Wednesday, September 7, 2011

jalan jalan raya

raya tahun ni kitaorang buat Road Tour Beraya
Raya ke 3 destinasi dari > Felda Ijok, Perak > Ipoh> Lumut>Padang Gajah> Taiping...
Raya ke 4 destinasi dari >Taiping ke Bukit Merah Lake Town bermandi manda...

layan picasa dulu..t kiter karang nak dijadikan citer...he he








Critera raya...

semua n3 belated nak update raya tahun 2011...
jom layan picasa ajer..
citer nanti kita karang..
di pagi 1 syawal hanya ibu dan anak-anak daranya jer yang berpossing..
en somi tukang snap ja..tak minat nak berpossed sesama..aapa nak buat kan..dah dia tak minat n tak mau..tak kan nak paksa lak..janji ada picasa ibu dan anak-anak daranya ni..
Layannn :)








jom kita g beraya....


Tuesday, September 6, 2011

update jgn tak update..

Huaaa dah lama tak update blog...tak blogwalking ..
nak citer after raya ni..nak baca citer bloggers after raya..
tapi ari ni mcm sibuk sikitla..
baru masuk kerja..cutiii raya 9hari.
selasa bertemu rabu....baru masuk keja..
tenet kat umah tak on lagi ..nak update kena kat opis jelah...

Sunday, August 28, 2011

Raya dan Merdeka...

Tahun ni kita semua rakyat Malaysia akan menyambut raya Aidilfitri + Hari kemerdekaan sekali..

So ambik kesempatang nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilftri buat semua geng-geng bloggers..
Salam kemerdekaan buat semua Warga negara Malaysia..




Persiapan raya...

Ari ni 29 Ogos 2011 bersamaan 29 Ramadhan, bermakna esok dah 1 Syawal n semua umat islam akan merayakan Aidilfitri, majlis Konvokesyen gilang gemilang buat semua umat islam...
Ari ni last keja sebelum cuti raya, sebab memang tak apply cuti sebelum raya pun..tapi bila masuk opis, mood dah awal-awal lagi mcm kena tinggal kat umah ja ni.. huk huk en somi suh el jer tapi takut ari ni tak ramai ada di opis.. dah minta permission awal2 lagi kat bos nak time off petang ni ganti program ahad yang lepas..sementara menanti jam 1.00 petang ni , nak update sikitla persiapan raya tahun 2011 ni..

Tahun ni kitaorang ada family member baru, Dhia Nur Adawiyah bakal berusia 6 bulan pada 3 Sept ni, persiapan raya tahun ni ala kadar dan bersederhana sahaja.. tak dak color tema pun just beli jer yang berkenan.. untuk si kakak, ibu belikan baju kurung songket color purple match sangat ngan baju melayu babah 2 tahun yang lepas. sepasang dress, skirt dipadankan ngan ledging sama ngan Adik.Dua pasang kasut raya... Awal-awal lagi En somi bgitau tak minat nak beli baju melayu tahun ni, dia belikan t-shirt n seluar jeans baru  jer.. Adik Dhia lak tak dak baju kurung yang sesuai lagi sebab tecik n tak boleh berjalan lagi..so ibu belikan dress comey 2pasang, skirt dan  kemeja padankan ngan ledging cute. sepasang kasut yang comey buat kaki yang tute tu...alahaiii bestnya ada anak-anak dara ni..macam-macam boleh melaramkan diaorang..Ada duit semua OK kan.. Ibu pulak, tahun ni tak tau la rasa macam tak dak mood sangat nak shooping pelbagai kat ibu, just baju kurung moden color maroon sulam jer..yang len semua pakai apa ada ja.. bajet ibu nak shopping untuk anak-anak jer.. suka tgk anak melaram comey..
Kuih raya tahun ni seperti kebiasaan order jer..tak dak masa nak buat lagipun..tunggulah anak-anak dara dah besar dah boleh tolong ibu time tu kita buat yer..
Raya tahun ni balik Felda Ijok, Selama Perak dulu.. pas tu kita planning lain kan. fikir-fikir balik alahai ramadhan dah berlalu pergi, tak tahu next ramadhan akan berjumpa lagi ke tidak kan.. 


Aqib tunggu ibu yer nanti...

Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

**dengan syarat....iaitu ibu bapa menerima pemergian dgn hati yg rela...dgn hati yg ikhlas...dengan ketaqwaan kpd ALLAH ..yakni anak yg dikandung dan dilahirkan milik ALLAH jua....tidak boleh merungut...contoh " kenapa Tuhan amik anak aku, kenapa tak amik anak org lain"...atau meronta-ronta seperti hilang arah....maka berhati-hati lah dengan rintihan yg menyesatkan ini kerana ia kerja Syaitan ..jika ingin mendambakan syurga seperti di atas maka sentiasalah redha...boleh menangis kerana Nabi juga menangis tetapi jgnlah merintih atau menyebut perkara yang bukan bukan...


AL-FATIHAH buat Aqib dan kawan-kawan kecil Aqib disana. Ibu ada anak lelaki ibu di syurga..
Ibu Babah dah bersih kan rumah taman Aqib..dah cantik-cantik Rumah Aqib.. 
Raya nanti ibu datang ziarah Aqib yer , Ibu bawak Kakak Nur Darwisyah jumpa Adik Aqib dia..
bawak adik Dhia Nur Adawiyah jumpa abang dhia...



copy dari ibu bidadari syurga.... Roslina Hanim.. semoga dirimu tabah kerna bidadari syurga kita bahagia disana....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink