Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Thursday, September 26, 2019

Muhammad Daniyal Amsyar

yes my only son.. Muhammad Daniyal Amsyar nama diberi... 
Syukur sujud pada mu Ya Allah

lengkap la mulut mulut mak cik bawang ngata ibu x der boy lagikan



Wednesday, March 1, 2017

Puri baby 6 bulan



Bila dah genap 6 bulan bermakna baby dah ready untuk makanan pertama nya kan.. so ibu dah lama xcited nak tengok wajah anak ibu makan.. so ibu buat puri ubi kentang plus susu ibu untuk makanan pertama baby ibu ni, seronooknya tgk wajah dia nak makan... sooo somel.. 

6 bulan sudah....



Alhamdulillah, genap 6 bulan sudah 
Nur Dhafwatul Aisy







Friday, October 25, 2013

geeeaam.......


gerammnya tgk kaki dak kecik ni...cute n comey jer..

cukur dan tahnik

Alhamdulillah...
Selesai dan lepas niat ibu nak wat cukur n tahnik dengan kenduri pulut kuning secara kecil-kecilan untuk sedara mara dan jiran yang terdekat..

Good Girls sangat lah baik..
ari ni di pagi jumaat.. 25 Oktober 2013..ari ke 24 di dunia..
di botakkan kepala dan di belah mulut oleh Ustazah K.Ida, siap possing lagi time ibu nak snap gambar dier.. hmm budak-budak la ni noh..zaman Fb la katakan ustazah tu cakap..

jom layan...picasa budak baik tu...













Rasa puas noh, bila niat dihati telah dilaksanakan..terima kasih pada mak mertua ku, mak su fariza, n kakak ipar datang tolong masak pulut kuning, kari ayam, kurma telur, nasi, sayur untuk kenduri kecilan ini..



Sunday, October 13, 2013

Dhia Nur Sumayyah


Dhia Nur Sumayyah Bt Redwan
nama dipilih oleh Babahnya, dari tak ngandung lagi dah cakap berkenan sangat ngan nama Sumayyah..sebab dok dengar lagu nasyid In team kot rasanya..

"Sinaran Cahaya Kebanggaan Kami/Ku"

Alhamdulillah..murah rezeki anakku ini.. sentiasa di ziarahi oleh rakan-rakan ibu..


Selamat Datang my 3D


Alhamdulillah....
Ahlan Wahsahlan My Dhia Nur Sumayyah Bt Redwan..
02 Oktober 2013- 7.36 malam
Hospital Kulim, Kedah
dilahirkan secara normal SVD.. berat 2.4kg 

Pada mulanya dijangka lahir pada 01 Oktober 2013 tapi baby tak ready nak keluar lagi sebab nak ibu cuti hingga abis tahun ni..."Good Girl...

Pagi 1 Oktober 2013-jam 8.00 pagi g menyerah diri ke Hospital Kulim, Kedah untuk di induce, tetapi pada jam 10.00 pagi doktor nak masukkan ubat induce tu doktor scan tengok posisi baby songsang berpusing kepala di atas, kaki di bawah.. Ya ALLAH terkejut doktor india tu..sib baik scan dulu..kalau terus induce naya ibu...
Terus Doktor call Pakar 1 Doktor Goh naik tengok, then bila doktor datang terus dier decide nak cezer n tanya ada puasa ke tak...
Ohhh tidakk ibu belom ready untuk di cezer,terlalu banyak kesulitan bakal di hadapi jika ku pilih cezer, terus wat muka blur n minta nak balik dulu...Doktor Goh tak benarkan.. may be dier tengok daku wat muka serabutt..so dier bagi 2nd pilihan iaitu pusingkan kepala baby turun ke bawah, jika berjaya.. baru boleh induce.. that means kena ler check in lagi 1 malam di Hospital Kulim tu yer...ibu duduk jer atas katil tido pun mengiring takut baby pusing songsang balik... tiap 2 jam ada nurse datang pasang mesin rentak jantung n check posisi kepala baby..

Pagi 2 Oktober..jam 6.30 pagi doktor datang bagitau nak masukkan ubat..so scan tengok ok semua..masukla sebiji ubat untuk paksa bukaan rahim...relaks- punya relaks...sakit sikit -sikit jer pun.. jam 12.30 doktor check bukaan baru 2cm then masukkan lagi 1 dos induce.. pas tu mula rasa menyengat-nyegat daaa.. tak boleh dok diam daa.. pas mr hubby balik jer ngan 2D terus tak leh dok diam, g jalan-jalan ronda wad 10 ziarah jiran sebelah dah selamat bersalin... pukul 4.30 petang dah rasa sakit semakin kerap dan kuat..sempat lagi g mandi air panas..kemas-kemas barang semua then g kaunter nurse bagitau sakit kuat tak tahan dah.. nurse check tengok dah buka 5cm..terus depa wat kalut aaaar nak tolak p Labour room..

Kul 5 petang tolak p LR, note en hubby ambik balik then tak der bgtau dia lah..karang dier datang kul 5 lebih jap g nurse bgtau la kot... tolak-tolak masuk LR tak ramai sangat terus g katil.. n doktor pecahkan air ketuban..doktor check tengok kepala baby jauh sikit dari pintu so diaorang baringkan ku secara duduk bagi kepala baby turun.. pasang mesin..drip air.. tunggu  punyalah sakit ya amat dan kerap semakin mencengkam...sehingga lah jam 7.30 tu ku dah tak tahan minta nak teran jugak laaa... akhirnya jam 7.36 selamat dah anak perempuanku yang ke tiga...
Alhamdulillah.. ALLAH permudahkan .. syukur Ya ALLAH.. hanya itu sahaja yang dapat dilafazkan...
baby sihat..normal..

Pas tu sakit jahit dah tak rasa bila baby diletakkan atas dada ku.. tengok mata dia bulat jer bukaa.. Fuhhh nikmat dan anugerah ALLAH yang tidak dapat diungkapkan ..
so malam tu tido dengan senyuman jer bila tengok baby ada dalam baby cord sebelah jer..
Pukul 9.30 baru ditolak masuk wad 10..En hubby n Kakak Wisya 
senyum jer..
  baby  selesai di Iqamat kan di telinga..

Bermula la rutin berjaga di malam hari....




Friday, June 28, 2013

6 bulan already...


  Alhamdulillah 6 bulan dah baby inside ngan ibu.. ada lagi 3 bulan yer sayang nak jumpa ibu, babah, kakak dan kakak kecik.. x sabar la pulak rasanya nak cium baby inside ni..
Andai ada rezeki ibu dan babah n kakak-kakak yer sayang..
"membesar lah dengan sihat dan sempurna bagai juara ibu.. rasa jugak keciwi nak p teropong adik baby nii..tapi kan babah tak kasi ler..kata babah biaqla kali ni suprise la pulak.. ibu dah ada 2 anak perempuan, anak lelaki (Raqib- penjaga) ibu.. so apalagi kan..tunggu baby kuaq jelah.. hmm 18/7 ni ada appoinment scan di klinik Pakar 1 Hospital Kulim.. doktor  pakar nak teropong adik..time tu rasa-rasa ibu boleh dak tahan diri nak tau ekk.. tunggu dan lihat yer.. semalam ibu g kedai tok.. tokey buku tu kata "waaa u banyak cantek ler confirm itu baby boy yaaa".. hmm amin..mudah2an yer.. 


seri ibu inside ker ni??? 

nota tepi:# rini mood purple day..serba baru gitu dari atas tepi luar dan dalam... he he..

Wednesday, May 22, 2013

Tahniah Kak Wan Rohaiza

Syukur Alhamdulillah...
Kak Wan Rohaiza dah selamat melahirkan (cezer)  seorang baby girl 22 Mei 2013 , jam 11.00 pagi tadi  di Hospital Seberang Jaya..
gambaq baby tak leh upload lagi rini sebab auntie Dd tak sempat terjah lagi ari ni,plan  esoklah selepas balik dari Appoinment Pakar 1 Hospital Kulim Ins Shaa ALLAH auntie Dd g sana terjah sebab esok dah apply leave so tak perlu lah nak rushing sangatlaaa.. ye ye esok  cutiiiii ari jumaat penang ambik wesak..cutiii lagii continue..balik kampung Felda Ijok ada kenduri doa selamat...

Seronoknya..tak sabar nak g cium bauan kiriman dari Syurga tu.. baby girl la la la.. kongsi birthday sama auntie Hosniah ler nampaknya..





Thursday, February 14, 2013

anak-anak ibu..


My Nur Darwisyah...
 My Raqib ..
My Dhia Nur Adawiyah..

V
V

my no 4 in my womb... 6 week already...

Thursday, November 1, 2012

Berita Gumbira


Gumbira nya Daku..
Ari ni dan esok datang lepak opis lama.. 
dapat tahu berita gumbira sangat-sangat hingga nitis air mata ku..
Tahniah yer.. Dd sangat gumbira mendengarnya..
Senyum ler Dd sampai ke 7 bulan ni..
Syukur Ya ALLAH.. rezeki dan nikmat mu Ya ALLAH..
Semoga ibu dan anak selamat dipermudahkan jalan..
Cute baby on the way say Hi to Auntie Didie...
rasa-rasa tahu tak sapa dia ibu yang bertuah sangat tu??
Dd tahu... n tak lama lagi semua akan tahu...
Wah Syioknyaaaaa...


Wednesday, September 5, 2012

Welcome (^,^)






Home Sweet Home....

Ah Lan wahsahlan... 
Anak sedaraku belah hubby no 5.
3 September 2012 jam 2.30 ptg
Hospital Kulim
3.4 kg, normal
Mudah perjalanan mama dan baby..
pukul 11.00 pagi turun tanda jam 2.30 petang selamat..
Nama belom resmi lagi dlm MyKid sebab mr Papa busy bawak baby g ambik darah check kuning
Tapi mama bgtau baby; 
Nur Irdina Erien Damia Bt Razim


Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, January 24, 2012

update tentang Baby baru lagi...


Baby kongsi raya.. malam raya cina ..
Tahniah Nadya & Aqib..
member opis spt atas kelahiran anak kedua mereka..
Welcome Nur Inas Mahsuri 
22 Jan 2012- 11.12 malam
normal- 2.7kg, lebih 0.1kg ja dari Dhia ekk..
Hospital Kulim, Kedah

Bila nak terjah ni??? dekat ja Taman Merak jer ni...
Comeynyaa... masa baby inside geram tgk dok dalam peyot mama dia.. sikalang suda kuar ma, adusss geramm seh mau gomoii 2x ni...

Thursday, January 5, 2012

baby new year


baby sapa ni tersesat masuk dalam ni??? Comeynyaaa!!
he he...ni anak buah baru ler..baru sampai pagi tadi..
my sister terangkat dah selamat bersalin baby girl.
5 Jan 2012 Khamis jam 4.47 pagi
 Baby diberi nama Iman Zara..cedapnyaaa..
To Mila dan Non.. Tahniah..
Lengkap sudah keluarga  yang dibina..
Semoga berbahagia selalu yer disamping orang baru..


Saturday, June 4, 2011

fenomena gejala tersedak susu dikalangan bayi...

Kongsi untuk peringatan kepada diri sendiri dan rakan rakan....






KES kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.

Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja men...genal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.


Menurut Pakar Kanak-Kanak, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim, kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan.


Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

"Dalam tubuh manusia, terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang. Apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang puting botol yang terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

"Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan.

"Namun, bagi bayi yang ditinggalkan berseorangan, sudah tentu tidak mendapat maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas. Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ini sudah cukup untuk melemaskan mereka.

"Dalam masa beberapa saat saja jika tidak diberi bantuan kecemasan segera, bayi akan terus meninggal dunia," jelasnya mengulas beberapa kejadian yang berlaku, baru-baru ini.

Tambahnya, sebagai penjaga sama ada pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko bayi lemas. Sepatutnya, ibu bapa dan pengasuh menyusukan bayi mereka dengan cara yang betul.

"Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

"Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

"Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur," katanya.

Selain bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula. Ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan, seterusnya ke bahagian paru-paru.

Sama seperti kes tersedak susu, jika tidak diberi rawatan segera, mangsa akan terus meninggal dunia.

Menurut Dr Nik Rosenorleyaney, bagi mengelak bayi meninggal dunia akibat tersedak susu atau tercekik makanan, ibu bapa dan penjaga perlu mempunyai pengalaman melakukan rawatan kecemasan di rumah.

"Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.

"Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.

"Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang," katanya.

Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi.

Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.

"Kebanyakan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja. Namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak, semakin kuat anak menangis, hayunan lebih kuat. Sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak.

"Ini termasuk sama ada buaian biasa atau elektrik yang turut memberi risiko sama," katanya yang mengakui biasanya kes yang dirujuk di hospital menunjukkan bayi tidak mengalami demam atau sawan tetapi meninggal secara tiba-tiba.
Daripada imbasan dijalankan, didapati berlaku pendarahan otak yang sukar diselamatkan.

Tambahnya, ada juga kes bayi yang meninggal ketika tidur yang boleh dikategorikan sebagai sindrom kematian mengejut. Ini berlaku bagi bayi yang tidur meniarap.

"Menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Ini berlaku bagi bayi yang masih belum berupaya mengangkat dan memusingkan kepala sendiri. Biarkan bayi tidur terlentang bagi mengelak lemas.

"Pastikan alas digunakan lembut dan tidak tenggelam. Elakkan penggunaan selimut kerana turut memberi risiko sekiranya kain itu menutupi muka bayi," katanya.

Perkara yang jarang diambil perhatian ialah keselamatan di bilik mandi. Sekiranya anak sudah pandai merangkak dan berjalan, sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup dan tiada baldi atau besen berisi air.

Walaupun air di dalamnya hanya berisi enam inci, ia sudah cukup melemaskan bayi sekiranya muka bayi termasuk di dalamnya dan seterusnya menyekat saluran pernafasan.

Ibu bapa bekerja yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak harus memastikan pusat penjagaan itu mempunyai sijil yang sah juga pengasuh berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mengenai bantuan kecemasan.


Di samping itu, tinjau kawasan sekitar seperti tandas, dapur, tempat tidur dan tempat bermain yang selamat untuk anak mereka.

Panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak:
> Pastikan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menggunakan buai.
> Setiap bayi tidur di dalam katil masing-masing dan diasingkan mengikut usia bagi mengelak bayi terlanggar atau terpijak.
> Menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak.
> Mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelak keracunan makanan.
> Orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama. Ini bagi mengelak tertukar susu terutama bagi bayi yang alah dengan susu lembu.
> Pemberian susu botol harus diberikan secara orang perseorangan mengikut posisi menyusu badan. Elakkan memberi susu ketika bayi berbaring.
> Tempat menguruskan bayi harus diasingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak-kanak. Ini bagi memastikan kebersihan serta mengelak kanak-kanak bermain dengan peralatan berbahaya di dapur.
> Elakkan penggunaan cerek, sebaiknya gunakan termos yang boleh dikunci.
> Pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak-kanak lain.
> Hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya.
> Anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma.




Anak-anak ibu....



Monday, May 9, 2011

bayi kembung???

Bayi yang mengalami kerengsaan akibat angin dalam perut atau kembung akan menangis teruk tanpa sebab dan keadaan ini berulang setiap hari, biasanya pada lewat petang atau awal malam.
Punca sebenar kembung perut tidak diketahui tetapi antara faktor yang mungkin menyebabkannya ialah sistem penghadaman bayi yang belum matang, hormon dalam susu ibu dan pengambilan susu secara berlebihan.

Masalah ini lebih kerap dialami bayi baru lahir berusia antara 2 minggu dan 6 bulan tetapi boleh berterusan hingga mereka berusia 2 tahun atau lebih.

Untuk memastikan sama ada bayi mengalami sakit perut akibat angin atau kembung, ibu bapa perlu memeriksa samaada perut bayi lebih keras atau lebih tegang daripada biasa, kelihatan menggelembung atau mengeluarkan bunyi lompong apabila diketuk dengan jari.

Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

1.Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.



Ibu bapa perlu berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :
  • Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
  • Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  • Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.
  • Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.
  • Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
  1. Bawa bayi anda bersiar-siar di taman
  2. Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.
  3. Mainkan muzik perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen
  4. Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh
  5. Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat
  6. Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan.


Thursday, April 14, 2011

43 arii...

Ari ni ari ke 43 berpantang ..
appoinment Baby Dhia ambik result darah, urine kat Pakar Kanak-Kanak Hospital Kulim..
Alhamdullilah..Syukor Ya ALLAH.. Keputusan Dhia semuanya ok dan normal..
Berat pun dah nek jadi 3.95kg.. Sihat anak ibu...susu ibu adalah yang terbaek..
Segar dari badan ibu.. wahaa :) ibu suka pas ni ibu leh ler makan jamu sikit..dah lama tak makan ubat apapun sepanjang Dhia ada  jaundice..berat ibu masih 7+++kg lagi ni.. ada lebih kurang 10 kg lagi nak kena lost kan..
Balik dari Hospital, singgah kedai mak mertua sementara menanti jam 1.00 petang untuk pick up Kakak Wisya di Tadika..
Sempat  ibu snap n possed beberapa pic baby ari ke 43 ni wat tatapan beliau nanti-nanti...








Thursday, April 7, 2011

ANAK...

Petua mendapat anak
Kalau yang nak dapat anak, tapi belum dapat-dapat dan dah lama berusaha, cuba kaedah ni. Baru-baru ni ade terdengar dekat telivisyen rancangan tanyalah ustaz kaedah macam kat bawah ni....
“Ambil susu kambing segelas. Buah kurma segenggam. Asingkan buah kurma dari biji. Kemudian campurkan buah kurma tersebut kedalam susu kambing. Kemudian di kisar hingga sebati. Amalkan minum setiap hari samada nak minum satu gelas teros atau minum 7 teguk sehari. Sebelum minum bacalah BISMILLAH dan jangan lupa untuk bersalawatke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Nak elok lagi, salawat Syifa. Lebih elok lagi kita baca selepas salawat tu, doa-doa amalan Rasulullah dan Sahabat. InsyaAllah akan dikurniakan anak oleh Allah dengan berkat dan rahmatNya atas usaha yang kita kerjakan. Amin”
Sekadar berkongsi ilmu dan Semoga Selamat dalam amalan seharian kita.

Monday, April 4, 2011

sebulan sudaa..

Kejap nya masa berlalu, pejam celik pejam celik tengok dah sebulan daku bersalin kan si Dhia Nur Adawiyah ni..cepatnya masa berlalu, rasa macam baru jer pas bersalin pulak.. Hmm dah sebulan umur Baby Dhia ni.. Syukur Alhamdullillah genap sebulan suda..
Ari ni ada check up ibu dan Anak kat Klinik Desa Air Merah.. hmm baby kena cucuk daa...Bangun pagi kena siapkan kakak g Tadika, hantar kakak then balik umah mandikan baby n tunggu babah balik keja malam..Minta babah temankan sebab ibu pun kena check up sekali nanti sapa nak tolong pegangkan baby lak..
babah balik jam 9.00 pagi, ibu dan anak dan siap tunggu ajer tak mau babah tunggu lelama..Ari ni Sampai klinik lengang ja tak dak orang so terus kena timbang baby, buka baju..timbang dah naik jadi 3.5 kg..Syukur..ukur panjang, lilitan kapla..baby dhia gayat kalau tak berbaju..wahaa.. syiok tgk baby terkapai-kapai nak capai apa yang dia leh capai..ibu ni kuat ngusik sebenarnya..macam main baby doll ja rasa...
Pas timbang, giliran ibu pulak untuk check air kencing- ok, berat terkini-78.4 hu hu masih berat ni, tekanan darah 90/60 agak rendah sebab rushing pepagi, hb-11.2 ok ler..check perut tgk kekerasan rahim ke tidak..Syukur semua ok dan ibu sememangnya sihat dan kuat..Anugerah ALLAH pada ibu..
Hmm ari ni baby dhia kena cucuk 1 bulan.. nebes ibu takut baby demam ja, nurse kata tak demam punya lah.. hmmm time cucuk syiok tgk muka,mata dia macam selesa sangat dalam pelukan ibu, Dhia sikalang suda pandai nak sentiasa dalam dakapan ibu ja..
Jeng-jeng jarum,suntikan apa tah lupa dah nama siap..hmm nurse suh ibu pegang tangan dan peha baby belah kanan..masuk jer jarum muka merah  macam nak nangis terus nurse pegang pipi baby Dhia then tak jadi nak nangis..kelakar ibu  tengok..gaya macam adik Dhia nak rengkah kiyau daa.. waa kuatla anak ibu,steady ja pas kena cucuk sebulan ni.."Good Girl"..
Selepas cucuk, terus balik umah jer tak g ke mana dah sebab babah terlalu ngantok balik dari kerja malam kan.. Masa nenenkan baby dhia ni, mata kami sama bertentang, tangan kecilnya meraba nenen ibu..rasa alangkah bahagianya ibu dapat menyusu kan anak ibu dah sebulan usia baby Dhia, susu sikit pun tidak berkurangan malah lagi lebat dari biasa... Ya ALLAH, ku teramat bersyukur dianugerahkan anak yang baik, secomelnya Dhia Nur Adawiyah, sihat,kuat..semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak ibu...kerana mereka lah kekuatan ibu untuk terus hidup di dunia ini..
Dhia Nur Adawiyah kini suka sangat tido atas riba ibu..cute sesangat tgk Dhia tido walaupun tiada bantal dia tetap layan, yelah lomak ibu di peha kan berlipat-lipat ganda lagi..susahnya nak lost kg ni haa...dah sebulan baru lost 11kg mak aiii lambatnya berat lost..yelah jamu apapun tak makan sebab tak mau efect susu kat baby da..pelan-pelan kayuh ler nak kuus pun dalam pantang ari ke 33 ni ( selalu sejukkan hati yang down).....

Dhia suka tido atas ribaaa....

atas riba...dah nampak sikit debab..

dah pandai tgk orang...senyum...pk apa tah ni...

Sunday, March 27, 2011

25 hari suda...


Baby ari ni dah 25 hari, belom lagi cukur kepala..esok akan dibotakkan..
dah pandai senyum..buli ibu nak tidoo atas riba, tangan..
berat dilahirkan 2.6kg..
berat masa diserahkan pada ibu jaga 2.4kg...
berat selepas dijaga oleh ibu terkini 3.3 kg..berkat susu ibu...susu ibu sepenuhnyaa..
Semoga anak ibu membesar dengan sihat..


^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink