Monday, February 28, 2011

Pengendalian susu ibu

Pengendalian Perahan Susu Ibu

Sebelum memerah susu, Ibu perlu memastikan:
  1. Basuh tangan sehingga bersih
  2. Bekas menyimpan susu mesti dibersihkan atau disterilkan
  3. Simpan susu didalam peti sejuk
  4. Simpan kuantiti yang mencukupi dalam 1 bekas untuk sekali penyusuan
  5. Labelkan bekas dengan nama bayi dan tarikh
  6. Jika susu dibekukan tinggalkan sedikit ruang udara
  7. Gunakan susu yang terdahulu

CARA PENYIMPANAN PERAHAN SUSU IBU
TEMPATBAYI NORMALBAYI  PRAMATANG
Suhu bilik4-8 jamTidak disyorkan
Peti sejuk48 – 72 jam24 jam
Pembeku (1 pintu)Tidak disyorkanTidak disyorkan
Pembeku (2 pintu)3 bulan3 bulan
Pembeku (-20c)1 tahun1 tahun


MENCAIRKAN SUSU IBU YANG DIBEKUKAN:
  1. Letakkan susu beku dibahagian rak bawah peti sejuk semalaman
  2. Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang diperlukan untuk 1 penyusuan sahaja)
  3. Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur
  4. Susu yang telah dicairkan mestilah digunakan dalam masa 1 jam (tidak boleh dibekukan semula)

-----------------------------------------------------------------------------------------------

38 week...

Alahaiii...
Dari minggu ke minggu sepanjang preggy ibu menghitung hari jer ni...
Masuk minggu ni dah 38 week baby inside ngan ibuu..


 tak lama dah kan sayang nak kuar main ngan ibu,kakak dan babah..Nebes tunggu tanda-tanda baby nak kuar sebenarnya ni..

Kawan-kawan ibu yang sama-sama mengandung dan due sekali dah pun selamat melahirkan, awalnya diaorang bersalin.. bila dengar khabar diaorang mesej dan fb, rasa syioknyaaa depa dah selamat ibu dan baby kan..ibu bila ekk? ikut tarikh scan baby nak kuaq 15/3..sabar jelah menanti baby...
Ibu dok nebes fikir mcm ner lah tanda dan sakit kali ni..apapun yang mendatang ibu akan tetap kuat hadapinya..demi baby inside tersayang.. 
Semalam ibu ada check up di klinik desa, sekarang dah jadi mingguan ibu kena g check up posisi baby.. Nurse tu kata baby dah kembali kepala di bawah tapi dia tak sure sebab ada ruang kosong mcm banyak lagi di bawah ni.. dia kata baby tak betoi-betoi sendat inside.. syiokla baby ada taman leh dok meronda kat inside yer..so apa yang ibu harap kan baby terus kekal kan posisi kepala baby di bawah seperti baby inside 38 week yer sayang, ibu nak bersalin normal..sakit normal mcm ner pun ibu boleh tahan.. kalau terpaksa cezer ibu redha jelah janji anak ibu lahir sihat dan selamat..dah lama hmm 4 tahun dah ibu tak pegang, peluk cium baby newborn.. ibu rindu sesangat, rasa tak sabar-sabar dah ni nak tengok wajah baby inside yang selalu dok kacau tido malam ibu.. nak cubit kaki tangan dia yang selalu usik cuit ibu kan..eeeee gerrramnyaaa ibu kat dia...
Kakak, ibu nampak macam sedikit jelous bila ibu cakap manja-manja ngan baby inside..then dia  merajuk minta pujuk..may be dia tak nampak baby lagi kan..nanti dia nampak baby tergolek depan dia confirm dia pun geramm nak cayang-cayang baby..ibu dah niat kalau boleh ibu nak bg baby fully breastfeed jer kali ni..tak mau jadi macam kakak kejap jer, itu pun sebab ibu terpaksa tinggal kakak ngan pengasuh yang tak mau handle susu ibu.. kesian kakak kan.. harap-harap baby kali ni ibu dapat pengasuh yang boleh handle susu ibu sepenuhnya kan..Insyaallah ada rezeki untuk adik nanti...
Apa yang ibu harapkan semoga baby inside lahir dengan sihat,selamat dan sempurna buat ibu, babah dan kakak..lagi 2 minggu jer kan.. tak lama dah..sabar menanti dirimu baby inside ibuu tersayang...



Friday, February 25, 2011

birthday pak cuuuu

Ari ni pas gerrram ngan rambut wisya one..
kitaorang g rumah Mother in law..celebrate Birthday Pak Cuu Rizal..
Kesian lak kat dia..selalu cakap tak pernah pun celebrate..
then kebetulan ibu pun lapar kek coklat ari ni..
So ibu sponsor kek Coklat kat Pak Cuu ekk untuk pertama kalinya dalam idup pak cuu 14 tahun ni...
Wisya paling xcited tengok kek sebab ada buah strawberry dan ladybird la la...
Siap g nyanyi kat Pak Cuu lagi...
"Happy Birthday Pak Cuu.."
Semoga Success selalu yer dik...

Kek untuk Pak Cuu

Pak cuu kata 1st dalam idup celebrate ni

ibu tumpang potong jer...

alor-lor birthday boy....












grrrrrrr

Adoiii cerita tensennya ibu ari niiii
Huk huk ari ni jumaat daa, Wisya cuti tadikaa.. so kena gilir ambik cuti ibu atau babah..so babah turn shift keja malam so terpaksa lah ibu masuk keja lewat ari ni 1/2 jam sebab nak tunggu babah balik kerjaa malam...
Pukul 8.30 babah sampai umah terus ibu pecut g kerja.. so tinggal ler 2 beranak ari ni dok umah..agak risau jugak ler sebab hubby balik kerja malam confirm tidoo tak sedaq diri..tapi apakan daya hubby tak nak hantar wisya ke taska transit jumaat ler pulak..kata babah kejap jer nanti ibu nak cutii panjang dah..ada adik nanti leh ler kakak temankan adik di taska tu..hmm ok ler kan dah babah sedia nak jaga kan..maka tinggal diaorang berdua di umah..
Ari ni kena duty kaunter ler ngan En Syed, so terlalu busy langsung tak ingat anak dan babah di umah..
Balik kerja jer di sambut oleh Darwisyah one, tgk dia lain macam jer ari ni..naper eekk.. babah lak dok baring tgk tv relaks jer..tanya babah anak lena dak..babah kata tak..babah jer lenaaa...so on note book macam biasa nak online kejap tetiba  rasa semak mata ler dan hmm tgk-tgk ada rambut di merata lantai..then terpandang sebelah notebook ada gunting n rambut halus manyak nyaa....Wisya masa tu nek atas g mandiii.. so tanya babah wisya potong rambut ka, babah kata yer..babah tidooo tak sedaaq aa masa mana dia wat .adoii nak marah pun kesian lak hubby letih kerja malam maa...
Wisya  turun pas mandi jer tengok-tengok daaa rambut henget benget dikerja kan nya... Adooiii panasnya hati kuuu...terus kena tampaq tangan dan ketam batu beberapa kali jugakla..apa lagiii meraung ler diaaa...hukk huk sakitnya mata ibuu tgk rambut panjang halus yang ibu belaa jadi gitu..terus ibuuu rasa geramm  n cutt terus jadi pendek..outer adjust bagi comey balik la.. tapi ada yang kureng jugak di mata ibuu sebab dia cut melebihi telinga daa...terus ibu shout out di Fb..lepasss gerrramm aaaa...
antara respon yang ibu terima;
Dari En Yusnaily yang sedang study di USM;
"biasalah dd, pada umur sebegini kanak-kanak akan bertinkahlaku sedemikian. Frued dalam teori psikoanalitiknya, telah mengkelaskan beberapa tahap psychosexual development. Bg kanak-kanak yg berumur 3-5 tahun (macam wisya 4 tahun...) ia berada pada tahap 'phallic'. Pada tahap ini, kanak-kanak akan memberikan fokur kepada tubuh badannya. ia akan mula untuk melakukan sesuatu bagi menarik minat jantinanya yang lain. Dia cuba untuk melawa sepertimana ibunya...kerana menurut frued, pada tahap ini ia akan bersaing dengan ibunya untuk mendapatkan perhatian daripada bapa atau disebut sebagai 'electra complex'"

ooo... so, wisya have a good development stage...jngn plak dd dok marah dia nk bersaing dgn dd..hehehe

klw umur dia dah 5-12 tahun pulak, dia akan berada pada tahap 'latency'. During latency, the child interacts with peers n imitates the be...havior of the parent n other adults of the same sex as the child...

hahhaa.. ur welcome..just sharre to all..

isshh3...kesian kat dia... tu la hangpa, xpasai2 dapat sakit budak tu disebabkan mak dia x belajar tahap perkembangan kanak-kanak..hehehe

buat kelas kat offis tuh..nanti saya p mengajar"

Alamak ku terkena balik daaa dek En Yuss ni aaaa....so rasa cool sikit ler then terpk tak perlah dia pun kecik lagi kan. Dia dalam proses dok nak cantek macam ibu daa. Betoi kata En yus "Wisyah selalu tanya ibu naper pakai make up?""Pasal pa ibu pakai cantek-cantek?" "pasai pa ibu pakai liptisk"so wisyah sedang memerhatikan ibu ler....esok kita try p kedai adjust lagi rambut yer sayang..huk huk rasa sedikit ralat jugak la...

tengokler apa  Nur Darwisya buat arii ni....
V
V

rambut yang dikerjaa kan oleh wisya...
selepas kena ketam batu ibuuuu... reyau aaa sakit....


rinduuu rambut dia yang panjang...sweet jer...


Laa ni nampak sedikit comot ler...nak wat cam ner kan..rasa nyesal pun ada sebab tak simpan gunting baik-baik..pas ni nak becarefull ler..sib bek dia potong rambut ja..kalau dok wat potong jari ker..tak ker haruuu biruuu jadinyaa ibu..
""Ya ALLAH lindungi lah anak kesayangan ku ini dari segala bala bencana.. tak sanggup daku nak hadapi sekiranya terjadi apa-apa padanya sebab aku terlalu sayang padanya....
Amin"


Thursday, February 24, 2011

Tip untuk meningkatkan susu ibuuu

Insyaallah niat ku kali ni nak fully breastfeed kat my 3rd baby inside.. so sebagai persediaan ibu dah mula join kelab-kelab ibu yang full breastfeed dan copy paste apa yang patut untuk persediaan ...

Tips untuk meningkatkan penghasilan susu;
  1. Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa
  2. Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang
  3. Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-p...umping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping
  4. Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri
  5. Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi
  6. Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan
  7. Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan
  8. Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu
  9. Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu
  10. Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama
  11. Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok
  12. Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang.
  13. Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.
  14. Ellakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit
  15. Langkah terakhir ambil galactagogues. Elakkan daripada mengambil pil yang mengandungi dadah seperti motilium. Galactagogues???..aper tu?..Di dalam bahasa yang mudah galactagogue ialah penggalak/penambah susu. Salah satu penggalak/penambah susu yang glemer ialah Alfalfa, fanugreek, soy protein dan sebagainya..

Penghuni jannah...

Macam biasa hobby ku dikala boring selalu akan blogwalking dan suka singgah pada blog-blog yang kehilangan anak semasa kecil...
Mesti nak copy dan paste kan...

Let us all know that our babies are happy and they are in good hands.



Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink