Showing posts with label slimming. Show all posts
Showing posts with label slimming. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

2nd day salad



Ha ha semangat nak kurengkan berat loh..
masuk 2nd day  ari ni lunch hour lak kokak buah-buahan n salad
wah.. besttt sini spu ada geng kaki makan buah-buahan..ari ni lepak ngan kak CC spu dan sis Norihah..potong-potong n cicah sos salad.. sis norihah kata style omputeh noh..kalau melayu style kuah rojak Mak Bee aaa..sembang pasal kuah rojak tu tingat kuah colek Kak Lily yang best tu.. terangkat..di spt selalu colek buah pelam.. kat sini ku colek epal ngan sos salad jelah, mana ada sapa reti wat kuah colek mcm d spt tu..
sembang sembang layan  waaa kinyang makan buah-buahan jer..
suka..suka..bukan nak kurus tapi Daku dalam misi nak kurengkan berat badan loh..berat sangat rasa bila jalan sakit tapak kaki lately ni..so dah tahu ler bila badan mula bg signal kan..
harap azam ku nekad ler at least kureng jadi 65 kg pun dah ok baru lah normal BMI daku..sepatutnya gitulah BMI dah over tau..orang tengok dd tak nampak gemuk pun tapi berat ni dah 70++kg aaaa..
sedap gak layan makan campur ngan Tuna mayonise...





Published with Blogger-droid v2.0.9

citer diet

hmm pas jer muat naik pic daku makan salad buah-buahan jer kat fb ramai friends respon diet ka? baper kg turun??.. sebenarnya daku bukan nak kurus sangat tapi nak sangat-sangat kurang kan berat badan..berat kg tu tau.. Dd ni kategori rangka besaq dan berat 75kg memang akan nampak BESAQ lohhh..sereyes dah lama tak g naik penimbang sebab scary tgk meter dok hala ke 8 jer..
bila sembang pasal diet ni..sebenarnya kalau p Slimming center pun rules diaorang tetap SAMA..

"U x leh makan itu, ini.. makan sikit saja..malam jangan makan..
air manis-manis jangan ambik, kalau boleh air kosong sahajaa"
kalau boleh u makan buah-buahan banyak..sayur banyak..
Makanan berlemak..berminyak JANGAN MAKAN...
makan makanan REBUS-REBUS jer
SEE!!! 

kalau gaya gitu kita sendiri pun boleh control maaa.. setakat bayaq RM 4-5 K just kita kena control makan baik TAK PAYAH ler p buang duit bela center depa..
sebab kejadian di atas pernah berlaku pada batang hidung ok..daku pernah dulu give up masa pas preggy Arwah Raqib masa tu dok 80kg ++ so try g slimming BZ Body kat Seberang Jaya, yelah time anak ninggal tapi berat dok tera tu jugak TENSION woo that y masuk jugak slimming center tu.. hasilnyaa nah burn RM248 untuk seisi pertama jer pun..n kos untuk daku kurus adalah RM8K++ soo... TAK DAK MAKNA nyaaa la kalau melibatkan kos yang tinggi-tinggi ni..
sebab tu jugak jarak preggy antara Arwah dan Dhia rapat sebab nak cover berat yang melampau sama.. niat dah masa pantang Dhia nak jaga betoi-betoi, konon la kan..
sebab kedua dok poyo nak makan buah-buah ni sebab kat area daerah opis baru ni tak tau lagi kedai-kedai makan yang best ok?? tak tau nak gerak p mana tanpa menyusahkan sesapa kan.Kat cafe yang ada tak kena selera pulak... so jalan mudah bertapa dalam pantry opis jer dulu..
dulu kat SPT pas makan pagi jer tengahari punya destinasi siap dalam pala otak dah.. MARA ler selalu jadi pilihan.. g JUSCO telah aaaa berbagai fast food ada $$$$ ni jer tau..
Kira ok lah save duit ari ni makan saja baru RM 4.00 sebab kos buah-buah semalam lebihan pun banyak lagi dalam peti..
duit minyak keta jer dok jadi isu utama..






Salad

sebut jer salad...
wah simple dan sangat mudah kan..
tapi meriah..
syarat ada buah-buahan sayur sikit ada sos dressing buah salad , tuna mayonise 
hmmm tadaaaa siap... potong tu sikit ni sikit siap..gauk-gaul
terus boleh makan..
sedap dah mengenyangkan..
kenyang ker?? so far okey laaa kan kan..

Jom nak kongsi resipi salad mudah Daku ni

  • buah epal hijau
  • buah epal merah
  • buah oren
  • tembikai
  • buah jambu batu
  • tembikai susu
  • buah pelam masak tapi keras 
  • coleslaw- ku parut carot perap ngan sos coleslaw 
  • sos salad buah-buahan
  • kismis hitam > sedap tuu..
  • kalau letak badam ke biji gajus pun lg superverb ok??
  • jagung> kalau tambah jagung memang sedap aaar
  • yogurt perisa oren..ikut citarasa kalau dd pilih oren aaa natural lik rasa..
cara-cara nya
  • potong buah-buahan tu, masuk dalam mangkuk dan gaul semua bahan-bahan di atas..kalau nak best lagi tambah yogurt buah-buahan kan..
siap tadaaa dah boleh makan...
V
V



simple dan mudah kan..dan  SEDAP yang paling penting SIHAT..




Tuesday, November 6, 2012

breakfast diet


Semangat ari ni...bangun pagi rebus jagung..siap-siapkan buah-buahan yang ku soping kat Tesco semalam, sebab ari ni nak start breakfast salad n buah-buahan gitu...
syiok ada geng yang nak diet ni.. rasa boleh ker kami tahan ni ekk??
rasa boleh kot sebab tengahari dah ada menu menanti..Laksa Tok Long sedapppp wooo..
He he so pagi ni daku, sis Sue n Sis Juwita breakfast makan buah-buahan n salad jer yer..roti belom tiba lagi time tu so apa lagi kacau jer mayonise tuna ngan jagung..sangat superverb aaaa daku cakap...
 semalam parut carot n perapkan dressing coleslaw ngan kismis hitam, gara-gara tingin menu salad di Hotel Gurney ler ni kan Elly.. ari tu poyo penuhkan pinggan ngan salad jer..sereyes kenyang sampai malam gak aaa...




Semangattt...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, May 2, 2012

Diet ! Diet!

Diet ! Diet ! adoiii
dah lama dok berazam nak kurus selepas bersalin dak Dhia.. tapi azam tinggal azam aaa
Tension toii laaa badan rasa makin nek dari 69kg after bersalin 1 tahun yang lalu n  la ni dah cecah 74 kg terkini aaaa...
sib bek Dd ni tinggi jaa kalau tak dah nampak rendang berbuah lebat aaa Dd ni...
bila nak start diet diet balik ni??
dulu pas pantang ok ja kokak sup sayur.. makan sayur.. la ni??
alasan tak makan nasi getaq lutut..tapi memang betoii pun, gena tuuu??
Tips-tips konon nak kurus dok kumpul banyak la jugak.. tapi MALAS toii aaaa...
selalu tanya orang Dd ni gemuk tak..jawapan depa hmm Dd ni tinggi ok aaaa.. atoiii jawapan tidak kena pada soalan la pulak..abis sangat kata Dd ni besaq.. BESAQ! hmm asume gumuk la tu ...
macam kes semalam..nak beli baju, sales girl awal-awal lagi dah cakap size besar tak dak aaa kak bila pegang waka waka dress ni..yang ada semua size 36,38 dan 40 ja.. Awat Dd ni besaq sangat kah?? hmm depa bg suh try size 44 yang pesyen lain n besaq kedabak weiii. last minta gak dress tu nak try size 40 jer yer... sib baik muat dan elok-elok terletak ja di badan, tidakla ketat mcm sarung nangka n macam body blouse. dan terus beli n pakai siap tanda protess Akak tak lah besaq sangat aaaa!!.. bila rasa syiok pakai waka waka dress ni timbul lik keinginan nak diet..diet n kurus balik aaa... 
"Ohhh Didie santek kan tengok orang kurus tinggi ni..pakai apa pun cantek he he ".. 
Sajoo wat ayat penyedap kan azam di hati..ngee harap-harap boleh la jalan yer..
semalam nak start dah diet, tapi en hubby kata reward sekali sekala dapat bako bako ikan bakaq hmm hampeh 2 pinggan setengah jugak ku hantam woiii...
Ari ni?? hmm pagi-pagi dah hantam makan ketupat En Pilot Khairul bawak n nasi goreng kak As tapau..mcm ner ni?? Ari ni cancel lagi diet ku tak moo nasi..Boleh pulak Tengahari kokak tempeyek nak jer sampai malam aaa..boleh ker tidak?? tunggu tengok aaaa...sampai bila kan kan... 



Tuesday, August 9, 2011

Kebaikan Lecithin


Alhamdulillah, kini daku tidak gusar lagi memikirkan berat badan ku..
Dengan adanya LECITHIN..  ringan badan..sentiasa lawas ..

Antara kebaikan Lecithin-Shaklee...

1. Membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi.
2. Lecithin  mengawal penggumpalan platlet darah/thrombus.
3. Baik untuk kecerdasan otak.
4. Mengurangkan risiko menjadi nyanyuk apabila tua.
5. Mengekalkan kelembapan  kulit.
6.Mengalakkan penyerapan vitamin yg larut lemak jadi lebih banyak vitamin dapat diserap (Vitamin A, D, E dan K).
7. Lecithin  merupakan pengemulusi yg bagus. Ia boleh mengemulsikan lemak sebesar bola menjadi bintikan lemak yg kecil.
8. Boleh diumpamakan sebagai pembakar yg membakar lemak dalam badan. Ini lah yang pentingnya untuk kurus badan.
9. Menggalakkan m e t a bolisme lemak dan mencegah hati berlemak. Apabila metabolisme anda meningkat jadi kuranglah lemak tersimpan ini juga faktor untuk kurus badan.
10. Mengawal kolestrol dalam darah.
11. Memberikan kulit yang lebih berseri dan menghilangkan kedutan.
12. Lecithin membantu memperbaiki kerosakan hati yang disebabkan alkohol berlebihan.
Jadi pada yang tengah mengamalkan diet apa kata menambahkan lecithin bersama diet anda di samping dapat kurus badan  ia juga dapat menjaga kesihatan anda. Yang penting ia tiada kesan sampingan walaupun di ambil lebih.
Ada juga lecithin yang ditambah vitamin e contohnya yang dikeluarkan oleh produk nutrilite iaitu Lecithin-E ini lagi bagus untuk kesihatan anda kerana kelebihan vitamin  E tersebut.
Jadi apa kata anda mencuba lecithin sebagai bahan untuk kurus badan disamping kurus badan, baik untuk kesihatan dan mental anda. Bukan sahaja dapat jaga badan dapat juga menjaga kesihatan. 

Sekitar Kedah, Penang dan Perlis..Jika ingin mencuba Lecithin Shaklee, anda boleh merujuk kepada saya.. saya sedia membantu..
email me; dyyany@yahoo.com..
facebook; didie redwan @ dyyany@yahoo.com
phone; 017-4416084

Saturday, June 4, 2011

kodek-kodek ...

Jam dah 3.30 pagi ni..ha ha tajuk n3 kali ni kodek-kodek sebab...
Ari ni>  ari makan-makan..yelah attend 3 kenduri dalam masa sehari..bayangkan ler mcm ner diet daku ari ni..rezeki ALLAH jangan ditolak... Diet boleh cover lagi..masih belom terlambat..Ramadan nak datang dah ni...
ari ni rasa...

DOLU ~:: gEndAnG gEnDuT tAli kEcaPi.. keNyanG pErUt SeNang hAti ::~  :)
KINI ~:: gEndAnG gEnDuT tAli kEcaPi.. keNyanG pErUt sUsaH hAti ::~  :(

tu yang n3 dia kodek-kodek ni releasekan peyot yang makan manyak ari ni..

Tak boleh tido laa.. so ari ni mcm biasa blogwalking..kodek-kodek tengok apa ada kat umah (blog) bloggerz cool n kreatif..
Pas tu terkodek view folder dalam doc picture, buka folder Dhia...terjumpa pic ku snap dalam wad masa Dhia kena jaundice, that time mula-mula sekali daku berjinak belajar nak pam susu..pam tidakla mahal secanggih mommies dalam group KIM kan.."saya budak baru belajar katakan"..guna pam pureen manual jer, sakit wooo anak punya pasal pam jugak sebab sakit dan risau akan bengkak jer.. 
Ya ALLAH murah rezeki sampai susu terpaksa kena tuang kat dalam sinki sebab dah expired la..


syiok tengok...

kuningnya susu sayang..
puas hati...

bekas dadih ja..
Sekarang dah pandai mermet, picit guna tangan jer, hasil tidak mengecewakan, dalam peti stok ebm pun dah semakin bertambah..
Budak baru belajar ni dah pandai nak ajar n kempen Nana my friend suh full bf kan Rihan back..kik kik..
Syukur , Dd ada ramai rakan bayi...
kini dah ada pam Avent manual>> tak sakit dah..
ada set cooler bag..ari-ari kena bawak p opis..
kat opis dah tak segan nak pam..rajin jer sebab sekali seisi pam dapat 4oz..semangat beb...
dulu letak dalam bekas dadih jer, kini dah ada storage bottle..

Sejak join group KIM ni...rasa mcm ner tah.. pk balik masa Nur Darwisyah dulu tak ler setamak kini..hubby selalu compare, dulu Wisyah mana kalut nak pakai botol BPA free pun..la ni nak Avent ja sebab  BPA free..nak mesin striller ler, dulu rendam dalam air panas masak ja.. tu yang en somi bising ..he he..

Semua ibu nak kan yang terbaik kan untuk anak-anaknya kan..en somi pesan kena ikut kemampuan la sayang.. Ok baikla en somiku.. 









Saturday, May 21, 2011

lagi petua....

Petua 1 : Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

Petua 2 : Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Petua 3 : Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.

Thursday, May 19, 2011

my target part 2

ha ha dah lama tak update n3 ni kan..sibuk bangatler....
sibuk ler ngan urusan rumah tangga.. jaga baby kecik dan besaq.. lagi 12 hari nak masuk kerja dah ni..
adoiiii yaiii  :( 
masuk-masuk kerja kena attend Exam KPSL pulak pada 7 dan 8 Jun dekat Kompleks Tabung Haji Pulau pinang, sib bek dekat-dekat jer, buat nya dekat KL ker aduhhh parah nak tinggal baby Dhia ni...huh urat manyak baloq liat dah ni..
Exam Kenaikan Pangkat Secara Lantikan soalan nya yang sangat susah wooo..ada rezeki anak-anak ku ada ler kan semua tu urusan ALLAH.. kita sebagai hamba-Nya kena berusaha, beriktiar kan kan..
Buku apapun tak sentuh lagi ni..malas bukan main aaaaa...
back to topik My Target part 2 ni tak lain tak bukan mestilah nak update kg terkini wat semangat untuk menuju puncak bak kata student Akedemi Fantasia.. he he..
daku masih semangat nak turunkan berat badan ni..mesti kena ada semangat laaa...
last timbang pada 16 Mei 2011- 74 kg dah...
target lost to become 65 Kg... dari 90 kg masa preggy ... hmmm berat wooo.. 
so kena total lost lagi 9 kg... huk huk kena kayuh makan sayur lagi ni..
dah 3 hari tak makan nasi.. makan buah-buahan..sayur-sayuran ja ni.pelbagai kan masakan sayur-sayuran campur..sebab lagi 12 hari nak masuk kerja maaa.. segan ler kat member-member opis sebab dulu jadikan mengandung alasan gumuk..sikalang dah tak preggy so kena lostkan ler apa yang terlebih sudaa kata si stacy he he...


kini daku ngah amalkan hard diet iaitu no makan nasi sampai dapat target kg huk huk.. tak tau la dapat ke idak ni...harap-harap berbaloi ler pengorbanan daku ni.. ini semua demi insan tersayang... sebab my hubby sound direct tak mau bini dia gemuk dan berisi.. nak bini bergaya seksi..waaaaa :( apapun demi suami.. pas tu suami tanya lik "sayang tak mau ka bergaya pakai baju kecik-kecik, cantek-cantek..."OF COURSE  ler NAKK!!.. abiss tu apsal kata demi abang lak.. he he sayang wat semangat ler bang oiiii....my hubby tak support langsung beli product slimming apapun ni...sebab mak abah dia kurus natural mcm org muda tak guna product apapun hanya tak makan nasi sahaja..hampeh toiii daku pun kena follow jugaklaa...
Tapi betoi kata hubby bila badan kita kecik sikit dari dolu-dolu kiter pun rasa semangat tinggi, nak pakai jeans..t-shirt lama-lama pun ok dah ni.. tak ler kurus sangat sikalang ni masih 74 kg tapi ramai dah tegur daku dah kurus banyak..he he especially pesaing sihat daku my SIL.. hmm kami bersaing secara sihat.. saling memberi semangat untuk kurangkan berat badan masing-masing...harap dia pun akan dapat berat idaman dia..pakej kami tinggi walaupun berat 7++ kg tapi owang tak kata kami gemuk pun cuma rasa sangat besaq dan agam jer ni...
Alhamdullillah.. bab nyusu, rezeki ALLAH pada My Dhia Nur Adawiyah masih tidak kurang, masih berlimpah ruah pada Dhia..Walaupun ibu ngah hard diet tak makan nasi, namun ibu tetap tak lupa nak ambik horlick, kurma dan makan makanan penjana susu.. Betoi kata Dilla, bf ni boleh FIT kan badan, terbukti suda.. walaupun berat daku tak lost mendadak namun badan ku kini rasa fit, mcm slim tapi belom betoi-betoi slim ler.. he he.. syukor 1 buat bonus buat ibu.. :).. 

rasa macam nak wat "KEMPEN JOM KITA KURANGKAN BERAT BADAN KITA" he he nak kurus tu mcm berat sikitla bagi daku...kena kerja keras tapi kalau kurangkan berat badan mesti boleh.. kan kan..

JOM-JOM JOIN..BERSAING SECARA SIHAT..




Friday, April 15, 2011

my target

Hari ni adalah hari terakhir tempoh berpantang..
nebess  sangat rasa bila dah sampai 44 ari ni..ari len sangat biasa buat diri ku..
ari ni mcm ari luar biasa jer.. harap-harap semua ok..dipermudahkan segalanya buat diriku...
hmm syukor Dhia sihat, result darah,urine..semua normal..hati ok..tiroid ok..so far tak dak apa yang membimbangkan lagi hati ibu ni.. so kini tibalah masa untuk ibu pk kan untuk diri ibu pulak yer..sepanjang tempoh berpantang ni..Dhia ada jaundice so sebarang jamu bersalin,ubat panas-panas, halia, lada semua tak ambik..tak makan sebab pk nak nyusu Dhia, rezeki dan hak anak kan..so berat ni macam slow jugakla nak susut..
Rasa bonus jgk sebab full bf jer ni.. so ibu dah tergedik-gedik dah ni nak mamam Pil Jamu Mak dara, tadi timbang berat terkini ialah 75kg..tu dalam tak makan jamu apa lagi tu...he he..full bf..
last rekod after bersalin adalah 78.5kg.. target ibu nak capai 65kg untuk ketinggian daku...kalau la dapat maknanya BMI ibu normal dan sihat...kalau lebih 65kg BMI gemuk.. oooh nooo...
Rewind buku merah mula pregnant kan Wisya ialah 63.5kg jer..makna nya dulu lagi kurus siot..soooo nekad kali ni nak jugak 65kg ke bawah...
ikut petua kena simpan semua rekod ni.. tapi terlupa la pulak nak ingat tarikh bila last timbang daa...wat motivasi diri sendiri...

so start ari ni..daku nekad sudah...nak kembalikan zaman kegemilangan ku yang lansing ngeh ngeh...azam membara jgn teguk ais sudahler...

Wednesday, February 23, 2011

kenduri & Diet

Ibu, Wisya one sangat suka pergi makan kenduri laa laa..
Ibu kan trade mark "Suka Makan-Makan" ni.. jangan dok heran ler ibu kelihatan "sihat" jer kalau ibu balik Perlis confirm kena tanya "awat ni cheq sihat noh?" haa..
so Nak update kenduri ler sepanjang bulan Mac yang akan datang ni..
semua bulan 3 makna nya time cuti sekolah ler ni kan? adakah sempat ibu dan baby inside nak merasa nasi kendurii ??




  • 12 Mac 2011>> Sabtu- Kenduri CIk Mashi  di Kepala Batas
  • 12 Mac 2011>> Sabtu-Kendurii En Amin jugak di Kepala Batas
  • 12 Mac 2011>> Sabtu-Kendurii Cik Syla Timur Laut di Kampung Mutiara, Batu Feringgi
  • 13 Mac 2011>> Ahad- Kenduri Adik En Ceploss di Kulim
  • 19 Mac 2011>> Sabtu- Kendurii Adik terangkatku Mila di Jitra...
  • 20 Mac 2011>> Ahad -Kendurii Adik terangkat Mila belah suaminya Nonon di Jitra..
hmm setakat ni rasa mcm baru 3 kad ada di workstation ibu ni.. yang lain tag event kat fb jer canggih dah la ni, tak perlu la kad manyak-manyak kan..save duitt..
Agak-agak sempat ke tidak ni merasa nasi kenduri kalian???
Kena tanya baby nak kuar bila ekk?? nak makan nasi kenduri ker atau nak Fully breastfeeding ibu jer baby ??
Diet??  ibu nekad nak start diet yang super duper extreme ni sebab nak capai target lost 30kg??? , kah kah ibu berangan dulu kan.. sekurang-kurangnya leh lost 20 kg pun udah ler tu pun rasa berat dah ni.. harap-harap ibu kuaatt aaaa tekad nak kuuusss!!
nak update berat ibu terkini 89 kg.. boleh p 90 kg lagi seminggu ni  .. berat BMI  ideal ibu 65kg.. so jom kita tgk
V
V
90-65= 25kg apa mcm boleh ke tidak ni ibu gumuk???


cara nak kira BMI ni senang ja..search carta BMI untuk kiraa..


Tinggi 163cm /100= 1.63 meter
Berat / Tinggi (meter)
so 89/1.63=33.5


 berat sihat BMI <25 sahaja..
lebih > 25 semua dikira "OverWeight"..


let say jer kan berat i 65kg  so BMI adalah 24.46 .. normal n sihat...


kalau berat lebih daripada 65 kg confirm over weight aaaaaaaaa..kena hengat itu...


33.50  is very-very bad weight aaa...so sib baik mengandung jer ni..kalau tak mengandung la ada jer sakit-sakit kronik yang berkenan so kena becarefull ngan berat badan anda...



Rewind pengalaman lost kg lalu semasa dalam tempoh berpantang..


taaaraaaa lost kg??

  • 1st preggy Nur Darwisyah last 80kg >> after tinggal 66 kg..so total lost = 14 kg jerr guna jamu Sendayu Tinggi..masa ni dah rasa slim giler jugakla ramai geng jkm Perlis tegur..sempat ler berangan ekk..tu pun kejap jer pas tu mengepam jadi 68-69kg aaa...
  • 2nd Arwah Aqib last 82 kg>> after tinggal 72 kg..so total lost= 10 kg jer sebab tak bf.. jamu Nona Roguy..tak rasa sangat sebab tak pantang betoi-betoi pun, dalam pantang hantam Mc D, KFC dan pelbagai..baby tak dak katakan..tak dak displin!! last sebelum ngandung 3rd ni 77kg.. naik 12kg sikalang ni.. 
  • 3rd ni kita tgk assume 90kg last >> ??????  rasa jamu pilihan kembali ke Sendayu Tinggi... hopelly not cezer aaaa, sebab bengkung semua dah siap tunggu nak lilit ja ni..tak sabar dah nak slim mlim balik la..
hmm nampaknya kena hunting lagi ngan Pak Google about teknik nak kurangkan berat  dalam tempoh berpantang ler jawabnya ni..

^-^

Thursday, January 20, 2011

ngomel si preggy mom

Ari ni 20/1/2011- Khamis..
Penang dapat cuti celebrate Thaipusam, Kedah pulak tak cuti maknanya Wisya One school ler today.Hubby lak keja malam..so kena jugak bangun awal pagi hantar Wisya g Tadika n ibu lak ada appoinment kat Pakar 1 Hospital Kulim, sampai hospital dah jam 8.30 pagi, tahu dah mestii ramai orang kat Pakar 1 tu, sib baik Penang cutii ari ni tu yang tak baper nak risau sangat terlewat suda..siap register, dapat no 16 pada jam 8.30 pagi mestii yang no 1-10 lagi awal sampai kan.. he he mcm biasa ikut flow test air kencing, tekanan darah dan timbang.. Bab timbang yang sangat-sangat mengerunkan hu hu.. dah boleh agak mestii naik lagi kg ibu.. huk huk...taraaa 86kg!! adoiii runsing-runsing aaaaa, mcm ner nak reduce sampai berat ideal ku ;65kg ni???? pk-pkkan ler.. Tengok jam belom lagi jam 9 pagi, perut n baby inside dok godek-godek lapaaq dah ni.. hmm kena makan dulu, sekarang pagi-pagi cepat rasa lapar ler.. mcm ner badan tak nek kg ni ha..dah jadi mcm kebiasaan ler sebelum jam 9 pagi mesti kena makan..breakfast ler sorang-sorang ngan baby inside kat kantin hospital kulim tu..siap-siap makan semua, tunggu giliran ler no 16 tu, huk huk punyalah lama weiii menunggu dari pukul 8.30 hingga pukul 10.20 baru ting ting nek no 16..bayangkan lengoh buntut dok menunggu, mau nya tak 
ramai patient tapi klinik buka 2 ja yang ada doktor, aaaaaaaahh rasa mcm nak wat aduan jer ni, gilerss ka apa wat mak-mak buyot tunggu lelama..Aku dah la g seorang diri, tgk yang lain semua nya datang berteman, ngan suami masing-masing.. hmm nak wat mcm ner kan hubby ku jenis tak leh tunggu lelama..dia tak suka prosedur hospital yang lama-lama ni so aku ni jenis redah jer seorang diri pun boleh blah ke mana pun.. lone ranger punya olang maa...
berbalik pasal check up ni, sib baik doktor perempuan rasa selesa sikitla.. so test mcm biasa, rupa-rupanya berat aku over may be kaki bengkak ketara jugakla..then g scan n dia ada tegur  naper nampak mcm perut kecil ja padahal dah masuk 8 bulan ni,dia tanya dia jawab sendiri,telahan dia may be mampat inside kot..hmm doktor pun godek-godek scan ukur kepala,perut,jantung,paru2, tulang belakang n kaki baby inside..semua kelihatan normal dan anggaran baby inside dah 1.7++ kg..semua nampak normal,sihat dan perkembangan ikut tempoh pregnancy, kepala baby pun duduk elok ja kat bawah, uri pun ok .. syukur Alhamdullillah..
Siap semua ngan ambik ubat jam 11.30 pagi..wahaaa dari 8.30 pagi hingga pukul 11.30 pagi ma abis masa di Pakar 1, sib baik penang cuti kalau tak confirm apply mc untuk ari ni sebab dah tired la nak drive p opis kat Bukit Mertajam tu..Wisya one balik jam 12.30 tengahari, ada sejam ja lagi ni malasnya kalau dah balik umah rasa mcm susah jer nak keluar balik n singgah kejap ler dok lepak kat kedai Mak Mertua ku Remaja Char Keow teow Kilang lama.Kat kedai ada myFIL n MIL, duduk borak-borak kejap ja ngan MIL about my pregnancy n macam ner dalam pantang nanti...pas tu MIL sibuk kat dapur n lantas mula terpk something..
Tadaaaa teka apa dia???
ha ha mcm ner nak reduce weight ler apa lagi dalam otak ni....
Ngah atuq strategi baik punya!! ha ha..
  • la ni selagi boleh makan, aku hantam akan makan...makan jer semua fastfood sebab after deliver NO ! No daaaa ^_^
  • Plan pas bersalin ni..Insyaallah aku memang akan duduk berpantang sendiri di rumah sendiri seperti sebelum-belum ni berpantang, walaupun rumah kami bertangga ka pelbagai.. MIL dah bagitau dia sibuk ngan kedai,tak leh la nak jengok-jengok jagakan,  aku memang dah biasa ler sebab masuk kali ketiga daa..aku dah tau mcm ner nak biasakan diri..mcm ner nak wat,apa leh wat..insyaallah semoga ALLAH memberiku kekuatan dan memudahkan seperti sebelumnya..
  • Apapun yang datang aku kena kuat menghadapi sendiri.. mcm ner pun kan..so memang aku tengah motivatekan diri ini daa...sebab hubby aku tak rajin tak reti berpk  mcm hubby orang lain yang ringan tangan bab-bab membantu isteri dalam pantang ..bab tu aku memang dah masak sangat ngan dia..kalau tak ketuk tak jalan la..semua kena suruh...tak suruh tak dakla dia nak wat...so aku dah set dalam kapla otak ni..Dd KUAT, TABAHKAN HATI..sebab aku yang suka sangat nak mengandung kan wahaaaa...ikut hubby wisya one sorang pun dah cukup bagi dia..sebab dia memang tak baper nak rajin jaga anak daa.alasan takut tengok lembik-lembik,kecik  ja. Aku pulak ?? tak mau la wisya jadi mcm aku, anak tunggal..tak dak kakak, tak dak adik...tak dak abang nak berkongsi apapun..semua harap kawan-kawan, adik-adik kakak orang ja aku menumpang kasih, berkongsi citer... Tak mau Wisya jadi macm aku..so aku nak jugak wisya ber"adik"beradik...
  • berbalik topik nak kurus ni.. pas bersalin memang aku kena berkerja keras untuk kembalikan berat badan ideal adalah 65kg..hmmm mesti kena BOLEH!! berat over sebab kaki yang tengah mebengkak dengan teruknya..dah mcm kaki bigfoot daa.. that y berat kat kaki dah baper kg, peha, bontot la,betis yang cekang jer ni..ada sauna dak yang boleh balut kaki bg slim ni ekk?? kalau ada nak beliiiiii !! sib baik duit manyak..ha haa semua nak beli demi nak kuuuussss...
  • Now berat 86kg, ada lagi 6 minggu yang akan datang maknanya boleh blah jadi 88 kg or 90 kg jugakla sebab 8 tu  nombor favorite,kah kah body pun nak 8 lagi..hmm bagi anggaran lah 88kg-65kg= 23 kg kena lost dalam tempoh cuti 90 hari tu beb!! Apamcm agak-agak boleh ke tak ni??? mesti BOLEH..kena BOLEH jugak walaupun tak boleh...sebab hubby tak suka bini dia gemukla..siap cakap lagi tu, nak mcm sebelum kawen mak aiii...jenuh aaaa...hubby pun cekeding,nak wat gena...
  • strategi nya..Insyallah nak breastfeed sepenuhnya kat baby inside nanti mcm kakak dia, Wisya one dulu  fully breastfeed, tgk pengalaman orang-orang yang bf ni badan, body semua mantap..mcm masa pas pantang wisya dululah, body aku tak lah seteruk yang kedua, yelah masa 2nd baby tak dak, tak leh nak menyusu, pantang pun tidak sebab asyik bebai jer.. so kali ni rasa nak pantang betoi-betoi punya.bab bertungku ja rasa mcm tak leh nak blah, sebab tak dak sapa nak tolong bakar tungku kat aku aaaa..bab berbengkung, insyaallah, siap order bengkung jenis korset gituu.. .tak mau ambik ais dah, tak mau junkfood dah, nak mkan sayur-sayur ja.Nasi?? mesti kena makan jugak..tapi mesti ambik dalam kuantiti yang sikit..Oat pulak minum pagi-pagi n malam haa ^_^.roti mesti yang breadthru mcm dalam bigger loser, ha ha keazaman yang  membara ni..
  • tip-tip nak kurus aku dah copy paste dalam blog ni dah.Sebab dalam pantang nanti nak search, baca blog,ngomel n update ker apa isi masa lapang konon...pas ni nak ikut ja schedule pemakanan baik punya..banyak ambik halia buang angin, lada itam, sayur-sayuran dalam tempoh pantang, confirm la aku kena masak sendiri simple-simple pun ok kan..demi nak fully breastfeed baby aku akan jaga jugak pemakanan aku ni , mana boleh pk nak kurus ja, susu pun mesti ada nutrisi yang terbaik ler..kena pk semua tu..sebab aku nak yang terbaik untuk diri dan anak-anak ku..n hubby ku, sebab tu yang nekad nak jaga badan, kesihatan luar dalam betoi-betoi kali ni..ada rezeki lebih nak mempunyai home sauna sendiri, senang nak burn lemak degil kat peha ni..
Doa ku semoga segala kelahiran kali ni jugak dipermudahkan seperti sebelum-belumnya.. Mudah mengandung, bersalin..Syukur nikmat ALLAH bagi kat aku, kadang-kadang duduk seorang diri bermuhasabah diri, ALLAH rencana kan hidup aku ni elok sangat-sangat dah..Dia tak bagi alahan teruk, sakit bersalin teruk sebab hubby aku jenis yang ambik mudah saja, susah nak bantu bini..semua lah ada kat dia ..so sepatutnya hubby ku pun kena bersyukur dan menghargai bini mudah mengandung,bersalin.. ada lagi kawan-kawan dia yang belom ada anak, bini alahan teruk sampai berbulan-bulan masuk hospital..mcm aku mengandung pun tak dak simptom, sedar-sedar period skip jer masuk 3 bulan hmm syukur  merasai nikmat mengandung, bab selera makan pulak tak yah cakap aa semua bantai makan..mabuk ke pening alahan orang mengandung  tak pernah pun rasa mcm ner walaupun dah 3 kali mengandung, apa2 check up monthly semua drive pergi sendiri..tak pernah harapkan hubby g teman walaupun anak sulung lagi aaa duduk berjauhan,kalau dia pergi temankan dok kondem lambat ler apa ke wat sakit hati ja..so better aku g sendirian, tunggulah mcm ner pun. Masa pregnant wisya lagi ler terasa dah la anak sulung dok kena check up kat Shah Alam n then perlis sampai la bersalin pergi jer seorang diri,  that y wisya kelihatan berdikari awal..jauh beza dan cepat matang..Syukur Ya ALLAH ku panjatkan atas kekuatan, ketabahan yang dikau kurniakan padaku.. 
Sesungguhnya aku redha ngan ketentuan Mu Ya ALLAH..

note mode:terlalu bohsan dan boring ari ni sebab hubby tak izinkan aku g bercuti ke perlis  ..maka ngomel la seorang diri..about diri...

Monday, January 17, 2011

Saya nak kuruss ler

Bila memikirkan badan yang kini dah mencecah 85kg- 32 weeek makna nya dah masuk 8 bulan pregnant terasa ngeri mcm ner ler nak kuruskan badan balik untuk ideal ketinggianku yang 164cm ni.. hmmm berusaha keras hunting teknik-teknik kuruskan badan ler jawabnya.. Mr google banyak membantu..tq en google.. :) 

maka tercopy n terpaste ler untuk remind kan diri mcm ner nanti untuk recover back after deliver ni.. 

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan
berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun
tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh
masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan
penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat
yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren keranaminuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran
lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses
penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan danmemilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program
tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut
lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah
dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini
boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan
kapursirih.Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Thursday, March 25, 2010

aku nak kurus...

Bestnya tajuk entry aku kali ini.."Aku nak kurus!!!!" huh..aku memang nak kurus..entahla aku rasa hilang keyakinan diri bila aku rasa diri ini gemuk dan berat masih 7++kg ni ha..Tolongla..aku memang nak kurus..tapi tulah kalau nak istanst slimming ni huh duit la wei,.kalau g bersenam, berjongging komitmen nak ambik anak lagi, suami keja malam kena balik awal lagi..kurangkan makan..memang dok kurangkan pun tapi tak susut lagi berat aku ni...yang pasti aku kini memang nak kurusla.....

So kini aku on ....??.. hah " biarlah rahsia" dulu.. aku nekad aku memang nak kurus n kurus ...


Saturday, January 16, 2010

Kelab DIET Mr Bam

*KELAB DIET MR BAM*






Memandangkan aku sekarang ni  hampir nak habis tempoh berpantang bersalin anak kedua, ada dalam 11 hari g tarikh ari ni. Namun aku masih susah hati, runsing dan tak tau nak wat apa kerana berat badan aku masih  diketegorikan "Overweight" beb selepas di uji di skala BMI..So dalam tempoh cuti da 20 hari gi, aku guna sepenuhnya membuat research berkenaan diet,cara-cara nak kurangkan berat badan secara sihat dan berkesan serta apa yang boleh aku wat untuk kurangkan kg aku yang masih di 7++ kg ni, maka aku terjumpa pada 1 blog ni, klik kat add atas untuk nak tau lebih lanjutla....pas baca-baca tgk then aku decide nak join contest ni lah agar aku ada guide line dan pembakar semangat aku nak slim balik bila tgk kg-kg diaorg ni loser. ala-ala "Biggest Loser Asia" lak...hu hu nak kuuusss punya pasal ni..harap-harapla tak jadi "hangat-hangat taik ayam" jelah..kalau leh nak target kg aku maintain 60 kg aaaarr, agak-agak leh dak ni?.(berat anak dara gitu hu..hu)kalau korang yang ada azam nak kuus ka, g ler tgk kat add di atas yer then kalau nak tau  "Are U Fat??" ada skala BMI kat gadget sebelah ni ekk, try ler tgk yer...


Nama: Didie
Umur: 28 tahun ni..
Berat: 77kg now
Tinggi:163cm
BMI: 29 kategori "Overweight"
Target Loser:60 kg
Start Join Contest: 16 Januari 2010

Kalau leh nak jadi macam ni balik....hu hu...
V
V
V


Time kawen dulu (2006), mcm tak caya jer leh kembang sampai 7++kg skunk ni..Paling buat rasa sedihla anak (Wisya) sendiri pun tak caya ni ibu dia huk huk....dia kata "ni" gambar cantek.."bu" gemuk..bila buka album kawen dulu-dulu ngan dia...hu hu lagi bakar semangat nak kuuus balik n tunjuk kat Wisya ni ...ibu mu lah..Suami lak? ayat power dia.."abg tak mau la bini abg gemuk sangat,badan tergolek-golek. Kalau leh nak macam pertama kali abang jumpa sayang dulu"..Cis bedebah! dia yang wat aku jadi mcm ni..huk huk nasibla jadi kaum wanita..Aku anggap jelah may be dia nak "burn" lagi semangat aku nak kuuus balik kot..Suamiku banyak bg semangat disamping kena kuaqkan modal nak bini dia kuuss balik tapi ada gak dok layoq aku ja ni ajak g makan Tom Yam ler,Mc D ler, KFC ler..Apa yang penting Azam mau Kuat!! Mcm Pn Yanti kata Chayok!! Chayok!!..

Wish me luck..Azam baru tahun ni nak maintain badan around 60kg aaaarrr...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink