Monday, June 27, 2011

nak cuba tengok...


n3 belated lagi ni..set dah selamat sampai ari khamis yang lepas betoi-betoi timing time gaji he he..
Saya..ibu yang baru nak cuba try test tgk penangan Set B Nyusu Shaklee + Lecithin..
Kredit to Thank kak Fadilah..
yang sangat perihatin pada masalah especially bab full breastfeed ni..thank aa kak..selalu bagi semangat kat Dd.. selalu nasihat supaya jangan give up.. Dd kenal kak ni melalui ibu KIM kat fb.. selalu shout out  kongsi masalah dari sejak dalam pantang sampai kini still full bf ni then kak Ila akan private mesej bg kata nasihat..bagi galakan kat daku as ibu yang menyusu penuh..
Ada lebihan budget bulan ni.. bolehla nak try..sebab badan daku ni sangat susah mau turun berat la..dok under 7++ kg lagi ni.. nak kurus sikit demi en somi tersayang..
Dengar jer testimoni ibu KIM n geng Shaklee mentioned Lecithin ok, tak efect penyusuan.. hmm nak try tgk..
dah berjaya nanti baru nak wat testimoni yer kak Fadilah..susu makin pekat..best cuma kurang jer dari biasa dapat lagi..dd ngah minum air masak banyak-banyak k?..
Apa-apa info pasal Lecithin Shaklee ni boleh klik  label lecithin blog Kak Fadhilah...



Sunday, June 26, 2011

H.a.p.p.y B.i.r.t.h.d.a.y

H.A.P.P.Y  B.I.R.T.H.D.A.Y 
to my daughter One..
NUR DARWISYAH BT REDWAN
to me..
on 18 Jun 2011, kat Mc D Kulim..


N3 update belated ler..tak sempat nak update on time..
" 18 Jun babah keja pagi, bangun tido siap g kerja then may be babah terlupa ari ni adalah 18 Jun ari ibu dan anak.Balik pulak sangat la lewat...hmm My Wisya sangat lah cerdik selalu ingat hari lahir dia dan ibu..Ibu dan babah akan celebrate, so bila menjelang malamnya si Wisya mula wat perangai..bila babah balik kerja terus tarik bantal busyuk, n tarik muka masham yang amat..tidak seperti kebiasaannya Wisya sangat happy menanti bila babah balik keja malam..hmmm babah pelik, " naper anak dara abang ari ni, masham merajuk apa, ibu wat dia ker?? Amboi sedapnya tuduh ibu..so ngan muka selamba ibu jawab.." Ari ni birthday dia, babah tak hengat nak wish la tu.. babah kata " ooo ari ni 18 jun la, birthday ibu ngan anak ni.." Jom siap-siap babah belanja makan Mc D.." that y sebelum nak concieve Wisya dulu daku plan n berkira nak dapat tarikh sekali woo, boleh tumpang sekaki ngan anak..he he.. " Jom kakak..babah nak belanja Mc D".. hmm apa lagi muka si kakak, kenyeh sampai ke tinga ler dia..tak terukap ngan kata-kata tengok betapa gumbiranya hati sang anak daku..
Babah balik lewat sangat, hmm kedai kek semua dah katup..so tak dak ler kek untuk ibu dan anak kali ni pada 18 jun 2011 tapi akan disambut secara rasmi pada Khamis, 30 Jun 2011 di Tadika Fitrah Ehsan.. kita sama-sama siapkan goodies yer my wisya one..
Rasa syiok tengok wajah happy..kegumbiraan di wajah anak dara tersayang...




muka umur 4 tahun da...


muka ibu tanpa touch up 29 tahun..with adik Dhia..

Ibu dan anak-anak daranya...

Thursday, June 23, 2011

T.Q my opiss

tua-tua pun potong kek....
23 Jun 2011- Khamis
Pertukaran Vs Birthday Staff on Jun 2011
yang di raikan ...
  • Pn Ramlah nek pangkat S32 akan bertukar ke PKMD Kinta, Perak
  • birthday mom Nana.. 4 Jun 2011
  • Birthday ibu Daku .. 18 Jun 2011
  • Birthday Babah En Mail .. 23 Jun 2011
Thank all my opissmate..malu pun ada..tua-tua suh potong kek seb baik ramai-ramai kan..
Ari ni kenduri makan pulut durian..sedappnya
memang damn diet ari ni.. Pulut Durian makan tak hengat katakan..




Kak Ram.. Daku.. En..Mail ..Nana...
Daku n Nana...
Gemini


Gemini Mak n Ibu... 4th  vs 18th  June 2011..
kami kini sama-sama sweet 29th daa... setahun lagi..bakal melangkah 3 series..

Sunday, June 19, 2011

SUSU IBU KHASIATNYA TIDAK TERNILAI



Beruntungnya jika anda menyususkan bayi anda dengan susu ibu..Hargailah kurniaan ILLAHI ini sebaik-baiknya..InsyaAllah..


KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyem...purnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.

Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.

Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

Susu ibu menyelamatkan nyawa

Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.

Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.

Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.

Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.

Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Mengapa tidak menyusu?

Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.

Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Susu ibu menguntungkan wanita

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.

Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

Saturday, June 18, 2011

HAPPY BIRTHDAY IBU DAN ANAK...

18 Jun 2011 datang lagi...
bermakna ibu dan anak telah meningkat usia..
H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y 
TO IBU DAN ANAK..NUR DARWISYAH...



Friday, June 17, 2011

nora elena


Tamat sudah citer Nora Elena ni..Boleh la kan lakonan depa semua, sib baik semua yang berlakon cun dan heroo handsome bangat..ha ha :)  hmm boringla pulak petang-petang nanti bila dah tamat citer ada hero handsome.. adoyaiii sapa yang tak nak laki compelete macam Seth Tan tu ooiii? he he En Somi ku kata dalam tv berlakon bolehla citer lelaki baik complete 100% macam tu..Kat luar?? nasib masing-masing la wahai isteri-isteri semua yer yang ada somi.. En somi kadang-kadang layan jugak citer ni, tapi dia menyampah dengar bila daku  dok kata syioknyaaaaa... ha ha dalam citer bolehla kan ada ciri-ciri idaman setiap wanita.. 
  • romantik bagi bunga selalu
  • kaya...
  • handsome (yang paling penting)
  • baik, sabar jer ngan isteri 

En somi ku?? dah 5 tahun kami berkahwin, dah 6 tahun kami bersama-sama.. Macam-macam rasa ada kan.. Hmm daku bersyukur walaupun tak dak ciri-ciri "Seth Tan" yang daku sentiasa idamkan..impi kan.. namun kena pegang hakikat " Jodoh pertemuan..semua di tangan ALLAH yang maha berkuasa.. ALLAH tahu apa yang direncanakan-Nya kan.."
Walaupun en somi tak dak ciri-ciri itu tapi selama 6 tahun tak pernah lagi kena marah dasat-dasat ke pukul-pukul  fizikal ni.. 
Cakap pasal idaman sapa yang tak mau somi romantik, caring giler-giler kan.. En Somi daku tak dak romantik dah, sebelum kawen bg kad..bg bungaa..pas kawen tak dak apa dah.. nak wat mcm ner kan..pernah cakap ngan en somi dia kata wat pa buang-buang duit, baik abang belanja sayang,anak makan Mc D ka KFC ka Pizza ker lagi kenyang..Bila sebut bab bagi hadiah lak..ada ka boleh carry forward lak hadiah tu kan..kan..beli beg tangan tahun ni..hadiah la tu hari jadi sayang tahun pas.. hmm namun ku bersyukur ya ALLAH kalau nak dibandingkan dengan lelaki-somi yang ganas-ganas macam kes-kes keganasan Rumah Tangga yang selalu dilaporkan di pejabat ku, paper..So kena bersyukur yer Puan Didie oooiii!!
En somi daku amat berat tulang..dalam rumah apapun tak mau tolong huk huk, sabar jelah kan..kalau umah berselerak, baju bertimbun tak basuh dia tak pernah marah, dia biarkan jer..tunggulah daku wat semua..Bab anak pun sama, sangat berat tulang wooo..letih kadang-kadang mai angin rasa fed-up sesangat..sabar-sabar pk demi anak-anak jer ni..larat buat daku buat..tak larat biaqla bersepah.. En somi tak kan marah punyalah sebab dia pun tak rajin nak nolongkan..dulu masa cinta, rajin goreng char keow teow ,sedap! la ni suh goreng pun tak mau dah..nak masak lagi ler, sib bek dalam pantang mau pulak masak kat daku..sedap weii air tangan en somi ku..cuma tak mau tunjuk ja kan orang lelaki ni.
Bila tanya en somi ni, tak sayang bini ka..tak hargai bini ka..mesti jawapan dia " selama ni tak cukup ka apa yang abang ada , bagi..tunjuk dan jaga sayang ngan anak-anak" hmm biasalah hati wanita ni kan tamak ( bini dia ler, wanita lain tak tahu ler kan)..nak segala-galanya..
Daku ni suka sangat kalau disuprisekan.. dah 2 kali birthday En somi daku celebrate wat gempaq kat pizza ngan kedai makan..tapi tiapkali birthday daku ..Hampeh apa tak dak jangan kata kek, ucapan free dari mulut pun tak dak...huk huk :( sedih kan bila isteri ada sense of romance but hubby non adooo :(
Pemikiran kami jugak kadang-kadang tak sama..selalu bercanggah pendapat weii..
Dah 5 tahun lebih kami bersama, so sekarang ni abaikan jelah rasa nak ciri-ciri suami idaman dah ler..terima apa yang adoo sudahla kan..rajin cari duit bagi isteri, rajin bawak anak isteri pergi berjalan..sangat penyabar ngan kerenah puan isterinya ni ..Kombinasi kami suami isteri tak sama, daku suka bercakap en somi kurang bercakap..beza tapi boleh bersama..harap kekal selamanya..

ciplak ayat Seth Tan...

''Hakikatnya, aku suami dan kau isteri.Perkahwinan ini adalah simpulan mati..
Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua..sama ada awak nak jadi isteri saya sepenuh ke, setengah ke, suku ke, saya terima,
saya redha" ~~Seth~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink