Sunday, October 13, 2013

Jaundice oooo jaundice



memang tak boleh nak elak kan..baby dari sakit demam kuning ni kan..
nak tak nak terpaksa check in juga bawah lampu ni ..
turun naik turun naik... ari ni hari ke 12 meter masih di paras 214 yooo..
hope cepat lah semboh yer anak...
cuma kali ni daku tak baper nak risau sangat sebab pengalam masa Adawiyah lagi aaar...



Dhia Nur Sumayyah


Dhia Nur Sumayyah Bt Redwan
nama dipilih oleh Babahnya, dari tak ngandung lagi dah cakap berkenan sangat ngan nama Sumayyah..sebab dok dengar lagu nasyid In team kot rasanya..

"Sinaran Cahaya Kebanggaan Kami/Ku"

Alhamdulillah..murah rezeki anakku ini.. sentiasa di ziarahi oleh rakan-rakan ibu..


Selamat Datang my 3D


Alhamdulillah....
Ahlan Wahsahlan My Dhia Nur Sumayyah Bt Redwan..
02 Oktober 2013- 7.36 malam
Hospital Kulim, Kedah
dilahirkan secara normal SVD.. berat 2.4kg 

Pada mulanya dijangka lahir pada 01 Oktober 2013 tapi baby tak ready nak keluar lagi sebab nak ibu cuti hingga abis tahun ni..."Good Girl...

Pagi 1 Oktober 2013-jam 8.00 pagi g menyerah diri ke Hospital Kulim, Kedah untuk di induce, tetapi pada jam 10.00 pagi doktor nak masukkan ubat induce tu doktor scan tengok posisi baby songsang berpusing kepala di atas, kaki di bawah.. Ya ALLAH terkejut doktor india tu..sib baik scan dulu..kalau terus induce naya ibu...
Terus Doktor call Pakar 1 Doktor Goh naik tengok, then bila doktor datang terus dier decide nak cezer n tanya ada puasa ke tak...
Ohhh tidakk ibu belom ready untuk di cezer,terlalu banyak kesulitan bakal di hadapi jika ku pilih cezer, terus wat muka blur n minta nak balik dulu...Doktor Goh tak benarkan.. may be dier tengok daku wat muka serabutt..so dier bagi 2nd pilihan iaitu pusingkan kepala baby turun ke bawah, jika berjaya.. baru boleh induce.. that means kena ler check in lagi 1 malam di Hospital Kulim tu yer...ibu duduk jer atas katil tido pun mengiring takut baby pusing songsang balik... tiap 2 jam ada nurse datang pasang mesin rentak jantung n check posisi kepala baby..

Pagi 2 Oktober..jam 6.30 pagi doktor datang bagitau nak masukkan ubat..so scan tengok ok semua..masukla sebiji ubat untuk paksa bukaan rahim...relaks- punya relaks...sakit sikit -sikit jer pun.. jam 12.30 doktor check bukaan baru 2cm then masukkan lagi 1 dos induce.. pas tu mula rasa menyengat-nyegat daaa.. tak boleh dok diam daa.. pas mr hubby balik jer ngan 2D terus tak leh dok diam, g jalan-jalan ronda wad 10 ziarah jiran sebelah dah selamat bersalin... pukul 4.30 petang dah rasa sakit semakin kerap dan kuat..sempat lagi g mandi air panas..kemas-kemas barang semua then g kaunter nurse bagitau sakit kuat tak tahan dah.. nurse check tengok dah buka 5cm..terus depa wat kalut aaaar nak tolak p Labour room..

Kul 5 petang tolak p LR, note en hubby ambik balik then tak der bgtau dia lah..karang dier datang kul 5 lebih jap g nurse bgtau la kot... tolak-tolak masuk LR tak ramai sangat terus g katil.. n doktor pecahkan air ketuban..doktor check tengok kepala baby jauh sikit dari pintu so diaorang baringkan ku secara duduk bagi kepala baby turun.. pasang mesin..drip air.. tunggu  punyalah sakit ya amat dan kerap semakin mencengkam...sehingga lah jam 7.30 tu ku dah tak tahan minta nak teran jugak laaa... akhirnya jam 7.36 selamat dah anak perempuanku yang ke tiga...
Alhamdulillah.. ALLAH permudahkan .. syukur Ya ALLAH.. hanya itu sahaja yang dapat dilafazkan...
baby sihat..normal..

Pas tu sakit jahit dah tak rasa bila baby diletakkan atas dada ku.. tengok mata dia bulat jer bukaa.. Fuhhh nikmat dan anugerah ALLAH yang tidak dapat diungkapkan ..
so malam tu tido dengan senyuman jer bila tengok baby ada dalam baby cord sebelah jer..
Pukul 9.30 baru ditolak masuk wad 10..En hubby n Kakak Wisya 
senyum jer..
  baby  selesai di Iqamat kan di telinga..

Bermula la rutin berjaga di malam hari....




Monday, September 23, 2013

yang terbaik


yang terbaik buat diri di kala ini..
kadangkala pk mcam nak pecah kepala pun tak jadi apa jugak kan..
Semua ini ketentuan Illahi..
yang penting kita redha..belajarlah untuk redha..


hai isnin..........


Hai assalamualaikum..
rasa mcm dah lama sangat tak update ini laman kan..
Feel ari ni? 
ohh ngah ngadap SPBK yang slow sangat aihh..ingat rini nak ler setel 2-3 kes yang ada ni..tetapi line mcm kena sindrom Monday Bluess jer pun..that why rini baru dapat update ini laman yorrr...

Daku rini ikut hatikan rasa sangat malas dan busy nak setel kan kerja sebab tak lama lagi dah start cuti panjang >  3 bulan gitu( panjang laa sangat kan.pejam celik pejam celik busy ngan life full housewife ..ibu pada 3D tengok-tengok kejap jer dah masuk Januari 2014, itupun  kalau masih dipanjangkan umur la kan..)..
minggu ni baby dah masuk 37 minggu.. ritu last jumpa Doktor Pakar 1 Hospital Kulim nasihatkan bersalin pada minggu 38 sahaja..that means ada lagi 1 minggu sahaja buat daku..
hmmm esok g scan lagi sekali then terus doktor bagi tarikh untuk admit ward n induce laaa.. last ritu doktor cakap 2/10/2013.. kiter tengok esok apa kata Doktor Partibha back.. best jugak bila kita sentiasa mendapat perhatian doktor pakar ni.. part yang tak best kena tunggu sangat lama di Hospital Kulim n ramai ibu mengandung di refer atas sebab-sebab risiko yang tinggi..kat situ macam-macam kes kita dapat dengar.. yang terbaru ada berborak ngan ibu muda berusia 25 tahun, dier kena refer pakar sebab 1st baby inside dier tak der buah pinggang..dapat detect semasa 6 bulan inside..then doktor memutuskan nak bersalinkan awal.. si ibu tak nak sebab pkkan tak baik macam nak membunuh baby pulak.. then dier lahirkan baby tu cukup 9 bulan n dier sempat dengar baby tu nangis dalam masa 3 minit sahaja n pergi buat selamanya..baby tu perempuan.. semasa dalam kandungan baby tu aktif, bergerak mcam normal jer ikut citer si ibu..
Masya ALLAH, dugaan buat ibu muda ini.. now dier ngah preggy back 7 bulan setelah berehat selama 1 tahun.. dipantau setiap bulan oleh Pakar..Alhamdulillah baby inside baik-baik sahaja sekarang ni..
See??
 macam-macam ada kisah baby syurga yang ALLAH bagi pinjaman sahaja..ditarik balik sama ada masih di dalam kandungan, lahir atau bila -bila masa sahaja ALLAH inginkan...



daku bersyukur sangat-sangat..dikala usia 31 tahun ni..dah bergelar ibu kepada 3 orang cahayamata dan di kala ini sedang membawa 1 lagi permata anugerah terindah dari ALLAH.. Pada  Arwah Aqib, ibu tak pernah lupakan kewujudan mu sayang, tiap kali orang tanya anak baper dah, ibu sentiasa bagitau anak dah 3.. yang Lelaki ALLAH jagakan sebab ALLAH sentiasa tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya kan..










Monday, September 9, 2013

aduhaii hatii

Salam isnin...monday bluess
Dah lama x berupdate ini rumah kan....
sejak preggy 34 week ni..rasa malas sangat-sangat dah nak update bagai...tapi pagi ni rasa nak ngomel sikit jer..tak banyak pun..sapa yang sudi layan meh lerrr...
tak lama dah kan nak tempuhi saat itu.. tetiba rasa nevess dap dip dup la pulak..dok pk kali ni sakit pesyen apa pulak..dah 3 kali kot rasa sakit itu berbeza-beza yang pasti Syukur Alhamdulillah daku masih mampu mengharunginya...
kali ni pun sakit ke tak.. harusler di hadapi ok.. mana leh passing kat orang kan..kalau leh passing of course kita passing bagi en redwan kiter tu..baru dier tau susah senang sikit nak boleh anak sorang pun.. 
pagi ni kalut ya amat.. sampai berpeluh peluh muka punya runner sediakan kelengkapan 2 D g taska n tadika.. exercise tiap kali pagi hari bekerja...
tgk en redwan dok tidoooo relakss jer..adoiii rasa dengkii toi laaa..
nasibler kan..

" Kalau dia jodoh yang dijanjikan oleh ALLAH untuk kita..kita bergaduh, bertengkar, merajuk macam mana sekali pun, kita tetap akan dengan bersama dia juga..."

musahabah dirii... Andai itu jodohku,.. terima dengan hati redha..
selagi mampu boleh bertahan.. betoi la anak-anak itu kekuatan bagi wanita ..susah macam ner demi anak-anak kan...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink