Wednesday, June 8, 2011

mermet..

Syukor ke hadrat Illahi...Rezeki Dhia masih tidak kurang melimpah ruah.. dah beli top up storage auntumz baru kat Yazar..dalam peti cukup..harap jangan kena hantar g kursus jauh-jauh sudahla..
Walaupun ibu dah punya pam baru Pam Avent manual jaa... tapi daku tak pernah lupakan kudrat tangan yang di anugerahkan ALLAH..lagi puas rasanya..
 Ari ni daku nak share sikit pasal "MERMET " .. he he apa tu?? mula-mula join group KIM kan banyak betoi bahasa susu ni ekk.. satu pun tak faham.. bila tak faham dengan segan silu bertanya pada taiko- taiko yang ada.. so now bolehla sikit-sikit paham..he he..
"MERMET" tu ialah picit pakai tangan..tapi kalau tak kena gaya susu tak kuar sakit yang boleh lak.. sejak dari bersalin 3rd memang selalu picit pakai tangan pun, sebab pam tak dak.. rasa lagi puas bila picit or "mermet"..bila Cik B bengkak sangat hanya Dhia dan mermet jer yang membantu.. 
Ada budget sikit, order pam..pam sampai tak complete handle pemerah tak dak..hmm apa lagi Aina kata mermet la dd sementara pam sampai.give up dah masa tu. tak paham sebenarnya, google tgk..oo ni ler "Mermet"..sebelum ada pam memang daku selalu mermet pun, shreet shreet bunyi macam hujan..best dan rasa semangat ..kejap dah penuh storage..
So n3 kali rasa daku  nak kongsi ngan bakal-bakal mama di luar yer..especially mama to be lil hero Cik Pah yang selalu merungut kak tak paham ler bahasa susu ni..> ada hati nak ngajar lak ..daku pun ibu baru belajar..
kini walaupun  dah ada pam tapi mesti kena mermet, tak puas pam sebab nak kosongkan Cik B betoi-betoi..bila pam sebelah lagi Cik B akan diserang LDR ( tahu makna tapi tak reti nak xplain ler) - masa tu wat mermet best sangat rasa pancutan dia..rasa macam wat double pumping ja..sebelah pam avent..sebelah mermet..hasilnya amat memberansangkan..selalu wat mermet dapat 3.5 oz dan pam selalu dapat 5 oz untuk 1 seisi..Rezeki Dhia..

Teknik-teknik "Mermet"..


Basically, caranya mudah jer..
1. Basuh tangan dengan bersih.
2. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.
2. Duduk dengan selesa.
3. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.
3. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan.
4. Ampu payudara.
5. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari salah kerana tidak setentang.
6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang – imagine posisi jam 12 – 6, 3 – 9).

Tolak
7. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (Meaning, jari-jari ditolak ke arah dalam tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).
9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.

Tolak dan golek

Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.
10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek sehingga kilang susu kosong.
11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.
12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.


Pastikan korang TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.


1. Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan.
2. Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak.
3. Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak.

1 ulasan anda:

mamaqaireen said...

jom kita memerah guna tangan..dd esok dilla akan pergi kursus PC..doakan kejayaan dilla ye ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink