Saturday, April 9, 2011

Anniversarry ke 5...

9 April datang lagi di tahun 2011 ini... genap 5 tahun suda alam perkahwinan ku...
dianugerahkan dua puteri dan seorang putera syurga dalam masa 5 tahun kami..
ku panjatkan kesyukuran.. ingin ku sujud kesyukuran pada ari ni..namun darah belom kering sekering-keringnya lagi.. Insyaallah, 

kuekk kueekkk... adoii bunyii dah,,,

TERLALU BANYAK IDEA NAK KARANG TAPI BABY TAK KASI CHANCE IBU BERKARYA.... POSTPONED DULU... NANTI CURI MASA LAGI...

Thursday, April 7, 2011

ANAK...

Petua mendapat anak
Kalau yang nak dapat anak, tapi belum dapat-dapat dan dah lama berusaha, cuba kaedah ni. Baru-baru ni ade terdengar dekat telivisyen rancangan tanyalah ustaz kaedah macam kat bawah ni....
“Ambil susu kambing segelas. Buah kurma segenggam. Asingkan buah kurma dari biji. Kemudian campurkan buah kurma tersebut kedalam susu kambing. Kemudian di kisar hingga sebati. Amalkan minum setiap hari samada nak minum satu gelas teros atau minum 7 teguk sehari. Sebelum minum bacalah BISMILLAH dan jangan lupa untuk bersalawatke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Nak elok lagi, salawat Syifa. Lebih elok lagi kita baca selepas salawat tu, doa-doa amalan Rasulullah dan Sahabat. InsyaAllah akan dikurniakan anak oleh Allah dengan berkat dan rahmatNya atas usaha yang kita kerjakan. Amin”
Sekadar berkongsi ilmu dan Semoga Selamat dalam amalan seharian kita.

Tuesday, April 5, 2011

Teringin toiiila...

Sesekali ku rasa teringin

Melewati hatimu yang dingin

Mendengar keluh resah

Semenjak kau kehilanganku



Tiap kali ku cuba hampiri

Makin deras degup jantung ini

Diranjang kian sepi
Ku sendiri...



Sesungguhnya tewas menghadapi

Malah ku akui sepi menghantui

Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang



1

Adakala ku rasa teringin

Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti bukan lagi mimpi
Kasihani diriku...



Ku wanita dengan airmata

Bukan untuk meminta simpati

Sekadar melepaskan
Rasa hati....



( ulang dari 1 )



Ku mengharapkan...

Jendela hati...

Terbuka lagi...

Oh.. oh.. oh...

34 ariii...

Ari ni dah 34 hari..ini bermakna ada lagi sepuluh hari nak MERDEKAAAAA.abis perintah berkurung 44 hari padahal tak terkurung pun kik kik..yeah tak lama dah nak huha huha merendek g bersosial mcm seperti sediakala. kuar makan kat luar, bershopping.. cepat toi masa berlalu dah sebulan, cuti lak ada lagi 56 hari lagi nak meronggeng di rumah la la..
Start keja 1-6-2011, hmm syiokla dok rumah jadi fulltime ibu, g hantar Wisya one ke tadika, g ambik dia..dapat full kan breastfeeding ke baby dhia.. rasa malasnya nak masuk kerja dah sebenarnya.. 
Berat pun masih lagi overweight ni..terkini update baru 78.4 kg..target nak 65kg tak tau la boleh ke tidak..harap-harap tu bolehla sebab baru nak start makan jamu..

Monday, April 4, 2011

sebulan sudaa..

Kejap nya masa berlalu, pejam celik pejam celik tengok dah sebulan daku bersalin kan si Dhia Nur Adawiyah ni..cepatnya masa berlalu, rasa macam baru jer pas bersalin pulak.. Hmm dah sebulan umur Baby Dhia ni.. Syukur Alhamdullillah genap sebulan suda..
Ari ni ada check up ibu dan Anak kat Klinik Desa Air Merah.. hmm baby kena cucuk daa...Bangun pagi kena siapkan kakak g Tadika, hantar kakak then balik umah mandikan baby n tunggu babah balik keja malam..Minta babah temankan sebab ibu pun kena check up sekali nanti sapa nak tolong pegangkan baby lak..
babah balik jam 9.00 pagi, ibu dan anak dan siap tunggu ajer tak mau babah tunggu lelama..Ari ni Sampai klinik lengang ja tak dak orang so terus kena timbang baby, buka baju..timbang dah naik jadi 3.5 kg..Syukur..ukur panjang, lilitan kapla..baby dhia gayat kalau tak berbaju..wahaa.. syiok tgk baby terkapai-kapai nak capai apa yang dia leh capai..ibu ni kuat ngusik sebenarnya..macam main baby doll ja rasa...
Pas timbang, giliran ibu pulak untuk check air kencing- ok, berat terkini-78.4 hu hu masih berat ni, tekanan darah 90/60 agak rendah sebab rushing pepagi, hb-11.2 ok ler..check perut tgk kekerasan rahim ke tidak..Syukur semua ok dan ibu sememangnya sihat dan kuat..Anugerah ALLAH pada ibu..
Hmm ari ni baby dhia kena cucuk 1 bulan.. nebes ibu takut baby demam ja, nurse kata tak demam punya lah.. hmmm time cucuk syiok tgk muka,mata dia macam selesa sangat dalam pelukan ibu, Dhia sikalang suda pandai nak sentiasa dalam dakapan ibu ja..
Jeng-jeng jarum,suntikan apa tah lupa dah nama siap..hmm nurse suh ibu pegang tangan dan peha baby belah kanan..masuk jer jarum muka merah  macam nak nangis terus nurse pegang pipi baby Dhia then tak jadi nak nangis..kelakar ibu  tengok..gaya macam adik Dhia nak rengkah kiyau daa.. waa kuatla anak ibu,steady ja pas kena cucuk sebulan ni.."Good Girl"..
Selepas cucuk, terus balik umah jer tak g ke mana dah sebab babah terlalu ngantok balik dari kerja malam kan.. Masa nenenkan baby dhia ni, mata kami sama bertentang, tangan kecilnya meraba nenen ibu..rasa alangkah bahagianya ibu dapat menyusu kan anak ibu dah sebulan usia baby Dhia, susu sikit pun tidak berkurangan malah lagi lebat dari biasa... Ya ALLAH, ku teramat bersyukur dianugerahkan anak yang baik, secomelnya Dhia Nur Adawiyah, sihat,kuat..semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak ibu...kerana mereka lah kekuatan ibu untuk terus hidup di dunia ini..
Dhia Nur Adawiyah kini suka sangat tido atas riba ibu..cute sesangat tgk Dhia tido walaupun tiada bantal dia tetap layan, yelah lomak ibu di peha kan berlipat-lipat ganda lagi..susahnya nak lost kg ni haa...dah sebulan baru lost 11kg mak aiii lambatnya berat lost..yelah jamu apapun tak makan sebab tak mau efect susu kat baby da..pelan-pelan kayuh ler nak kuus pun dalam pantang ari ke 33 ni ( selalu sejukkan hati yang down).....

Dhia suka tido atas ribaaa....

atas riba...dah nampak sikit debab..

dah pandai tgk orang...senyum...pk apa tah ni...

Friday, April 1, 2011

ngomel si hati ku

"Kemarahan hanya mengundang kesakitan pada hati sendiri"
so pas ni wat hati kering jer, tak mau lagi marah-marah boleh ker wahai si hati milik Didie ni ekk?? 
hmm April melabuh sauhnya pada tahun 2011 ini bermakna bulan ini  anniversary perkahwinanku genap 5 tahun  bersama-sama ngan insan bernama Redwan B. Mohd Alias yang kini bergelar seorang "suami & babah" pada puteri dan puteraku, Nur Darwisyah, Muhammad Raqib dan Dhia Nur Adawiyah...
Sepanjang 5 tahun ni dah macam-macam rasa ada.. macam citer P.Ramlee masam-masam manis laa.. apa yang "hati" ini tak rasa semua ada.sensitif, sayu hati,rasa bahagia, disayangi,dicintai, dibelai, dimanja kan, hati yang disakiti, kesetiaan yang dikhianati,dibenci,meluat,menyampah,geram, menyesal pendek kata la sebab nak karang fuhh apa yang tak rasa oleh perasaan semuaa adalah rencah alam rumah tangga. Cabaran, dugaan alam perkahwinan, pong pang sok sek reyau(nangis)  tengok dah genap 5 tahun melayari bahtera alam rumah tangga kami..Syukur pada ALLAH diberi peluang merasai semua nikmat yang dianugerahkan pada ku. Dari menjadi bayi perempuan,  seorang anak perempuan, remaja, dewasa,wanita, isteri dan kini ibu kepada 3 anak.. dan jika dipanjangkan umur jadi nenek pulak..Insyaallah... ^_^
Bila dah masuk 5 tahun kawen ni ari ni sayu hati mengenangkan sikapku sepanjang 5 tahun yang berlalu, teruk la jugak wahai si didie ni.. so tetiba tadi tengok drama apa tah sebab buka sepintas lalu ja tertarik akan kata-kata ini...
"KEMARAHAN HANYA MENGUNDANG KESAKITAN PADA HATI SENDIRI " 
Bila fikir-fikirkan memang pun, sakit hati pas tu reyau..nangis berlagu dan kadang-kadang tak berlagu..hmm sakit hati katakan. sakit yang amat luar biasa.. orang yang kita marah,sakit hati tu relaks aja, syiok ja leh dok gelak-gelak happy..yang boleh sakit diri sendiri, so ari ni dengan rasa sayu hati mula memikirkan nekad bahawa pas ni dah tak mau marah-marah lagi dah.. nak wat kering hati jer, lantakla apa pun boleh ker? so untuk memastikan aku boleh buat maka hati ini ingin sekali ngomel di halaman ini supaya leh jadi santapan sang hati bila nak marah-marah...
pas ni nak sentiasa tersenyum walaupun dalam keadaan yang tak bisa ku senyum, Insyaallah doaku semoga kesabaran, ketabahan, kesetiaan, yang selama ini ku pertahan masih berdamping denganku..

senyuman 5 tahun yang lalu...

senyuman terbaru....
Sentiasa kena rasa bersyukur,redha dengan apa yang ada, sentiasa memikirkan ada orang lagi,lebih susah, menderita lebih dari kita.. jangan hanya memandang orang yang lebih senang dari kita tu yang membuatkan kita rasa sakit hati.. hmm pas ni nak berubah..nekad selain nak kurus kan badan ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink