Thursday, November 11, 2010

Banjir ooo banjir...

Sejak akhir-akhir ni hujan turun..lebat dan lebat.. dan lately ni isu banjir di utara.. Kedah, Perlis.. Hmm ingat kembali masa aku kena duty di Pusat Banjir tak leh lupa sampai bila-bila sepanjang servis aku di JKM ni..
Kejadian ni masa bulan puasa tahun 2008 dah tak hengat tarikh dan bulan ler..Yang pasti time tu musim hujan yang panjang, berlarutan...
Jam dah 7.05 malam.. Kring kring telefon berbunyi.. Alamak tgk nama nek PKMD Alert la..pasal pa lak? " Dd diminta datang ke Pejabat sekarang... terus bersiap-siap dan hantar Wisya ke Taska memandangkan hubby keja pagi.. sempat call bgtau hubby.. Then terus memecut ke opis..
Hmm dapat aduan banjir besar sekitar Bukit Mertajam.. Then aku diarahkan bersama kak Harison, Habibah membuka pusat banjir di Kampung Permatang Tok Suboh.. Hujan semakin lebat dan lebat...
Sesampai ja di Pusat banjir.. kelihatan bomba dan JPA sedang membawa masuk mangsa ke dewan.. semakin ramai dan ramai.. apalagi kena wat pendaftaran ler..
Maka agihan bekalan selimut, tikar dan kit bencana perlu diedarkan. kena fikirkan ration makanan lagi.. dalam dewan dah semakin ramai. Bekalan yang semakin berkurangan.. Air pulak semakin naik. nak g toilet kena meranduk air sejuk paras betis.huaaa sejuk... Situasi dewan semakin meruncing dan tegang... waha ha time ni peranan kami as social worker semakin mencabar.. tahap kesabaran pun semakin kurang kerana karenah biro-biro yang semakin busy body sebab kebanyakkan mangsa berpuasa termasuk kami petugas yang belom sempat nak jamah makanan apa lagi ni.. hu hu bermalam di pusat banjir dengan keadaan tak bersedia..sejuk..lapar...dan masih bekerja sebab kena update segala data pendaftaran, jumlah mangsa ke ibu pejabat untuk ration makan bersahur.. dengan keadaan terputus hubungan disebabkan banyak jalan ditutup.. Makanan sahur sampai lewat, rungutan orang ramai.. waahaaa mcam-macamla dugaan.. sebab semuanya gara-gara banjir kilat..serba serbi kilat dan kalut...
Memang tak leh lupa ler time banjir ni...tak leh lupa sampai bila-bila..
Ke esokkan harinya menteri besar penang turun sapa lagi kalau bukan Lim Guan Eng.. apa lagi berpusu-pusu ler wartawan segala jenis..kena komplen ler, kena puji pun ada..Segala macam ler datang kelepok atas kepala.jenuh ler nak menjawab kat press... rasa menitik air mata tidak dihargai segala macam.. sib baik ler CM nampak apa kami buat..dia ucapkan terima kasih.. rasa dihargai.. walau ada mangsa banjir yang bersikap tidak bersyukur dan kurang ajar...
Tersemat di hati.. so bila dengar kat berita.. baca status member jkm yang duty di pusat kat fb.. dapat rasa apa yang mereka rasa..sedih... pilu...bangga semua lah  ada rasa dah macam ner.. Bukan senang kan nak dapat pengalaman banyak telah mendewasakan dan mematangkan aku sebagai
"PEKERJA SOSIAL DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT"....
"BERKAT BERJASA"


ada gak press yang sudi rakam aku bertugas...
v


 bukti kat hubby aku bekerja siang dan malam di pusat...



0 ulasan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink