update kisah anak-anak Dd lagi yer..
teruja kan bila kiter dapat mengikuti perkembangan anak-anak kita..
dari bayi semasa dari ke semasa..
Dd dari usia 3 tahun membesar as anak angkat hidup seorang diri tanpa ada abang,kakak malah adik dengan erti kata Anak Tunggal walaupun hakikatnya Dd memang ada abang, kakak dan adik namun kami semua terpisah kasih sayang itu ekoran masalah Poligami yang tidak adil oleh bapa kandungku..ari ni macam nak buka sedikit lipatan sejarah.. Ibu kandungku ibu yang ke 3 dah.. daku ada 2 abang, 2 kakak dan 1 adik lelaki.. daku ni anak bongsu perempuan dari 16 adik beradik, ha ha ada 4 ibu tau..emak tiri 3
Dah nampak clue sikit tak masalah berpunca mai mana?? hmmm pendek kata Dd memang pangkah abis-abisan POLIGAMI yer.. tgk2 famili mertua pun ada kes POLIGAMI.. Huaaa x aman wooo hidup dibelenggu POLIGAMI yang berat sebelah ni...
Alamak apa yang Dd melalut dah ni...kembali ke pangkal citer yer..
syiok ada anak-anak ni.. penyeri dalam rumah tangga..kekuatan hati di kala rasa goyah..
hilang rasa penat namun penat jugaklaa sementara anak-anak nak besar kan..
Si kakak.. si adik sangat pandai menari.. best tgk..
seiaa sekata jer boleh menari depan tv.. waaah ibu sukaaa...kalau dengar jer lagu yang rancak bagai..semakin rancak la menari..
Adik la ni dah pandai angkat jari kata No No mcm cikgu jer. mulut no No.. adusss cute nyaa Dhia di mata ibu..
bijak dan faham apa ibu arahkan..suka-suka..
Kakak yang sangat suka nak jadi cantek..ari-ari pakai losyen, bedak nak bagi puteh dan gebu sebab dia selalu kena compare ngan adik yang sedikit puteh dari dia..
paling best minta kakak sisirkan rambut ibu yang dah nak panjang ni..
mandi sama-sama suh kakak shampoo kepala ibu..
tak terucap ngan kata-kata bahagia seorang ibu...
tahun ni usia Dd dah ningkat 30 an so anak pun dah 3 yer.. lagi sorang anak lelaki ALLAH tolong jagakan bagi pihak kami..kami tak mampu nak jaga dia ALLAH tahu ekonomi kami masa tu..
Arwah Mohammad Raqib yang sentiasa ibu ingati .. dah nak masuk 3 tahun kan sayang di sana.. datangla hadir dalam mimpi ibu..dah lama Aqib tak balik melawat ibu.. Rindu sangat pada Aqib..
Al-Fatihah..