Tuesday, December 7, 2010

Ajim nak bertunang

citer lepak kat Kedai Mak mertua..
hmm Kak iparku ; Kak Fina ada bagitau tarikh Ajim adik iparku nak bertunang jadi 24 Dis 2010 ari Jumaat pulak
Hmmm jatuh ari Jumaat daa.. hmm nampaknya kena apply cuti ler mcam ni..cuti ganti ada 3 hari jer lagi perlu dihabiskan untuk tahun ni..
kak Fina suh tempah cupcakes mcm kek kami celebratetime birthday ibu dan anak dulu.. then My hubby kata tak palah  kek nanti kami sponser la..buat adik dia yang tersayang..
So  kena pk ler nak design  nak kek yang mcm ner kan..
Ajim siap bagitau dia termimpi-mimpi kek bentuk love color pink, bagi memenuhi mimpinya itu dalam otak tak perlu dah nak hunting or survey kek ler..terus  contact ler kak Yong nanti boleh visit kat blog dia ekk disini...
hmm  budget hubby kata RM 50, mana nak dapat kek yang nak buh muka edible yang nice atas kek so aku top up ler jadi RM 100, harap-harap lepasler budget tu ekk kak Yong...
Kak Yong ada email gak contoh background, hmm nice.. bolehla ngan budget kan.. hmm ikut perancangan awal ingat nak sponsor hantaran jenis potpouri jer.. tapi bila discuss ngan kak fina dia dah tempah banyak dah cuma kek dan buah jer belom wat lagi..harap kek cantek ler bersesuaian ngan budget kik kik....
 
 
Tarikh : 24 Dis 2010- Jumaat
Tempat: umah Awek dia ler kat Sg Dua, SPU sib baik dekat jer save minyak keta tiap kali balik beraya ke apa kan Jim??
Ajim nak bertunang ngan awek dia ; Sofihani
tema color lelaki: semua nak color pink
tema color perempuan: semua color biru..
harap pas dah bertunang ni, janganler dok wat hal udahler..tak moo gaduh-gaduh, bebai ker apa kan..
hmm tingat nak top up wat kenduri sikit that day so tempah puding Sembilu kasih kat Kak Sal ler 2 biji, sebab ramai saudara mara datang mana nak cukup kan nanti..hmmm sedap ooo puding tu..Aku " Think Positif ..." hubby kata tak yah ler dok kenang benda lama-lama lagi dah..hu hu boleh gitu?? hard to forget maa!! ....




Maal Hijrah

7 Dis 2010- Selasa
Ari ni cuti umum..
Sekejapnya dah masuk tahun baru Islam kan..
Selamat Menyambut Maal Hijrah to all blogger follower...
Tak dak aktiviti istimewa pun ari ni.. hanya duduk di rumah sahaja..kerna kureng fulus ha ha dok umah menjimatkan sebab nanti anak dara 1 akan request nak macam-macam ler..
tido- makan- tido- g lepak Kedai Mak Mertuaku
Remaja Char Keow Teow kat Kilang Lama sampai ke 11 malam..
then balik basuh baju..online sekejap sebab tak sempat online lagi ari ni dan tidooo...

Azam Baru???
Tak rangka lagipun perancangan azam baru tahun ni.. dah masuk tahun baru Islam dah ni.. tak kan nak tunggu 1 Januari kot?? hu hu tak dan nak pikir lagi disebabkan terlalu banyak untuk difikirkan lah..masalah nak manage kewangan bagi berhemah, sebab nanti bulan 3 ada orang baru dalam keluarga..Insyaallah kalau ada rezeki aku..
List untuk azam baru di tahun baru
  • nak manage kewangan bagi baik punya.. tak mau lagi dah teruk macam tahun ni..maknanya tak leh lagi dah suka-suki order online ker, windows shopping ker apa..Hmm boleh tahan dolat ker aku ni??? :) tunggu dan lihat jelah kan..
  • nak settle hutang, tak larat ler nak pk kampoi hutang jer ni..tak mau dah berhutang apa-apa dah, cukup ngan hutang kereta 2 biji, sewa rumah, taska anak-anak.. hmm tu pun dah cukup memeningkan tiap kali ujung bulan..belom lagi ada perancangan nak beli rumah ni.. adoooiii pening den..
  • ada anak baru..bulan 3 ni.. Kasih sayang & perhatian pada kakak harap tak berkurangan dengan adanya anak baru.. tak g scan lagi ler.. dah 26 week already ni..
  • KERJAYA.. hmm tak boleh nak kata apa kerja JKM ni mcm-mcm datang tak boleh diduga..tak boleh nak plan ikut schedule daaaa...
  • lagi apa eek? about my perangai macam ner lak ni?? no komen lagi daaa...
cukuplah dulu list manyak ni.. nanti sambil-sambil menuju 1 Januari 2011 aku update lain la...



Monday, December 6, 2010

tak dak mood

Isnin - 6 Dis 2010

Tak dak mood..ari ni mood nak ngomel layan amarah yang menggunung dari semalam lagi
hu hu...
ari ni mai kerja macam tak kerja..nak dok rumah sakit hati tak abis lagi maka drive p kerja..
bila dah mai keja tak dak mood lak nak wat keja..
so mood ari ni adalah mood : ngomel kat blog ni jer..(cover kerja sabtu ahad yang tak berbayar kik kik sekali sekala curi tulang..)
nak layan amarah sangat-sangat kat fb terlalu umum dan mungkin ada orang " tu" akan terasa marah dan ego.. kat sini adalah page sendiri, tak ramai pun follower kan..
nak ngomel amarah sampai dah tak marah boleh???








Sunday, December 5, 2010

kawan

Isnin - 6 Dis 2010
Walaupun kita ada ramai "kawan" ...
tak semestinya kawan tu boleh share apa dengan kita..
Kawan suka, bergelak ketawa amat mudah dicari...
tetapi kawan untuk kita share kan duka dan susah kita amat sukar dicari...
Memandangkan aku ni anak tunggal tak dak adik beradik berkongsi duka...tak tau nak citer pada sapa dah masalah aku..pendam sorang-sorang dari semalam lagi..layan air mata sampai dah sembab dah mata ni..bengkak merah..
Hanya Insan yang bernama "Wan Rohaiza" sahaja yang perasan akan kekacauan jiwa dan bilaunya ku dan sudi melayani air mataku di pagi nan kacau ini...sudi mendengar luahan hati ini...hati ini.. hu huk huk.. air mata ni mudah sungguhla turun..
Pengalaman ari ni adalah  disebabkan jiwa aku yang kacau dari semalam lagi..
so pagi ni bangun tido pun dalam keadaan jiwa kacau terus capai jer handbeg sebab jam dah lewat sangat dah ni.. maka aku terlupa semua benda penting..
huh semalam g pasar malam...kuarkan beg duit dan handphone..
so pagi yang kacau ni..dah tertinggal semua benda tu..
hmmm nak g beli breakfast tercari-cari mana handphone dan wallet dalam handbeg..
hmm tak derler.. tak bawak..semalam terlupa nak masukkan semula dalam beg..hanya ada beg syiling saja..
Nasib baik ada kawan bernama " Wan Rohaiza" yang aku panggil dia Kak Wan.. tua setahun jer tapi dia tak kisah aku panggil dia kak...
So pagi ni.. segala makan-minum breakfast dia bayar dulu ler..
Tengahari pulak.. Nana ajak g teman dia  makan kat luar tapi bukan kat bawah opis kitaorang, tapi aku bgtau tak bawak wallet..so aku minta Kak Wan temankan dia g ngan kak Sal dan Kak Hosniah geng makan-makan , shopping...
Aku lak lepak kat depan pc layan FB time rehat..he he.. layan jgn tak layan..
Perut rasa lapar sedikit tapi seganla nak kirim makanan duit tak bawak ler..
After 2.15 pm.. Kak Wan bawak balik bihun sup + Ais kacang   yang sememangnya favourite aku,..
adooyaiii aku terharu.. depa g makan ramai-ramai tapi dia tetap ingat kat aku yang susah ari ni..
Betoi tak kawan susah sukar dicari.. Mcm kak wan dia ingat kat aku n baby inside tak makan tengahari padahal aku tak order apapun...mengalir air mata syahdu ku..
Kak Wan.. Dd terharu la ada kawan ingat kawan mcm Kak Wan..
"Errrk errk Alhamdullillah".. ada rezeki baby makan tengahari kan ari ni..
so baby inside nak ucap "Achik Wan, terima kasih.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala budi kak wan kat ibu"...
mesej kak wan di FB...dan dia reply back...
sangat tertarik dengan kata-kata dia..
V
V
"adakala kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untk ketawa...
adakala kita perlu ketawa supaya kita dpt menilai betapa mahalnya setitis air mata.... "

thank kak Wan... :) dd dah happy sikit ni...

V
V

Aku ada lagi seorang kawan... Nama dia Norryhasmela.. panggil Norry jer...
Kawan suka dan duka.. leh berkongsi segala masalah terutama masalah kewangan..
Norry tak pernah berkira.. Norry yang sentiasa membantu jika aku ada masalah..
Masalah kewangan.. hmm bertuah aku ada kawan suka dan duka..

Thank Norry sebab sudi jadi kawan terbaik ku...


:'(

Easy to Forgive,  Hard to FORGET
ku menyimpan dendam yang amat mendalam...
hati aku.. sakit aku yang menanggungnya..bukan orang lain..
maka ikut suka hati aku ler..nak dendam ke ingat ke apa..ungkit ker apa mulut aku kan..
macam-macam aku dah lalui... macam-macam dah aku rasa apa orang buat kat aku kan.. macam-macam telinga, hati aku telan..
So suka hati aku ler nak lupa ker maaf ker kan...
hanya aku yang menanggungnya..
hanya aku jer yang tahu apa makna ..
" Penyesalan yang tiada kesudahan"..
biar aku layan amarah dengan cara aku..
bila rasa marah kena layan jugak..asyik layan perasaan happy jer ni dimanakah keadilan kan..
Biarkan Hati ini dengan cara  Hati AKU !!


sekadar di pinggiran

mood semalam dan ari ni; sangat sedih...
terasa sekadar di pinggiran..
hu hu may be pembawakkan budak yang membuatkan aku teramat sensitif sekali..dengan kata-kata orang yang paling dekat dengan hati aku..
pendek kata; aku sangat sedih hu hu...

Jommm  Layan lagu

Sekadar di pinggiran...

Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka
1
Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink