Sunday, August 28, 2011

Persiapan raya...

Ari ni 29 Ogos 2011 bersamaan 29 Ramadhan, bermakna esok dah 1 Syawal n semua umat islam akan merayakan Aidilfitri, majlis Konvokesyen gilang gemilang buat semua umat islam...
Ari ni last keja sebelum cuti raya, sebab memang tak apply cuti sebelum raya pun..tapi bila masuk opis, mood dah awal-awal lagi mcm kena tinggal kat umah ja ni.. huk huk en somi suh el jer tapi takut ari ni tak ramai ada di opis.. dah minta permission awal2 lagi kat bos nak time off petang ni ganti program ahad yang lepas..sementara menanti jam 1.00 petang ni , nak update sikitla persiapan raya tahun 2011 ni..

Tahun ni kitaorang ada family member baru, Dhia Nur Adawiyah bakal berusia 6 bulan pada 3 Sept ni, persiapan raya tahun ni ala kadar dan bersederhana sahaja.. tak dak color tema pun just beli jer yang berkenan.. untuk si kakak, ibu belikan baju kurung songket color purple match sangat ngan baju melayu babah 2 tahun yang lepas. sepasang dress, skirt dipadankan ngan ledging sama ngan Adik.Dua pasang kasut raya... Awal-awal lagi En somi bgitau tak minat nak beli baju melayu tahun ni, dia belikan t-shirt n seluar jeans baru  jer.. Adik Dhia lak tak dak baju kurung yang sesuai lagi sebab tecik n tak boleh berjalan lagi..so ibu belikan dress comey 2pasang, skirt dan  kemeja padankan ngan ledging cute. sepasang kasut yang comey buat kaki yang tute tu...alahaiii bestnya ada anak-anak dara ni..macam-macam boleh melaramkan diaorang..Ada duit semua OK kan.. Ibu pulak, tahun ni tak tau la rasa macam tak dak mood sangat nak shooping pelbagai kat ibu, just baju kurung moden color maroon sulam jer..yang len semua pakai apa ada ja.. bajet ibu nak shopping untuk anak-anak jer.. suka tgk anak melaram comey..
Kuih raya tahun ni seperti kebiasaan order jer..tak dak masa nak buat lagipun..tunggulah anak-anak dara dah besar dah boleh tolong ibu time tu kita buat yer..
Raya tahun ni balik Felda Ijok, Selama Perak dulu.. pas tu kita planning lain kan. fikir-fikir balik alahai ramadhan dah berlalu pergi, tak tahu next ramadhan akan berjumpa lagi ke tidak kan.. 


0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink