Showing posts with label babah. Show all posts
Showing posts with label babah. Show all posts

Tuesday, April 9, 2013

Happy Anniversary 7th


Ari ni 9-04-2013 - Selasa
Selamat Ulangtahun perkahwinan kita yang ke 7 tahun yer Mr Hubby..
Tak sangka noh..kejap jer rasa tengok da masuk 7 tahun..my Wisyah pun dah 6 tahun laaa..
Doaku Semoga perkahwinan kita kekal hingga ke hujung nyawa, direstui, diberkati selalu..
Bahtera mana tidak di landa ombak dan badai di lautan kan..
so macam tu jugakla rumahtangga kami...
ada pasang surut nya..ada jugak time masam muka..macam kisah P.Ramlee tu masam-masam manis kan..
"Sedangkan Lidah lagi tergigit...Inikan pula rumah tangga..."
yang penting kita saling memahami, saling melengkapi antara satu sama lain kan...
SABAR adalah kunci UTAMA okay dalam rumahtangga ni..tak dak SABAR ibarat tak dak iman laa kan..
tu yang dok dengar macam-macam kes dera pukul keganasan rumahtangga di akbar berita..

Sepanjang 7 tahun ini dikurniakan 3 cahaya mata dan bakal no 4 ins shaa Allah bulan oktober nanti,
1. Nur Darwisyah Bt Redwan
2. Arwah Mohamad Raqib B. Redwan
3. Dhia Nur Adawiyah Bt. Redwan
4. baby Octo update..

lengkaplah keluarga kecil kami yang dibina pada tarikh 9-4-2006...
di murahkan rezeki mendiami Teratak idaman ...
dilimpahi rezeki dalam kerjaya..
Semua ini buat ku bahagia menjadi Wanita, Isteri dan Ibu...
Syukur Alhamdulillah ku panjatkan ke hadrat Illahi..
bersyukur dengan apa yang ada...







Thursday, September 6, 2012

love each other






dalam hati ada cintaaa...


Monday, August 27, 2012

(^,^)


2005 bercintaa.. dan bertunang...
2006 berdua...
2007 bertiga...
2008 masih bertiga
2009 masih bertiga walaupun dah berempat..
2010  bertiga hakikatnya dah berempat..
2011 berempat walaupun dah berlimaa...
so 
V
V
2012 inilah keluarga yang daku ada...
Syukur Ya ALLAH..


Friday, August 17, 2012

Babah yg lebihh...



Babah yg lebih-lebih dalam bab -bab baju raya anak anak dara dia tau..
ibu ok lagi tahap keciwi tapi kalau babah..balik umah confirm dak berdua ni kena try baju yang dibeli n terpaksa cat walk bagi babah puas hati..itulah Babah Redwan daku...
Yang paling best si adik sangat la baik ..ikut jaa suh pakai baju tu baju ni..excited bukan main dapat baju baru.. try sana sini sangatla ok..bayangkan picasa atas tu jam dah 1.45 pagi..balik dari umah Tailor di Kepala Batas then singgah merayap Uptown Bertam kejap sampai umah dah jam 1.45 pagi boleh lak babah suh dhia try baju kurung polka dot sedondon ibu, kakak dan adik..babah ja tak beli baju dondon ni.. 
Kakak pulak..susah sikit kalau dia tak berkenan di hati dia tak nak try dah, seboleh2 nya nak lari jaa kalau suruh.. almaklumlah dah 5 tahun dah pandai memilih brand laa.. nak brand kartun jaaa..hmm brand disney mahal loh.. jenuh dok pujuk.. bab pujuk bodek serah ke babah jugak..
Ibu garang sikit bab pujuk pujuk ni.. 

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, June 19, 2012

18 jun dah berlalu

syukur Alhamdullillah
18 Jun 2012 sudah berlalu..
maka berlalu lah sudah usia sweet 2++ an.. Sweet la sangat kan..
Welcome 3 series for me..
"HAPPY BIRTHDAY TO ME..."
dan juga membawa makna dah 5 tahun daku bergelar ibu kepada 
Nur Darwisyah Bt Redwan turn 5 year already
" HAPPY BIRTHDAY NUR DARWISYAH aka KAKAK..."
Ibu kasi hadiah  bear besaq dari Rantau Panjang.. kat Adik 
dhia kepala Angry birds gitu..
Harapan ibu dan babah..
"semoga menjadi anak-anak ibu babah anak yang solehah, cerdik pandai dan insan berguna dunia dan Akhirat"..


Tahun ni tak celebrate birthday kat luar pun sebab letih baru balik kursus di Kelate.. tak dak mood nak makan kat luar..
balik umah masak nasi , masak sardin tin + make budu jer.. puasss rasanya makan bersama insan-insan Anugerah Terindah ni..
Babah ada bgtau setiap gaji bulan Jun Fuji Electrik ada kasi bonus EPB (Elaun Performance Bonus) So what??? lagi mau ?? ker 
Tengok ujung bulan 6 ni nak paw babah belikan beg tangan Guess sebab babah tak pernah pun  kasi hadiah birthday on the spot date..he he jahat toi laa...
Walau pun dah lama tak pernah dapat hadiah on birthday (yelah birthday tengah bulan kan)  tapi daku bersyukur sebab adanya 4 insan ni adalah Anugerah Terindah dalam hidupku yang dah 3 series ni..

"Ya ALLAH berkatilah hidup ku, suami ku, anak-anak ku .. Lindungi lah keluarga kami.. Murahkan lah rezeki kami.. Kurniakan lah kesihatan yang baik pada keluarga kami..
Semoga kami tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur atas nikmat mu Ya ALLAH..
semoga kami tidak alpa dengan keduniaan .. Sentiasa ingat akan Akhirat..
Amin..





Wednesday, June 13, 2012

10 tahun dulu...


Ari ni on the way p kerja layan Hot Fm topik depa kisah 10 tahun yang lalu 
sebelum dan selepas 10 tahun yang lalu...
nak tergelak pun ada dengar pemanggil yang dok berkongsi cerita..macam-macam lawak pun ada . 
Lantas ari ni status fb n otak daku pun terimbas kembali lah nostalgia 10 tahun daku yang lalu..
kiranya umur masa tu 19 la kan kan sebab la ni baru 29 ++ tak cukup 3 series lagi 5 hari cukup aaa so verangan sweet 29 sat aaa :)
10 tahun tu pk-pk balik rasa macam sat ja.. tapi kesan 10 tahun tu HEBAT !!
10 tahun dulu pernah temankan ayah naik motor (time tu kami tak dak kereta pun)  p Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Setar atas urusan kad OKU ayah.. Masuk pejabat tu rasa malu pun ada rendah diri sebab masa tu hidup susah, cukup la makan sederhana hidup kami 3 beranak.. masa dok tunggu-tunggu siap permohonan sempat lagi dok tengok depa dalam opis tu n berangan nak kerja opis macam depa-depa dalam pejabat tu, dok dalam ekon, bonus banyak time Dr Mahathir dulu tau.. bergaya 10 tahun dulu mau tau ler ngan kebaya ketat, kasut tumit tinggi bagai.. Make up walah aaa..time tu daku berangan dan berazam nak kerja pejabat Kebajikan jugak aaa..syiok noh..
Sekarang selepas 10 tahun.. Tiap tiap hari drive tetona ( tak dibenarkan naik motor dah) p Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah sebab KERJA di sana.. betoi-betoi REZEKI tu RAHSIA ALLAH S.W.T.. bukan angan-angan Mat Jenin lagi dah aa.. ANGAN-ANGAN SAIDI BT ABD RAHMAN dah menjadi kenyataan.. kerja di opis Welfare ni yang 10 tahun dulu selalu wat muka welfare (malu).. Percaturan ALLAH itu HEBAT..dah 5 kali  interview pelbagai kerja di sektor awam ni.. JPJ pernah, Pejabat Tanah pernah. Post setia usaha pun ada post PT pun ada. nak jadi rezeki Kerja S kat KEBAJIKAN jugak .. 
Ya ALLAH ku bersujud Syukur pada mu atas limpahan kurniaan Rezeki mu Ya ALLAH.. Terima kasih mak dan ayah angkat ku..tidak terbalas jasa mak dan ayah hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas -Nya..
Daku sememangnya  Insan terpilih untuk membantu kembali nasib-nasib klien jabatan yang 10 tahun dulu ayah daku salah seorang klien jabatan JKM ini...
Tak tau nak luah rasa yang macam mana ni betapa bertuah nya daku...yang penting ku sangat-sangat memahami rasa SUSAH itu..macam-macam rasa suka duka susah senang sepanjang usia 29++.. Lagi 5 ari ni welcome 3 series..

nak bebel lagi.. :)  
10 tahun dulu curi-curi bawak kuar duit ASB nak beli handphone jugak.. time tu yang mampu ALCATEL ja.. La ni asal ada keluaran baru semua nak beli pakai, pas tu tukar.. kira jenis tak moo ketinggalan teknologi betoi la ( bila nak berubah ni DIDIE oiii ???) Dulu susah nak apa pun tak dapat tau.. la ni macam lepas dendam pun ada rasa gak ni..Asal NAK jer mesti dapat.. Nasib baiklah dapat en Hubby Redwan ni, ikut ja bini dia yang satu ni.. tapi risau jugak ni Nur Darwisyah semakin hari samakin demand laa.. hi taste toi budak la ni.. baru 5 tahun dah ada notebook wooo.. tu pun minta I-pad pulak..Ibu umur 29 tahun baru merasa Galaxy note aaaa...
Kalau nak citer sampai esok pun tak abis la DIDIE oiii.. So pendek citer kan kesan 10 tahun yang lepas bagi SAIDI BT ABD RAHMAN adalah HEBAT kerana dikelilingi oleh insan-insan yang hebat.. Sempurna sebagai wanita, isteri kepada Redwan , ibu kepada Nur Darwsiyah, Mohd  Raqib dan Dhia Nur Adawiyah dan semoga daku juga seorang rakan yang hebat pada rakan-rakan ku.....semoga hidup sentiasa diberkati..

SYUKUR YA ALLAH hanya itu ja yang mampu di lafazkan..Insyaallah perlahan-lahan daku akan  menjadi muslimah sejati.. 


Wednesday, May 2, 2012

Anak Ibu



hmm ini lak anak ibu Nur Darwisyah..Kakak suka sangat kata dia anak ibu..sampai bergaduh la ngan babah kalau babah kata anak babah..adoyaii fenin ibu dok tune bgtau anak ibu dan babah aa.. dia tak moo sebab babah busyuk okok (rokok) jaa..
bila tanya naper kakak kata anak ibu..sebab dia kata dia cantek da lesung pipit macam ibu..muka macam ibu..
hmm ibu cantek ker kakak? selalu tanya kakak soalan ini..
jawapan kakak sangat membodek ibu yer... (^,^)
Hakikatnya budak-budak tak pandai menipu kan.. kan..
Kakak ni ibarat cermin ibu.. fotostat ibu betoi-betoi ni..
segala-gala perangai semua follow ibu..
Kakak yang peramah.. kakak yang adorable.. kakak yang sangat pandai menyesuaikan diri..cepat jer dapat kawan baru even  cina india dia kejor main gitu ja selalu di playground Mc D or taman mainan..
bila mai rasa nak marah sangat-sangat dah ni.. pk dia ni sebijiik ibu, sebab adakala perangai mengajar dan memberontak terlalu tinggi..
hmm pandai mengajar tu babah yang kesan..sebab sebijik ibu katanya...soryy yer babah.
bab possed no 1 aaa...pandai beraksi depan kamera sejak berusia 3 bulan lagi.. tak macam adik aaa tak moo langsung nak ambik gambar..
Kakak sangat suka possing .. mesti nak ambik gambar.. macam ibu kan kan..
anak ibu betoila..

Apapun ibu dan babah rasa bersyukur sangat-sangat di kurniakan anak-anak yang sihat, aktif, cerdik dan comey di mata ibu dan babah.. kasih sayang ibu dan babah tidak pernah ada kurang dan pilih kasih..

nota kaki: kakak dah pandai roseq "didielife" ok.. dia da komplen gambar dia dalam ni kureng aaa..






Anak Babah


ha ha ari ni n3 lebat toii yer.. 
idea mencurah-curah nak share ngan kamu "DidieLife"..
ni anak babah,..Babah yang kata sebab personaliti Dak Dhia ni sikit banyak like Babah aaaa.. Dhia tak suka sangat possed bergambar ni..
Dhia sangat malu ngan orang..tak mau kat orang..sangat susah woo nak tinggal or bagi sesapa tolong jagakan..
Dhia yang pendiam like babah.. tak macam kakak yang pot pet like ibu...si adik banyak diam tapi lasak mau tauu aaa.. katil dah baper kali dah panjat n jatuh.. tingkap umah..grill umah semua dipanjatnya.. tangga ari-ari siap main aa nek turun daa..jenuh kepung laa..walaupun diam tu kena p tengok aaa mesti ada pojek best aaa..
Terbaru menghancuskan bedak compact maybeline dan set make up Mac ibu.. hancuss berderaii.. warna warni lantai ibu di buatnya dak ni..
selalu tengok apa yang dak ni follow ibu tak tau laa lagi aaa ...So dak ni Babah kata anak dia aaa..
Si Kakak pulak istihar diri anak ibu sebab cantek like ibu??
Ibu cantek ker?? hmmm kembang sat aaaa...
Tapi yang penting ibu dan babah tak pernah pun "pilih kasih" antara kakak dan ibu..
Sayang-sayang sayang semua..


sangat susah yer nak snap pic Dak Dhia..






Wednesday, May 11, 2011

untuk dia bernama lelaki....

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.


Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.


Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.


Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak-anak anda.

lelaki ini.. bergelar suami ku..babah kepada anak-anakku...

Thursday, March 31, 2011

day 29...

ari ni 31 Mac 2011-Khamiss.. 
ari ke 29 berpantang, ada appoinment kat Pakar 3 Kanak-Kanak Hospital Kulim untuk susulan sebab Baby Dhia Nur Adawiyah masih lagi kuning cuma tak tau tahap mana dah yelah dah stop check up ambik darah seminggu yang lalu..
Bila dah ada appoinment kat Spital tu kena lah bangun awal dari biasa untuk siap-siapkan diri,kakak dan Baby kalau g lelambat lambat ler siapnya..ari ni baby baru nampak si pinky sebab baru pakai baju color pink, ambik dari kotak hadiah kak lina.. somey terlupa nak snap pic sebab ibu masih runsing pk jaundice adik ni..
jam 8.30 kuar umah g Hospital Kulim, khamis adalah ari appoinment segala pakar di Spital so parking full ler, tempek jelah janji leh park ha ha ibu kata ke babah sebab ibu selalu wat gitu kalau g appoinment Pakar 1 dulu ni..
Memandangkan 1st time untuk klinik pakar 3 ni kena register dulu, timbang,ukur tinggi dan lilitan kepala ibu, hmm 29 hari baby dhia dah naik sekiloo, syukur berat dah naik..org lain bersalin anak 3 kg anak ibu 29 hari baru 3.4kg..okler naik jugak kan...baru bam-bam sikit badan pipi Baby ni...dapat no giliran 2018, hmm 8 lagi ..suker laa tu..ibu gila no 8..ngeh ngeh,..
tunggu punya tunggu agak lama jugaklaa sebab ramai jugak baby yang jaundice panjang rupanya bukan dhia ajer..so oklah harap semua normal aja..akhirnya nek jugak no 2018, kakak Wisya pun kalut nak masuk jugak, babah tak moo masuk.. Jumpa dr wanita,nama tak   
baper nak perasan.. Doktor mula membuat salasilah family ibu dan bertanyaka rekod kesihatan ibu,babah dan anak ibu sebelum ni.. bila bagitau dah 29 hari baby ari ni, doktor tu mula menerangkan komplikasi baby yang kuning panjang ini..
  • bahaya takut pembesaran dia terganggu dan boleh merencat akal..melembabkan akal
  • takut efect pada buah pinggang, hatii...
  • susu ibu yang kurang enzim apa tah tak perasan sangat daa, melambatkan proses baik pulih kuning daaa...
Adoii nek gerun ibu dengar, harap-harap cuma kuning luaran sahaja jer, doktor check Dhia aktif, kuat ngeliat, bunyi macam-macam ler, doktor kata selagi baby aktiff ok, teruskan penyusuan ibu walaupun baby masih lagi kuning..walau apa-apa pun kena jugak ambik urine baby, darah untuk ujian bagi mengenal pasti sebab kuning yang panjang, harap sangat tiada apa ler..next appoinment 14/4 nanti, kalau tak dapat panggilan awal dari tarkh ni makna nya baby ok..kalau dapat panggilan awal, nebess ibu nak pk ni...
nak tunggu ambik darah,urine tunggu punyalah lama, sampai tgk babah dah mula nyebai sebab lama giler kitaorang tunggu depan makmal tu.. hmm macam ni lah servis hospital gomen wahai babah yang tak pernah follow ibu sepanjang appoinment ibu di Pakar 1 dulu ni..kesabaran ibu ni lain kan, akhirnya nurse memanggil dhia dan baby diserahkan mula tu tak dengar lagi suara baby, pas tu waaaaaaaaaaaa dengar dhia buka speaker daa..punyalah kuatt sakitla tu, then nurse minta pampers baru sebab baby dah poo poo.. hmm kesian anak ibu,sakit..tu ler ibu suh lawan kuning tu sayang..tak pasal-pasal kena kobek nak ambik urine ari ni...bila siap semua nurse bawak kuar tgk air mata bergenang sungguhla dalam mata Dhia yang somey tu, nangis tersedu-sedan la.. ibu peluk sayang, aduhaiii syiok nya tengok wajah somey tu memerlukan perlindungan, manja nya..sambil dok tersedu sedan lagi penangan..naik kereta jer terus lena tak moo nenen..ibu paksa jugak terus nyebal nangis..siannya anak ibu..
Alang-alang dah kuar ibu ajak g opis ibu hantar surat akuan bersalin dan isi borang cuti bersalin 90 hari la..hmm harap babah dah 29 hari ni esok dah masuk April kesian kakak CC nak wat rekod cuti Mac ni.. hmm sesampai jer di opis terus jer serah baby kat kak rasinah yang sedia menanti di depan kaunter n terus g bilik kak CC isi borang n serah surat akuan bersalin daa... semua datang kerumun ambik Dhia..hmm kakak Wisya dah ilang populariti lalu wat perangai tak bagi sapa ambik adik dia.. huk huk jenuh reyau ja Kakak wisya ni..
siap semua urusan, balik kesian lak babah dok tunggu lelama kat bawah..balik laa singgah makan nasi ayam kat Machang Bubok on the way balik umah.. he he kena tegur ngan en syed, ibu moden dah la ni..29 hari dah kuar jejalan... En det lak kata daku macam banduan terlepas ja pakai baju belang-belang pun..he he memang pun baru terlepas dari kurungan 29hari, walaupun tempoh berkurung adalah 44 hari..nak tak nak kena kuar ler sebab ada urusan yang perlu diselesaikan sendiri..harap-harap ibu, baby tak dak apa-apalah..
Doa dan harapan ibu...Semoga ibu, babah dan anak-anak ibu sentiasa selamat,sihat dibawah lindungan ALLAH s.w.t ..

**  amin **

nota: pic terkini masih non adooo sebab ibu belom ready nak possed ler masih kembang semangkuk daa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink