Thursday, February 28, 2013

Anak anak kerjaku


28-2-2013 Khamis
Bilik Mesyuarat PKMD SPU..
rasa touching sebab anak-anak seliaan cso pkmd spt hadir ke Kajian Kes PKM UUM..
paling rasa terharu diaorang kata rindu kat kak Dd..
tahniah pada u all sebab jadi manusia..walau pun tak kaya tapi korang bahagia..
thank Elly.. good job toilaa.. 

Tuesday, February 26, 2013

Setuju??

Jangkitan kuman pada paru-paru

Kita sama-sama doakan yer kawan-kawan agar anak sahabat Dd Nur Farah Umaira Bt Norryhasmela kuat bertarung dan melepasi tahap-tahap kritikal..

pada 13 Feb 2013-rabu Farah di kejarkan ke PICU(Pediatrik Hospital Pulau Pinang) kerana hasil x-ray pada paru-paru didapati jangkitan kuman. Kini Farah masih lagi di PICU GH dan belum melepasi tahap kritikal..
Semalam Isnin, daku ambik cuti EL dan pergi menemani beliau di GH,hadir memberi sokongan moral. Daku sedih sangat-sangat tengok Farah dalam keadaan wayar yang berselirat, cucuk tebuk sana sini, Farah pun belom sedar sepenuhnya lagi. 

so ari ni ku saja google tengok bagaimana  dan punca jangkitan kuman ni terjadi..
antara yang boleh kita share simptom-simptom adalah:

Ok..nih serba sedikit info pasal Jangkitan Kuman di Paru-paru (Pneumonia) tu..kita kena ambik peduli sikit sebab penyakit nih bahaya...so amalkan budaya dan persekitaran yang sihat...




Pneumonia nih adalah jangkitan virus kepada sistem paru-paru kita dan senang berjangkit kepada baby, kanak-kanak dan orang tua..sebab time nih antibody diaorang lemah..

  • Tanda-tanda dan gejala
  1. Demam panas - selalunya akan lebih daripada 3-4 hari..lagi senang nak tengok time malam je demam dia akan tinggi adakalanya mencecah 40 c.
  2. Batuk - sama ada dengan kahak atau tanpa kahak (macam gatal2 kerongkong tu)
  3. Tiada selera makan
  4. Kalau baby- sering merengek
  5. Pernafasan laju atau susah nafas
  6. Muntah atau cirit birit
  • Adakah jangkitan kuman ini serius ?
Ya, jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi serius dalam masa yang singkat terutama dikalangan kanak-kanak kecil.
Ini desebabkan mereka boleh mengalami kekurangan air (dehirasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu segera ke hospital 
  1. Pernafasan laju
  2. Sukar untuk bernafas
  3. Bibir menjadi biru
  4. Batuk berdarah
  5. Tidak lalu makan atau minum
  • Rawatan untuk jangkitan paru-paru
Semuanya mengikut tahap jangkitan..

Tapi ada satu pagi tu, dalam segmen MHI (rancangan TV3) ada bercerita pasal topik nih jugak..dan baru paham bila doktor tu terangkan..semua nih berpunca daripada virus..sebab persekitaran kita nih kotor..udara kita tak bersih.. 


Apa-apa pun sebagai ibu bapa saya harap kalau anak-anak tu deman lebih dari 3 hari cepat-cepat ler bawak hospital..dan lagi jangan ingat anak kita tu besar dah boleh handle diri sendiri time diaorang demam..time tu kita pun kena prihatin pada diaorang..

Okey nih je yang dapat dikongsi..semoga kita semua berhati-hati..:)

Semua ciri-ciri di atas Norry bagitau update dalam status fb dia..Norry bgtau masa x-ray tu paru-paru Farah x nampak pun.. putih jer diserang kuman dan dijangkiti sehingga usus dan buah pinggang, nasib baik tak sempat menjalani dialisis lagi sebab Farah dah boleh kencing tanpa da masalah.

Hasil google lagi ni..... kita share as ibu dan bapa kena beringat yer..Anak-anak kalau demam melebihi 3 hari kena g check laaa.. tak boleh biaq kena beringat sebelum melarat ok???


Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :

* Demam panas
* Batuk dengan atau tanpa kahak
* Sakit dada
* Tiada selera makan, tidak mahu makan
* Rasa tidak sihat, sering merengek
* Pernafasan laju atau susah bernafas
* Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.
Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

* Pernafasan laju
* Sukar untuk bernafas
* Bibir menjadi biru
* Batuk berdarah
* Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

* Paracetamol
* Rehat yang secukupnya
* Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

* Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
* Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
* Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)


Thursday, February 21, 2013

Doakan yang terbaik..

Ya Allah.. Ya Rahman..Ya Rahim
berat betoi dugaan yang dihadapi oleh Sahabatku Norry..
anak-anak beliau kini dalam pemerhatian Doktor di Hospital Pulau Pinang
anak yang sulong Nur Farah Umaira kini sedang tenat di ICU  bertarung melepasi tahap kritikal kerana paru-paru telah dijangkiti kuman kini telah merebak ke Usus dan buah pinggang..
anak kedua Farzana ditahan kerana baru dijangkiti kuman..
nory ada bagitau anak-anak dia batuk selesema dan tak hilang, pas tu demam 6 hari berturut-turut tak baik..sehingga semalam dia bawak ke Klinik swasta tengok dah lain macam so doktor wat surat rujukan ke Hospital, bila x-ray keputusannya paru-paru dah dijangkiti kuman dan segera dibawa ambulan  ke ICU Hospital Pulau Pinang semalam.. Keadaan kelihatan amat kritikal kerana Farah belum sedar dari semalam lagi.. Bahagian tepi badan telah ditebuk bagi mengeluarkan air yang terkandung.. bahagian leher juga telah ditebuk..Kini Farah bergantung sepenuhnya pada mesin pernafasan sahaja..
Ya Allah..insan sekecil itu telah di uji..

Ku baru balik dari Hospital Penang, hanya yang termampu mendoakan dan hadir memberikan sokongan moral buat beliau agar kuat semangat..
Norryhasmela, insan yang di uji satu demi satu ujian yang beliau harungiii..

Doaku Nur Farah Umaira Bt Norryhasmela...
Semoga dikau kuat semangat untuk semboh yer..
Semoga Nur Farah Umaira dan Nur Farzana kembali sihat sediakala kerana mereka merupakan tonggak kejaayan buat ibu mereka.. 
Nory sahabat ku, ku doakan dikau tabah dalam apa jua yang mendatang..
Apa yang bakal terjadi ku bermohon supaya dirimu redha kerna dikau insan terpilih mengharungi ujian yang Maha Esa..

Tuesday, February 19, 2013

malasnyaa

sejak mengesahkan diri preggy rasa malas sangat laa nak update n3.. tapi hati naakkkk sangat mengedate, hmm tak dak ideal daaa....
bila buka blog rasa alahaiiii dah 5 day agoo tak ber update..
blogwalking jelah... tgk news rakan rakan blogger..

Kesihatan? Syukur alhamdulillah sihat..semakin berselera makan-makan dan makan.. belasah jer apa yang maii semua lincin aaa..



Friday, February 15, 2013

Perempuan yang paling aku cinta

Terbaik dari Acik Lana..
ni novel baru  Acik print sendiri..
belom abis tawaf so tak boleh review...
follow dalam blog acik memang best sesangat.. so xcited bila en pos laju tibaa semalam...


p/s: nanti review lain...

Thursday, February 14, 2013

anak-anak ibu..


My Nur Darwisyah...
 My Raqib ..
My Dhia Nur Adawiyah..

V
V

my no 4 in my womb... 6 week already...

Wednesday, February 13, 2013

Keterujaan yg sama


Syukur alhamdulillah...
masih diberi peluang menikmati saat 9 bulan yang mengumbirakan bagi seorang bergelar wanita..9 bulan yang membahagiakan.. 
TERUJA?? Of Course !!
 even dulu pun no 1 dan 2 dan 3 ka n that my no 4 in my womb super duper teruja...
semalam kasi test kit ni kat mr hubby.. respon dia oklah sayang.. umur sayang tahun ni dah 31 dah takkan nak tunggu 40 kot.. Wow   1st tu rasa risau gak kot mr hubby tak ready sebab daku memang dah ready sangat-sangat sebab my Dhia genap 2 tahun dah n rugi umur dah ningkat nanti tak larat lak nak berjaga malam..my target last setakat umur 35 tahun sahaja my dateline nak pregnant back.. 

Seronok sangat tengok orang pregnant.peyot besaq, ada gerak-gerak tendang sayang... dapat cium bau dari syurga, seyes harum sesangat baby newborn...cuma rasa sedikit nebes memikirkan saat kelahiran..
Just test sendiri dulu sebab dah missed bulan ni.. hmm ikut android pregnancy log due is 16 Okt 2013.. that Raya haji day..

Rasa bab tu lagi 7 bulan kot nak fikirkan.. Insyaallah think positif dan mohon ALLAH s.w.t permudahkan jalan, sihat dan selamat sejahtera..


No 4 coming

Thursday, February 7, 2013

cutii ohhh cutiii

yehaaaaaaaaaaaa jumaat petang tibaa..
so esok kita berjimba2 ler..
sabtu-ahad-isni-selasa..
then teda dah cuti panjang yang carry forward daa...

MBJ


7-2-2013- Khamis
Ari ni dalam sejarah jam 6.30 pagi ketika suasana masih kelam gelemat dah kuar rumah hantar budak-budak ke Tadika dan Taska sebab ari ni jadi AJK pendaftaran di Majlis Perhimpunan Warga kerja JKMNPP 2013 di Sekolah Tunas Bakti Telok Air Tawar, Butterworth..

Haaa haaa gelak jahat sikit noh..
Tahniah ler buat diri sendiri yer kerana telah dilantik menjadi DUTA kecil wakil PKMD SPU untuk MBJ JKMNPP seisi 2013-2015..
Berat tanggungjawab diberi yelah mewakili suara-suara rakan sejawat.. Lantikan kali ni dipilih sendiri oleh rakan-rakan sejawat dari komtar daaa..Semua gred ada wakil pejabat dan daerah masing-masing..Antaranya kak Rasinah wakil dari SPT, Kak siti Rohatizah wakil Komtar, Murshidi wakil BD, sukri wakil Timur Laut dan ramai-ramai lagi..

Tahniah yer Saidi Bt. Abd Rahman..pas ni kena rajin-rajinkan diri ler meng attend kan MBJ 4 kali setahun ler..
Insyaallah mudah-mudahan dengan perlantikan ini dapat membantu menyuarakan isi hati rakan sejawatan di JKMNPP ini...


Wednesday, February 6, 2013

cuti raya lagi nak maiii

tak sabaqla pulak nak cuti raya coming niii
syiok kan dok Malaysia..asal raya jer cutiii..asal cuti jer raya..tak dak raya kita raya hinuuuu jugak..
sabtu-ahad-isnin-selasa
plan sabtu attend kenduri Am di Gurun.. Ahad sepupu hubby di Padang Gajah, Perak.. Isnin dan selasa belom adaaa plan lagii..
last cuti panjang untuk bulan Feb then tiada suda cutiii yang carry mcm ini..
Semalam dalam meeting kakitangan bos ada maklumkan bahawa cuti telah dibekukan sehingga pilihanraya 2013..
Tu diaaa aaaaih orang lain nak bertanding cuti kami di beku lak kan.. ini semua POYOO..POYOOO!!! Awie yang cakap kan... daku pun nak cakap POYO jugakkk laa...
Nasiblaaa kerja dengan BERKAT BERJASA ni...


Tahun ni raya tahun ular ka.. google cny 2013 tengok semua naik pic ular jer..soo nak wish happy kongsi raya dan happy kongsi cuti  ler wat blogger yang mai singgah sini noh...
Daku kalau cuti panjang macam ni jarang da muat nek n3 derr..busy jalan-jalan atau DOK RUMAH sahajaa...



Monday, February 4, 2013

Aqua D1

My hobi baca novel ngan fishy fishy nii

seronok tengok ikan berenang..rasa tenang jer.. 


Kisah Naz & khalish


hasil karya novelis Bestseller.. PMS gitu..
Panas-panas dan baru jer selamat landing atas workstation daku..
Yehaaaaaaaa jom layan...

sinopsis nanti ku review k??



Sunday, February 3, 2013

Andai itu takdirnya

Novel bikin cuci ayaq mataku..
tiap kali baca nangis.. rasa nak nangis baca lah buku ni..
best citer niii 


Masih lagi berkisarkan perkahwinan paksa antara Aleya & Syed Azril. Aleya meminati Syed Azril dalam diam sejak dia study di oversea bersama. Tapi Azril ni seorang yang ego dan hanya memandang perempuan yang setaraf dengannya sahaja. Namun perkahwinan terjadi sebaik sahaja pulang ke Malaysia & ditakdirkan Aleeya bekerja di syarikat milik Azril, dimana sahabat Azril telah memerangkap Aleeya & Azril di apartment Azril sehingga di tangkap khalwat. Serius, cerita ni memang best sgt2 bermula dari awal cerita hingga ke endingnya. memang sepanjang membacanya air mata saya mengalir jer.. part y paling sedih bila syed azril ni sepak terajang aleeya y sedang sarat mengandung dalam hujang sampai terhantuk dinding & menyebabkan salah seorang bayi kembar y dikandungnya meningal.. 

SINOPSIS ANDAI ITU TAKDIRNYA

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya. 


"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri." 

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril. 

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling." 

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta. 

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji." 

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. 

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika." 

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? 

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris." 

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. 

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil." 

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. 

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang." 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink