Showing posts with label jaundice. Show all posts
Showing posts with label jaundice. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Jaundice oooo jaundice



memang tak boleh nak elak kan..baby dari sakit demam kuning ni kan..
nak tak nak terpaksa check in juga bawah lampu ni ..
turun naik turun naik... ari ni hari ke 12 meter masih di paras 214 yooo..
hope cepat lah semboh yer anak...
cuma kali ni daku tak baper nak risau sangat sebab pengalam masa Adawiyah lagi aaar...



Thursday, March 31, 2011

day 29...

ari ni 31 Mac 2011-Khamiss.. 
ari ke 29 berpantang, ada appoinment kat Pakar 3 Kanak-Kanak Hospital Kulim untuk susulan sebab Baby Dhia Nur Adawiyah masih lagi kuning cuma tak tau tahap mana dah yelah dah stop check up ambik darah seminggu yang lalu..
Bila dah ada appoinment kat Spital tu kena lah bangun awal dari biasa untuk siap-siapkan diri,kakak dan Baby kalau g lelambat lambat ler siapnya..ari ni baby baru nampak si pinky sebab baru pakai baju color pink, ambik dari kotak hadiah kak lina.. somey terlupa nak snap pic sebab ibu masih runsing pk jaundice adik ni..
jam 8.30 kuar umah g Hospital Kulim, khamis adalah ari appoinment segala pakar di Spital so parking full ler, tempek jelah janji leh park ha ha ibu kata ke babah sebab ibu selalu wat gitu kalau g appoinment Pakar 1 dulu ni..
Memandangkan 1st time untuk klinik pakar 3 ni kena register dulu, timbang,ukur tinggi dan lilitan kepala ibu, hmm 29 hari baby dhia dah naik sekiloo, syukur berat dah naik..org lain bersalin anak 3 kg anak ibu 29 hari baru 3.4kg..okler naik jugak kan...baru bam-bam sikit badan pipi Baby ni...dapat no giliran 2018, hmm 8 lagi ..suker laa tu..ibu gila no 8..ngeh ngeh,..
tunggu punya tunggu agak lama jugaklaa sebab ramai jugak baby yang jaundice panjang rupanya bukan dhia ajer..so oklah harap semua normal aja..akhirnya nek jugak no 2018, kakak Wisya pun kalut nak masuk jugak, babah tak moo masuk.. Jumpa dr wanita,nama tak   
baper nak perasan.. Doktor mula membuat salasilah family ibu dan bertanyaka rekod kesihatan ibu,babah dan anak ibu sebelum ni.. bila bagitau dah 29 hari baby ari ni, doktor tu mula menerangkan komplikasi baby yang kuning panjang ini..
  • bahaya takut pembesaran dia terganggu dan boleh merencat akal..melembabkan akal
  • takut efect pada buah pinggang, hatii...
  • susu ibu yang kurang enzim apa tah tak perasan sangat daa, melambatkan proses baik pulih kuning daaa...
Adoii nek gerun ibu dengar, harap-harap cuma kuning luaran sahaja jer, doktor check Dhia aktif, kuat ngeliat, bunyi macam-macam ler, doktor kata selagi baby aktiff ok, teruskan penyusuan ibu walaupun baby masih lagi kuning..walau apa-apa pun kena jugak ambik urine baby, darah untuk ujian bagi mengenal pasti sebab kuning yang panjang, harap sangat tiada apa ler..next appoinment 14/4 nanti, kalau tak dapat panggilan awal dari tarkh ni makna nya baby ok..kalau dapat panggilan awal, nebess ibu nak pk ni...
nak tunggu ambik darah,urine tunggu punyalah lama, sampai tgk babah dah mula nyebai sebab lama giler kitaorang tunggu depan makmal tu.. hmm macam ni lah servis hospital gomen wahai babah yang tak pernah follow ibu sepanjang appoinment ibu di Pakar 1 dulu ni..kesabaran ibu ni lain kan, akhirnya nurse memanggil dhia dan baby diserahkan mula tu tak dengar lagi suara baby, pas tu waaaaaaaaaaaa dengar dhia buka speaker daa..punyalah kuatt sakitla tu, then nurse minta pampers baru sebab baby dah poo poo.. hmm kesian anak ibu,sakit..tu ler ibu suh lawan kuning tu sayang..tak pasal-pasal kena kobek nak ambik urine ari ni...bila siap semua nurse bawak kuar tgk air mata bergenang sungguhla dalam mata Dhia yang somey tu, nangis tersedu-sedan la.. ibu peluk sayang, aduhaiii syiok nya tengok wajah somey tu memerlukan perlindungan, manja nya..sambil dok tersedu sedan lagi penangan..naik kereta jer terus lena tak moo nenen..ibu paksa jugak terus nyebal nangis..siannya anak ibu..
Alang-alang dah kuar ibu ajak g opis ibu hantar surat akuan bersalin dan isi borang cuti bersalin 90 hari la..hmm harap babah dah 29 hari ni esok dah masuk April kesian kakak CC nak wat rekod cuti Mac ni.. hmm sesampai jer di opis terus jer serah baby kat kak rasinah yang sedia menanti di depan kaunter n terus g bilik kak CC isi borang n serah surat akuan bersalin daa... semua datang kerumun ambik Dhia..hmm kakak Wisya dah ilang populariti lalu wat perangai tak bagi sapa ambik adik dia.. huk huk jenuh reyau ja Kakak wisya ni..
siap semua urusan, balik kesian lak babah dok tunggu lelama kat bawah..balik laa singgah makan nasi ayam kat Machang Bubok on the way balik umah.. he he kena tegur ngan en syed, ibu moden dah la ni..29 hari dah kuar jejalan... En det lak kata daku macam banduan terlepas ja pakai baju belang-belang pun..he he memang pun baru terlepas dari kurungan 29hari, walaupun tempoh berkurung adalah 44 hari..nak tak nak kena kuar ler sebab ada urusan yang perlu diselesaikan sendiri..harap-harap ibu, baby tak dak apa-apalah..
Doa dan harapan ibu...Semoga ibu, babah dan anak-anak ibu sentiasa selamat,sihat dibawah lindungan ALLAH s.w.t ..

**  amin **

nota: pic terkini masih non adooo sebab ibu belom ready nak possed ler masih kembang semangkuk daa...

Sunday, March 13, 2011

Jaundice oh jaundice

Dah 11 hari ari ni...Baby Dhia ada jaundice or kuning..
Sebab ibu kumpulan darah O, baby Dhia pun kumpulan darah O..maka risiko tinggi untuk jaundice ni.. hmm berusaha ler ibu dan babah ni nak kuaqkan Jaundice dari Dhia..
Tiap -tiap hari Daku dan hubby membawa Baby Dhia ke klinik untuk check jaundice ni..kesian tecik-tecik tapak kaki dia kena cucuk ambik darah..huk huk
Dari ari ke 4 163 kuar wad Pakar 1 kanak-kanak terus nek jadi 202>224> 243....
Semalam dah mula menurun jadi 243 > 224 > 220 ari ni...kitaorang try petua air sengkuang cina ler..kurangkan dia tidoo..baby jaundice ni kuat tidoo ler..
Hunting petua nak kurengkan jaundice ni FB..
Rupanya-rupanya mcam petua ada...
Ni antara perkongsian ngan rakan-rakan FB..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink