Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, September 26, 2019

Muhammad Daniyal Amsyar

yes my only son.. Muhammad Daniyal Amsyar nama diberi... 
Syukur sujud pada mu Ya Allah

lengkap la mulut mulut mak cik bawang ngata ibu x der boy lagikan



Wednesday, March 1, 2017

6 bulan sudah....



Alhamdulillah, genap 6 bulan sudah 
Nur Dhafwatul Aisy







Sunday, February 15, 2015

Dutch Fort

Percutian pertama 2015
Dutch Fort gitu tajuk entry 1 untuk tahun 2015 ni... he he.. 
yelah tak mampu g oversea..lompat Pulau Pangkor pun ok lah kan..
janji 3D happy.. 
percutian yang tak plan pun.. suami ajak jomm jom... 
tumpang cuti dan bukan rate cuti perayaan or cuti sekolah kan..
sejak dah ada rumah sendiri.. kita orang jarang dah g bercuti..sebab komitmen tinggi bab $$$



Wednesday, April 9, 2014

9 April 2014 datang

9 april 2014 sudah berlalu... 
bermakna sudah 8 tahun bahtera perkahwinan kami menyusuri setiap onak duri, cabaran dugaan, senyuman, gelak tawa di hiasi si permata hati 3 puteri dan 1 putera syurga. 

Alhamdulillah.. 
syukur ya ALLAH
Setiap dugaan,cabaran yang datang mematangkan dan mengentalkan diri...




Tuesday, July 30, 2013

Ibu raya


Hmm.. masuk-masuk opis rini da kerongsang raya untuk ibu laa..
from Kelab Kakitangan PKMDSPU 2013..
color tak boleh pilih ok..so tengkiu yer ahli kelab..

Tahun ni baju raya ibu semua jenis jubah dan dress labuh, size jubah n dress 46 dan 50 okay sebab ibu raya berbadan dua..7 bulan already.. syukur Alhamdulillah dalam tak der baju raya sempat jugak ibu rembas 3 helai okay?? 
1 dress color pink terang konon nak ikut tema peplum 2D
1 jubah besaq color itam 
dan 1 dress labuh merah gitu,  yang ni ibu tak dapat tahan diri dari beli dress ni cute sangat color merah gitu kat Lyana Collection Kompleks Kailan.. harap-harap tak larik ler bajet raya ibu tahun ni..sebab beli tak control..rugik rasanya kalau tak beli laa..
Tudung?? seyes selai pun tak beli lagi.. tak reti la nak matchkan sebab banyak sangat pesyen Fareeda celop laa.. tak suka style tu muka kembang jadi macam singer pun ada...so memang tak der tudung lagi untuk 3 jubah ibu ni..

Meriah nya rasa raya..ibu saja dah ada 3 helai jubah okay..cukupla kan 3 ari berhari raya..

11hb t ada kenduri lagi..3 jemputan kenduri.. 1 umah mak long.. 1 umah kak son..1 lagi umah sepupu mak mertua..so cukuplaa ngan baju raya yang ada ker..

Babah?? mcm kebiasaan la tak nak baju raya bagai.. dia lebih suka pakai baju melayu yang lepas-lepas jer.. hissh nak beli bagi 1 dah siap ugut tak nak pakai..sooo ikut suka hati lah kan..


Baju raya


Syukur Alhamdulillah..
rezeki untuk raya tahun ni..
baju-baju raya my 2D dah selesaiii..
sib baik ada KAk Zue yang tolong matchkan baju 2D..
ikut trend semasa ambik peplum ler..
Sabtu baru-baru ni bawak 2D g fitting baju kat Butik zuza Collection kat Taman Sungai Dua Utama...

kosong-kosong jer...

Baju ibu pun dah settle.. baju ibu meriah ngan manik-manik bagai laa..
so ibu ngan daya kreatif yang ibu ada...

Tadaaaaaaaaaa,...siap ibu dah modified baju peplum 2D ni okay..
dah cantek laa adik kata..
tahun ni tak der tema..tema pun pakai rembasss jerrr 

Tuesday, April 23, 2013

Kesan gadget


Alkisah nya... 
ritu ada merungut jugak nak beli tablet or ipad kat wisyah..
tapi ku di tegoo oleh some one yang ku tak ingat sapa ekk
rupa-rupanya ada fakta keluar..
bila difikirkan ada betoi jugak kan...
sebab daku sendiri rasa macam IQ dah kureng laa dok main note jer..
rasa daya pemikiran ku juga semakin kureng laa...tak macam dulu-dulu ada jer idea kreatif sekarang ni dah rasa malas sangat nak kodek even laptop toshiba tu pun dah tak sentuh ok..
adoiiilaaaa..
bila dah dengar nasihat gitu, terus cancel tak jadi belikan tab kat wisyah..
Wisyah dah ada note book.. better lagi dia ada note book sebab ada kemahiran buka n tutup n operasi kan...note ibu pun dia tak larat nak main kot..nasib baik ibu punyaa bolehla control sama..kalau dia punya alkisah susahlaa kan...
Kesan Gadget melalui Kajian dan Fakta yang diperolehi ke atas anak-anak. |

Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak;
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah ...Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. 

Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.
2. Perkembangan bahasa mereka lemah
3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.
4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.
6. ......... .......

Kesilapan-kesilapan dalam mendidik anak


Monday, April 22, 2013

My nyawa...

Syioknyaaa 2D dapat ikut ibu p kursus kat Key Ell 1 minggu kan..
yang sorang tu skip tadika 1 minggu.. yang lagi sorang happy bukan main tak yah masuk taska 1 minggu, syiok tengok anak-anak kita sihat dan bergembira kan..
Ibu pun seronok balik kursus ada babah mai ambik, tak susah menapak naik turun bukit kat ISM tu, dapat tido peluk anak2 lagi ni..bonus nya  tengok keceriaan anak-anak..
kalau tidak malam-malam nak tido sure dok pk depa bertiga kat kulim tu..
mr hubby siap warning kalau nak p kursus mana-mana bgtau awal2 dia nak apply cuti n follow samaa..wow..so sweet laa..rasa diri ini disayangi..tersentuh hati bila dengar  mr hubby cakap kat my mil  masa nak bgtau nak follow daku "  kesian kat dd dia nak kena turun naik bas, lrt pas tu cari teksi lagi.. turun naik bukit lagi".. thank u abang..yer sayang tahu abang sayang kat sayang kan..
sayang pas ni kena berubah laa..jadi isteri yang reti bersabaq sama kan..reti bersyukur ada suami sayangkan isteri  walaupun mr hubby tak moo tolong wat keja rumah kan..kan..walaupun dia tak pernah tunjuk nak romantik2 mcm hero-hero dalam novel yang banyak kat umah tu... kena belajaq sabaq sama kalau umah semak mcm tongkang pecah..kayuh pelan-pelan.. 
adoiilaa penat jugaklaa nak jaga rumah n hall yang besaq dengan anak-anak yang sedang membesar belajar meneroka kawasan dan pandai semak-semak kan..
dalam rumah ada ibu jer yang nak wat semua tu..

Ari ahad yang lepas ada apply satu teknik kat si kakak..
ibu; kakak mai laa sat ibu nak peluk...(sambil buat muka penat :( ) 
Kakak; naper ibu.. ibu penat ka..
ibu; hmm ibu penat la semua ibu kena buat..kakak tolong laa jangan semak-semak rumah lagi, umah pun tak mop lagi ni.... kalau kakak kesian kat ibu ni...kakak jangan kotor kan yer..
kakak; ok ibu..kakak tolong ibu mop rumah yer..sebab kat sekolah kakak selalu tolong cikgu..
ibu; betoi ka kakak nak tolong ibu mop rumah ni..
kakak; betoi laa.. mai kakak wat..
ibu; omg.. ok kakak mop satu rumah boleh..tapi jangan main ayaq lak
kakak; ok.. kakak boleh wat

hasilnya yer..kakak berjaya bantu ibu mop 1 rumah dan basuh bilik air gitu dengan wangi nya ( jangan kedekut sabun la sebab depa suka main ayaq n sabun)...
Syukur Alhamdulillah anakku dah cerdik, dah boleh bantu ibu..legaa sikitla kan...


moral of story nyaa..
  1. jangan paksa anak-anak kita yer..kalau depa tak mau..jangan sesekali ugut ok..
  2. main psikologi sikit ngan depa ni..macam main tarik tali..
  3. bagi kepercayaan kat depa..yakin dengan depa..
  4. hargai depa.. puji bagi terangkat sikitlaa..depa suka tau kena puji melangit gitu




on the way ke key ell bukan main nyanyi bagai...
kat lobby otel siap possing kakak n adik...

tip-tips...


Perkongsian dari motivasi di IKIM.fm....tips memasak yang berkat. ♥♥

1. Memasak sambil berzikir, dari mula smpai abis masak
2. Tangan yg memasak, tubuh yg memasak hendaklah orang yang SOLAT tak tinggal 
3. Jgn masak ketika marah
4. Jgn masak ketika membebel
bila masa dlm keadaan marah, takut2x yg masuk ke dlm perut anak2 dan suami akan jadi RACUN. Kalau rasa-rasa masak mcm tak cukup..bacalah doa ini...
... Laisalaha Mindunillahi Khashifah..


Tuesday, April 9, 2013

Happy Anniversary 7th


Ari ni 9-04-2013 - Selasa
Selamat Ulangtahun perkahwinan kita yang ke 7 tahun yer Mr Hubby..
Tak sangka noh..kejap jer rasa tengok da masuk 7 tahun..my Wisyah pun dah 6 tahun laaa..
Doaku Semoga perkahwinan kita kekal hingga ke hujung nyawa, direstui, diberkati selalu..
Bahtera mana tidak di landa ombak dan badai di lautan kan..
so macam tu jugakla rumahtangga kami...
ada pasang surut nya..ada jugak time masam muka..macam kisah P.Ramlee tu masam-masam manis kan..
"Sedangkan Lidah lagi tergigit...Inikan pula rumah tangga..."
yang penting kita saling memahami, saling melengkapi antara satu sama lain kan...
SABAR adalah kunci UTAMA okay dalam rumahtangga ni..tak dak SABAR ibarat tak dak iman laa kan..
tu yang dok dengar macam-macam kes dera pukul keganasan rumahtangga di akbar berita..

Sepanjang 7 tahun ini dikurniakan 3 cahaya mata dan bakal no 4 ins shaa Allah bulan oktober nanti,
1. Nur Darwisyah Bt Redwan
2. Arwah Mohamad Raqib B. Redwan
3. Dhia Nur Adawiyah Bt. Redwan
4. baby Octo update..

lengkaplah keluarga kecil kami yang dibina pada tarikh 9-4-2006...
di murahkan rezeki mendiami Teratak idaman ...
dilimpahi rezeki dalam kerjaya..
Semua ini buat ku bahagia menjadi Wanita, Isteri dan Ibu...
Syukur Alhamdulillah ku panjatkan ke hadrat Illahi..
bersyukur dengan apa yang ada...







Tuesday, January 29, 2013

I-city again

Wednesday, January 2, 2013

azam baru??

Tiap kali masuk tahun baru...
sure ada isu pasal Azam baru gituuu...kan??
Memang kena ada azam baru ekk tiap kali masuk tahun baru???

jawapan ku... HAAAAAARUSSS ada ler kan..sebagai garis panduan untuk kita siap-siapkan diri kita mencapai dateline itu...
contohnya daku..tahun lepas (2012 punya celitaa..nak ada rumah sendiri..rumah sendiri)..
syukur rumah sendiri , mencapai dateline sebelum mencecah masuk tahun 2013..
Tahun ni punya dateline??? 

1. rasa-rasa macam nak tambah anak jer..yelah dah mula rasa kepingin nak da baby laa..Dhia dah nak masuk 2 tahun 3/3 ni.. so rasa sesuaii dak ekk kalau Dhia nak beradik lagi??

2. kalau tak ready or tak der rezeki nak berbaby kecik soo nak kuruss laaa...

3. nak jimat cermat..sebab gaji n duit tahun ni dah reduce p ke rumah okay.. harusss kena ingat gitu...tetiap tahun azam ni jer tapi gitulah duit tak berkepok kepok pun...tetapi rezeki ALLAH tetap ada buat kami sekeluarga..masih sentiasa cukup walaupun ada tikanya kering.. 

4. dalam kerjaya lak..nak settel kes cepat-cepat laa bab kes bantuan ni..kesian kat orang laaa..sebab depa minta bantuan that means depa susah kan..

5. kena SABAR banyak-banyak sikit dalam melayani kerenah anak-anak yang sedang membesar laaa...









Friday, December 28, 2012

citer Melaka again

Melaka again..25 Dis 2012
selepas setengah hari berada dalam Zoo Melaka..
1st plan haruss cari penginapan..yess my old friends dah carikan apartment untuk kiter orang..
just g check in kat Globalion Hotel, apartment 2 bilik rasa macam duduk dalam rumah jerr.. ada swimming pool syioklaa my Darwisyah mandi-manda..
nak cari makan..makan?? haruss g ke Crystal Bay Alai kedai Ala Kassim...makan Seafood fuhh heaven rasanya menikmati hidangan laut yang segaq bugaq..sayang my note kehabisan bateri..
RM 75.00 for 5 person dengan ikan pari bakar, sotong besar goreng tepung, udang masak butter, ketam masak pedas gitu, kepah masak halia.. burp kinyang gilaaa...

pas makan meronda laa apalagikan...
syiok ngan panorama yang santek di Melaka..
yang paling tertarik Da boom ialah Beca yang warna warni gitu, meriah ngan woofer speaker lagu bagai weiii.. sib baik la note tidoo kalau tidak penat muntoh ijo kena snapp ku possing atas beca..


dan yang paling kemuncak mlm tu naik "Melaka River Cruise" menyusuri sungai selat Melaka...
cantek gilaaa lampu yang di pasang sepanjang sungai.. ngan bangunan lama yang di ubahsuai.. melalui Perkampungan Morten yang sangat cantek..





Zoo Melaka kami datang again

Zoo melakaaa kami datang semula selepas setahun 9 bulan..
25 Dis 2012- Selasa
raya krismas kat Zoo melaka..
nak larik dari Key Ell yang sesak dan tak der fun ( for hubby la)
for mee ofcoz nak g Sogo (sorga soping bak kata Yani)..
gerak dari Putrajaya jam 10.00 pagi..tiba Ayer Keroh jam 12 lebih laa..
1st destinasi harusss masuk Zoo Melaka sebab kami ada 2 D yang cerdik..kegembiraan mereka adalah kegembiraan kami..














Thursday, December 27, 2012

cuti d key ell


24 Dis 2012- Isnin
alang-alang g berurusan Di  Perumahan di Putrajaya so mr hubby decide 
"jom cuti-cuti mesia"..
bawak 2 D jalan-jalan..naik train..naik monorail pusing pusing Key Ell..
  • Tidoo rumah Mila kat Presint 8 di Putrajaya..
  • g makan laksa yang sedap di rumah Miela kat Cheras..dah lama tak jumpa Miela since Wisyah umur setahun dulu ni..
  • park keta kat TBS Bandar Selatan..naik train..Adawiyah nangis bagai nak rak..si kakak yang berani terlebih..ibu yang risau sangat..
  • naik train g Plaza Low Yatt..pusing-pusing Bukit Bintang..
  • masuk Berjaya Times Theme Park..seyess takut naik roller coaster..
  • plan nak p I-City Shah Alam..hujan dan orang sangat ramai..jalan ke sana jammed gilaa sooo naik train pergi lepak-lepak KLCC jer malam tu..jalan di Key ELL sesak okay..
  • seyes stress ngan kesesakkan di key ell membuatkan mr hubby nak larikk dari key ell






Published with Blogger-droid v2.0.9

akhir tahun

Salam... moooorning alll
wah dah bersawang laman belog ku ni..
yehaaaa.. baru balik bercutii cuti-cuti dalam malaysia jer..
bila tahun der nak kuar cuti-cuti luar malaysia tak tau la kan..
Bersyukurlah di beri kesempatan bercuti Dd oiiii..
hmm ari ni rasa lemau lagi..letih perjalanan balik dari Melaka semalam ni...
so ari ni misi nak upload laju-laju masuk sini jooo..
wat tatapan anak-anak ibu nanti.. 

Wednesday, October 24, 2012

tak cukup masa

Sejak berpindah ke rumah sendiri ni..
Hari-hari rasa penatttt..sebab pagi-pagi kereta banyak nak kena seberang jalan x macam dulu dah..
Tak cukup masa...ari-ari lewat masuk kerja ..semalam 5 min ari ni p 8 min..adoiilaaa
Stress la plus next week dah kena start travel g wisma Persekutuan Bertam, Kepala Batas loh, masih dok riki cari jalan dekat ajer ni.. banyak kata ikut Tasik Gelugor daa..jalan kelapa sawit yang mengantuk tu..
Macam ner lah daku  nak urus masa ni.. Taska, Tadika adik Kakak jalan ke Junjung so kiranya kena berpatah balik jalan daaa.. nak tukaq taska risau ngan adik Dhia yang tak baper serasi ngan orang yang dia tak kenai..Kakak may be tahun depan kena tukar tadika ler.. Risau si adik jer ni pesyen x mau kat orang dhia nak ummi dia ja..Penin ibu pagi-pagi macam lipas kudung daa.. jantung pam giler macam lari pecut 100 meter pun ada..masuk keta termengah-mengah, anak baru 2 orang..kalau 6 ka 7 ka 8 ka..adoii jenuh...
Dd oo dd Dalam sibuk-sibuk nak siapkan nota serah tugas ni sempat g kan post n3 membebel daa.. 
start 29 Okt daku kena berubah sama sekali jadual, masuk tidur awal supaya tak liat bangun pagi.. kalau terlewat confirm jam 10 pagi aaa sampai opis.. cuti tahun nak bawak tinggal baper ari ja lagi ni..jenuh laaa dok EL or mc kan.
Dah pindah opis kelakuan kena jaga sebab orang baru selalu akan diperhatikan, lain la di SPT ni dah macam Taikun kik kik...



Monday, September 24, 2012

Selamat pengantin baru.













21 september 2012 akad nikah

22 september 2012 w-day..
Tahniah Iera Faizeera dan Khalifah (Sepupu mr hubby yg paling rapat ngan family kitaorg..)
Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa kalian..
gembira tengok Kakak sepanjang majlis berlangsung meriah dan grand toi la.. 




Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink