Tuesday, December 18, 2012

Pergi tak kembali

Al-fatihah
buat mak kepada my Biras Sofihani, mak mertua adik iparku Ajim yang telah kembali ke rahmahtullah pada 
18-12-12 jam 3.00 pagi, sesunngguhnya dari Dia kita datang kepada-Nya kita kembali..
Pergi tidak kembali lagi ..pergi membawa 3 perkara...

APABILA MATI ANAK ADAM MAKA TERPUTUSLAH AMALANNYA KECUALI TIGA PERKARA ...


1.Sedekah Jariah
Segala bentuk sedekah bahan yang dikeluarkan oleh si mati semasa hayatnya termasuklah sedekah wang,makanan,harta benda dan dalam katogeri ini termasuk juga harta yang di waqafkan oleh si mati semasa hidupnya. Sebagai contoh seseorang itu mendirikan surau untuk kegunaan Masyarakat setempat. Selagi mana surau itu di menfaatkan selagi itulah pahala mengalir untuk si mati. Orang yang hidup atau waris boleh juga bersedekahkan bagi pihak si mati tak kiralah samaada sedekah itu hasil dari wang,harta, peninggalan si mati atau wang waris sendiri.Yang pentingnya ialah niat kita untuk bersedekah bagi pihak si mati. Amalan "waqaf" dalam Islam juga telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w. dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf "

2.Doa
Selain dari doa anak anak yang soleh/solehah terhadap ibubapanya, doa antara sesama kaum muslimin pun bermenfaat untuk si mati. Ini berdasarkan kepada dalil berikut : Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu”. Al-Hasyr ayat 10.
Mengenai doa anak yang soleh/solehah Insya’Allah doa akan bermenfaat jika anak2 itu bersolat.Kalau tak solat pasti doa itu tak akan diterima sebab solat itu tiang agama, tidak diterima segala amal kebaikan jika tidak bersolat termasuklah doa. Jadi usahakanlah supaya anak anak kita terdiri dari golongan orang orang yang mengerjakan solat.

Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Benar! Sahih Muslim

Kesimpulanya di sini jika si mati mewarisi anak2 yang soleh solehah maka si mati akan mendapat pahala hasil dari kebaikan dan kosolehan anak anaknya itu,tetapi jika anak anaknya tidak soleh/solehah si mati akan mendapat kesusahan di alam kubur.



3.Ilmu yang bermanfaat

"Ilmu yang berguna atau bermanfaat yang di ajarkan kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan ilmu ilmu kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya,pengajaran kepada murid-muridnya dan orang ramai,atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya. 

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Sunday, December 16, 2012

3 tahun....


Muhamad Raqib B. Redwan 
16 Dis 2009- 16 Dis 2012- 3 tahun sudah kita berpisah di dua dunia yang berbezaa..
berbahagia lah anakanda ku disana..
Ibu sentiasa mendoakan bahawa semoga nanti kita ke temu kembali,
kasih ingatan sayang ibu sentiasa ada buat anak-anak ibu..
betapa ibu rindu pada mu Aqib.. ibu ada mimpi baru-baru didatangi budak lelaki berjubah dan berserban.. cute nyaaa sayang ibu ni.. comey sangatkan ...
hanya ingatan kenangan 9 bulan Aqib di dalam rahim ibu  jer yang ada , buat ibu  kian dihambat rasa rindu ..rindu pada anak lelaki yang pernah ibu kandung dan lahirkan....

Al-Fatihah 

Ehsan google yer, anak sapa terlopasss siniii niii??? ... cute kan kalau ada anak lelaki gayakan beginiii....

Thursday, December 13, 2012

insaf

Hmm minggu ni rasa macam belom update apa-apa lagi kan..almaklumlah busy.. hmm busy ka?? 
tadi pagi g teman sis Susukahatiku g ziarah mayat ibu staff JAS  opis ni jer kat Rumah Mayat Hospital Kepala Batas.
1st time dalam hidup yang dah 30 tahun di dunia yang serba macam-macam ni menjejak kaki disana..
perasaan daku masa tu..macam-macam rasa..tak tau nak gambarkan rasa..

Aku terdiam tak mampu berkata..speechless..Aku jadi macam terbayang aku berada di situasi arwah. Semua nikmat dunia sudah tiada..Sudah pergi semuanya.seolah2 sekelip mata ia berlalu.Tiada lagi peluang untuk mengumpul bekalan akhirat.Cukup sekadar apa yang sudah diusahakan sepanjang riwayat hidup.
Aku jadi sangat takut..memang menjadi norma manusia takut pada kematian,cuma kali ini aku macam tersentak,dan terfikir jauh,bagaimana nanti?Sempat lagi kah aku bertaubat? Cukup ke amalan aku ketika itu?Adakah sudah sempurna diri aku untuk menghadapinya nanti? Ya Allah,ampunkanlah dosa2 hamba mu ini.

Sepanjang berada di rumah mayat terpandang wajah-wajah ahli keluarga yang sibuk menguruskan mayat..anak-anak perempuan yang memandikan jenazah..anak lelaki yang menguruskan keranda,kapan dan kenderaan..betapa berharganya nilai anak-anak..
Ya Anak-anak harta dunia akhirat kan..
Amanah ALLAH pada ku dan suami..

Ya ALLAH 16 Dis bakal menghampiri ku..
ini bermaknaa dah hampir 3 tahun Anak lelaki ku , Arwah Raqib di sana,di Tahfiz yang ALLAH tetapkan..
terkenang kembali niat ku dulu..kalau ada anak lelaki nak hantar p sekolah Agama biaq jadi Tahfiz sebab hanya doa anak-anak yang soleh saja salah satu bekalan yang daku ada untuk di sana..ya ALLAH telah makbulkan satu niatku.. terima kasih Ya ALLAH sesungguhnya setiap RAHSIA dan aturan ALLAH itu INDAH..



Al-Fatihah buatmu anakanda ku tercinta Mohd Raqib





Wednesday, December 12, 2012

new teams



my news team at pkmd spu
( ^ , ^ )
Program KARISMA  bersama Mantan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri KPWKM menyerahkan bantuan dan 1 Azam
di LPPKN Kepala Batas, Pulau Pinang.
12-12-12 - rabu
(tarikh ni ramai dok cipta sejarah ni..kira tu yang ku nak rekod dalam ni.. rekod 1 program bersama  Rakyat n menteri di PKMD SPU )


Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, December 8, 2012

Cinta dari Syurga...



Published with Blogger-droid v2.0.9

sesekali harus ada


Sesekali juga kita perlu rasa TERSENTAP agar orang tahu kita dah terlukaa.. kan??
sentap vs merajuk?? 
adakah maksud nya sama ekkk??
rasanya Sentap lagi tinggi rasa dalam hati kot kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink