Monday, July 23, 2012

mood betoi betoi tak dak

Ari ni 1st day kerja dalam bulan ramadan 1433..
mood ari ni betoi-betoi buang ke laut
sangat tension ngan task yang ntah paa-paa



Ramadan 2012

Dah lama tak update blog n3 , daku tersangat sangat  busy ngan kerja di hari minggu dan follow program di luar negari..
ari ni dah 3 Ramadan..
rasa belom terlewat nak wish happy Ramadan 2012


Monday, July 9, 2012

Seminar Kerjaya pelatih PKM

peserta termuda


keletihan lena 30 min di pkmd spu
steady ja dari jam 730pg-5.30 ptg ni..


wat muka somey..

















7 julai 2012-sabtu
Dewan MPC Bertam, kepala Batas
anjuran CSO PKMD SPU
1st time kena bawak dak berdua ni g program sebab dah tak der sapa jaga kan..
kesian 1 ari di dewan seminar tanpa meragam dan merengek langsung..
sangat baik dan berkat berjasa toi laa..


















Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 8, 2012

Hani Fazuha


Nah sekali borong terus 4 buah direct terus penulis dia Hani Fazuha..
bila nak start baca tak tau ler..
semua buku ada sign..best best.. 
>*,*<

Published with Blogger-droid v2.0.6

Hati kala cinta


Nice toi cover buku ni...
pas baca ni kita review noh...
la ni tak leh komen lagi..
sinopsis;

MEREKA rapat kerana berjiran, tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki, namun tersalah dilahirkan sebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia. Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya. Namun, semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.

Saat yang sama, Hareez pula datang bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya. Kali pertama bertemu, dia tahu ada sebuah kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez. Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya mencintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.

Kadangkala kuasa memilih bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya. Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi

Beli kat penulis sendiri ada sign gitu...





Published with Blogger-droid v2.0.6

Berbunga kasih...


Berbunga kasih..
pas baca baru boleh komen..
nak taip sinopsis citer pun tak sempat ni..

sinopsis;

DYA dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ‘suami orang’. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!

Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya. Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?

Beli kat penulis sendiri ada sign gitu...


Published with Blogger-droid v2.0.6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink