi akan dapat adik Kimi okey..!” pujuk Fikri
Kimi akur dengan arahan papanya itu. Dia memeluk erat Fira. Fira menepuk-nepuk KImi supaya tidur. Fikri pula masih lagi memicit kepala Fira. Sehingga akhirnya, kedua-dua mereka tertidur.
Fikri menarik selimut menutup tubuh kedua-duanya. Dia mengucup lembut dahi KImi dan Fira. Kemudian dia merebahkan dirinya di sebelah Fira.
Fikri berharap agar kebahagiaan yang dialaminya ini akan berkekalan hingga akhir nanti. Dia berazam untuk menjadi seorang suami dan bapa  yang penyayang serta bertanggungjawab kepada keluarganya. Kini dia yakin, apa yang terjadi telah ditakdirkan oleh Allah.
Sekian.....

0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink