Thursday, April 10, 2014

kisah kembara kebajikan 1 malaysia family care


Alhamdulillah, rezeki itu pelbagai bentuk dan cara
nak kongsi sikit citer pasal rezeki ni, iaitu rezeki dipermudahkan urusan kerja ku dan team sukarelawan JKM NPP..

8 april 2014- turun lawatan ke rumah-rumah klien yang terlibat dalam program Home Help Service.. daku di amanahkan menyelia di rumah Pn Halimah di jalan Mahsuri, Masya Allah keadaan di rumah tersebut tidak terurus langsung, dengan bau yang kurang enak dan sekitar daif serta kotor. malam tu sebelum tidur pulun memikirkan mcam ner lah nak tolong  dan selesaikan tugasan dan amanah yang diberi sebab memerlukan tenaga kerja yang ramai dan bajet...

9 April 2014- berkumpul di Dewan Sungai Dua, dan pergi ke rumah dengan membawa amanah yang diberi. gagal Memohon jentera sukarelawan yang banyak untuk tugasan namun hanya di beri 10 kakitangan sahaja,  sebab masa diberi hanya sehingga jam 10.30 pagi ...
tetiba dengar bunyi hon hon...konvoi kembara tiba.. Melopong mulut ku berbentuk O sebab tak sangka rumah kami port untuk konvoi bergotong royong, yang sepatutnya rumah no 1..pantas dan cepat kerja gotong royong dengan ada nya bantuan dari team konvoi kembara dengan berbaju merah, bermotor besar..selesai siap ada geng konvoi sponsor cat lagi, setel semua dengan mudah.. nampak dak?? gerila merah dan oren bergabung meletop..bila sembang sembang balik ngan marsyal depa silap rumah daa.. he he senyum jelah kan..selesai dan tercapai matlamat kami...




Alhamdulillah... rezeki itu pelbagai bentuk kan? 
Allah permudahkan urusan kami dan Tok Halimah..
hilang rasa kegusaran sebab dalam masa 30 minit sahaja rumah Tok Halimah bertukar, dengan almari baru, tikar getah baru, tok pun senyum lebar noh..
Ya ALLAH, bila terkenangkan balik kegusaran yang engkau beri telah digantikan dengan kelapangan.. Maha suci Allah..



0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink