Friday, June 3, 2011

Kekerapan Faktor utama penghasilan susu...



Ketika seseorang ibu mengandung,penghasilan susu byk bergantung kpd hormon.Keadaan ini dipanggil Endocrine Control Sysytem.Ini bermakna apabila hormon-hormon berkaitan dgn penghasilan susu berada pd tahap normal,ibu akan mula menghasilkan kolostrum apabila kandungannya mencecah 16 hingga 22minggu dan akan semakin bertambah slps 30 hingga 40jam slps... bersalin.Selepas 30 hingga 40 jam bersalin penghasilan susu dikawal oleh autocrine (local) control system.
Oleh,itu makin kerap bayi menyusu ataupun anda mengosongkan payudara,lebih byk susu akan dihasilkan dgn lbh pantas.Adalah penting utk setiap ibu memahami konsep diatas krn ia mbolehkan kita memahami bagaimana utk mengawal susu.Ringkasnya jika ingin menambahkan penghasilan susu,kita harus memastikan payudara dikosongkan dgn lebih kerap sepanjang hari dgn melakukan panduan berikut:

  1. Kerap menyusukan bayi atau mengepam diantara waktu menyusu.
  2. Pastikan payudara dikosongkan sebaik mungkin pd setiap waktu penyusuan atau mengepam.Ini dapat dipastikan dgn melakukan perkara yg berikut:
  3. Periksa lekapan dan kedudukan bayi agar menghisap dgn betul
  4. Berikan kedua-dua belah payudara pd setiap sesi penyusuan.Biarkan dia puas menyusu disebelah payudara sebelum menawarkannya disebelah lagi.
  5. Gunakan teknik breast massage dan breast compression.
  6. Pam payudara setiap kali slps menyusu jika merasa payudara penuh.Jika payudara berasa agak lembut selepas bayi menyusu maka anda harus mengepam diantara waktu menyusu.

Thursday, June 2, 2011

mitos penyusuan ibu

Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu...

cute!! 

Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik. Campur tangan org sekeliling kadang kala dan tidak mendapat sokongan padu suami boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak. Antaranya mitos yang selalu bermain di fikiran ibu-ibu:-
  • KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP
         Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.
  • TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sbenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibuyg pekat.
  • BAYI PERLU BERADA SELAMA 20MINIT DISETIAP PAYUDARA
Ia tidak betul! Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi.Jiak dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.
  • BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
Salah!! susuibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi.
  • BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin D ketika dlm kandungan)
    • IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
    Susu ibu mengandungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.
      • MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
      Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu.
        • WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
        Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanykkan wanita bertindak mberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau atas sbb-sbb laintetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa mberhentikan penyusuan.
          • JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
          Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.
            • LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
            Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.





            Thursday, May 26, 2011

            muhasabah diriku...

            Hanya Kalimah Syukor Alhamdullillah sentiasa ku panjatkan atas kehidupan yang hampir 29 tahun di muka bumi -Mu Ya ALLAH...
            Dikurniakan seorang suami yang penyabar, cool dan biasalah lelaki kan dengan sifat semulajadi mereka..namun ku bersyukor sepanjang perkahwinan kami yang mencecah 5 tahun ni tak pernah lagi sakit, cedera "fizikal" kalau hati tu biasalah kan..adat ler..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri bak lagu P.Ramlee ngan Sarimah dalam citer 3 Abdul tu.. 




            Dikurniakan 3 cahayamata yang comei,sihat dan cerdik.. Apalagi yang ku perlukan kan?? hanya kalimah Syukor sahaja agar ku sentiasa  redha dan mereka lah kekuatan hidupku sekarang, yang hanya daku perlukan kekuatan,ketabahan,rezeki yang halal dan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan yang mendatang dalam melayari bahtera alam perkahwinan dan membesarkan dua permata hati yang ada disamping ku  di amanatkan oleh ALLAH, 
            Teruja betoi kalau baca kisah ibu-ibu ngomel tentang anak-anak kan.. daku pun sama, seronok sangat dapat cuti 90 hari bergaji kali ni, dapat membesarkan permata hati sendiri.. Nur Darwisyah dan Dhia Nur Adawiyah adalah obor nyalaan semangat daku.. senyuman mereka adalah penawar gundah di hati, kakak dan Adik ni buka mata jer dari tido terus tersenyum, Ya ALLAH murah rezekiku..semangatnya ibu... sampai kadang-kadang rasa terlintas di hati nak benti kerja, nak jaga membesarkan anak-anak sendiri, tapi apakan daya keadaan ekonomi yang belum mengizinkan kami sekerluarga..

            1.Nur Darwisyah Bt Redwan..


            Wisya dah 3 tahun, 11 bulan 1 minggu dan 1 hari bersama ku..
            seorang anak yang cerdik,mulut tak dak insurans lagi pot pet dan aktif mcm ibu, 

            2. Muhamad Raqib B. Redwan


            Putera Syurga ku dah setahun 5 bulan 1 minggu dan 3 hari dia disana, Nursery ALLAH yang tidak ternilai harganya dapat ku bayar..

            3. Dhia Nur Adawiyah Bt. Redwan


            Dhia dah 2 bulan 3 minggu dan 1 hari usianya membesar bagaikan juara dengan susu ibu sepenuhnya, Alhamdulillah rezeki ALLAH bagi kat Dhia, susu yang paling mahal di dunia, tak lama lagi kena duduk taska ler lagi seminggu ibu dah nak masuk kerja dah ni. Dengan usia sekarang Dhia pandai tengok orang, teruja bila letak depan babytv, dah boleh meniarap dan suka hisap jari, chap-chap bunyinya..comey ja ibu dengar...

            anak-anak ibu...

            Terujanya tgk anak-anak ibu ni..

            Tido mesti isap jari..chap-chap bunyi dhia..
            Apa yang ada kini membuatkan daku bersyukur hidup dalam kesederhanaan, tidak mewah seperti yang di impikan, namun sebagai hamba-Nya kita kena sentiasa berusaha, beriktiar memperbaiki hidup bagi mendapat apa yang terbaik dan di impikan..Ajal, maut, jodoh dan rezeki semua rencana ALLAH..ku bermohon permudahkan hidup kami sekeluarga, keberkatan, keredhaan mu Ya ALLAH dalam menjalani kehidupan kami Ya ALLAH..


            Ya ALLAH, pelihara lah kebahagiaan keluarga ini..dengan segala rahmatmu..
            Amin Ya Allah, Amin Ya Rabbana Al lamin...




            Saturday, May 21, 2011

            lagi petua....

            Petua 1 : Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

            Petua 2 : Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

            Petua 3 : Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.

            Friday, May 20, 2011

            1st open bf restoran

            1st time trial to open bf public...
            alkisahnya gini, masa ni nak g jejalan kat tasik Taiping jumaat yang lepas-lepas..
            seperti biasa kalau nak bawak My Dhia mesti upah dia dulu dalam kereta bagi full betoi-betoi then baru kitaorang akan keluar, Dhia lena kekenyangan dalam stroller dia..
            hmm memandangkan tgk anak kekenyangan begitu, hati ranggi si ibu tingin nak kayuh padle swan kat tasik Taiping ngan sepupu, Iera, my hubby nek lagi satu paddle ngan anak dara dia; Wisya one..




            Dhia my MIL tolong jagakan, seronok punya seronok kayuh sampai ke tengah tasik My MIL call bagitau baby nangis terkejut dan mcm nak nenen jer.. huh puas kayuh woo nak ke tebing..rugik-rugi rm 10 tu.. takkan nak biar Dhia kiyau selop pulak kan.. sampai jer tgk muka dah nek merah macam nak ngamuk jer.. keta park jauh, kat tasik tu tak dak port nak bf.. so dalam beg baby ada bekal selendang pakai masa raya 10 tahun yang lalu, lama giler selendang ni ngan daku.. saja spare kot kena open bf kan, actually ari tu tingin sangat nak beli nursing poncho, tapi en somi membebel bagai nak pekak tinga kata membazir ler, tak guna sangat ler dah la harga pun rm39.90 dekat
            rm 40, nasibla kan my hubby yang lokek sebab tak support bf ni. So apalagi ambik selendang tu terus lilit then open restoran la kat Dhia yang sedang kiyau..En somi memang marah kalau bf open ni tapi memandangkan anak kiyau, pakai selendang tu pun tak nampak sgt so dia tolong cover2 perbetoikan selendang takut ternampak cik B daku..siap perli balik kata "hmm dari perabih duit beli poncho tu, selendang pun ok dah ni..sabar jelah :(
            Sempat suh en somi snap pic ni semata-mata nak wat n3 ni, dah lama nak update tapi masa non adooo kan...ok tak 1st trial open bf restaurant nii??

            1st trial open bf restaurant ni... ^_^
            Selepas 1st trial ni tak pernah lagi lah dah wat open bf sebab sebelum turun dari kereta mesti kenyangkan Dhia dulu, kalau lepak lama-lama kat kedai mak mertua daku n Dhia sure akan g main menyorok kat dapur or sudut sembahyang dalam kedai tu, sebab tahu hubby tak suka open bf ni, hanya isteri yang akan memahami suaminya ..hmm tapi suami ku.. demi anak.daku akan cuba bf selama yang boleh, Insyaallah semoga niat daku seorang ibu dipermudahkan-Nya.. 
            Setiap ibu inginkan "HANYA yang terbaik buat anak-anaknya kan" dah jadi ibu ni lain sangat rasa.. daku sebenarnya seorang anak yang haus dan dahagakan kasih sayang keluarga bahagia. Ku tak pernah rasa kasih sayang sebuah keluarga..tapi ku redha hanya ALLAH ja tahu setiap urusan-Nya..Bila dah ada keluarga, anak sendiri ni, ku jadi tamak..nak bagi, sediakan semua yang terbaik untuk anak-anak ku..Harap en somi akan memahami hati dan naluri wanita ini..

            Hanya padamu  Ya ALLAH ku bermohon..
            Semoga Allah tidak membutakan mata hatiku dengan semua limpahan rezeki ini.. Dan tolong jangan jadikan aku hamba YANG TAK TAU BERSYUKUR.. YA ALLAH....

            Amin

            Kumpulan ibu nyusu....

            •  Ibu-ibu KIM Fb yang sangat perihatin...
               
               
              Didie Redwan
              mood:sgt rasa sedih.. Memerlukan kata-kata semangat bg meneruskan perjuangan menyusu Dhia Nur Adawiyah utk 6 bln akan datang. Lg seminggu daku akan mula bekerja. Hmm stok ebm belom ada lg ni. Pk mcm2 dah ni br nak pk cr pump,storage,botoi segala bagai. Hubby daku ngong pasal bf,bila luah apa rasa hati ni terus dia ckp bg Fm babelac ja senang,x yah pk byk dah. Wisyah bg fm sihat,cerdik ja.Berat rasanya hati nak bg Dhia FM masa d taska, sejak join KIM daku jeles tgk keupayaan ibu2 Kim. Rezeki Dhia memang melimpah ruah x kan ku nak stop mcm ku pernah buat 4 tahun yg lalu,selamber badak tempek kobis bg susu kering. Huh nitik air mata ni bila teringat kisah sedih susu terakhir tu.
               
            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
             

            COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink