Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah

7 Dis 2010- Selasa
Ari ni cuti umum..
Sekejapnya dah masuk tahun baru Islam kan..
Selamat Menyambut Maal Hijrah to all blogger follower...
Tak dak aktiviti istimewa pun ari ni.. hanya duduk di rumah sahaja..kerna kureng fulus ha ha dok umah menjimatkan sebab nanti anak dara 1 akan request nak macam-macam ler..
tido- makan- tido- g lepak Kedai Mak Mertuaku
Remaja Char Keow Teow kat Kilang Lama sampai ke 11 malam..
then balik basuh baju..online sekejap sebab tak sempat online lagi ari ni dan tidooo...

Azam Baru???
Tak rangka lagipun perancangan azam baru tahun ni.. dah masuk tahun baru Islam dah ni.. tak kan nak tunggu 1 Januari kot?? hu hu tak dan nak pikir lagi disebabkan terlalu banyak untuk difikirkan lah..masalah nak manage kewangan bagi berhemah, sebab nanti bulan 3 ada orang baru dalam keluarga..Insyaallah kalau ada rezeki aku..
List untuk azam baru di tahun baru
  • nak manage kewangan bagi baik punya.. tak mau lagi dah teruk macam tahun ni..maknanya tak leh lagi dah suka-suki order online ker, windows shopping ker apa..Hmm boleh tahan dolat ker aku ni??? :) tunggu dan lihat jelah kan..
  • nak settle hutang, tak larat ler nak pk kampoi hutang jer ni..tak mau dah berhutang apa-apa dah, cukup ngan hutang kereta 2 biji, sewa rumah, taska anak-anak.. hmm tu pun dah cukup memeningkan tiap kali ujung bulan..belom lagi ada perancangan nak beli rumah ni.. adoooiii pening den..
  • ada anak baru..bulan 3 ni.. Kasih sayang & perhatian pada kakak harap tak berkurangan dengan adanya anak baru.. tak g scan lagi ler.. dah 26 week already ni..
  • KERJAYA.. hmm tak boleh nak kata apa kerja JKM ni mcm-mcm datang tak boleh diduga..tak boleh nak plan ikut schedule daaaa...
  • lagi apa eek? about my perangai macam ner lak ni?? no komen lagi daaa...
cukuplah dulu list manyak ni.. nanti sambil-sambil menuju 1 Januari 2011 aku update lain la...



0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink