Monday, February 7, 2011

cezer or normal???

Isnin>> on Monday Bluess...

Daku sangat rasa bohsan pada ari isnin dan rasa sangat happy pada hari jumaat..teruk toi la otak ni dok pk nak CUTIII n  dok hitung ari jer ni nak cutii 90 hari yang panjang, ari ni pulak rasa sakit pinggang n sakit perut cirit birit gara-gara makan limau cina banyak semalam lagi ler rasa malas ni..gagah jugak mai kerja dok umah lagi rasa masa itu lambat coz hubby kerja pagi, Wisya sekolah...
Ari ni sambil-sambil dok karang Laporan Penyeliaan Pelatih n update fail pelatih CSO yang akan di audit pihak kl, sempat lagik  berblogwalking hunting  kisah preggy mom yang rajin dok update blog about preggy ..syiok jugak baca pengalaman masing-masing about pregnancy n bersalin, sakit orang bersalin semuanya tak sama ler. Ada yang mcm seksanya..ada yang rasa mudahnya... Aku pun kena ready jugak nak rasa sakit yang mcm ner lak nanti bila tiba ari dan masanya..Adoiii mahu tak mau kena hadapi jugak kan.. tak kan nak simpan jer... Ari ni click pak google research cari topik Cezer pulak.. Sakit bersalin Normal dah sedia tahu sebab dah 2 kali dah rasa.. Entah naper terdetik pk about cezer bila semalam chat fb ngan Fiza yang dah selamat bersalin cezer, dia due bulan 2 tapi dia sengaja pilih cezer pada 20 Jan baru2 ni sebab tak larat dah menunggu hari dan nak cepat-cepat cuti katanya.. Ada pulak gitu ekk?? hmm ari ni sambil-sambil ngan pak google blogwalking about cezer ler pulak..hmm memang la kejap jer tempoh bersalin tu tapi dari segi penjagaan perlu dititik beratkan la..kena jaga betoi-betoi tempat cezer tu.. hishh ngerrii kalau pk-pk kan sakitnya after ubat bius abis..

cezer
vs
normal
Bagi ku better ku hadapi sakit bersalin normal lagi sebab 
senang nak bergerak bangun n pangku baby serta  boleh kuruskan badan..boleh bertungku, pakai korset ke bengkung..kalau cezer mau boyot perut jugakla sebab tak leh bertungku n pelbagai.. ramai gak kawan-kawan yang kena cezer ada yang kata ok, ok ler n ada yang kata ko tu nasib aaa, nasib masing-masing ler kan.. hmm for me lebih prefer nak bersalin normal la, sakit mcm ner pun bila baby dah kuar hilang sakit dah.. tapi ada sedikit rasa risau jugak sebab selalu jumpa doktor pakar dia kata may be aku akan bersalin  awal bila baby dah matang n takkan tunggu sampai masuk 39 minggu, maknanya macam kena induce jugak ni. Pengalaman lalu wisyah terlebih due week ke 40 n lebih 3 hari.. Mcm Raqib lak tak sampai ler 37 week ajer... Last check up posisi baby ok dah, kepala duduk lorong bawah dah.. tapi semalam bila baby aktif dengar lagu ibu pasang  rasa macam posisi baby duduk melintang jer ni..risau la pulak..ari ni pun sama jer rasa, mungkin perasaan ku jer kot, harap-harap ler..
10 /2/2011 ni kena follow up lagi kat Pakar 1  harap baby kembali ke posisi asal yer sayang ibuu...baby nak masuk 35 week dah minggu ni.. tak lama dah kan sayang nak jumpa ibu, kakak dan babah..Baby inside kena kuat tau.. 
Ibu sayang anak-anak ibu...





Thursday, February 3, 2011

teruja

Teruja ngan newborn baby.. 
Aktvt Ibu dan anak..hmm semestinya The Wisya one sangat suka ngan newborn baby...
Ari ni g melawat Nana yang baru pas bersalin kat Hospital Seberang Jaya semalam...
Sangat teruja dengar berita ni sebab Aku dan Nana kami sekepala di opis.. ngam sesangat, banyak yang kami kongsikan citer dan masalah..bila dapat tahu Nana dah jadi ibuu..aku yang paling rasa teruja sesangat..Akhirnya kawan aku lengkap as wanita dan dah jadi mak.. Masih terkenang masa dia dilanda masalah selalu kata kat aku "Dee, aku ni wanita tak guna dee, tak leh beranak mcm hang yang senang ja"  lepas satu hal kena cyst pulak..then pas setahun lebih bila positif ngandung doktor kata luar rahim lak dan  masa yang sama tu doktor kata ada cyst lagi. Doktor tak bagi harapan yang dia boleh mengandung pun, mak mertua, ipar duai dia pun cakap lebih kurang ja then bila betoi-betoi baby inside dalam rahim dah n lepasi alahan dekat nak due terjatuh pulak dalam bilik air kena tahan wad 2 hari, kaki bengkak kena urut jugak .Alhamdullillah rezeki ALLAH pada sahabatku..
Setahun yang lalu masa aku kehilangan arwah Raqib, Nana selalu mesej bagi semangat kat aku, peransang ketika aku susah hati..Kita orang sesama gemini that y boleh ngam sekepala boleh kongsi masalah peribadi luar dan dalam ler kiranya..
"Kuasa ALLAH, sapa tahu.. Rezeki ALLAH nak bagi.. walaupun lambat sedikit..namun tetap ada untuk hamba- Nya yang bersabar"
Syukur Ya ALLAH...
Alamak Kak Sal dah selamat bersalin..Nana pun dah selamat, maknanya kat opis kini pemegang baton boyot sedia ada ialah aku ler ekk..next baton passed kat Nadya pulak bulan 6 nanti..menghitung hari detik demi detik ler pulak pas ni..hmm rasa ada dalam 4-5 minggu lagi kot untuk aku masuk workshop dan bercutii panjang 90 hari..adoii terpk jugak rasa sakit yang mcm ner lak untuk 3rd ni..Pengalaman bersalin yang lalu

  •  1st-Wisya Natural contraction..
  •  2nd-Raqib induce..sakit wooo.. 
  • 3rd ni harap-harap dipermudahkan segalanya..
Amin.. 
Ku BerSyukur ke hadrat Illahi...

teruja ngan Rihan.,..

Ibu dan aanak sangat suka pada baby...

baby 2.-2-2011

Welcome Rihan Nur Kamilia Bt Mohamad Azahari....
Tahniah wat Marzuana Ismazira aka Nana my opis friends.. akhirnya penantian yang penuh dengan kesabaran...Setelah mengharungi pelbagai dugaan yang melanda..Macam-macam citer  dan tragedi ler..
02-02-2011- Rabu, Hospital Seberang Jaya, 3.3 kg normal...Akhirnya Rihan Nur Kamilia dilahirkan ..




Wednesday, February 2, 2011

cutii kongsi raya

Waaaaaaa syioknyaaa esok boleh cutii raya..kongsi rayaaa 4 hari loooh... Gong Xi Fa Chai to semua chinese..
Best kan dok Malaysia, semua raya boleh cutii berlaya wooo.. kaum tu yang beraya aku syiokk cutiii beraya...Bangga ku jadi anak Malaysia.. 1 MALAYSIA!!!!


Ari ni body jer ada kat opis ni.. otak, mood semua dah  bercutii. Ada kerja banyak nak kena siap sebelum audit turun mai tapi mcm tak dak kerja lak aku ari ni.. 4 hari cutii minggu ni tak dak plan g , nak bercutii di mana??  tadi mom in law call  ajak balik kampung berkonvoi esok... hmmm kat opis ada 2 jemputan kenduri..
  • 3/2 khamis > kenduri kawen adik nuriah di Yan, Kedah
  • 4/2 jumaat> kenduri kikah anak Kak Sal di Penaga, SPU
mcm ner nak eek?? rasa nak g makan kenduri semua tu sebelum meletop ni tapi kena lik kampung lak.. Kat opis ramai yang cutii sambung ari ni.. Aku?? malas ler nak apply cutii , kena jaga cutiii sama after ada baby nanti.. kang tak pasal-pasal tak cukup cutii tahun ni lak kan stand by jugak bila baby demam kena cucuk ler..kakak sakit ker mana tau masa ke depan-depan kan..
Sereyes cakap ari ni mood dah bercutiii...solly boss!!

GONG XI FA CHAI 2011



note mode: cutii layaaa.....


Tuesday, February 1, 2011

update preggy....

34 week already...

 Your baby now weighs about 4 3/4 pounds (like your average cantaloupe) and is almost 18 inches long. Her fat layers – which she'll need to regulate her body temperature once she's born – are filling her out, making her rounder. Her skin is also smoother than ever. Her central nervous system is maturing and her lungs are continuing to mature as well. If you've been nervous about preterm labor, you'll be happy to know that babies born between 34 and 37 weeks who have no other health problems generally do fine. They may need a short stay in the neonatal nursery and may have a few short-term health issues, but in the long run, they usually do as well as full-term babies.

1 Feb 2010-Selasa...
Appointmen jumpa doktor dekat Klinik Kesihatan Taman Selasih, Kulim for rme 2nd time..mcm biasa check up ibu pergi sendiri, babah baby keja malam..
Hmmm bila kita dah ada rekod kes, rasa macam leceh pulak asyik appoinment jumpa doktor jer..pas ni 10/02/2011 pulak di Klinik Pakar 1 Hospital Kulim, tahun ni buku pink ibu sudah  tebal n mcm-mcm note ada tak sama macam ibu preggy kan Arwah Raqib ler.. 
Demi baby inside tersayang, ibu tunggu dari jam 8.00 pagi sampai la jam 9.45 pagi baru kena turn ibu jumpa doktor, punyalah lama, yang lab test urine pun jam 8.30 masih lagi tak buka confirm g breakfast terbabas ni...apsal ler lama sangat ekk prosedure check up di Klinik kerajaan ni, mencari jugak kotak nak wat aduan ni.."Rakyat didahulukan" ibu pun rakyat biasa jugak he he.. jenuh la baby dok kodek-kodek kick ibu minta makanan la..lapar suda ibu pun..selalu jam 9 pagi dah dapat makanan dia..
Bila jumpa doktor rutin macam biasa, baring atas katil then ukur tinggi rahim n yang paling best dengar dengupan jantung baby.. ghupp ghupp mcm bunyi kuda berlari, laju.. doktor pun cakap baby inside ibu sihat..dah 34 minggu dah..kepala baby pun dah masuk lorong, duduk cantek di tempatnya..cuma pintu belom terbuka lagi sebab belom masanya lagi..
Alhamdullillah.. lega ibu dengar.. Harapan ibu baby inside sihat, membesar bagaikan juara dan keluar dengan selamat untuk bermain ngan kakak Wisya yang cerdik.. Tak lama dah kan baby inside nak kuar main ngan ibu kira-kira ada lebih kurang 3-5 minggu lagi kalau baby tak moo dok lelama inside.. Ibu pun tak sabar ler nak ada anak baby lagi..tak puas rasanya masa kakak Wisya baby, cepat jer masa berlalu..tengok-tengok dah pun tadika.. dah tak moo lagi nak gomoi-gomoi, dah pandai kata rimas..ibu suka gomoi-gomoi ngan anak-anak ibu..peluk-peluk cayang, gerramm la..mesti anak-anak ibu sakit kan, terpaksa merasa gigitan  ger'rram ibu...Baby inside kena kuat tau.. Kakak pun tak sabar nak main ngan ibu, hari-hari tanya adik nak kuaq dah ekk... sabar yer kakak..nanti kita main ngan Adik D***.. Adik dah ada nama tau..tungguu...

^_^ 

ibu dan kakak tak sabar nak main ngan adik inside...

Monday, January 31, 2011

Antara dua tangisan

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih Kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini.  Namun setetes air mata kerana takut kepada ALLAH persis permata indahnya gemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata Demi ALLAH dan Rasulnya bukan semata karena harta dan kedudukan.Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil, Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan RasulNya.“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang.” (al- Hasr: 20)


Tangis adalah basahan hidup,justeru:Hidup dimulakan dengan tangis, Dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah s.a.w. “Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”Nabi Muhammad bersabda lagi : “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali.”Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.
Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Nabi bersabda : “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad saw bersabda : “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Seorang Hukama pernah bersyair : “Aku heran dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan,lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak Diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.Lupakah kitaNabi pernah bersabda : “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau Yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun,Allah s.a.w. telah berfirman : ” Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: “Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala.”Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihizab kanan atau hizab kiri.Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orangitu.
”Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya : “Kenapa engkau menangis?” “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan ke medan Perang,” jawabnya.Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan.
Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup,lalu berkata : “Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”Ibnu Masud r.a.berkata : “Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur : “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.
”Menangislah di sini, sebelum menangis di sana...."










.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink