Monday, November 15, 2010

mood datang....




















mood happy kalau edit pic bagi nampak cantik....

:')





Thursday, November 11, 2010

Kenali diri, hargai diri........

10-11 Nov 2010
diberi peluang attend Bengkel Kenali diri, Hargai diri di Kompleks Penyayang Timur Laut...
Anjuran Unit Kaunseling dan Psikologi JKM Pulau Pinang...
terima kasih semua fasi yang betoi-betoi bestla...
peserta bengkel yang sporting..

Aku??
v
Kenali Diri >> dah lama tak muhasabah diri.. selami hati.. selami diri...
Aku??
Bersyukur dengan apa yang ada kini ...
hanya diri sendiri yang berhak menentukan untuk dirinya... jangan mengharap orang lain untuk diri sendiri...
berubah demi kebaikan diri sendiri..
agresif to be >> asertif... :)

Hargai Diri >> dah lama sangat tak bagi penghargaan pada diri sendiri...
Bersyukur kerana masih di beri peluang untuk menghargai diri...
Jangan mengharapkan orang lain untuk menghargai diri kita.. kita berhak untuk menghargai diri sendiri...
hanya DIRI sendiri....<<

tunggu pic bengkel di fb.. nanti kiter upload masuk sini sikit yer.. tak bawak kamera ler..harap orang snap masuk jer kali ni..
mood: gemuk tak suka bergambar...
bersyukur apa yang ada kini :)....




Anugerah dari kegagalan........

Anugerah Dari Kegagalan

Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam
Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan


Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan

Ho ho ho....
( ulang dari mula hingga akhir)
( ulang 1 2X )
Dato' Shake




Banjir ooo banjir...

Sejak akhir-akhir ni hujan turun..lebat dan lebat.. dan lately ni isu banjir di utara.. Kedah, Perlis.. Hmm ingat kembali masa aku kena duty di Pusat Banjir tak leh lupa sampai bila-bila sepanjang servis aku di JKM ni..
Kejadian ni masa bulan puasa tahun 2008 dah tak hengat tarikh dan bulan ler..Yang pasti time tu musim hujan yang panjang, berlarutan...
Jam dah 7.05 malam.. Kring kring telefon berbunyi.. Alamak tgk nama nek PKMD Alert la..pasal pa lak? " Dd diminta datang ke Pejabat sekarang... terus bersiap-siap dan hantar Wisya ke Taska memandangkan hubby keja pagi.. sempat call bgtau hubby.. Then terus memecut ke opis..
Hmm dapat aduan banjir besar sekitar Bukit Mertajam.. Then aku diarahkan bersama kak Harison, Habibah membuka pusat banjir di Kampung Permatang Tok Suboh.. Hujan semakin lebat dan lebat...
Sesampai ja di Pusat banjir.. kelihatan bomba dan JPA sedang membawa masuk mangsa ke dewan.. semakin ramai dan ramai.. apalagi kena wat pendaftaran ler..
Maka agihan bekalan selimut, tikar dan kit bencana perlu diedarkan. kena fikirkan ration makanan lagi.. dalam dewan dah semakin ramai. Bekalan yang semakin berkurangan.. Air pulak semakin naik. nak g toilet kena meranduk air sejuk paras betis.huaaa sejuk... Situasi dewan semakin meruncing dan tegang... waha ha time ni peranan kami as social worker semakin mencabar.. tahap kesabaran pun semakin kurang kerana karenah biro-biro yang semakin busy body sebab kebanyakkan mangsa berpuasa termasuk kami petugas yang belom sempat nak jamah makanan apa lagi ni.. hu hu bermalam di pusat banjir dengan keadaan tak bersedia..sejuk..lapar...dan masih bekerja sebab kena update segala data pendaftaran, jumlah mangsa ke ibu pejabat untuk ration makan bersahur.. dengan keadaan terputus hubungan disebabkan banyak jalan ditutup.. Makanan sahur sampai lewat, rungutan orang ramai.. waahaaa mcam-macamla dugaan.. sebab semuanya gara-gara banjir kilat..serba serbi kilat dan kalut...
Memang tak leh lupa ler time banjir ni...tak leh lupa sampai bila-bila..
Ke esokkan harinya menteri besar penang turun sapa lagi kalau bukan Lim Guan Eng.. apa lagi berpusu-pusu ler wartawan segala jenis..kena komplen ler, kena puji pun ada..Segala macam ler datang kelepok atas kepala.jenuh ler nak menjawab kat press... rasa menitik air mata tidak dihargai segala macam.. sib baik ler CM nampak apa kami buat..dia ucapkan terima kasih.. rasa dihargai.. walau ada mangsa banjir yang bersikap tidak bersyukur dan kurang ajar...
Tersemat di hati.. so bila dengar kat berita.. baca status member jkm yang duty di pusat kat fb.. dapat rasa apa yang mereka rasa..sedih... pilu...bangga semua lah  ada rasa dah macam ner.. Bukan senang kan nak dapat pengalaman banyak telah mendewasakan dan mematangkan aku sebagai
"PEKERJA SOSIAL DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT"....
"BERKAT BERJASA"


ada gak press yang sudi rakam aku bertugas...
v


 bukti kat hubby aku bekerja siang dan malam di pusat...



Sunday, November 7, 2010

21 week already

21 week already..
Ari ni 8 Nov 2010- Appoinment di Pakar 1 Hospital Kulim..
Semuanya dalam keadaan normal...
Scan; kali ni Doktor scan betoi-betoi lama.. siap ukur kaki, tangan, kepala, perut baby..
Doktor kata semua perkembangan baby ok..seiring dengan minggu kandungan..
Time scan tadi rasa nervous jugakla sebab tak nampak jantung..
Then doktor tolong carikan jantung.. nampak berdenyut-denyut elok.. Syukur Alhamdullillah.. :)
Doktor tanya masih trauma lagi ker.. hmm yelah dulu scan nampak jantung kaku jer..

 
Hmm dah 21 minggu plus...Syukur Alhamdulillah..

To kakak Nur Darwisyah: tak lama dah kan nak jadi kakak balik...
To Adik Aqib: Ibu sentiasa ingat adik...



"SHOW YOUR TEETH BABY!" CONTEST 2010




Teringin ler pulak nak join contest kat blog lepas blogwalking... 1st time katakan hmm ibu nak try tengok ler kot Wisya ada luck kan, mana tahu kan...
Just click disini; sini untuk selanjutnya...

Ibu letak pic ni yer ..
*
*
*
*
V
V



Nama: Nur Darwisyah Bt. Redwan
D.O.B: 18 Jun 2007 - 3 tahun
Hobby: suka conteng, colouring, menari, menyanyi...
Gigi: hmm gigi atas 12 batang
gigi bawah ada 12 batang...




The latest pic 29 November 2010






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink