Thursday, May 26, 2011

muhasabah diriku...

Hanya Kalimah Syukor Alhamdullillah sentiasa ku panjatkan atas kehidupan yang hampir 29 tahun di muka bumi -Mu Ya ALLAH...
Dikurniakan seorang suami yang penyabar, cool dan biasalah lelaki kan dengan sifat semulajadi mereka..namun ku bersyukor sepanjang perkahwinan kami yang mencecah 5 tahun ni tak pernah lagi sakit, cedera "fizikal" kalau hati tu biasalah kan..adat ler..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri bak lagu P.Ramlee ngan Sarimah dalam citer 3 Abdul tu.. 




Dikurniakan 3 cahayamata yang comei,sihat dan cerdik.. Apalagi yang ku perlukan kan?? hanya kalimah Syukor sahaja agar ku sentiasa  redha dan mereka lah kekuatan hidupku sekarang, yang hanya daku perlukan kekuatan,ketabahan,rezeki yang halal dan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan yang mendatang dalam melayari bahtera alam perkahwinan dan membesarkan dua permata hati yang ada disamping ku  di amanatkan oleh ALLAH, 
Teruja betoi kalau baca kisah ibu-ibu ngomel tentang anak-anak kan.. daku pun sama, seronok sangat dapat cuti 90 hari bergaji kali ni, dapat membesarkan permata hati sendiri.. Nur Darwisyah dan Dhia Nur Adawiyah adalah obor nyalaan semangat daku.. senyuman mereka adalah penawar gundah di hati, kakak dan Adik ni buka mata jer dari tido terus tersenyum, Ya ALLAH murah rezekiku..semangatnya ibu... sampai kadang-kadang rasa terlintas di hati nak benti kerja, nak jaga membesarkan anak-anak sendiri, tapi apakan daya keadaan ekonomi yang belum mengizinkan kami sekerluarga..

1.Nur Darwisyah Bt Redwan..


Wisya dah 3 tahun, 11 bulan 1 minggu dan 1 hari bersama ku..
seorang anak yang cerdik,mulut tak dak insurans lagi pot pet dan aktif mcm ibu, 

2. Muhamad Raqib B. Redwan


Putera Syurga ku dah setahun 5 bulan 1 minggu dan 3 hari dia disana, Nursery ALLAH yang tidak ternilai harganya dapat ku bayar..

3. Dhia Nur Adawiyah Bt. Redwan


Dhia dah 2 bulan 3 minggu dan 1 hari usianya membesar bagaikan juara dengan susu ibu sepenuhnya, Alhamdulillah rezeki ALLAH bagi kat Dhia, susu yang paling mahal di dunia, tak lama lagi kena duduk taska ler lagi seminggu ibu dah nak masuk kerja dah ni. Dengan usia sekarang Dhia pandai tengok orang, teruja bila letak depan babytv, dah boleh meniarap dan suka hisap jari, chap-chap bunyinya..comey ja ibu dengar...

anak-anak ibu...

Terujanya tgk anak-anak ibu ni..

Tido mesti isap jari..chap-chap bunyi dhia..
Apa yang ada kini membuatkan daku bersyukur hidup dalam kesederhanaan, tidak mewah seperti yang di impikan, namun sebagai hamba-Nya kita kena sentiasa berusaha, beriktiar memperbaiki hidup bagi mendapat apa yang terbaik dan di impikan..Ajal, maut, jodoh dan rezeki semua rencana ALLAH..ku bermohon permudahkan hidup kami sekeluarga, keberkatan, keredhaan mu Ya ALLAH dalam menjalani kehidupan kami Ya ALLAH..


Ya ALLAH, pelihara lah kebahagiaan keluarga ini..dengan segala rahmatmu..
Amin Ya Allah, Amin Ya Rabbana Al lamin...




Saturday, May 21, 2011

lagi petua....

Petua 1 : Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

Petua 2 : Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3 : Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.

Friday, May 20, 2011

1st open bf restoran

1st time trial to open bf public...
alkisahnya gini, masa ni nak g jejalan kat tasik Taiping jumaat yang lepas-lepas..
seperti biasa kalau nak bawak My Dhia mesti upah dia dulu dalam kereta bagi full betoi-betoi then baru kitaorang akan keluar, Dhia lena kekenyangan dalam stroller dia..
hmm memandangkan tgk anak kekenyangan begitu, hati ranggi si ibu tingin nak kayuh padle swan kat tasik Taiping ngan sepupu, Iera, my hubby nek lagi satu paddle ngan anak dara dia; Wisya one..




Dhia my MIL tolong jagakan, seronok punya seronok kayuh sampai ke tengah tasik My MIL call bagitau baby nangis terkejut dan mcm nak nenen jer.. huh puas kayuh woo nak ke tebing..rugik-rugi rm 10 tu.. takkan nak biar Dhia kiyau selop pulak kan.. sampai jer tgk muka dah nek merah macam nak ngamuk jer.. keta park jauh, kat tasik tu tak dak port nak bf.. so dalam beg baby ada bekal selendang pakai masa raya 10 tahun yang lalu, lama giler selendang ni ngan daku.. saja spare kot kena open bf kan, actually ari tu tingin sangat nak beli nursing poncho, tapi en somi membebel bagai nak pekak tinga kata membazir ler, tak guna sangat ler dah la harga pun rm39.90 dekat
rm 40, nasibla kan my hubby yang lokek sebab tak support bf ni. So apalagi ambik selendang tu terus lilit then open restoran la kat Dhia yang sedang kiyau..En somi memang marah kalau bf open ni tapi memandangkan anak kiyau, pakai selendang tu pun tak nampak sgt so dia tolong cover2 perbetoikan selendang takut ternampak cik B daku..siap perli balik kata "hmm dari perabih duit beli poncho tu, selendang pun ok dah ni..sabar jelah :(
Sempat suh en somi snap pic ni semata-mata nak wat n3 ni, dah lama nak update tapi masa non adooo kan...ok tak 1st trial open bf restaurant nii??

1st trial open bf restaurant ni... ^_^
Selepas 1st trial ni tak pernah lagi lah dah wat open bf sebab sebelum turun dari kereta mesti kenyangkan Dhia dulu, kalau lepak lama-lama kat kedai mak mertua daku n Dhia sure akan g main menyorok kat dapur or sudut sembahyang dalam kedai tu, sebab tahu hubby tak suka open bf ni, hanya isteri yang akan memahami suaminya ..hmm tapi suami ku.. demi anak.daku akan cuba bf selama yang boleh, Insyaallah semoga niat daku seorang ibu dipermudahkan-Nya.. 
Setiap ibu inginkan "HANYA yang terbaik buat anak-anaknya kan" dah jadi ibu ni lain sangat rasa.. daku sebenarnya seorang anak yang haus dan dahagakan kasih sayang keluarga bahagia. Ku tak pernah rasa kasih sayang sebuah keluarga..tapi ku redha hanya ALLAH ja tahu setiap urusan-Nya..Bila dah ada keluarga, anak sendiri ni, ku jadi tamak..nak bagi, sediakan semua yang terbaik untuk anak-anak ku..Harap en somi akan memahami hati dan naluri wanita ini..

Hanya padamu  Ya ALLAH ku bermohon..
Semoga Allah tidak membutakan mata hatiku dengan semua limpahan rezeki ini.. Dan tolong jangan jadikan aku hamba YANG TAK TAU BERSYUKUR.. YA ALLAH....

Amin

Kumpulan ibu nyusu....

  •  Ibu-ibu KIM Fb yang sangat perihatin...
     
     
    Didie Redwan
    mood:sgt rasa sedih.. Memerlukan kata-kata semangat bg meneruskan perjuangan menyusu Dhia Nur Adawiyah utk 6 bln akan datang. Lg seminggu daku akan mula bekerja. Hmm stok ebm belom ada lg ni. Pk mcm2 dah ni br nak pk cr pump,storage,botoi segala bagai. Hubby daku ngong pasal bf,bila luah apa rasa hati ni terus dia ckp bg Fm babelac ja senang,x yah pk byk dah. Wisyah bg fm sihat,cerdik ja.Berat rasanya hati nak bg Dhia FM masa d taska, sejak join KIM daku jeles tgk keupayaan ibu2 Kim. Rezeki Dhia memang melimpah ruah x kan ku nak stop mcm ku pernah buat 4 tahun yg lalu,selamber badak tempek kobis bg susu kering. Huh nitik air mata ni bila teringat kisah sedih susu terakhir tu.
     

Thursday, May 19, 2011

my target part 2

ha ha dah lama tak update n3 ni kan..sibuk bangatler....
sibuk ler ngan urusan rumah tangga.. jaga baby kecik dan besaq.. lagi 12 hari nak masuk kerja dah ni..
adoiiii yaiii  :( 
masuk-masuk kerja kena attend Exam KPSL pulak pada 7 dan 8 Jun dekat Kompleks Tabung Haji Pulau pinang, sib bek dekat-dekat jer, buat nya dekat KL ker aduhhh parah nak tinggal baby Dhia ni...huh urat manyak baloq liat dah ni..
Exam Kenaikan Pangkat Secara Lantikan soalan nya yang sangat susah wooo..ada rezeki anak-anak ku ada ler kan semua tu urusan ALLAH.. kita sebagai hamba-Nya kena berusaha, beriktiar kan kan..
Buku apapun tak sentuh lagi ni..malas bukan main aaaaa...
back to topik My Target part 2 ni tak lain tak bukan mestilah nak update kg terkini wat semangat untuk menuju puncak bak kata student Akedemi Fantasia.. he he..
daku masih semangat nak turunkan berat badan ni..mesti kena ada semangat laaa...
last timbang pada 16 Mei 2011- 74 kg dah...
target lost to become 65 Kg... dari 90 kg masa preggy ... hmmm berat wooo.. 
so kena total lost lagi 9 kg... huk huk kena kayuh makan sayur lagi ni..
dah 3 hari tak makan nasi.. makan buah-buahan..sayur-sayuran ja ni.pelbagai kan masakan sayur-sayuran campur..sebab lagi 12 hari nak masuk kerja maaa.. segan ler kat member-member opis sebab dulu jadikan mengandung alasan gumuk..sikalang dah tak preggy so kena lostkan ler apa yang terlebih sudaa kata si stacy he he...


kini daku ngah amalkan hard diet iaitu no makan nasi sampai dapat target kg huk huk.. tak tau la dapat ke idak ni...harap-harap berbaloi ler pengorbanan daku ni.. ini semua demi insan tersayang... sebab my hubby sound direct tak mau bini dia gemuk dan berisi.. nak bini bergaya seksi..waaaaa :( apapun demi suami.. pas tu suami tanya lik "sayang tak mau ka bergaya pakai baju kecik-kecik, cantek-cantek..."OF COURSE  ler NAKK!!.. abiss tu apsal kata demi abang lak.. he he sayang wat semangat ler bang oiiii....my hubby tak support langsung beli product slimming apapun ni...sebab mak abah dia kurus natural mcm org muda tak guna product apapun hanya tak makan nasi sahaja..hampeh toiii daku pun kena follow jugaklaa...
Tapi betoi kata hubby bila badan kita kecik sikit dari dolu-dolu kiter pun rasa semangat tinggi, nak pakai jeans..t-shirt lama-lama pun ok dah ni.. tak ler kurus sangat sikalang ni masih 74 kg tapi ramai dah tegur daku dah kurus banyak..he he especially pesaing sihat daku my SIL.. hmm kami bersaing secara sihat.. saling memberi semangat untuk kurangkan berat badan masing-masing...harap dia pun akan dapat berat idaman dia..pakej kami tinggi walaupun berat 7++ kg tapi owang tak kata kami gemuk pun cuma rasa sangat besaq dan agam jer ni...
Alhamdullillah.. bab nyusu, rezeki ALLAH pada My Dhia Nur Adawiyah masih tidak kurang, masih berlimpah ruah pada Dhia..Walaupun ibu ngah hard diet tak makan nasi, namun ibu tetap tak lupa nak ambik horlick, kurma dan makan makanan penjana susu.. Betoi kata Dilla, bf ni boleh FIT kan badan, terbukti suda.. walaupun berat daku tak lost mendadak namun badan ku kini rasa fit, mcm slim tapi belom betoi-betoi slim ler.. he he.. syukor 1 buat bonus buat ibu.. :).. 

rasa macam nak wat "KEMPEN JOM KITA KURANGKAN BERAT BADAN KITA" he he nak kurus tu mcm berat sikitla bagi daku...kena kerja keras tapi kalau kurangkan berat badan mesti boleh.. kan kan..

JOM-JOM JOIN..BERSAING SECARA SIHAT..




Saturday, May 14, 2011

bila blogger currently.....


adoii la semalam 1 hari tak dapat nak berblogging la...
ramai tertanya-tanya naper ekk....
cuak pun ada..last n3 ilangggg...
huk huk bila idea datang mencurah-curah...
port nak curah non adoooo..nak curah kat mana ekk?? hmm postponed ler dulu jwbnya sebab idea blogging ni bukan leh karang dia maiii jer terus masyuk kan.. kan...
adoyaiii rasa gatal tgn  nak type woooo...nak berkarya..ari ni blogger dah ok..
horeyyyy !!!!
Dari sumber yang diperolehi..semalam google ngah hapdate server blogger..hampir sejuta bloggers suka berblogging..di antaranya daku.. Nadya..Pah.Needa.. dan geng-geng hot mama bloggers kan..
mulanya dolu-dolu ni port nak lepas rasa sedih.. kini dah jadi port favorite bila on lappy or notebook..or pc kat opis tu...
suka berblogging.. blogwalking..masuk sana-sini..cari info..datang idea berkarya...
bestnya..1 hari semalam membuatkan ramai bloggers tertanya-tanya kat fb...daku pun cuak jugak sebenarnya bila click blog terus nek cannot find... huk huk.. biaq betoi ni...
ari ni sib bek ok dah....so jom kita berblogging n blogwalking umah owang yang cantek-cantek , kreatif dan penuh info... bab nak kuuuss paling ku suka hunting ..

^_^

Thursday, May 12, 2011

rindu seorang ibu...

Al-Fatihah



Ibu rindu pada putera syurga ibu.. Muhamad Raqib B. Redwan...
Malam ni rasa Tetiba rasa sayu sangat hati ni...rindu sekali pada Arwah..
pas magrib tadi, kakak ngan babah tak der sementara tunggu isyak sempat ibu sedekahkan "hadiah" yang telah lama ibu tidak hadiahkan...so tingat malam ni malam jumaat.. Arwah Aqib dikebumikan pun ari jumaat..

dah setahun 4 bulan 3 minggu 6 hari Aqib tinggal kan ibu..
Masa dalam pantang tingat nak ngaji tapi belom suci.. so 3 malam yang lepas ibu ada mimpi 
"anak kecil yang baru boleh berjalan sebaya arwah duduk jer bawah pokok seorang diri, dengan muka sedih.. kawan-kawan lain seronok dapat hadiah dari ibu diaorang dan main-main ngan hadiah tersebut. Ibu sedih lalu terjaga..ibu rasa itu Aqib yang sedarkan ibu..." ibu sedaq... ibu tingat dah lama ibu tak ngaji kat Arwah..lepas solat tak bacakan Qulhu...sebab terlalu sibuk dan teruja ngan adik Dhia..
Aqib.. "maafkan ibu kerana kealpaan ibu...Ibu sayang Aqib..sayang semua anak-anak ibu...
Aqib ada lah anak syurga di alam abadi Anugerah ALLAH pada ibu " penjaga amalan baik".. Kakak dan Adik Dhia  pula amanat Allah pada ibu di dunia ni...
Kita sama-sama Berdoa yer sayang semoga kita satu keluarga akan bertemu jua nanti bila tiba waktu dan detik itu..
Amin...


Rindu 

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
>>Anak-anak yang soleh<<
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan




Wednesday, May 11, 2011

untuk dia bernama lelaki....

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.


Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.


Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.


Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak-anak anda.

lelaki ini.. bergelar suami ku..babah kepada anak-anakku...

Monday, May 9, 2011

bayi kembung???

Bayi yang mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam.
Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan.

Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara 2 minggu dan 6 bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia 2 tahun atau lebih.

Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa samaada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari.

Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

1.Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.



Ibu bapa perlu berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :
  • Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
  • Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  • Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.
  • Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.
  • Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
  1. Bawa bayi anda bersiar-siar di taman
  2. Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.
  3. Mainkan muzik perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen
  4. Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh
  5. Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat
  6. Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan.


13 Aurat Wanita....

Buat ingatan dan panduan pada diri sendiri....


  1.  Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 
  2.  Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah . 
  3.  Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. 
  4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. 
  5.  Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
  6.  Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
  7.  Muka dan Tangan -Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
  8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
  9.  Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
  10.  Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
  11.  Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah. 
  12.  Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
  13.  Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 

Saturday, May 7, 2011

daku seorang ibu...




Sedar tak sedar..di kala usia mencecah 29 tahun... daku dah bergelar ibu pada 3 cahayamata anugerah ALLAH pada kami..
Daku ada 2 puteri dan seorang putera syurga....
ALHAMDULLILLAH syukor ya ALLAH atas kurniaan...
Dikala usia belom melangkah 3 series ni, daku rasa hidupku telah lengkap menjadi isteri kepada Redwan dan ibu kepada Nur Darwisyah, Muhamad Raqib dan Dhia Nur Adawiyah..
Ari ni 7 Mei 2011- Hari untuk ibu-ibu di dunia.. 
walaupun babah tak hengat nak ungkapkan apa-apa penghargaan.. anak-anak ibu yang masih kecil.. daku rasa yg penting kita ikhlas menjalankan tanggungjawab sbg ibu pd anak-anak kita kan. Daku sentiasa berusaha nak apa yang terbaek ja buat anak-anak ku..
doaku Semoga ALLAH sentiasa memberkati hidup kami sekeluarga.. 
Amin

IBU Days....

Ari ni 7 Mei 2011- Sabtu...
Nak Wish "SELAMAT HARI IBU"....
Ari ibu ekk.. hmm tengok semua status wish "Selamat Hari Ibu" jer so...
Ari ni Wisya one @ Kakak ada Sukaneka Tadika Fitrah Ehsan...
bangun pagi ni..semangat betoi mandikan kakak dan ibu sekali..
pas tu kejutkan babah..hmm babah tak baper minat ler bab-bab mcm ni..bg babah remeh temeh ja.. tapi bagi ibu setiap aktiviti, program dan perkembangan anak-anak ibu bukan satu perkara yang tak boleh ambik mudah..
biarlah dulu ibu dan babah tak pernah rasa kekeluargaan yang sempurna..tapi buat anak-anak ibu, ibu nak terapkan nilai-nilai kekeluargaan yang hanya yang terbaik buat anak-anak ibu di dunia. Nur Darwisyah dan Dhia Nur Adawiyah..
Buat Arwah Mohamad Raqib.. Alhamdullillah Aqib di tempat yang paling terbaik di akhirat, syukor Ya Allah..
Buat anak-anak yang bersama ibu.. "Ibu nak Apa yang terbaik hanya buat kalian....
Ramai jugak parent attend bagi semangat kat anak-anak diaorang, daku serta baby Dhia lagi ni ler..dah la breastfeeding, kita bagi semangat kat kakak yer dik...
Tengok kakak main sukaneka, aktif dan cargas nya anak ibu..rasa bangga...
Kakak menang acara muzikal Chair 4 tahun.. syoknya nampak Kakak amat fokus dalam game...
rumah kakak jadi juara sukaneka tahun ni..dapat pingat emas...hadiah buat ibu...menitis air mata ibu..
"KU BANGGA JADI IBU..
Jom layan picasa sukaneka Tadika Kakak...











hadiah buat ibu,,, tempat pertama.. emas...




Friday, May 6, 2011

jalan-jalan ngan family in laws....

6 Mei 2011-jumaat..
bawak mother in law balik kampung felda Ijok, Selama Perak...
then g jejalan kat Taiping..walaupun hanya ke Tepeng ja tapi kami happy bersama-sama...
Aktiviti kali ni g nek swan paddle n boat keliling tasik Taiping..malas dah nak masuk zoo Taiping..
lately ni malas ler nak karang n3 panjang-panjang der..syiok tgk picasa jer ni...
layan... ^_^
baru ada pic kami berempat...










Dhia Nur Adawiyah...



Syiok nya jalan-jalan makan angin mcm ni pun ok... janji happy bersama keluarga tersayang...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink