Showing posts with label fwen. Show all posts
Showing posts with label fwen. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

Tahniah Kak Wan Rohaiza

Syukur Alhamdulillah...
Kak Wan Rohaiza dah selamat melahirkan (cezer)  seorang baby girl 22 Mei 2013 , jam 11.00 pagi tadi  di Hospital Seberang Jaya..
gambaq baby tak leh upload lagi rini sebab auntie Dd tak sempat terjah lagi ari ni,plan  esoklah selepas balik dari Appoinment Pakar 1 Hospital Kulim Ins Shaa ALLAH auntie Dd g sana terjah sebab esok dah apply leave so tak perlu lah nak rushing sangatlaaa.. ye ye esok  cutiiiii ari jumaat penang ambik wesak..cutiii lagii continue..balik kampung Felda Ijok ada kenduri doa selamat...

Seronoknya..tak sabar nak g cium bauan kiriman dari Syurga tu.. baby girl la la la.. kongsi birthday sama auntie Hosniah ler nampaknya..





Tuesday, May 21, 2013

dap dip dup...

baru dapat perkhabaran berita...chat gmail
nebes la pulak..dap dip dup..
terima kasih Erni.. selaku penyampai berita terkini..
terkejut jugak dapat tahu kawan kat opis lama Kak Wan 
Rohaiza dah check in Hospital Seberang Jaya.. menanti di "operasi" kan..so detik ini kira menanti kelahiran baby yang suprise belom tahu blue or pink aaar.. ritu masa dating breakfast ngan kak wan ada bgtau baby dia dok melintang, kepala tak turun bawah lagi masa tu dah 8 bulan.. tak sangka masuk 9 bulan da perut kecik baby dah besaq tak leh pusing turun bawah da..
call cakap ngan Kak As selaku geng moncit2 di spt tu..hmmm esok baru operate then syioklaaa baby inside kongsi birthday ngan auntie Hosniah daaa..jeleesssnya auntie Dd dengaq aiih..

Dd doakan semoga kak wan rohaiza dan baby selamat..dipermudahkan segala urusan "cezer" ke esokkan harinya..amin




Monday, March 25, 2013

rezeki...

Alhamdulillah..rezeki ari ni..
dapat makan laksa..cocktail special laaa..
Terima kasih kak Sal sudi masak macam-macam n jemput kiterorang g makan dan makan..
sangat puas hati dan kenyang laa..sengkak 2 mak yong ni tau..
kinyang tunjuk kat orang toii laa Kak Juwita n didie..

To kak Salbiah...
Tahniah dan Good Luck yer dari Didie..
Semoga penghijrahan baru ini membawa sinar kejayaan buat karier akak nanti..
Selamat melapor diri di PKMD baru 1-4-2013 nanti..
pertemuan perpisahan adat kan, dd tahun lepas tahun ni kak Sal lak tinggal SPT..
apapun kenangan bersama tetap manis bila kita kenang-kenangkan
Dd sayang kak Sal ketat-ketat ok..di mana berada jangan lupa tau mesej ka tepon la..
kalau dd diam tu makna nya note tak bayaq bil laa tu..



laksa ooo laksaaa

Senyum lagi pagi ni..
sebab da panggilan rezeki masyukkk..hmm today 25hb ari gaji 
 kak Sal jemput g makan laksa kat rumah dia ari ni..Laksa kak Sal memang sangat sedap dan buat daku tingat jerr..ngidam laksa dia la pulak..yelah dulu kalau masa di spt syioklaa boleh makan laksa kalau spt ada wat makan-makan, now daku dah di spu tak der lagi laksa kak Sal disini..memandangkan kak Sal cuti 2 ari ni  bolehlaa g lepak rumah dia lunch ari ni..
hmmm tak sabarnya nak tunggu jam 1.00 tengahari nii
rasa macam nak jerr g sekarang tapi ada kerja yang perlu dibereskan laaa..
so sabaq sat tunggu Sis Ft kita lik dari RKK jap g makan sesama..

My favorite laksa..forever n ever.. aduyaiii pas bulan 10 ni tak leh dah laaa nak melantak laksa dah la..sekurang -kurang pantang 6 bulan jer boleh tahan pun..



Friday, March 22, 2013

geng membabykan octo

Senyum sampai tingaa lagi ari ni..
sebab dapat tahu ada geng baru join bersalin bulan 10 ni...sebaya with my baby inside kan..
hmmm pandai cover noh..tak kasi tau Dd pun yerr..
its ok sebab Dd dah tahu yer..
So selamat yer nanti together push n berpantang in Oktober yer..


Thursday, March 21, 2013

on FB dah..

haaar haar gelak jahat sat aaa
baper ari sangat ku boleh tahan tanpa on fb kan..
so celita nya pagi ni  pas baca yassin kat opiss.. bos bgtau En Alias pkmd kuala muda meninggal..
hmm aku selalu gak borak chat ngan en Alias tu.. Innalillah.. kalau ku on fb sure daku tahu dulu kan.. terus pagi ni buka fb n ke fb arwah..Al-fatihah buat beliau..

so ari ni tak nak laa deactivated fb tu sebab ingat nak select kawan-kawan move on ke akaun baru..akaun yang lebih aman tanpa ada kawan yang dok berdengki..
rasa macam makan masa jugaklaa kan nak select semua kawan-kawan semua kan..perlu ker ek or ku remove jelah kan apa yang ada..tapi dok terpk perlu kot ada 1 akaun fb tanpa melibatkan jabatan yang ku kerja..1 akaun hanya kawan-kaawan alam maya gitu..
take time jugaklaaa nak move on kan..

so pada kawan-kawan yang ada request dari dyyany Rahman tu, me laa tu..


Tuesday, March 19, 2013

luahan rasa tak dak part

Ari ni ari menyahut cabaran en hubby..
dia minta ku kurangkan fb sebab ada nya fb ku jadi BUSY BODY katernyerrrr laaaa..
so ari ni dengan lapang hati maka daku pun meng deactivatekan akaun fb yang satu satunya busy body tu kuiii kuiiii...
hish rasa dalam 2 ari ni ada gaklaaa gelisah tpk kawan-kawan lama ku mcm ner nak contact daku balik ni...
hmm dok terpk jugakla fb jelah tempat kawan-kawan lama nak berkomunikasi pun..kawan-kawan sekolah lama..kawan-kawan sekolej..kawan-kawan sekerja jkm..kawan-kawan se novel.. kawan-kawan se alam maya..kawan kawan se shoping online ni..
sooo rasa perlahan lahan nak move on ke akaun baru laaa..
akaun lama dah sangat tak privacy ekoran sikap sendiri ler..upload jer tak kira privacy sendiri or not..en hubby dah sound cuba kurangkan so nak jadi isteri yang solehah maka kena dengar cakap ok..
daku dah create akaun fb yang baru pun sebenornyaa ni...
akaun lama ada 1600 friends tapi kalau ikut tu rasa macam tak sampai pun 100 orang dok contact..
kali ni nak ada betoi-betoi kawan jerrr..yang betoi betoi dok tanya khabar beritaa..

Ku tengok life mr hubby simple..macam okey sangatlaaa tak dak kawan-kawan baik pun dia..
ku terpk sapa lah kawan kawan baik dia ..tak ramai pun tapi tengok macam ok jer tak der kawan nak busy body kan..dia selalu sound ada kawan-kawan ni banyak buang masa n duit jerr.. time kita susah ada ker kawan-kawan nak bantu betoi2.. ada ker??
daku rasa daku ADAAA..kawan yang sedia mendengar luahan rasa.. 
hishhhh ku rasa pelan-pelan nak jadi macam mr hubby la pulak..masalahnyaaa BOLEH KA daku transform kan diri jadi macam diaaa??? 

sejak-sejak akhir ini ku rasa konflik dengan personaliti diri laa..daku dah mula rasa malas nak bersosial macam dulu dah...malas sangat ...adakah itu positif?? or pembawakan budak ???
yess sejak preggy daku rasa macam malas sangat nak bercakap banyak..malas nak berjumpa orang ramai..kalau tak betoi-betoi arahan kerja memang tak kan turun padang ok.. ni pun dok terpk macam nerlah nak attend meeting MBJ selasa depan ni..adusss fenin den mooo pk 
may be sebab faktor daku dah gemuk dan muka yang naik biji2 sama ni...alahan jenis yang ke 4 okay..
sib baik laa ada belog ni boleh dok luahan rasa yang tak der part....










omg 23 mac keja...

This n3 dedicated to Adik Iryani..
soiii laling.. Kak Didie tak dapat nak hadirkan diri ke W-Day yani..
kak di arahkan bekerja pada 23 Mac 2013 ni dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang 
untuk Karnival Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri Pulau Pinang di Tasek Gelugor..
Sooo kak nak minta maaf yer dikk..
bukan sengaja tak moo p tetapi surat arahan telah dikeluarkan..
akak SAYA YANG MENURUT PERINTAH jer ni..
Fb akak diactivekan buat sementara waktu kerana.....

so kak dedicated kan n3 ni buat Iryani dan Ady..
"SELAMAT PENGANTIN BARU IRYANI DAN ADY..
AKAK DOAKAN SEMOGA PANJANG UMUR DAN BERBAHAGIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA.."
"PERKAHWINAN IBARAT SEBUAH BAHTERA YANG SEDIA BERLAYAR..UJIAN, DAN DUGAAN IBARAT OMBAK DAN BADAI MENGHEMPAS LAUTAN BERGELORA DAN BAHTERA KITA JUGA AKAN MERASA GELORA NYA..ADY IBARAT NAKHODA KAPAL DAN YANI KELASI NYA.. 
SOOO SELAMAT MELAYARI BAHTERA BERGELORA ASMARA DANA YER YANI N ADY...

P/S: nanti  DAH ADA DI KULIM NANTI, JEMPUT DATANG KE RUMAH AKAK YER..rumah kami sedia terbuka buat kalian pengantin baru...
wasap or mesej..t leh masak special kat pengantin baru kiter ni..


Friday, March 15, 2013

citer pasal kawan

terpk naper daku ni kategori selalu ingat kawan-kawan..
tapi kawan-kawan tak ingat daku pun..
kan dah kena marah ngan en hubby.. ingat sangat kawan-kawan dia..
adoii laa..pas ni nak wat x moo ingat kawan-kawan boleh??
sedih laa pk pk lik apa yang ku rasa sekarang ni..
ada ke depa ingat daku macam daku ingat depa-depa ni..
paling rasa bila mesej tak jawab..bila email pun tak reply..bila pm kat fb pun dipandang sepi..
tapi daku pk positif may be kredit tak dak nak reply.. may be busy sangatkan nak reply pm or email.. diaorang tak der note 24 jam leh online macam daku..
sereyesly rasa sunyi sangatlaa ni.. tak der perkhabaran berita kawan-kawan yang daku rinduu..
bila merungut kat hubby dia kata pikiaq kawan apa lagi dah.. buang masa jer..
hmmm ini luahan hati ku pada kawan-kawan yang selalu ku ingat selalu..
tiapkali free time selalu pk nak p rumah diaorang..tapi diaorang ada ker pk nak berkunjung ke rumah daku.. wohooo sunyi jugak ari-ariku tanpa kawan kan..dah laa kawasan rumah kejiranan yang tak baper nak ngam..rumah rasa jauh-jauh jer..

semalam balik awal..Wisyah tak sabar nak g cari kawan..wahh dia sejibik daku laa suka berkawan dan cari kawan..kesian tengok dia g kayuh basikal n p panggil kawan keluar rumah..sib baik selang 4 rumah ada rakan sebaya dia..ada jugak kawan pada Nur Darwisyah..
Balik sekolah citer pasal kawan-kawan.. tak sangka anak like ibu sebijik..then en hubby lak jenis tak suka berkawan..so kira pro n kontra la bila berborak kisah kawan-kawan ni...
wisyah suka tanya hal hal kawan ibu.. ya wisyah memang copy ibu busy body padahal kawan ibu x ingat pun dia dah. kesian anakku lebih lebih ingat.. daku rasa keciwa sangat2laa..
fikir fikir balik ini semua POYO..
POYO SEMATA MATA... 

Tuesday, February 26, 2013

Jangkitan kuman pada paru-paru

Kita sama-sama doakan yer kawan-kawan agar anak sahabat Dd Nur Farah Umaira Bt Norryhasmela kuat bertarung dan melepasi tahap-tahap kritikal..

pada 13 Feb 2013-rabu Farah di kejarkan ke PICU(Pediatrik Hospital Pulau Pinang) kerana hasil x-ray pada paru-paru didapati jangkitan kuman. Kini Farah masih lagi di PICU GH dan belum melepasi tahap kritikal..
Semalam Isnin, daku ambik cuti EL dan pergi menemani beliau di GH,hadir memberi sokongan moral. Daku sedih sangat-sangat tengok Farah dalam keadaan wayar yang berselirat, cucuk tebuk sana sini, Farah pun belom sedar sepenuhnya lagi. 

so ari ni ku saja google tengok bagaimana  dan punca jangkitan kuman ni terjadi..
antara yang boleh kita share simptom-simptom adalah:

Ok..nih serba sedikit info pasal Jangkitan Kuman di Paru-paru (Pneumonia) tu..kita kena ambik peduli sikit sebab penyakit nih bahaya...so amalkan budaya dan persekitaran yang sihat...




Pneumonia nih adalah jangkitan virus kepada sistem paru-paru kita dan senang berjangkit kepada baby, kanak-kanak dan orang tua..sebab time nih antibody diaorang lemah..

  • Tanda-tanda dan gejala
  1. Demam panas - selalunya akan lebih daripada 3-4 hari..lagi senang nak tengok time malam je demam dia akan tinggi adakalanya mencecah 40 c.
  2. Batuk - sama ada dengan kahak atau tanpa kahak (macam gatal2 kerongkong tu)
  3. Tiada selera makan
  4. Kalau baby- sering merengek
  5. Pernafasan laju atau susah nafas
  6. Muntah atau cirit birit
  • Adakah jangkitan kuman ini serius ?
Ya, jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi serius dalam masa yang singkat terutama dikalangan kanak-kanak kecil.
Ini desebabkan mereka boleh mengalami kekurangan air (dehirasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu segera ke hospital 
  1. Pernafasan laju
  2. Sukar untuk bernafas
  3. Bibir menjadi biru
  4. Batuk berdarah
  5. Tidak lalu makan atau minum
  • Rawatan untuk jangkitan paru-paru
Semuanya mengikut tahap jangkitan..

Tapi ada satu pagi tu, dalam segmen MHI (rancangan TV3) ada bercerita pasal topik nih jugak..dan baru paham bila doktor tu terangkan..semua nih berpunca daripada virus..sebab persekitaran kita nih kotor..udara kita tak bersih.. 


Apa-apa pun sebagai ibu bapa saya harap kalau anak-anak tu deman lebih dari 3 hari cepat-cepat ler bawak hospital..dan lagi jangan ingat anak kita tu besar dah boleh handle diri sendiri time diaorang demam..time tu kita pun kena prihatin pada diaorang..

Okey nih je yang dapat dikongsi..semoga kita semua berhati-hati..:)

Semua ciri-ciri di atas Norry bagitau update dalam status fb dia..Norry bgtau masa x-ray tu paru-paru Farah x nampak pun.. putih jer diserang kuman dan dijangkiti sehingga usus dan buah pinggang, nasib baik tak sempat menjalani dialisis lagi sebab Farah dah boleh kencing tanpa da masalah.

Hasil google lagi ni..... kita share as ibu dan bapa kena beringat yer..Anak-anak kalau demam melebihi 3 hari kena g check laaa.. tak boleh biaq kena beringat sebelum melarat ok???


Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :

* Demam panas
* Batuk dengan atau tanpa kahak
* Sakit dada
* Tiada selera makan, tidak mahu makan
* Rasa tidak sihat, sering merengek
* Pernafasan laju atau susah bernafas
* Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.
Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

* Pernafasan laju
* Sukar untuk bernafas
* Bibir menjadi biru
* Batuk berdarah
* Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.
Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

* Paracetamol
* Rehat yang secukupnya
* Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

* Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)
* Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
* Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)


Thursday, February 21, 2013

Doakan yang terbaik..

Ya Allah.. Ya Rahman..Ya Rahim
berat betoi dugaan yang dihadapi oleh Sahabatku Norry..
anak-anak beliau kini dalam pemerhatian Doktor di Hospital Pulau Pinang
anak yang sulong Nur Farah Umaira kini sedang tenat di ICU  bertarung melepasi tahap kritikal kerana paru-paru telah dijangkiti kuman kini telah merebak ke Usus dan buah pinggang..
anak kedua Farzana ditahan kerana baru dijangkiti kuman..
nory ada bagitau anak-anak dia batuk selesema dan tak hilang, pas tu demam 6 hari berturut-turut tak baik..sehingga semalam dia bawak ke Klinik swasta tengok dah lain macam so doktor wat surat rujukan ke Hospital, bila x-ray keputusannya paru-paru dah dijangkiti kuman dan segera dibawa ambulan  ke ICU Hospital Pulau Pinang semalam.. Keadaan kelihatan amat kritikal kerana Farah belum sedar dari semalam lagi.. Bahagian tepi badan telah ditebuk bagi mengeluarkan air yang terkandung.. bahagian leher juga telah ditebuk..Kini Farah bergantung sepenuhnya pada mesin pernafasan sahaja..
Ya Allah..insan sekecil itu telah di uji..

Ku baru balik dari Hospital Penang, hanya yang termampu mendoakan dan hadir memberikan sokongan moral buat beliau agar kuat semangat..
Norryhasmela, insan yang di uji satu demi satu ujian yang beliau harungiii..

Doaku Nur Farah Umaira Bt Norryhasmela...
Semoga dikau kuat semangat untuk semboh yer..
Semoga Nur Farah Umaira dan Nur Farzana kembali sihat sediakala kerana mereka merupakan tonggak kejaayan buat ibu mereka.. 
Nory sahabat ku, ku doakan dikau tabah dalam apa jua yang mendatang..
Apa yang bakal terjadi ku bermohon supaya dirimu redha kerna dikau insan terpilih mengharungi ujian yang Maha Esa..

Wednesday, January 2, 2013

Happy birthday Kak Sal

Happy birthday kak Sal
01-01-2013 
kiter orang celebrate belated laaa kat Kenny Rogers Jusco Perda
Terima kasih kak Sal belanja kami makan ayam..sedap wooo
Harap suka kek coklat dan kad yer sis..

Dd doakan kak berjaya di dunia dan akhirat yer kak





Monday, November 12, 2012

soooiii yer kawan



 Jumaat yang lepas, geng-geng dari opis lama SPT ada datang jalan-jalan ke rumah baru daku..Alahaiii sangat-sangat rasa bersalah ya amat tau, yelah ari tu Ari graduasi Tadika Fitrah Ehsan, so abis semua jam 12.00 tengahari dah.. balik rumah tak sempat la nak masak bagai..so apa yang ada hanya buah-buahan, sosej dan sos salad ajer... Pn Yanti n kak Sal kata okey jer..yang lain-lain tak tau laa kan.. Dd minta maaf yer akak-akak n adik Yati yer...hanya dapat sajikan kerepek,  salad buah-buahan, salad sosej n cucuq jagung + ikan bilis yang agak keras laa sikit mak mertua ku komen.. huaaa seyes tak sempat nak pk nak sedia kan apa yang patut..yelah ngan Dhia yang merap nak bergayut jer tahu..al maklumla ibu cutii gumbira hati ler dapat gayutan si Dhia tu...
Next time kalau Dd ada cuti ari jumaat kita wat lunch kat rumah dd okay..Terima kasih dan minta maaf banyak -banyak yer Puan Yanti, Kak Ina, Kak As, Kak Sal dan Yatie sebab sudi singgah datang ke teratak kami ni.. tak der yang istimewa pun melainkan boleh pilih nak duduk lepak kat mana kan..yelah ruang santai boleh bersila di mana-mana jer, tak dak sofa kosiii perabot lagi noh..


Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 7, 2012

2nd day salad



Ha ha semangat nak kurengkan berat loh..
masuk 2nd day  ari ni lunch hour lak kokak buah-buahan n salad
wah.. besttt sini spu ada geng kaki makan buah-buahan..ari ni lepak ngan kak CC spu dan sis Norihah..potong-potong n cicah sos salad.. sis norihah kata style omputeh noh..kalau melayu style kuah rojak Mak Bee aaa..sembang pasal kuah rojak tu tingat kuah colek Kak Lily yang best tu.. terangkat..di spt selalu colek buah pelam.. kat sini ku colek epal ngan sos salad jelah, mana ada sapa reti wat kuah colek mcm d spt tu..
sembang sembang layan  waaa kinyang makan buah-buahan jer..
suka..suka..bukan nak kurus tapi Daku dalam misi nak kurengkan berat badan loh..berat sangat rasa bila jalan sakit tapak kaki lately ni..so dah tahu ler bila badan mula bg signal kan..
harap azam ku nekad ler at least kureng jadi 65 kg pun dah ok baru lah normal BMI daku..sepatutnya gitulah BMI dah over tau..orang tengok dd tak nampak gemuk pun tapi berat ni dah 70++kg aaaa..
sedap gak layan makan campur ngan Tuna mayonise...





Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 1, 2012

we r 3










Kamiii yang happy go lucky..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink