Sunday, July 8, 2012

Hati kala cinta


Nice toi cover buku ni...
pas baca ni kita review noh...
la ni tak leh komen lagi..
sinopsis;

MEREKA rapat kerana berjiran, tetapi rencah hidup mereka adalah pertengkaran. Kata Zhafran, Lya itu perempuan brutal yang sepatutnya menjadi lelaki, namun tersalah dilahirkan sebagai perempuan. Kata Lya pula, Zhafran itu macam Hitler, suka memaksa orang mengikut kata dia. Kemunculan Nurin menarik perhatian Zhafran, tetapi hati Lya pula tiba-tiba jadi penasaran. Entah sejak bila, ada rasa cinta bertapak dalam hatinya. Namun, semua sudah terlewat kerana Zhafran telah memilih Nurin sebagai suri hidupnya.

Saat yang sama, Hareez pula datang bertandang dan kehadiran lelaki kacak berlagak sombong itu menjengkelkan hati Lya. Kali pertama bertemu, dia tahu ada sebuah kebencian di dalam sepasang mata milik Hareez. Tetapi, apa akan jadi jika kebencian Hareez itu tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya? Apa pula yang akan berlaku bila Zhafran mula sedar dia sebenarnya mencintai Lya? Paling rumit, Lya harus memilih satu antara mereka dan perlu tinggal sebumbung di dalam sebuah keluarga.

Kadangkala kuasa memilih bukan di tangan kita, tetapi kita tidak seharusnya menyerah kalah saat takdir menetapkan pilihannya. Kalaulah aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi

Beli kat penulis sendiri ada sign gitu...





Published with Blogger-droid v2.0.6

Berbunga kasih...


Berbunga kasih..
pas baca baru boleh komen..
nak taip sinopsis citer pun tak sempat ni..

sinopsis;

DYA dinodai oleh abangnya dalam usia yang masih mentah. Namun, dia tidak berani mendedahkan kejadian itu bila ayahnya sendiri tidak pernah mengiktirafnya sebagai anak kandung.

Hidup Dya terus diselimuti mendung bila dia terluka lagi. Encik Nasri yang dianggap prihatin, sekadar mempermainkan perasaannya. Harapan yang disandarkan kepada Syamir juga turut berkecai. Kekecewaan Dya bertimpa-timpa bila mengetahui kedua-dua lelaki itu sebenarnya adalah ‘suami orang’. Ini menambahkan lagi kebenciannya terhadap lelaki.

Kemunculan Zarif, bekas teman sekolah merobek kembali kisah lama. Dya masih ingat, Zarif sering menyakiti hatinya. Malah penghinaan yang pernah dilemparkan, tidak pernah Dya lupa. Dan kerana Zarif juga, dia menjadi anak terbuang!

Sebenarnya, Zarif mahu merawat kelukaan Dya. Tetapi Dya menjauhkan diri kerana takut rahsianya terbongkar! Akhirnya, segunung kebaikan yang Zarif limpahkan membuka mata hati Dya bahawa lelaki itu ikhlas mencintainya. Namun, sudahkah dia bersedia menerima lamaran Zarif sedangkan bayangan silam terus menghantuinya?

Beli kat penulis sendiri ada sign gitu...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Mengukir bahagia


Ramai suggest kata citer ni best..
kena baca dulu baru leh komen yer..
dalam geng whatapps Hantu Novel depa semua jatuh cinta kat hero Zahim ni
jom nak tengok sama ada Zahim leh tak tawan hati daku kik kik..
sinopsis;

BUKAN kehendak Natasya menerima Zahim, tetapi itulah tanda pengorbanannya sebagai seorang anak. Perginya Zahim tanpa sepatah kata juga bukan pintanya, tetapi itulah hidup yang ditakdirkan ke atasnya. Bagi Natasya, andai takdir memisahkan mereka, takdir jugalah yang bakal menemukan mereka kembali. Jika diberi peluang meminta, akan dipinta agar mereka tidak dipertemukan
lagi buat selama-lamanya. Mengapa perlu ada pertemuan lagi di saat hati sudah hampir merelakan perpisahan? “Rasanya, ikatan ni langsung tak bererti buat kita berdua. Jalan yang terbaik, putuskan saja.”

Namun, takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Kerana pengorbanan juga, sekali lagi dia terpaksa menerima Zahim kembali, tapi di saat dia mula mengecap rasa bahagia bersama, sekali lagi kepercayaannya dikhianati tanpa belas. Apakah semua pengorbanannya selama ini tidak memberi apa-apa makna pada Zahim? Lantas, apa sebenarnya yang dia mahukan? Kalau bahagia seorang suami bukan pada isteri, di mana letaknya bahagia itu?

Peliknya cinta... walau dilukai berkali-kali, hati masih mampu menyayangi. Sekalipun parut kelukaan itu mencacatkan, namun cinta di hati hanya akan berhenti bila nyawa dan roh diangkat ke langit. Dia percaya; “Isteri yang baik akan menerima suami seadanya. Isteri yang solehah akan mengikut kemahuan serta kehendak suami setulusnya dan isteri yang sempurna akan sentiasa cuba menyempurnakan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.”

Beli kat penulis sendiri ada sign gitu...



Published with Blogger-droid v2.0.6

Harga sebuah cinta


Harga Sebuah cinta...
kena baca dulu..tak tau nak review apa lagi ni
sinopsis;

KENAPA setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata? Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman. Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dia terhenyak duduk tidak berdaya.

Dalam kekalutan, Zhafi r tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafi r, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin sematamata untuk mendapatkan haknya sebagai suami? Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka?

Beli kat penulis sendiri ada sign gitu...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Sabtu yang happening











wajah tak make up lagi...


7 Julai 2012- Sabtu
abis jer program Seminar Kerjaya di MPC Kepala Batas jam 5.45 terus shoot g Bandar Puteri Jaya Sg. Petani loh..sampai jam 6.15 ptg terus wat muka tak malu nak siap n mandi..belangas u sehari dok running program di MPC..
Ada hi tea kat rumah Tinie, kenalan kenai dari Fb jer tau..
Jumpa Norlia kenalan kenai dari geng Kaki Novel..
Needa kenalan sekolah Teknik Sg Petani 2 yang dulu di sekolah tak baper rapat pun 
Tapi disebabkan FACEBOOK kitaorang mesra dan rapat giler macam adik-beradik ..boleh sesuka hati ja borak tak dak sempadan dah la..
Best sangat dapat berjumpa semua-semua..borak-borak..chit chat.. gosip-gosip bagai..yang best tuan rumah sponsor SK 2 n we all make up Needa yang tukang make up  n we all possing gedix .. Roket!! kik kik..
anak-anak semua wat hal sendiri. sib baik sangat Dhia tak meragam langsung la..bg chance ibu mama mami semua bersosial..
limit nak balik dari pas magrib sampai la jam 10 malam ler kitaorang lepak santai aa..
Terima kasih tuan rumah sudi jemput kitaorang hangout..
lain kali kita plan lagi..kita wat pot luck ka ..bbq ka.. di mana2 pulak la asyik rumah Tinie jer..nak ajak mai umah daku di Kulim almaklumlah umah ku togel jaa tak dak apapun..





Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 3, 2012

Bila kasih telah berpaling

Bila kasih sudah berpaling 
maka hilang sudah cinta dan kasih sayang 
Ya ALLAH kuatkan hati sahabat ku..semoga ada hikmah yang lebih bermakna dari cinta yang kecundang itu..
Cinta bukan milik kita selamanya, ia akan hilang jua dalam bentuk yang kita tidak akan menjangkakan kehilangan Cinta itu. Cinta itu pinjaman ALLAH..cinta bukan milik kita selamanya. Namun selagi cinta itu milik kita semai la rasa kasih dan sayang semoga ketika perpisahan berlaku tiada rasa sesalan di penghujungnya..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink