Friday, December 7, 2012

jom kelik

jarum jam dah lepasi no 5..
yessss...esok sabtu dan ahad,...
bersama-sama insan tersayang buat diriku tenang..
dengan apa yang di lalui dalam minggu ni memang membuatkan jiwa ini sedikit kacau..

selamat

Legaaa...
dah selamat balik ke opis di Wisma Persekutuan Kepala Batas ni..
Syukur Ya Allah, lindungi ku dari segala bahaya tadi.. biaqlah terbang RM 5.00 pun janji selamat.. kan dah cakap bahaya kan dok sorang-sorang kaunter sana..tapi apa nak wat dah arahan.. 
Ari ni totally rasa down sangat-sangat dengan apa yang terjadi ari ni..
dah la partner cuti..pas tu didatangi lak india mabuk busuk..
sabar ye Didie.. tak dak ujian..dugaan dalam kerja mana syiokk kan..semua ini adalah pengalaman dalam "berkat berjasa"..



JOM BLAH

Mesej Bos..saya nak tutup opis awal..saya nak balik Kepala Batas..
saya takuttttt.. ada hindu jalanan berbau busuk mai kaunter minta duit aaaar..mana lah saya ada duitt... 
So bg RM 5.00 n petang dia ni nak maii lagi...
oohhhh tidakkkkk saya sangat takutttt...
jommm BLAHHH sebelum saya di apa2kan..sebab pas ni belom tentu ada orang nak selamatkan saya...sebab saya sedia maklum nanti sendiri yang akan dipersalahkan..

bosan tak dak tahap

Kebosanan yang tiada tahap!!
boleh bagi statement tera tu??
hmmm nasiblaaa kau Didie oiii...kena duty jaga kaunter Bagan sorang diri..partner bercuti tanpa peganti..
mood nak karang jkm 17 pun dah lempaq ke atas BKE tadi...
sudahnyaaa dok laaa melangut depan Mr Toshiba dan berok pinjaman ni aaaa...
sangat -sangat bosan dan tak dak mood...
Gara-gara politik punya pasal..
depa tak dak pk pun..orang banyak kerja kaa..duit tol dan minyak staff ka dok mai sini jaga..masa ni boleh wat keja lain di opis nun..
Nothing ok??!!! 
semuanya buang masa sahaja..merosakkan mood bekerja..
dah utarakan bab ni.. tak dak kesudahan pun...
alih-alih kena jaga kaunter sebulan 3 4 kali la pas ni...
hmm kerja semakin bertambah..masa sudah tentunya tak cukup kan..
tapi ada ker orang pk susah kita ni...
ADUAN?? sekarang ni klien dah agresif dah..kes tak siap..jawab laaa..ada orang back up kita?? nak surat justifikasi bagai.. nak surat tunjuk sebab bagai..nak blame 100% .. so apa nak buat memang salah sendiri yang tak pandai manage.. it ok.. selagi boleh bersabar sabar jelah sebab ini adalah ujian..dugaan.. Rezeki anak-anak ku bergantung pada sini...Rezeki rahsia ALLAH, siapa " makhluk itu"  untuk mempersoalkkan nya.. ALLAH dah tentukan di jabatan ini rezeki kamu wahai Saidi Bt Habibah oiiiii..
Bila timbul kes aduan.. hmmm tak nampak dah apa yang selama ni kita korbankan..masa, komitmen,  air mata dan wang ringgit ..dok nampak buruk jer lah kan.. 
sedih..tertekan pun ada bila kebajikan sendiri,family terabai..
"berkat berjasa"

Tuesday, December 4, 2012

down laaa

ari ni mood daku agak weng weng sikit..
sebabnya.. 
pagi ni lewat lagi 10 min, baru jer azam nak zero kan lewat kat opis baru ni..
cukupla ngan kelewatan sebanyak 6 kali di bulan 11..
kuaq awal pun sampai opis lewat..
nak kuaq kul baper sebenarnya ni..
pagi ni ada drama king sat d taska..dah set jam betoi2 dah ngam ngam tapii ada jer masalah yang datang,.ujian jugak ni
pas tu kereta menuju ke Kepala Batas umpama meronda makan-makan angin jer..
adoyaiiii..berbeza corak perjalanan ke SPT..semua kalut laju-laju belaka..
ke SPU masuk jalan kampung sama kot, semua makan angin..slow giler..traffic light di Kulim pun banyak gilaa..
jenuhla pagi-pagi isi borang lewat sebab jalan jammed, alasan tu boleh pakai ka???
tension laa ari-ari masuk keja lewat..balik kerja pun lewat jugak sebab nak cover lik punchkad bg cukup 8.00 aaa...
Sampai bila agaknya nak jadi Zero lewat ni ekk??
Bos bagi saya chance sampai bulan 6 tahun depan boleh dak?? pas tu saya nak cuti 3 bulan yuhhhuuuu...dah ready ker??
ngeeeeeeeeee rasa macam nak start concieve laa..sian dhia masih breastfeed laaa.. Dhia tak suka susu botol kalau di rumah.. kecik lagi dak tu. ari ni hmm setahun 9 bulan laaa si Dhia menyusu.. syukur tak lama lagi lepas dah 2 tahun..dah dapat master la kan..kan..




Rahsia ALLAH indah


"Percaturan hidup yang ALLAH hamparkan sangat lah indah
siapa kita untuk mempersoalkan Rahsia ALLAH kan.."
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. 
"Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita."

 Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.

 Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang 

"Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya."

 Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.



Jika rasa kecewa, 
alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. 
Dan jika rasa sedih,
alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.








#mode takzkirah sebab pagi ni daku mai keja dalam keadaan yang super duper mencabar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink